Isnin, 2 November 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Mat Sabu akui dia tak berjiwa Islam

Posted: 02 Nov 2015 04:55 PM PST


Asalamualaikum. Aku meneliti dalam fb, akhbar dan lain-lain sumber, ramai orangg tak faham perjuangan islam.

Pada hemat penulis semacam mustahil ada orang Islam tidak faham dengan perjuangan Islam sepertimana kata ustaz Razi dalam FBnya.

Mengapa? Mustahil orang Islam sendiri tak faham dengan perjuangan agama yang mereka anuti, sedangkan orang kafir sangat faham dengan perjuangan.

Kalau orang kafir tak faham dengan perjuangan islam mana mungkin mereka menentang habis habisan dengan pas yang hendak mendaulatkan undang undang Islam di Malaysia ini.

Orang kafir faham dengan perjuangan islam. Sebab itu apa sahaja yang dilakukan oleh PAS ditentang agar Islam tidak dapat didaulatkan di Malaysia ini.

Bagi penulis adalah mustahil ramai orang Islam tak faham dengan perjuangan Islam. Lebih lebih lagi Mat Sabu dan gengnya yang lari menubuhkan parti PAN.

Mat Sabu bukan tak faham dengan perjuangan Islam,Atas sebab teramat faham dengan perjuangan islam dia dan gengnya menubuhkan parti yang bukan Islam bertujuan untuk lawan PAS yang memperjuangkan Islam.

 Faham dengan perjuangan islamlah beliau berikrar dialah orangnya yang akan sokong undi  menghalang perlekasanaan hudud di Malaysia.

Ini menunjukkan yang Mat Sabu teramat faham dengan perjuangan Islam yang tetap walau dengan apa halangan sekali PAS akan berusaha bersungguh sunguh untuk 
mendaulatkan undang undang Islam di Negara satu Malaysia ini.

 Mengapa beliau bertindak demikian. Dalam satu kenyataan beliau menyatakan yang beliau tak berjiwa islam. Bayangkan mereka yang tidak berjiwa islam. Orang kafir sah tak berjiwa Islam,kerana mereka kafir tapi  Mat Sabu dan gengnya yang masih tunai solat bertindak macam orang kafir.mungkin dah tak seronok lagi dengan ajaran Islam.

Penulis tak rasa ahiran, kerana Allah ada menyatakan didalam Al Quran, bahawa ada orang yang paginya Islam dan petangnya kafir dan petangnya  Islam paginya kafir.

Yang membimbangkan penulis Pagi pun kafir petang pun Kafir. Minta dijauhkan Allah segala hal seumpama yang dinyatakan Allah dalam Quran itu.

Kita memohon agar hati kita tidak palingkan Allah. Biarlah pagi islam petang Islam dan seterusnya sampai akhir hayat. Mati dalam islam.

Kata ustaz Razi lagi, Kita sokong bukan orangnya, tapi dasar parti itu, PAS sudah lama sejak tahun lima puluhan lagi dasar islam telah tersurat sebelum hj Hadi masuk PAS lagi.
Dasarnya tak berubah dibawah kepimpinan ulamak. Silap sikit sebanyak tu biasalah manusia. Tak kan tak boleh baiki. Jadi yang keluar tubuh parti baru tu tak betul.
  
Dulu, 2penggal barisan ulamak tewas, mat sabu timbalan, ulamak tak keluar parti pun, buat kerja mcm biasa. Tapi kali ini barisan prograsif kalah, sepatutnya sabarlah dua tahun lagi lawan lah, kalau menang geng awak presedannya.

 Ni kalah lari pikul kerusi sekali dan ronpok harta benda PAS setengah tempat seperti di Johor dan kedah. Harus diingat kita orang islam wajib pilih parti islam sejati. Tak perlu dua atau tiga.

Kita orang sokong dasar parti bukan kerana orangnya.sesiapa jadi ketua kita wajib taat selagi tidak bercanggah dengan dasar parti dan tidak menyalahi quran, hadis, ijmak dan qias.

 kalau berlaku sebaliknya tak wajib taat. Jadi buat kita nak marah-marah kpd Haji Hadi. Tak setuju diamlah jangan cari dosa pula.

ingat : tiada ketaatan pada maksiat kpd Allah (maksud Hadis). Aku harap semua tidak keliru dan dikelirukan. Maaf.


Tiada ulasan: