Ahad, 1 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pembaharuan Minoriti Bumiputera Sabah Dan Sarawk

Posted: 01 Nov 2015 11:15 PM PST

Lily Jane JR's photo.Kabinet bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal Minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mengklasifikasikan semula Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam ruang bangsa pada borang rasmi kerajaan. 

Cadangan itu dibuat jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.


Jawatankuasa Teknikal itu bermatlamat menyelesaikan perasaan tidak gembira dalam kalangan masyarakat Bumiputera dalam kedua-dua negeri itu yang merasa terpinggir apabila dilabelkan sebagai "lain-lain" dalam borang rasmi kerajaan.

George Town Di Kedudukan Keempat Bandar Terbaik Dunia – Lonely Planet By canang

Posted: 01 Nov 2015 10:30 PM PST

GEORGE TOWN: Keputusan telah dikeluarkan! George Town berada di kedudukan keempat dalam 10 Bandar Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2016 dalam senarai Lonely Planet. 
"George Town mungkin terkenal dengan jalan-jalan persekitarannya yang tersenarai dalam warisan dunia Unesco, tetapi akhir-akhir ini ia juga telah muncul sebagai tempat berciri seni, Malaysia moden," menurut Lonely Planet di laman webnya.

"Hari ini, anda mungkin mahu mencari seni jalanan gaya 'funky' di tengah-tengah rumah kedai tradisional Cina, dan ruang pameran versetail yang mempamerkan avant garde seni, filem, muzik dan tarian yang muncul di sebelah kiri dan kanan. 
Menginaplah di beberapa di rumah tumpangan butik dan anda akan mendapat resipi salah sebuah daripada pelbagai komuniti paling berseni dan berdaya cipta di Asia."

George Town berada di senarai keempat selepas Kotor (Montenegro), Quito (Ecuador) dan Dublin (Ireland).

Bandar-bandar ini mendahului tempat-tempat lain yang lebih dikenali dalam senarai itu seperti Rotterdam (Belanda), Mumbai, Fremantle (Australia), Manchester (United Kingdom), Nashville (Amerika Syarikat) dan Rom.

Sebagai sebuah bandar yang tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco, Lonely Planet juga menyifatkan George Town sebagai 'syurga bagi dunia seni yang berkembang dengan kemudahan penginapan gaya 'hip".

"Telusurilah jalan-jalan yang berliku dan lorong-lorong seni di bandar bersejarah George Town untuk menikmati galeri seni jalanan di bahagian luar yang menarik.

Penghargaan untuk Pulau Pinang datang dua tahun selepas Lonely Planet menamakan negari tersebut sebagai destinasi terbaik di dunia untuk makanan.

Sebelum ini, akhbar Britain, Guardian turut menamakan Pulau Pinang sebagai salah sebuah daripada 10 destinasi yang mesti dikunjungi pada 2014.sumber

CERITERA TOK USIN UG CEROI LAGI....

Posted: 01 Nov 2015 09:45 PM PST


Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap.

Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah.

Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir.

Itu dulu. Sekarang... Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka. Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz.

Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam.

Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka.

Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor.


Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor.

Sumber: FB Tok Usin UG Return


Dicatat oleh WFAUZDIN NS
Get your own Poll! Isnin, 2 November 2015 CERITERA TOK USIN UG CEROI LAGI.... Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap. Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah. Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir. Itu dulu. Sekarang... Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka. Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz. Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam. Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka. Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor. Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor. Sumber: FB Tok Usin UG Return Dicatat oleh WFAUZDIN NS Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

TPPA BAHAYAKAN NEGARA BANGSA ( hati2 perangkap negara barat yang mahu menjajah)

Posted: 01 Nov 2015 09:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

NAJIB BIN RAZAK dan kaki ampu bodek tidak usahlah menjaja dongeng soal kebaikan TPPA dan ini sudah jelas cukup membahayakan masa depan negara bangsa kita.

Ini sebenarnya perangkap barat yang semula mahu menjajah ekonomi bangsa kita di Malaysia untuk dijadikan di bawah kangkang mereka.

Rakyat kena sedar dan insaf keadaan ini meski segalanya tidak begitu nampak kesan pemimpin negara dendangkan yang baik2 semata sebalik penuh dengan kebobrokan bakal membunuh anak bangsa sendiri.

Syarat TPPA sudah jelas apa saja projek dan bisnes dalam sesebuah negara boleh dikuasai oleh para pelabur dari negara2 lain dan bukankan ini namanya membangsatkan negara bangsa sendiri?

Hak bumiputra dalam perlembagaan sudah jelas tidak boleh dijadikan sandaran tetapi ikut TPPA sebaliknya dan apakah ini bukan satu penipuan dan kerakusan negara negara untuk menjaja semula negara kita?

Kenapa kerajaan beriya2 mahu libatkan negara kita masuk ke dalam perangkap permainan dunia luar ini?

Apakah diugut apa bila Najib sendiri punya kasus yang tergantung di sana sini terkait 1MDB dan Altantuya yang memerlukan barat menyokong dan selamatkan dirinya sendiri dan korbankan negara bangsa?

Ini kita fikir dan inilah kesannya bila pemimpin kita punya tahi yang menyebar ke sana sini dan akhirnya negara sendiri dijadikan korban/membangsatkan negara bangsa sendiri yang siap mencapai negara makmur tahun 2020 dan semuanya binasa punah kesan kebodohan kepimpinan bobrok UMNO yang memerempatkan rakyat banyak terutama di Sabah yang kaya sumber alam.


Fikirlah dan telaah elak jadi lembu!



ISMAILY BUNGSU
sabah
2/11/2015

Sultan boleh lantik bukan Melayu jadi MB, kata Aziz Bari OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 01 Nov 2015 08:15 PM PST


Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari.

Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari.

Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar kerana ia dibenarkan Perlembagaan yang jelas menyatakan mereka turut mempunyai hak asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang itu berkata, mengikut Perlembagaan, dalam keadaan tertentu kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk memilih calon menteri besar daripada kalangan bukan Melayu.

"Ya betul (lantik bukan menteri besar bukan Melayu) cuma kena tengok dalam konteks tertentu. Sebagai peruntukan umum memang orang Melayu saja boleh jadi menteri besar," kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Petaling Jaya semalam.

"Tetapi yang nombor dua dalam Perlembagaan dinyatakan, untuk pastikan syarat dan kedudukan menteri besar dipenuhi, Sultan boleh mengetepikan peruntukan tersebut. Maknanya Sultan boleh lantik orang bukan Melayu," katanya.

Aziz yang baru sahaja dipilih menjadi ahli jawatankuasa DAP Selangor menjelaskan, pelantikan bukan Melayu sebagai menteri besar boleh terjadi sekiranya tiada majoriti Melayu yang menyokong calon menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ataupun orang Melayu tidak ada dalam DUN selain mungkin orang Melayu itu tidak sesuai menjadi menteri besar.

"Ada pelbagai situasi dan maksudnya, kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk melantik orang bukan Melayu," katanya.

Belum masanya bukan Melayu jadi MB

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun berkata, pada waktu ini, kemungkinan untuk bukan Melayu dilantik sebagai menteri besar terlalu kecil.

"Hendak mengatakan orang Melayu tidak ada dalam DUN, itu saya rasa agak tidak masuk akal.

"Namun yang saya jelaskan ini, maksudnya kalau orang Melayu itu sendiri terbuka dan mereka hendak lihat calon yang baik dan sesuai dan boleh menerima, maka ia tidak mustahil," katanya.

Apabila ditanya apakah kenyataannya bermakna beliau menyokong pelantikan menteri besar di kalangan bukan Melayu, Aziz berkata ia tidak berbangkit dan bukan menjadi isu.

Sebaliknya Aziz berkata, beliau hanya ingin menjelaskan tindakan demikian boleh dilaksanakan dan bukan berdasarkan pendapat peribadinya.

"Ini bukan soal saya menyokong atau tidak, tapi apa yang saya nak jelaskan apa ada di situ dan keduanya nak beritahu nak kata orang bukan Melayu tidak boleh jadi menteri besar tidak ada sebenarnya, ia boleh walaupun bukan yang pertama," katanya.

Katanya, syarat paling penting ialah calon menteri besar mendapat kepercayaan majoriti dan mesti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Maknanya Perlembagaan beri ruang untuk Sultan sedikit sebanyak dan kebebasan bagi memastikan pentadbiran mantap serta bertanggungjawab.

"Sultan tidak boleh lantik sesiapa saja macam sebelum merdeka iaitu dengan lantikan peribadi," katanya yang sebelum ini pernah menjadi calon PKR di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Semasa Konvesyen Tahunan DAP Selangor semalam, Aziz yang hadir sebagai pemerhati menyatakan kekecewaannya apabila wujudnya kempen dalam PKR menolak calon menteri besar bukan Islam.

DAP popular di kalangan anak muda Melayu

Aziz berkata, DAP kini begitu popular di kalangan anak muda Melayu akan tetapi tidak bagi mereka yang berada di usia pertengahan.

"Saya tidak ada bukti menyatakan itu, namun saya fikir di kalangan orang muda itu yang ada perubahan. Mungkin kerana mereka ini skeptikal dan kecewa atau ada perasaan nak mencuba, itu yang menarik penyertaan.

"Generasi lama dan berumur mungkin kurang sebab ada prejudis dan saya sendiri dihujani soalan begitu kenapa Islam masuk DAP, labelkan DAP sebagai anti Islam," katanya yang baru menyertai DAP beberapa bulan lalu.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan perwakilan yang mengatakan DAP tidak harus dilihat sebagai parti Cina tetapi mengakui agak sukar membuang persepsi itu.

"Macam perwakilan bangkitkan jangan DAP dilihat sebagai parti Cina, kerana sejarah dan realiti begitu.

"Macam Amanah, PKR, Umno dan juga PAS, mereka kata bukan hanya untuk orang Melayu-Islam, namun tidak dapat lari dengan hakikat itu, begitu juga dengan DAP," katanya.

Umno gagal manfaatkan krisis pembangkang

Mengulas mengenai krisis yang berlaku di antara parti pembangkang, Aziz berkata, dari sudut penyokong meskipun mempunyai kekecewaan namun tidak sampai ke tahap untuk mereka balik kepada Umno.

"Umno tidak ada kekuatan itu kerana mereka pun ada masalah seperti pentadbiran Najib dan masalah perpecahan dalaman parti.

"Pakatan Harapan ada kelemahan tapi tetap Umno tidak mampu untuk mengambil kesempatan," katanya.

Krisis di Selangor bermula antara gabungan pembangkang apabila PKR melancarkan "Langkah Kajang" untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Khalid dan menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor walaupun mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) di antara DAP, PKR dan PAS sudah bersetuju.

Akhirnya PR yang ditubuhkan selepas PRU13 berkubur akibat daripada pergeseran berterusan di antara PAS dan DAP dalam pelbagai isu termasuk hudud di Kelantan.

Perpecahan dalaman PAS menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).

PKR, Amanah dan DAP kemudiannya menubuhkan Pakatan Harapan. Bagaimanapun di Selangor, DAP, PKR dan PAS masih berada dalam kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. – 2 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Lebih ramai penduduk asal Sarawak jadi aktivis anti BN OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 01 Nov 2015 07:30 PM PST


Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.
 
Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya.

Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya.

Seorang petani Iban, Jimmy Saban tidak peduli tentang politik sehinggalah pada hari orang kerajaan, sebahagian daripada mereka bersenjatakan senapang, datang mengambil tanah yang menjadi milik suku dan keluarganya sejak beberapa generasi.

Saban adalah salah seorang daripada petani, pemburu dan rakyat jelata kaum marhaen, yang kini semakin ramai menjadi aktivis anti Barisan Nasional (BN) dan suara lantang mereka menentang kerajaan Sarawak boleh menjadi faktor dalam pilihan raya negeri akan datang.

Apa yang membezakan Saban, 61, daripada aktivis pembangkang kelas pertengahan di bandar yang lain adalah, dia seorang petani sama seperti mereka yang ditemuinya.

Paling penting, dia melihat sendiri bagaimana suku kaumnya kehilangan tanah dalam urus niaga meragukan dengan syarikat swasta yang sering disokong pihak berkuasa negeri.

Cerita Saban bagaimana tanah puaknya masih sewenang-wenangnya dirampas, menyangkal dakwaan pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kerajaan persekutuan BN.

Sejak mengambil alih jawatan, Adenan mendapat pujian rakyat Sarawak kerana beliau mengatakan mahu mengiktiraf tuntutan tanah warisan atau hak adat Bumiputera (NCR).

Dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2016 baru-baru ini, Putrajaya juga memperuntukkan wang bagi apa yang mereka dakwa sebagai langkah mendapatkan tanah NCR.

Saban dan ramai lagi aktivis-petani kini bersedia untuk mencabar tuntutan tersebut dan membuktikan Adenan dan Putrajaya tidak bermaksud seperti apa yang mereka katakan.

Ditipu



Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.
Tiga daripada aktivis yang ditemuramah adalah daripada suku kaum berbeza di bahagian berlainan di Sarawak. Tetapi cerita mereka amat serupa.

Mereka sama ada tidak terlibat dalam politik atau bukan penyokong BN, sehinggalah apabila mereka mendakwa kerajaan Sarawak mengkhianati mereka.

Saban dan penduduk 3 rumah panjang di sepanjang Sungai Pandan mendakwa, pada 2007 mereka ditipu pegawai kerajaan negeri Sarawak supaya melepaskan tuntutan terhadap tanah nenek moyang mereka.

"Mereka meminta kami mengisi dan menandatangani borang untuk mengesahkan tanah milik kami. Kami menandatanganinya. Seminggu kemudian mereka datang dan merampas tanah kami. Mereka mengambilnya untuk sebuah syarikat penanaman akasia," dakwa Saban, yang rumah panjangnya terletak sejauh 3 jam perjalanan dengan bot dari Bintulu.

Penduduk kampung percaya borang berkenaan diubah selepas mereka menandatanganinya bagi menunjukkan mereka melepaskan tuntutan terhadap tanah itu.

Beliau berkata, 46 keluarga kehilangan kira-kira satu pertiga daripada 4,000 hektar tanah yang didakwa milik mereka. Tanah yang dirampas itu mengandungi pokok kelapa sawit, lada, buah-buahan dan sayur-sayuran, semuanya dimusnahkan.

"Saya bergantung kepada tanah ini untuk hidup. Tanaman itu memberi makan saya, isteri saya dan cucu saya," kata Saban.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Pegawai itu menjalankan kerja mereka sambil lelaki berpakaian seragam polis berwarna biru muda berkawal dengan senapang M-16.

Penduduk kampung kaum wanita menangis dan merayu kepada beberapa pegawai majlis tempatan itu untuk menghentikan perobohan itu dan menaruh belas kasihan kepada mereka.

'Tercabut kuku kaki demi BN'


Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.

Di Bengoh, kira-kira 45 minit dari Kuching, pendudukan kampung dari suku Bidayuh, Gracey Kibik menjadi aktivis apabila melihat bagaimana masyarakatnya ditipu dalam rundingan untuk menempatkan semula penduduk bagi projek empangan Bengoh.

"(Kerajaan Sarawak) mulanya berkata, kami terpaksa berpindah dari kampung lama kami ke kawasan lebih tinggi bagi memberi laluan kepada empangan. Tetapi apabila kami menubuhkan sebuah penempatan baharu, mereka memberitahu kami tidak boleh tinggal di sana, kami terpaksa pindah lagi. Ketika itulah saya tahu ada sesuatu yang tidak kena," kata Kibik, 48, dari Kampung Muk Ayun.

Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an.

Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an.

Jauh di kawasan tanah tinggi utara, Yaris Semayong menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak dalam 1990-an.

"Dalam salah satu kempen, saya berjalan begitu banyak hingga satu kuku kaki saya terkoyak. Itulah bukti dedikasi saya," kata petani Lun Bawang yang berusia 54 tahun dari Kampung Long Sukang itu.

Semayong semakin tawar hati dengan BN apabila melihat bagaimana kerajaan Sarawak tidak menunaikan janji dan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka bersikap mementingkan diri sendiri.

"Kemudian saya mula menyokong (Ketua PKR Sarawak) Baru Bian, yang saya kenal sejak dia masih kecil dan banyak membantu orang ramai dengan kes NCR."

Perubahan sentimen

Hari ini, Saban, Kibik dan Semayong merupakan penceramah yang aktif berkempen dalam program parti pembangkang dan organisasi bukan kerajaan di Sarawak.

Kibik memberi ceramah di merata Sarawak, Sabah dan termasuk komuniti Orang Asli di Semenanjung yang berdepan konflik dengan kerajaan tempatan masing-masing atau syarikat swasta.

Pengalamannya dalam projek empangan Bengoh dikongsi bersama komuniti lain di Malaysia Timur yang terpaksa berpindah akibat projek empangan yang sama.

Saban bergerak sepanjang Sungai Pandan menceritakan bagaimana rumah panjangnya kehilangan tanah dan bagaimana mereka boleh mengelakkan ia daripada berlaku kepada mereka.

Semayong, sementara itu, membantu membawa projek infrastruktur kecil seperti sistem air graviti atau skim mikro hidro, yang ditaja parti pembangkang, ke beberapa kampung di kawasan tanah tinggi Lawas.

"Projek kecil membantu orang ramai melihat PKR atau DAP mampu melaksanakannya," kata Semayong yang mendakwa, di kampung sekitarnya, hanya ketua mereka kekal menyokong BN, manakala semua mereka yang berusia di bawah 50 tahun mengundi pembangkang.

Walaupun sentimen luar bandar terhadap BN dan pembangkang secara beransur-ansur berubah, 3 aktivis itu mengakui sokongan pembangkang tidak semestinya satu perkara yang pasti dalam pilihan raya negeri akan datang.

Apabila ditanya apa sebenarnya yang akan menentukan bagaimana penduduk kampung itu mengundi, ketiga-tiganya membalas dengan cara yang sama. Mereka memasamkan muka, mengangkat satu tangan dan menggosok ibu jari dengan jari telunjuk dan tengah – simbol universal bagi wang. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Kenaikan tambang baharu komuter tidak dapat dielakkan, kata pengerusi KTMB

Posted: 01 Nov 2015 07:00 PM PST


Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos.

Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos.

Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini.

Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.

"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.

Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Disember ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer.

Bagaimanapun, Nawawi yang juga anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

TOLAK BAJET NAJIB 'TANGGUNGJAWAB MORAL', KATA PKR PADA PAS

Posted: 01 Nov 2015 06:30 PM PST

Panglima Harimau's photo.

PH: Hadi akan menongkah arus sebagai pembangkang untuk menunjukkan kuasa atau kebodohan dia..??!!!


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.


"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.

"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".

Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.

"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.


"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.

"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya.


Sinar Harian hari ini melaporkan Hadi berkata keputusan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

"Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016," kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

Pecat PAS, atau DAP keluar Selangor, pewakilan beri amaran kepada Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 01 Nov 2015 06:00 PM PST


Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri.

Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri.

Seorang perwakilan DAP mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera.‎

Chiong berkata, kegagalan menangani masalah itu di Selangor bukan sahaja menjejaskan akar umbi tetapi pimpinan DAP dalam pentadbiran negeri.

"Saya percaya hari ini kalau kita terus bekerjasama dengan parti sebegini di dalam kerajaan orang paling tercedera bukan kita akar umbi, tapi ialah mereka yang duduk dalam pimpinan Selangor. Kita tidak tahu macam mana orang lain tengok kita," katanya.



Sementara itu Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim dalam reaksi terhadap cadangan perwakilan itu menyeru anggota DAP melihat masalah di Selangor daripada sudut kemantangan politik.

Beliau berkata, cadangan memecat PAS atau DAP keluar daripada Selangor tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya memberi manfaat kepada Barisan Nasional.

"Kita berada dalam kerajaan bukan nak ada jawatan tapi kita ada tanggungjawab. Kita diberi mandat untuk tadbir kerajaan. Ia diberikan rakyat dan atas manifesto ini kita akan terus tadbir negeri.

"Walaupun sekarang ini ada masalah dengan PAS tapi lihatlah dengan kematangan, kita ambil langkah pragmatik. Memang senang kita cakap nak keluar parti lepas itu letak jawatan namun adakah ia akan selesai masalah?

"Jikalau nama menjadi masalah, sebab dulu kita di Selangor kita ditabdir 3 parti yang dinamakan Pakatan Rakyat dan sekarang pentadbiran Selangor tidak ada nama, kita boleh letak nama Pakatan Harapan Rakyat.

"Tapi nama itu tidak penting, yang penting lepas 5 tahun kita akan bertanding dalam pilihan raya melawan PAS dalam semua kawasan," katanya pada penggulungan konvesyen tersebut.

Exco Selangor itu juga memberi jaminan masalah parti pembangkang tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di mana semua parti menghormati tanggungjawab itu.

"Jangan risau kita tidak cipta krisis bila krisis tiada. Sekarang dalam mesyuarat exco kita tidak gaduh soal parti, kita ketepikan (letak luar). Dalam exco kita hanya bincang mengenai kepentingan rakyat. Semua pihak berbuat demikian. Kita hanya lawan di luar bilik exco," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Umno milik ahli, bukan presiden, kata MB Terengganu OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 01 Nov 2015 05:30 PM PST


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan adalah untuk menyelamatkan parti, bukannya individu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan adalah untuk menyelamatkan parti, bukannya individu.

Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan Umno tidak dimiliki presiden parti, sebaliknya dipunyai ahlinya yang terdiri daripada komuniti Melayu.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, menteri besar Terengganu itu berkata, mana-mana ahli juga tertakluk kepada Perlembagaan parti.

"Saya yakin Umno bukan kepunyaan presiden, Umno milik semua dan serah pada badan yang bertanggungjawab (ambil tindakan).

"Saya yakin badan (lembaga disiplin) kita badan yang telus, bila jatuh hukuman mesti ada fakta. Kalau tidak ada integriti, ahli sudah tentu akan protes dan akan bagi kesan pada parti," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan susulan kritikan-kritikan terbuka terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Razif bagaimanapun berkata, pendirian Umno Terengganu adalah untuk menyelamatkan parti dan bukannya individu.

"Ini bukan soal Muhyiddin, tapi kena cakap pada ahli Umno. Mereka tertakluk pada peraturan, sesiapa nak anggotai mana-mana organisasi baik politik kena akur dan patuh pada peraturan.

"Kalau badan yang bertanggungjawab jaga disiplin, padangan ahli dah langgar peraturan maka saya setuju dan menyokong penuh tindakan tegas diambil.

"Kita nak selamatkan organisasi bukan selamatkan individu," katanya.

Beliau berkata, tindakan menggantung keahlian juga adalah amalan biasa dalam organisasi bagi mereka yang menentang dan melanggar peraturan parti.

"Disiplin dalam satu organisasi atau parti perlu ada, mana-mana organisasi kalau kita tengok pun soal gantung pecat adalah kebiasaan pada ahli-ahli yang tidak sokong atau langgar peraturan," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir.

"Soal Muhyiddin pulangkan pada badan disiplin, kalau badan disiplin mendapati Muhyiddin bersalah maka saya sokong tindakan diambil."

Razif bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada kenyataan-kenyataan Muhyiddin terhadap Najib sebelum ini dianggap melanggar disiplin parti.

"Saya tidak boleh jawab kerana yang akan tentukan adalah lembaga disiplin parti.

"Saya difahamkan perkara itu sedang diteliti lembaga disiplin, kalau kita dapati berlakunya kesalahan tiada masalah (jatuhkan hukuman)," katanya.

Tambahnya lagi, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap parti perlu meluahkannya kepada saluran betul dan tidak bertindak di luar batasan Perlembagaan dan undang-undang parti.

"Kepimpinan Umno Terengganu akan terus menyokong kepimpinan parti sedia ada. Kita di belakang presiden Umno, yang jadi ketua adalah presiden," katanya. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Selangor tanpa PAS? Oleh Wan Ji Wan Hussin

Posted: 01 Nov 2015 05:00 PM PST


Amanah dan DAP bersama PKR kini membina Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Di peringkat Parlimen, susunan kerusi kedudukan ahli Parlimen juga menampilkan Pakatan Harapan diterima secara rasmi.

Keadaan ini berbeza di Selangor. Menteri besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih lagi kekal. Ekoran itu, PAS masih lagi dianggap sebahagian rakan DAP dan PKR di Selangor, walaupun di peringkat Malaysia, DAP dan PAS sudah "tertalak" walaupun gabungan sebelum ini tidak pernah diikat dengan sebarang amalan bai'ah.

Ramai percaya Selangor selepas PRU akan datang adalah negeri Pakatan Harapan, bukan negeri Pakatan Rakyat lagi. Justeru, selepas PRU ini, ramai percaya PAS bukan salah satu parti yang mentadbir Selangor.

Sebelum ini, menteri besar Selangor pernah mengajak PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Namun, ramai anggap ajakan itu "ajak-ajak ayam". 
 
 
Kedahlanie

PJ PAS Selangor tuduh DAP pindah 'pengundi hantu' untuk sabotaj kerusi PAS?

Posted: 01 Nov 2015 04:30 PM PST



Dah lebih lalot jadi meghoyanlaa pulak!

Kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.

TheRakyat post melaporkan: Pas akan tetap mempertahankan kerusi negeri Selangor mereka meskipun DAP yakin merampas kerusi parti Islam itu berdasarkan pengaruh mereka.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad meluahkan keyakinannya terhadap parti itu sekalipun berkemungkinan berjuang sendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akan tetap mampu mempertahankan lapan kerusi yang didakwa DAP `mampu dimenangi'

"Jika ada pecah undi, pihak yang mendapat kelebihan daripadanya adalah Umno BN.

Namun, kami sudah tahu strategi mereka (DAP). -

TheRakyatPost Juga dilaporkan: "Kami ada menerima laporan pengundi berpindah ke kawasan Pas di Selangor tetapi kami yakin bahawa kami akan mampu mempertahankan kerusi kami," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, hari ini, berkata parti itu merancang usaha di peringkat akar umbi untuk mengambil alih lapan Selangor kerusi kerajaan negeri yang kini diduduki oleh Pas. - Ibid.

Yang pertama sekali, kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.

Contoh paling jelas adalan Dub Permatang Pasir, satu-satunya kerusi yang PAS menang di negeri Pulau Pinang. Beribu pengundi yang tak tinggal di situ jentera PAS tahun 1999 pindah dan daftarkan depa kat situ untuk pastikan calon PAS di situ menang dan PAS ada wakil dalam Sidang Dun Pulau Pinang.

Yang kedua, aku sebenarnya tak berapa nak yakin DAP buat kerja macam tu di Selangor. Kalau betul pun ada pertambahan dan perpindahan pengundi di 8 kerusi berkenaan, aku yakin ada sebab lain depa berpindah tempat mengundi terutama sekali sebab depa memang pindah tempat kediaman ke Dun berkenaan.

Pasainya aku cukup yakin dalam tempoh 2 penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor, negeri Selangor semakin membangun, makin banyak kawasan kediaman diujudkan dan sudah tentulah berlaku perpindahan pengundi selaras dengan pembangunan sesuatu kawasan.

Kecuali la kalau PAS selangor boleh buktikan keujudan perpindahan secara besar-besaran yang cukup meragukan.

Aku sangat-sangat yakin kalau PAS Selangor ada bukti kukuh, depa takkan teragak-agak dan dah dedah pun kepada umum bukti tu. -


sumber Posted by mountdweller.

 Zar Ali Pesuruhjaya PAS SELANGOR seperti tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT. WAMAKARU WAMAKALLAH, WALLAHUKHAIRUL MAAKIRIN -- Mereka Merancang, Allah Juga Punya PerancanganNya, Perancangan Allah Adalah Yang Terbaik. http://kerispusakabangsa.blogspot.my/.../wamakaru...

Video UFO Di Melaka..

Posted: 01 Nov 2015 03:56 PM PST




Semalam, seorang pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang dikatakan olehnya dua objek aneh di ruang udara Melaka.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan dua objek tersebut, satu di sebelah kiri dan satu lagi ditengah-tengah video terbabit.

Objek pertama dilihat mengeluarkan tiga cahaya hijau dan hanya terapung-apung diruang udara sebelum hilang.



Objek yang kedua pula dilihat mengeluarkan cahaya keputihan dan meluncur dengan laju sebelum hilang seolah-olah sedang menuju ke arah objek yang pertama.

Menurut kapsyen dari video tersebut, rakaman itu diambil ketika hujan lebat. Menurut Alan dia merakam video tersebut apabila terlihat sesuatu yang aneh di langit.

Alan juga turut memberitahu video tersebut diambil di melaka pada semalam dalam jam 4 - 5 petang

Kenapa tegas terhadap vape, tidak rokok, soal mufti Perlis

Posted: 01 Nov 2015 05:45 AM PST


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape, tetapi tidak kepada rokok, walaupun fatwa pengharaman rokok adalah jelas.

Asri berkata, penentuan hukum menggunakan vape perlu berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata.

"Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

"Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya," katanya, dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

"Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya hampir sepakat dan jelas, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram."

Beliau turut berkata, dari sudut bau mulut, vape adalah lebih baik berbanding rokok.

"Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya.

Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. –

Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. –

"Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat," katanya.

Sebelum ini, vape difatwakan haram atas faktor kesihatan dan pembaziran.

Selain itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan Putrajaya mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.

Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila keluar rumah.

Tindakan itu mencetuskan perbualan nasional di media sosial ekoran budaya vape yang dianggap sebahagian masyarakat berada dalam kategori sama dengan merokok.

"Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu.

"Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape," kata Asri.

"Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata," tambahnya.

Bagaimanapun, Kabinet baru-baru ini membenarkan vape untuk diteruskan, seperti diumumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyifatkannya sebagai khabar gembira buat golongan muda, Ismail turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan sekerjanya atas keputusan tersebut.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," umum Ismail menerusi laman Facebook beliau.

Media melaporkan baru-baru ini seorang penumpang Malindo Air dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur cedera di peha dan tangannya apabila bateri vape yang dibawa dalam beg bawaan tangannya terbakar pada 25 Oktober lalu.

Insiden itu menyebabkan Jabatan Penerbangan Awam memperketatkan prosedur menaiki pesawat dan mengarahkan penumpang menceraikan bateri daripada vape mereka apabila menaiki pesawat. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin

Posted: 01 Nov 2015 05:00 AM PST


Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tidak ada sebab BN akur nasihat PAS sedangkan nasihat Majlis Raja-raja Melayu juga seolah-olah dipinggirkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tidak ada sebab BN akur nasihat PAS sedangkan nasihat Majlis Raja-raja Melayu juga seolah-olah dipinggirkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara.

"Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.

Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Enggan tolak Bajet 2016 bukti PAS bekerjasama dengan BN, kata DAP OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 01 Nov 2015 04:15 AM PST


Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang.

Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang.

Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

MAHU MENANG PILIHANRAYA PEMIMPIN PKR JANGAN ANGKUH KEPADA RAKYAT

Posted: 01 Nov 2015 03:30 AM PST

Bang Nuar's photo.
Strategi PKR mencapai impian menumbangkan BN/PBB dalam pilihanraya DUN Sarawak dan PRU14.
Apabila rakyat mahu tumbangkan BN.... 

Dekatilah
Apabila rakyat berusaha menumbangkan BN.... hargailah
Apabila rakyat minta pertolongan.... 

Bantulah
Apabila rakyat beri pandangan..... dengarkanlah
 
Apabila rakyat buat pilihan....fahamkanlah
 
Ingatlah.... rakyat penentu kemenangan PKR dalam pilihanraya.

PAS BUKAN PELAHAP JAWATAN SIAP JADI PENASIHAT BN

Posted: 01 Nov 2015 02:45 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo. Seronok membaca komen tuan haji hadi awang konon pas bukan pelahap rebut jawatan. PAS juga siap jadi penasihat BN tambah Hadi.

Bolehkan Hadi hadi penasihat sedang PAS sendiri tidak menentu dan ramai tinggalkan PAS.

Jika PAS tak niat merebut jawatan dirasa pru14 terbaik PAS tak perlu rebut tanding kerusi2 dun dan parlimen.

Kedua jika mahu jadi penasihat tak perlulah tanding untuk rebut kerusi yb nanti.

Bagus jugalah jika pas berbuat demikian.

Selamat maju jaya!

ISMAILY BUNGSU
1 nov 2015

BAJET 2016: RAKYAT SIAP IKAT PERUT

Posted: 01 Nov 2015 02:00 AM PST

Nurliyana Abdullah
  Nampaknya melalui media TV dan Utusan pujian begitu hebat terhadap bajet 2016 yang dibentangkan oleh PM dan sebalik kegembiraan itu ramai yang tidak tahu dan gagal mengkaji hakikat sebenarnya.
Yang jelas bajet berkenaan untuk kementerian2 kena potong sekitar 20-30% terkecuali bajet untuk Jabatan Perdana Menteri bertambah RM20 bilion.


Hakikat jelas dimusim PM Pak Lah bajet untuk JPM hanya sekitar RM8 juta dan ada bajet berkenaan dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.

Rakyat akan mula merasakan susah sebab subsidi barang2 keperluan seperti tepung, minyak masak termasuk beras seperti diumum akan ditiadakan makna harga akan meningkat.


Semua universiti sejumlah 1.4 bilion dikenakan potongan dan kesannya universiti kekurangan sekitar 200-300 juta dan untuk menampung masalah kekurangan ini maka yuran universiti terpaksa dinaikkan untuk menambung perbelanjaan yang tidak mencukupi dan ada sekolah diuniversiti dikecilkan bernaung bawah satu fakulti lain.

Terkait dengan universiti ini segala biasiswa termasuk yang diberikan melalui MARA akan dihapuskan dan ini menambah berat beban anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Rakyat termiskin yang selama ini menerima subsidi letrik percuma bil bawah RM20 tidak akan ada lagi dan rakyat kena membayar sendiri mulai tahun hadapan.

Pembinaan Hospital puncak yang asal kosnya sekitar RM600 juta dan tiba2 meningkat ke RM8 bilion dan ini akan diurus oleh kroni termasuk 6 buah Uitm baru diswastakan dan kroni juga yang melaksanakan pembinaannya secara award.

Menurut laporan pembentangan cukai GST akan diperolehi sebanyak RM39 bilion dan ini semacam tidak lojik kecuali setiap rakyat membayar RM1,300 seorang dan ianya menjadi lojik jika GST dinaikkan hingga 10% dan ini sudah jelas.

Ini antara asas2nya yang boleh dikira bahawa kerajaan terpaksa menaikkan GST dan mengurangkan perbelanjaan kesan ketidak cekapan mengurus negara dan tidak boleh tidak kesan minyak tidak menjanjikan pendapatan menampung berpebelanjaan negara, maka GST terpaksa dinaikkan dan subsidi ditiadakan.

Kesannya rakyat kena ikat perut melalui bajet 2016 nanti.


NURLIYANA ABDULLAH
1 Nov, 2015

Hadi: PAS berkecuali cadangan tolak Bajet 2016

Posted: 01 Nov 2015 01:15 AM PST





PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harianhari ini.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

"Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016," kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambutpembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu.

- mkini


Kalau benar ini keluar dari mulut Haji Hadi, lebih baik PAS jadi NGO saja

Posted: 01 Nov 2015 01:30 AM PDT


Zar Ali's photo. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS rela tidak mendapat kuasa asal pemerintahan Umno selaras dengan Islam. 

PAS bersedia menasihati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini. 

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. 

Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia. 

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia edisi Ahad itu. 

Beliau berkata demikian pada program Dialog Rakyat bersama PAS di Kuala Terengganu semalam. 

Hadi turut mengumumkan, satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu akan berlangsung tidak lama lagi. 


-malaysianinsider-
Kalau benar ini keluar dari mulut Haji Hadi, lebih baik PAS jadi NGO saja Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS rela tidak mendapat kuasa asal pemerintahan Umno selaras dengan Islam. PAS bersedia menasihati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini. Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam. "Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia. "Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia edisi Ahad itu. Beliau berkata demikian pada program Dialog Rakyat bersama PAS di Kuala Terengganu semalam. Hadi turut mengumumkan, satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu akan berlangsung tidak lama lagi. -malaysianinsider-

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Penyokong Setia PAS Terkedu Dengan Jawapan Ini?

Posted: 01 Nov 2015 12:45 AM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.

"Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan," tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju."Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi."Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju," kata Salahudin.

Cadangan DAP gurauan biasaAbdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya."Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka."Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.

"Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi," tegas Salahudin.

1MDB dalam bahasa paling mudah Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia A Kadir Jasin

Posted: 01 Nov 2015 12:00 AM PDT


MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.

KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja.

Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.



2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah. Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah

3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya.

Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri. 5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan.



Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.] 6. Cara ia berhutang pun luar biasa.

Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi "junk bond" (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013.

Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada "junk bon" maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual.

7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.

8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.

10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi. Penjaja, sukar bank nak layan

11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.

12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.

13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut "conspiracy to defraud".

14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.

15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?

16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman? Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman

17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?

18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.

19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.

20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk.

Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi.



Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati. 21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi. Main stream media lost repeatedly 22.

Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah "private consumption".

Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar.

Wallahuaklam.



Posted by A KADIR JASIN

Pas sedia jadi penasihat kerajaan BN

Posted: 31 Oct 2015 11:15 PM PDT


Zar Ali's photo. KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.

Malah, pada masa sama, parti berkenaan dengan sinis turut menyindir DAP dengan Kabinet ba­yangannya sambil menyifatkan tindakan bekas parti sekutunya itu sebagai syok sendiri sekiranya mereka berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14). 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.
"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. 

Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. 

Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama Pas anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini. 

Selain Abdul Hadi, dialog itu turut dijayakan oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof. Yang turut hadir, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta barisan kepemimpinan Pas negeri itu.

Abdul Hadi berkata, ke­pemim­pinan Pas akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pel­bagai isu terutama berkaitan GST dan kenaikan kos sara hidup rakyat. 

"Kita ada cadangan agar kerajaan hapuskan GST kerana ia menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan berlaku inflasi. 

Kita akan bincang bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini. "Contohnya, dalam Islam, orang kaya saja dikenakan cukai, orang miskin tak kena. 

Begitu juga orang Islam saja dikenakan bayar zakat manakala bukan Islam kena bayar cukai," jelasnya. Dalam sidang akhbar selepas itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya segala teguran serta nasihat kepada kerajaan tidak memberi sebarang kesan, 

Pas tiada pilihan me­lainkan terpaksa mengambil alih pemerintahan. "Perjuangan kita untuk me­ngubah keadaan dan bukan be­rebut jadi pemimpin. 

Tetapi kalau tidak berubah juga, menjadi tanggungjawab kita untuk tukar kerajaan. 

"Kita akan jadi pembangkang yang boleh menasihat dan kita bukan jadi pelahap nak rebut jawatan," ujarnya. 

Beliau turut mengulangi pendirian Pas untuk tidak sekali-kali bergabung dengan BN khususnya dalam menjalin kerjasama politik. 

Ditanya mengenai usaha pihak pembangkang lain yang akan mengemukakan usul menolak Bajet 2016 dalam sidang Parlimen, Abdul Hadi menegaskan, Pas hanya bertindak sebagai pihak berkecuali. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tiada ulasan: