Isnin, 9 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sheikh Omar: 4 Soalan kepada ahli Melayu dalam DAP

Posted: 09 Nov 2015 12:22 AM PST

Beberapa hari lalu, seorang senior saya semasa bergiat dalam Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dahulu mengutus mesej menerusi WhatsApp. Beliau memohon agar saya menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh rakan beliau berkaitan Melayu dalam DAP.

 Saya terpanggil untuk kongsikan pandangan dan pendirian saya sebagai seorang Melayu dalam DAP kepada pembaca.

Kenapa Melayu-Islam perlu bersama DAP?

Melayu Islam perlu bersama DAP kerana DAP merupakan sebuah parti politik yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan dan pendaftaran pertubuhan. Menurut perlembagaan DAP, ia merupakan parti yang bukan berasaskan kaum atau agama. Tidak kira apa juga bangsa dan agama, boleh sertai DAP.

 DAP berjuang atas dasar sosial demokrasi. Sosial bermaksud DAP ingin mengangkat martabat rakyat tanpa mengira latar belakang. Demokrasi bermaksud DAP akan bergerak mengikut lunas-lunas demokrasi untuk menjayakan agenda perjuangannya. Pendirian saya, demokrasi adalah selari dengan Islam dan disahkan oleh Qardhawi dalam banyak tulisannya mutakhir ini. Dalam Islam, ia menepati konsep 'Masdaqul Ijtima'iyyah' – people's mandate.

 Apa faktor yang menyebabkan sebilangan orang Melayu-Islam kini menyertai DAP?

 Orang Melayu Islam menyertai DAP kerana ruang yang luas diberikan oleh DAP selari dengan perjuangan digariskan dalam perlembagaan parti. DAP juga serius dalam menarik seramai mungkin anak muda khususnya untuk bersama DAP dan menjadi pemain utama dalam menentukan halatuju politik negara menerusi wadah parti politik DAP. Contoh sebagai bukti, 80% Adun DAP di Johor adalah di bawah paras umur 35 tahun.

 Selain itu, bertepatan dengan usaha serius pimpinan DAP iaitu membetulkan persepsi rakyat yang telah diracuni UMNO bahawa DAP parti Cina. Liew Chin Tong – AJK DAP pusat sendiri pernah menggagaskan dalam konvensyen DAPSY Johor tahun lalu dan diperteguhkan menerusi satu retreat DAP Kebangsaan pada pertengahan tahun ini, ke arah merealisasikan DAP sebagai parti semua rakyat Malaysia dan benar-benar berwajah Malaysia selepas lebih 50 tahun UMNO mendakyahkan DAP di mata rakyat dengan api perkauman.

 Justeru, tidak salah dan DAP amat mengalu-alukan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama; termasuklah Melayu-Islam untuk menyertai DAP.

 Sejauh mana DAP boleh menjamin hak/kedudukan Melayu-Islam?

 DAP serius mempertahankan hak Melayu-Islam yang selari dengan roh perlembagaan sepertimana yang pernah digariskan dalam Common Policy Framework PR satu masa dahulu berkaitan kedudukan raja, agama, bahasa dan bangsa.

 Dalam masa yang sama, DAP turut mengangkat, menghormati dan mengiktiraf kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa yang lain yang wujud di Malaysia sesuai dengan semangat keharmonian rakyat dalam bernegara.

 DAP melawan sebarang bentuk penyalahgunaan elemen agama, bangsa dan bahasa yang akhirnya menyemai kebencian serta prejudis di kalangan rakyat seterusnya meruntuhkan keharmonian dalam bernegara.

 Ahli-ahli DAP tergolong dari golongan liberal yang banyak menyentuh isu sensitif Islam seperti LGBT. Apa pandangan dan bagaimana ia boleh menjamin kedudukan Islam?

 Saya ingin menjadi seorang Muslim yang baik dan kuat beragama. Dalam masa yang sama, saya tidak sedikit pun merasa rendah diri menjadi ahli DAP. Saya dihormati rakan dan pimpinan DAP dan saya tidak pun menerima sebarang ancaman sepanjang berada dalam DAP!

 Menurut perlembagaan parti, DAP merupakan sebuah parti sekular. DAP tidak akan menjadikan sentimen mana-mana agama sekalipun disalahgunakan untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu. Dan DAP menghormati mana-mana sahaja ahlinya untuk menjadi seorang yang kuat beragama. Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya.

 Adapun nilai-nilai baik yang datang daripada ajaran agama tidak menjadi masalah dalam DAP untuk diterima. Selagi mana ia boleh dikemukakan, dihujahkan dan diperbahaskan dalam kerangka kebebasan bersuara, mengkritik dan memilih mengikut lunas-lunas demokrasi.

 Itulah juga ajaran Islam. Kita tidak boleh memaksa, sebaliknya menerang, mendakwahkan dan mendatangkan hujah sehingga datang keyakinan orang untuk menerimanya. -Roketkini.com 

 *Penulis merupakan pegawai Khas Pengerusi DAP Johor.

Bila Husam cakap perkara yang betul mengenai Hj Hadi, ada pula yang marah...

Posted: 08 Nov 2015 05:53 PM PST

 Tindakan siapa yang lebih wajar? Haji Hadi yang menawarkan Azmin jawatan MB Selangor atau pendedahan Husam mengenainya setelah sekian lama perkara tersebut berlalu begitu sahaja tanpa PAS melakukan siasatan mengenainya dan seterusnya mengambil tindakan keatas Hj Hadi.

  PAS sekadar mahu menafikan adanya episod tersebut dan mahu ianya berlalu dan dilupakan begitu sahaja. Inilah sikap buruk sejak dulu yang ada pada PAS - menyapu sampah ke bawah tikar dengan menggunakan alasan 'sila gunakan saluran yang betul' untuk menyuarakan pandangan. 

    Dan itulah ayatnya yang telah digunakan oleh Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah terhadap pendedahan Husam.

"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. Kita selalu sebut kita ada saluran.(sumber)

Untuk menguatkan lagi hujahnya, Mohd Amar cuba mengungkap kata-kata almarhum TGNA ... Kah!Kah! Kah!

 Apakah Mohd Amar lupa, almarhum TGNA inilah orangnya yang berani mengkritik Hj Hadi secara terbuka. 

 Almarhum merupakan batu penghalang kepada idea Hj Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ini diakui sendiri oleh Dr Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa.

 Dan Mohd Amar, tolong jangan lupa bahawa almarhum juga menyifatkan Hj Hadi sebagai 'Boneka Umno'.

 Almarhum TGNA secara sinis telah menempelak Hj Hadi mengenai gagasan kerajaan perpaduan yang diusahakannya itu bahawa ianya tidak pernah dibincangkan oleh parti atau mendapat persetujuan parti.

Almarhum mengingatkan kita semua bahawa 'presiden' adalah ketua bagi pertubuhan, maka setiap keputusan mesti melalui parti. Tanpa melalui keputusan parti, maka itu adalah kenyataan peribadi.

Almarhum juga pernah mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ada yg tanya: Siapa yang bayar kos
perubatannya sewaktu di Turki dulu?
Almarhum secara terbuka meluahkan kemarahannya mengenai isu-isu di sekitar dua orang anak Pak Ali - Dr Hassan dan Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

 "Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi. Baca ceritanya di sini.

  Muktamar Khas tersebut gagal diadakan.PAS berjaya buat sekian kalinya menutup kurap dan panaunya ...

Setelah tiadanya almarhum, kurap dan panau semakin menular menjadi kudis yang bernanah dan membusuk. Sudah tidak ada lagi yang berani menyanggah Hj Hadi dan gagasan UGnya.

 Malah Majlis Syura Ulama pada minggu pertama September 2014 telah membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

  Begitulah pemikiran ulama yang ada dalam PAS! Mereka cuba memberi justification kepada kerjabuat Hj Hadi yang jelas bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.

   Jangan hanya bijak mengeluarkan kata-kata yang lunak kononnya rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin tak betul, beritahu tak betul....Tapi bila Husam cakap perkara yang betul mengenai Hj Hadi, ada pula yang marah... Kah! Kah! Kah!

Tiada ulasan: