Ahad, 15 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kuliah Maghrib UAA pindah lokasi ke Surau Permai

Posted: 15 Nov 2015 01:53 AM PST


 Adalah dengan ini dimaklumkan, Kuliah AF Ust. Ahmad Awang terpaksa berpindah tempat ke Surau Permai di Taman Perpaduan Permai Ulu Kinta.

 Lokasi surau ini bertentangan dengan bangunan GIAT MARA Tambun.Harap maaf diatas pertukaran tempat yang berlaku disaat-saat akhir seperti ini. 

Kuliah Ust Ahmad Awang dijangka akan diadakan di Masjid Panglima Kinta pada malam ini. Tetapi apa yang dapat saya katakan mengenainya ialah beginilah kerja-kerja jahat mereka yang kononnya mengaku hanya puak mereka sahaja yang layak buat kerja-kerja Islam dan orang dari kumpulan lain tidak layak!

Allah telah nyatakan dalam al-Quran, kerja buat orang sebegini, menghalang kerja-kerja dakwah di jalan Allah  sebagai sangat zalim dan tidak ada lagi orang yang lebih zalim dari orang yang berbuat demikian. 

 "Dan siapakah yang lebih zalim dari orang-orang yang menghalang-halangi masjid-masjid Allah , daripada akan disebut padanya namaNya , seraya berusaha mereka pada meruntuhkan nya ? Mereka itu tidaklah akan masuk kedalamnya, melainkan dengan ketakutan. Untuk mereka di dalam dunia ini adalah kehinaan, dan untuk mereka di akhirat adalah azab yang besar."(al-Baqarah:114)

DAP serahkan rakaman video rasis Ali Tinju kepada polis

Posted: 14 Nov 2015 09:00 PM PST

 Sebelum ini Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata , tuduhan hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) digugurkan kerana 'tiada bukti mencukupi'  untuk mendakwanya.

"Bukti-buktinya tidak ada. Teks penuh rakaman, rakaman video. Untuk membawa kes ke mahkamah, anda tidak boleh hanya mempunyai 'oh, seseorang merakamkannya'.

 Agak pelik bagaimana pihak Polis gagal untuk mendapatkan rakaman video Ali Tinju yang membuat kata-kata kesat kerana ianya telah tersebar luas di internet.

Chong Zhemin, setiausaha penganjur  Pemuda Sosialis DAP Perak telah menyerahkan CD yang mengandungi rakaman Ali itu kepada pihak polis di ibu pejabat Polis di Ipoh. 

"Dengan bukti ini Ali telah membuat kenyataan rasis dan hasutan, pihak polis tidak perlu mempunyai apa-apa alasan lagi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Ali Tinju," kata Chong dalam satu kenyataan.

 Ali telah didakwa di bawah Akta Hasutan pada 16 Julai tetapi pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan itu pada bulan September, atas alasan kekurangan bukti.

 Peguam jenayah juga telah mengutuk sebab untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Ali Tinju @ Ali Penari buntut dari tuduhan hasutan dalam mencetuskan kekecohan api perkauman di luar Low Yat Plaza di Kuala Lumpur.

 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga berkata bahawa ia adalah pengetahuan umum bahawa video Ali tersebar luas, sambil menambah bahawa polis boleh menemuinya. ~ sumber 

Pak Aji yang suka marah-marah ......

Posted: 14 Nov 2015 07:00 PM PST

Seorang Pak Aji dengan marah-marah telah datang berjumpa saya dan mengadu hal mengenai seorang guru sekolah anaknya.

" Ada sorang guru ni, sengaja nak beri malu saya dan anak  saya," katanya mendengus.

Guru itu, ikut katanya sengaja memberikan markah yang rendah kepada anaknya semata-mata tidak mahu anaknya mendapat kedudukan pertama dalam darjah.

 "Anak saya memang pintar, tapi sengaja guru itu tak mahu beri markah yang lebih tinggi.Dia hanya nak malukan anak saya dan saya sekeluarga!

"Anak saya memang pintar dan telah menjawab 'betul' kesemua soalan, tapi guru itu bagi 'pangkah' bagi salah," rungut pak Aji itu kepada saya.

Saya pun bertanya kepadanya : " Biar betul Pak Haji, siapa nama guru tu? "

Pak Aji pun jawab, " Husam!" 

"Husam?? " Tanya saya untuk mendapat kepastian darinya.

"Ya, Husam, siapa lagi yang buat angkara yang sangat memalukan ini!" Jawab Pak Aji.

Lalu saya pun minta Pak Aji tu tunjukan bukti tentang kesalahan guru tersebut sebagaimana dakwaannya itu. Pak Aji pun unjukan kepada saya kertas peperiksaan anaknya itu........




Pemuda Amanah Parlimen Gopeng lancar Operasi Gempur Keahlian Pengundi

Posted: 14 Nov 2015 04:30 PM PST

Ipoh 14 Nov : Pemuda Amanah Parlimen Gopeng @ Dun Sg Rapat hari ini telah melancarkan Operasi Gempur Keahlian Pengundi di beberapa kawasan Dun Sg Rapat.

Program yang dirancang berjalan selama dua hari berturut-turut, hari ini dan esok telah dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Perak, Hj Asmuni Awi 

 Alhamdulillah, kerana banyak keahlian pengundi baru telah berjaya didaftarkan di UPU Ara Payong , UPU Kg Pisang dan UPU Seri Jaya, Batu Gajah. 


Insha' Allah esok mereka akan sambung misi mencari pengundi-pengundi di UPU Sg Rapat, UPU Pengkalan Pegoh dan UPU Desa Pakatn untuk Pilihan Raya yang akan datang.


Syabas diucapkan kepada semua Pemuda Amanah Parlimen Gopeng diatas pengorbanan tenaga yang mereka curahkan untuk kejayaan Amanah.Fastabiqul Khairat!

#‎HarapanBaru‬ IslamRahmatUntukSemua

Tiada ulasan: