Sabtu, 28 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Datuk Seri Hishammuddin Hussein kantoi berbohong!

Posted: 27 Nov 2015 08:00 PM PST

Ternyata Datuk Seri Hishammuddin Hussein ini membohong bila beliau mengatakan tiada usul menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan Disember depan. 

"Saya yang menjaga jawatankuasa usul. Saya boleh sahkan, tiada usul menolak kepimpinan Najib dibawa ke perhimpuan agung bulan depan," kata Hishammuddin pada sidang media di lobi Parlimen di sini.


Malangnya pembohongan beliau terkantoi melalui pendedahan seorang pemimpin Umno akar umbi, Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan usul menolak Datuk Seri Najib Razak ada dicadangkan semasa mesyuarat perwakilan lalu, tetapi disekat di peringkat bahagian kerana mahu menunjukkan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

 Ketua Umno Cawangan Taman TKK itu berkata, usul-usul menolak Najib yang dibawa peringkat cawangan tidak sampai ke bahagian, malah ia ditapis terlebih dahulu.
Ketua Umno Caw Tmn TKK Kamarul Azman Habibur Rahman
 bercakap pada sidang media di Puchong, Selangor, semalam.
"Kalau kita kaji, memang ada usul yang menolak presiden tetapi usul yang dibawa daripada cawangan ke bahagian tidak sampai.



 "Selalunya akan ditapis sebelum ataupun ketika sampai di peringkat bahagian. Jadi itu ternampak seakan-akan keadaan di bahagian tenang tetapi sebenarnya bergolak," kata Kamarul pada sidang media bersama ketua-ketua Umno cawangan lain di Puchong malam tadi di sini .

AMANAH tidak ada masalah dengan DAP; tapi dengan PKR .....

Posted: 27 Nov 2015 04:54 PM PST

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS.

Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.

 "Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

 "Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

 Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

 "Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya. di sini

Komen al-Husseyn :

 Pada PRU13 lalu, BN berjaya merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada PR selepas memenangi 20 kerusi DUN. Sementara PR pula memenangi 16 kerusi, masing-masing PAS (10), DAP (2) dan PKR (4).

Kita tidak nafikan PAS merupakan kuasa yang dominan di Kedah dan pernah menerajui pemerintahan di Kedah untuk sepenggal. 

Kalau dilihat atas kertas keputusan PRU13 itu, ramai yang optimistik dengan kukuatan PAS di Kedah.

Tapi kita semua jangan lupa, kejatuhan pemerintahan PAS  di Kedah adalah akibat rasa tidak puas hati ramai penyokong PAS sendiri yang telah hilang kepercayaan mereka setelah melihat kebobrokan pemerintahan PAS setelah diberikan kuasa memerintah.

Kita juga jangan lupa bahawa kemenangan 10 kerusi PAS pada PRU13 itu adalah melalui undi penyokong Pakatan Rakyat. 

Dan kita juga jangan lupa bahawa PAS telah melalui krisis dalaman yang membawa perpecahan parti itu.

Sokongan terhadap PAS pastinya sudah banyak berubah. Tambahan pula PAS dilihat begitu mesra dengan Umno.

Kemunculan Parti AMANAH Negara adalah bertujuan untuk menggantikan PAS demi untuk mengembalikan semula sokongan rakyat yang pernah diberikan kepada Pakatan Rakyat melalui PAS. 

Tokoh-tokoh yang menerajui AMANAH inilah yang telah memainkan peranan penting sewaktu didalam PAS hinggakan rakyat berbilang kaum telah memberikan kepercayaan mereka untuk menyokong PAS dengan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan, AMANAH akan bertanding dikerusi di mana Umno bertanding. Begitu juga dengan PAS. Maka akan berlaku pertandingan 3 penjuru di Kedah dalam PRU14 nanti. Tetapi, siapakah yang akan PKR sokong bila keadaan ini berlaku?

Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana pendirian mereka tegas dalam memberikan sokongan kepada AMANAH.Tetapi tidak dengan PKR....

Apakah kemenangan bersama PAS nanti tidak akan menimbulkan kesulitan yang pernah Pakatan Rakyat alami melalui pengalaman yang lalu? 

Apa jaminannya bahawa PAS tidak akan mengulangi tabiat lamanya yang suka tikam kawan dari belakang?

Apakah benar ada beribu-ribu pondok PAS di Kedah sebagaimana Mamat tu cakap? Hebat betullah PAS kalau begitu! Mengalahkan pondok yang ada di Kelantan....Kah! Kah! Kah!

PKR perlu bertegas jika mahu melihat Pakatan Harapan benar-benar menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Tiada ulasan: