Rabu, 18 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Salahuddin Bidas Cubaan Lagakannya Dengan Mat Sabu

Posted: 18 Nov 2015 01:15 AM PST

Mohd Sabu dan Saya

Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) dewasa ini yang mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun berusia hanya dua bulan.

Pemimpin-Pemimpin kanan Amanah telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum / pentas politik nasional dan internasional yang membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.


Pihak sekretariat pula sedang bekerja keras nemproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insyaallah .

Pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah Rahmat Untuk Semua disamping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli, ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.

Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.

Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Hj Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Hj Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan?

Kekuatan yang kami praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif. Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman.


Berbekalkan pengalaman puluhan tahun dipersada perjuangan, saya dan Hj Mohd Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti ini. InsyaAlLah Amanah walaupun usianya masih baru mampu untuk membaca kilat ikan di air.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden AMANAH



ULASAN GB

Berkilas ikan di air, kutahu jantan betinanya!

Sikap Pesuruhjaya PAS Perak itu memaparkan sendiri keresahan dan rasa sakit & dengki di hatinya terhadap perkembangan dan kemajuan AMANAH sehingga beliau tergamak untuk mereka-reka fitnah dan cerita murahan kononnya Mohd Sabu dan Salahuddin Ayub sudah tidak sehaluan.

Seluruh rakyat Malaysia ketawa besar membaca kenyataan PJ Perak berkenaan.

Demikianlah penyakit yang berbuku di hati para pemimpin PAS terhadap kejayaan cemerlang AMANAH walaupun yang baru hanya 2 bulan dilancarkan sudah memperolehi 50,000 ahli.

Sakit hati mereka, sehingga beberapa pemimpin dan ahli PAS sanggup meninggalkan akhlak Islam untuk memaki hamun, terpekik terlolong malah ada yang mencarut di sana sini kerana nak lepaskan geram kepada AMANAH yang sedang mengarak langkah dengan laju bersama-sama rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan demi mrealisasikan cita-cita perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran, kezaliman dan kebatilan.

Demikianlah indahnya perencanaan Allah..... mendedahkan siapa sebenarnya mereka selama ini yang berselindung di sebalik slogan "kepimpinan ulama" sehingga mereka sendiri menjatuhkan kredibiliti parti sendiri apabila berakhlak lebih teruk dan lebih dasyat daripada kafirun yang caci dan hinakan.

Sunnatullah tidak berubah, yang melampaui batas akan tetap terhukum akhirnya. Demikian janji Allah s.w.t. Yakinlah!

PAS Amalkan Politik Geli-geli Kerana Takut Lebih Banyak Hilang Kerusi...

Posted: 17 Nov 2015 06:22 PM PST

PAS perlu jadi jantan, hentikan politik 'geli-geli' – Zasyaf Ishak

Memang tidak banyak yang diharapkan dalam strategi pembangkang untuk tidak meluluskan Bajet 2016.

Berdasarkan kiraan mana sekalipun, nampak jelas niat untuk memalukan Perdana Menteri tidak boleh berlaku dengan mudah.

Ini Malaysia.

Politik kita bukan terkenal dengan integriti dan maruah.


Tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah pendirian politik parti berteraskan Islam, berkepimpinan ulama, juga mengambil pendirian yang cacamarba dan tidak matang.

Politik yang boleh diterangkan dengan mudah dengan budaya "geli-geli" orang muda; sangat memualkan.


Atas dasar apa, PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan lama berada dalam politik Malaysia, mengambil pendirian "berkecuali" dan tidak bersama menentang Bajet 2016?

Ini strategi politik jenis apa?

Di mana kesungguhan dan istiqamah PAS dalam menentang sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat?

Kenyataan kononnya wakil PAS yang terlibat dalam undian menolak Bajet 2016 akan dipanggil untuk memberikan penerangan.

Ini satu lagi politik "play safe" dan lakonan politik bertaraf amatur.

Jika benar, PAS mementingkan disiplin, wakil PAS ini wajar dipecat serta merta.

Itupun kalau PAS ada kesungguhan untuk berbuat demikian.


Permainan politik PAS ini bertaraf anak remaja yang tidak pasti akan kemampuan "kelakiannya".

Disebabkan tidak pasti, yang boleh dilakukan hanya "geli-geli".

Permainan politik seperti ini sifar maruah dan memalukan.

Tidak ada elemen kesungguhan dan keazaman. Tidak ada jiwa untuk bersama dalam membangkang kezaliman.


Jika benar, percaturan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada "unity government", ianya masih tidak utuh dan kuat.

Jika benar "multaqa" dan jiwa politik PAS sudah bersama Najib, ianya wajar dipertonton melalui keputusan jelas memberi sokongan kepada Bajet 2016.

Atau ada "pengeras" yang belum dilunaskan bagi memungkinkan PAS menunjukkan kejantanan sebenar dalam politik.

PAS patut membuat pendekatan solid menyokong Najib dan meminta perjanjian yang jelas dalam kerangka "unity government".

Ini termasuklah membenarkan PAS memimpin Kelantan dengan lebih utuh dan kuat.

Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang sekian lama menjadi milik PAS.

Umno dan PAS hanya perlu bermusuh dengan Amanah, PKR dan DAP.

Pendirian politik PAS mutakhir ini tidak didokong dan didorong strategi politik menyeluruh, tetapi bersifat peribadi.

Presiden PAS diberikan mandat penuh untuk menentukan tarikh hijrah sebenar menyokong Umno. Yang berlaku sekarang hanya lakonan dan bersifat "geli-geli".


Politik "geli-geli" PAS ini buat rakyat umum berasa geli geleman.

Bila tok guru dan ustaz juga sudah pandai "geli-geli", suasana politik akan jadi lebih rosak.

Maruah dalam perjalanan untuk digadai.


PAS tidak kenakan tindakan displin ahli Parlimen tolak Bajet 2016

PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, tindakan mereka bukanlah perkara yang serius dan mereka boleh membincangkannya melalui sesi "minum kopi".

"Jangan jadikan isu ini terlalu serius, kita akan panggil mereka untuk "minum kopi" saja, pasal kejadian semalam. Saya tidak fikir bukan isu besar," kata ahli Parlimen Kota Baru itu kepada pemberita.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam berkata, hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan,

Mahfuz merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Semasa sesi pengundian bajet itu berlangsung semalam, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

Takiyuddin berkata, pihaknya tidak menganggap isu undi bajet ini adalah isu besar dan tidak menunjukkan terdapat perpecahan di dalam PAS.

"Bagi saya, isu undi itu tidak bagi kesan besar pada parti, kalau kita ambil sikap tolak tetap akan lulus juga.

"Kita buat keputusan parti tidak menolak semua bajet dan tidak terima semua. Kita tolak yang tidak baik, terima yang baik itu pendirian kita.

"Bukan kita pihak mana mana, kalau baik untuk rakyat kita sokonglah," katanya lagi.
-TMI


ULASAN GB

PAS mengamalkan "politik geli-geli" kerana takut akan kehilangan lebih banyak kerusi parlimennya.

PAS sudah pun kehilangan 6 kerusi parlimen kepada Parti Amanah Negara. Barisan ahli parlimen Amanah diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa selaku Ketua Whip Amanah. Beliau ahli parlimen Parit Buntar juga Naib Presiden Amanah. Ahli parlimen lain adalah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Jika PAS mengambil tindakan dengan memecat 3 orang lagi iaitu Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaqi (Kubang Kerian), bererti AMANAH akan memperolehi 3 lagi kerusi parlimen. Sepastinya PAS sudah tidak mampu menghadapi keadaan sedemikian apabila kerusinya parlimennya yang pada asalnya 20 kini sudah menjadi 14 dan akan terus berkurang kepada 11.

Ada yang menuduh AMANAH sebagai pengkhianat kerana tak bertanding di dalam pilihanraya tetapi tiba-tiba sudah ada kerusi.

Hal ini telah GB jawab sebelum ini:

51% pengundi semasa PRU13 yang lalu telah mengundi calon Pakatan Rakyat (PR). Bererti calon-calon PAS yang menang pada PRU13 adalah kerana rakyat mengundi mereka di atas dasar PAS adalah komponen PR. AMANAH menghormati kehendak dan pilihan rakyat dan mengekalkan PR melalui Pakatan Harapan dan mereka meninggalkan PAS kerana PAS telah mengkhinati amanah rakyat. PAS itu adalah pengkhianat, bukan AMANAH.

Di Selangor PAS berhempas-pulas mempertahankan kedudukan di dalam kerajaan negeri walaupun diminta melepaskan jawatan di atas alasan kononnya mereka menang kerana PR.


Itu kenyataan daripada Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang kemudian kenyataannya diulangi oleh Setiausaha PAS Selangor, Kharuddin Othman. Kedua-duanya adalah penyokong tegar Hassan Ali sebelum ini.

Tindakan PAS yang mengamalkan politik geli-geli itu memang sifar maruah. Menuduh orang lain pengkhianat sedangkan merekalah yang pengkhianat sebenar.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS sudah tidak layak berada di parlimen. Banyak lagi kerusi PAS akan melayang, terutama kerusi-kerusi yang ahli parlimennya kerap ponteng dan makan gaji buta dan wang elaun haram. Sunatullah tidak berubah!

Tiada ulasan: