Khamis, 26 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Inilah sebab mengapa Gani Patail telah dibuang sebagai Peguam Negara!

Posted: 26 Nov 2015 08:00 AM PST

 Pada pagi 28 Julai itu, pertuduhan terhadap Najib akan dibuat berkaitan dengan wang yang diambil daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB. Lantaran itu PM Najib bertindak nekad untuk menyelamatkan dirinya. Berikut apa yang Sarawak Report laporkan :

Jika kertas pertuduhan tidak tulen mengapa Najib melancarkan rampasan kuasa terhadap mereka yang digambarkan 'konspirasi' terhadapnya?

Adalah diketahui umum bahawa pada 28 Julai Najib Razak telah mengambil tindakan bersepadu untuk menggagalkan apa yang telah digambarkan sebagai 'konspirasi' terhadapnya. 


Disingkir tanpa mengikut perlembagaan -
bekas boss Kevin Morais ini Peguam 
Negara Gani Patail.
 
Sarawak Report telah mendengar daripada beberapa sumber bahawa pada pagi itu pertuduhan terhadap Najib akan dibuat berkaitan dengan wang yang diambil daripada syarikat-syarikat berkaitan1MDB

 Khususnya, anggota Cawangan Khas menunggu Peguam Negara di pejabatnya. Pihak keselamatan bersenjata menghalang pegawai tertinggi undang-undang di negara ini daripada memasuki atau membersihkan mejanya sendiri sebelum memaksanya pulang ke rumah dengan diiringi pasukan keselamatan.

 Perdana Menteri kemudiannya mengumumkan bahawa Gani Patail telah bersara dengan 'alasan kesihatan' - satu perbuatan yang melanggar perlembagaan.

 Dalam rampasan kuasa yang sama pada 28 Julai Najib telah mengeluarkan beberapa ahli politik kanan yang lain, pegawai undang-undang dan penjawat awam yang menyatakan keresahan ke atas wang yang dikeluarkan daripada 1MDB dan dana pencen awam KWAP.

 Serbuan juga dijalankan untuk mengeluarkan kertas dari pejabat dan berkaitan siasatan Peguam Negara:

Kakitangan yang berkenaan telah ditangkap, ditakut-takutkan dan kemudian dipecat. Pembersihan terhadap semua dokumen - malahan berlaku kebakaran di unit jenayah kolar putih ibu pejabat  Polis Bukit Aman pada hari berikutnya, yang ia diandaikan menyaksikan kehilangan bahan yang berkaitan dengan siasatan ke atas 1MDB.

 Tetapi usaha yang jelas untuk menghapuskan bukti telah gagal. Pada hari berikutnya Sarawak Report menerima e-mel, yang berkata "Ini adalah sebab mengapa Gani Patail telah dibuang sebagai Peguam Negara". Dilampirkan adalah kertas pertuduhan. 

Berdasarkan siasatan untuk menentukan kesahihan dokumen-dokumen, Sarawak Report kemudian menerbitkan mereka.


Sarawak Report mengesahkan draf adalah tulen
 Penerimaan lembaran caj draf dimusnahkan sebagai satu percubaan untuk menutup episod ini dan ia adalah jelas bahawa terdapat bukti selanjutnya bahawa mungkin juga datang kepada cahaya.

 Reaksi marah terhadap Sarawak Report, termasuk mengharamkan laman web ini, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan Editor dan (tidak berjaya) meminta Interpol untuk mengeluarkan satu Notis Merah, menunjukkan betapa sensitifnya perkara itu.

 Pada mulanya garis rasmi lelaki Perdana Menteri adalah bahawa kertas pertuduhan itu adalah "palsu" atau "pemalsuan". Walau bagaimanapun, kemudian ada menteri mengakui bahawa Perdana Menteri memang telah mengambil "tindakan drastik" untuk "mengeluarkan" orang yang terlibat dalam "plot untuk menjadikan Perdana Menteri seorang penjebayah" di mana kertas pertuduhan itu adalah sebahagian dari plot.

 Sesungguhnya jika kertas pertuduhan itu tidak tulen maka apa yang merupakan "plot"?

Fitnah orang PAS ....

Posted: 26 Nov 2015 04:29 AM PST

Betulkah Iszuree Ibrahim dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, kerana sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi? 

Sila baca beritanya di sini

Berikut pula adalah respon Majlis Bandaraya Pulau Pinang :

Setelah meneliti isu ini dan setelah mendapat maklumat lengkap dari Jabatan berkaitan dan mendapat nasihat dari Penasihat Undang-undang Kami Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menegaskan:

 Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat (mala fide) dan tidak benar oleh Sdr Iszuree Ibrahim keatas ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu sendiri.

 Mengesa Jabatan Undang-undang mengambil tindakkan menyaman beliau atas kenyataan yang berniat jahat dan secara terang memfitnah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

 Laporan Polis akan dibuat agar pihak berkuasa mengambil tindakkan keatas kenyataan beliau yang bersifat 'fitnah jenayah'.

AHLI-AHLI MAJLIS
AJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
sumber

Polis patut kenakan PM Najib tuduhan sembunyikan maklumat ....

Posted: 25 Nov 2015 08:00 PM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengancam Charles Suresh Morais, adik kepada mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais kerana tidak menyerahkan maklumat mengenai pembunuhan Anthony Kevin.

Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau mempunyai beberapa maklumat mengenai pembunuhan Anthony Kevin.

 Beliau perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Pegangan apa-apa maklumat boleh dianggap sebagai suatu kesalahan, kata KPN.

 "Saya cadangkan bahawa dia (Charles Suresh) berkongsi maklumat dengan pihak polis supaya tindakan boleh diambil. Pihak polis tidak akan dapat bertindak tanpa maklumat mengenai si mati (Anthony) Kevin," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

Jika Charles boleh di dakwa kerana kononnya menyembunyikan maklumat, mengapa Najib tidak dikenakan tuduhan yang sama kerana menyembunyikan maklumat mengenai penyumbang RM 2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya?

Bekas Peguam Negara, Gani Patail juga mempunyai maklumat yang sebenar mengenai draf kertas pertuduhan keatas PM Najib , samada ia sahih atau palsu sebagaimana yang didakwa oleh Apandi Ali, Peguam Negara baru yang menggantikan Gani Patail. 

Kenapa polis tidak mahu minta penjelasan daripada Gani Patail atau kenakan Gani Patail tuduhan kerana menyembunyikan maklumat mengenai wujudnya draf kertas pertuduhan tersebut.

 Jelas sekali orang ramai telah hilang keyakinan terhadap polis dan semua pihak berkuasa lain kerana menjadi robot permainan sang penguasa.

Rakyat marah bila polis melepaskan Ali Tinju bagi kejadian di Low Yatt atas alasan  keterangan tidak cukup untuk mendakwanya.

Rakyat marah bila DPP membiarkan pesalah NFCorp lepas bebas begitu sahaja. Sebaliknya Rafizi Ramli, orang yang mendedahkan skendal NFCorp itu pula yang mendapat susah naik turun mahkamah dengan pelbagai tuduhan. Akhirnya kita dapati, duit untuk beli lembu boleh digunakan untuk beli dua kondominium mewah!

Rakyat juga marah bila melihat ada orang seperti Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat laporan polis di luar negara supaya siasatan dilakukan ke atas skandal 1MDB kerana PDRM terlalu lembab; tetapi sebaliknya dituduh pengkhianat dan cuba pula dikenakan dengan SOSMA.

 Hentikanlah mengancam rakyat yang mahu mendedahkan kebobrokan pemerintahan yang ada.

Charles Suresh Morais telah hilang keyakinan terhadap polis dan semua pihak berkuasa lain, sebab itu beliau membuat pendedahan umum terlebih dahulu supaya rakyat mendapat maklumat yang benar.

Polis jangan harap orangramai akan datang berpusu-pusu membantu memberikan keterangan kepada polis jika ianya hanya akan menyusahkan diri mereka sendiri.

Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan

Posted: 25 Nov 2015 05:30 PM PST

Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, kata adiknya.

 Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.

 "Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.


"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.

 Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.

  Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.

 Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

 Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.

 "Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam," katanya.

 SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri. 

Dalam SD  itu, Charles berkata beliau kemudian menemui Rewcastle-Brown (editor Sarawak Report) tentang kertas pertuduhan dan ia telah mendedahkan dokumen itu telah dihantar dari e-mel yang dipanggil "jibby@anonymousspeech.com".

Charles berkata beliau yakin bahawa e-mel itu datang dari Kevin. Beliau berkata nama "Jibby" merujuk kepada pengasuh mereka berdua (Kevin dan Charles)

 "Kevin bekerja secara langsung di bawah Peguam Negara pada masa itu dan akan merahsiakan jenis maklumat yang muncul dalam lembaran draf tersebut." ~ malaysiakini

Komen al-Husseyn :

Apa pula yang akan dikatakan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali yang sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu?

Bukankah kerana kemunculan draf kertas pertuduhan itu di laman web Sarawak Report itu menyebabkan Ghani Patail tiba-tiba dihalang dari memasuki pejabatnya oleh Setiausaha Negara, Ali Hamsah dan memeritahunya on the spot bahawa dia telah dipecat sebagai Peguam Negara?

Apandi Ali hanya mampu membuat penafian tidak lebih dari itu. Tetapi siapa yang akan mempercayainya bila berdepan dengan segala bukti telah ternyata begitu jelas sekali.

Begitu juga KPN Khalid Abu Bakar yang menuduh SD Charles Suresh Morais sebagai bohong.

KPN cuba menafikan kenyataan SD Charles Morais bahawa KPN telah memanggil mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais untuk bertanyakan mengenai kehadiran adiknya yang kedua, Richard Morais di tempat kejadian pembunuhan. Ini adalah merujuk kepada adik Kevin, Richard Dilaan Morais dan pembunuhan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi. 

Itu bukan perkara yang baru. Sebelum ini, Pascal Najadi, anak si mangsa juga telah mendedahkan melalu statusnya di fesbuk 'Justice for Najadi-Ambank ' bahawa "Dato Richard Morais orang terakhir menemui Hussain Najadi dibunuh di Kuil 29 Julai 2013."

Pascal Najadi mendapat maklumat mengenainya melalui seorang peguam (identitinya dirahsiakan) yang telah dihubungi oleh mangsa sebelum dia dibunuh.

Ini semua kerana mahu menyelamatkan seorang pembesar negara yang sangat-sangat  'kolata ala'!

You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time. ~ Abraham Lincoln.

Tiada ulasan: