Sabtu, 14 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Inilah jawapan PAS terhadap teguran Husam

Posted: 14 Nov 2015 09:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa diminta untuk membuktikan dakwaan mengenai pembalakan haram yang dibuatnya mengenai kerajaan negeri Kelantan.

 Dia akan menghadapi jawatankuasa pusat, kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

 Dia tidak menyatakan bila ini akan berlaku, ianya hanya akan menjadi "secepat mungkin" supaya Husam dapat menjelaskan kritikan baru-baru ini keatas pemimpin-pemimpin parti tertentu dan kerajaan negeri Kelantan. 

"Sebagai anggota parti, dia (Husam) sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan sebarang masalah yang melibatkan parti," kata Tuan Ibrahim. 

"Jadi itulah sebabnya Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat keputusan untuk memanggil beliau secepat mungkin untuk penjelasannya.

 "Sebarang dakwaan yang dibuat mesti disertakan dengan bukti yang cukup, sama ada ia adalah dakwaan terhadap kerajaan negeri (Kelantan) atau presiden parti atau parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan diketuai oleh Menteri Besar Ahmad Yaakob dan timbalannya Nik Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga Naib Presiden PAS.

 Husam baru-baru ini mendakwa kerajaan Kelantan telah terlibat dalam pembalakan haram.

 Beliau juga mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan mendedahkan plot yang didakwa oleh Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor. ~freemalaysiatoday

Komen al-Husseyn :

Inilah sahaja cara yang dapat PAS menjawab tuduhan-tuduhan Husam....Entah bila PAS akan jemput Husam. Sementara itu, tolonglah jawab segala dakwaan Husam yang dibuat secara terbuka. Jangan nak cari helah semata-mata tak mampu nak menolak dakwaan Husam.

Sebagaimana yang Husam sebut dengan memetik kata-kata Sayidina Abu Bakar :  Fa in ahsantu fa 'a iinuuni, wa in asa'tu fa qawwimuunii -  Kalau saya benar sokonglah saya. kalau saya salah betulkan saya. Husam mengharapkan kerajaan Kelantan akan menerima baik akan tegurannya dan memperbaiki keadaan yang berserabut khususnya mengenai pembalakan di Kelantan. 

Jamil Khir sila beri penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

Posted: 14 Nov 2015 06:12 AM PST

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir hari ini mempertahankan dakwaannya terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tegas tidak mahu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu.

 Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membuat pendedahan berhubung dakwaan salahguna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dalam lawatan luar negara Jamil dan rombongannya tahun lepas.

 Oleh itu, beliau tidak akan sesekali menarik dakwaannya itu atau membuat permohonan maaf terhadap Jamil sebaliknya berkata, menteri berkenaan yang sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

 "Bukan saya yang ambil duit. Kalau saya nak minta maaf, saya tidak tahu nak minta maaf sebab apa. 

"Kerana itu saya minta Jamil perjelaskan, kenapa beliau menggunakan duit tersebut," katanya pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Baca lagi di sini

AMANAH hanya melukut di tepi gantang sahaja. Balaslah jasa Hasnul dan Saari yang telah menyelamatkan kerajaan PR Selangor

Posted: 13 Nov 2015 11:00 PM PST

Amboi bijak sangatlah Timbalan Ketua Pemuda AMK tuduh Pemuda AMANAH 'Kurang Bijak'

Dia hanya nampak Azmin sorang sahaja yang bijak??

Dia patut menyedari betapa Khalid Ibrahim lebih bijak dan berani daripada Azmin tau! 

Khalid senang-senang sahaja memecat lima ADUN PKR dan DAP sewaktu krisis MB Selangor dahulu.

  Dan lupakah Azmin bagaimana Hj Hadi menghina WAWI? 

Apakah Azmin lupa segala tindakan PAS yang berulang kali telah menikam belakang Pakatan Rakyat (PR) hingga akhirnya membawa maut kepada PR.

  Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH adalah sebagai pengganti PR.Tetapi kenapa AMANAH, satu daripada komponen PH hanya melukut di tepi gantang sahaja?

   Apakah tidak cukup untuk mengenang dan membalas jasa mereka yang telah menggagalkan rancangan menubuhkan Kerajaan UG di Selangor? 

Adun Morib, Hasnul Kamarudin (kiri) dan Adun Klang, Saari Sungip (kanan) , dua orang ahli PAS yang kini telah bersama AMANAH melakukan harakiri dengan menandatangani surat akujanji (SD) menyokong perlantikan WAWI sebagai MB Selangor yang sekali gus telah menggagalkan konspirasi PAS dan Umno berUG di Selangor.

 Apakah tidak cukup besar pengorbanan dua manusia ini yang terpaksa melalui penghinaan yang getir apabila Hj Hadi telah melemparkan gelaran dan tuduhan keji 'Broker' dan 'Barua' kepada mereka?

 Mereka terbuang kerana digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam itu semata-mata dianggap sebagai pengkhianat kepada PAS, waima mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

  Sewaktu Muktamar PAS ke-54 di Ipoh pada 2008 lalu telah mengambil keputusan  memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka langkah itulah yang mendorong Hasnul dan Saari menyatakan sokongan kepada WAWI.

Namun sebaliknya, Empat orang exco PAS yang terus menyokong Khalid Ibrahim yang tidak berparti itu telah dianggap sebagai penyelamat kerajaan PR Selangor...ada akai ker?

   Hasnul dan Saari sepatutnya dilantik sebagai exco Selangor kerana mereka berdua inilah penyelamat sebenar kerajaan PR Selangor. 

Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng

Posted: 13 Nov 2015 06:04 PM PST


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

 Menjawab pertanyaan di program dialog "Demo Tanya Ambo Jawab" di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

 Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

 "Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

 "Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

 Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

 "‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

 "Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam. Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia. 

 "Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

 "Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

 Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

 "Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"9 "Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu. ~ malaysiakini.

Komen al-Husseyn :

Bakpo demo longat sangat? Husam tutoh Mahfodz : "Bertanding di Johor pun kalah! " Ni nak suruh Husam yang menang besar 17,000 keluar PAS? Hahaha! Marah-marah lebih dari samseng lagi! Nak suruh Husam terbit PAS? Pah tu mudahlah demo nak gelar Husam sebagai pengkhianat gapo-gapo....hok alah!

Husam juga ada sebut : Umno taklah macam PAS ni...TS Muhyiddin kritik Najib pasal 1MBD, dia tak suruh Muhyiddin keluar Umno....PAS guana mu ding? Hahaha!

Tiada ulasan: