Rabu, 11 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


4 pegawai kanan yayasan Islam peroleh RM2j setahun

Posted: 11 Nov 2015 06:00 AM PST

NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan  (NOW)  hari ini mendakwa empat individu dalam di sebuah yayasan naungan kerajaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.

 Pengarahnya, Akmal Nasir berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

 Akmal mendakwa berkata dua daripada mereka adalah pengerusi dan timbalannya, manakala dua lagi adalah suami dan anak kepada orang besar di yayasan berkenaan.

 "Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh pengerusi adalah RM73,000 sebulan.

 "Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh timbalan pengerusi dan keluarganya yang telah dikenal pasti pula adalah sebanyak RM81,700.00 sebulan," ujarnya dalam sidang media di NOW Center di Kuala Lumpur hari ini.

 Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.

 Selain, yayasan itu juga dipantau oleh perdana menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 "Mampukah perdana menteri dan menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan, gagal menjalankan tanggungjawab mereka," ujarnya lagi. ~ sumber

Peguam negara perlu dakwa 1MDB kerana berbohong, kata Amanah

Posted: 11 Nov 2015 03:00 AM PST

Terdapat alasan bagi satu pertuduhan dikenakan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menipu bank pusat, kata ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin hari ini, menggesa peguam negara menimbang semula kes terhadap syarikat itu.

 Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan peguam negara membersihkan 1MDB daripada sebarang kesalahan sebelum ini hanya dalam konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berkaitan tidak mendedahkan maklumat atau membuat pendedahan maklumat tidak lengkap kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapat kebenaran membuat pemindahan wang ke luar negara.

 Tetapi, ia tidak bermakna 1MDB tidak bersalah daripada jenayah penipuan yang membuatkan firma pelaburan negara itu boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "Pada pandangan saya, 1MDB jelas melakukan kesalahan jenayah menipu di bawah Kanun Keseksaan dan dengan itu, peguam negara, dengan penuh hormat, bertindak salah apabila tidak mendakwa 1MDB.

 "Peguam negara seharusnya mendakwa IMDB di bawah seksyen 417 atau 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan menipu dan hukuman yang perlu dijalankan," katanya.

 Bank pusat itu berkata, ia membatalkan 3 kebenaran untuk pemindahan oleh 1MDB dari 2009 hingga 2011 disebabkan pendedahan maklumat tidak lengkap atau tidak tepat.

 Hanipa berkata, kenyataan BNM itu membawa maksud wujud "penipuan di pihak 1MDB".

 "Yang dikatakan penipuan itu berlaku ketika 1MDB memberi pendedahan tidak tepat dan tidak lengkap, membawa kepada kebenaran secara haram diberikan kepada 1MDB untuk membuat pemindahan wang luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

 "Daripada segi undang-undang, soalan yang penting untuk membuktikan wujud pembohongan ialah adakah BNM akan memberi kebenaran yang relevan itu sekiranya ia mengetahui dari awal, maklumat diberikan IMDB itu tidak tepat dan tidak lengkap?," soalnya.

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lalu menjelaskan, keputusannya tidak meneruskan pertuduhan terhadap 1MDB yang membuat pendedahan maklumat tidak tepat, ialah kerana bank pusat tidak mendapatkan maklumat mencukupi dari firma tersebut bagi membuktikan ia melanggar undang-undang. 

 Hanipa berkata, peguam negara perlu mengkaji dan menimbang semula keputusan terdahulu beliau yang membersihkan 1MDB daripada salah laku dan menjalankan kuasanya mendakwa firma itu atas kesalahan jenayah. 

 "Apabila ia melibatkan wang rakyat, rakyat berhak meletakkan kepercayaan mereka kepada agensi seperti BNM, ketua audit negara atau Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang atau badan yang meletakkan dana awam di tempat berisiko tinggi atau mengalami kerugian". – 11 November, 2015. ~ sumber

Idris Ahmad perkenalkan ahli mesyuarat yang tidak berguna dan mendatangkan masalah kepada jemaah

Posted: 10 Nov 2015 11:00 PM PST

Idris Ahmad menyatakan ada 2 ciri mengenai ahli mesyuarat yg tidak berguna sekali dan yang akan mendatangkan masalah kepada jemaah. 


Menurutnya, perkara-perkara itu ialah :

1) Bahawa mesyuarat merupakan medan mengeluarkan pandangan. Oleh itu apa-apa perbincangan yg belum menjadi keputusan , jangan dibawa keluar.

2) Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya datang memberikan pandangannya dan selepas itu dia keluar. 

 Saya setuju dengan kenyataannya itu. Tetapi siapakah jenis manusia yang tidak berguna dan mendatangkan masalah kepada jemaah sebagaimana yang dinyatakannya itu?

 Tidak mungkin Idris maksudkan presiden partinya sendiri, Hj Hadi.

Tapi dua ciri itulah yang ada pada diri orang yang bergelar Tuang Presideng Hj Hadi. Malah lebih teruk lagi dari apa yang Idris nyatakan itu!

#Hj Hadi kuat ponteng


Hj Hadi telah gagal untuk menggunakan mesyuarat sebagai medan untuk menyalurkan pandangan kerana dia kerap ponteng mesyuarat . Malah semua orang tahu dia ponteng persidangan parlimen kerana pergi keluar negara....

Dia antar wakil ke mesyuarat, tapi apabila sesuatu keputusan telah diputuskan di dalam mesyuarat.. timbul pula rasa tidak puas hati dan dia cuba mengagalkan keputusan mesyuarat yang telah diputuskan.

Itulah ciri terpenting yang ada pada Hj Hadi : Ahli mesyuarat yang suka ponteng mesyuarat. Itulah dia Tuang Presideng! 

Semua orang tahu, bahawa itulah juga punca masalah kepada jemaah dan bekas rakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dulu.

# Hj Hadi mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor.

Dalam kemelut penyingkiran Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, Hj Hadi telah membuat keputusan untuk mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor sebelum perkara tersebut diperbincangkan. 

(Gambar sebelah ini yang mulanya disifatkan hanya sebagai perjumpaan biasa, kini terbukti amat luar biasa….

Pertemuan Khalid Ibrahim, Haji Hadi, Raja Idris dan Mustafa Ali di kediaman resmi MB Selangor berlaku di tengah-tengah malam.)

 Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

 PAS pada mulanya telah menetapkan 10 Ogos untuk bermesyuarat, tetapi Haji Hadi telah membuat keputusan terlebih dahulu bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat 25/7/2014. 

 PAS juga sengaja menangguhkan mesyuarat JKPPnya banyak kali tanpa alasan yang jelas - dari 10 Ogos ke 14 Ogos dan akhirnya ke 17 Ogos.
 
 Mesyuarat pada 17 Ogos itu, Hj Hadi sendiri telah mencadangkan WAWI sebagai calon pertama Azmin Ali sebgai calon kedua. (cadangan tersebut sama seperti mana yang dicadangkan oleh PKR sendiri) telah mengejutkan orang ramai kerana sebelum itu Hj Hadi begitu bersungguh mempertahankan Khalid!


Pada mesyuarat majlis presiden Pakatan yg diadakan pada sebelang petangnya, Azmin Ali telah menarik diri dan menjadikan Wawi sebagai calon MB Selango yang tunggal.

 Namun begitu, Hj Hadi cuba menterbalikan keputusan tersebut dengan mengadakan semula mesyuarat pada 25 Ogos, namun dia gagal untuk mengubah keputusan mesyuarat 17 ogos itu.

#Hj Hadi sendiri yang mahukan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas.


Mahfuz Omar mendedahkan : 

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas. - sila baca lagi di sini           

Tidakkah tindakan menolak perbahasan ini merupakan penolakan kepada perbincangan dan amat jelas sebagai sikap untuk tidak mahu mendengar pandangan orang lain?

#RUU persendirian Hj Hadi  itu tidak pernah dibincangkan bersama PAS Pusat. 

  Kenapa Hj Hadi begitu berahsia mengenai pindaan Akta 355 yang dihebohkan sebagai 'Hudud'? 

  Hinggakan Hanipa Maidin dan ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan. 

 Hanipa mendedahkan di sini adanya beberapa kelemahan berkaitan RUU Hj Hadi itu, tapi beliau pula diboo dan dipersalahkan.  

  Sebelum itu, MP Shah Alam Khalid Samad berkata tindakan Hadi itu bukan sahaja menimbulkan salah faham di kalangan pemimpin pembangkang malah dalam PAS sehingga mengakibatkan DAP menghentikan kerjasama dengan Hadi. Baca di sini .

   Sekarang anda  dah tahu gerangan siapa ahli mesyuarat yang tidak berguna dan mendatangkan masalah kepada jemaah .... ubahlah atau berubah!

Katakanlah : Saya tidak pernah ajak Azmin masuk PAS atau menawarkan Azmin jawatan sebagai MB Selangor

Posted: 10 Nov 2015 07:11 PM PST

Roslan SMS menulis dalam blognya telah memetik tulisan RPK yg menuduh Dato Husam kononnya telah menerima duit hasil judi untuk membiaya belanja dan aktiviti politiknya.

 Roslan juga memetik tuduhan RPK terhadap Husam kononnya terlibat dalam kerja-kerja menggodam minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak penganugerahan konsesi balak kepada dua (pimpinan) DAP bersaudara dari Perak. Malah Husam terlibat dalam perundingan untuk melantik Tengku Razaleigh mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

 Kalau benar Husam buat kelaku macam tu, bakpo mu  tidak ngoyak kepada SPRM untuk diambil tindakan? 

 Jangan nak samakan tuduhan RPK yang melibatkan Husam dengan rasuah dari towkey judi dengan tuduhan Husam terhadap Hj Hadi yang ajak Azmin masuk PAS dan menawarkan Azmin jawatan MB Selangor.

 Husam ada saksi yang ramai untuk tampil memberi perakuan mengenai kenyataan adanya kenyataan Hj Hadi tersebut sebab ianya dibuat dalam mesyuarat JKPP - Ada Khalid Samad. Ada Hanipa maidin. Ada Dr Hatta ...selain Allah dan malaikat yang menjadi saksi!

 Husam bukan minta bukti apa-apa dari Hj Hadi tetapi sekadar mahukan Hj Hadi menyatakan bahawa perkara yang Husam katakan itu 'tidak benar'. Husam sekadar mahukan Hj Hadi menyatakan sendiri penafian mengenainya.

 Kenapa Hj Hadi tidak berani menafikannya sendiri? 

 Mungkin Hj Hadi menyedari bahawa Husam akan mencabarnya untuk bermurbahalah untuk membuktikan kebenaran antara mereka berdua, siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar.

 Mubahalah ialah dimana masing-masing pihak diantara orang-orang yang berbeda pendapat berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yg berdusta. 

 Dalam sirah nabi SAW, peristiwa mubahalah pernah berlaku, Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadi bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. Allah merakamkan peristiwa tersebut dalam al-Quran :
 Kebenaran itu dari tuhanmu, karena itu janganlah engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu. (Maksud Ali Imran ayat 60).
 Siapa yang membantahmu dalam hal ini setelah engkau memperoleh ilmu, katakanlah (Muhammad), "marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian marilah kita ber murbahalah agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." (Maksud Ali Imran ayat 61).
 Hj Hadi tidak perlulah mengumpulkan seluruh pentaksub dan walaunnya termasuk isteri-isteri dan anak-anaknya untuk bermurbahalah. Cukuplah hanya Hj Hadi dan Husam berdua sahaja bermurbahalah.

 Walau apa-apa pun, terlebih dahulu, kita mohon Hj Hadi keluarkan kenyataan bahawa tuduhan Husam itu adalah fitnah. Katakanlah, "Saya tidak pernah ajak Azmin masuk PAS atau menawarkan Azmin jawatan sebagai MB Selangor" 

Saya akhiri entri saya ini persis sebagaimana tulisan Roslam SMS :

"The ball is now in your court" Ayah Chik, mohon berikanlah kami penjelasan.

Tiada ulasan: