Isnin, 21 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SABARLAH TOK HIM, UMNO TENGAH SYOK MENGGODA PASANGAN BARU....

Posted: 21 Dec 2015 03:50 AM PST

shahbudindotcom


Kesian Ibrahim Ali dan Perkasa, mereka nampaknya semakin dipinggirkan oleh UMNO sekarang ini.

Walaupun seringkali menyatakan tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi umum mengetahui kecondongan aliran NGO itu, malah majoriti ahlinya adalah anggota UMNO. 

Dalam pilihanraya lalu pula, Perkasa secara terbuka menyokong UMNO dan Ibrahim Ali sendiri diberi laluan bertanding sebagai calon Bebas yang disokong parti itu di Pasir Mas.

Sebab itu, Ibrahim Ali atau Tok Him nampak begitu kecewa dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO dalam persidangan tahunannya kali ini yang diadakan di Pusat Islam dan dirasmikan oleh bekas menteri, Sanusi Junid.

Kekecewaan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dapat dirasakan apabila beliau menyindir kegagalan wakil  UMNO hadir ke persidangan tahunan Perkasa ini, meskipun dijemput melalui undangan secara pos dan "by hand", mungkin disebabkan pemimpinnya sibuk dengan persiapan menyambut Krismas.

Aduhh...makan dalam sindiran Tok Him kali ini!!

Mengaitkan sebuah parti politik Melayu dan Islam yang sarat dengan ungkapan wassatiyah dan maqasid syariah dengan sambutan Krismas barangkali agak keterlaluan, tetapi ia sebenarnya lebih menggambarkan kesal hati dan kekecewaan Tok Him yang amat dalam terhadap UMNO.

Tetapi Tok Him, bersabarlah  dan jangan kecil hati dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO itu.

UMNO mungkin tidak lagi memandang atau memberi banyak perhatian kepada Perkasa sekarang ini kerana sedang sibuk dengan urusan "menggoda"  Pas untuk dijadikan rakan kerjasamanya yang baru.

Bak orang sedang "jatuh cinta" dan "gila menggoda" pasangan baru, tentulah buah hati  lama sudah tidak diberi perhatian lagi.

Ia adalah perkara normal serta lumrah dan Tok Him tidak sepatutnya terlalu kecewa.

UMNO juga mungkin tidak hadir kerana tahu pemimpin Pas sudah menghadiri persidangan Perkasa itu dan merasakan tidak perlu untuk turut sama hadir. 

Lagi pula, agak belum sesuai lagi UMNO dan Pas untuk tampil bersama di khalayak umum - maklumlah bertunang belum, nikah juga belum.

Di waktu yang sama, tidak mustahil UMNO beranggapan kehadiran Pas, yang sedang "digoda"  untuk menjadi pasangannya, boleh disekalikan sebagai mewakili kehadirannya juga.

Maknanya, Pas hadir macam UMNO hadir, di lain kali mungkin UMNO hadir mewakili Pas pula.

Apa pun, sabar dan janganlah kecil hati Tok Him...kalau orang dah tak suka, macam tak biasa....intai-intailah mencari pasangan baru juga.

Pemuda MIC kecewa tiada tangkapan selepas pemimpin ditampar

Posted: 21 Dec 2015 03:40 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemuda MIC kecewa bahawa tiada tangkapan dibuat selepas Timbalan Presiden Datuk Seri SK Devamany diserang di sekitar ibu pejabat MIC minggu lalu.

Ketua Pemuda C Sivarrajh berkata ini adalah sebalik laporan polis dibuat di balai Dang Wangi pada hari kejadian iaitu 17 Disember.

Kejadian itu berlaku apabila ratusan penyokong membanjiri ibu pejabat di Kuala Lumpur untuk menuntut persengketaan MIC yang berpanjangan ditamatkan.

"Pada hari kejadian, terdapat kehadiran anggota polis di kawasan itu, yang saya percaya adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini


"Polis sedar dengan keadaan pada hari itu.

"Saya berterima kasih PDRM bagi pihak MIC di atas sokongan mereka tetapi kita dalam MIC menjangkakan siasatan dipercepatkan berhubung perkara itu," kata Sivarrajh dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa kelewatan dalam kes itu akan menjejaskan kredibiliti polis, terutamanya Devamany juga adalah Speaker Dewan Undangan Perak.

Penyokong presiden yang digulingkan Datuk Seri G Palanivel, Khamis lalu berkumpul di ibu pejabat parti itu untuk menuntut pemilihan semula.

Parti itu dilaporkan bersetuju untuk mempunyai dua pentadbiran yang berasingan, yang diketuai oleh dua setiausaha agung yang memihak kepada Palanivel dan presiden baru yang dipilih Datuk Seri Dr S Subramaniam, sehingga krisis itu diselesaikan.


Ini berlaku selepas perbincangan hangat selama lima jam.

Walau bagaimanapun, Devamany kemudian menafikan laporan pentadbiran berasingan, dan berkata bahawa mesyuarat itu bertujuan "mengembalikan" cawangan lain yang memihak kepada Palanivel kepada parti.

Palanivel secara automatik gugur dari MIC pada bulan Jun laluselepas membawa perkara parti ke mahkamah.

Kumpulannya mendakwa wujud konspirasi di antara kem penyokong Subramaniam dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menggulingkan Palanivel sebagai presiden tetapi ini dinafikan oleh ROS.

Gangguan aerotrain KLIA, penumpang terkandas

Posted: 21 Dec 2015 03:08 AM PST

Koh Jun Lin






Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghadapi 'masalah teknikal' hari ini menyebabkan penumpangnya terkandas semasa untuk transit di antara dua terminal lapangan terbang itu.

Aerotrain adalah perkhidmatan rel yang menghubungkan terminal utama KLIA ke terminal satelit dan lazimnya adalah laluan untuk penumpang di antara kedua-duanya.

Menurut seorang penumpang Said Rizal, 37 yang tiba dari Dubai pada jam 1.45 petang tadi dan sampai di stesen itu kira-kira 30 minit kemudian, gangguan itu menyebabkan kesesakan di sekitar stesen.

"Saya baru sahaja tiba dan ramai yang terkandas ketika cuba ke terminal utama.

"Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dan tidak ada sebarang kemas kini daripada kakitangan Malaysian Airport Berhad (MAHB). Tiada pengumuman, apa-apa. Semua orang hanya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata bukan sahaja maklumat tidak disalurkan, malah tiada pengangkutan alternatif yang datang. Ini menyebabkan kawasan sekitar stesen di terminal satelit itu dilanda huru-hara.


Ini berlaku sehingga satu kereta api mula beroperasi pada pukul 3 petang dan berlepas tidak lama kemudian.

Dengan nada kecewa, katanya, MAHB sepatutnya menyediakan penumpang dengan maklumat kemas kini dan pengangkutan alternatif ataupun mengarahkan pesawat terus ke terminal utama dan bukannya terminal satelit.

Sebahagaian besar penerbangan dalam negeri adalah menerusi terminal utama manakala terminal satelit pula mengendalikan penerbangan antarabangsa.

Sementara itu di laman Facebook MAHB, syarikat itu berkata perkhidmatan bas telah diatur untuk membawa penumpang di sekitar lapangan terbang.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kami sedang berusaha ke arah memulihkan perkhidmatan aerotrain ini," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti selama kira-kira sejam hari ini berikutan masalah teknikal.

Masalah itu bagaimanapun diatasi menjelang kira-kira 3 petang, kata jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd.

Beliau berkata perkhidmatan bas digunakan untuk membawa penumpang semasa perkhidmatan terhenti.
"Pasukan kami telah bekerja keras untuk memulihkan perkhidmatan aerotren," katanya.


Senator mahu Agong saja boleh isytihar 'kawasan keselamatan'

Posted: 21 Dec 2015 03:04 AM PST

Kow Gah Chie  







Seorang senator BN dari Sarawak tidak bersetuju bahawa perdana menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan 'kawasan keselamatan' mengikut rang undang-undang Keselamatan Negara 2015.

Sebaliknya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian mahu hanya Yang di-Pertuan Agong diberi peranan membuat perisytiharan itu.

"Saya cadangkan ayat berbunyi 'perdana menteri' digantikan dengan 'Yang di-Pertuan Agong', yang akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara," katanya ketika membahaskan rang undang-undang MKN di peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.

"Kami tidak mahu wujudkan tanggapan salah bahawa kuasa Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan keadaan darurat) diambil oleh eksekutif.

"Walaupun ini hanya berkaitan dengan persepsi, tetapi dalam politik, persepsi adalah lebih penting daripada realiti," kata Sim.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menggubal rang undang-undang yang merangkumi elemen semak dan imbangi untuk mengelakkan salah guna kuasa pada masa akan datang.

Sim juga menggesa kerajaan untuk memasukkan ketua menteri Sabah dan Sarawak sebagai ahli MKN kerana kedua-dua negeri Borneo adalah sebahagian daripada penubuhan Malaysia.

"Ketiadaan wakil-wakil dari Sarawak dan Sabah dalam MKN adalah sangat menyedihkan. Kami merasakan bahawa kepentingan Sarawak dan Sabah perlu dilindungi pada setiap peringkat kerajaan persekutuan," katanya.

'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'

Posted: 21 Dec 2015 02:54 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.

Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.

"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut," katanya.

Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.

Tujuh kesilapan besar semasa temuduga

Posted: 21 Dec 2015 02:47 AM PST

Tujuh kesilapan besar semasa temuduga
Duduk dengan tegak merupakan satu kemestian semasa ditemuduga. - Gambar hiasan
 
 
TIDAK semua syarikat di dunia mementingkan resume yang diberikan pemburu kerja semasa temuduga.

Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.

Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.

Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.

Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.

1. Postur duduk atau diri yang teruk.

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.

Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.

2. Jabat tangan yang 'buruk'.

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang hubungan mata

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.

Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.

7. Senyumlah!

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.

Ruang parkir sebelah LRT Taman Jaya terbakar

Posted: 21 Dec 2015 02:37 AM PST

Ruang parkir LRT Taman Jaya terbakar


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dua buah kereta musnah manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang tadi.

"Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus;  Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus," kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pihak bomba juga memaklumkan bahawa seramai enam anggota yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata, kebakaran yang berlaku di parkir bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Jaya itu tidak menjejaskan perjalanan perkhidmatannya.

"Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi LRT tidak terjejas dan ia berjalan seperti biasa," petik kenyataan itu.

Larangan mandi di kawasan rekreasi, pantai di Terengganu

Posted: 21 Dec 2015 02:36 AM PST

SINAR HARIAN


Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman


BESUT - Aktiviti rekreasi seperti mandi-manda di semua kawasan rekreasi termasuk pantai dan pulau di Terengganu adalah dilarang pada musim tengkujuh sekarang.   

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan telah membuat pengumuman mengenai perkara tersebut sebelum ini membabitkan kawasan-kawasan berkenaan.    

Bagaimanapun, katanya, arahan itu masih tidak dipatuhi hingga terlakunya kejadian yang tidak diingini terutama lemas.   

"Musim tengkujuh merupakan musim yang tidak sesuai melakukan kegiatan rekreasi termasuk mandi manda sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai kerana ianya boleh mendatangkan risiko," katanya.  

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat ibu kepada mangsa letupan dandang di Abu Dhabi Mohd Sukri Sulaiman, 45, di kediamannya di Kampung Padang Landak, Jerteh di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi air terjun: Imam surau Puncak Alam antara 5 lemas]
[ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar dikhuatiri lemas]

Menurutnya arahan juga telah dikeluarkan mengenai penutupan semua kawasan rekreasi sehingga bulan Mac depan tetapi tempat itu masih didatangi pengunjung terutamanya oleh pelancong dan pelawat dari luar.   

Ahmad Razif mengulas kejadian lemas di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu melibatkan sepasang suami-isteri dan tiga anak perempuan mereka Sabtu lepas.   

Beliau turut mengulas kejadian terbaharu di Pantai Rhu 10, Setiu pagi ini membabitkan tiga pelajar tahfiz.  
Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sementara dua rakannya masih hilang.- Bernama


2 pelajar tahfiz dikhuatiri lemas di Pantai Rhu 10 Setiu

Posted: 21 Dec 2015 02:31 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Rhu 10, dekat Setiu hari ini, menurut Pegawai Bomba Kanan I Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu Karomi Nordin.

Beliau berkata 2 pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohd Naim Adnan, 17, berasal dari Kampung Seri Bengkal, Batu Pahat, Johor manakala seorang lagi Mohd Wafiq Mohd Nor, 17, dari Kampung Seri Bengkal Mukim 6, Parit Yaani, Yong Peng, Johor.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, rakan kedua-dua pelajar itu, Ahmad Izad Shahruddin, 17, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pelajar itu sedang dijalankan anggota bomba dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut meninjau keadaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 petang ini


Yang Dipertua Dewan Negara nafi hanya 6 senator hadir sesi perbahasan

Posted: 21 Dec 2015 02:25 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa hanya 6 senator hadir dalam satu sesi perbahasan di Dewan Negara baru-baru ini.

Menyifatkan berita tersebut mengelirukan, Abu Zahar berkata ia juga mencemarkan nama baik institusi perundangan negara itu.
 
"Tidak bagus buat cerita macam tu... mengelirukan keadaan. Contohnya apabila waktu Maghrib, senator yang beragama Islam keluar solat dan selepas itu mereka akan masuk semula dalam dewan," katanya mengulas laporan sebuah akhbar mengenai perkara tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perpisahan bagi 3 ahli Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di Bangunan Parlimen, hari ini. 
 
Mereka ialah Senator Datuk Seri Idris Jala, Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah dan Senator Dr Syed Husin Ali. Terdahulu dalam ucapannya, Abu Zahar menyifatkan 3 senator berkenaan sebagai ahli dewan yang cemerlang dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Idris iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dilantik sebagai senator pada 1 September 2009 dan dilantik semula untuk penggal ke-2 pada 3 September 2012.

Muhammad Olian dan Syed Husin masing-masing dilantik sebagai senator pada 10 Disember dan 17 Disember 2012. – Bernama


Cadangan wujudkan Mara Digital di Anggerik Mall, Shah Alam sedang dibincang

Posted: 21 Dec 2015 02:22 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan Anggerik Mall di Shah Alam mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015. 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan Anggerik Mall di Shah Alam mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Cadangan mewujudkan Mara Digital Mall di pusat membeli-belah Anggerik Mall di Shah Alam masih dalam peringkat perbincangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia berikutan pusat beli-belah itu mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit.

"Kita (kementerian) masih berbincang (dengan pihak pengurusan Anggerik Mall) untuk menyediakan pusat jualan gajet dan telefon bimbit di Shah Alam kerana kita lihat pusat IT (teknologi maklumat) mampu menarik pengunjung terutamanya golongan muda untuk berkunjung ke sini.

"Bagaimanapun, ruang Anggerik Mall ini agak kecil... mungkin kita hanya boleh menempatkan 10 hingga 15 kiosk di lobi Mall ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat membeli-belah itu hari ini. 
 
Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata Mara Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara akan diperluaskan ke setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan. – Bernama


Atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping

Posted: 21 Dec 2015 02:14 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



Persekutuan Bina Badan Malaysia hari ini mengesahkan atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.Persekutuan Bina Badan Malaysia hari ini mengesahkan atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jaguh bina badan negara, Sazali Samad perlu tampil memberi penjelasan sama ada beliau mengambil bahan larangan secara sengaja atau sebaliknya sehingga menyebabkannya gagal dalam ujian doping. 
 
 Gesaan itu dibuat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang turut menunggu keputusan rasmi Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) berhubung isu doping pemenang 10 kali gelaran Mr Universe itu.

"Apa yang dilihat kebanyakan kes doping berlaku kerana kecuaian atlet dan mereka perlu bertanggungjawab atas perkara itu," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Transformasi Sukan Kedah hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Exco Belia dan Sukan Kedah Aminuddin Omar yang disertai 38 persatuan sukan di negeri ini bagi membolehkan mereka menyediakan atlet berkualiti tinggi pada masa depan. 
 
Sazali dikatakan gagal dalam ujian doping yang dilakukan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas sebelum kontinjen negara berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Bina Badan Asia ke-49.

Setakat ini, MSN sudah menggantung keistimewaan yang diterima Sazali sebagai atlet termasuk sekatan elaun latihan, logistik, makanan, pembiayaan pertandingan, jurulatih, makanan tambahan, perkhidmatan sokongan kepakaran sains dan perubatan sukan.

Menurut Shapawi semua atlet diberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai suplemen yang dilarang kerana memiliki bahan terlarang, sekali gus boleh menyebabkan gagal dalam ujian doping.

"Apa sahaja produk baharu yang diperkenalkan atau diberikan kepada mereka perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) terlebih dahulu bagi membuktikan tiada bahan terlarang.

"Kita nasihatkan atlet mengenai perkara itu. Jika mereka cuai atau sengaja mengambilnya, mereka perlu bertanggungjawab atas perkara itu," katanya. – Bernama,


Pas Selangor bincang pendirian parti

Posted: 20 Dec 2015 11:19 PM PST

Ahmad Yunus Hairi


SABAK BERNAM - Pas Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri bagi membincangkan pendirian parti itu tentang kerjasama dengan Umno demi perpaduan dan kemaslahatan Islam.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mencari kata sepakat berhubung kerjasama yang ingin dibentuk antara dua parti itu.

"Saya dimaklumkan satu atau dua hari ini, kita akan adakan mesyuarat di peringkat Pas negeri untuk kita bincangkan apa yang terbaik demi kemaslahatan Islam," katanya.

Beliau berkata, Pas amat menyambut baik dari segi perpaduan Islam yang bukan saja dari segi politik, tetapi dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

"Kita sangat mengalu-alukan soal perpaduan Islam seperti yang dituntut dalam al-Quran. Tetapi dari soal politiknya, kita pegang kepada dasar Islam itu sendiri," ujarnya.

Ditanya adakah hubungan Pas dan PKR mungkin terjejas dengan kerjasama itu, Ahmad Yunus berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu tetap kekal kukuh kerana dalam PKR juga mempunyai masyarakat Islam

PERKASA mungkin ketepi BN, pilih PAS dalam PRU

Posted: 20 Dec 2015 11:15 PM PST

Shakira Buang


 


Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan PAS akan menjadi pilihan kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, presiden PERKASA itu berkata pilihan tersebut hanya akan dibuat sekiranya parti Islam itu berubah menjadi parti progresif.

Bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, pilihan raya lepas PERKASA memberikan sokongan jitu kepada Umno-BN.

Namun, PERKASA menetapkan bahawa pertubuhan itu tidak akan menyokong Umno lagi jika parti Melayu terbesar itu masih gagal memperbaiki kegagalan mereka.

"PERKASA tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima Umno, BN atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.

"Oleh sebab itu, pendirian PERKASA dalam PRU14, akan kami tentukan berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai dua pilihan, antara Umno dan PAS yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP.

"Jika menjelang PRU14, PAS tidak lagi beretorik dan menunjukkan kemampuan untuk membela hidup dan mati Melayu, PAS mampu jadi pilihan PERKASA,"kata Ibrahim dalam ucapan dasarnya pada mesyuarat agung PERKASA di Pusat Islam di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, Umno perlu menyelesaikan isu berbangkit seperti kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Ahli PERKASA pun ramai ahli Umno, tiada masalah. Sebaik sahaja Dewan Rakyat bubar, kita akan putuskan," katanya.

Sehubungan itu, PAS dan Umno katanya perlu bekerjasama bagi merealisasikan penubuhan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (Muin), susulan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PAS pada 13 Oktober lalu di pejabat agung parti Islam itu.

"Kami juga cadangkan penubuhan Muin sebab kami yakin ura-ura kerjasama antara PAS dan Umno mutakhir ini tidak mungkin menjadi kenyataan.

"Oleh demikian, kami harap PAS dan Umno akan 'berjiwa besar' untuk segera merealisasikan kewujudan Muin."


Persatuan silat hadkan penggunaan senjata

Posted: 20 Dec 2015 11:12 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengeluarkan pekeliling baharu mengenai penggunaan senjata dalam aktiviti persilatan dengan mengehadkannya kepada pesilat 18 tahun ke atas.

Pekeliling itu dikeluarkan susulan insiden seorang remaja terbunuh selepas tertikam keris ketika membuat pertunjukan silat di Kampung Patau-patau, Labuan, kelmarin, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, setiausaha Agungnya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata langkah tersebut akan diperhalusi terlebih sebelum dimaklumkan kepada anggota gabungannya

Katanya, pekeliling itu juga akan menghadkan tahap kemahiran seseorang dalam menggunakan senjata dalam persembahan silat.

"Dalam peraturan sekarang sudah ada larangan penggunaan senjata seperti keris dan parang kepada pelajar sekolah yang terlibat dalam pertandingan dan persembahan silat.

"Bagaimanapun, langkah yang akan diambil selepas ini lebih kepada pencegahan dan keselamatan. Bukan semata-mata menghalang terus penggunaannya," Megat Zulkarnain dipetik sebagai berkata.

Seorang remaja berusia 17 tahun kelmarin dilaporkan maut selepas tertikam dengan keris semasa membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Amil Zulkarnain mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak.


Tok Pa: Petani, penternak, nelayan belum faham TPPA

Posted: 20 Dec 2015 11:10 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memperluaskan penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada penduduk di kawasan luar bandar mulai bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah itu perlu kerana masyarakat luar bandar terutama petani, penternak dan nelayan masih belum memahami mengenai perjanjian tersebut.

"Kita akan permudahkan lagi pemahaman mengenai TPPA kepada petani, nelayan dan orang kampung serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Townhall TPPA' di Universiti Malaysia Kelantan di Kota Bharu semalam.

Katanya pada masa sama, pihaknya akan menggandakan sesi penerangan mengenai TPPA kepada golongan akademik, profesional, pelajar institusi pengajian tinggi, usahawan dan penjawat awam.

Beliau berkata maklum balas daripada sesi penerangan mengenai TPPA yang dijalankan dari semasa ke semasa, mendapati semakin ramai yang memahami mengenai perjanjian tersebut dan bantahan terhadap pelaksanaan TPPA juga semakin berkurangan.

Katanya tokoh akademik dan tokoh industri juga akan diminta membantu kerajaan memberi penerangan mengenai perjanjian itu kepada rakyat.

Mustapa berkata bagi memastikan usahawan Bumiputera terutama PKS mampu bersaing di peringkat antarabangsa, kementeriannya akan melaksanakan pelbagai program bina upaya untuk memantapkan golongan tersebut.- Bernama


Kassim Ahmad menang kes lawan JAWI

Posted: 20 Dec 2015 11:04 PM PST

Alyaa Alhadjri


  


Sarjana kontroversi Kassim Ahmad hari ini menang mencabar pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya asas tuduhan menghina Islam dan melanggar fatwa.

Hakim Mahkamah Rayuan Vernon Ong menyampaikan keputusan panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan Putrajaya, yang antara lain mengisytiharkan penahanan lelaki 82 tahun itu pada 26 Mac lalu tidak sah.

Ong juga berkata terdapat pindaan dibuat terhadap waran tangkap yang digunakan pada Kassim, justeru menjadikannya tidak sah dan terbatal.

Panel hakim juga berkata Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa lebih tinggi terhadap tribunal lebih rendah, termasuk Mahkamah Syariah apabila ia terkhilaf daripada aspek undang-undang.

Kassim dianugerahkan kos RM20,000.

Turut menganggotai panel itu ialah hakim Abdul Rahman Sebli dan Hasnah Mohammed.

Kassim, yang datang dari Kedah pagi ini, ditemani isteri, dua anak perempuan dan empat cucu.

Hubungan cinta 1MDB dengan selera Arab

Posted: 20 Dec 2015 10:50 PM PST

Khairie Hisyam


  


KiniBiz l - Ketika pertma kali ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada awal tahun 2009, 1MDB menyatakan bahawa hasratnya adalah untuk memacu pembangunan strategi negara.

Bagaiamanapun, selepas ia diambil alih oleh kerajaan persekutuan pada pertengahan 2009, 'strategi' itu seolah-olah mempunyai 'selera' Arab.

Buat pemulaan, penasihat lembaga pengarah syarikat tersebut mengambil tokoh terkenal Asia Barat sebagai penasihat.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani sebagai penasihat khas dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, ketua pegawai eksekutif Mubadala Development Co, sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi yang dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu.

Dan terdapat juga dinamik yang dibawa oleh tokoh perniagaan Low Taek Jho, yang terkenal dengan hubungan mesranya dengan golongan berada di Timur Tengah dan juga rapat dengan keluarga perdana menteri.

Walaupun Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak pernah mempunyai sebarang peranan rasmi dan tidak menerima ganjaran dalam apa jua bentuk daripada 1MDB, mengikut kata jurucakapnya dan juga 1MDB - beliau dilihat secara intim terlibat dan berperanan penting dalam meletakkan asas usaha sama sulung 1MDB dan banyak keputusan menghubungkan syarikat itu dengan dunia Arab.

Pada September 2009, 1MDB secara tergesa-gesa membentuk usaha sama dengan konglomerat milik persendirian PetroSaudi International Ltd.

Perjanjian usaha sama itu dimeterai hanya beberapa hari selepas CEO daripada kedua-dua pihak diperkenalkan.

Ini satu keadaan yang pelik memandangkan Jho Low tidak mempunyai peranan rasmi di 1MDB kecuali menawarkan nasihat atas jemputan syarikat sehingga pada tahap ia tidak lagi menjadi TIA dan dinamakan semula, seperti yang didakwa oleh jurucakapnya sebelum ini.

Untuk berita lanjut, sila layari KiniBiz.

Laporan: Kebebasan beragama di Malaysia ‘terancam’

Posted: 20 Dec 2015 10:47 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Malaysia sekali lagi diberi kedudukan yang paling buruk dalam satu kajian tahunan berhubung kebebasan bersuara dan kebebasan beragama di seluruh dunia.

"Prestasi negara ini didapati semakin menurun, dengan hak asasi manusia termasuk kebebasan berfikir dan bersuara di bawah ancaman yang serius," kata Laporan Kebebasan Pemikiran 2015.

Ia memberi Malaysia penarafan paling rendah berhubung pencabulan kebebasan berfikir.

Malaysia menerima kedudukan yang sama sejak 2013, apabila sistem ranking lima peringkat pertama kali diterima pakai bagi laporan itu.

Laporan itu diterbitkan pada 10 Disember lalu oleh Kesatuan Kemanusiaan dan Etika Antarabangsa sempena hari hak asasi manusia.

Antara lain, laporan itu menyatakan bahawa murtad boleh dihukum dengan pembunuhan di beberapa negeri, dan Melayu tidak dapat mengasingkan diri mereka sebagai bukan Islam.

Selain itu, adalah haram untuk menyokong pemisahan antara agama dan negara. Agensi-agensi kerajaan pula secara terbuka meminggirkan, mengganggu, atau menghasut kebencian atau keganasan terhadap penganut bukan Islam.

Tahun ini, terdapat 30 negara yang mempunyai penarafan seperti Malaysia. Ini termasuk China, Korea Utara, Indonesia, Brunei, Nigeria, dan Swaziland.

Singapura, Kemboja dan Filipina menunjukkan prestasi terbaik di kalangan negara-negara Asean.

Jakim, IPG tandatangan MoU sedia modul guru Kafa

Posted: 20 Dec 2015 10:43 PM PST

SINAR HARIAN


Jakim


IPOH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata modul latihan yang akan dilaksanakan secara berperingkat itu memfokuskan kepada latihan berasaskan kokurikulum dan suasana kelas Kafa.

"Sekarang ini guru Kafa terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama, 40 peratus adalah guru terlatih daripada Kementerian Pendidikan dan 60 peratus bagi kategori kedua, yang kami akan tumpu kerana mereka bukan berasal daripada guru terlatih," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Ihtifal Kafa peringkat kebangsaan kali ke-4, di sini malam tadi.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata guru Kafa akan menjalani modul latihan yang disediakan IPG selama empat hari sebelum menerima sijil yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan semua guru Kafa terlatih dan memiliki kemahiran PdP (pengajaran dan pembelajaran) setanding dengan guru-guru Kementerian Pendidikan, kata Othman.

Beliau juga berkata Jakim amat berbangga apabila keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) mencatat keputusan sangat baik semenjak ia diperkenalkan contohnya pada 2014 catatkan keputusan cemerlang 100 peratus, iaitu tiada seorang calon pun mendapat D dalam kertas peperiksaan itu.

Mengenai majlis itu, Othman berkata program yang diadakan selama tiga hari mulai Jumaat lepas, adalah satu bentuk kegiatan kokurikulum yang berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar berdasarkan kemampuan mereka mengadaptasi pembelajaran Kafa di dalam kelas.

"Acara yang diperkenalkan dalam ihtifal Kafa ini secara langsung dapat menunjukkan keberhasilan produk yang lahir daripada program Kafa, umpamanya kepetahan pelajar dalam menyampaikan syarahan dengan isi dan fakta, mengalunkan bacaan al-Quran dengan tajwid dan bertaranum," katanya.

Sebanyak 282 peserta dari 12 negeri mengambil bahagian dalam enam kategori dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, nasyid, syarahan Arab, syarahan Bahasa Melayu, penulisan jawi dan penulisan khat. - Bernama

Rayuan peniaga vape sedang dipertimbang

Posted: 20 Dec 2015 10:41 PM PST

Rayuan peniaga vape sedang dipertimbang
Abdul Fattah Mahmood
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan negeri menunggu surat rasmi daripada Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Kelantan untuk membuat sebarang pertimbangan berhubung dengan permohonan  mereka untuk melanjutkan tempoh penjualan vape di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan kerajaan selepas menerima surat rasmi tersebut.

"Saya sudah bertemu dengan Presiden Penjual Vape yang telah berkunjung ke pejabat saya minggu lepas.

"Kita telah berbincang dengan penuh ukhuwah dan kita telah bersetuju bahawa persatuan buat permohonan kerajaan untuk menimbang keputusan yang telah dibuat supaya memberi sedikit masa tambahan kepada penjual.

"Sehingga kini saya sedang menunggu surat permohonan dari persatuan untuk di bawa kepada kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas permohonan PPVM Kelantan yang berharap agar kerajaan negeri memberikan mereka tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi menghabiskan bekalan, berikutan pembekuan lesen sejak Rabu lalu.

Malah, lelongan yang dibuat lebih 50 peniaga vape Kelantan yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pelbagai cecair vape kelmarin juga masih gagal menghabiskan stok vape yang dijual mereka yang terlibat.


Kenapa Adenan tak 'kongsi bantal' dengan Najib

Posted: 20 Dec 2015 10:31 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin memuji Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kerana berani menggesa media mendedahkan penyelewengan, walaupun berlaku dalam kerajaan.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu bagaimanapun berkata pendirian Adenan itu "bermakna" kerana dibuat menjelang pilihan raya negeri yang perlu diadakan tahun depan.

Kadir (gambar) berkata, sebarang tanda "terlalu tunduk atau taksub" menyokong kepimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, yang disifatkannya bermasalah, hanya akan menjejaskan sokongan pengundi pada BN.

"Sebaliknya kalau Adenan memilih untuk tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mohd Najib, beliau mungkin akan dihukum oleh pengundi Sarawak," katanya.

Menulis dalam blog hari ini, Kadir berkata BN Sarawak istimewa kerana dianggotai secara eksklusif oleh parti-parti anak negeri dan, dengan itu,
"kurang dicemarkan oleh politik BN pusat".

"Ini menjadikan autonomi Sarawak dalam Persekutuan Malaysia lebih bermakna," katanya lagi.

Adenan kelmarin berkata media tidak boleh berdiam diri daripada mendedahkan kelemahan dan penyelewengan, termasuk dalam kerajaan, supaya penyelesaiannya dapat dicari.

Bercakap dalam sebuah majlis penyampaian anugerah kewartawanan, beliau bagaimanapun mengingatkan media supaya adil dalam laporannya dan "kami akan menyokong anda".


Penduduk Tawau panik akibat gegaran

Posted: 20 Dec 2015 10:24 PM PST

Penduduk Tawau panik akibat gegaran


TAWAU - Penduduk sekitar pantai timur Sabah khususnya di daerah Tawau panik seketika apabila berlaku gegaran kuat sehingga menyebabkan orang ramai termasuk di pusat bandar berlari keluar ke jalan raya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, gegaran berukuran 6.2 magnitud tersebut berlaku pada pukul 2.47 pagi tadi yang berpusat di Tarakan, Indonesia kira-kira 96km dari Tawau.

Gegaran juga dapat dirasai di Semporna dan Lahad Datu.


Tiga jawapan Pas tentang 'beri Umno kemaafan'

Posted: 20 Dec 2015 10:22 PM PST

Pas


BARU-BARU ini, isu Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini terus hangat diperkatakan.

Sehubungan itu, Pas tampil memberikan jawapan kepada tiga persoalan mengenai isu berkenaan:

Soalan 1: Pas setuju gabung Umno?
Jawapan: TIDAK setuju

Soalan 2: Pas setuju kerjasama dgn Umno?
Jawapan:
i - SETUJU jika atas dasar kebajikan rakyat dan takwa menegakkan Islam
ii - TIDAK SETUJU jika atas dasar dosa, menegakkan kemungkaran dan kezaliman.

Soalan 3:  Kenapa Pas dilihat berlunak dengan Umno akhir-akhir ini?
Jawapan:  Pas melihat Umno, sama ada pemimpin atau ahli-ahlinya adalah sebagai sasaran dakwah yang mesti didekati dan disampaikan kepada mereka Islam.

Umno perlu dinasihati untuk meninggalkan kemungkaran dan kezaliman dan kembali kepada Islam.

(*)  NASRUDIN HASSAN. Ketua Penerangan Pas

Siapa mengkhianati Melayu?

Posted: 20 Dec 2015 10:19 PM PST

Perhimpunan Agung Umno 2015
 

PERSIDANGAN Agung Umno pada 9-11 Disember lalu berlangsung ketika parti itu berada dalam krisis besar. Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan Umno sendiri, berhadapan dengan defisit keyakinan yang paling teruk dalam sejarah.

Seperti biasa, Umno tidak melakukan apa yang sepatutnya, tetapi sebaliknya, menyalahkan orang lain. Dalam ucapannya, Najib dilaporkan menggambarkan kalau Umno kalah PRU14, negara akan ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menentang perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Dalam reaksinya, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bersama yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpinnya, iaitu Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, mengutuk keras kenyataan itu sambil menyatakan bahawa ia tidaklah mengejutkan kerana setiap kali Umno berhadapan dengan krisis, ia akan menggunakan helah menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan penjajahan asing.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa ia menjunjung sepenuhnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuklah yang berkaitan dengan perkara-perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Umno masih terperangkap dalam strategi lama, iaitu menakut-nakutkan rakyat. Ia menuduh pihak lain mengkhianati Melayu sambil mendakwa ia adalah satu-satunya yang melindungi Melayu.

Tetapi, adakah dakwaannya benar? Apakah makna khianat? Melayu mana yang dikhianati?

Ini menyebabkan saya merujuk kembali buku Muhammed Abdul Khaled (2014), The Colour of Inequality (2014). Menurut penulis, mutakhir ini, pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya beransur-ansur menarik setiap orang ke tahap kesejahteraan yang lebih baik, telah tidak melibatkan semua orang, lalu menghasilkan fenomena berbahaya, iaitu kesenjangan yang semakin meluas.

Jurang pendapatan relatif antara bandar dan luar bandar adalah sama seperti masa merdeka pada 1957.

Jurang antara yang kaya dan miskin tidak bertambah baik. Dalam kalangan Bumiputera, pada 2013, 72 peratus pelabur Amanah Saham Bumiputera memiliki purata pelaburan RM554, manakala 0.2 peratus pelabur terkaya memiliki 1,308 kali ganda, iaitu RM725,122.

Tentang pendapatan, pasca-2009, wujud jurang lebih luas dari segi pendapatan relatif antara Bumiputera dengan Cina. Ia melonjak sebanyak 10 peratus dalam tempoh 2009-2012, iaitu jurang paling tinggi sejak DEB diperkenalkan pada 1970. Dengan kata lain, jurang tersebut meningkat semasa pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Dari segi kegagalan pelaksanaan dasar-dasar untuk kebaikan Bumiputera, beliau menyatakan bahawa satu daripada faktornya ialah kerana kegagalan ahli-ahli politik Bumiputera dalam penguatkuasaan dan pemantauannya.

Menurutnya, kegagalan itu boleh diatasi sekiranya ahli-ahli politik Bumiputera, terutamanya parti pemerintah terbesar, iaitu Umno, memainkan peranan penting dalam memastikan objektif-objektif tersebut tercapai. Tetapi, ini tidak berlaku.

Dalam konteks ini, Muhammed memetik temu bualnya dengan seorang bekas Perdana Menteri, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan seorang bekas Naib Presiden Umno, yang antara lain, dilaporkan menyatakan:

Majlis Tertinggi Umno tidak pernah membincangkan dengan teliti agenda ekonomi Bumiputera.

Kajian yang lengkap tentang pelaksanaan dasar-dasar tersebut tidak dibuat. Sebabnya ialah dapatannya akan mendukacitakan kerana menunjukkan kerajaan gagal.

Kebanyakan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri-menteri lebih berminat dengan apa yang diraih melalui politik untuk dirinya sendiri.

Tentang pelaksanaan dasar-dasar, sekiranya ahli-ahli politik tidak mendesaknya, kemungkinan besar kakitangan awam tidak akan melakukannya sendiri, walaupun majoritinya Melayu.

Hari ini, semakin ramai bersuara tentang skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, iaitu ketika rakyat berhadapan dengan tingginya kos kehidupan, kurangnya pekerjaan dan rendahnya pendapatan.

Jadi, siapa, sebenarnya, yang mengkhianati Melayu?

* Datuk Saifuddin Abdullah ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau aktif di Twitter: @saifuddinabd


Tiada ulasan: