Khamis, 26 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jawatankuasa Fatwa Kedah haramkan vape

Posted: 26 Nov 2015 03:13 PM PST


vape


ALOR SETAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan hukum menghisap rokok elektrik (vape) dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hukum berkenaan diputuskan melalui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu.

"Sejak kebelakangan ini, fenomena baru dalam industri rokok iaitu menghisap rokok menggunakan kaedah elektronik atau lebih dikenali sebagai vape diperkenalkan.

"Namun, rokok berkenaan dipercayai mengandungi bahan kimia tertentu antaranya nikotin, sebatian organik berwap (VOC) dan karsinogen," katanya.

Syeikh Muhamad Baderudin berkata, terdapat juga bahan kimia yang menghasilkan bau dan perasa buah-buahan dimasukkan ke dalam rokok elektronik berkenaan.

Menurutnya, ada produk cecair vape tertentu pula dilaporkan mengandungi dadah, polycyclic aromatic hidrokarbon dan sebatian fenolik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Vape alternatif terbaik atasi ketagihan rokok?]

Bagi shisha stick pula katanya, tabiat menghisapnya dikhuatiri sukar untuk ditegah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

"Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, bahan tertentu seperti propilena glikol, gliserin sayuran dan perasa dalam bentuk cecair didapati terkandung dalam shisha stick.

"Sesetengah produk berkenaan didakwa mampu menyebabkan penyakit berkaitan jantung dan kanser.

Justeru, menghisap vape dan shisha stick disifatkan haram kerana aktiviti tidak sihat berkenaan akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam," katanya.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut bersetuju mengekalkan keputusan mesyuarat 13 Januari 1996 mengenai pengharaman merokok disebabkan ia memudaratkan dan membazirkan.

"Semua pihak dilarang menghisap rokok elektrik berkenaan ataupun shisha stick," katanya.

Liputan PAU: Setiausaha Agung Umno Pun Putar

Posted: 26 Nov 2015 03:25 AM PST


DOLAK-DALIK mengenai sama ada liputan media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan depan hendak diteruskan seperti yang lazim atau dihadkan adalah satu lagi contoh keterdesakan kepemimpinan parti itu.

Pada mulanya, Setiausaha Agungnya (Datuk Seri Tengku) (dulunya Teuku) Adnan Mansor dilaporkan sebagai berkata, liputan akan dihadkan kerana media massa memutarbelitkan laporan.

Berita itu mendapat kutukan meluas di kalangan pengamal media massa, termasuk yang pro-Umno atau di bawah gajian Umno serta oleh peserta media sosial.

Kini Tengku Adnan dipetik sebagai berkata tindakan itu "tidak terjadi selepas menerima maklum balas daripada wakil-wakil negeri yang mahu liputan langsung."

"Ini bermakna media pun boleh melaporkan secara terbuka. Liputan media adalah sama seperti perhimpunan-perhimpunan agung lepas," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dolak-dalik Tengku Adnan tanda terdesak


Tengku Adnan sebelum ini berkata, sekatan terhadap media dibuat kerana media online suka "memutarkan berita".

Katanya, media akan terus dimaklumkan perkembangan perhimpunan itu melalui sidang media harian yang akan diberikan oleh dua orang naib presiden Umno.

Kepemimpinan Umno Sesat Jalan

Masalah Umno hari ini adalah kerana para pemimpinnya gagal membezakan di antara parti dan kerajaan dengan di antara Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya.

Mereka lupa bahawa PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti. Di situlah aspirasi dan kepentingan ahli parti diperjuangkan dan ditegakkan.

Tetapi kerana kuasa, sogokan dan peras ugut, majoriti pemimpin atasan Umno telah melencongkan arah tuju PAU dengan menjadikannya seolah-olah mesyuarat Kabinet untuk menyokong kerajaan dan ikut telunjuk Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka mengabaikan tugas dan hak istimewa Umno sebagai parti yang berkuasa ke atas kerajaan sebaliknya membenarkan parti diperkuda oleh  kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri dan konco-konco beliau.

Mereka lupa bahawa Umno mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, Umno sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi Umno laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu. 

Bahana Pemimpin Dangkal

Nampak sangat dangkal dan korupnya pemikiran Ahli Majlis Tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua-ketua dan ahli Jawatankuasa Bahagian apabila mengorbankan parti kerana mempertahankan perbuatan Perdana Menteri.

Mereka tidak kisah akan hakikat bahawa Perdana Menteri melakukan apa yang beliau lakukan tanpa berunding atau memberitahu Umno.

Hanya setelah didedahkan dan tersepit barulah beliau dan tukang ceritanya membuat helah kononnya apa yang beliau lakukan itu adalah untuk Umno.

Kalau apa yang beliau lakukan itu untuk Umno, sekalipun seandainya salah dari segi undang-undang dan konvensyen, ia tetap salah. Umno tidak boleh diseret untuk bersubahat.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral bukan mempertahankan perbuatan salah Perdana Menteri atau mana-mana ahli.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral adalah mempertahankan nama baik Umno dan maruah orang Melayu serta Islam.

Akibat sesat jalan inilah Umno berpecah-belah, dihina dan disyaki. Kerana bersekongkol mempertahankan perkara yang salah sehinggakan sampai hendak berdepan dengan media massa pun takut. 

Lari sana lari sini. Sembunyi sana sembunyi sini macam kawar, kata orang Utara. Kawar adalah salah sebut orang Kedah terhadap istilah Inggeris "coward" - penakut.

Wallahuaklam.

NAJIB KIAN KALUT, KENAPA HANYA NAIB PRESIDEN NO 1 DAN NO 3 JUMPA MEDIA? MANA NAIB PRESIDEN NO 2?

Posted: 26 Nov 2015 03:04 AM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam UMNO. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah UMNO, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.

Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya. 

Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.

Selepas itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini akan diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut dihadkan.  

Sebarang ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan mengelakkan banyak salah lapor oleh media.

Serentak dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.

Kenapa tiba-tiba Najib dan UMNO takut dengan media sehingga walaupun PAU diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja keadaannya?

Kenapa dalam dunia langit terbuka, Najib mahu membawa UMNO semakin tertutup jadinya?

Bukankah semua akhbar arus perdana dan stesen televisyen  memihak kepada Najib dan UMNO?

Jika bimbang dengan salah lapor, mana perginya media arus perdana dan  segala macam blogger serta pengamal media sosial berbayar pro Najib yang dikhabarkan berlambak-lambak ramainya?

Kenapa dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan UMNO masih takut dengan kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah acara tertutup?

Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?

Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?

Selain itu, menjadi kelaziman juga pada setiap kali PAU diadakan, biasanya Presiden UMNO sendiri  bersama lain-lain pemimpin utamanya yang akan mengadakan sidang akhbar harian untuk menjawab isu-isu yang berbangkit dengan pihak media.

Tetapi, mengapa tahun ini Najib takut berhadapan dengan media, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin?

Mengapa tidak diserahkan saja kepada Muhyiddin berurusan dengan media jika Najib takut melakukannya? Kenapa sekali lagi Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO diketepikan juga?

Kalau mahu menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden UMNO pula, bukankah penyandang jawatan itu ada tiga iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein? 

Berdasarkan undi diperolehi dalam pemilihan 2013, Zahid memperolehi undi tertinggi, diikuti Shafie tempat kedua dan Hishammuddin di tempat ketiga yang nyaris-nyaris kecundang dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz Mahathir.

Kenapa hanya Naib Presiden No 1 dan No 3 diberi peranan dalam sidang akhbar harian itu, manakala Naib Presiden No 2 diketepikan?

Alasan Tengku Adnan bahawa nama Shafie tidak dimasukkan kerana ketika keputusan tersebut dibuat semalam Naib Presiden UMNO itu tiada dalam mesyuarat, langsung tidak boleh diterima. 

Apakah ini merupakan satu lagi petanda bahawa dalam mesyuarat MT yang akan diadakan sehari sebelum PAU 2015 bermula nanti, Shafie bersama Muhyiddin akan diambil apa-apa tindakan yang menyekat sama sekali mereka daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan kali ini? 
 
 
 

Saman RM100 juta: Bapa Altantuya 'menyepi'

Posted: 26 Nov 2015 02:57 AM PST


Shaariibuu Setev
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev.


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam dimaklumkan tiada sebarang perkembangan mengenai pindaan pernyataan tuntutan berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh bapa model Monggolia, Altantuya, Shaariibuu Steve, tujuh lalu.

Peguam Sangeet Kaur Deo memaklumkan perkara berkenaan kepada Timbalan Pendaftar Azlinda Mohd Sharif ketika pengurusan kes itu, hari ini.

Menurutnya, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia tidak memberi maklum balas kepadanya sama ada dokumen itu berjaya diserahkan ataupun tidak kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar.

"Sudah hampir tiga bulan berlalu sejak Kementerian Luar mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk menyerahkan dokumen berkenaan September lalu," katanya.

Mahkamah menetapkan 5 Januari depan dan memerintahkan semua pihak hadir untuk menjelaskan status tersebut.

Pindaan penyataan tuntutan itu difailkan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu mensabitkan Sirul dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri membunuh Altantuya.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan hutan, Puncak Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006.

Selain Sirul dan Azilah, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda serta kerajaan turut dinamakan sebagai defendan kes berkenaan.

Sirul kini ditahan di Pusat Imigresen Villawood di Sydney selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.


Media dibenar buat liputan Perhimpunan Agung Umno

Posted: 26 Nov 2015 02:53 AM PST

SINAR HARIAN


Tengku Adnan Tengku Mansor


KUALA LUMPUR - Umno hari ini memutuskan tiada sekatan kepada pengamal media untuk membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu dimuktamadkan setelah mendapat maklum balas daripada suara akar umbi yang mahu perhimpunan itu disiarkan secara langsung.

"Kita terima banyak maklum balas di seluruh negara. Kita dengar pendapat mereka dan buat keputusan untuk benarkan media membuat liputan seperti biasa.

"Kita akan benarkan media buat liputan kerana kita sedar parti kita, parti tulang belakang kepada kerajaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Tengku Adnan mengumumkan Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan terbuka kepada media bagi mengelak ia diputarbelitkan oleh pihak tertentu yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak, khususnya dalam kalangan pengamal media.

Bagaimanapun, semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu belum diputuskan kerana tidak dibawa kepada Majlis Tertinggi Umno.

Mengenai ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden seperti kelaziman pada perhimpunan agung itu, Tengku Adnan berkata ia masih belum diputuskan sama ada dilakukan atau tidak.

Secara tradisinya, sebelum proses penggulungan persidangan oleh presiden parti, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu. 

Bagaimanapun, beliau berpandangan proses penggulungan sudah cukup dengan ucapan presiden sahaja.

"Sebenarnya penggulungan presiden berucap seorang dah cukup dah, pada pandangan saya, kerana presiden boleh diamanahkan untuk menggulungkan kesemuanya, tidak perlu yang lain," katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2015 dijadual berlangsung pada 8 hingga 12 Disember.

Tahun ini juga akan menyaksikan buat julung kali Timbalan Presiden Umno tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Berhubung isu pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada keahlian dan jawatannya, Tengku Adnan mendakwa keputusan itu dibuat ekoran Hamidah didapati hadir di pentas pembangkang.

"Kita dapat maklum balas bahawa dia duduk di pentas pembangkang, dan apabila ahli parti duduk di pentas pembangkang kita kena ambil tindakan.

"Dia boleh rayu kalau nak rayu, walaupun kita sudah pecat dia, dia tetap  boleh rayu," katanya. - Bernama


Rasuah: Bekas CEO TEKUN mengaku tidak bersalah

Posted: 26 Nov 2015 02:50 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Dia dituduh menggunakan jawatannya ketika itu, bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan dua permohonan pinjaman program perintis TEKUN Nasional berjumlah RM200,000


rasuah


KUALA LUMPUR : Bekas Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis TEKUN berjumlah RM200,000 kepada sebuah syarikat e-learning yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Datuk Abdul Rahim Hassan, 59, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Abdul Rahim didakwa menggunakan jawatannya ketika itu, bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan dua permohonan pinjaman program perintis TEKUN Nasional berjumlah RM200,000 melalui dua transaksi, masing-masing kepada syarikat Dynamind Enterprise.

Abdul Rahim didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa dia mempunyai kepentingan dengan pemilik syarikat Dynamind iaitu Khairul Fadly Mahammad, yang juga menantu tertuduh dan anak saudaranya (anak saudara tertuduh), Khairiyah Khalid yang juga rakan kongsi dalam syarikat berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional di Bandar Tasik Selatan pada 31 Mac 2014.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Shakimah Ibrahim daripada SPRM menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Hasnal Redzua Merican yang mewakili Abdul Rahim memohon mahkamah memberikan jaminan RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan kedua-dua pertuduhan itu melibatkan transaksi yang sama, tarikh dan tempat sama.

"Anak guam saya juga merupakan pesara kerajaan dan isterinya juga tidak bekerja. Oleh itu, jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin adalah memadai," katanya.

Hakim Allaudeen membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember untuk sebutan bagi penyerahan dokumen.

Mahkamah juga memerintahkan Abdul Rahim menyerahkan pasport kepada mahkamah dengan memberi kebebasan untuk tertuduh memohon pasport sekiranya diperlukan.– BERNAMA

Pentas PAU tidak sesuai untuk Muhyiddin-Ku Seman

Posted: 26 Nov 2015 02:48 AM PST

 
Timbalan Presiden UMNO itu dinasihat mencari pentas lain bukannya PAU kerana kebanyakan mereka yang datang telah 'dibeli'


umno-muh


PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 kerana sebahagian besar mereka yang datang tidak lagi amanah dengan perjuangan parti.

Lebih menjengkelkan kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikhuatiri akan menjadi bahan ketawa.

Persepsi itu diluahkan Ku Seman Ku Hussain dalam tulisannya, yang kemudian dikongsi bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin di blognya, zamkata.

"Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menangguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya.

"Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO," tulisnya dengan penuh sindiran.

Katanya lagi, jika tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa PAU walaupun keras mengkritik sikap mereka yang ada dalam parti itu, tetapi kali ini keadaan telah berubah.

Bagi Ku Seman, apa yang berlaku itulah realiti dalam UMNO.

"Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka.

"Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin, "tulisnya.

PAS Selangor tetap pertahan kerusi yang dimenangi pada PRU-13

Posted: 26 Nov 2015 02:36 AM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Meskipun belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, PAS Selangor tetap akan bertanding di kerusi yang dimenanginya, demikian tegas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa PAS Selangor belum lagi membuat sebarang keputusan tentang calon-calon pilihan raya umum yang akan datang.
 
"Begitu juga keputusan belum dibuat tentang kerusi-kerusi tambahan, sama ada Dewan Negeri atau Parlimen, yang mungkin ditandingi.
 
"Setakat ini PAS Selangor hanya membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum 2013.
 
"Oleh yang demikian, saya berharap tidak ada pihak yang akan membuat sebarang spekulasi," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
 
Sebelum ini DAP Selangor menyatakan kesediaannya untuk bertanding di lapan kerusi DUN milik PAS di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Kerusi-kerusi tersebut adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
 
Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, parti itu yakin akan menang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru.
 
Iskandar, yang merupakan ADUN Cempaka juga menggesa pihak luar tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang mengaitkan beliau akan bertanding di kerusi-kerusi lain.
 
"Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa saya akan juga bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Karang atau Kota Raja selain dari kerusi Dewan Negeri.
 
"Mungkin ini terjadi kerana saya kerap ke kedua-dua kawasan tersebut," tegasnya.
 
 

Ahli Parlimen DAP persoal cadangan mesyuarat Umno secara tertutup

Posted: 26 Nov 2015 02:34 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen DAP hari ini  mempersoalkan cadangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor yang mahu mengadakan mesyuarat agung parti itu secara tertutup.
 
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendakwa cadangan tersebut sebagai aneh apabila sebuah parti pemerintah seperti Umno untuk mengadakan mesyuaratnya 'dalam kelambu',
 
"Saya justeru mengajak anggota-anggota perwakilan Umno yang tidak bersetuju dengan agenda mesyuarat dalam kelambu ini, supaya membuat rakaman video, suara, gambar dan sebagainya untuk diberikan kepada media; sebagai tanda protes, selain mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan individu atau puak tertentu di dalam parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Lim juga membangkitkan persoalan sama ada duta-duta asing dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) lain akan dikenakan 'gag order' sekiranya dijemput ke Perhimpunan Agung Umno 2015 (PAU2015). 
 
"Sekiranya dijemput, adakah mereka akan dikenakan 'gag order' pula?" soal Lip Eng.
 
Pemimpin DAP itu berkata, jika arahan sedemikian dilaksanakan, ini bermakna pemimpin Umno cuba merahsiakan pelbagai isu sensitif daripada pengetahun umum. 
 
Bagaimanapun, Tengku Adnan sebelum ini memaklumkan cadangan untuk mengadakan mesyuarat agung secara tertutup masih belum dimuktamadkan kerana belum dibawa kepada Majlis Tertinggi Umno.
 
 

DAP masuk jarum dalam kepimpinan PKR pula?

Posted: 26 Nov 2015 02:33 AM PST

 Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] "Kini sudah heboh, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, PKR 5 (yang berkecuali) atau PKR 4 (yang menolak)," kata Ketua Menteri negeri itu Lim Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin. 
 
Beliau merujuk pada tindakan lima ADUN PKR negeri itu yang bertindak tidak mahu mengundi usul yang dibawa oleh Barisan Nasional berhubung isu penambakan laut di Pulau Mutiara itu. Maknanya tidak menyokong dan tidak menentang.
 
Menurut Guan Eng, langkah berkecuali yang diambil ketua whip PKR, Ong Chin Wen dan empat ADUN PKR lain itu membayangkan kumpulan lima wakil PKR "tidak percaya" kepada kepemimpinan PKR negeri di bawah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon. 
 
Ini kerana, katanya, Chin Wen ada memberitahu seorang pemimpin kebangsaan PKR mengenai hasrat untuk berkecuali tetapi tidak memaklumkan kepada kerajaan mahupun exco-exco PKR negeri itu.
 
Guan Eng menegaskan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengiktiraf ADUN PKR di bawah pimpinan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon sahaja dan bukan yang dipimpin oleh Ketua Whip parti itu.
 
Beliau menyimpulkan kini ada dua kumpulan dalam kalangan wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri iaitu satu dipimpin ADUN Pantai Jerejak (Mohd Rashid) dan satu lagi blok ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen (Ketua Whip).
 
Datuk Mohd Rashid Hasnon disifatkannya memimpin dua anggota Exco, Dr Afif Bahardin dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim serta timbalan speaker Datuk Maktar Shapee. Lima ADUN lain akur pada Ong Chin Wen.
 
"Kerajaan negeri hanya mengiktiraf pimpinan Datuk Rashid kerana beliau dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
 
Sekilas pandang boleh dirumuskan bahawa Guan Eng kini mula bersikap kritis terhadap PKR dan cara kepimpinannya. Beliau dengan lantang menuduh bahawa kelima-lima ADUN PKR berkenaan kini "memihak pada Umno".
 
Umum maklum, kenyataan-kenyataan hampir sama pernah dilontarkan oleh beliau berhubung corak kepemimpinan PAS. Sikap dan pemikiran politik presiden PAS dikritik hebat hingga mendorong kepada perpecahan dalam PAS.
 
Ramai pemimpin PAS yang terkesan dengan kritikan pedas Guan Eng terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Ada yang mempertahankan beliau dan ada yang terpengaruh dengan pemikiran kritis Guan Eng.
 
Natijahnya, ramai pemimpin yang kebetulan tewas dalam pemilihan kepimpinan PAS Jun lalu yang mengambil kesempatan bersandar pada hujah dan kritikan Guan Eng itu dan menyimpulkan kepimpinan Hadi sudah hilang halatujunya. 
 
Malah seperti dalam kes lima ADUN PKR berkenaan Guan Eng juga menuduh bahawa Hadi mahu memimpin PAS supaya menjalin kerjasama politik dengan Umno-BN!
 
Maka lahirlah Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini cuba menyaingi PAS pada setiap sisi politik. Ini termasuk menawarkan diri untuk menggantikan kedudukan ahli-ahli PAS dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pulau Pinang.
 
Dalam kes PKR Pulau Pinang, lima wakil rakyatnya  memilih berkecuali sewaktu undian dijalankan terhadap usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong).
 
Wakil Umno dalam usulnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 November lalu mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi tujuan pembangunan seharusnya tertakluk pada perdebatan umum.
 
Lima ADUN berkenaan ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban).
 
PKR mempunyai 10 kerusi DUN. Dua lagi ADUN PKR, Datuk Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Datuk Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana mereka adalah speaker dan timbalan speaker DUN.
 
Walaupun usul BN itu tidak diterima Dewan, Guan Eng pantas menjalankan jarum politiknya untuk "meracun" PKR pula. Beliau bermula dengan menghebahkan soal masalah kepimpinan parti itu di Pulau Pinang.
 
Ini dilakukannya meskipun maklum pendirian PKR dalam isu ini. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, partinya berpendapat usul memohon projek tebus guna tanah patut melalui proses kaji selidik alam sekitar yang menyeluruh, adalah baik.
 
Fahmi berkata, pada dasarnya PKR memang tidak bersetuju dengan pendirian Umno berkenaan isu itu. Bagaimanapun pada dasarnya PKR membenarkan pengundian mengikut suara hati atau "conscience vote", di dalam isu-isu tertentu.
 
"Pengundian lima ADUN PKR pada Jumaat lalu adalah berdasarkan 'conscience vote' ini kerana ia merupakan suatu isu alam sekitar yang rumit," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
 
PKR juga katanya berpuas hati dengan penjelasan lima ADUN itu dan beranggapan "conscience vote" adalah amalan demokrasi biasa yang perlu digalakkan di negara ini.
 
"Pada masa yang sama, saya memohon agar tiada lagi kenyataan yang dibuat pimpinan PKR kerana perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat Pakatan Harapan," tambahnya.
 
Bagaimanapun Lim Guan Eng terus "menekan" PKR supaya menilai dengan teliti keputusan lima ADUN berkenaan apabila tanpa silu beliau mengatakan pendirian lima wakil PKR bersifat "bersama Umno".
 
Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 ahli dewan menentang, 10 menyokong dan lima tidak mengundi. Namun yang peliknya usul itu turut disokong ahli DAP Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah).
 
Yang pasti Guan Eng tidak akan membiarkan Yee Cheu terlepas begitu sahaja. Ini memang doktrin kepimpinan Guan Eng yang tidak akan mengizinkan ahli DAP bertindak mengikut hati mereka. Kebenaran dan keadilan mesti mengikut pemimpin sepertinya sahaja. 
 
Apakah PKR tidak sedar bahawa apa yang ditebarkan Guan Eng pada PAS kini mula cuba ditaburkan pula dalam belanga politik parti mereka pula?  


Penasihat-penasihat Najib adalah ‘menteri pintu belakang’ yang tidak perlu

Posted: 26 Nov 2015 02:27 AM PST

Oleh Liew Chin Tong


najib razak


JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.

Kabinet Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013.

Menurut jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan.

"Selain itu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:
  • Datuk Seri Dr  Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;
  • Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
  • Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;
  • Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;
  • Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;
  • Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;
  • Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita; dan
  • Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15, gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ialah:
  • Perdana Menteri                              RM22,826.65
  • Timbalan Perdana Menteri               RM18,168.15
  • Menteri                                           RM14,907.20
  • Timbalan Menteri                            RM 10,847.65
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
  • Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur (Samy Vellu): RM 27,227.20
  • Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang): RM 22,500.00
  • Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (Sharizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO): RM 27,227.20
  • Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (Rais Yatim): RM 27,227.20
  • Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (Jawatan ini tidak disenaraikan oleh Azalina dan saya difahamkan dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar): RM 27,227.20
  • Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri: RM 14,907.20
Difahamkan Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor.

Walau bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntuk dengan empat hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk seorang menteri penuh.

Lantikan bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai duta datang dari kalangan diplomat kareer.

Yang tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai "duta palsu", iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk dalam struktur Wisma Putra.

Saya difahamkan pertindihan diantara duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah dihentikan.

Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf "menteri pintu belakang" sepatutnya digugurkan jawatan.

* Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang


Pentingkan pembangunan mewah, Iskandar bakal jadi ‘Sleeping City’?

Posted: 26 Nov 2015 02:24 AM PST

iskandar1

Roketkini.com


JOHOR : Ahli Dewan Negeri (Adun) Stulang, Chen Kah Eng bimbang rancangan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) bakal menemui kegagalan hingga menjadikannya bandar mati atau 'Sleeping City'.

Katanya, strategi terlalu mementingkan sektor hartanah mengakibatkan gejala harga terlalu tinggi hingga berlaku gelembung hartanah, seterusnya mengakibatkan harga rumah terlalu melambung dan tidak mampu dibeli anak muda tempatan.

"Jika implementasi rancangan cenderung kepada sektor hartanah dengan standard terlalu tinggi dan tidak menyeluruh,  ia menyukarkan pembangunan ekonomi lain, seterusnya menggagalkan rancangan pembangunan.

"Ia juga boleh mengakibatkan bekalan melebihi permintaan. Sekiranya gagal memacu aktiviti ekonomi, orang yang menduduki tempat itu berkurangan dan akhirnya menjadi 'Sleeping City'," katanya .

iskandarBeliau tidak mahu Iskandar mengulangi nasib bandar Eko Tianjing, China yang dibangunkan bersama Kerajaan Singapura dan China pada 2008 tetapi gagal selepas tujuh tahun pelancarannya.

"Pada 2014, hanya 4,000 penduduk bermastautin di bandar itu sedangkan jangkaan asal ialah 80,000 orang," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Justeru, Kah Eng berkata, pembinaan rumah mampu milik penting di sekeliling pusat kegiatan ekonomi untuk menggalakkan lebih orang berpendapatan sederhana menetap, seterusnya menghidupkan komuniti.

"Ia ada hubung kait rapat dengan pembangunan setempat. Sebaliknya, jika hanya ada aktiviti ekonomi dan kemasukan syarikat berdaftar sahaja tanpa kemasukan orang untuk menetap, kawasan rancangan akan menjadi 'sleeping city'.

Beliau berkata, pembinaan rumah mampu milik atau kos sederhana/rendah perlu dibina di kawasan tumpuan seperti Educity Nusajaya, selain menyediakan hospital swasta, tapak perniagaan supaya wujud integrasi dengan pembangunan ekonomi.

"Bayangkan, Iskandar dipenuhi kediaman orang asing bertaraf tinggi dan menikmati kemewahan hidup tetapi kawasan sekitarnya tidak terurus. Justeru, perancangan bandar mesti didukung kekuatan dalaman yang merangkumi pembangunan ekonomi dan pemastautin penduduk," katanya.

Kah Eng juga menekankan kepentingan pembaharuan infrastruktur asas sedia ada, menaik taraf prasarana awam termasuk jalan, pengumpulan sampah, pengangkutan awam dan taman rekreasi.


Agenda tersorok ‘mesyuarat dalam kelambu’ Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 26 Nov 2015 02:20 AM PST

umno-perhimpunan

Roketkini.com


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng menyeru perwakilan UMNO yang tidak bersetuju dengan 'mesyuarat dalam kelambu' pada Perhimpunan Agung parti itu disaran supaya membuat rakaman sebagai tanda protes.

Katanya, rakaman video, suara, gambar dan sebagainya itu boleh diberi kepada media sekaligus selain mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan individu atau puak tertentu dalam UMNO.

Beliau percaya banyak isu sensitif yang mahu dirahsia dari pengetahuan umum berikutan pemimpin tertentu parti itu terdesak mahu menyorokkan mesyuarat agung mereka yang lazimnya mendapat liputan meluas media massa.

"Mesyuarat agung tahunan sesebuah parti politik harus dijalankan secara telus dan terbuka serta membenarkan liputan media. Ini kerana agenda sesebuah parti politik bertunjangkan kepentingan orang ramai.

"Kecualilah kalau ada agenda yang mahu disorok daripada pengetahuan awam," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedang mempertimbang untuk membuat sekatan media pada perhimpunan Agung Umno atas alasan kononnya portal berita dalam talian cenderung memutar belit berita.

Lip EngJusteru, Lim Eng berkata, keputusan parti pemerintah seperti UMNO mengadakan mesyuarat dalam kelambu sekaligus tersorok dari pandangan rakyat yang ditadbirnya, sangat aneh.

Beliau juga menyifatkan ia dibuat berikutan agenda perhimpunan itu kali ini berkait hal ehwal kepentingan keluarga dan kroni UMNO, bukannya soal kepentingan negara dan orang Melayu yang kononnya diperjuang parti itu.

Beliau juga tertanya-tanya sama ada duta asing dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lazimnya lain dijemput ke perhimpunan itu, dpelawa atau sebaliknya serta sama ada mereka juga dikenakan 'gag order'.


Banyakkan sekolah vokasional elak anak muda Sabah berhijrah

Posted: 26 Nov 2015 02:18 AM PST

lahir3.jpg.transformed

Roketkini.com


SABAH : Kerajaan Sabah harus memperbanyak sekolah vokasional bagi memberi kemahiran kepada anak muda seterusnya mengelakkan mereka dari berhijrah ke Semenanjung dengan kemahiran terbatas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan, Dr Edwin Bos, berkata sekolah itu dapat menampung kelompok anak muda yang gagal melanjutkan pelajaran dengan pemberian pinjaman atau biasiswa.

"Kita kehilangan beribu-ribu anak muda yang berhijrah ke Semenanjung mahupun ke Singapura, Brunei untuk mencari kerja. Ini kehilangan besar sumber guna tenaga di negeri ini," katanya pada perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

dr edwinKata Dr Edwin, kebanyakan yang berhijrah itu tidak ada rumah atau bilik tetap, malah ada tidur di kaki lima, selain menjadi pengemis dan terlibat dalam gejala dadah serta kerap dikait dengan perbuatan jenayah.

Beliau tidak mahu negeri ini dilabel sebagai 'penjenayah selalu datang dari Sabah' dan mencari jalan supaya menghenti penghijrahan mereka ke Semenanjung melalui peranan sekolah vokasional.

"Kita boleh melatih mereka dalam bidang seperti mekanik, electrik, bakeri, memasak dan lain-lain. Kita juga boleh melatih mereka dalam bidang pertanian, jururawat, pelancongan dan guru kanak-kanak," katanya.


Umno buat pusingan ‘U’, media terpilih boleh buat liputan

Posted: 25 Nov 2015 10:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Umno hari ini membuat pusingan 'U' dengan setiausaha agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Perhimpunan Agung Umno bulan depan bebas daripada sebarang sekatan liputan media.

Semalam, Tengku Adnan berkata liputan media akan dihadkan kerana portal berita dalam talian mempunyai kecenderungan untuk memutar-belitkan berita.

"Kerana laman-laman web dalam talian suka putar-belit..," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai perkara itu.

Mengenai sama ada sekatan juga akan dikenakan semasa ucapan perasmian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata: "Kami masih pertimbangkan sama ada untuk benarkannya (liputan) atau sebaliknya. Begitu juga dengan ucapan penggulungan.

"Kita tidak benarkan media berlegar merata-rata. Kita tidak akan pancar apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kepada televisyen litar seperti sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menukar nadanya hari ini dengan berkata Umno membenarkan media membuat liputan pada perhimpunan yang bermula 8 Disember ini termasuk perbahasan perwakilan tanpa sebarang sekatan.

"Kita terima banyak maklum balas di seluruh negara. Kita dengar pendapat mereka dan buat keputusan untuk benarkan media membuat liputan seperti biasa," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Tengku Adnan juga dilaporkan berkata, ada beberapa media tertentu termasuk yang dihalang masuk ke PWTC sempena perhimpunan pada tahun lalu akan disekat dan ada yang akan dikenakan syarat lebih ketat.

"Liputan media berjalan seperti biasa. Cuma kita tidak mahu ada media yang putar belit fakta dan laporan. Perbuatan mereka itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati dan sensitif dengan laporan mereka," katanya.

Sejak lima tahun lalu, Malaysiakini adalah antara media yang dilarang menghadiri perhimpunan itu.


Siapa takut, Husam atau PAS?

Posted: 25 Nov 2015 10:48 PM PST

Al-Abror Mohd Yusuf

 


Apabila Zaharudin Muhammad memuat naik gambarnya duduk bersendirian di sebelah bangku kosong yang di depannya bertanda nama Husam Musa, kita faham perseteruan antara kedua-duanya belum padam.

Biarlah Zaharudin berkata bahawa tulisan di Facebook itu adalah yang terakhir dan tidak akan melayan Husam, namun bahasa – termasuk bahasa badan – yang digunakan ternyata membayangkan kebencian menantu Presiden PAS kepada bekas naib presiden PAS.

Kebencian itu seolah-olah tidak akan padam. Di pihak Husam pula, nampaknya dia tidak boleh berbuat apa-apa. Barangkali sudah rezeki dia dimusuhi dua menantu orang besar dalam PAS.

Detik kejatuhan Husam bukan bermula ketika dia dikatakan diarah untuk dicantas bersama gerombolan pimpinan progresif PAS dalam muktamar Jun lalu.

Kalau sebatang pokok boleh dijadikan analogi, kulit di sekeliling Husam dikikis perlahan-lahan hingga ke terasnya sejak isu menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu muncul.

Ketika itupun bukan Husam saja yang dicantas. Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Anual Bakri Haron tentu faham benar kedudukan politik dalaman kompleks Kota Darul Naim ketika itu.

Sebenarnya tiada yang unik dengan gambar Zaharudin dengan kerusi kosong Husam itu. Ia memang gimik yang biasa PAS buat selama ini. Tidak pasti sama ada Husam sendiri pernah terbabit dalam insden begitu, tetapi PAS memang selalu.

Ketika ada apa-apa isu politik, PAS akan mencabar lawannya – ketika itu, Umno – untuk berdebat. Pilih tarikh, tempat dan masa yang difikirkan sesuai dan ajak wakil parti lawan datang berdebat.

Pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan, biasanya tiada sesiapa dari parti yang dijemput itu akan hadir. Maka yang berlangsung ketika itu adalah siri syarahan politik sepihak.

Zaharudin sekadar melanjutkan kelaziman cabaran debat murahan PAS selama ini. Atau dalam bahasa yang lain, dia mungkin belajar daripada abang-abangnya dalam PAS selepas dia sendiri kini menjadi orang besar PAS.

Lucunya amalan debat yang diuar-uarkan PAS itu malah tidak subur dalam PAS. Ketika orang ramai berharap Husam berdebat – atau berdialog – dengan Mustafa Ali, tiba-tiba Datuk Takiyudin Hassan tampil memberikan arahan selaku setiausaha agung parti.

Ia kira-kira sama dengan hangatnya bahang debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy.

Tony Pua adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, manakala Arul Kanda adalah presiden 1MDB yang menjadi sasaran kritikan ramai, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berbeza daripada cerita Zaharudin dan Husam, antara Pua dan Arul Kanda ada cabar-mencabar berlaku.

Seolah-olah debat itu hampir sangat akan terjadi – sehinggalah keluar ketetapan Speaker Dewan Rakyat yang memberi hukum larangan.

Gagal satu lagi debat yang dinanti-nanti.

Kemudian kita mungkin boleh teringat kepada sesi Nothing To Hide yang juga sangat hampir kepada sesi debat, atau sekurang-kurangnya dialog.

Ia berakhir dengan arahan polis supaya majlis itu dibubarkan.

Ingat debat antara PAS-Umno pada 1980-an dulu? Selepas Umno berlatih sesama sendiri sebagai persediaan menghadapi PAS, keluar arahan supaya ia dibatalkan tidak lama sebelum tarikh sebenar dipersetujui.

Apakah moral daripada satu demi satu insiden "gagal" ini?

Ia membawa mesej bahawa kita sebenarnya kelihatan takut kepada kebenaran. Siapa yang benar antara Zaharudin dan Husam, Mustafa dan Husam, Pua dan Arul Kanda?

Malah dalam keadaan tertentu, ketakutan itu kelihatan melampau.

PAS yang selama ini menjenamakan partinya sebagai pertubuhan yang matang dan terbuka, rupa-rupanya tertutup apabila ia membabitkan isu dalaman sendiri.

Seboleh mungkin bau hanyir bangkai itu mahu diselimutkan agar tidak terhidu ke luar rumah walaupun tengiknya disedari seluruh kampung.

Kita masih jauh daripada politik matang. Pada masa sama kita masih akrab kepada sindrom penafian. Wayang politik dimainkan di mana-mana saja dan oleh sesiapa saja yang merelakan dirinya menjadi haiwan politik.

Hak rakyat untuk mengetahui hakikat dan fakta sebenar menjadi perkara kedua atau ketiga. Keutamaan parti dan orang politik adalah mengekalkan imej masing-masing sebagai bersih daripada masalah.

Orang politik adalah orang politik. Mereka boleh berseteru atau bertegang urat leher di mata umum tetapi mampu bertepuk tampar ketika bertemu di kedai minum atau kantin parlimen.

Tanpa disedari – atau sengaja enggan disedari – yang menanggung bala bencana daripada perseteruan itu adalah rakyat terbanyak di peringkat akar umbi. Penyokong Husam misalnya, mungkin tidak akan rela bermanis muka dengan orang yang menadah kitab kuliah Zaharudin.

Pengagum tegar Nasrudin Hassan mungkin akan berhujah dengan ayat al-Quran untuk menghalalkan rasa marah mereka menyalahkan anak murid Ahmad Awang.

Dan pada hampir setiap masa kita mengeluh kerana keadaan menjadi kian keruh dan kebenaran masih belum muncul.

AL-ABROR MOHD YUSUF anggota sidang redaksi Malaysiakini.


SD kertas pertuduhan: 'Skrip teruk, lakonan buruk, masa tepat'

Posted: 25 Nov 2015 10:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak surat akuan sumpah berkanun (SD) yang dibuat oleh adik Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh sebagai "satu lagi wayang".

"Satu lagi wayang dengan skrip teruk dan pelakon yang juga sama buruk," tulisnya dalam twitter.

Katanya, yang menarik, dakwaan oleh Charles Suresh Morais itu dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno yang dijadualkan bermula pada 8 Disember.

"Dakwaan menakjubkan oleh Charles Morais selepas lama kejadian (pembunuhan) itu berlaku, tetapi sebelum AGM Umno. Masa yang tepat," katanya.

Charles pada sidang akhbarnya semalam mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun itu.

Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.

Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.

Charles juga dalam SD itu berkata dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) abangnya.

MP: Hisap vape bantu saya berhenti merokok

Posted: 25 Nov 2015 10:31 PM PST

Kow Gah Chie


 


Dalam rayuannya kepada Kementerian Kesihatan untuk menghentikan larangan kedai menjual vape, MP PKR Alor Setar Gooi Hsiao Leung memberitahu Dewan Rakyat bahawa rokok elektronik itu membantunya berhenti menghisap rokok.

"Saya seorang perokok lebih dari 20 tahun. Saya cuba pelbagai cara untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya... sehingga saya cuba menghisap vape tiga minggu lalu. Dalam tempoh tiga minggu, saya berhenti merokok dan hisap vape," kata Gooi.

"Berdasarkan kajian dan daripada pengalaman sendiri, saya percaya hisap vape boleh membantu perokok mengatasi sindrom ketagihan nikotin dalam tubuh mereka," katanya sewaktu berbahas Bajet 2016 semalam.

Mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata walaupun beliau bersetuju bahawa tindakan hisap vape perlu dikawal selia jika ia dapat membantu perokok untuk berhenti, beliau takut ia akan menarik lebih ramai penghisap vape baru, yang akhirnya akan ketagihan kepada nikotin.

Hujah Gooi bahawa menghisap vape boleh mendorong berhenti merokok telah digunakan sewaktu perdebatan panas di peringkat awal tersebar meluas mengenai isu vape di United Kingdom, kata Subramaniam.

Ia akan mengambil masa yang lama untuk menunggu kajian berkaitan kesan kesihatan vaping dimuktamadkan, katanya ketika menggulung perbahasan Kementerian Kesihatan.

Pasangan OKU ‘merangkak’ demi sesuap nasi

Posted: 25 Nov 2015 10:28 PM PST

MALAYSIAKINI

 


Hanya kerana butang lif yang rosak, sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) terpaksa merangkak untuk turun dari tangga setiap hari untuk ke tempat kerja.

A Thangarajoo, 44, yang berkerusi roda, tinggal di tingkat satu Blok C, yang merupakan blok khas untuk keluarga OKU di PPR Taman Wahyu 2 di Kuala Lumpur.

Oleh kerana butang lif ke tingkatnya tidak berfungsi, beliau dan isterinya, M Blle, 44, terpaksa merangkak turun tangga setiap pagi.

"Saya tak kisah merangkak jika tangga itu bersih, tapi ia sangat kotor. Macam-macam ada, (seperti) kencing, najis kucing, sisa makanan dan air ludah," kata Thangarajoo, bekas pemain tenis paralimpik yang dikenali sebagai Rajoo.

Menurutnya, beliau terpaksa mengalas surat khabar lama di tangga itu sebelum merangkak bagi mengelakkan pakaiannya kotor.

"Lebih teruk, kaki saya sakit teruk kerana bergesel dengan tangga kerana saya tidak boleh bengkokkan kaki," katanya dengan nada sedih.

Rajoo berkata lazimnya lif yang rosak cepat dibaiki selepas pihak pengurusan dihujani aduan daripada penduduk di 17 tingkat perumahan awam itu. Bagaimanapun, kerana kali ini hanya satu butang rosak di tingkat pertama, pihak pengurusan tidak melihat kerosakan itu perlu dibaiki segera.

Terdapat juga sebuah lif baru di blok itu, tetapi menurut Rajoo ia belum berfungsi sepenuhnya lagi.

Menurut Rajoo, lif yang digunakannya itu rosak dua hari sebelum Deepavali dan hampir setiap hari beliau membuat aduan tetapi pihak pengurusan belum lagi bertindak.

"Ada sekali apabila kita telefon buat aduan, pihak pengendali lif berkata, hanya tingkat satu, mengapa tidak jalan turun bawah?

"Jika bukan kerana anak saudara kami yang membantu semasa cuti sekolah, kami tidak mampu untuk pergi ke tempat kerja," kata Blle.

Rajoo dan Blle menjalankan sebuah kedai makan di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.

Sejak kerosakan itu, sudah lebih seminggu, Rajoo dan Blle akan merangkak turun tangga bersama anak saudara mereka yang membantu membawa turun kerusi roda dan barangan keperluan lain.

Rajoo dan isterinya telah menetap di flat itu selama sembilan tahun dan mereka berkata lif tidak berfungsi bukanlah sesuatu yang baru tetapi kali ini adalah yang paling lama sehingga mereka terpaksa merangkak untuk turun tangga hanya kerana butang yang rosak.

"Sekali, apabila lif rosak, ada seorang wanita di tingkat 13 yang sakit dan perlu pergi ke hospital.

"Ambulans datang tetapi ahli paramedik yang menggunakan tangga ke tingkat 13 tidak dapat membawa mangsa turun. Dia (mangsa) kemudiannya meninggal dunia," kata Rajoo.


Pengambilan guru bahasa Inggeris dari India ditangguh

Posted: 25 Nov 2015 10:27 PM PST

Geraldine Tong


 


Pengambilan guru terlatih bahasa Inggeris daripada negara India akan ditangguhkan buat masa ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Kami menangguhkan program ini buat masa ini. Jadi saya akan komen mengenai perkara ini tahun depan," katanya bagi menjawab soalan pemberita untuk mengulas pengambilan guru bahasa Inggeris daripada India.

Mahdzir yang juga MP Padang Terap berkata penangguhan itu bukan sahaja terpakai kepada guru bahasa Inggeris daripada negara tersebut, tetapi juga dari tempat lain termasuk dari Cambridge, Unnited Kingdom.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk program inovasi berkaitan usahawan muda di Kuala Lumpur hari ini.

Bulan lalu Timbalan Menteri Pendidilan P Kamalanathan berkata pengambilan itu akan selesai dalam masa terdekat.

Kini, Mahdzir berkta terdapat pasukan teknikal yang sedang mengkaji berhubung perkara itu secara komprehensif.

Sudahkah Sirul terima pindaan kenyataan tuntutan Setev?

Posted: 25 Nov 2015 10:23 PM PST

Hafiz Yatim   





Belum ada sebarang petunjuk dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia sama ada pindaan kenyataan tuntutan oleh warga Mongolia, Shaariibuu Setev berjaya diserahkan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar, yang kini ditahan di Pusat Imigresen Villawood di Sydney.

Hampir tiga bulan berlalu sejak Kementerian Luar pada awal September lalu mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk menyampaikan dokumen berkenaan.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengarahkan semua pihak untuk hadir pada 5 Januari tahun depan untuk mengetahui status perkara tersebut.

Ini berikutan taklimat peguam Setev, Sangeet Kaur Deo kepada Timbalan Pendaftar Azlinda Mohd Sharif bahawa tidak ada sebarang maklum balas daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia selepas menulis kepada mereka bulan lalu.

Pindaan kenyataan tuntutan itu difailkan berikutan sabitan Sirul dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri kerana membunuh anak perempuan Setev, Altantuya di sebuah kawasan hutan di sebuah bukit di Puncak Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006.

Setev dan dua anak lelaki Altantuya dilapor memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah, Sirul, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan pada tahun 2008, berhubung kematiannya.

Kedua-dua anggota polis itu adalah sebahagian daripada Unit Tindakan Khas yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 13 Januari tahun ini.

Azilah sekarang merengkuk di penjara Kajang menanti hukuman gantung dilaksanakan manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia selepas kedua-duanya sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Buat laporan polis, kata timbalan menteri

Posted: 25 Nov 2015 10:22 PM PST

Kow Gah Chie





Adik Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh perlu membuat laporan polis mengenai maklumat yang terkandung dalam pen drive, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Oleh kerana dia (Charles Suresh Morais) buat dakwaan itu, pergi (buat) laporan polis," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Polis akan siasat," katanya.

Dalam akuan sumpah berkanun (SD), Charles mendakwa pen drive itu dihantar oleh abangnya sebelum beliau dilaporkan hilang dan kemudiannya dijumpai mati.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam SD itu, semalam.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta adik mendiang TPP itu supaya menyerahkan pen drive berhubung siasatan itu sebelum pembunuhannya.

"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.

"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin," katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Iskandar nafi tanding kerusi Kota Raja, Tanjong Karang

Posted: 25 Nov 2015 10:20 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Exco PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan khabar angin kononnya beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Raja atau Tanjong Karang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu hanyalah spekulasi yang sengaja dimainkan pihak tertentu ekoran kekerapan beliau ke kawasan itu.

"Mungkin ini terjadi kerana saya kerap ke kedua-dua kawasan tersebut," kata pesuruhanjaya PAS Selangor itu.

"Setakat ini PAS Selangor hanya membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum 2013," katanya lagi.

Kerusi parlimen Kota Raja kini diwakili bekas timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara kerusi Tanjong Karang pula adalah kerusi tradisi PAS tetapi kini diwakili anggota parlimen BN Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Iskandar turut menafikan kononnya PAs negeri itu membuat keputusan tentang calon dan kerusi tambahan DUN atau parlimen yang mungkin ditandingi pada pilihan raya umum ke-14.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa PAS Selangor belum lagi membuat sebarang keputusan tentang calon-calon pilihan raya umum yang akan datang.

"Begitu juga keputusan belum dibuat tentang kerusi-kerusi tambahan, sama ada Dewan Negeri atau Parlimen, yang mungkin ditandingi," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut kerana perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan.

"Sekarang adalah masa untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha membela nasib rakyat dan membangunkan negeri," katanya.


Penyanyi lagu 'Saya Anak M'sia' hijrah demi agama

Posted: 25 Nov 2015 10:11 PM PST


Salim Ibrahim dR Sam Rasputin
Salim Ibrahim
 
 
GEORGETOWN - Lagu Saya Anak Malaysia pasti tidak asing dalam kalangan masyarakat di negara ini, namun masih ramai yang tidak mengetahui penyanyi utama lagu itu, Salim Ibrahim atau lebih dikenali sebagai dR Sam Rasputin sudah pun tampil dengan imej berbeza.
 
Dahulu beliau lebih menggemari lagu berentak reggae dan berpakaian dengan imej ala rasta, Bob Marley.
 
Namun tidak lama kemudiannya beliau nekad untuk terus istiqamah demi mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.Kini Sam tampil dengan imej seorang pendakwah dengan membawa mesej-mesej Islam dan keamanan sejagat.
 
Menurutnya, dia mengakui masih giat mendalami ilmu agama sehingga ke hari ini sekali gus menganggap ia sebagai penghijrahan diri yang besar.
 
"Saya akui ketika berada dalam dunia hiburan, apa yang saya lakukan begitu banyak bertentangan dengan kehendak ALLAH SWT dan tidak takut melanggar larangan-Nya.
 
"Ia kerana pada masa itu tiada hidayah dan hanya hiburan semata-mata yang menjadi mata pencarian," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengadakan program perkongsian di Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM), hadir sama Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr Normala Abdul Wahid.
 
Sam terkenal pada era 1970-an hingga 1980-an, dan lagu paling popularnya ialah 'Saya Anak Malaysia' turut dinyanyikan bersama Band Rasputin dari Negeri Sembilan.
 
Ketika mengikuti pengajian di luar negara, Sam telah merantau ke beberapa bandar utama termasuk London dan Paris untuk menjadi penyanyi jalanan.
 
Kemudiannya dia dipertemukan dengan guru-guru agama apabila sudah kembali ke tanah air selepas lima tahun mengembara di bumi asing.
 
"Banyak ilmu yang diperoleh semasa proses penghijrahan ini berlaku dan yang paling menyentuh perasaan ialah apabila diri ini mula sedar dengan merasai keyakinan kepada ALLAH SWT.
 
"Percaya adanya ALLAH SWT tetapi ketika itu hanya percaya tetapi belum kuat keyakinan yang bermaksud percaya itu di akal," katanya.
 
Tambahnya lagi, doa ibu antara kuasa yang tiada tandingannya kerana di antara insan yang tidak berhenti berdoa demi kesejahteraannya.
 
"Dalam melakukan penghijrahan, menuntut ilmu adalah sangat penting untuk kita terus memperbaiki diri, semua perkara yang dilakukan juga haruslah diniatkan hanya kerana ALLAH SWT.
 
"Kedua ialah bermujahadah atau bersungguh-sungguh dalam berhijrah, tetapi kita juga perlu sentiasa berdoa kerana orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong dengan ALLAH SWT," katanya.
 
 

Apalah dosaku, rintih Muhyiddin

Posted: 25 Nov 2015 10:05 PM PST


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin hari ini menyatakan rasa sedih dan kecewanya berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang memutuskan timbalan presiden tidak akan lagi merasmikan persidangan sayap-sayap Umno.

Ujarnya, tindakan itu telah menyebabkan dirinya tidak lagi berpeluang menyampaikan amanat kepada ahli Umno yang disayanginya.

"Sejak enam tahun yang lalu sebagai timbalan presiden, menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar Umno terus gagah meredah cabaran zaman.

Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata bahawa dia dimaklumkan ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalangnya daripada berucap.

"Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

"Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin," ujarnya.

Katanya beliau menghormati keputusan itu, namun beliau tidak akan berdiam diri jika ada sesuatu yang tidak kena dalam perjuangan Umno kini.

"Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.

"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno  bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.Insya-ALLAH , saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Majlis Tertinggi  memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan Disember depan akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Muhyiddin.


Tiada ulasan: