Selasa, 17 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


ADA KAH RAKYAT WAJIB TOLAK MEREKA BERDUA INI ?

Posted: 17 Nov 2015 11:01 PM PST


South Lion's photo.

Tebusan M'sia dipancung lepas PM tiba di Manila By canang

Posted: 17 Nov 2015 08:30 PM PST



Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu. Bernard Then dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

 Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina. Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

 Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times. Sementara itu, APEC ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lepas.
 
 
RAKYAT MARHAEN

Pemuda UMNO kesal penyampaian dana Bumiputera lemah Faiz Zainudin

Posted: 17 Nov 2015 07:45 PM PST


pemudaPemuda UMNO melihat ia sebagai isu yang serius memandangkan saban tahun pelbagai bentuk geran, dana serta inisiatif mesra rakyat yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan bajet tetapi tidak dapat dirasai oleh pihak yang sepatutnya.

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO kesal dengan dana khusus untuk Bumiputera oleh kerajaan yang dilihat gagal mencapai golongan sasaran.


Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun mendedahkan, kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion ringgit setiap tahun dalam bentuk dana khususnya untuk usahawan muda Bumiputera namun dana tersebut tidak sampai kepada pihak yang berwajib.

"Kami melihat ia sebagai isu yang serius memandangkan saban tahun pelbagai bentuk geran, dana serta inisiatif mesra rakyat yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan bajet tetapi tidak dapat dirasai oleh pihak yang sepatutnya khususnya golongan usahawan Bumiputera yang baru hendak menapak," katanya semasa sidang media di PWTC pada Selasa.

Khairul menyifatkan punca utama berlakunya perkara ini ialah budaya dan mentaliti 'silo' atau pengasingan di mana terdapat kesukaran dalam memadankan program dan dana kepada kumpulan sasar.

"Kekangan birokrasi dan kekurangan maklumat menyumbang kepada kelemahan perlaksanaan sehingga ada dana yang tidak sampai kepada golongan sasar dan ada pula yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO merancang untuk menganjurkan Konvensyen Dana Bumiputera pada 28 November ini bagi mencapai satu resolusi yang akan memberikan penyelesaian jangka masa panjang.
"Sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih serius melihat perkara ini.

"Kita tidak boleh malu mengakui kelemahan, ini masalah kita dan kita perlu bangkit memperbetulkan keadaan," katanya.


FMT

Firasat DS Anwar Tentang Khalid Ibrahim Tepat Dan Benar !!

Posted: 17 Nov 2015 07:00 PM PST

Kajang Move Terbukti Benar Akhirnya!!!!!!!!

Najib terselamat dari diguling sebagai Perdana Menteri.
Majoriti ahli Parlimen menyokong bajet Najib.
Di antara yang mengundi menyokong Najib adalah bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim.
Sebelum ini Khalid Ibrahim secara terbuka menolak undi tidak percaya kepada Najib Tun Razak.
Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim ini membuktikan apa yg PKR dan Anwar Ibrahim buat dengan Kajang Move adalah benar.
Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim membuktikan Khalid sudah pun menjadi penyokong dan pendokong Najib Tun Razak.
Sehingga hari ini, Khalid Ibrahim masih gagal menjelaskan bagaimana hutang 80 juta beliau tiba tiba menjadi langsai.

Bekas PM Dr Mahathir sendiri berkata Khalid begitu kemaruk hendak menjadi MB kerana hendak membayar hutang beliau.

Akhirnya terbukti Anwar Ibrahim benar dan Hadi Awang salah.

TULANG BESI

Banjir Kilat Shah Alam: ADUN Batu Tiga salahkan KTMB Mohamad Fadli

Posted: 17 Nov 2015 06:15 PM PST


rodzia-ismail,ktm

Punca utama banjir kilat yang selalu berlaku di kawasan komuter KTMB Batu Tiga adalah disebabkan kegagalan KTMB menyelenggara dan menaik taraf kawasan sekitar dengan baik

SHAH ALAM: Kegagalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyelenggara kawasan sekitar stesen komuter Batu Tiga Shah Alam dikatakan menjadi punca berlakunya banjir kilat pada Isnin.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail mendakwa, KTMB gagal menyelenggara kawasan longkang dan parit di sekitar stesen komuter itu sehingga menyebabkan air melimpah sekaligus menyebabkan banjir kilat.

"KTMB hanya pandai menaikkan tambang tetapi keselesaan pengguna dan kesan alam sekitar langsung tidak dihiraukan.

"Punca utama banjir kilat yang selalu berlaku di sekitar kawasan komuter KTMB Batu Tiga ialah kegagalan pihak itu menyelenggara dan menaik taraf kawasan sekitar dengan baik.

"Misalnya, longkang-longkang tidak pernah diperluas sehingga menyebabkan air melimpah keluar," katanya ketika dihubungi FMT.

Sehubungan itu, Rodziah menggesa KTMB meningkatkan penyelenggaraan perparitan agar kejadian banjir kilat dapat diselesaikan segera serta tidak berulang.

Dalam pada itu, beliau juga mengakui kerajaan negeri Selangor sudah meluluskan peruntukkan untuk menaik taraf sungai Damansara dekat Batu Tiga dalam Bajet Selangor yang baharu.

"Saya telah mengarahkan supaya projek menaik taraf sungai dipercepatkan tetapi KTMB juga diminta agar lebih sensitif dalam menambahbaik penyelenggaraan di stesen Batu Tiga yang saban hari bertambah penggunanya," ujarnya.

Terdahulu, beberapa kawasan utama di Shah Alam termasuk Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga teruk terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam.

Banjir kilat turut menenggelamkan landasan keretapi sehingga menyebabkan operasi komuter di Stesen Komuter Batu Tiga terjejas.

Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula menyifatkan pembangunan pesat di sekitar Seksyen 13 Shah Alam sebagai salah satu punca berlakunya banjir kilat pada Isnin.

"Saya mengaku pembinaan pelbagai bangunan sekitar Seksyen 13 antara puncanya. Sistem perparitan, sampah sarap, pembinaan yang tersumbat temasuk tanah merah di sekitar itu mungkin menjurus kepada masalah ini," katanya ringkas.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut tentang tindakan dan langkah yang akan diambil oleh pihaknya bagi mengatasi masalah itu.


FMT

Ahli Parlimen Pas tolak bajet diajak minum petang Adam Abu Bakar

Posted: 17 Nov 2015 05:30 PM PST


Takiyuddin-Hassan,alhli-pas

Semasa sesi minum petang itu ahli Parlimen berkenaan akan diminta memberikan penjelasan tentang langkah mereka menolak Bajet 2016

KUALA LUMPUR: Tiga ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 pada sesi pengundian belah bagi di Parlimen semalam akan diajak minum petang.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengajak ahli Parlimen itu adalah bagi mendapatkan penjelasan, mengapa mereka bertindak demikian.

"Kita belum fikirkan lagi tindakan disiplin. Saya tidak rasa begitu. Jangan nampak ia satu perkara yang serius. Kita pergi minum kopi, panggil mereka minum petang tanya apa jadi semalam," katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen pada Selasa.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan perkara itu bukanlah satu kes besar sebaliknya, ia hanyalah isu kecil.

"Pada saya isu ini kecil sahaja, tidaklah sebesar mana. Lagipun tiga orang sahaja ia tidak beri kesan kepada parti," ujarnya.

Dalam pada itu, Takiyuddin menafikan bahawa Pas kini semakin lemah apabila mengekang ahli Parlimennya untuk menyatakan pendirian.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, Pas memberikan kebebasan kepada mana-mana ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

"Kita beri kebebasan, kita beri arahan tapi bukan dalam paksaan. Tetapi jika ambil kaedah mereka sendiri, parti akan panggil untuk dapatkan penerangan dari mereka kenapa bertindak sedemikian. Tidaklah sampai tatatertib disiplin," katanya lagi.

Antara tiga ahli Parlimen dari Pas yang mengundi menolak bajet semalam adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.

Langkah yang diambil oleh tiga ahli Parlimen Pas itu sekaligus mengingkari arahan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lepas.


FMT

Akhirnya.. YaPEIM Menjawab Dakwaan NOW

Posted: 17 Nov 2015 05:00 PM PST



Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 pada 13 Oktober 1976 sebagai instutusi yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah Program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

Malah YaPEIM adalah pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar Rahnu sejak 1993. Program Ar Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang amat memberangsangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83 juta dari aktiviti Ar Rahnu. Pendapatan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014.

Selain daripada Ar-Rahnu, YaPEIM kini mula terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan yang lain seperti pasaraya, perniagaan berasaskan emas, bidang keselamatan (termasuk perlindungan takaful dan CCMS) dan pelaburan hartanah. Ketika ini YaPEIM sedang menggerakkan Tabung Ibadah Qurban dan meneliti peluang untuk menceburi di bidang penternakan.

Melalui pelbagai pendekatan ekonomi yang dilaksanakan ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Berdasarkan Laporan Kewangan 2014, jumlah aset keseluruhan YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.

YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.

Hasil dari kejayaan dan keuntungan yang dijana melalui pelbagai aktiviti perniagaan pembangunan ekonomi YaPEIM memperkenalkan pelbagai program kebajikan seperti Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar yang cemerlang termasuk pelajar dari keluarga miskin), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).

Untuk rekod, YaPEIM juga merupakan penyedia dana dan pelopor utama bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar Malaysia di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebelum ianya diambil alih oleh Kerajaan.

Seiring dengan pendekatan YaPEIM yang ingin berkongsi dengan masyarakat dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan, YaPEIM turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang melalui skim-skim yang diperkenalkan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan.

YaPEIM sentiasa berpegang kepada prinsip Syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan pengoperasiannya

Amat malang bagi umat Islam, walaupun YaPEIM telah menempa pelbagai kejayaan dan telah menebar bakti sejak mula beroperasi, kini YaPEIM terpaksa berdepan dengan pelbagai pertuduhan jahat daripada Akmal bin Nasir, Ketua Cabang PKR Johor Bahru merangkap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan [National Oversight and Whistleblowers (NOW)] yang bertujuan menjatuhkan reputasi YaPEIM.

Akmal bin Nasir pada 9 November 2015 membuat satu pertuduhan bahawa YaPEIM telah membelanjakan wang sejumlah RM223,000.00 untuk kempen pilihan raya kecil di Parlimen Rompin.

Kemudiannya pada 11 November 2015, Akmal bin Nasir membuat pertuduhan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden serta keluarganya menerima pendapatan keseluruhan sebanyak RM154,700 sebulan.

Pada 13 November 2015, Akmal bin Nasir mengeluarkan lagi kenyataan bahawa terdapat satu skandal melibatkan YaPEIM di mana wang sebanyak RM410,978.56 yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalahgunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Akmal bin Nasir menambah bahawa walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan "Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM", berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat sukaria dan langsung tiada unsur amal jariah. Beliau turut menyatakan bahawa pembayaran dibuat menggunakan duit yang dikhususkan untuk kegunaan anak yatim dan miskin.

Namun keesokan harinya pada 14 November 2015 beliau tampil membuat pembetulan jumlah yang dibelanjakan iaitu sebanyak RM590,000.00 yang dibelanjakan di dalam program di Amerika Syarikat dan mendakwa hanya melibatkan 100 orang peserta sahaja.

Terbaru pada 16 November 2015 petang, Akmal Nasir membuat pertuduhan bahawa YaPEIM membelanjakan sebanyak RM290,000.00 bagi penganjuran kursus perkahwinan di Paris yang dirasmikan oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Beliau membuat tuduhan bahawa program tersebut tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.

YaPEIM memandang serius segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir kerana ianya telah menyebabkan krisis keyakinan dikalangan penyumbang dan meletakkan YaPEIM di dalam pandangan umum yang sangat buruk. Ianya turut memberi kesan negatif dalam urusan perniagaan YaPEIM. Tuduhan penyalahgunaan dan penyelewangan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran adalah tuduhan berat yang berniat jahat dan bermotifkan politik. Lebih mendukacitakan ia telah diterima oleh sebahagian daripada masyarakat di dalam dan luar negara berdasarkan maklumat yang terkandung dalam dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri dan kemudiannya diputarbelitkan oleh NOW.

YaPEIM dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya segala pertuduhan dan ingin menjelaskan serta menyatakan dengan tegas bahawa:

1 – YaPEIM bukanlah sebuah badan kerajaan. YaPEIM adalah sebuah perbadanan yang tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (selepas ini dirujuk sebagai "Surat Ikatan").

2 – Setakat tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan sejumlah RM453,089,453.00 bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi (amal jariah). Dalam tempoh yang sama jumlah kutipan sumbangan amal jariah YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dan skim-skim lain hanyalah sebanyak RM334,931,764. Manakala sejumlah RM118,157,689.00 adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan YaPEIM bagi pengeluaran amal jariah yang diambil daripada sumber dana perniagaan YaPEIM.

* Kutipan SPG dan Skim-skim lain RM334,931,764.00

* Dana Perniagaan YaPEIM RM118,157,689.00

* Jumlah Pengeluaran Amal Jariah RM453,089,453.00

3 – Maka tuduhan bahawa YaPEIM menyalahgunakan atau menyeleweng kutipan duit sumbangan amal jariah daripada para penyumbang di bawah Skim Potongan Gaji adalah tidak benar sama sekali dan jelas ianya merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk menghakis keyakinan penyumbang kepada institusi perniagaan Islam seperti YaPEIM.

4 – Atas sebab itu, tidak timbul sebarang isu kononnya YaPEIM membayar elaun Presiden dan Timbalan Presiden menggunakan duit sumbangan amal jariah melalui Skim Potongan Gaji. Segala pembayaran gaji, elaun dan keseluruhan kos operasi ditanggung sepenuhnya melalui dana daripada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dilaksanakan YaPEIM. Lebih penting sejak awal penubuhan hingga kini YaPEIM diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

5 – Presiden dan Timbalan Presiden telah memberi sumbangan yang besar dan berkesan kepada kemajuan dan perkembangan YaPEIM. Melalui usaha dan komitmen penuh mereka dan disokong pengurusan dan semua kakitangan menjadikan Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah keseluruhan Aset YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.

6 – YaPEIM menjalankan perniagaan seakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti PNB, Tabung Haji dan Felda. Namun bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah tidak menikmati pembayaran bonus dan dividen sebagaimana syarikat berkaitan kerajaan atau institusi korporat yang lain.

7 – Berkenaan perlantikan ahli keluarga Timbalan Presiden di dalam YaPEIM, ingin dijelaskan bahawa pelantikan mereka telah dibuat mengikut proses dan prosedur perlantikan yang sah dan tiada peraturan yang menghalang pelantikan ahli keluarga di dalam YaPEIM. Mereka mula dilantik di dalam anak syarikat YaPEIM berdasarkan kelayakan dan keperluan yang wujud.

Wan Johan Wan Ismail memiliki ijazah sarjana muda Perancangan, Bangunan dan Perumahan dan Ijazah sarjana (masters) pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia manakala Tuan Haji Ismail bin Mohd Nasib pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kaunseling University of Western Michigan, Amerika Syarikat, post graduate Diploma Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda Sejarah, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pensyarah Bachelor of Education TESL Universiti Kebangsaan Malaysia dan jawatan terakhir adalah Pegawai Kebajikan Pelajar, Chicago, Amerika Syarikat. Mereka juga telah memberikan sumbangan kepada pembangunan perniagaan YaPEIM.

8 – Setiap aktiviti atau keputusan yang dibuat di dalam YaPEIM adalah berdasarkan kepada polisi yang telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah selaras dengan Surat Ikatan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah pula terdiri daripada 12 ahli lembaga dari pelbagai latarbelakang antaranya akauntan, peguam, bekas mufti, rektor universiti, mantan Timbalan Naib Canselor, Pegawai Tinggi Kerajaan dan lain-lain. Selain itu YaPEIM turut dikawal-selia Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasi YaPEIM.

9 – Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh YaPEIM adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat penubuhan iaitu pembangunan sosio-ekonomi umat Islam dan kebajikan. YaPEIM telah menjalankan pelbagai program samada di dalam negara mahupun di luar negara. Berkenaan program-program yang dijalankan oleh YaPEIM di luar negara ianya merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru bagi menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian. Program-program yang telah dirangka juga adalah bertujuan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berdialog secara terus dengan YB Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam. Sepanjang dialog dan interaksi yang dibuat mereka telah diberikan kefahaman dan penerangan berkaitan isu-isu kenegaraan, isu-isu semasa hal ehwal Islam, isu-isu keganasan, LGBT dan lain-lain.


10 – YaPEIM ingin menyangkal tuduhan bahawa YB Menteri telah hadir ke program-program anjuran YaPEIM di luar negara adalah untuk bersukaria. YB Menteri telah dijemput oleh YaPEIM bukan sahaja untuk merasmikan dan terlibat di dalam program-program secara langsung dengan para pelajar tetapi juga mewakili YaPEIM dalam mengadakan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia yang menjaga secara langsung kebajikan para pelajar Malaysia di luar negara.

11 – Berdasarkan fakta-fakta di atas amat jelas sekali bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir dan NOW adalah tidak berasas sama sekali, berunsur fitnah dan berniat jahat. Ianya telahpun berjaya menghakis keyakinan para penyumbang dan dengan persepsi serta pandangan buruk masyarakat dan pelabur terhadap YaPEIM sudah pasti menjejaskan perniagaan dan pertumbuhan YaPEIM sebagai satu badan yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.

12 – Tambah memeritkan daripada fitnah ini, adalah kesan kepada penerima-penerima sumbangan amal jariah YaPEIM yang terdiri daripada 200,000 keluarga kumpulan sasar Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional, 120,000 usahawan kecil yang terlibat dalam program pembangunan komuniti dan program pembangunan usahawan serta 5,200 pelajar di bawah Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN).

13 – Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih mempunyai kepercayaan dan terus menyokong YaPEIM dalam menjayakan misi membangun sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.

14 – YaPEIM dan individu-individu yang kredibilitinya terjejas teruk dengan fitnah NOW akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat. YaPEIM juga memohon kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan tertentu bagi menyekat kegiatan jahat NOW mencuri dokumen-dokumen dalaman YaPEIM dan seterusnya menyebarkan maklumat palsu dan memutarbelitkan fakta bertujuan memfitnah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Baharom, YaPEIM dan peneraju-peneraju tertinggi YaPEIM.


Dato' Abibullah Hj Samsudin
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM

Hmmm.. Perenggan ke 7 dia kata "Berkenaan perlantikan ahli keluarga Timbalan Presiden di dalam YaPEIM, ingin dijelaskan bahawa pelantikan mereka telah dibuat mengikut proses dan prosedur perlantikan yang sah dan tiada peraturan yang menghalang pelantikan ahli keluarga di dalam YaPEIM. Mereka mula dilantik di dalam anak syarikat YaPEIM berdasarkan kelayakan dan keperluan yang wujud.

Awat dia ingat dalam Malaysia ni tak ada rakyat Malaysia yang layak dah kot.. sampai terpaksa lantik ahli keluarga Wanita UMNO tu memegang berlambak-lambak jawatan?

Perenggan ke 14 tu.. dia kata fitnah tapi minta agensi penguatkuasaan sekat kegiatan curi dokumen-dokumen dalaman YaPEIM.. seterusnya menyebarkan maklumat palsu dan putar belit fakta..

Kalau dah minta Polis sekat kegiatan curi maklumat tu.. kenapa pula dikatakan maklumat itu palsu?

Baca boleh.. percaya?.. lu fikirlah sendiri...



ANAK SUNGAI DERHAKA

Polis tidak tahu di mana Jho Low berada Adam Abu Bakar

Posted: 17 Nov 2015 04:30 PM PST


jho-low_1mdb_600

Bahagian Interpol tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang meminta mengesan dimana jutawan itu dan empat lain berada.

KUALA LUMPUR: Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan di manakah jutawan berasal dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadap jutawan yang berasal dari Pulau Pinang itu.

"Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan," katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Selain, Jho Low, pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta kerajaan menyatakan di manakah Jho Low, Casey Tang, Jamine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Tusof Annuar Yaacob.

Nik Faisal gagal dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu. Dia dicari pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan melibatkan wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala, Casey Tang dan Jasmine Loo pula dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.


FMT

Jamil Khir diminta supaya menafikan perkara itu sekiranya ia tidak benar.

Posted: 17 Nov 2015 04:00 PM PST

Adakah Rosmah penaung PEMANGKIN? – NOW

rosmah

PETALING JAYA: National Oversight and Whistleblowers (NOW) menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan sama ada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

Ketua Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, dia curiga sekiranya Rosmah dipilih menjadi penaung PEMANGKIN yang merupakan badan menjaga dana anak yatim dan orang miskin.

"Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Selasa.

Akmal turut menyatakan persoalan itu dibuat kepada Jamil setelah NOW membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April 2009 yang bertajuk "Bantu Anak Miskin, Yatim" yang telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.

Katanya, berdasarkan laporan itu, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Jamil Khir.

"Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu sebanyak RM4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak RM5 juta.

"Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin," katanya.

Justeru, dia menegaskan Jamil Khir perlu mmenjawab kesemua pertanyaannya itu.

"Saya tidak membuat tuduhan, tetapi hanya meminta penjelasan sama ada benar atau tidak Rosmah penaung PEMANGKIN," ujarnya.



FMT

BUAT SAHABATKU SEMUA.............!!

Posted: 17 Nov 2015 03:30 PM PST


Zar Ali's photo.

Shahnaz berhak terima mutaah RM100 juta – peguam Ho Kit Yen

Posted: 17 Nov 2015 08:00 AM PST


Shahnaz-A-Majid-dan-Mahmud-Abu-Bekir-Taib

Peguam Mahmud Bekir membantah tuntutan itu kerana melampau dan aset yang dimiliki anak guamnya tidak mengambil kira liabiliti yang ditanggung.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah diberitahu Shahnaz Majid berhak menerima tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta daripada bekas suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.


Peguam Shahnaz, Akberdin Abdul Kadir ketika berhujah di hadapan Hakim Syariah, Abdul Karim Wahab berkata, anak guamnya (Shahnaz) berhak terima mutaah atau hadiah kerana menanggung derita selama 19 tahun perkahwinan mereka.

"Dia didera secara fizikal dan mental oleh suaminya," katanya sambil menambah Shahnaz enggan bercerai ketika itu kerana mahu menjaga nama baik keluarga bekas suaminya yang dikenali ramai.

Mahmud merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sarawak yang kini menjadi Gabenor Sarawak, Tun Taib Mahmud.

"Selain mendera, bekas suaminya juga memalukan dia di hadapan kaum keluarga dalam sebuah majlis perkahwinan dengan membawa isteri keduanya warga Australia ke majlis perkahwinan itu.

"Anak guam saya sangat malu apabila suaminya (ketika itu) memperkenalkan wanita berkenaan sebagai isterinya," katanya ketika penggulungan hujah pada hari terakhir selepas empat tahun kes perceraian itu dibicarakan.

Akberdin berkata, Shahnaz tidak tahu bekas suaminya berkahwin dengan wanita itu di Thailand tetapi pada masa mempunyai hubungan dengan wanita Rusia yang juga berada di Thailand.

Dia turut mengaitkan kekayaan Mahmud Bekir memiliki saham dalam lebih 40 syarikat dan mempunyai pelbagai kereta berjenama mewah seperti Ferrari, Bentley dan Lamborghini.

Akberdin berkata, seorang saksi, akauntan Andrew Heng telah memberitahu mahkamah Mahmud Bekir mempunyai aset dianggarkan melebihi RM1 billion.
"RM100 juta bukan jumlah melampau dan mutaah dibenarkan dalam Islam sebagai hadiah daripada suami kepada isterinya yang diceraikan kerana sikap suami yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, peguam Mahmud Bekir, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, jumlah tuntutan RM100 juta itu melampau.
"Ia bertentangan dengan undang-undang Islam untuk mendapat mutaah sebanyak itu," katanya yang mendakwa Shahnaz gagal membuktikan dakwaan yang dibuat terhadap bekas suaminya.

"Shahnaz gagal mengemukakan dokumen yang membuktikan dia menderika kerana didera dan tiada laporan polis atau laporan perubatan yang membuktikan dia cedera," katanya.

Katanya, Mahmud Bekir telah melaksanakan tanggungjawab mengikut Undang-undang Keluarga Islam dengan memberi nafkah, rumah banglo dan kereta walaupun mereka telah tinggal berasingan.

"Shahnaz juga gagal menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan menjaga keperluan suami selepas dia dan anak guam saya hidup berasingan," kata Zainul.

Zainul berkata, anggaran aset yang dimiliki Mahmud Bekir hanya anggaran kasar tanpa mengambil kira liabiliti yang ditanggung anak guamnya.

Hakim menetapkan 28 Januari tahun depan untuk membuat keputusan.

Shahnaz dan Mahmud berkahwin pada 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka bercerai pada 2011 selepas hidup berasingan selama 11 tahun.

Kes penceraian mereka mendapat perhatian kerana keduanya-duanya daripada keluarga yang dikenali di samping menjadi kes penceraian antara termahal di Malaysia.

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi terkenal tempatan, Datuk Sheila Majid.


FMT

Sotong kangkong... Berpisah tiada... Kongkalikong... Auta belaka...

Posted: 17 Nov 2015 07:30 AM PST

kahkahkahkahkah.... Interpol,PDRM, KDN,SPRM,BNM, TV3 suku. xdpt kesan jho low weyyyy...

Posted: 17 Nov 2015 07:15 AM PST

.
 
Tetamu undangan ke pesta – Jamie Foxx pernah berikrar untuk berahsia, tetapi dia pergi menaiki jet peribadinya untuk menghadiri pesta Jho Low ke Korea Selatan
 
sarawakreport.org|By Sarawak Report.

JANGAN UNDI MUKA MUKA DIBAWAH INI PADA PRU 14. JANGAN JADI "MELAYU MUDAH LUPA"

Posted: 17 Nov 2015 06:45 AM PST


Zar Ali's photo.

KENAPA LIDAH BIAWAK BERCABANG ??? WOWW !!.. si Jamil Khir katanya..

Posted: 17 Nov 2015 06:15 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

"Kadang-kadang nak makan pun teringat, adakah mereka juga makan macam saya.."
TERINGAT ??? Teringat camna tu !!!.. Teringat kat AMAREEKA ka atau PARIS !!!

Polis Kena Buat Siasatan Menteri Agama Kenapa Main Ugut ? Kalau Tak Bersalah, Tunggu Lah Dimakhamah !

Posted: 17 Nov 2015 05:26 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Dana YaPEIM: Untuk apa Jamil Khir tuntut ganti rugi RM10 juta?

Akmal Nasir enggan meminta maaf kerana yakin tidak bersalah dan pendedahan itu demi menyelamatkan dana YaPEIM.


jamir-khir,-akmal-yusof


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan mengapa beliau mengemukakan tuntutan sehingga RM10 juta berhubung pendedahan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk program di Amerika Syarikat.


Ketua Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, tuntutan ganti rugi RM10 juta di samping permohonan maaf yang diminta Jamil Khir itu amat mencurigakan.


"Saya pasti rakyat juga tertanya-tanya mengapa beliau (Jamil) bukan sahaja menuntut kemaafan saya dalam tempoh dua hari… tetapi juga bayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat bagi mencegah kemungkaran," katanya dalam satu sidang media di pejabat NOW.


Akmal memberitahu dia telah menerima Surat Tuntutan daripada peguam Jamil Khir namun dia tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.


Katanya, dia tidak bersalah dan pendedahan yang dibuat itu hanyalah demi menyelamatkan dana YaPEIM.


"Saya dedahkan skandal ini demi menyelamatkan dana YaPEIM kerana ia melibatkan wang penyumbang dan penerima amal jariah termasuk lebih setengah juta pencarum bulanan dan juga mereka yang layak menerima bantuan YaPEIM seperti anak yatim dan miskin.


"Saya tegaskan bahawa tindakan saman ini hanyalah untuk mengalih perhatian kepada beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan," jelasnya.


Katanya, Jamil Khir sepatutnya membuat penjelasan terbuka dengan bukti-bukti kukuh sekiranya pendedahan skandal YaPEIM itu fitnah.


"Sekiranya Jamil Khir meneruskan rancangan untuk menyaman, beliau bukan sahaja berdepan dengan saya, tetapi juga dengan 588,930 orang pencarum YaPEIM," katanya.


Jamil Khir memberi Akmal tempoh sehingga Rabu ini untuk mengemukakan permohonan maaf.


Surat tuntutan itu telah dihantar beliau melalui peguam Adnan Seman @ Abdullah daripada firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associaes pada 16 November lalu.

 

Tiada ulasan: