Jumaat, 6 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MTEM desak Putrajaya dedah analisis kos-manfaat TPPA secepat mungkin

Posted: 06 Nov 2015 07:25 AM PST




Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 6 November, 2015. 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Mohd Nizam Mahshar bercmengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata, semakan awal erhadap dokumen akhir TPPA mengesahkan kebimbangan berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
 
 
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini mendesak Putrajaya mendedahkan analisis kos-manfaat serta analisis kepentingan negara berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sesegera mungkin selepas dokumen itu didedah kepada umum semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar berkata, ini kerana semakan awal mereka terhadap dokumen akhir perjanjian itu mengesahkan kebimbangan mereka berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini.

Bercakap mewakili Badan Bertindak Bantah TPPA, beliau berkata, penelitian terhadap Bab Hakcipta Intelek TPPA mendapati, syarikat farmaseutikal kini boleh mendesak agar paten ubat mereka dilanjutkan melebihi tempoh piawai 20 tahun.

Pemanjangan tempoh paten ini katanya akan melambatkan kemasukan ubat generik ke dalam pasaran. 
 
 "Ia membolehkan syarikat ubat mendesak pelanjutan terma paten melangkaui tempoh piawai 20 tahun bagi mengganti rugi sebarang tempoh 'tak munasabah' yang diambil pejabat paten atau pihak berkuasa ubat-ubatan dalam meluluskan permohonan paten atau kelulusan geran pemasaran, serta sebarang kelewatan pihak berkuasa kesihatan dalam memeriksa yang ubat-ubatan tersebut selamat, berkesan dan berkualiti baik.

"Pelanjutan paten tentu sekali melengahkan kemasukan ubat generik murah ke dalam pasaran," katanya pada sidang media di pejabat MTEM petang ini.

Pada masa sama, perjanjian itu juga membolehkan monopoli pasaran diteruskan sekiranya sesuatu ubat itu didapati boleh digunakan bagi merawat penyakit selain daripada tujuan asal ia dicipta, kata Nizam.

Selain itu, penelitian ke atas Bab Pelaburan juga menggusarkan Bantah TPPA kerana definisi meluas "pelaburan" yang memelihara kepentingan pelabur asing tetapi pada masa sama mendedahkan kerajaan kepada risiko membayar pampasan berjuta dolar akibat polisi dan tindakan mereka.

"Definisi 'pelabur' juga terlalu luas, membolehkan perbadanan dari negara bukan TPPA – jika mereka ada aktiviti perniagaan yang mencukupi di negara TPPA – menyaman di bawah bab sistem penyelesaian pertikaian pelabur dan negara," katanya.

Negara yang mengambil bahagian dalam TPPA ialah Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Australia, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Pada 5 Oktober 2015, semua negara mencapai persetujuan, selepas 7 tahun rundingan, tetapi TPPA masih memerlukan pengesahan semua negara.

Satu sidang khas Parlimen diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan berlangsung awal tahun depan bagi membahaskan isi perjanjian itu.

Pada masa, kerajaan mengumumkan dokumen itu diserahkan kepada firma audit PriceWaterhouseCoopers dan badan penganalisis Insititut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) bagi tujuan analisis kos manfaat yang akan disiapkan dalam masa 2 bulan


Kementerian nafi banteras vape kerana tekanan daripada syarikat tembakau

Posted: 06 Nov 2015 07:20 AM PST




Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat tembakau dalam  membanteras gejala vape yang kini dianggap semakin serius. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015. 
Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat tembakau dalam membanteras gejala vape yang kini dianggap semakin serius. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menafikan dakwaan pihaknya berusaha membanteras gejala rokok elektronik atau "vape" kerana menerima tekanan daripada syarikat tembakau.

Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) kementerian Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pihaknya tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat tembakau kerana ia menyalahi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia Mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC).

"KKM tidak pernah bekerjasama dengan syarikat rokok. Ia salah di bawah WHO FCTC.

"Ada statistik kerugian teruk industri? Ada statistik siapa sebenarnya 'vaper'?" soalnya kepada The Malaysian Insider sambil menegaskan tindakan membanteras gejala vape adalah tepat untuk mengekang masalah yang dianggap semakin serius itu. Dr Lokman berkata, pihaknya mendapati ramai di kalangan bukan perokok yang kini mula terlibat dalam penggunaan vape.

"Malah, masalah ini menular di kalangan murid sekolah dan kanak-kanak," katanya.

Beliau turut mendakwa, industri rokok juga sebenarnya akan mengaut keuntungan daripada perkara ini kerana mereka juga katanya berminat melabur dalam pasaran vape itu.

"Sebenarnya, industri rokok yang akan untung nanti apabila tabiat 'merokok' diterima sebagai satu budaya, dan ketagihan dikekalkan melalui nikotin dalam cecair vape.

"Kenapa saya kata industri rokok akan untung dan ambil kesempatan ini? Sebab, industri rokok sudah mula membeli saham dan melabur dalam industri (vape) ini," katanya kepada The Malaysian Insider tanpa menamakan sebarang syarikat tembakau yang berbuat demikian.

Justeru katanya, dakwaan kononnya syarikat tembakau menekan pihak kementeriannya tidak benar sama sekali.

"Kenapa pula mereka nak campur tangan dalam tindakan ini?

"Sebab itu kementerian mengambil pendekatan 'mencegah lebih baik daripada mengubati'," katanya sambil menegaskan kerajaan akan mempertingatkan pencegahan dan kempen membanteras gelaja vape berperisa nikotin.

Walaupun seorang menteri mengumumkan Kabinet memutuskan untuk tidak mengenakan larangan ke atas rokok elektronik atau vape, kementerian berkata pada Selasa, ia akan merampas kandungan nikotin yang terdapat dalam vape daripada semua peniaga di seluruh negara, dalam usaha mengekang gejala vaping di kalangan rakyat Malaysia.

Memetik Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia Samsul Kamal Arriffin, The Star melaporkan lebih daripada 300 kedai di Selangor sahaja, dan kawasan lain di seluruh negara, diserbu kementerian.

Beliau berkata, tidak adil kawalan ketat itu dilakukan apabila Kabinet jelas menyatakan sebaliknya.

Pada 30 Oktober, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menulis di laman Facebook beliau, vape tidak akan diharamkan.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.


Jika semua baik, mengapa ada didakwa sabotaj sistem kewangan, soal Dr Mahathir

Posted: 06 Nov 2015 07:16 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER




Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan dalam masa yang sama terdapat individu ditangkap atas alasan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan, jika ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mengapa terdapat individu yang ditahan Putrajaya kerana "mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara".

Bekas perdana menteri itu berkata demikian mengulas laporan dalam akhbar berkaitan kerajaan yang menyatakan negara ini tidak menuju ke arah satu krisis kewangan.

"Lapan orang terkemuka, termasuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), memberitahu kita, semuanya dalam keadaan baik.

"Sekiranya segalanya dalam keadaan baik, mengapa timbul keperluan menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan di negara ini? 
 
 "Jika mereka mensabotaj, maka sesungguhnya, perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan menjadi baik. Ia akan jadi tidak berfungsi," tulis beliau dalam posting terbaru di blognya hari ini


Enggan pecat PAS, Azmin mungkin mahu jaga kestabilan politik Selangor - Dr Zuhdi

Posted: 06 Nov 2015 07:13 AM PST

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keenganan Menteri Besar Selangor melayan kerenah DAP bersabit desakan memecat wakil rakyat daripada pentadbirannya berkemungkinan bagi menjamin kestabilan politik Melayu di negeri itu.
 
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, tindakan Azmin itu adalah di jalan yang benar sekaligus meminta Menteri Besar itu bertegas dalam isu membabitkan elemen kesultanan.
 
Sehubungan itu, katanya pertimbangan Azmin berkemungkinan juga tidak mahukan Selangor mengulangi sejarah Perak yang satu ketika dahulu diancam dengan perkara yang sama oleh rakan musuhnya (Umno).
 
"Satu ketika dulu ketika kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Perak, kerajaan negeri Perak itu walaupun bermenteri besarkan seorang Melayu tetapi kerajaan itu adalah kerajaan minoriti Melayu.
 
"Dan ia tidak stabil, pihak politik di sebelah sana (Umno), bila-bila saja boleh menggugat kestabilan politik seperti ini.
 
"Jadi pertimbangan Datuk Menteri Besar Selangor, saudara Azmin Ali itu adalah satu pertimbangan yang cukup wajar kerana ia menjaga kestabilan politik di negeri Selangor dan memudahkan terutamanya urusan di antara kerajaan negeri dan pihak Istana, saya nampak itu di antara alasan yang cukup kuat yang saya dapat lihat mengapa (Azmin) tidak melayan kerenah DAP ini," katanya lagi kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.
 
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang menggesa pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor untuk menyingkiran wakil rakyat PAS.
 
Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.
 
Susulan desakan DAP itu juga, Zuhdi menegaskan DAP ini sebenarnya tidak memahami sejarah politik Selangor yang mempunyai sultan sebagai ketua negerinya.
 
"Pertama sekali, DAP ini dia tidak memahami latar belakang kerajaan negeri Selangor iaitu Selangor ini adalah sebuah negeri yang mempunyai sultan tidak seperti Pulau Pinang.
 
"Jadi sebuah negeri yang mempunyai sultan ini sudah pastilah elemen sejarah berkaitan dengan kesultanan dan juga politik Melayu sebagai teras kepada pentadbiran negeri Melayu itu adalah perkara yang cukup penting.
 
"Sebab sultan ini sebagai ketua negeri, di masa yang sama juga dia adalah ketua agama di peringkat negeri masing-masing.
 
"Jadi ketua agama Islam di peringkat negeri Selangor adalah sultan. Jadi sebab itu teras agama di negeri Selangor ini adalah tidak boleh dipisahkan dengan sultan sebagai ketua negeri," jelasnya lagi.
 
Zuhdi yang juga merupakan Pensyarah Universiti Malaya di Fakulti Sains berkata, pertimbangan wajar yang dibuat oleh Azmin itu juga tidak mahukan Selangor menjadi kerajaan minoriti Melayu.
 
"Di situ ada kaitan yang rapat dengan peranan kepimpinan Melayu dalam politik yang menjadi asas kepada kestabilannya.
 
"Sekiranya PAS disingkirkan daripada Exco sekaligus daripada kerajaan negeri Selangor, dengan sendirinya kuasa politik orang-orang Melayu berdasarkan kepada jumlah ADUN-ADUN yang ada dalam kerajaan berkurangan.
 
"Kerana DAP dengan jumlah ADUNnya 15 orang, kemudian PKR adalah sebahagiannya bukan Melayu menyebabkan kerajaan Selangor itu bukan kerajaan minoriti Melayu dan dia akan menjadi seperti Perak," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, Zuhdi berkata bagi pihak PAS, beliau mengalu-alukan DAP sekiranya mereka yang menyahut cabaran untuk keluar terlebih dahulu daripada pentadbiran Selangor.
 
"Tetapi kalau DAP ingin mengambil langkah untuk keluar daripada kerajaan negeri, suatu perkara yang saya bagi pihak PAS cukup mengalu-alukan," katanya.
 
Zuhdi juga meminta supaya Azmin bertegas dalam isu ini dan jika tidak desakan yang sama akan berulang daripada DAP pada masa akan datang.
 
Dengan memberi contoh parti Islam Semalaysia itu sendiri, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu memerincikan sejarah yang pernah PAS alami seketika dulu sehinggakan akhirnya DAP berjaya menguasai satu lagi kumpulan (Parti Amanah Negara).
 
"Sebenarnya PKR dia kene bertegas dengan DAP, sebab DAP bergantung kepada PKR di Pulau Pinang.
 
"Kalau PKR bertegas dengan DAP dari segi posisi kerusi di Pulau Pinang itu yang boleh menggugat kerajaan negeri di sana, saya rasa DAP tidak akan semudah-mudah itu untuk mengugut Menteri Besar Selangor.
 
"Yang saya rasa mengapa DAP boleh jadi bertindak seperti itu kerana tidak ada solidariti dalam PKR.
 
"Ini telah dialami oleh PAS. Apabila kita membawa sesuatu perkara sebelum daripada muktamar sebelum ini, DAP ini mengetahui bahawa ada ruang-ruang perpecahan, jadi mereka menyokong satu pihak dan menentangs satu pihak menyebabkan tidak ada solidariti dalam PAS.
 
"Apabila sesuatu parti berhubung dengan satu parti lain dalam keadaan parti itu tidak ada solidariti sedangkan satu parti lain ada kesatuan, maka yang tidak ada solidariti ini lemah.
 
"Demikian dalam PKR sekarang ini, PKR rasanya sedang mengulangi apa yang berlaku di dalam PAS," ujarnya.
 
 

Umno anjur majlis penerangan isu 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di PWTC pada 14 November

Posted: 06 Nov 2015 07:11 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PONTIAN: Biro Penerangan Umno akan mengadakan Majlis Penerangan Perdana berhubung tiga isu utama negara pada 14 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, lapor Bernama.
 
Majlis itu yang pertama kali dianjurkan itu menyasarkan kehadiran 191 ketua-ketua bahagian Umno dan 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.
 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, antara isu akan disentuh ialah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dan Bajet 2016.
 
"Ketiga-tiga isu akan disampaikan masing-masing oleh Presiden dan Pengarah  Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
"Masing-masing diberi masa sejam setengah untuk bercakap dan menjawab soalan dalam dialog terbuka dan saya kira ini peluang terbaik untuk semua pihak mendengar penjelasan mereka," katanya.
 
Ahmad memberitahu demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Peralatan Skim Ronda Sukarela (SRS) dan wang pendahuluan pembiayaian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 63 pelajar dalam kawasan Parlimen Pontian, di sini Khamis.
 
Katanya majlis penerangan itu yang bermula pada pukul 8.45 pagi turut dibuka kepada pihak pembangkang yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ketiga-tiga isu. 


SPRM nafi kebocoran maklumat ada kaitan siasatan ke atas SRC International

Posted: 06 Nov 2015 07:10 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menegaskan isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan suruhanjaya itu ke atas SRC International Bhd.
 
Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza, kata Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki sambil menegaskan SPRM akan meneruskan siasatan ke atas syarikat itu walaupun terdapat siasatan khusus berkaitan isu kebocoran maklumat seperti dilaporkan sebelum ini.
 
"SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang yang  digubal Parlimen dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatannya.
 
"Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu," katanya merujuk kepada kenyataan media SRC International hari ini.
 
SRC International dalam kenyataan itu berkata: "Walaupun SRC menghormati SPRM, kami bimbang mengenai ketirisan atau kemungkinan penjualan maklumat sulit yang berlaku baru-baru ini kepada ahli-ahli media dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab, mempunyai kepentingan sendiri".
 
SRC International juga meminta peguam negara memulakan siasatan bebas untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap kebocoran atau kemungkinan penjualan maklumat sulit, yang melibatkan ahli-ahli politik yang mempunyai agenda dan/atau pegawai tidak amanah.
 
"Selepas selesai penyiasatan oleh peguam negara, kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM atau mana-mana pihak berkuasa lain bagi sebarang pertanyaan," menurut kenyataan SRC International itu.
 
Azam berkata kenyataan SRC International berkaitan perkara itu sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadapnya.
 
Katanya mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
 
 

Isu vape serlah sikap hipokrit BN -Amanah

Posted: 05 Nov 2015 11:49 PM PST

 
Pemuda Amanah menuduh kerajaan bersikap bermuka-muka dalam menangani isu melibatkan anak muda sekaligus meningkatkan kebencian rakyat terhadap BN.


Shazni-Munir_vape_600


PETALING JAYA : Tindakan kerajaan dalam isu vape menimbulkan cemuhan dan kebencian rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithin berkata, tindakan kerajaan dalam isu itu juga menyerlahkan sikap hipokrit BN dalam menangani isu melibatkan anak-anak muda.

Katanya, ini ditambah dengan sikap 'senyap' mufti yang selama ini sering memberi komen dalam isu-isu tertentu.

"Tindakan kemuncak kerajaan untuk terus menyita kedai vape sebagaimana yang telah dikeluhkan oleh Haqim Arshad (peniaga vape) dan telah viral di laman-laman sosial menunjukkan sikap 'bermain wayang' kerajaan terhadap anak muda dan rakyat secara keseluruhannya.

"Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pengguna vape..

"Dan kini tindakan drastik untuk menyita kedai vape tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Haqim Arshad. Semua ini mengundang cemuhan anak muda dan rakyat yang meluat dengan tindakan kerajaan seolah-olah mempermainkan mereka," katanya.

Isu vape menjadi 'panas' apabila Kementerian Kesihatan menjalankan operasi besar-besaran merampas dan menyita barangan vape termasuk cecair perasa kerana di seluruh negara.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Kabinet sebelum itu yang membenarkan vape terus dijual.

Tindakan Kementerian Kesihatan itu diambil mengikut Akta Racun kerana dipercayai memberi kesan kepada kesihatan pengguna vape kerana ada perasa yang mengandungi nikotin.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan pengguna vape kerana penjualan rokok dibiarkan tanpa tindakan sedangkan rokok lebih bahaya berbanding vape yang belum terbukti memberi kesan negatif.

Pindah keluar jika tidak suka nama Melayu – Jamal

Posted: 05 Nov 2015 11:46 PM PST

 
Beliau sarankan Ng Sue Lim membawa keluar orang Cina yang tidak suka tinggal di kampung itu ke tempat lain yang telah mengguna nama kampung Cina.


Ng-Sue-Lim-Jamal-Yunos


PETALING JAYA: Masyarakat Cina disaran supaya keluar dari Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam jika tidak suka dengan nama kampung berkenaan.

Saranan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang 'bengang' dengan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim supaya menukar nama BNO kepada Bagan Nakhoda Chong.

Suee Lim membuat cadangan itu kerana mendakwa hampir keseluruhan penduduk di BNO berbangsa Cina.

Dia berkata, pertukaran nama itu kerana 'Omar' mengingatkan penduduk di sana kepada Datuk Seri Noh Omar yang kurang digemari masyarakat Cina.

"Saya menggesa orang-orang Cina di Bagan Nakhoda Omar itu keluar dari sana jika tidak senang dengan nama Melayu.

"Ng Suee Lim sepatutnya membawa keluar semua Cina di sana untuk duduk di tempat yang sudah diberi nama dengan nama Cina. Biarkan penempatan di Bagan Nakhoda Omar itu untuk orang Melayu," kata Jamal menerusi kenyataan.

Jamal berkata, saranan Suee Lim supaya nama Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama Cina sebagai rasis dan melampau.

"Ini belum lagi memerintah negara, sudah memandai-mandai untuk mencabuli hak-hak orang Melayu. Ayuh anak Melayu kita bangkit menentang fahaman rasis, rakus dan keterlaluan DAP ini.

"Jelas kepada kita jika DAP diberi kuasa nescaya mereka akan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan mereka," katanya.

Wawasan Tony Pua hendak ambil Selangor

Posted: 05 Nov 2015 11:42 PM PST



Oleh Subky Latif


TONY Pua, Pengurusi DAP Selangor menyatakan rancangan politiknya bagi PRU14 nanti ialah untuk mengambil lapan kerusi Dun yang dimenangi oleh PAS sekarang yang mengikuti perkiraannya mudah dimenangi oleh parti itu.
    
Dia sudah mengumumkan kawasan-kawasan itu.Dan kita percaya Tony Pua tidak cakap kosong. Sama ada kawasan-kawasan yang disebutnya itu sudah pun jadi kawasan kuatnya atau belum tetapi apa yang disuarakannya itu tentunya jadi satu motivasi kepada parti itu bekerja bagi menawannya.

Ia boleh rampas atau tidak, kita akan perhatikan, tetapi ia akan bekerja dan mencurahkan penuh strategi unuk mencapai matlamat politiknya.
    
Kita andainya DAP akan dapat mempertahankan 15 DUNnya di Selangor sekarang dan kemudian dapat pula menawan lapan kerusi daripada PAS, maka ia sudah ada 23 kerusi. Berapa pula baki kerusi yang PAS dapat kekalkan selain daripada yang DAP hendak rebut itu tidak kita ketahui. Dan adakah akan direbut oleh PKR pula tidak diketahui.
    
Dengan situasi politik yang terbaru, dapatkah PKR mengekalkan 13 kerusi yang dimenanginya dalam PRU13 tidak diketahui.
     
Dalam keadaan kita tidak agak berapa kerusi yang PAS dapat pertahankan dan berapa pula yang PKR dapat menangi nanti, yang merasa peluangnya amat baik ialah DAP. Mungkin dalam pergolakan politik seluruhnya yang tidak banyak terjejas adalah DAP.
    
PAS dipercayai akan pertahan kedudukannya yang ada dan akan usahakan peluang politik selain daripada 15 kerusi yang dimenanginya sekarang. Tetapi ia ada kecederaan hilang penyokong DAP dan di setiap kawasan di Selangor ini ada ahlinya yang meninggalkan parti. Maka PAS bergantung kepada pengundi yang lain. Adakah undi lain itu dapat menampung kehilangan undi DAP dan orangnya yang keluar parti? Sama-sama kita lihat.
     
Tetapi jika DAP berjaya meraih 23 kerusi, tanpa mengira persempadanan baru yang SPR rancang, DAP rasanya telah menjadi pihak yang lebih selesa dibandingkan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan.
     
Apa yang Tony Pua buat sekarang ialah ia pintas dulu sebelum PKR berkira untuk mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dulu. Lapan daripada kerusi PAS itu sudah dikenalpasti hendak diambil DAP. Sama ada PKR kekalkan kerjasama dengan PAS atau tidak, DAP sudah tetap akan diambilnya.
    
Katakanlah Barisan Nasional masih gagal mengambil semula Selangor, maka dengan peluang menang banyak ialah DAP, payah untuk mengagak PKR hendak menjadi penguasa kerajaan Selangor lagi.
    
DAP nampak lebih cerah unuk membentuk kerajaan jika ia berjaya memenangi 23 kerusi. Peluang PKR hanya bergantung kiranya DAP bersetuju dengan formula yang dibuat di Perak tahun 2008 ia memberi Menteri Besar kepaeda PAS sekalipun kerusi DAP lebih banyak.
    
Kekurangan DAP di Perak ketika itu ialah ia tidak ada Adun Melayu. Jika di Selangor nanti ia ada beberapa Adun Melayu termasuk Dr. Aziz Bari, maka tidak dapat diagak formula Perak dulu akan diulangi.
     
Dengan wawasan Tony Pua itu, bertambah nafsu orang Melayu untuk merebut peluang dalam politik DAP. Wawasan Tonya Pua nampaknya menjayakan politik Malaysian Malaysia tidak boleh diremeh lagi. Kita tidak tahu apa peluang Amanah, tetapi jika DAP berkuasa Izham Hashim mungkin jadi senator.

Bunuh Di Tapah: Polis Akan Minta Tempoh Lanjutan Tahanan Reman Suspek

Posted: 05 Nov 2015 11:35 PM PST


MSTAR ONLINE


Dua suspek (baju oren) kes pembunuhan empat individu dibawa ke lokasi sebuah bengkel membaiki kenderaan milik mereka di Jalan Pahang dekat Tapah, Rabu, bagi membantu siasatan polis.Foto: BERNAMA
 
 
IPOH:  Polis akan mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kesemua suspek dalam kes pembunuhan kejam di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah, yang akan berakhir pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri, ACP Goh Kok Liang berkata pihaknya berbuat demikian kerana siasatan kes itu belum lengkap.

Beliau berkata kesemua suspek kes itu, yang terdiri daripada sepasang suamiisteri dan dua anak mereka, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah pagi Jumaat untuk mendapatkan perintah tersebut.

Sebelum ini, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari mulai 27 Oktober lepas dandisambung lagi selama empat hari pada Isnin lepas Goh juga berkata polis belum menerima keputusan analisis sampel DNA diambil daripada waris kesemua empat mangsa yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

"Siasatan masih diteruskan bagi mencari bukti lain yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.

Polis Kesan Dua Suspek Kes Tembak Bekas ADUN

Posted: 05 Nov 2015 11:33 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Imej lelaki pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disyaki penunggang motorsikal yang terbabit dengan kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah. Susulan penemuan CCTV ini pihak polis meminta orang ramai yang melihat dan mengenali suspek tampil membantu siasatan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam kes tersebut. - BERNAMA
 
 
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu pada Khamis mendedahkan imej dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata imej dua lelaki yang sedang menunggang motosikal itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai, berhampiran lokasi kejadian.

"Menerusi rakaman tersebut kami dapati kedua-dua suspek ini menaiki sebuah motosikal jenis EX5 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

"Penunggang menggunakan topi keledar berwarna merah dan bervisor manakala pembonceng (penembak) juga mengenakan topi keledar warna yang sama berbaju warna putih dan memakai beg silang.

"Berdasarkan imej ini, pihak polis meminta orang ramai yang melihat dan mengenali suspek tampil membantu siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada Khamis.

Menurutnya setakat ini 41 individu terdiri daripada anggota keluarga, rakan perniagaan, pemandu dan saksi bebas dipanggil memberi keterangan.

Pada 9 Oktober lalu Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya diKampung Alor Limbat Bukit Payong Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kejadian 2 petang itu mangsa yang berada di bahagian dapur rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.

Jelasnya polis yakin kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat dan gerakan memburu kedua-dua suspek yang berusia sekitar 23 hingga 25 tahun ini sedang giat dilakukan.

"Kami percaya dengan rakaman ini dapat membantu kami mengesan suspek,"katanya.

Masalah Produksi Punca Minyak Wangi Rozita Che Wan Tiada Stok

Posted: 05 Nov 2015 11:25 PM PST

Oleh: KEMALIA OTHMAN
 
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan kelewatan produk minyak wangi Precious by RCW dan Gorgeous by RCW adalah disebabkan oleh masalah produksi daripada pihak kilang.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 43, berkata, perkara tersebut membuatkannya terpaksa memulang semula kesemua produk tersebut untuk diperbaiki semula sebelum dijual kepada pengguna.

"Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan.

"Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas tentang luahan rasa tidak puas hati beberapa penjual produk itu yang tidak memperolehi stok minyak wangi jenama aktres tersebut sejak ditempah beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, Che Ta berkata, kelewatan tersebut sudah pun dimaklumkan kepada 50 stokis yang dilantik di seluruh negara dan mungkin dapat diselesaikan penghujung November ini.

Jelasnya, isu tidak puas hati itu timbul apabila ejen-ejen yang mengambil stok daripada stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Minyak wangi yang pada mulanya dikeluarkan sebanyak 20,000 kini mendapat permintaan hingga 200,000 sebulan.


"Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

"Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang.

"Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan," ujarnya.

Sementara itu, Che Ta turut kesal dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia menggunakan duit tersebut untuk bercuti ke luar negara.

Katanya, percutian di luar negara bersama keluarga baru-baru ini adalah atas dasar kerja dan tiada kaitan dengan masalah tersebut.

"Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun.

"Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ta, mengakui sambutan menggalakkan turut menjadi kesukaran pihaknya untuk memenuhi permintaan tinggi daripada stokis setiap negeri.

Kata Che Ta, produk yang pada mulanya dikeluarkan sebanyak 20,000 kini mendapat permintaan hingga 200,000 sebulan.

"Alhamdulillah, dulu masa saya tempah di kilang sebanyak 20,000, pihak kilang pun tidak percaya kerana mereka beritahu kebiasaan artis hanya tempat 5,000 sahaja.

"Tetapi permintaan semakin banyak iaitu tempahan 200,000 sebulan dan terpaksa tempah di beberapa kilang bagi memenuhi tempahan yang banyak itu," ujarnya.

Minyak wangi Precious by RCW dan Gorgeous by RCW dijual dengan harga RM29.90.

Kartunis cabar 9 tuduhan bawah Akta Hasutan

Posted: 05 Nov 2015 11:21 PM PST

Hafiz Yatim  





Kartunis karya satira Zunar memfailkan permohonan untuk mencabar sembilan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan itu difailkan bagi pihaknya oleh peguam Eric Paulsen dan Latheefa Koya ketika perkara itu disebut hari ini.

Latheefa memberitahu Malaysiakini, cabaran itu membangkitkan persoalan perlembagaan berkaitan Akta Hasutan.

Persoalan itu sama ada kurangnya niat untuk membuktikan pendakwaan bawah akta itu bertentangan dengan Perkara 5 perlembagaan berkaitan perbicaraan adil dan perkara 8 (kesetaraan di sudut undang-undang) dan perkara 10 (kebebasan bersuara).

Katanya, isu kedua sama ada hak-hak asasi boleh dianggap sebagai jenayah.

Beliau membangkitkan kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman serta kes pensyarah zmi Sharom sama ada Mahkamah Persekutuan tidak terkhilaf membuat keputusan.

Zunar didakwa susulan sembilan tweet yang dibuat April lalu berkaitan sabitan kes liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Zunar, mahkamah sama akan turut mendengar kes hasutan terhadap Paulsen dan anggota Dewan Undangan Negeri Padang Serai.

PAS tetap lawan Umno, kata Tuan Ibrahim

Posted: 05 Nov 2015 11:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PAS tetap akan menentang Umno walaupun ada tuduhan yang mendakwa sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, PAS tetap memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam dan atas dasar itu, parti itu akan berusaha menyingkirkan Umno.

"Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi.

"Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelusuk pentadbiran negara.

"Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, menerusi kaedah berpolitik dalam Islam, PAS akan menyertai pilihan raya dan juga membantah melalui demonstrasi, menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah samada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri.

"Ketika perang, kita berperang dengan beradab - tempat ibadah, wanita dan kanak-kanak tetap dijaga.

"Pada waktu kita tidak berperang, kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak, menasihat, berdemonstrasi dan juga berhujah," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, Islam membenarkan memberi nasihat dalam bentuk menegur tindakan kerajaan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam.

"Maka bilamana Presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam.

"Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia. Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain," katanya.

Katanya, apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Bubar PAS

Malah, katanya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang adalah bekas Mursyidul Am PAS pernah berkata bahawa mereka sanggup membubarkan parti jika Umno Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam.

"Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, pada pilihan raya umum lalu, PAS bertembung dengan Umno di hampir 70 kerusi.
Daripada jumlah itu, hanya 20 kerusi yang berjaya dimiliki PAS manakala enam daripada kerusi itu kini beralih ke AMANHAH.

"Jika benar Umno dan PAS berniat mengadakan kerjasama politik, berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada PAS?

"PAS sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya," katanya.

Mengenai isu undi bagi menolak Bajet 2016, beliau berkata, PAS mengakui belanjawan itu adalah pembuka laluan kepada kadar cukai barangan dan barangan yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang tetapiparti itu menerima hakikat bahawa PRU-14 masih jauh.

"PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka.

"Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat," katanya.

Beliau juga menyoal sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu?

"Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku 'goverment shutdown' , selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa," katanya.

Menurutnya, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat yang akan tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar .

Namun tindakan itu, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan.

"Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.

dak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen," katanya lagi.


Azalina tegur menteri ponteng parlimen

Posted: 05 Nov 2015 10:52 PM PST

MALAYSIAKINI




Seratus hari selepas menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan rasa kecewa dengan langkah beberapa menteri dan wakil rakyat yang ponteng parlimen.

Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu berkata beliau mengesan "dewan kosong" ketika menteri berkenaan harus bergilir hadir dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata akan membangkitkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Mengenang sebelum ini ketika menjadi anggota parlimen biasa, Azalin berkata beliau sendiri datang ke parlimen untuk membangkitkan isu-isu kawasannya langsung kepada menteri berkaitan.

Beliau juga membangkitkan betapa sukarnya anggota parlimen penyokong kerajaan untuk bertemu menteri jika mereka tidak hadir ke parlimen.

Azalina membangkitkan perkara itu dalam wawancara dengan media semalam.


Tak perlu GST jika rasuah dihapus

Posted: 05 Nov 2015 10:47 PM PST


GST


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlukan GST jika sedia menghapuskan amalan rasuah dalam pengurusan pentadbiran hari ini, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Beliau berkata, banyak alternatif lain boleh dilakukan bagi mendapat bajet seimbang sebelum 2020.

"Saya nak sarankan kerajaan hapuskan GST dan boleh capai bajet seimbang. Bukan kata 2020, 2017 dah boleh capai.

"Kerajaan perlu tubuhkan jawatankuasa peringkat Parlimen yang dianggotai semua parti serta jabatan khusus dan pakar luar untuk teliti bagaimana hapuskan rasuah. Kalau kerajaan mampu hapuskan unsur rasuah banyak kewangan akan selamat, " katanya.

Fauzi mencadangkan kerajaan hapuskan tender rundingan bagi mengelak ketirisan dalam setiap urusan dengan jabatan kerajaan.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semua laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara untuk mengatasi kebocoran.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Tranparency International (TI) mengeluarkan Goverment Defence Anti Corruption Index 2015 dan  menunjukkan Malaysia mendapat gred D dalam penilaian indeks bersama Indonesia, Bangladesh, India, Filipina dan Tunisia.

"Walaupun Malaysia memperbaiki gred daripada band D sebelum ini, namun TI melahirkan kebimbangan terhadap risiko rasuah tinggi dalam sektor pertahanan.

"Dalam penilaian gred secara keseluruhan Malaysia mencatatkan gred paling corot band E, dalam aspek risiko operasi, manakala dalam aspek risiko rasuah politik, risiko rasuah kewangan dan risiko rasuah pemerolehan atau pembahagian kontrak, Malaysia mendapat gred band D,  '' katanya.


Akhirnya, satu per satu tukang fitnah keluar Pas

Posted: 05 Nov 2015 10:44 PM PST


Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa tukang fitnah dalam Pas akhirnya telah keluar parti selepas melemparkan fitnah setiap hari.

Menurutnya, meskipun dilanda fitnah terutama melibatkan dakwaan menyertai Umno, Pas masih tetap bertahan hingga hari ini di bawah kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ratib Pas nak masuk Umno 33 kali, Pas nak bergabung dengan Umno 33 kali, Tuan Guru Haji Hadi nak bawa Pas masuk Umno 33 kali, Pas bekerjasama dengan Umno 99 kali, setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam.

"Kesannya, seorang demi seorang peratib ini keluar Pas namun Pas kekal dengan prinsip perjuangan Islamnya dan Tuan Guru selaku Presiden Pas terus konsisten dengan wibawanya sebagai pemimpin Pas," tulisnya dalam kemaskini status di Facebook, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas: Amanah terpaksa bergantung kepada DAP]

Terbaharu, Pas dikaitkan mahu kerjasama bersama Umno susulan keputusan parti itu yang mengambil sikap berkecuali daripada menyertai cadangan menolak usul Bajet 2016 di Parlimen.

Keputusan itu nyata menjadi satu lagi alasan ketegangan hubungan antara Pas dengan DAP apabila parti bekas rakan sekutunya itu mendakwa keputusan itu membuktikan Pas bekerjasama dengan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad dilapor berkata Pas tidak boleh bertindak berkecuali sebaliknya perlu memutuskan menyokong atau tidak Bajet 2016 itu.

Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini menegaskan pendekatan itu diambil Pas bukan bermaksud parti itu akan menjalankan kerjasama politik dengan BN kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN malah beliau sekali lagi sempat menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno.


Adun nafi diugut setuju naik elaun

Posted: 05 Nov 2015 10:40 PM PST


Rozi Muhammad
Rozi Muhammad


KOTA BHARU - Adun Pas Kelantan menafikan dakwaan menerima amaran berdepan tindakan sekiranya menolak keputusan kenaikan elaun wakil rakyat sebagaimana diputuskan pada hari pertama sidang dewan Isnin lalu.

Adun Tendong, Rozi Muhammad bagaimanapun berkata, beliau  mengakui kenaikan elaun tersebut telah menimbulkan dilema dalam kalangan wakil rakyat apabila perlu memikirkan antara keperluan sendiri dan rakyat.

"Amaran itu tak betul, sebaliknya wakil rakyat dalam dilema, dari sudut keperluan satu hal, aspek lain pun perlu difikirkan juga termasuk masalah yang membebani rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rozi berkata, bagaimanapun kenaikan elaun berkenaan bukan untuk diri sendiri semata- mata sebaliknya dikongsi dengan rakyat hampir setiap masa terutama dalam aspek kebajikan dan yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

"Walaupun ada cadangan daripada pembangkang supaya dinaikkan kepada RM11,000 sebagaimana elaun wakil rakyat di negeri lain, tetapi kita tak setuju, kerana berpendapat kenaikan dari RM4,600 kepada RM8,000 sesuai dengan tugas dan komitmen digalas wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menegaskan, kenaikan elaun dibuat selepas mendapat persetujuan sebulat suara ahli dewan yang menghadiri persidangan pada hari tersebut.

Menurutnya, isu kenaikan elaun wakil rakyat telah dibincangkan sejak sekian lama namun baru kini diputuskan dewan selepas mengambil kira keperluan wakil rakyat ketika ini.

"Sebelum ini, ketika negeri lain naik, Kelantan tak naik, malah apabila negeri lain naik kepada RM11,000 kita hanya naik daripada RM4,600 kepada RM8,000, tetapi sebagaimana yang diperkatakan Menteri Besar, ia kenaikan yang sesuai pada masa ini.

"Walaupun ada permintaan dari pembangkang yang menganggap sudah tiba masanya (elaun) dinaikkan kepada RM11,000, tetapi MB kata cukup setakat RM8,000, dan kita rasa ia munasabah dan adil kepada Adun yang berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Semalam, Adun Salor, Datuk Husam Musa mendakwa beliau mendapat maklumat terdapat amaran sekiranya ada dalam kalangan Adun yang menolak keputusan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan.


Terengganu sedia bekerjasama dengan Pas

Posted: 05 Nov 2015 10:32 PM PST


Terengganu sedia bekerjasama dengan Pas
Ahmad Razif (tengah) bersama pemimpin dan perwakilan Umno Terengganu menyanyikan lagu kebangsaan sempena perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2015, semalam.


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu sedia pertimbangkan untuk menjadi negeri pertama berkolaborasi dengan Pas sekiranya parti itu berhajat menjalin kerjasama di peringkat negeri.

Ia susulan daripada tawaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia menjadi penasihat kerajaan BN bagi menyelesaikan masalah dihadapi negara ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengalul-alukan tindakan Pas itu, namun menetapkan syarat supaya ia perlulah menetapi kehendak kedua-dua pihak sambil menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah termasuk kemungkinan menempatkan mereka bersama-sama kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada presiden Pas terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sebagaimana dilaporkan media sebelum ini.

"Kalau bersetuju mungkin Kerajaan Negeri Terengganu boleh menjadi negeri pertama mengadakan kolaborasi tersebut tetapi kita dengar dulu apakah kehendak daripada pihak pembangkang ini.

"Sekiranya menepati atau tidak ada perkara yang pelik-pelik, kita boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Primula Beach Hotel, di sini, semalam.

Dalam laporan media sebelum ini, Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu Kerajaan BN mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.

Memetik laporan media terbabit, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

Ahmad Razif turut mendedahkan pernah berjumpa dengan Abdul Hadi apabila dilantik sebagai Menteri Besar sebelum ini sebagai mengambil pandangan semua pihak termasuk pembangkang bagi mempertingkatkan urus tadbir negeri yang lebih baik.

"Dalam kita menguruskan negeri ini, kenapa kita tidak boleh ambil pandangan-pandangan positif. Ini untuk kebaikan rakyat," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Jailani Johari; Setiausaha, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Ketua Penerangan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen Umno Terengganu 2015, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Bomoh mengaku tidak bersalah rogol gadis

Posted: 05 Nov 2015 10:29 PM PST

 SINAR HARIAN



Rogol
Sekadar gambar hiasan


KUANTAN - Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berumur 20 tahun pada Oktober lalu.

Tertuduh, Mak'mur Johar, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut dua hari berturut-turut iaitu pada 26 Oktober di antara pukul 11 malam hingga pukul 12.20 pagi dan 27 Oktober lalu di antara pukul 12.15 pagi hingga pukul 1 pagi di sebuah rumah beralamat No 26, Lorong 32, Sungai Isap Perdana.

Mak'mur yang tinggal di Felda Jengka 5, Maran dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Hakim Siti Aminah Ghazali tidak meletakkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Wahidah Zainal Abidin. – Bernama


Najib tak letak jawatan biarpun Bajet 2016 ditolak

Posted: 05 Nov 2015 10:23 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim 
SHAH ALAM -  Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak akan terjejas malah akan terus berkuasa walaupun ahli Parlimen pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya terhadap Bajet 2016.

Demikian kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menegaskan penolakan belanjawan negara itu hanya akan menjejaskan penggajian penjawat awam dan menyusahkan rakyat.

"Sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu.

"Akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pada Ahad menyifatkan keputusan Pas yang tidak menyokong usul penolakan Bajet 2016 menunjukkan bahawa parti Islam itu mahu bekerjasama dengan BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau kesal dengan tindakan Pas menolak usul terbabit yang sekaligus dilihat menolak undi tidak percaya Pakatan Harapan terhadap Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berkata walaupun Pas sedar bahawa Bajet 2016 'pembuka laluan' kepada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi pada belanjawan akan datang, namun rakyat tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Pas tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat dalam Bajet 2016.

"Pengalaman Amerika Syarikat apabila berlaku "goverment shutdown", menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang," ujarnya.

Bagaimanapun katanya lagi, walaupun Pas menyokong Bajet 2016, namun ia tidak bermakna parti Islam itu menolak usul undi tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Pekan itu yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, kerana Pas telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen," katanya lagi

Tiada ulasan: