Isnin, 9 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rakyat seperti hamba abdi pemimpin sahaja

Posted: 09 Nov 2015 07:39 AM PST

Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat 'complain' terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.

Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri yang masih muda tetapi agak 'bongok' telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.

Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan. Jika pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat cermat dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.

Jadi apa bezanya rakyat dengan kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.

Apabila 'hamba abdi' itu marah pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.

Oleh kerana pemimpin kita tidak 'resourceful' rakyatlah yang terpaksa menjadi rakyat yang 'resourceful' bagi membantu pemimpin terutamanya Perdana Menteri yang sentiasa mengharapkan rakyat untuk menyelesaikan masalah negara terutamanya untuk membayar hutang negara yang besar hasil dari keborosan pimpinan negara kini.

Kita perlu ingat pucuk pimpinan kita tidak pandai hidup bersederhana. Kita terpaksa mengabdikan diri kita untuk membayar kos penyelenggaraan jet mewah kerajaan yang Najib gunakan yang menelan belanja puluhan juta ringgit dalam masa kurang dari satu tahun sahaja. Perdana Menteri tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan beliau dan isterinya. Kita disuruh nya makan kangkung sahaja.

Rakyat sebagai hamba abdinya wajar bersedia untuk membayar lebih banyak cukai kerana pimpinan kita sangat tinggi kos penyelenggaraan kehidupan mereka di Sri Perdana itu. Beliau yang selalu bercakap isu wasatiyah tidak berbelanja secara wasatiyah yang di sebutnya selalu. Kita hanya wajar melakukan apa yang beliau suruh tapi jangan lakukan apa yang beliau sendiri lakukan.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa terhadap 'si beruk dapat bunga' atau si kudung dapat cincin' itu. Tidak tahu apa nasib kita di hari muka mendapat pimpinan yang sebegini.

`Saya tidak tahu tentang kerajaan perpaduan’ – Ku Nan

Posted: 09 Nov 2015 07:35 AM PST

 
Beliau bersumpah tidak mengetahui mengenai dakwaan yang dibuat oleh Husam baru-baru ini


husan dan ku nan


KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan beliau tidak mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung langkah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi," jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada Jumaat lepas.

Terdahulu, dalam ucapannya di Majlis KL Eco City's Strata Office Tower, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyeru orang ramai agar berfikir menggunakan otak untuk menerima sesuatu maklumat.

Ini kerana, katanya pada masa ini orang ramai boleh menggunakan `hujung jari' mereka untuk mencipta segala fitnah di media sosial.

"Semua orang mula menggunakan `hujung jari' mereka untuk mencipta segala fitnah dan sebagainya.

"Tolonglah, apa-apa yang anda dapat, baca..kita semua dicipta oleh tuhan. Tolonglah fikir menggunakan otak," katanya.

Gelandangan dipermainkan pekerja restoran

Posted: 09 Nov 2015 07:31 AM PST

 
Pekerja itu telah menyimbah gelandangan warga emas berkenaan dengan air tanpa merasa belas kasihan
 
 
video


PETALING JAYA:Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera bertindak kurang ajar terhadap seorang gelandangan warga emas apabila menyimbah air kepadanya.

Berdasarkan video yang tersebar, pekerja terbabit pada mulanya dilihat telah mengumpan gelandangan itu dengan menawarkan makanan percuma.

Bagaimanapun, setelah dihampiri pekerja lelaki itu tiba-tiba menyimbah air yang dimasukkan di dalam gelas.

Menerusi audio pada visual, insiden berkenaan disaksikan beberapa individu yang kemudian telah merakam kejadian itu dari dalam kereta.

Individu-individu terbabit turut mentertawakan gelandangan itu tanpa melahirkan rasa simpati.

Tidak lama selepas itu, gelandangan tersebut berlalu dari situ dalam cuaca hujan dengan harapan yang hampa.

Video kejadian yang dikatakan berlaku di Detroit, Amerika itu telah dimuat naik ke Youtube.

Pengguna laman sosial yang telah menyaksikan video berkenaan rata-rata mengecam tindakan pekerja terbabit yang disifatkan sebagai perbuatan melampau.

LIHAT VIDEO DI SINI 

 

Saman Abdul Hadi dibenarkan Mahkamah Tinggi

Posted: 09 Nov 2015 07:26 AM PST

 
Hakim juga berpendapat permohonan empat individu mengemukakan tindakan itu melalui saman pemula adalah tidak betul


pas-hadi-awang


PETALING JAYA:Pas kini boleh mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Parlimen selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan presiden parti itu dan empat yang lain untuk mencabar saman pemula berhubung usul pembentangan perkara berkenaan.

Utusan Online melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemasputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Peguam, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa permohonan pihaknya dibenarkan oleh Hakim, Datuk Asmabi Mohamad atas alasan keempat-empat individu berkenaan tiada hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan permohonan tersebut.

Hakim juga berpendapat permohonan empat individu mengemukakan tindakan itu melalui saman pemula adalah tidak betul kerana ia sepatutnya dibawa melalui semakan kehakiman.

NGO: Apa jadi dana kepada Datuk Umno?

Posted: 09 Nov 2015 07:21 AM PST

MALAYSIAKINI





Sebuah NGO membangkitkan sama ada benar dana RM223,000 sebuah yayasan bawah kerajaan pusat digunakan untuk penganjuran program dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Rompin.

"Jika ya, apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK parlimen Rompin?"

"Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan itu?

"Jika tidak, ke manakah perginya RM223,000?" soal Pengarah NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.

Kempen pilihan raya kecil Rompin berlangsung antara 22 April hingga 5 Mei.

Ia dimenangi oleh calon BN Datuk Hasan Ariffin (gambar, kanan sekali), yang kini pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akmal berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.

Akmal berkata yayasan itu adalah institusi khas bawah Najib.

Akmal berkata sekiranya Najib tidak memberikan penjelasan munasabah mengenai perkara itu, NGO itu akan membuat "pendedahan" susulan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi yayasan itu untuk mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut.


PAS Kelantan kurang senang Azizah lancar PH di negeri itu malam ini

Posted: 09 Nov 2015 07:16 AM PST

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan berasa kurang senang apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail dikatakan akan berkunjung ke negeri itu malam ini, bagi melancarkan Pakatan Harapan (PH) Kelantan.
 
Bagi ADUN Wakaf baru, Che Abdullah Mat Nawi kehadiran Azizah itu seolah-olah tidak menghormati kerjasama antara PAS dan PKR.
 
"Jangan sampai ahli PAS di peringkat bawah menuntut PKR buat pilihan di Kelantan, sama ada nak bekerjasama dengan Amanah atau meneruskan kerjasama dengan PAS," katanya kepada Antarapos.
 
Malah, tindakan Azizah melancarkan PH di negeri itu bertentangan dengan usaha parti berkenaan yang bertindak menghantar Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin dua minggu lalu, bagi menyatakan ikrar PKR untuk terus berhubungan baik dengan PAS Kelantan.
 
"Kunjungan (Dr Shaharuddin) mahu menyatakan bahawa PKR ini walau apapun yang berlaku dalam negara, PKR akan tetap terus mengharmonikan hubungan dengan PAS.
 
"Kita memang menyambut baik dan dalam kita berurusan dengan PKR, kita tak pernah khianat walau di Kelantan ini kita ada majoriti yang besar," ujar Che Abdullah.
 
Che Abdullah berkata merujuk kepada kain rentang yang dipasang di merata-rata tempat di negeri itu, Azizah dijadualkan melancarkan PH Kelantan bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Dr Aziz Bari mewakili DAP.
 
Majlis pelancaran di Pasir Mas, malam ini adalah penutup kepada siri jelajah PH ke seluruh negara sebelum ini.
 
Ujar Che Abdullah, PAS Kelantan kecewa dengan perkembangan berkenaa berikutan parti Islam itu tidak pernah sekali-kali mengkhianati PKR.
 
"Kita tak khianat walau pun di peringkat akar umbi (PAS) di setiap pilihan raya meminta supaya ambil beberapa Parlimen yang bagi mereka kuat dan boleh dimenangi parti, tapi kita menghormati persefahaman yang ada, kita bahagi mengikut status quo dan meletak tepi dahulu desakan akar umbi itu," kata beliau. 
 
"Sehingga hari ini hubungan kami antara Pimpinan PAS dan PKR Kelantan cukup Baik", tambah beliau. 
 
"Kalau nak kalahkan Umno, maknanya kena memperkuatkan kerajaan Kelantan, jadi kalau bersama program dengan Amanah itu kita bimbang desakan ahli bawahan," katanya lagi.
 
Bagaimanapun jika PKR tidak terlibat di dalam program tersebut, parti itu diminta tampil menafikan penglibatannya.
 
PAS kini hanya menjalinkan kerjasama bersama PKR setelah Pakatan Rakyat 'berkubur' ekoran krisis berpanjangan bersama DAP. 
 
Dalam masa yang sama, PKR menjalinkan kerjasama bersama DAP dan parti serpihan PAS iaitu Amanah menerusi blok pembangkang baru, PH.
 
Selain tidak dijemput untuk menyertai PH, PAS juga berikrar tidak akan menyertai gagasan itu kerana enggan bekerjasama dengan Amanah yang disifatkan sebagai 'pengkhianat'.
 
 

PAS jadi penasihat musuh, soal Mujahid

Posted: 09 Nov 2015 07:02 AM PST

Susan Loone

 


Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.
"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.

"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.

Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.

Mujahid berkata pendirian terbaru ini membuktikan bahawa PAS sangat keliru dengan perjuangannya, tetapi ini diburukkan lagi dengan pihak yang cuba mengelirukan akar umbi pula.

Soalnya, mengapa PAS mahu menjadi sebuah parti politik tetapi kini mahu memainkan peranan sebagai penasihat kepada BN dan Umno.

"Anda (PAS) juga boleh menjadi sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang hanya memberikan nasihat; jadi tiada keperluan bercakap mengenai kerusi atau memenangi pilihan raya," kata Mujahid.

"Jangan perbodohkan ahli dengan berkata PAS adalah sebuah parti politik tetapi pada keesokan harinya, berkata yang penting bukan kerusi tetapi PAS boleh berperanan sebagai penasihat," katanya lagi

PERKASA: Suka atau tak, Cina dan India pendatang

Posted: 09 Nov 2015 07:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Suka atau tidak, orang Cina dan India di negara ini asalnya "pendatang" di negara ini, kata kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Ketua penerangan kumpulan itu, Hassan Basri Muhammad berkata demikian mengulas permintaan MIC supaya penggunaan perkataan pendatang diharamkan.

"Apabila presiden MIC meminta supaya kerajaan mengharamkan perkataan 'pendatang' yang kononnya mengguris hati bangsa Cina dan India jelas menunjukkan betapa dangkalnya beliau dan mereka cuba hendak mengubah sejarah 'pendatang," kata Hassan.

Dalam kenyataan hari ini, Hassan juga mengingatkan bahawa sejarah akan sentiasa kekal sebagai sejarah.

Presiden MIC Datuk S Subramaniam dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung MIC ke-67 menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan perkataan itu kerana ia mengguris hati kaum Cina dan India.

Mengulas isu itu, Hassan percaya ia timbul kerana ada sesetengah pihak daripada kalangan orang Cina dan India "cuba untuk menjadi jaguh".

Ia sekali gus didakwa mencabar dan mempertikaikan Perlembagaan Negara.

"Tindakan biadab mereka ini tersangat mengguris perasaan orang-orang Melayu Islam," kata Hassan.

Jelas Hassan, perkara itu berbeza dengan cara orang Melayu yang tidak pernah mempersoalkan hak-hak mereka mengamalkan kepercayaan dan menyambut perayaan secara terbuka.

Hassan juga berkata, isu pendatang itu tidak akan timbul jika semua kaum dan penganut agama alain melindungi hak-hak mereka sendiri dan tidak mempersoalkan hak orang lain.

"Tiada apa yang salah dengan istilah pendatang.

"Kami mencadangkan supaya subjek sejarah 'pendatang' ini lebih ditekankan di sekolah beraliran Cina dan India supaya anak-anak ini tidak disemai kebencian seperti manusia bernama Alvin Tan yang berterusan menghina Islam dan Melayu," katanya.


Lawatan kedua: Polis, SKMM rampas lagi komputer M'kini

Posted: 09 Nov 2015 06:56 AM PST

MALAYSIAKINI

 


Polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini merampas sebuah lagi komputer riba daripada seorang wartawan Malaysiakini selepas soal siasat berhubung laporan pemindahan seorang pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini adalah lawatan kedua, bagi polis dan SKMM yang terus menyiasat mengenai artikel berkenaan.

Pihak berkuasa menghabiskan kira-kira satu jam bagi menyoal dua wartawan portal berita bebas itu dan meninggalkan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, kira-kira jam 4.30 petang.

Lebih ramai wartawan Malaysiakini dijadualkan disoal berhubung laporan itu.

Menurut portal The Star, pihak berkuasa juga menyoal seorang wartawannya hari ini berhubung isu yang sama.

Jumaat lalu, mereka merampas sebuah komputer dari Malaysiakini dan juga The Star.

Malaysiakini pada 2 November lalu menyiarkan laporan bahawa seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting berhubung siasatan kes SRC International secara mengejut dipindahkan.

Memetik sumber, portal itu melaporkan pegawai berkenaan adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Mohd Shazalee adalah sebahagian daripada pasukan SPRM yang menyiasat dakwaan dana dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bagaimanapun menafikan bahawa Mohd Shazalee telah dipindahkan keluar daripada SPRM, tetapi laporan Malaysiakini tidak menyatakan perkara itu.

Pada Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Mohd Shazalee dipindahkan secara dalaman, iaitu dari Bahagian Operasi Khas.

Mengulas serbuan itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, pada Jumaat lalu berkata Malaysiakini sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tetapi akan terus melindungi identiti sumber mereka.

"Berhubung artikel itu, kami mempertahankan kesahihannya. Lagi pun menteri undang-undang juga mengesahkan laporan itu tidak silap dan pemindahan memang berlaku.

"Malaysiakini akan terus melaporkan berita tanpa gentar," katanya.


BN guna wang Yapiem untuk kempen Rompin?

Posted: 09 Nov 2015 06:50 AM PST


Akmal Nasir
Akmal ketika bercakap pada sidang media, hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK


KUALA LUMPUR - National Oversight and Whistleblowers (Now) hari ini menuntut penjelasan kerajaan berhubung dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) yang didakwanya digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, pihaknya menanti penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan itu.

"Jika ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya mereka yang menyumbang kepada Yapiem merasa amat kecewa apabila derma yang diamanahkan disalahgunakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau mendakwa Lembaga Pemegang Amanah Yapiem telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM223,000 pada 24 April lalu berkaitan penganjuran sebuah program di Rompin.

"Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusykilan besar kesemua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada salah seorang ahli lembaga pemegang amanah dalam bentuk tunai.

"Semua serahan wang tunai itu dibuat waktu kempen PRK Rompin sedang berlangsung," katanya.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar-benar berlaku, beliau menuntut pihak yang terlibat segera mengaku.

"Kalau berlaku, kita minta mengaku dulu. Jika mengaku, pulang duit dan minta maaf serta meletakkan jawatan. Tiada masalah.

"Tapi sekiranya tidak mengaku dan tiada penjelasan yang munasabah daripada perdana menteri dan menteri di JPM, Now akan terus buat pendedahan," katanya.

Yapiem merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Ia merupakan institusi berteraskan amal jariah bagi menangani keperluan dan cabaran semasa umat dan negara.

LIHAT VIDEO DI SINI

Hanya ahli farmasi berlesen boleh jual cecair vape

Posted: 09 Nov 2015 06:42 AM PST

SINAR HARIAN


vape
Vape - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

"Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan e-rokok di sini, hari ini.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Oktober lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan untuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape.

Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham. - Bernama


Seorang mangsa culik di Sabah dibebaskan

Posted: 09 Nov 2015 06:41 AM PST

SINAR HARIAN


Sabah diceroboh
Sabah diceroboh


KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini mengesahkan pembebasan Thien Nyuk Fun, satu daripada dua mangsa yang diculik di restoran makanan laut di Sandakan pada Mei lepas.

Sambil menzahirkan kelegaannya, beliau berkata pembebasan pengurus wanita Restoran Ocean Seafood berusia 50 tahun yang diculik di premis itu, adalah hasil rundingan beberapa bulan serta usaha bersepadu pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat.

"Saya berterima kasih kepada mereka (pihak berkuasa) yang bekerja keras untuk membawa pulang Thien.
"Pada masa sama, saya menyeru pihak berkuasa untuk sentiasa berjaga-jaga dan memastikan sempadan negara tidak diceroboh," katanya dalam satu kenyataan.

Thien diculik bersama seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak pada 14 Mei lepas oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu restoran itu kira-kira jam 7.45 malam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Jalaluddin Abdul Rahman berkata Thien dibebaskan kira-kira jam 10 malam tadi dan telah selamat tiba di Sandakan.

Katanya, Thien mengharungi perjalanan menaiki bot selama enam jam dari Jolo, Sulu di Filipina sebelum dapat menemui keluarganya di Sandakan.

"Keadaan mangsa sihat tetapi masih lemah dan letih kerana perjalanan yang jauh, juga (daripada segi) emosi," katanya.

Jalaluddin berkata, usaha juga masih dilakukan untuk membebaskan Then yang sedang makan di restoran yang diuruskan Thien ketika kejadian itu berlaku. - Bernama


Tiada ulasan: