Tukar Tiub |
- GANI PATAIL SEHAT!
- PASAK KEPONG DAN KAWAL
- ADA MACAM MACAM GILA
- MULA TANAM TEMBAKAU
- SATU LAGI SELIPAR TUA
- KITA MULA KIRA HARI
- APA DIA 41?
- RAKYAT SOKONG
- MUHYIDDIN AKAN DISINGKIR
- TUJUH SAMURAI TELAH DIKENAL
- BERITA SUDAH BOCOR
Posted: 03 Nov 2015 06:58 PM PST GANi PATAiL DiBUANG KERJA ATAS ALASAN TAK SEHAT - TiPU! 'Anda nampak saya? Saya OK'Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail membuat kemunculan terbuka di majlis awam untuk kali pertama sejak dipecat baru-baru ini. Bagaimanapun, selain daripada soalan hadirin menenai keadaan kesihatannya, Abdul Gani berkali-kali menolak sebarang pertanyaan yang tiada kaitan denan topik majlis berkenaan. Abdul Gani hadir untuk menyertai perbincangan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 atau lebih dikenali sebagai Sosma. "Mengenai isu lain tentang keadaan saya, saya OK. Saya menjalani dialisis tiga kali seminggu, saya masih perlu membaca, saya masih buat 'kerja' - bukan di pejabat tapi menjaga cucu. "Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertuga di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis. "Saya rasa saya ada merurusan denan beberapa presiden dan beberapa presiden lalu walaupun saya menjalani rawatan dialisis. "Sekarang saya di sini. Anda nampak saya? Saya sihat, terima kasih," katanya. Majlis itu dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam ini. KAH KAH KAH woit gani dibuang kerja diberhenti cara tetiba bukan kerana sakit tapi kerana siasat kes duit 42 juta dari IRC masuk ke akaun najib yang ini kes besar yang ini kes jelas tu pasal 4 saksi sengaja dihilangkan JANGAN TiPU --------------- |
Posted: 03 Nov 2015 06:19 PM PST PASAK KEPONG DAN KAWAL Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque sampai ke Melaka dengan 18 buah kapal perang dan 1500 orang soldadu. Tujuan kedatangan Benggali Puteh ini ialah untuk mengepong dan menawan kota Melaka. Dengan tertawannya kota Melaka maka segala perniagaan rempah rampai di Eropah jatuh ke tangan Portugal. Ini berlaku 500 tahun dahulu ketika Portugal angkuh sebagai kuasa imperialis. Ini sebelum kemuculan kuasa imperial Belanda dan Inggeris. Ini dizaman ' mencantile capitalism' - di era permulaan perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis berubah dan berkembang. Kuasa imperial lama - Portugal dan Belanda dikalahkan oleh kuasa imperial baru - kuasa British. Kuasa kolonial British berjaya menawan 3/4 wilayah dunia. Britain menjadi Great Britain yang kaya raya dengan harta kekayaaan yang dipunggah dari seluruh pelusuk bumi. Sejarah kapitalisma berubah. Kuasa kolonial British digantikan pula oleh kuasa kolonial Amerika. Ini kuasa imperial baru yang lahir sesudah Perang Dunia Kedua. Dari Samenjak berakhirnya Perang Duna Kedua hingga ke hari ini majoriti rakyat dunia dibawah taklok Empire Amerika. Dari permulaan sejarah manusia - perang bertujuan untuk menawan wilayah, merampas harta kekayaan , mencari pasaran dan buruh. Melaka ditawan Portugis kerana kota ini tempat jual beli rempah ramai tersohor dalam dunia ketika itu. Perang membuktikan kekuatan dan kuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis perebutan ekonomi ini akan berterusan. Justeru selagi sistem kapitalis ini wujud - perang akan terus ada. Perang bertujuan untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis bala tentera siapa yang gagah akan berkuasa. Dengan kuasa boleh memiliki kekayaan. Kuasa ialah memaksa orang lain untuk menerima atau memakai atau membuat sesuatu yang mereka tidak ada hak memileh atau menolak. Pada ketika ini Tanah Melayu sedang dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk menerima Perjanjain TPPA. Pemaksaan berjaya dilakukan apabila Parti Ketuanan Melayu yang bernama United Malays National Organisation telah bersekongkol dan bersubahat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. Sama saperti sejarah Melaka 500 tahun dahulu ketika diserang oleh Portugis. Serangan pertama Portugis gagal. Melaka hanya berjaya dikalahkan dengan serangan kedua apabila ada pembelotan. Pada ketika ini sekali lagi pembelotan berlaku di Tanah Melayu. Bani Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu sengaja tidak disedarkan tentang apa butiran Perjanjian TPPA. Bani Melayu tidak sedar bahawa Tanah Melayu termasuk Bani Melayu sendiri sedang diikat dan dibungkus untuk dijual secara borong kepada syarikat koprat antarabangsa. Sabelas buah negara - Australia, Brunai, Canada, Chile , Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - sedang diancam dan dipaksa oleh Amerika untuk bersetuju menanda tangani Perjanjian TPPA. Saperti yang telah saya katakan - perjanjian ini adalah satu perjanjian rahsia dimana warga negara di sebelas negara ini TIDAK mengetahui secara terperinci isi kandungan perjanjian ini. Sebelas negara ini amat penting untuk kaum kapitalis antarabangsa. Mereka menghasilkan 40% pengeluaran GDP ekonomi dunia, 30% ekspot global dan 25% impot global. Dalam dua tulisan saya yang lalu telah diterangkan latar belakang kemunculkan TPPA ini. Kali ini saya ingin memberi pencerahan kepada Bani Melayu apa sebenarnya tujuan Amerika memaksaa 11 buah negara menandatangai perjanjian rahsia ini. TPPA ini wajib difahami bersama dengan strateji Pasak Asia/Pivot Asia. Dua pekara ini ikat berikat - macam isi dengan kuku. Pada tahun 2009 - Bill Clinton telah memperkukuhkan pengkalan tentera udara dan laut Amerika di Guam, Pilipina dan di Jepun. Clinton juga telah bersekongkol dengan Singapura untuk mendirikan pelabuhan yang membolehkan kapal perang Amerika berlabuh di Changi Singapura. Apabila Obama masuk ke Rumah Puteh untuk kali kedua pada tahun 2012 - Obama telah mengeluarkan stratiji yang dipanggil Pivot Asia atau PASAK ASIA. Presiden Obama telah menerangkan dasar Pasak Asia adalah dasar pertahanan Amerika yang baru. Pasak Asia akan memusatkan 3/4 bala tentera Amerika ke Asia dan Asia Timur. Ini bermakna Amerika akan mengurangkan dan memindahkan bala tenteranya dari Timur Tegah dan Eropah. Pasak Asia akan membawa bala tentera laut, darat dan udara Amerika ke Asia dan ke Asia Tenggara. Pada ketika ini Amerika mula melihat dan mengintai-intai kembali pengkalan udara dan laut di Asia Tenggra. Ketika Perang Vietnam berjalan ( 1961-1975) - Siam dan di Pilipina, dua negara Asean telah menjadi wilayah loncatan Amerika untuk menyerang Vietnam. Di Siam Amerika telah menggunakan lapangan terbang Udon dan Korat. Manakala di Pilipina Amerika menggunakan lapangan terbang Clark dan pelabuhan tentera di Subic Bay untuk menyerang VIetnam. Amerika juga mahu menggunakan kembali pelabuhan tentera laut Cam Ranh di Vietnam. Amerika dan Vietnam yang berperang satu ketika dahulu kini telah mula berbaik-baik. Semua ini adalah Pasak Asia. Tujuan Utama Pasak Asia ini ialah mengepong Tanah Besar China. Amerika menggunakan dua bentuk strateji untuk meminggir dan mengepong China - ekonomi dan tentera. Pertama: dengan ekonomi melalui Perjanjian TPPA. Kedua: melalui kekuatan tentera melalui Pasak Asia. China pada ketika ini dilihat oleh Amerika dalam dua kaca mata. Satu segi sebagai rakan niaga yang berpotensi membawa bahaya. Kedua China akan menjadi pesaing dari segi ekonomi dan ketenteraan bukan sahaja di Asia tapi secara global. Hakikatnya hari ini China telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. Ekonomi Jepun telah jatuh ke number tiga. China berpotensi untuk menjadi kuasa hegemon yang akan menjadi kuasa imperial menggantikan Amerika. Dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran yang kuat dan besar China telah mula memperlihatkan keberanian. China sedang memperluaskan pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Melalui ekonomi yang kuat China telah dibaca oleh Amerika sebagai mengembangkan sauh mencari tanah jajahan. Wilayah pertama yang sedang menjadi medan perebutan ialah di Laut China Selatan. Mengikut risikan satelit Amerika , China sedang mendirikan pelabuhan tentera laut yang besar di Pulau Spratly. Wilayah kepuluan ini juga diklim oleh Vietnam, Pilipina dan Malaysia. Justeru 3 negara ini menjadi penting dalam Pasak Asia dan TPPA. Dalam persaingan ekonomi antara China dan Amerika ini - dunia sedang melihat munculnya negara-negara BRIC yang berani bangun untuk menandingi kuasa hegemoni Amerika. BRIC ialah Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Negara-negara Bric ini telah menjadi satu kelompok ekonomi yang mendapat sokongan dari China yang kaya dengan simpanan dolar. China juga telah menubuhkan AIIB - Asian Infrastruture Investment Bank dengan pelaburan sebanyak 1 Trilion Yuan. Bank ini berpotensi untuk menandingi Asian Develppment Bank - milik Bank Dunia. AIIB ini akan menjadi alternatif kepada Internatiopnal Monetary Fund. China juga sedar bahawa Amerika sedang mengepong China melalui TPPA. Justeru untuk memecahkan kepongan itu China telah mewujdukan RCEP - Regional Comprehensive Economic Partnership. Sepuluh negara Asean telah menjadi ahli bersama India, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand. Amerika Syarikat TIDAK dijemput. Sama saperti Amerika tidak menjemput China dalam TPPA. Jelas - semua ini adalah persaingan yang amat sengit. Grand Finale persaingan ini pastilah perang. Dan Laut China Selatan akan menjadi medan utama. China, Amerika, Malaysia, Pilipina dan Vietnam bukan berebut mencari kerang atau hak memasang lukah. Apa yang direbut di Laut China Selatan bukan ikan pari atau tenggiri tetapi minyak mentah dan gas yang masih tersimpan dalam perut bumi. TPPA dan Pasak Asia ini adalah strateji berjangka panjang Amerika. Empire Amerika sedang membuat persediaan. Amerika sedar akan potensi BRIC. Amerika juga sedar tentang kerjasama antara Rusia dan China. Pada satu ketika dahulu - ketika Perang Dingin - China dan USSR dari blok Sosialis bertelagah tentang idealoji. Mereka bermusuhan dari segi membaca Marx dan Lenin. Sesudah runtuhnya USSR kelihatan China dan Rusia menjadi intim. Dua negara ini bukan sahaja membuat perjanjian perniagaan yang maha besar. Malah China dan Rusia juga membuat perjanjian pertahanan. PLA - People Liberation Army China telah memberi kawad hormat di Victory Parade di Red Square Moscow pada May tahun ini. Dalam bulan September tahun ini Tentera Merah Rusia telah juga berkawad di Bejing untuk menyambut ulang tahun ke 70 kemenangan China mengalahkan Jepun. Di podium ialah Vladimir Putin yang diapit oleh Presiden China Xi Jinping. Semiotiknya cukup jelas bahawa Rusia dan China kini telah menjadi negara 'abang adik'. Semiotik ini jelas ditujukan kepada Obama dan kuasa imperial Amerika. Bila Grand Finale ini akan sampai? Mengikut hukum sosial ianya pasti akan sampai. Tanda-tanda semakin jelas. Saddam Hussein dibunuh kerana dia meninggalkan dolar. Gadaffy dibunuh kerana dia berniat ingin menggantikan dolar dengan dinar emas. Pada hari ini China, Rusia dan negara BRIC telah mula meninggal dolar dalam urus beli perniagaan. Tetapi dolar masih diguna pakai lagi. Akan tiba masa apabila Yuan dan Ruble menjadi ganti dolar maka ketika itu semua akan meledak. Sayang sekali Bani Melayu tidak memiliki kesedaran tentang pekara ini. Sayang sekali Tanah Melayu akan dijual kepada koprat Amerika. Sekali lagi Tanah Melayu akan dijajah saperti Portugis datang ke Melaka 500 tahun dahulu. Cuma kali ini penjajah bukan datang dengan kapal perang dan soldadu tapi dengan kertas Perjanjian TPPA. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ---------- |
Posted: 03 Nov 2015 05:30 PM PST GiLA ADA 9999 MACAM YANG iNI GiLA BODEK 1MDB boleh jadi sumber kekuatan BN KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan yakin isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu menjadi kekuatan baharu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang apabila kerajaan membuktikan kepada rakyat dakwaan-dakwaan terhadap syarikat itu adalah tidak benar. Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata kerajaan sejak dari awal telah bersungguh-sungguh untuk mematahkan pelbagai dakwaan pihak tertentu, khasnya pembangkang dengan memberikan fakta kepada setiap dakwaan dilemparkan terhadap 1MDB. KAH KAH KAH wooit maloan ini nasib baik bodoh bukan satu jenayah kalau bodoh jenayah malaon ini pasti kena penjara 200 tahun BODOH LAGi ------------ |
Posted: 03 Nov 2015 08:48 AM PST GWA SUDAH LAPAN TAHUN KHATAM Harga rokok naik 40% mulai esok, industri terkejut3 Nov — British American Tobacco (BAT) Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya sebanyak RM40% berkuatkuasa esok. Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam satu kenyataan lewat petang ini berkata, kenaikan harga ini mengambil kir SILA TANAM TEMBAKAU KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 03 Nov 2015 05:18 AM PST SATU LAGi JADI SELiPAR DAH PAKAi TERUS BUANG 'Nak gantung, nak patah, nak kepak saya tak kisah' Zainuddin Maidin berkata beliau tidak kisah dengan laporan terkini yang menyenaraikannya antara tujuh anggota Umno yang berdepan risiko penggantungan. "Saya tiada masalah. Saya tak ada hal nak gantung ke, nak kepak ke, nak patah ke. "Sebab saya tiada apa-apa (kepentingan) dalam Umno. Saya tiada kepentingan. Keluar pun tidak merugikan saya," kata bekas menteri penerangan itu. Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam itu juga secara sinis mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memantaunya kerana menjadikannya "lebih besar daripada sepatutnya". "Saya tidak sedih, saya tidak tersinggung. Saya tidak ada jasa pada Umno," kata bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. KAH KAH KAH woit kesian sedih pilu semua jadi selipar dah pakai terus buang dah nasib badan' bukan salah ibu mengandung salah kondom koyak kah kah kah SELIPAR TUA ---------------- |
Posted: 03 Nov 2015 04:30 AM PST MARi KITA MULA KIRA HARi Pas ingatkan Najib masih ada 41 hari Perdana Menteri pada Jun lalu berjanji untuk menyelesaikan masalah 1MDB dalam tempoh enam bulan. PETALING JAYA : Najib Razak masih mempunyai 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikannya untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tamat. Timbalan Presiden Pas, D Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat mengharapkan Perdana Menteri tidak menggunakan debat antara Tony Pua dan Arul Kanda untuk mengatakan masalah 1MDB telah selesai. "Sebagai peringatan, ada 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat. "Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji bahawa masalah 1MDB telah selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai di satu debat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa. Jun lalu, Najib meminta rakyat memberi tempoh enam bulan kepadanya untuk menyelesaikan masalah 1MDB. KAH KAH KAH woit najib ingat kita lupa pelanduk lupa jerat tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk kah kah kah INGAT LAGi |
Posted: 03 Nov 2015 12:09 AM PST |
Posted: 02 Nov 2015 11:00 PM PST SOKONG TEPAT BETUL YANG PERLU BANYAK BAS & KOMUTER Lebuh raya bukan keperluan utama rakyat – AzminSHAH ALAM 2 Nov. - Kerajaan PKR Selangor menganggap pembinaan lebuh raya bukan satu keperluan utama kepada rakyat meskipun mengakui penduduk khususnya di Lembah Klang berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas ketika ini. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebaliknya mengambil pendirian untuk memberikan tumpuan hanya kepada usaha meningkatkan perkhidmatan awam sebagai satu-satunya pilihan bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Lebuh raya bukan penyelesaian mutlak untuk menyuraikan kesesakan trafik di Selangor. Lebuh raya hanya untuk mengalihkan mesin (kenderaan), bukan rakyat (orang ramai)," katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lebuh-raya-bukan-keperluan-utama-rakyat-8211-azmin-1.153862#sthash.cHjrq4sU.dpuf KAH KAH KAH woit jangan lupa jalan raya lebuh raya ada hukum nya: sebanyak mana jalan dibuat sebanyak itulah kereta memadat ini namanya hukum jalan jangan buat2 tak tahu PADAT LAGi ------------ |
Posted: 02 Nov 2015 09:37 PM PST KENAPA MUHYiDDIN WAJiB DISINGKiR Umno turut terdesak untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sebelum bermulanya perhimpunan agung pada Disember, bagi mengelakkan beliau merasmikan perhimpunan sayap parti. Bagaimanapun, parti itu juga difahamkan belum memutuskan pengganti Muhyiddin untuk merasmikan perhimpunan sayap. "Kalau ada peluang mungkin Muhyiddin hanya memberikan ucapan sewaktu penggulungan di akhir perhimpunan agung," kata sumber itu. Menurut konvensyen dalam Umno, presiden akan menyampaikan ucapan dan perwakilan akan membahaskan ucapan dasar presiden itu. Manakala, timbalan presiden Umno akan memberikan ucapan perasmian sayap Pemuda, Puteri, dan Wanita Umno, sehari sebelum perhimpunan agung bermula. Perhimpunan agung Umno tahun ini dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamal-yunos-dr-mahathir-muhyiddin-shafie-antara-7-dalam-perhatian#sthash.YWCz2nN6.dpufKAH KAH KAH NO KOKEN -------------- |
Posted: 02 Nov 2015 08:43 PM PST TUJUH SAMURAi TELAH DIKENAL Pemimpin 'baju merah', Mahathir, Muhyiddin antara 7 dalam perhatian UmnoKetua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Mohd Yunos, dikenali sebagai jurucakap utama perhimpunan baju merah, dipercayai merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin Umno yang berdepan kemungkinan digantung daripada parti, menurut sumber. Mereka lain yang dikatakan turut disenaraikan dalam perhatian pucuk pimpinan tertinggi parti ialah bekas presiden Umno Mahathir Mohamad, timbalan presiden Muhyiddin Yassin, naib presiden Shafie Apdal, bekas menteri Zainuddin Maidin, bekas menteri besar Kedah Sanusi Junid dan ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamal-yunos-dr-mahathir-muhyiddin-shafie-antara-7-dalam-perhatian#sthash.YWCz2nN6.dpufKAH KAH KAH woit pasal apa kena siasat apa kes jamal baju merah jamal kerja kuat jamal buat demo pasal apa kena? kah kah kah kesian jamal baju merah dah jadi selipar merah dah pakai buang kah kah kah PAKAI BUANG ------------------- |
Posted: 02 Nov 2015 07:40 PM PST BERiTA SENYAP SEKARANG BARU BOCOR Pemindahan mengejut pendakwa raya SPRMSeorang pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan hari ini. Menurut sumber kepada Malaysiakini, pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi. Beliau sebelum ini, ditahan oleh pihak polis pada awal pagi 1 Ogos lalu dan ditahan di sebuah lokap serta rumah dan pejabatnya digeledah. Dokumen dan komputer ribanya turut dirampas daripada pejabatnya di operasi bahagian khas SPRM pada hari yang sama sebelum beliau dibebaskan. Apa yang menjadi pemindahannya penuh tanda-tanya adalah peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuatkuasa sehingga 2017. Bagaimanapun, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada surat bertarikh 14 Oktober mengarahkan Ahmad Shazalee melaporkan diri pada hari berikutnya. Difahamkan SPRM hanya menerima surat arahan pemindahan itu pada hari Jumaat (30 Oktober) lalu. Apandi menafikan dakwaan bahawa Shazalee dipindahkan dan berkata berita Malaysiakini berkaitan perkara itu adalah palsu. Tweet Pejabat Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut: "AGC menjelaskan bahawa tiada arahan pemindahan kepada DPP Shazalee Abdul Khairi keluar daripada SPRM." Beliau sebelum itu enggan mengulas mengenai pemindahan berkenaan. "Saya ada banyak pegawai yang dipindahkan. Saya tidak dapat tentukan yang mana satu," katanya ketika ditanya sebab-sebab di sebalik pemindahan Ahmad Shazalee. 'Kerja Gila' Pemindahan Ahmad Shazalee secara mengejut itu juga disahkan oleh sumber daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM. Bagaimanapun, idak diketahui di mana Ahmad Shazalee melaporkan diri untuk kerjanya hari ini. Menurut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan, keputusan Jabatan Peguam Negara itu sebagai 'kerja gila' kerana tidak ada penggantian. "Ini adalah usaha untuk menjejaskan siasatan ke atas SRC International," kata sumber lain. KAH KAH KAH woit apa sudah jadi senyap senyap kena tahan senyap senyap kena pindah semua tyak tahu nasib baik ada malaysiakini kalau tidak satu dunia dalam gelap gulita PiNDAH LAGi ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan