Rabu, 25 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rafizi cabar suami Shahrizat dedah minit mesyuarat

Posted: 25 Nov 2015 07:10 AM PST



Oleh Tarrence Tan 


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Dr. Mohamed Salleh Ismail supaya mendedahkan kepada umum minit mesyuarat National Feedlot Corporation (NFCorp).Naib Presiden PKR berkata, minit mesyuarat itu termasuk mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung Tahunan berkenaan keputusan memindahkan dana NFCorp.

"Jika NFCorp tiada apa-apa yang mahu disembunyikan, mereka sepatutnya tiada masalah untuk rakyat melihat bagaimana keputusan dibuat supaya dana dipindahkan ke National Meat and Livestock Corporation (NMLC) tanpa kebenaran," katanya di Lobi Parlimen pada Rabu.

Semalam, Salleh dilaporkan berkata, Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk membolehkan Lembaga Pengarah NFCorp memindahkan dana ke anak syarikat, NMLC untuk membeli hartanah.

Salleh berkata, pindahan dana itu diluluskan pada 23 Disember 2009 tetapi dinafikan Rafizi.

Rafizi mendakwa dana untuk membeli kondo telah dipindahkan terus kepada pemaju hartanah pada 2 Disember 2009.

"Apabila empat pindahan wang untuk membayar pembelian kondo dibuat pada 2 Disember 2009, (ketika itu) NMLC sebuah syarikat yang tiada hubungan dengan NFC," kata Rafizi.~http://www.freemalaysiatoday.com/

UMNO kini tidak lagi ikut tradisi – Ku Li

Posted: 25 Nov 2015 07:08 AM PST



Oleh Adam Abu Bakar


Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang, dilihat bertentangan dengan amalan parti itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO apabila Timbalan Presiden tidak dibenar merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti.

"Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri," katanya kepada FMT ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, veteran UMNO itu yakin bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah memikirkan kesan dan akibat jika membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap.

"Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari dari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden akan merasmikan mesyuarat," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut menyatakan keputusan MT UMNO itu mungkin akan memeranjatkan sesetengah orang, kerana bertentangan dengan amalan biasa.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ketika Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih diberikan peluang oleh Presiden UMNO ketika itu (Dr Mahathir) untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap dalam parti.

"Tun Musa Hitam berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari kerajaan pimpinan Mahathir, dia dibenarkan berucap rasmikan sayap. Walaupun tidak jadi Timbalan Perdana Menteri tapi dia masih benarkan untuk merasmikan," ujarnya lagi.

Muhyiddin sebelum ini seolah-olah disenarai hitam dari pimpinan parti itu setelah lantang dalam memberikan kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dijadualkan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.~FMT

Adakah PAN cuba menghalalkan pengkhianatan?

Posted: 25 Nov 2015 07:05 AM PST



Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN 


SETELAH berbulan isu pengkhianatan YB-YB lompat parti tidak dapat dijawab oleh mereka, hari ini mereka timbul sekali lagi. Ingatkan diam itu tanda akur akan kesalahan diri, rupanya dalam diam itu mereka ligat mencari akalan untuk menghalalkan pengkhianatan rakan-rakan sekapal. Walaupun tempoh loading itu agak lama bagi manusia normal, mereka tetap tidak berputus asa.

Bukan hujah syarak atau hujah ilmiah, tapi hujah sejarah yang cuba diputarbelit. Dulu semasa mati akal, mereka alih isu dengan menyatakan PAS khianat, ta'lik talak itu bidaah, baiah itu bidaah.

Berbagai-bagai tokoh agama cuba dirujuk membesar-besarkan ruang khilaf sedangkan yang jelas khianat cuba disembunyikan. Setelah gagal menjawab dengan baik, mereka mendiamkan diri dan beralih kepada isu-isu yang lain pula.

Akalan terbaru yang mereka dapat setelah berbulan memerah otak, adalah membandingkan PAS sewaktu disingkir dari BN. Wakil rakyat PAS masa itu tidak meletakkan jawatan sebaliknya meneruskan jawatan sehingga tiba pilihan raya seterusnya.

Maka tindakan mereka ini difatwakan halal berdasarkan tindakan nenek moyang terdahulu; hujah yang sama digunakan quraisy menghalalkan berhala untuk disembah.

Sebelum menyamakan hukum dulu dan sekarang, terlebih dahulu kena samakan situasi dulu dan sekarang. Ilmu-ilmu yang patut dipelajari mereka adalah bab Qiyas dan syarat-syaratnya. Bukan semua benda boleh Qiyas semberono. Sekiranya situasi lama berbeza dengan yang baru, maka Qiyas yang salah itu dinamakan Qiyas Maal Fariq.

Memang berbeza! Dulu, PAS yang ditendang dari BN, bukan kerelaan kita. Kini, YB-YB itu sendiri keluar daripada PAS. Walaupun ada usaha memujuk dilakukan, rajuk mereka yang kalah pemilihan lebih kuat daripada simpati mereka terhadap pengundi. Tiada siapa membuang mereka dari PAS. Mereka hanya tidak dipilih sebagai pemimpin pusat. Adakah mereka fikir berada dalam PAS sekadar mahu jadi pimpinan Pusat?

Beza lagi, BN adalah sebuah pakatan sepertimana PR, BA , PH, APU dan perikatan dahulu, bukan sebuah parti. Penyertaan PAS dalam BN dahulu masih sebagai sebuah parti. Tersingkirnya PAS dari komponen BN tidak sama dengan tindakan keluar mereka dari sebuah parti.

Cukuplah dua perbezaan ini sebagai jawapan. Saya pasti banyak lagi titik perbezaan yang boleh diteliti untuk menafikan qiyas antara dua situasi ini.

Apapun alasannya selepas ini, Qiyas hanya sah dilakukan terhadap nas al-Quran atau hadis, sedangkan yang mereka qiyaskan itu adalah tindakan politik orang lama yang bersifat ijtihadi, bukan sumber asal hukum. Maka ia tidak berkredibiliti untuk menghalalkan kembali dosa pengkhianatan tersebut.

PKR nasihat Lim Guan Eng

Posted: 25 Nov 2015 07:00 AM PST

SM AMIN

 

Johari Abdul
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan DUN, Datuk Johari Abdul berkata apabila sesuatu isu yang dibahaskan melibatkan kepentingan rakyat, ianya perlu melepasi sempadan kepartian. - Foto TRP/Wan Kah Hoong


KUALA LUMPUR,  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu mencontohi sistem pemisahan kuasa seperti mana yang diamalkan di Parlimen.

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan DUN, Datuk Johari Abdul berkata apabila sesuatu isu yang dibahaskan melibatkan kepentingan rakyat, ianya perlu melepasi sempadan kepartian.

"Kita harus ada perpisahan kuasa di antara penggubal undang-undang dan legislative (perundangan) seperti yang kita amalkan di Parlimen.

"Kita pun bercakap di Parlimen supaya komponen parti dalam Barisan Nasional walaupun ada garis panduan dan sebagainya, tapi ianya (isu rakyat) jelas dan kita bincang dan bukan buat secara spontan, ia perlukan penegasan," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu lima ADUN PKR Pulau Pinang yang mengambil pendirian berkecuali ketika undi usul tambakan laut di Pulau Pinang yang dibawa oleh Adun Umno dalam sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu.

Turut hadir dalam sidang media tersebut lima ADUN PKR yang mengundi untuk berkecuali dalam usul itu.

Jelas Johari, beliau sudah mendengar penjelasan daripada kelima-lima ADUN berkenaan dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.

"Mereka membawa isu ini adalah isu penambakan yang baru di para B. Jadi kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa ini bukan isu yang partisan, isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan ianya amat terlibat dengan kepentingan rakyat.

"Namun kita menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat malahan kita berpendapat demokrasi yang sihat ini harus disemarakkan," kata ahli Parlimen Sungai Petani itu.

Susulan daripada itu, Johari meminta Lim supaya tidak lagi memanjangkan perkara itu.

"Kita harap selesai, begitulah. Saya tidak jumpa dia (Lim Guan Eng) lagi. Dari sekarang belum jumpa lagi, saya harap boleh jumpa dia sebentar lagi, saya harap selesai," ujarnya.

Desak Akta Hasutan dihapuskan – NGO

Posted: 25 Nov 2015 06:57 AM PST

NORAIZURA AHMAD

 

NGO 2
Pegawai Khas Peguam Negara, Mabel Sheela (dua kanan) menerima memorandum daripada aktivis yang diwakili Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy. - Foto TRP/Noraizura Ahmad


PUTRAJAYA,  Usaha untuk mendesak kerajaan bagi menghapuskan Akta Hasutan 1948 tidak pernah putus selepas kira-kira 50 aktivis hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Namun, kehadiran mereka hanya disambut Pegawai Khas Peguam Negara, Mabel Sheela di lobi Pejabat Peguam Negara di Putrajaya, di sini.

Kekecohan kecil berlaku apabila pengawal keselamatan enggan membenarkan aktivis tersebut naik bagi membincangkan perjumpaan mereka dengan Peguam Negara.

Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasam berkata, pihaknya akan menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara mengenai penyalahgunaan Akta Hasutan ini.

Menurutnya, surat tersebut akan dihantar dalam tempoh sehari atau dua dan berharap pertemuan dapat dilalukan sebelum Disember ini.

"Kami melihat peningkatan kes membabitkan Akta Hasutan ini semakin meningkat sejak beliau (Apandi) dilantik sebagai Peguam Negara dan ini membimbangkan.

"Kami berharap mereka dapat memberi maklum balas sebelum perbicaraan membabitkan pensyarah undang-undang Azmi Shahrom pada awal Disember ini yang didakwa mengikut Akta Hasutan," katanya ketika ditemui media di luar pejabat Peguam Negara di sini.
Ngo 1
Sejak 2013, terdapat peningkatan sebanyak 1,700 peratus dalam pertuduhan hasutan 
berbanding tempoh antara 2007 dan 2012. – Foto TRP/Noraizura Ahmad
Sebelum ini, kumpulan yang sama di bawah nama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) kepada Kementerian Dalam Negeri dan ini merupakan kali pertama memerondum berhubung desakan memansuh Akta Hasutan di serahkan kepada Peguam Negara.

Ambiga menegaskan, pihaknya tidak akan berputus asa untuk terus mendesak akta tersebut dihapuskan.
Sementara itu, peguam, Latheefa Koya berkata, sejak Julai 2015, dua Ahli Parlimen pembangkang dan lima aktivis didakwa di bawah akta itu.

Katanya, sejak 2013, terdapat peningkatan sebanyak 1,700 peratus dalam pertuduhan hasutan berbanding tempoh antara 2007 dan 2012.

"Kami perhatikan pengunaan berterusan akta ini boleh memberikan gambaran negatif terhadap negara di peringkat global dan mengundang kritikan di antarabangsa.

"Yang menjadi zalim dalam Akta Hasutan ini apabila niat tidak diperlukan iaitu apabila mengeluarkan kata-kata tetapi niat sudah tidak relevan dalam akta ini,"katanya.

Beliau berkata, dalam memerondum tersebut menuntut pejabat Peguam Negara mengakui bahawa Akta Hasutan adalah kuno, bersifat tidak liberal dan tidak demokratik dan kekurangan unsur niat dalam kesalahan ini serta melanggar prinsip asaa keadilan dan kesaksamaan.

Selain itu, dalam memorandum tersebut turut menuntut semua pertuduhan yang sedia ada dikaji semula dan digugurkan dengan serta merta dan Moratorium atau pergantungan ke atas mana-mana pertuduhan hasutan lanjut sementara menunggu kajian penuh Akta Hasutan dan pemansuhannya.

PAU 2015: Pelik sebab tak pernah jadi begini – penganalisis

Posted: 25 Nov 2015 06:44 AM PST

QURNISHA HAMKA

 

MOKH9441
Kemungkinan Umno mengehadkan liputan media mempunyai hubung kait dengan isu-isu yang timbul dalam Umno, di mana ianya dijangka dibangkitkan dalam PAU 2015. - Foto arkib TRP/ Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR,  Menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada awal bulan depan yang dilihat bakal membawa suasana baru bagi ahli-ahli Umno serta pengamal media.


Ia susulan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, berhubung kemungkinan liputan media dihadkan ketika PAU 2015.

Menurut penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, kemungkinan Umno mengehadkan liputan media mempunyai hubung kait dengan isu-isu yang timbul dalam Umno, di mana ianya dijangka dibangkitkan dalam PAU 2015.

Jelasnya, ia mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, kerana perwakilan mungkin membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

"Saya sebenarnya rasa pelik dengan perkara (hadkan media) ini, sebab sebelum ini tak pernah jadi begini, semua terbuka untuk dilaporkan.

"Saya rasa mereka jangkakan akan ada usul-usul sensitif yang akan dibangkitkan, termasuk mengkritik kepimpinan, yang mana ianya boleh menjejaskan imej Umno, jika dilaporkan dalam media.

"Sebab itu mereka putuskan untuk hadkan media dalam perhimpunan kali ini. Sebab kalau ekstrem, kita boleh jangkakan adanya kritikan terbuka kepada kepimpinan dan juga saya jangka ada perwakilan yang selitkan isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dan juga Datuk Seri Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) daripada Kabinet, Julai lalu," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Petang tadi, Tengku Adnan menafikan pernah menyatakan media tidak dibenarkan membuat liputan pada PAU 2015.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat.

"Siapa kata media tidak boleh buat liputan? Saya tidak pernah cakap begitu. Saya cakap saya tidak putuskan lagi, sebab masalahnya sekarang, kamu semua (media), kalau kami buka untuk liputan, kamu suka untuk pick up thing spin againts us.

"Jadi, saya tidak mahu berlaku begitu. Sudahlah. Kalau kamu tidak memutar belit dan berkelakuan baik, saya juga boleh buka liputan untuk kamu," kata Tengku Adnan.

Dalam sidang akhbar terdahulu pada pagi Rabu, Tengku Adnan berkata, Umno membuat keputusan bahawa perhimpunan agung pada bulan depan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media, termasuk media arus perdana, bagi mengelakkan berlakunya manipulasi berita.

Menurutnya, ada kecenderungan di kalangan media, khususnya media dalam talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan memutarbelitkan fakta.

Sehubungan itu, katanya, dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media, untuk mengupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.

Mengenai keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang membenarkan ketua sayap masing-masing merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, Azizuddin berpendapat, Timbalan Presiden Umno masih ada peluang lain untuk berucap di perhimpunan itu.

"Walaupun Majlis Tertinggi dah kata Timbalan Presiden tidak boleh bagi ucapan semasa merasmikan sayap, kita kena ingat juga bahawa Timbalan Presiden punya ucapan bukan tiga kali sahaja, beliau ada lima peluang…masa penutup perhimpunan, beliau akan ada peluang dan akan duduk satu pentas dengan Presiden (Datuk Seri Najib Razak)…ini akan nampak pelik dalam perbalahan, sebab mereka menafikan hak Timbalan Presiden untuk berucap," katanya.

Sementara itu, Azizuddin berkata, Umno pada perhimpunan agung yang akan bermula 8 Disember ini bakal menyusun strategi dan membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah, PAU kali ini juga akan menyentuh isu-isu semasa, bagi mereda dan merungkai perbalahan di kalangan ahli-ahli akar umbinya.

"Saya rasa mereka kena terus kuat untuk terus bertahan sebagai pemerintah, oleh itu, mereka kena bersiap sedia dari sekarang dalam membentuk strategi untuk PRU14.

"Akan ada juga isu-isu semasa, seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad), GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan beberapa isu lain dibincangkan nanti," kata Azizuddin.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugam Pandian menjangkakan, PAU 2015 akan mengetengahkan isu-isu berkaitan teras perjuangan, khususnya sebagai persiapan untuk menghadapi PRU14.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan, di samping soal cabaran dalam Islam, bagi membentuk perpaduan ummah di kalangan rakyat Malaysia.

"Mungkin isu yang lebih kurang sama, satunya mungkin mahu dilihat dari perspektif sejauh mana menggambarkan ahli berteras kepada perjuangan parti, ataupun mungkin dalam ayat mudah, saya rasa Presiden akan tekankan perpaduan dalam parti.

"Ini bagi persiapan dua tahun lagi untuk PRU dan isu-isu lain juga, seperti Islam dan cabaran bagi membentuk perpaduan ummah," katanya ketika diminta mengulas jangkaan isu yang bakal dibincangkan dalam PAU 2015.

Anugerah kebebasan media kepada Zunar bukti Malaysia perlu perubahan

Posted: 25 Nov 2015 06:39 AM PST




Kartunis Amerika Syarikat, pemenang anugerah Pulitzer Matt Wuerker (kiri) bersama Zunar di luar Kedutaan Malaysia di Washington DC. – Gambar ihsan Kean Wong, 25 November, 2015.Kartunis Amerika Syarikat, pemenang anugerah Pulitzer Matt Wuerker (kiri) bersama Zunar di luar Kedutaan Malaysia di Washington DC. – Gambar ihsan Kean Wong. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Bagi kartunis Zunar yang sering mengembara antara London, Cambridge, Kuala Lumpur, Sydney, Washington DC dan New York, beliau percaya reputasinya sebagai aktivis pencetus kemarahan, sering melakar tanah air kita dalam hitam dan putih, percikan warna hanya untuk menyerlahkan perbezaannya dengan kerajaan pemerintah Barisan Nasional.

Di sebalik penampilan reputasinya yang menakutkan hingga menyebabkan beliau mendapat 9 pertuduhan kerana menghasut dan kemungkinan 43 tahun dalam penjara, Zulkifli Anwar Haque ialah seorang yang santun dan lucu, bertentangan dengan cara menteri Malaysia.

Sama seperti kartun satiranya yang sering menggambarkan kepincangan negara, simetri penjahat merampas hak rakyat, minggu lalu memaparkan keseimbangan senario sama apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama teruja hadir ke Kuala Lumpur sementara Zunar mendesak perubahan Malaysia dengan segera di hadapan Kaukus Hak Asasi Manusia Senat AS di Washington DC dan Misi US ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Zunar dalam ucapannya malam tadi selepas menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, berkata:
 
"Kerajaan Malaysia ialah kerajaan kartun – kerajaan kartun, oleh kartun, untuk kartun." "Kerana meminta orang ramai ketawakan kerajaan, saya digari, ditahan, dihumban dalam penjara," katanya dalam ucapannya itu.

"Tapi saya terus ketawa dan menggalakkan orang ketawa bersama saya. Kenapa? Kerana ketawa ialah satu bentuk protes terbaik. Misi saya ialah untuk berjuang menerusi kartun.

"Kenapa cubit bila anda boleh tumbuk? Rakyat perlu tahu kebenarannya dan saya akan terus berjuang menerusi kartun saya. Saya mahu beri pesanan jelas kepada penceroboh itu – mereka boleh haramkan kartun saya, buku saya, tetapi tidak minda saya," katanya.

Di Sydney pada minggu sebelumnya, Zunar bercakap kepada sekumpulan besar rakyat Malaysia dan Australia di Parlimen bagaimana skandal rasuah menggoncang Malaysia menahan karikatur dan satiranya.

Meskipun beliau bertegas Malaysia kini menjadi "kartunation", "diuruskan oleh kartun untuk kartun", ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan bahagian akhir itu, lebih suka mereka dipinggirkan daripada gurauan melankoli yang semakin bertambah.

Di Washington DC beberapa hari lalu, Zunar menghabiskan masa bersama rakannya dan peminat di pusat komuniti kartun politik Amerika, seperti Politico, pemenang anugerah Pulitzer, kartunis Matt Wuerker.

Sementara Obama dengan jelas menyatakan peranan utama Malaysia (dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dalam rancangan Amerika menangani kebangkitan China menempatkan dirinya merentasi wilayah – di mana ada sebahagian di Washington bersetuju ia adalah "kejayaan cemerlang" di kalangan orang muda di Manila dan Kuala Lumpur, terima kasih juga kepada kisah Obama dengan kehidupan kanak-kananya di Indonesia – Zunar pula di bahagian dunia lain berdegil terus membiarkan langsir pentas sedikit terbuka, untuk menunjukkan apa kartunis yang berdepan dengan tuduhan boleh buat di peringkat atasan.

Seperti kebanyakan rakyat AS yang mengikuti penindasan hak asasi manusia di Malaysia, butiran terperinci dalam laporan HRW bulan lalu "Mencipta budaya ketakutan: Jenayah bersuara dengan aman di Malaysia", Wuerker tidak gembira.

"Sedihnya, kes Zunar tidak mengejutkan saya," katanya, menjelang ketibaan Zunar di Washington.

"Ia respons biasa kepada kartun dan satira di kebanyakan tempat di dunia hari ini. Dalam satu segi, ia pujian kepada kartunis yang mudah marah seperti Zunar. Ia hanya menunjukkan kuasa dan keberkesanan kerja mereka.

"Pada masa sama respons kerajaan yang menggunakan ancaman, tindakan saman dan bentuk gangguan lain untuk cuba mendiamkan hanya menunjukkan kelemahan dan kerapuhan pegangan kuasa mereka.

"Kerajaan yang kuat, popular dan menikmati sokongan rakyat mereka tidak takut apa pun daripada sedikit usikan dan kartun. Ya, saya beruntung kerana hidup di bahagian dunia di mana orangnya boleh terima lawak jenaka."

Untuk rakyat Malaysia seperti Zunar yang berdepan hukuman penjara - yang merempuh segala macam halangan dan ketidakpedulian tentang Malaysia di pusat kuasa besar seperti Washington dengan hanya menggunakan lukisan satira mengenai negara bermasalah dan lawak jenaka kasar - bukan perkara mudah.


Umno belum buat keputusan sekat media, kata Tengku Adnan

Posted: 25 Nov 2015 06:33 AM PST




Belum ada keputusan sekat media membuat liputan perhimpunan agung Umno bulan depan, kata setiausaha agung parti Melayu itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.Belum ada keputusan sekat media membuat liputan perhimpunan agung Umno bulan depan, kata setiausaha agung parti Melayu itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Umno belum memutuskan untuk menyekat media daripada membuat liputan terhadap perhimpunan agung Umno bulan depan, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan sekatan itu, Tengku Adnan berkata, beliau akan memberitahu keputusannya mengenai perkara itu secepat mungkin.

Beliau juga meminta media menjaga tatatertib dan tidak memutarbelitkan cerita.

Sebelum ini, beliau dipetik media sebagai berkata, Umno akan mengawal liputan media semasa perhimpunan yang akan diadakan bermula 8 hingga 12 Disember kerana media terutama portal online suka memutarbelitkan cerita. 
 
Katanya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat sidang media harian untuk memberikan laporan kepada media apa yang berlaku pada hari berkenaan.

"Kerana awak portal online suka putar belitkan cerita," katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.
Ketika bercakap kepada media hari ini, Zahid berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan sekatan terhadap media itu.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, perkara diumumkan Tengku Adnan itu juga belum dimaklumkan kepada ahli MT dan beliau secara peribadi akan bertanyakan kepada Tengku Adnan berhubung perkara itu.

"Beliau belum bawa ke mesyuarat MT. Itu di luar maklumat kami. Saya akan tanya beliau," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. –


Muhyiddin: Tiada siapa boleh diamkan saya

Posted: 25 Nov 2015 02:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan persidangan sayap-sayap parti sebagaimana lazimnya.

Namun katanya, dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkannya.

"Saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.

"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, bekas timbalan perdana menteri itu turut mendakwa, beliau diberitahu ada pihak tertentu yang cuba menghalangnya daripada memberikan ucapan pada persidangan sayap-sayap parti.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut sedangkan berucap dan menyampaikan amanat dari timbalan presiden kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah perkara tradisi semasa persidangan agung Umno.

"Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

"Sejak enam tahun yang lalu sebagai timbalan presiden menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Nampaknya saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti mengumumkan timbalan presiden Umno tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan bagi ketiga-tiga sayap parti itu.

Ia memecah tradisi dengan membenarkan ketua Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri kali ini.

"Ini adalah cadangan daripada ketiga-tiga sayap parti. Inilah apa yang mereka mahu dan kami menghormati hasrat mereka," kata Najib.


'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh'

Posted: 25 Nov 2015 02:47 AM PST

Koh Jun Lin


 


Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.

Charles berkata demikian pada di sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan 'seseorang' yang mengawal "permainan" yang membabitkan pembunuhan Kevin.

Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

Peguam Muslim tuntut Obama tarik balik kenyataan

Posted: 25 Nov 2015 02:44 AM PST


AS mahu tingkatkan hubungan rantau Asean
Obama menyatakan pandangan beliau pada mesyuarat dewan bandar dengan alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara di kampus Lakeside Universiti Taylor. - Foto Bernama
 

SHAH ALAM - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyatakan bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) atas kenyataan yang dikeluarkan Presiden AS, Barack Obama berhubung konsep perkahwinan sejenis ketika lawatannya ke negara ini, minggu lalu.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan kenyataan itu kurang sopan dan menuntut Obama menarik balik kenyataan tersebut.

"Kami berhasrat untuk merakam bantahan dan tuntutan lanjut kepada Presiden AS agar segera menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada Malaysia," katanya melalui surat kepada Duta Besar AS, Joseph Y. Yun.

Sabtu lalu, Obama dilaporkan berkata, negara patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai hak asasi.

Kata Obama, polisi kerajaan mengenai perkahwinan juga perlu adil kepada semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Kenyataan itu dibuat ketika menjawab soalan daripada belia biseksual dari Thailand bernama Dara yang bertanya sekiranya seseorang patut dipenjarakan kerana orientasi seksualnya.

Melalui surat itu juga, Zainul menegaskan negara ini konsisten menolak kegiatan yang berkaitan dengan LGBT.

"Kami mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung AS yang membenarkan perkahwinan sejenis.
"Namun, keputusan itu tidak boleh terpakai untuk negara berdaulat lain seperti Malaysia yang mendukung nilai-nilai moral teras yang berbeza.

"Di Malaysia, kami berpegang kepada nilai teras keagamaan dan tradisional yang membentuk identiti kami," katanya.


Aswara dinaik taraf Universiti P.Ramlee

Posted: 25 Nov 2015 02:40 AM PST

SINAR HARIAN


Aswara
Aswara


KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee diangkat sebagai Tokoh Warisan Negara manakala Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dinaik taraf sebagai Universiti P. Ramlee.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Saya menyambut baik cadangan Pokok Sena, P.Ramlee memang seorang ahli seni yang terkenal, bukan sahaja negara kita malah juga di rantau nusantara.

"Seiring itu, kementerian akan menaik taraf Aswara sebagai Universiti P. Ramlee bagi mengiktirafnya sebagai seniman unggul, juga mengangkat beliau sebagai Tokoh Warisan Negara," kata Mohamed Nazri disambut tepukan semua anggota dewan.

Semasa perbahasan, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mahu kementerian melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) mengiktiraf Allahyarham P.Ramlee sebagai Tokoh Warisan Negara memandangkan bakat dan karya seninya menjadi rujukan dan perhatian dalam dan luar negara selain sukar dicari ganti. - Bernama


Apa dosa saya dihalang berucap? – Muhyiddin

Posted: 25 Nov 2015 02:29 AM PST

 
Beliau menerima keputusan itu tetapi tidak akan berdiam untuk terus bercakap demi kebaikan semua pihak.


najib-umno


PETALING JAYA : Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah dosa yang telah beliau lakukan terhadap UMNO sehinggakan Timbalan Presiden tidak lagi boleh merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti pada Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya, adakah UMNO takut dengan apa yang akan beliau ungkapkan di hadapan anak-anak muda boleh meluput keyakinan kepada seorang pemimpin.

"Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.

Muhyiddin berkata, beliau kesal kerana tidak diberikan peluang untuk menyampaikan amanatnya dalam sebuah majlis yang amat bermakna pada dirinya sebagai Timbalan Presiden.

"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.

"Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden," katanya sambil menambah, ada pihak tertentu yang cuba menghalangnya daripada berucap pada perhimpunan itu.

Walaupun menghormati keputusan itu, namun Muhyiddin berkata, tiada pihak yang boleh mendiamkan dirinya di dalam sebuah negara yang bebas merdeka ini untuk terus bercakap.

"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta," tegasnya.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, Najib berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Ali Tinju pembohong, kaki fitnah – Ketua Cawangan UMNO

Posted: 25 Nov 2015 02:22 AM PST

 
Dakwaan Ali Tinju kononnya akan berlaku kekecohan yang dibuat oleh ketua-ketua cawangan UMNO semasa PAU berlangsung nanti tidak berasas dan dianggap sebagai pembohongan


ali-tinju


PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju dilabel sebagai seorang yang `pembohong' gara-gara membuat dakwaan kononnya ketua-ketua cawangan UMNO akan membuat kecoh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada bulan depan.

Ketua Cawangan UMNO Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Ali Tinju tidak perlu mengancam untuk mengadakan rusuhan kerana ketua-ketua cawangan UMNO tidak akan melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa.

Katanya, ketua-ketua cawangan UMNO hanya ingin mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur kerana mereka tidak lagi mempercayai kepimpinannya lagi.

"Ali tinju ini sememangnya pembohong besar… Ali tinju kaki fitnah.

"Saya masih ingat dalam Facebook dulu hari-hari dia (Ali Tinju) bantai saya sebab saya desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.. Namun selepas itu puji…. Dia ni lalang," katanya kepada. FMT.

Rushdan mendakwa, kumpulan yang didalangi Ali Tinju itulah yang sebenarnya sering menimbulkan kekecohan dan membawa masalah kepada UMNO.

Katanya, ketua-ketua Cawangan UMNO tidak pernah membuat kecoh tetapi hanya menyuarakan pandangan untuk tidak mempercayai kepimpinan Najib.

"Yang sebenarnya, Ali tinju.. Baju Merah ini yang suka buat kecoh.

"Kita mana ada buat kecoh. Kita buat sidang media pun dalam keadaan aman.. Kita cuma menyatakan tidak percaya kepada Najib lagi..

"Bukan macam Ali Tinju,, kaki pembohong dan mengampu," katanya.

Azmin Ali cabar UMNO bersemuka

Posted: 25 Nov 2015 02:20 AM PST

 
Isteri Azmin dan anaknya berumur 15 tahun disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4.0.


azmin-ali


KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencabar UMNO bersemuka denganya dan jangan menjadikan keluarganya sebagai sasaran untuk menyiasat Perhimpunan Bersih 4.0.

"Saya minta UMNO jangan ganggu keluarga dan anak saya. Mereka patut bersemuka dengan saya bukan gunakan anak saya. Saya cabar UMNO berdepan dengan saya secara terus," katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Azmin tiba bersama isterinya bagi menemani anak mereka berumur 15 tahun yang dipanggil polis untuk memberi keterangan kerana hadir di Perhimpunan Bersih 4.0.

Mereka ditemani Peguan Latheefa Koya dan Radzlan Jalalluddin dari PKR.

Azmin berkata, perbuatan mengganggu keluarganya itu menunjukkan UMNO berada dalam situasi terdesak.

"Lebih 500,000 peserta yang hadir di Dataran Merdeka tetapi anak dan isteri saya yang menjadi sasaran.
"Ini menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak dan kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan oleh UMNO," katanya.

Isterinya, Shamsidar dan anaknya, Mohamad Basheer Noor Alhaq disoal siasat sejam setengah mengikut Seksyen 4 (2) (F) Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana membawa anak bawah umur ke perhimpunan.
Kira-kira 50 penyokong Azmin hadir memberi sokongan termasuk wakil BERSIH iaitu Maria Chian Abdullah dan Hishamuddin Rais.

"Kita mempunyai banyak jenayah serius membabitkan menteri, Perdana Menteri dan sebagainya. Tetapi mereka menghabiskan masa, membuang masa, pergi ke majistret, cuba dapatkan notis, waran tangkap dengan satu tujuan utnuk menyiasat kanak-kanak dan ibubapanya supaya mereka terus boleh mengganggu pemimpin pembangkang atau aktivitis yang mempersoalkan kerajaan," kata peguam Azmin, Latheefa.

Ibrahim Ali gelar Maria Chin ‘perempuan sial’

Posted: 25 Nov 2015 02:16 AM PST

 
Beliau mendakwa Maria Chin mengaitkan Perkasa dengan kegiatan ekstremisme ketika bertemu Presiden Barrack Obama baru-baru ini.


ibrahim-ali


KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali memanggil Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sebagai 'perempuan sial dan senget' kerana memburukkan nama Perkasa dalam pertemuan dengan Presiden Barrack Obama baru baru ini.

Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal berita yang melaporkan Maria Chin didakwa mengaitkan Perkasa dengan kegiatan ekstremis di negara ini.

"Kalau betul Maria Chin, dalam dia berhujah kononnya kerajaan mengizinkan ekstremisme dia sebut nama Perkasa kononnya kerajaan tidak ambil tindakan ke atas NGO yang ekstremis, dia nak ke suruh saya panggil dia perempuan sial.

"Saya hanya baca perkara itu melalui laporan sebuah portal. Saya bukan anti wanita, saya hormat wanita," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.

Ibrahim juga mempersoalkan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat yang mengaturkan pertemuan dengan Obama apabila hanya memilih NGO pro-pembangkang.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pertemuan itu sebagai salah satu usaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

"Kenapa Obama memilih untuk bertemu dengan NGO pro pembangkang, Saya rasa ini cara halus yang digunakan Amerika untuk menekan kerajaan Malaysia," katanya.

Persidangan Wanita, Pemuda Puteri Umno akan dirasmi ketua sayap masing-masing

Posted: 25 Nov 2015 02:14 AM PST

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Perasmian persidangan tiga sayap utama pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini tidak lagi dilakukan secara berasingan, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau juga mengumumkan persidangan itu akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan tidak lagi dirasmikan Timbalan Presiden Umno seperti kebiasaannya.
 
PAU pada tahun ini dijadualkan bermula pada 8 hingga 12 Disember depan. 
 
"Perhimpunan Agung Umno pada kali ini kita akan pastikan suasana baik dan mengikut perjalanan yang boleh melihat kepada suasana yang positif.
 
"Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan ketua sayap masing-masing. Jadi tidak ada perasmian secara berasingan tapi akan berlangsung dan dirasmikan oleh ketua sayap. Keputusan ini diputuskan atas cadangan daripada sayap parti," ujar Najib pada sidang medianya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno, lewat petang tadi.
 
Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Afdal tidak turut serta dalam mesyuarat yang berlangsung di bangunan Parlimen itu.
 
Najib dalam pada itu memberi jaminan perjalanan dan gerak kerja parti akan diperkukuhkan dari semua aspek bagi mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat.
 
 

Sidang Khas TPPA dijangka diadakan di Parlimen Januari depan

Posted: 25 Nov 2015 02:13 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEREMBAN: Satu sidang khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka diadakan di Parlimen pada 26 Januari, 2016, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
 
Beliau, bagaimanapun berkata, persidangan khas tersebut tertakluk kepada kelulusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
"Biasanya jika mengikut Perlembagaan, sebarang perkara yang berkaitan dengan perdagangan ia boleh diputuskan oleh Kabinet.
 
"Tetapi kali ini kerana kita rasa TPPA adalah perkara yang penting maka kita bawa ke Parlimen untuk 222 orang ahli Parlimen membahaskannya dan membuat pengundian," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman rakan kongsi strategik bagi projek Senawang Exhibition and Convention Centre di sini, Rabu.
 
Malaysia dan 11 lagi negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun,  Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan TPPA pada 5 Oktober 2015.
 
Kandungan TPPA dan dua kajian impak akan dibentangkan di Parlimen memandangkan ia memerlukan kelulusan Parlimen sebelum diratifikasikan dalam tempoh dua tahun selepas ditandatangani.
 
Ka Chuan berkata, jika TPPA ini diluluskan, ia memerlukan dua tahun lagi untuk  dilaksanakan kerana melibatkan pengubalan perundangan.
 
Dalam tempoh dua tahun itu, katanya, semua 12 negara terlibat perlu membuat penyesuaian dari segi perundangan negara masing-masing dan selepas menandatanganinya, baru ia dilaksanakan.
 
Sementara itu, katanya, mulai 1 Januari 2016, Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang melibatkan 10 negara dengan penduduk seramai 620 juta orang, akan bergabung menjadi satu 'ekonomi'.
 
Beliau berkata, ia akan melibatkan pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, pekerja mahir dan profesional, modal serta pelaburan. 
 
"Jadi, Malaysia juga dalam keadaan ini di mana barangan kita akan dapat pergi ke negara lain tapi berdasar kepada satu hakikat iaitu kita juga tidak boleh menghalang barangan negara lain masuk ke negara ini.
 
"Ini adalah satu trend untuk memudahkan e-Dagang di mana kita boleh beli barang melalui internet (dalam talian). Ini adalah satu era di mana e-Dagang akan jadi satu kecenderungan yang popular pada masa hadapan," katanya.- Bernama
 
 

ADUN Tanjung Bungah letak jawatan dalam DAP Pulau Pinang

Posted: 25 Nov 2015 02:09 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Penganjur DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, lalu. 
 
Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dalam kenyataannya, berkata tindakan itu dibuat susulan isu sokongan terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambakan laut pada sidang DUN Jumaat, lalu.
 
Yee Cheu adalah antara enam ADUN yang tidak mengundi usul mengenai tebus guna tanah lebih 2,600 hektar yang dibawa oleh pembangkang.
 
Selain Yee Cheu, lima lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin; ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen; ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon.
 
Usul itu dibawa kerana khuatir pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.
 
 

PAU2015: Zahid dan Hishamuddin ditugas kendalikan sidang media harian PAU 2015

Posted: 25 Nov 2015 02:06 AM PST

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebarang makluman dan kenyataan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU2015) akan hanya diberikan oleh  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku naib presiden parti.
 
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkta perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.
 
"Kita telah putuskan bahawa pada Perhimpunan Agung 2015 kali ini kita akan bagi sidang media setiap hari, media tidak benar berlegar merata-rata. Dan kita tidak akan pancarkan apa yang berlaku dalam dewan Merdeka kepada semua stesen tv. 
 
"Setiap hari Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin akan adakan sidang media dan kupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung kali ini," katanya di lobi Parlimen sebentar tadi. 
 
Ditanya samada seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal akan turut sama memberi sidang media berkenaan, Tengku Adnan berkata MT bersikap terbuka mengenai perkara itu. 
 
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang ditemui di lobi Parlimen memberitahu PAU2015 juga akan berlangsung secara tertutup bagi mengelak ia diputarbelitkan pihak tertentu, terutama media dalam talian atau portal dan turut melibatkan media perdana.
 
"Sebab separuh daripada kamu (media) ni, media dalam talian suka putar belit, kami tidak mahu berita diputarbelitkan," katanya.
 
"Kita tak benarkan media berlegar merata dan kita pun tidak akan pancarkan apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka kepada kamera litar tertutup. (Hanya) Untuk ucapan dasar, barangkali kami akan benarkan (liputan media)," katanya.
 
Sebelum ini, hanya beberapa wakil media dibenarkan berada di Dewan Merdeka, venue utama perhimpunan agung manakala perhimpunan perwakilan sayap di dewan berasingan adalah terbuka kepada semua media.
 
Pada masa yang sama, perjalanan persidangan dan perhimpunan boleh diikuti menerusi CCTV yang diletakkan di pusat media yang disediakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
Tengku Adnan berkata perkembangan perhimpunan itu akan disampaikan kepada media secara kenyataan bertulis dan sidang media akan diadakan.
 
 

Wan Nik: Azmin buktikan PKR mampu jadi tonggak urus kerajaan

Posted: 25 Nov 2015 02:04 AM PST

 Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Wan Nik Wan Yussoff menyifatkan pendirian Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk tidak merombak pentadbiran sedia ada membuktikan PKR mampu menjadi tonggak meskipun berdepan dengan kemelut. 
 
Tegas beliau, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilihat tidak mudah tunduk kepada desakan komponen Pakatan Harapan untuk menyingkirkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri.
 
"Dalam kes Selangor kemenangan dulu tak dirombak, kita menang di Selangor atas nama Pakatan Rakyat.
 
"Jadi pendirian Menteri Besar sekarang Azmin Ali masih meletakkan PAS sebahagian daripada komponen-komponen dalam kerajaan kerana kerajaan dibina daripada kerjasama tiga parti," katanya kepada Antarapos.
 
Wan Nik menambah Azmin telah memainkan peranannya selaku Menteri Besar serta menguruskan pentadbiran negeri dengan baik tanpa timbul konflik yang membabitkan PAS-DAP.
 
"Walaupun DAP secara rasmi telah putus hubungan dengan PAS dan PAS telah putus hubungan dengan DAP tapi asas kerajaan itu tonggaknya PKR.
 
"Jadi PKR boleh mengurus kerajaan dengan ketiga-tiga komponen asas ini," katanya.
 
Pentadbiran PKR masih memerlukan PAS
 
Mengulas lanjut perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan ini berkata senario berkenaan tidak boleh disamakan di Selangor kerana parti yang menjadi tunjang berlainan.
 
"Azmin masih meletakkan keperluan PAS dan DAP dalam kerajaan selain menolak cadangan daripada pihak DAP untuk menubuhkan Pakatan Harapan di Selangor," katanya.
 
Beliau menambah pentadbiran PKR di Selangor masih memerlukan wakil PAS untuk menguatkan serta mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat yang menjadi pentadbir sejak dua penggal yang lalu.
 
"Di situ bermakna keperluan PAS dalam kerajaan itu masih penting dan PAS pun merasai bertanggungjawab untuk menjaga kerajaan yang ada.
 
"Itu satu langkah yang tepat sebagaimana maksud asal kemenangan 2008 dan 2013," katanya.
 
Ujar Wan Nik lagi, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa serta Ahli Parlimen Gombak perlu mengekalkam rentaknya dan jangan tunduk kepada kehendak pihak luar.
 
"Jadi saya ingat apa yang dibuat oleh Azmin itu baik di Selangor," katanya.
 
 

PAS Bakal Hilang Jawatan JKKK Di Selangor?

Posted: 24 Nov 2015 04:17 PM PST

MSTAR ONLINE


pas
 
 
 
SHAH ALAM: PAS dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.

Ini susulan kenyataan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Katanya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

"Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor.

"Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada jumlah yang diperuntukkan kepada Amanah akan diambil daripada kuota PAS, Izham berkata, perkara itu belum ditentukan.

Sekiranya berlaku, ia merupakan satu lagi tamparan buat PAS susulan pada minggu lalu, semua anggota JKKK daripada kalangan anggota PAS di Pulau Pinang telah dipecat oleh kerajaan negeri kerana tidak menyokong Pakatan Harapan.

Tindakan pemecatan itu menyebabkan PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah anggota Amanah di negeri ini, Izham berkata, setakat hari ini sebanyak 4,000 orang telah berdaftar sebagai anggota parti itu dengan 20 peratus daripadanya terdiri daripada bukan Islam. - Bernama

Rosmah gurau, Subra pergi India, belajar dari Modi

Posted: 24 Nov 2015 03:52 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan supaya BN mempelajari strategi pilihan raya yang dilakukan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.

Rosmah berkata, beliau sangat mengkagumi cara pengurusan kempen yang dilaksanalan oleh Narendra terutamanya melalui media sosial.

"Saya mengikuti kempen beliau dan anda boleh ikut cara beliau untuk pilihan raya umum ke-14 nanti. Cara bagaimana beliau uruskan kempen dan di media sosial.

"Terutamanya di media sosial. Media sosial ini penting dan kita perlu belajar bagaimana media sosial ini digunakan untuk berkempen dan ia menjadi sangat berjaya kepada perdana menteri India yang menang majoriti yang mana ia sangat di luar jangkaan.

"Dan Subra (Presiden MIC,Datuk Seri S Subramaniam), lebih baik anda pergi ke India dan belajar bagaimana mereka lakukannya," katanya sambil ketawa.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC hari ini.

Sementara itu, Rosmah juga berharap supaya orang ramai tidak mempercayai segala yang dicakapkan oleh pihak pembangkang.

Beliau turut menasihatkan agar masyarakat juga tidak termasuk di dalam "perangkap" yang dibuat oleh pembangkang.

Malah, beliau juga mengharapkan supaya seluruh ahli BN akan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik semasa pilihan raya umum akan datang.

"Jangan dengar pembangkang. Pembangkang hanya menjadi pembangkang. Apa yang kita lakukan mereka akan bangkang. Mereka tidak akan kata apa yang kita buat adalah bagus.

"Jadi pembangkang adalah untuk menentang dan jangan termasuk dalam perangkap mereka. Mari kita bekerja bersama sebagai rakan dan keluarga BN.

"Mari kita semua bekerja bersama untuk Malaysia yang lebih baik. Itu harapan saya sebagai isteri kepada presiden BN. Mari berikan yang terbaik semasa pilihan raya umum nanti.


Artikel di blog, menantu Najib tuntut MP DAP mohon maaf

Posted: 24 Nov 2015 03:48 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Daniyar Kesikbayev - menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menuntut Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri memohon maaf berhubung artikel di blognya yang menyebut tentang Kesikbayev.

Artikel bertajuk 'Faulty rewards system and changeable governments' telah diterbitkan di blog MP itu, 'Sakmongkol AK47'.

Ia telah diterbitkan semula oleh Malaysia Chronicles di bawah tajuk: "Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low': Disquiet over contract to renovate gov'ts office in New York."

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor, Daniyar menuntut artikel itu dikeluarkan dan permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

Katanya, artikel itu tidak benar, berniat jahat, tidak berasas dan pembohongan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi anak guamnya Daniyar Kesikbayev dan nama baik keluarganya.

Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Malaysiakini telah menghubungi Ariff dan sedang menunggu jawapannya.

SU Umno Perak: Pemecatan Hamidah bukan mengejutkan

Posted: 24 Nov 2015 03:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman daripada parti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata ini kerana laporan pelanggaran disiplin parti oleh Hamidah telah dikemukakan oleh Umno bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

"Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi Umno) memperakukan syor Lembaga Disiplin berasaskan bukti-bukti yang kukuh.

"Setahu saya Lembaga Disiplin tidak membuat keputusan berasaskan 'dengar cakap' semata-mata.
Biasanya tertuduh dipanggil untuk membela diri," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malam tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata keputusan yang dibuat MT adalah tepat.

Mesyuarat MT Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti hari ini membuat keputusan memecat Hamidah daripada parti.- Bernama


Tiada ulasan: