Rabu, 11 November 2015

Biaqpila

Biaqpila


BANJIR LUMPUR DI HIGHWAY KARAK

Posted: 11 Nov 2015 04:17 AM PST








BENTONG: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Lentang-Bukit Tinggi, kira-kira 7 malam tadi. Beliau berkata, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn Bhd sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan. "Segala perkembangan akan dimaklumkan," katanya di sini, sebentar tadi.


ANWAR TANYA APA JADI DEBAT 1MDB?

Posted: 11 Nov 2015 03:54 AM PST




Anwar: Apa berlaku kepada Saravanan, debat 1MDB


Sementara menunggu perbicaraan kes saman sivilnya, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan bertanya mengenai keadaan politik negara dan dunia.

Anwar bertanya apa yang berlaku kepada Datuk M Saravanan dan diberitahu bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dikalahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk SK Devamany dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MIC.

Bulan ini, ketua umum PKR itu memasuki tempoh lapan bulan menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Sungai Buloh, selepas didapati bersalah dalam kes liwat II.

Walaupun Anwar sibuk bertanya soalan, kira-kira empat anggota Jabatan Penjara memerhati rapat manakala penyokongnya cuba bersalam dengannya.

Bekas timbalan perdana menteri itu berada di mahkamah kira-kira selama 15 minit dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan tenisnya yang kini adalah presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ucapan Selamat Deepavali

Kes itu bagaimanapun tidak diteruskan hari ini kerana peguam Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan sakit.

Anwar, yang sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, juga bertanyakan tentang keadaan politik semasa, terutama mengenai isu 1MDB dan sama ada debat yang hangat diperkatakan menjadi kenyataan.

Isterinya yang juga adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku pada sesi Parlimen semasa dan debat yang tidak menjadi itu.

Anwar juga dimaklumkan bahawa Kanada kini mempunyai seorang perdana menteri baru iaitu Justin Trudeau, iaitu anak kepada bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre.

Wan Azizah juga berkongsi maklumat mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan suaminya.

Anwar kemudian mengucapkan 'Selamat Deepavali' dalam bahasa Tamil kepada beberapa penyokongnya yang berketurunan India di galeri mahkamah.

Malaysiakini

Tiada ulasan: