Ahad, 15 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB masih miliki RM4 bilion unit amanah di Pulau Cayman, kata Arul

Posted: 14 Nov 2015 06:46 PM PST




Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, pihaknya akan menebus unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company bagi membayar hutang 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 November, 2015. 
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, pihaknya akan menebus unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company bagi membayar hutang 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
 
 
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengesahkan sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus. Beliau berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB.

"Baki sebanyak AS$940 juta itu akan digunakan untuk penyelesaian hutang dalam IPIC," kata Arul semasa menjawab soalan salah seorang hadirin ketika sesi penerangan 1MDB anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya setakat ini, unit yang sudah ditebus dalam bentuk tunai adalah AS$1.4 bilion yang juga akan digunakan untuk tujuan mengurangkan hutang 1MDB. Menurut Arul, pelaburan dalam Brazen mempunyai nilai kerana meningkat kepada AS$2.3 bilion pada 2014, berbanding pelaburan awal yang dibuat sebanyak AS$1.83 bilion.

"Jadi, nilai tersebut naik. Daripada nilai tersebut, 1MDB menebus dalam bentuk tunai AS$1.4 bilion daripada dana itu," katanya.

Kontroversi tercetus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan sudah membawa pulang wang yang ditebus dari Pulau Cayman.

Pada 10 Mac lalu, Najib dalam jawapan bertulis mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di Bank BSI di Singapura.

Katanya, tujuan ia disimpan di Singapura adalah bagi memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) yang ketat.

Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku apabila didedahkan tiada wang yang disimpan di Singapura sebaliknya hanya terdapat "aset kertas" (paper aset) dalam Bank BSI itu.

Sarawak Report dalam pendedahannya membabitkan 1MDB mengatakan wujud bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Arul bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014.

"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor laman web itu.

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank itu kemudiannya dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac, 2 hari selepas perdana menteri yang juga menteri kewangan mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky di Pulau Cayman.


Misteri kesan tapak kaki besar yang belum terjawab

Posted: 14 Nov 2015 06:42 PM PST

MSO

CATATAN PERJALANAN (Seri Lanka) (1)

Puncak Adam dari hotel penginapan saya jarak 5 - 6km.
Dua tiga hari saya melarikan diri ke luar negara, destinasi saya kali ini ke "Tanah Bersinar" atau Lankadeepa (dalam bahasa Sanskrit) atau kini dikenali Seri Lanka, sebelumnya Ceylon.

Pengembaran ke negara yang juga dijulang sebagai "Permata Samudra Hindi" ini kerana bentuk muka buminya laksana sebutir batu permata, adalah sebagai menyelesaikan jejak saya ke negera-negara Asia Tenggara. Alahamdulilah perjalanan selamat dan menyenangkan.

Dipuncak itulah terletak bekas atau kesan tapak kaki.
Seorang rakan facebook saya bertanya, kenapa MSO selalu ke l uar negara akhir-akhir ini, apakah mencari ketenangan kerana bosan dengan kerenah politik dalam negara? Saya tidak menjawab pertanyaan itu secara langsung, tetapi pemusafiran lasak saya itu adalah sebahagian dari pelarian (escapism) saya dari keributan politik yang tidak pernah ada titik akhir.

Dalam dunia politik tidak ada sebuah parti yang boleh mengamankan fikiran dan menyakinkan ia akan membawa kehidupan sejahtera kalau pun tidak sampai ke akhirat cukuplah di dunia. Baik parti berdasarkan prinsip atau nilai hidup (agama), atau parti berdasarkan bangsa atau kebendaan (sekular). Semuanya sama sahaja.

Watak-watak dalam politik hampir semua buruk dan ada yang sudah bernanah, mereka penuh dengan retorik kebaikan dan berlagak mulia laksana para Nabi atau anak cucu cicit Nabi. Walhal dari amalan dan praktis mereka semuanya cemar dan meloyakan. Tidak perlu saya menghurai dan menyebut contoh satu persatu di sini kerana kita semua sedia maklum dan dapat menyelaminya sendiri.

Dengan keluar meninggalkan Malaysia, terlepas dari kepungan jerebu, diri berasa aman dan pengetahuan juga bertambah. Jauh berjalan banyak pengalaman. Ada berbagai-bagai maklumat dan input baru menyelinap ke dalam diri. Penemuan-penemuan kata, aksi dan cerita alam serta intraksi baru memberi nafas dan terjemahan baharu sekaligus menambahkan darjat kedewasaan hidup.

Simpang pertama menuju Adams Peak.
Bagi melengkap dan menyempurnakan pengetahuan kehidupan ini saya menuruni ke segenap lembah kehidupan, tapak tamadun, artifak sejarah manusia bagi melihat dan menilai sendiri setiap apa yang wujud. Memang kita diajar mendengar dan patuh tetapi kita wajib melihat dan membuat penilaian adil terhadap apa yang berlaku dengan neraca diri sendiri.

Tidak semua jalan ke puncak Adam seperti ini.
Dan semasa di Seri Lanka saya ke puncak tertinggi di negara itu, yakni pucak yang terletak jajaan tengah di bahagian Seri Lanka di Ratnapuri dalam negeri Sabaragamuwa, yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan semua manusia di dunia. Puncak yang dimaksudkan ialah di Puncak Adam, atau pun Adams Peak.

Kewujudan sarang lebah menghiburkan perjalanan.
Di sini ada langeda yang menjadi sebutan dan kebangaan bagi sesetengah manusia dan puak, tetapi itu semua tidak pula tertulis bukti sahih dalam mana-mana kitab agama bagi keabsahan apa yang didakwa. Kewujudan artifak itu masih menjadi misterius dan diselubungi fantasi.

Ianya mengenai kesan tapak kaki besar, berukuran 180 cm, kira-kira tujuh kali ganda berbanding ukuran telapak kaki manusia normal kira-kira 24 cm sahaja. Kesan tapak kaki ini menjadi daya tarikan dan rasa ingin tahu manusia di seluruh dunia, khasnya pencinta alam dan pengupas (pengkaji) sejarah manusia.

Bekas tapak kaki berkenaan didakwa sebagai tapak kaki Nabi Adam a.s. Pasti bagi umat Islam begitu teruja dan kagen untuk menyaksikannya. Cukuplah melihat bekasnya sahaja kalau pun tidak akan pernah berjumpa dengan tuannya.

Sesiapa juga yang mengakui Adam sebagai bapak (baka) nya tentu sekali ingin melihat sendiri sebagai saksi. Sesiapa mendengar kisah ini ia menakjubkan.

Namun tidak dengan indrarasa saya. Kenapa? Sejak mula saya mendengar nama itu dan balada mengenainya, sudah tersekang rasa musykil dalam kepala saya. Apa lagi setelah pertama kali mata saya menjamah puncak itu semakin menawarkan rasa ingin tahu saya untuk menyaksikannya, jauh sekali memujanya sebagai sesuatu yang prudential. Mungkin kerana saya seorang yang negatif minded.

Kononya di puncak itulah Adam yang dilontar dari Syurga jatuh dan buat pertama kali terpacak di dunia ini. Justifikasi kenapa hanya ada satu bekas atau kesan tapak kaki saja, (kalau tidak silap saya sebelah kanan), ialah kerana Adam diarahkan berdiri sebelah kaki sebagai hukuman kerana beliau melanggar larangan agar tidak memakan buah Kuldi.

Hawa seperti mana nukilan sejarah tidak bersama Adam. Hawa yang menjadi pasangan ideal Adam dalam Syurga dilontar atau jatuh di kawasan lain, dan mereka hanya bertemu semula di Arafah, tempat dimana jutaan jemaah haji wukuf pada musim Haji di setiap tahun pada masa dan hari ditetapkan. Tempat penuh berkat itu dinamakan Arafah yang bermaksud pertemuan - jumpa kembali.

Tangan dibina kemas dan rapi untuk pendaki.
Walaupun menurut cerita Puncak Adam menjadi tempat kunjungan umat Islam, tetapi waktu sampai di dataran (Hatton) salah satu tempat memulakan pendakian ke puncak itu, tidak ramai umat Islam, malahan tidak kelihatan langsung. Yang ada ialah bangsa Eropah yang memang terkenal dengan aktiviti lasak mereka.

Ketika itu orang Melayu dan Islam saya bersama empat kawan sahaja. Mungkin pada waktu lain ramai umat Islam hadir untuk mendaki puncak tersebut.

Hotel tempat saya menginap, di Jalan Adam Peak, Hatton.
Ketawaran hati saya kepada bekas telapak kaki itu, ialah apabila bekas telapak kaki itu juga dikatakan milik Gautama Budha. Orang Budha menyakini ia milik nabi mereka itu yang sudah mendiami atau sampai ke situ kira-kira 300 tahun lebih awal.

Menurut bari tapak itu adalah jejak terakhir Gautama dalam tiga kali beliau mengujungi ke Seri Lanka. Mungkin keyakinan penganut Budha lebih tinggi berbanding dengan penganut Islam ataupun agama-agama lain yang turut mempercayainya seperti Kristian dan Yahudi. Tampak sekali bahawa penganut Budha begitu fenatik dengan kesan berkenaan.

Bertambah menjadi celaru dan merobekkan minat saya untuk menerimanaya sebagai telapak kaki Adam, ialah apabila penganut agama Hindu juga turut mendakwa kesan itu adalah telapak kaki salah seornag dewa mereka bernama Dewa Shiva. Kononnya Shiva yang tinggal di puncak itu telah mengadakan satu tarian unit dan sangat kreatif lantas meninggalkan kesan telapak kaki itu sebelum hilang.

Pendakwaan berbagai-bagai itu yang berbentuk mitos menjadikan saya tawar hati untuk menyelidiki secara mendalam apa lagi menerimanya sebagai satu ritual lisan agama, seperti mana menghormati makam Ibrahim di laman Kaabah atau menziarahi makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Omar di Madinah.

Sebenarnya perkara seperti ini atau kesan-kesan penuh misteri ini juga berlaku bukan sahaja kepada Adam, Gautama Budha atau Dewa Shiva, tetapi kepada tokoh-tokoh besar lain juga termasuk Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Misalnya kesan telapak kaki dikatakan milik Muhammad juga ada tersimpan di sebuah balang cermin dalam masjid di Tanta Mesir. Dan kesan yang didakwa milik Muhammad juga ada di muzium di Turki. Apakah juga ia ada tersimpan di London atau Belanda?

Kesan atau replika itu menjadi perhatian dan lawatan orang ramai. Apa lagi mereka yang ingin menyatakan kasih dan sayangnya kepada Muhammad bukan sahaja mengelus bongkah cermin tempat replika itu disimpan tetapi sanggup mencium dan menjilatnya serta menzahirkan doa-doa untuk kekuatan dan kesihatan diri. Selalu berlaku pemujaan terhadap replika atau pun artifak tersebut.

Justeru apabila merenung ke atas Puncak Adam dari hotel penginapan saya di Hatton kira-kira 40 km dari Nallathanniya, dimana tempat bermulanya pendakaian rasmi ke puncak itu, saya melihatnya tidak lebih sebagai satu kawasan destinasi pelancong sahaja. Ia menjadi puncak menguji kelasakan dan kesabaran untuk menuju ke atas. Sudah tentu untuk menjamah puncak berkenaan memerlu ketabahan dan kegigihan luar biasa kerana ia merupakan puncak tertinggi di Seri Lakna dengan daya tingginya 2,243 meter atau 7,359 kaki dari aras laut.

Dari tempat penginapan saya puncaknya dapat dilihat dengan jelas. Kandatipun jaraknya hanya kira-kira 4 km hingga 5 km, namun masa yang perlu ditempuhi untuk sampai ke atas lebih 4 jam dan ada kalanya mencapai 6 jam kalau hari hujan dan cuaca buruk kerana laluan licin dan becak. Ini kerana laluan untuk sampai ke puncak agak sukar dan memerlukan pendakian yang cermat dan kemas. Pendaki akan melalui jalan yang dibina lereng-lereng gunung. Tangga disiapkan untuk pendakian dan prasarana kecil turut sama disediakan. Bersambung.

TPP: Sampai kiamat pun tak semua setuju

Posted: 14 Nov 2015 06:36 PM PST

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
 
 
KUALA LUMPUR - "Semua benda atas dunia ini ada keburukan dan kebaikannya. Tidak ada pun yang sempurna. Kalau tunggu sampai kiamat pun belum tentu semua (pihak) bersetuju dengannya," demikian ujar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengulas mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Mengulas lanjut, kata Mustapa, semua pihak tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa akan mengambil langkah yang terbaik untuk rakyat.

Jelas beliau lagi, kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung TPP sebelum mencapai keputusan konkrit berhubung perjanjian tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: TPP: Menteri jamin ekonomi Bumiputera terjaga]

Rundingan TPP adalah rundingan perjanjian yang melibatkan 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.

Beliau turut berkata, sekiranya TPP lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelaksanaan TPP dilakukan di negara ini.

"Kita bukan sebuah negara sempurna. Tetapi kita mahu buat yang terbaik dan kita mahu perbaiki kelemahan kita.

"Yang penting kita pertimbang antara buruk dan baik. Kalau yang baik pun kita tidak mahu, rugilah kita," katanya lagi.​


Serangan di Paris untuk alih perhatian?

Posted: 14 Nov 2015 06:31 PM PST

SINAR HARIAN


Serangan di Paris untuk alih perhatian?
Insiden siri serangan terancang di Paris menjadi tajuk utama dan muka depan beberapa akhbar di Sweden. Gambar kecil: Corrigan
 


ONTARIO - KANADA. Seorang penganalisis politik di Kanada, mendakwa serangan berdarah di Paris berkemungkinan satu operasi false flag atau bendera palsu iaitu menyalahkan pihak lain atas perbuatan mereka sebagai cara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk meningkatkan kempen ketenteraan ke atas Syria.

Menurut saksi, penyerang ada menyebut 'Allahu Akbar' ketika mereka melancarkan serangan di beberapa lokasi tersebut.

"Hanya kerana seseorang mengucapkan kalimah itu tidak bermakna dia adalah Muslim, ia mungkin satu bentuk propaganda untuk memburukkan orang Islam," kata Edward Corrigan.

Menurutnya, AS dan Perancis mungkin akan menuding jari menyalahkan kerajaan Syria bertanggungjawab ke atas insiden itu.

"Kita akan melihat situasi sama selepas insiden 9/11 yang memberi 'peluang' kepada AS untuk melakukan pencerobohan ke atas Iraq dan menyebabkan lebih sejuta rakyatnya terkorban.

"Sudah semestinya Iraq tidak ada kaitan, namun mereka menjadi 'mangsa' AS untuk melancarkan campur tangan ketenteraan di negara tersebut," jelasnya dalam laporan Press TV.


Permohonan wakil rakyat Bebas sertai BN wajar ditolak – Zahid

Posted: 14 Nov 2015 06:27 PM PST

BERNAMA

 

zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika tiba bagi merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-30 hari ini. - Foto Bernama


KOTA KINABALU,  Permohonan wakil rakyat Bebas untuk menjadi anggota mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar ditolak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya, beliau bersetuju dengan cadangan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar wakil rakyat tersebut diterima menjadi rakan kepada BN.

"Saya faham kenapa Tan Sri Pairin meminta supaya calon-calon Bebas yang menentang calon BN secara rasmi tidak diterima oleh parti-parti komponen BN. Saya tahu perasaan kita telah terguris dan (menyebabkan) luka yang mendalam.

"Saya akan bisikkan perkara (cadangan) ini kepada Pengerusi BN (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) supaya jangan terima (permohonan keanggotaan wakil rakyat Bebas)," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 di sini.

Ahmad Zahid juga berkata perkara itu harus diusulkan pada mesyuarat BN dan Umno akan datang dan menurutnya beliau akan menyokong usul itu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyuarakan keyakinan jumlah dan nisbah wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet persekutuan sekarang ini terus kekal.

Jelasnya, ini bagi memastikan semangat kebersamaan sentiasa wujud dalam pentadbiran negara.

"Di dalam sejarah kepimpinan di Malaysia ini, (jumlah) wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet yang terbesar dalam sejarah politik ialah ketika di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sebagai orang yang membantu Datuk Seri Najib komited agar komposisi yang sama, jika tak dapat dipertingkatkan pun, akan terus kekal," katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen BN supaya sentiasa mengamalkan rundingan secara tertutup dan tidak menggunakan media sebagai platform untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Pas akan panggil Husam

Posted: 14 Nov 2015 06:24 PM PST

IKHWAN HAZWAN

 

tuan ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Husam akan diminta untuk mengemukakan bukti bagi setiap tuduhan-tuduhan yang dikeluarkannya sama ada di media sosial mahupun dalam ceramah umum di Kelantan. - Foto TRP/Azrol Ali


KUALA LUMPUR,  Pimpinan Pas Pusat akan memanggil bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bagi memberikan penjelasan ke atas pelbagai isu yang dibangkitkan beliau melibatkan kerajaan Kelantan dan juga Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Husam akan diminta untuk mengemukakan bukti bagi setiap tuduhan-tuduhan yang dikeluarkannya sama ada di media sosial mahupun dalam ceramah umum di Kelantan.

Menurut Tuan Ibrahim, sebagai ahli Pas, Husam seharusnya menggunakan saluran dalaman parti mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Beliau patut tahu sebagai ahli parti sekiranya ada sebarang pertanyaan perlulah dikemukakan secara dalam terlebih dahulu dan sebagai ADUN Salor beliau juga patut bangkitkan dalam sidang DUN Kelantan.

"Kita belum menetapkan sebarang tarikh lagi namun ia akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat dan beliau perlu datang dengan bukti-bukti secukupnya untuk membuktikan segala dakwaannya itu," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Sementara itu, mengulas mengenai pelan Umno untuk menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Pas tidak tergugat dengan perancangan parti lawannya itu.

Jelasnya, parti Islam tersebut mempunyai strategi dan pendekatan tersendiri untuk menjawab segala persoalan dan cubaan Umno untuk meracuni pemikiran rakyat Kelantan.

"Sekiranya mereka ingin gunakan isu rumah bagi mangsa banjir, ia sebenarnya adalah kejayaan Pas kepada rakyat kerana sebelum ini tidak pernah kerajaan membina rumah secara percuma kepada mereka.

"Banjir besar di Pahang pada tahun 70-an menyaksikan rakyat terpaksa membina sendiri rumah mereka namun kali ini kerajaan negeri dan pusat masing-masing membina rumah menggantikan yang telah rosak.

"Sekalipun ada sedikit masalah namun ia adalah melibatkan rumah yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan yang ada yang belum siap dibina," tegasnya.

Kadar BR1M RM1,000 setahun, tanggung GST RM3,500 setahun

Posted: 14 Nov 2015 06:15 PM PST

gst

Roketkini.com


SETIAWAN : Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat kerana ia mengakibatkan mereka secara purata terpaksa menanggung cukai tambahan RM700 seorang setahun.

Ia bermakna, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, seisi keluarga lima orang membayar cukai tambahan sebanyak RM3,500 berbanding penerimaa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM1,000 untuk seisi keluarga.

"Ini menunjukkan GST sebenarnya sangat membebankan rakyat Malaysia. Tambahan cukai sebanyak RM21 bilion ini sebenarnya ditanggung oleh rakyat," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Ngeh Koo HamMenyifatkan pelaksanaan GST tidak wajar, beliau berkata kedudukan kewangan rakyat tertekan kerana kadar hutang isi rumah negara sangat tinggi iaitu lebih RM940 bilion.

Katanya, setiap rakyat secara purata menanggung beban hutang RM31,000 seorang atau RM155,000 untuk seisi keluarga, malah satu kajian mendapati mereka menggunakan 50 peratus pendapatan bulanan untuk membayar hutang.

"Kedudukan kewangan rakyat meruncit kerana gaji atau pendapatan tidak naik tetapi harga barangan naik mendadak. Ada mengalami penurunan pendapatan kerana harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit menurun," katanya.

Beliau berkata, harga barangan meningkat mendadak hingga ada kenaikan 300 peratus akibat pelaksanaan GST, selain akibat kesan kejatuhan nilai ringgit 40.8 peratus sejak Januari 2013.

Mendesak kadar GST diturunkan atau memperbanyak pengecualian barangan dari cukai itu, Koo Hamu juga mengesyor supaya peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu rakyat termiskin, ditambah.

YaPEIM: JPM perguna institusi agama ‘halalkan’ seleweng dana

Posted: 14 Nov 2015 06:12 PM PST

Yapeim

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Pendedahan mengenai penyelewengan dana institusi agama termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), bukan pertama kali berlaku di negara ini, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata ia mengingatkan kembali kepada penggunaan wang Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah pada harga RM188.5 juta yang memberi keuntungan atas angin RM184 juta kepada 1Malaysia Developemt Berhad (1MDB).

Sebelum ini, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain pernah didakwa menggunakan wang zakat Wilayah Persekutuan untuk membiayai kos guaman.

"Jika semua agensi dan yayasan disiasat, lebih banyak penyelewengan kuasa akan dijumpai. Maka, tidak hairanlah apabila betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuh, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela," katanya.

Semalam, National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) mendedahkan, sebuah keluarga pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan jumlah gaji RM154,700 sebulan.

Seorang pimpinan wanita Umno Kelantan didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandangnya manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000), bermakna keluarga itu mendapat RM81,700 sebulan.

Seorang lagi pimpinan YaPEIM memperoleh pendapatan RM73,000.00 sebulan dengan memegang 12 jawatan.

Zairi lKhir JohariZairil menyifatkan bayaran kepada anak beranak itu umpama menggunakan Islam untuk menghalalkan penyelewengan, apatah lagi NOW mendedahkan sejumlah RM223,000 pernah disalur terus kepada pemimpin Wanita Umno itu pada kempen Pilihan Raya Kecil Rompin April lalu.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata penyalahgunaan dana sebuah institusi agama yang mengutip derma daripada 588,930 pencarum bulanan suatu perbuatan keji yang wajib dikutuk keras.

Jika benar, katanya, pendedahan itu membuktikan kecenderungan dana sesebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu disalah guna bagi kepentingan individu.

Tambah malang, katanya, agensi itu adalah yayasan yang diberi mandat untuk membantu orang Islam di negara ini, dengan sebahagian daripada dananya hasil sumbangan orang ramai.

"Jelas, nama Islam dicemari institusi dan agensi agama yang bukan sahaja menyeleweng dana dan tidak menjaga kebajikan umat, malah lebih berminat mengawal moral masyarakat atau menganjurkan program 'keagamaan' semata-mata.

"Bukankah lebih baik jika segala tenaga dan sumber digunakan bagi menangani jurang pendapatan, kemiskinan kota dan lain-lain isu sosio-ekonomi yang menjadi pokok permasalahan sosial?

"Bukankah kemiskinan itu yang sebenarnya menghampirkan orang dengan kekufuran, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi?" katanya pada kenyataan media hari ini,

Justeru, Zairil mendesak kerajaan membuat penjelasan terhadap dakwaan itu dan segera merombak semula pengurusannya supaya yayasan itu diurus secara profesional dan menjalankan tanggungjawab, bukan menjadi sumber habuan politik.


Penuntut universiti Malaysia dalam lawatan ke Paris selamat

Posted: 14 Nov 2015 06:06 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PARIS: Sekumpulan penuntut Malaysia dari Universiti Taylor's yang berada di bandar raya ini dilaporkan selamat.
 
Pensyarah universiti itu, Lim Lee Sah, berkata pihaknya sentiasa ambil tahu keadaan mereka di sana.
 
"Kumpulan 140 penuntut berkenaan ditemani empat pensyarah sedang mengikuti Program Residensi Perancis di Toulouse, dari 9 hingga 11 November. "Mereka di Paris sebagai sebahagian daripada program itu.
 
Kami nasihatkan mereka untuk sentiasa bersama kumpulan dan berwaspada," katanya. Penuntut berkenaan daripada fakulti Seni Kulinari & Pengurusan Khidmat Makanan; Pengurusan Hospitaliti, Pengurusan Pelancongan Antarabangsa (Pengurusan Acara) dan Pengurusan Pelancongan Antarabangsa (Pelancongan & Pengurusan Rekreasi).
 
Kumpulan itu dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad.
 
 

Lebuhraya Karak-KL dibuka semula

Posted: 14 Nov 2015 06:04 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BENTONG: Lebuhraya Karak dibuka secara berperingkat kepada pengguna bermula pukul 2 petang Sabtu, kata Kementerian Kerja Raya.
 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebuh raya berkenaan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan satu lorong untuk kenderaan ke Pantai Timur dan Kuala Lumpur.
 
Katanya, laluan kontra itu bermula dari KM52.4 sehingga KM50.
 
"Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka pada Ahad bermula pukul 2 petang," katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.
 
 
 
Fadillah berkata, kelewatan pembukaan semula jalan berkenaan itu kerana pihak konsesi perlu membaikpulih permulaan jalan yang rosak kerana kejadian itu.
 
Katanya, pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian setiap masa bagi keselamatan pengguna.
 
"Pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pembukaan laluan ini," katanya

Chong Wei tewaskan Lin Dan, jumpa Chen Long di final

Posted: 14 Nov 2015 06:00 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
FUZHOU:  Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menamatkan rentetan 5 kekalahan kepada Lin Dan, untuk memastikan tiket ke final Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, esok.
 
Kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi mendebarkan selama 92 minit itu adalah yang pertama untuk Lee ke atas Lin Dan dalam tempoh 46 bulan selepas kali terakhir melakukannya di final Terbuka Korea, Januari 2012, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka kepada 10-25.
 
Dalam aksi separuh akhir hari ini, Lee menunjukkan kekentalannya selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menjinakkan lawannya yang kerap menjadi penghalangnya menjuarai kejohanan utama di Sukan Olimpik dan Kejuaraan Dunia.
 
Namun Lee, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final esok.
 
Chen Long, juara edisi 2010, 2012 dan 2013, mara ke final selepas menundukkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
 
Sementara itu, juara bertahan Saina Nehwal dari India mara ke final perseorangan wanita selepas menundukkan pemain tuan rumah Wang Yihan 21-13, 21-18 di separuh akhir.
 
Di final, Saina akan menentang seorang lagi wakil tuan rumah, Li Xuerui yang menundukkan rakan senegaranya Wang Shixian 21-14, 21-5 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
 
Final acara beregu lelaki akan menyaksikan pertemuan Chai Biao/Hong Wei dari China menentang wakil Korea Selatan, Kim Gi Yung/Kim Sa Rang manakala beregu wanita akan mempertemukan Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi dari Jepun dengan pasangan China, Tan Yuanting/Yu Yang.  - Bernama
 
 

PAS tidak tergugat dengan kehadiran PH di Kelantan - Menteri Besar

Posted: 14 Nov 2015 05:58 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kedudukan PAS di Kelantan tidak tergugat meskipun terpaksa bersendirian untuk berdepan dengan gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan (PH) selain seteru utamanya Barisan Nasional (BN).
 
Malah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yakin PH dianggotai PKR-DAP-Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan di peringkat akar umbi di negeri itu.
 
"Di Kelantan ini DAP tiada, PKR pun satu kerusi sahaja dan PKR selama ini menumpang jentera PAS," katanya kepada Antarapos.
 
Tambah beliau, PAS yang sudah bertapak lama di Kelantan selain menjadi pemerintah sejak 1990 mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak mudah untuk diganggu gugat parti lain.
 
PAS juga katanya, amat bertuah kerana mempunyai penyokong yang setia dengan parti meskipun PAS diserang bertalu-talu sekutu atau seteru politik mereka.
 
"Sebenarnya PAS mempunyai cukup kekuatan, jadi Amanah cuba nak tarik ahli PAS yang mana saya rasa dia boleh tarik ahli PAS tapi tidak begitu ramai.
 
"Yang sebenarnya (PAS) tidak tergugat sebab DAP tidak ada dan PKR sememang suara sahaja di mana jentera dia selama ini sebenarnya jentera PAS dan PKR tidak boleh mendabik dada di Kelantan," katanya.
 
Lantas Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS ini menegaskan kedudukaan parti itu tidak mudah goyah dan tiada masalah untuk terus mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
"Bagi saya kekuatan PAS ialah kekuatan yang sebenar, itulah pada saya," katanya.
 
Pertengahan minggu lalu, beberapa pemimpin PH berkunjung ke Kelantan bagi merasmikan pergerakan gagasan itu.
 
Umum mengetahui PAS tidak dijemput untuk menyertai PH selepas 'berputus kasih' dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah. 


Tiada ulasan: