Isnin, 2 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Parti "Oren" Turki, AKP, Menang Besar, Melebihi Sasaran

Posted: 03 Nov 2015 01:05 AM PST

Parti pemerintah Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan ) telah memenangi kembali majoriti dan sekaligus berjaya menubuhkan kerajaan satu parti selepas pilihan raya umum di negara itu semalam, menurut perangkaan rasmi.

Dengan hampir semua undi dikira, AK Party telah berjaya memperolehi 49.4 peratus, melebihi dari sasarannya iaitu sekita 40%-44%, mengalahkan Parti Rakyat Republikan (CHP), yang ketinggalan jauh di tempat kedua dengan 25.4%. Parti pegerakan nasionalis (MHP) mencatatkan 11.9 manakala Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang pro-Kurdish hanya memperolehi 10.7%.



Ini bermakna AKP dijangka memperolehi 316 kerusi, CHP 134, MHP 41 manakala HDP 59 kerusi.

Presiden Recep Tayyip Erdogan akan kekal menerajui parti kerajaan tunggal di Turki.

Parti AK beliau telah berjaya mendapat majoriti dengan ketara sejak 2002 walaupun jatuh sedikit pada pilihan raya yang lepas pada bulan Jun lalu.

Perdana Menteri dan pemimpin Parti AK Ahmet Davutoglu menulis di dalam tweetnya "Alhamdulillah" (Syukur kepada Allah), sebelum muncul di rumah keluarganya di bandar Anatolia, Konya untuk memeberikan ucapan ringkas kepada ramai penyokong AKParty yang bersorak kegembiraan.

"Hari ini adalah kemenangan untuk demokrasi kita dan rakyat kita ... Mudah-mudahan kami akan dapat berkhidmat dengan baik untuk anda semua untuk tempoh empat tahun lagi sebelum kita berpilihanraya lagi pada 2019," katanya.

Parti HDP (lebih kurang PAS di Malaysia -GB) menjadi sugul semasa kelputusan diumumkan semalam. Parti itu telah mengurangkan kempen pilihanrayanya kali ini setelah mengetahui mereka dtolak oleh majoriti rakyat Turki.

Parti itu memperolehi undi yang lebih kecil berbanding pilihan raya Jun lalu apabila hanya meraih sekitar 10.7% berbanding 13% pada pilihanraya yang lalu. Kalaulah tidak dengan kemenangan besar AK Party pimpinan Erdogan, berkemungkinan parti itu telah berjaya memperolehi kemenangan yang lebih besar, lapor Reuters.

Mustafa Akyol, seorang penganalisis dan kolumnis Turki berkata, keputusan semalam adalah kemenangan besar dan tidak dijangka untuk parti AK.

"Serangan pengganas yang semakin meningkat dan penurunan ekonomi sejak Julai dicipta untuk menimbulkan keresahan mengenai ketidakstabilan politik di Turki.

Mereka yang mementingkan kestabilan akan mengundi Parti AK, bimbang bahawa kerajaan kerajaan selain darinya adalah tidak baik untuk Turki sepertimana berlaku pada tahun 1990-an," demikian Akyol memberitahu Al Jazeera.

Lebih daripada 54 juta orang telah berdaftar untuk mengundi di 175,000 pusat pembuangan pada hari Ahad. Kadar penyertaan adalah sebanyak 86.1 peratus.

[TERKINI] PAS Tak Mahu Lawan UMNO BN Lagi, Nak Jadi Penasihat Saja..

Posted: 01 Nov 2015 05:13 PM PST

BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.



"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara.

"Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?"
katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.

Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi. -TMI


KAH, KAH, KAH...KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!

Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.

Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja.

Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?


Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?


Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan" semata-mata.

Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.

UMNO akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang. Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu menyesuaikan dirinya.

Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.

Hadi Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak lama lagi.

Sekali lagi....kah, kah, kah...

Yang nyata, dengan kenyataan Hadi Awang ini, ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung, bahkan selama ini sangggup menderma wang untuk perjuangan menegakkan Islam, bolehlah beransur-ansur meninggalkan parti itu kerana Pas sebenarnya tidak ingin pun kepada kuasa sedangkan suatu ketika dahulu ghairah mengatakan dengan kuasa dalam tanganlah, maka Islam dapat ditegakkan.

Pas hari ini sebaliknya tidak lagi inginkan kuasa, mereka hanya mahu jadi penasihat kepada BN semata-mata. Maka, ahli dan penyokong Pas, jika ingin berjuang serta terlibat dalam politik, lebih baik sertai parti lain mulai sekarang. Jika tidak, duduk saja di surau serta masjid, lupakanlah untuk mengharapkan pahala dan syurga melalui Pas.

Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam angan-angan" kerana yang dikejar mereka bukanlah Islam melalui perjuangan sendiri, tetapi lebih mengharapkan UMNO menukar dasar pejuangannya, walaupun menyedari ia umpama mengharapkan burung pungguk dapat menyentuh bulan yang nun jauh di angkasa. -shahbudindotcom



RESPONS DR MAZLAN ALI TERHADAP KENYATAAN HAJI HADI

As salam.

Dalam satu program dialog Pas bersama rakyat di Kuala Trg semalam, TGHH berkata Pas menolak saranan MP Dato' Raja Kamarul Bahrin yg menyarankan semua MP Pembangkang menolak usul Bajet 2016 sbg satu protes terhadap kepimpinan Najib.

TGHH berkata Pas kini berpaksi kpd perjuangan bagi mengubah dasar dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata2 ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. Pas sedia menjadi penasihat sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan.

TGHH berkata Pas secara dasarnya bersetuju dgn bantuan2 yg diberikan kerajaan (Umno) terhadap rakyat, bagaimanapun cara perlaksanaan dan pengurusan bantuan itu tidak dipersetujui kerana berlaku banyak kepincangan.

Setuju dgn umno bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dgn mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan dalam BN malah kita tak akan bergabung dgn Umno"

Pendapat saya:

1. Ini adalah satu kenyataan politik yg paling tidak produktif dari seorang pemimpin no.1 parti yg 'kononnya' pembangkang.

2. Pendirian pemimpin politik yg paling samar dan mengelirukan di abad ini. Inilah pemandu sebenar (TGHH) bas express yg tak ada destinasi.

3. Cita2 TGHH ingin mengubah dasar Umno adalah kerja sia2, sbb ubah dasar umno adalah kerja akar umbi ( di perhimpunan agung umno) atau BBC.
Kerja pembangkang bukan ubah dasar Umno, tetapi UBAH KERAJAAN.

4. Setuju dgn Umno tetapi tidak bermaksud akan jalankan kerjasama adalah satu sikap yg tidak rasional (tidak jelas) dalam konteks hubungan antara dua pihak.
Dalam konteks politik, sikap spt ini adalah umpama 'talam dua muka".
Ia mengelirukan samada di pihak Umno sendiri atau rakan pembangkangnya (PKR).


5. Kesimpulannya, TGHH dan Pas sudah tidak releven lagi dalam politik Malaysia kerana adanya Pas dalam pentas politik ibarat kacau daun dan menganggu proses demokrasi yg sihat.

-Dr Mazlan Ali


ULASAN GB

Sudah semakin menyerlah sikap Presiden PAS. Sebelum ini apa juga Hj. Hadi utarakan ia akan diperbetulkan semula oleh Ketua Lujnah Penafian PAS Pusat, iaitu setpolnya sendiri. Kerana ternyata kenyataan Hj Hadi menimbulkan kontroversi yang dituduhnya pihak media memutarbelitkan kenyataan presiden PAS itu.

Hari ini belum ada penafian dari ketua lujnah berkenaan.

PAS nampaknya sudah tidak ingin melawan UMNO BN lagi. Sudah tidak mahu ambil alih kuasa, sudah berputus-asa untuk ke Putrajaya. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS sudah tidak istiqamah.

PAS sekadar nak jadi Tuan Penasihat kepada kepimpinan kerajaan yang diketuai Najib. Ketawa besar Najib dan sekalian pemimpin UMNO.

Kata Haji Hadi,

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

Bilamasa UMNO mahu tukar dasar kepada Islam? Tak serik-serik lagi Haji Hadi ni kena tipu dengan UMNO di dalam kes hudud. Sekarang nak bekerjasama dengan UMNO.

Perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan menghpuskan kemungkaran sudah terkulai layu di bawah Hj. Hadi.

Sebelum ini juga Haji Hadi tak setuju tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) memegang spanduk "Mana Derma RM2.6 Bilion?". Dikatanya kononnya MP PAS adalah kumpulan yang beradab, bukan peserta demonstrasi. Beliau juga tidak buat keputusan untuk MP PAS samada untuk menyokong atau membantah usul tidak percaya kepada Najib. Dan kini beliau berkata "PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016".

Dengan kenyataan-kenyataan tersebut ternyata PAS sudah menjadi parti yang mesra-UMNO/BN.

Yang penting PAS masyuuuk. Dapat jawatan, dapat pangkat anugerah Najib dan UMNO BN seperti Nasharuddin Mat Isa yang baru dilantik CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Untung-untung selepas ini Najib akan lantik Hj.Hadi sebagai Penasihat Agung kerajaan UMNO BN pula.

Tiada ulasan: