Sabtu, 14 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


APA LAGI...SAMANLAH!!

Posted: 14 Nov 2015 07:41 AM PST

shahbudindotcom

 




Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir memutuskan tidak akan meminta maaf atau menarik balik pendedahannya mengenai pemergian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat yang didakwa menggunakan wang YaPEIM.

Dengan ini, desakan Jamil Khir semalam yang memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk menarik balik dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang, sudah pun terjawab dengan sendirinya.

Kini segala-galanya terserah kepada Jamil Khir untuk tindakan seterusnya. 

Esok hari Ahad dan lusa hari Isnin, maka sepatutnya tindakan undang-undang terhadap Akmal Nasir sudah boleh dimulakan tanpa ada alasan lagi.

Jangan pula tunggu hari Selasa, Rabu, Khamis, minggu seterusnya atau bulan depan untuk tindakan mahkamah itu. 

Atau jangan juga cuba menghantar surat penjelasan lain lagi kepada Akmal sebelum saman mahu diteruskan atau sebaliknya.

Cukuplah hanya Najib Razak yang berbuat demikian.

Ruang alasan atau helah sudah pun tertutup dan kata-kata yang sesuai buat Jamil Khir hanyalah - tunggu apa lagi...samanlah!!

RM300,000 lesap: Veteran UMNO lapor SPRM

Posted: 14 Nov 2015 07:31 AM PST

Wang itu disumbangkan untuk menganjurkan program pada tahun lalu yang diberikan melalui sebuah yayasan tetapi tidak diterima oleh veteran UMNO sehingga hari ini. 


sprm



PUTRAJAYA: Veteran UMNO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kehilangan wang RM300,000 hasil sumbangan penaja untuk menganjurkan program tahun lalu.

Pegawai Publisiti Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Abdul Rahim Haroon berkata, penaja telah menyumbang wang itu kepada UMNO bahagian menerusi sebuah yayasan.

"Dana itu sepatutnya diberikan kepada Veteran UMNO Wilayah Persekutuan untuk kita menganjurkan program pada 10 Mei tahun lalu.

"Bagaimanapun, yayasan berkenaan tidak pernah memberikan kami dana itu sehingga sekarang.

"Kami terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos penganjuran program termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Sabtu, lapor The Star Online.

"Jika siasatan mendapati ada salah guna kuasa atau pecah amanah, kami berharap mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Abdul Rahim berkata, laporan polis mengenai kehilangan wang itu telah dibuat pada 9 September lalu.




Jerebu 'skala kecil' kembali Februari depan

Posted: 14 Nov 2015 07:23 AM PST

MALAYSIAKINI





Jerebu akan kembali pada Febuari tahun depan tetapi bukan dalam skala yang besar, kata menteri perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar.

"Dalam minggu ketiga bulan Februari, jerebu akan muncul lagi, dan ia tidak akan terhenti.

"Kami akan menyediakan sistem amaran awal dan meningkatkan hubungan kami dengan pemegang konsesi swasta.

"Sebelum ini ia tidak pernah dibuat," beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Reuters.

Siti Nurbaya turut menyifatkan aktiviti pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura sebagai jenayah kemanusiaan.

Siti Nurbaya juga dilaporkan berkata kerajaan republik itu akan menambah bilangan anggota bomba dan peralatan memadam kebakaran.



Zeti: Saya tak mahu hakimi peguam negara

Posted: 14 Nov 2015 07:12 AM PST

Kow Gah Chie
 
   




Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan siasatan pihaknya terhadap 1MDB.

Zeti berkata bank pusat itu bertindak daripada "sudut pandang pentadbiran".

"Saya tidak mahu hakimi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) daripada aspek keputusan yang dibuatnya," kata Zeti.

Dalam kenyataan 15 Oktober lalu, Pejabat Peguam Negara berkata sudah menutup siasatan BNM terhadap 1MDB kerana syarikat itu tidak boleh dipersalahkan atas sebarang dakwaan kesalahan oleh bank pusat.

Zeti berkata Apandi membuat kenyataan daripada sudut pandang jenayah, manakala BNM pula daripada sudut pentadbiran dalam memberi kebenaran kepada 1MDB melabur di luar negara.

Beliau ditanya sama ada BNM buat salah dalam siasatan terhadap 1MDB susulan kenyataan Apandi itu.

Peguam negara juga berkata 1MDB tidak boleh dipersalahkan atas dakwaan kesalahan jika BNM tidak meminta penjelasan yang diperlukan.

BEGINIKAH RUPA PEMIMPIN KITA?

Posted: 14 Nov 2015 03:53 AM PST

shahbudindotcom






Pendedahan pertama - Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.

Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami dan anak lelaki salah seorang "orang besar" dalam YaPEIM itu juga turut menerima habuan lumayan melalui pelbagai jawatan yang disandangnya.

Pengerusi YaPEIM didakwa menerima pendapatan bulanan berjumlah RM73,000.00 sebulan manakala timbalan pengerusinya bersama suami dan anak lelakinya dipercayai mengumpul pendapatan bulanan sebanyak RM81,700.00

Salah seorang daripada "orang besar"  YaPEIM terbabit adalah pemimpin Pergerakan Wanita UMNO di Kelantan.

Pendedahan kedua - Lawatan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM ke Amerika Syarikat pada 2014 yang didakwa menelan kos keseluruhan sebanyak RM410,978.00, juga dengan menggunakan wang yayasan tersebut.

Lawatan menteri yang turut disertai oleh isterinya itu turut diselitkan dengan acara membeli belah, bermain golf, makan malam dan pembelian cenderahati yang juga dibayar oleh YaPEIM.

Melalui invois yang diperolehi menunjukkan tiket pergi balik menteri terbabit dan isterinya saja berjumlah RM274,493.00.

Kedua-kedua pendedahan ini dibuat oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW.



Sehingga ini, semua yang didakwa  dalam pendedahan NOW itu, sama ada menteri terbabit atau kedua-dua "orang besar"  dalam YaPEIM itu,  belum lagi memberi sebarang ulasan atau penjelasan mengenainya.

Tetapi isu ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara dan jika betul semua pendedahan NOW itu, ia benar-benar memalukan agama, bangsa dan negara kita.

Ini kerana mereka yang didakwa itu bukan saja bergelar pemimpin, tetapi juga kerap melaungkan perjuangan membela Melayu dan kalimah-kalimah suci Al Quran turut jarang terlepas daripada pengucapan.

Terlihat juga kadang-kadang antaranya tampil dengan jubah, kopiah dan pakaian sopan menutup aurat.

Tetapi, kenapa nikmat duit dan dunia juga yang digilai? 

Inikah rupa dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang kita ada?

Orang  miskin, anak yatim dan mereka yang dibela tak seberapa dapatnya, tapi yang sedia kaya tanpa segan-segan mengaut labanya.

Sudah masuk hari ketiga pendedahan ini dibuat, kenapa pihak yang berkenaan masih berdiam diri? (Terbaru - petang tadi Jamil Khir sudah tampil dengan penjelasannya dan menuntut permohonan maaf daripada NOW tetapi tidak menafikan pemergian dan perbelanjaannya ke Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM belum tampil lagi dengan penjelasan mereka).

Kenapa lambat sangat memberi jawapan jika pendedahan NOW itu tidak benar dan berupa fitnah belaka, bahkan boleh saja dibuat laporan polis atau dihantar surat saman untuk membersihkan nama?

Tapi kenapa semuanya tidak dilakukan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

 

Isu Yapeim: PKR doa Jamil Khir bebas tuduhan

Posted: 14 Nov 2015 03:45 AM PST


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin



SHAH ALAM - PKR menggesa kerajaan segera menjalankan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan juga perlu mengawal sebarang salah urus tadbir dana di masa hadapan oleh menteri-menteri yang dilantik ini.

"Kami berharap Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak tidak akan menutup mata tentang skandal yang telah didedahkan Now (Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan).

"Wanita Keadilan berdoa agar Jamil Khir bebas dari tuduhan kerana sebagai Ketua Hal Ehwal Islam, beliau sepatutnya seorang yang amanah jika tidak mahu dimurkai ALLAH kelak. Nauzubillah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri jawab isu bersuka-ria guna dana anak yatim]

Semalam, Jamil Khir telah menjawab tuduhan Now dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah besar sambil menyifatkan dakwaan itu menyimpang daripada fakta sebenar.

Beliau turut menjelaskan penyertaannya dalam rombongan ke Amerika Syarikat itu bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaannya.

Pengarah Now, Akmal Nasir sebelumnya mendakwa Jamil Khir menggunakan dana Yapeim bagi membiayai perjalanan lawatan ke Amerika Syarikat bersama isterinya pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyifatkan dakwaan itu sangat memalukan.

"Seorang menteri di JPM terutamanya yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam tidak sepatutnya terlibat dalam skandal sebegini.

"Jika tuduhan ini tidak diberi penjelasan segera, maka Datuk Seri Jamil Khir harus meletakkan jawatan serta-merta kerana rakyat tidak boleh bertolak ansur dengan penyalahgunaan dana oleh pemimpin yang bertujuan peribadi dan mengetepikan keperluan rakyat," katanya.

Beliau juga menuntut agar Jamil Khir membentangkan jadual perjalanan serta berterus terang bagi kos perbelanjaan keseluruhan.

"Beliau juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa lawatan tersebut melibatkan aktiviti membeli belah dan bermain golf," katanya.

Sebelumnya, Jamil Khir memberikan Akmal dan sebuah portal media tempatan tempoh 24 jam untuk menarik balik semua dakwaan dan fitnah terhadap beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ayuh debat, Rafizi pula tunggu jawapan Arul

Posted: 14 Nov 2015 03:41 AM PST


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berharap Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tidak berdalih lagi selepas menyatakan kesediaan untuk berdepan sesiapa sahaja di hadapan penyokong Umno, hari ini.

Menurutnya, jika Arul menolak cabaran debat itu sekali lagi, beliau menganggap Arul bukan seorang ahli profesional.

"Saya berharap kesediaan saya melayan kembali ego Arul Kanda tanpa syarat ini akan disambut oleh beliau. Jika beliau berdalih sekali lagi dan memberi pelbagai alasan, saya beranggapan beliau pun tidak berbeza dengan ahli-ahli politik Umno yang hanya berani mendabik dada di gelanggang sendiri di depan penyokong sendiri.

"Maka saya nasihati beliau menyertai Umno secepat mungkin. Saya akan menunggu maklumbalas beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERAKAITAN: Saya akan 'ganggu' Arul sampai dia setuju]

Arul hari ini berkata, beliau bersedia memberi penerangan mengenai agensi pelaburan milik kerajaan yang dibebani hutang itu kepada sesiapa yang berminat, termasuk Rafizi dan Setiausaha Publisiti, DAP Tony Pua.

"Kami (1MDB) akan berjumpa dengan sesiapa saja yang mahu memahami lebih lanjut (tentang syarikat berkenaan), termasuk Rafizi dan Tony," beliau dipetik sebagai berkata di Majlis Penerangan Perdana 1MDB, Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) dan Bajet 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Menurut Rafizi lagi, beliau akan menulis secara rasmi hari ini kepada Arul mengenai tawaran debat itu.

"Oleh kerana beliau telah menyatakan secara terbuka kesediaan untuk berdepan dengan saya, maka saya akan menyahut kesediaan itu," katanya.

Rafizi menambah, beliau akan  menulis secara rasmi kepada Sinar Harian hari ini untuk menjadi penganjur bebas kerana Sinar Harian telah beberapa kali mengadakan wacana yang menemukan pimpinan BN dan Pakatan Harapan.

"Format dan segala peraturan perdebatan adalah terpulang kepada Sinar Harian," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian sedia anjur debat]

Sebelum ini, stesen TV RTM membatalkan tawaran untuk mengadakan debat bersiaran secara langsung antara Arul dengan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua setelah Pakatan Harapan menukar Tony dengan Rafizi.

Tony terikat dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk meneruskan debat 1MDB itu susulan kedudukannya dalam PAC.

Malaysia catat kemalangan ke-20 tertinggi di dunia

Posted: 14 Nov 2015 03:38 AM PST

SINAR HARIAN

 Malaysia catat kemalangan ke-20 tertinggi di dunia

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai cuba menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 selepas menyerahkan 20 buah motosikal tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas melancarkan program 'Jom JPJ' hari ini. - Foto Bernama


BENTONG - Kadar kemalangan jalan raya di negara ini serius, apabila mencatatkan kadar kemalangan ke-20 tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini, walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut, katanya.

"Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa  terdiri daripada penunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jom JPJ di tempat letak kereta Terminal Bas Bentong, di sini hari ini.

Sehubungan itu Tiong Lai mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

"Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.

"Mana-mana yang belum ada lesen, JPJ ada menyediakan pelbagai program bagi mereka mendapatkan lesen seperti porgram Mylesen untuk golongan muda," katanya. - Bernama


Sultan Pahang murka insiden banjir lumpur

Posted: 14 Nov 2015 02:43 AM PST

SINAR HARIAN


tanah runtuh
Tinjauan dari udara foto Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di tempat kejadian tanah runtuh di KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. - Foto Bernama

BENTONG - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah murka dan sedih dengan kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Rabu lepas dan menitahkan pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian untuk mengelak kejadian serupa daripada berulang.

Baginda menyifatkan kejadian tersebut amat memalukan dan menjejaskan imej Pahang selain menyusahkan banyak pihak kerana ia merupakan laluan utama dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

"Saya sedih sampai empat hari laluan dari Kuala Lumpur ke Pahang terputus hubungan, memang ini kuasa ALLAH (hujan lebat sehingga menyebabkan banjir lumpur) tetapi apa persediaan untuk hadapinya.

"Saya tidak mahu perkara ini berulang dan sehubungan itu pihak berkenaan perlu cari jalan untuk pastikan kejadian ini tidak berlaku lagi kerana ia menyusahkan rakyat," titah baginda dengan nada kesal.

Sultan Pahang bertitah demikian selepas mendengar taklimat tentang kejadian itu oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh  di sini, hari ini.

Baginda menitahkan semua agensi yang berkenaan supaya bekerjasama mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu dan bukannya menuding jari mencari salah siapa.

Sultan Pahang sebelum itu tiba di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada kira-kira pukul 10 pagi untuk meninjau keadaan di kawasan kejadian dengan diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Kerajaan

Negeri Pahang Datuk Seri Saffian Ismail. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Shariffudin Abd Ghani.
Baginda turut menitahkan agar sebahagian daripada laluan tersebut dibuka segera bagi kemudahan pengguna jalan raya.

Selepas mendengar taklimat lebih sejam itu, baginda turut melawat 73 orang daripada 14 keluarga kakitangan Pejabat Hutan Lentang yang ditempatkan di Masjid Lentang setelah kuarters mereka terjejas dalam kejadian banjir lumpur itu.

Sultan Ahmad Shah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan memberi jaminan mereka akan ditempatkan di kediaman baharu secepat mungkin.

Dalam sidang media selepas itu, baginda bertitah antara langkah yang telah dikenal pasti untuk mengelak insiden yang sama berulang, termasuk membina tembok yang lebih tinggi untuk menghalang laluan air jika hujan lebat berlaku.

Pihak agensi peringkat negeri dan peringkat pusat yang berkaitan akan mengadakan perbincangan bagi memastikan perkara serupa tidak berlaku  pada masa akan datang, titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut menafikan terdapat kegiatan pembalakan haram berhampiran kawasan itu yang menyebabkan kejadian banjir lumpur itu.

Sementara itu, Tiong Lai berkata perbincangan akan dilakukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuka laluan tersebut secepat mungkin seperti dititahkan baginda.

"Saya dimaklumkan mereka (JKR) sedang berusaha untuk membuka semula laluan terjejas dengan kadar segera dan berharap ia dapat dilaksanakan hari ini. Bagaimanapun pengumuman berkenaan pembukaan semula laluan itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof," katanya.

Tiong Lai yang juga anggota Parlimen Bentong turut berharap proses membaik pulih kawasan tadahan air yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur itu dilakukan dengan segera kerana khuatir kejadian sama berulang.

Beliau turut menjunjung kasih terhadap keberangkatan Sultan Ahmad Shah ke lokasi terjejas di samping meluangkan masa serta memberikan bantuan kepada mangsa. - Bernama

1MDB: Teruskan debat, bukan hanya penerangan

Posted: 14 Nov 2015 02:34 AM PST

Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

ALOR SETAR - PKR mahu debat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diteruskan.

Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu perlu kerana melibatkan banyak dakwaan dan persoalan terhadap rakyat.

"Laporan pun tidak dimaklumkan kepada rakyat. Jangan cuba guna alasan untuk beri penerangan semata-mata.

"Penerangan itu amat berbeza dengan debat kerana kita mempunyai banyak dakwaan yang wujud. Soalnya bila masa diadakan penerangan dan apa isu utama yang nak disampaikan," katanya selepas menghadiri program Kayuhan Kesihatan Bebas Anwar di pekarangan Pejabat PKR Kedah, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia bukan soal debat atau penerangan semata-mata tetapi siasatan serius yang menghasilkan laporan interim dari Ketua Audit Negara.

"Pada saya, ini bukan soal untuk menjawab kepada pembangkang tetapi rakyat kerana ia bukan dikritik oleh pembangkang sahaja termasuk media antarabangsa.

"Semua rakyat tahu dan bimbang mengenai impaknya. Maka saya fikir tidak salah untuk meneruskan debat dan tetapkan tarikhnya," katanya.

Terbaharu, Arul menyatakan kesediaannya untuk memberi penerangan mengenai agensi pelaburan milik kerajaan yang dibebani hutang itu kepada sesiapa yang berminat termasuk Rafizi dan Tony Pua.

Dr M: 50,000 pergi demo, saya seorang salah?

Posted: 14 Nov 2015 02:24 AM PST

MALAYSIAKINI





Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak adil untuk mempersalahkan beliau seorang kerana hadir dalam himpunan BERSIH sebelum ini.

Mengakui hadir dalam himpunan yang tidak dibenarkan polis, Mahathir bagaimanapun berkata ramai lagi peserta lain turut serta dalam himpunan di ibu kota menjelang hari kemerdekaan itu.

"Jika saya buat salah, 50,000 orang lagi dalam himpunan itu juga turut buat salah.

"Untuk berlaku adil, undang-undang perlu seragam terhadap semua orang. Tidak adil untuk pilih saya seorang saja atas kesalahan hadir perhimpunan haram," katanya.

Bekas perdana menteri keempat itu justeru berkata apa yang berlaku adalah sebuah pemangsaan.

Sementara itu, mengulas gesaannya supaya Najib berundur, Mahathir berkata beliau tidak membuat seruan itu tanpa menggalakkan aktiviti keganasan.

Katanya, dalam sebuah negara demokrasi, menjatuhkan perdana menteri atau kerajaan adalah perkara biasa.

"Menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga perkara biasa.

"Jadi apa salahnya saya hadir demonstrasi untuk menjatuhkan Najib sebagai PM?" soal Mahathir.

Jamil Khir: Akmal mesti mohon maaf atau disaman

Posted: 14 Nov 2015 02:21 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ia berhubung dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri itu berkata dakwaan itu adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," kata Jamil Khir.

Berikut adalah kenyataan penuh Jamil Khir:

Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015.

Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.

Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya.

Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.


Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng

Posted: 14 Nov 2015 02:18 AM PST

N Faizal Ghazali


 


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog "Demo Tanya Ambo Jawab" di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"
"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.


'Boleh kita minum kopi, Encik Arul?'

Posted: 14 Nov 2015 02:09 AM PST

Geraldine Tong  

 



Ketika orang ramai memberi perhatian terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy mengenai isu 1MDB, seorang wanita mencuri perhatian dalam sesi soal jawab di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengakui dia bukan ahli Umno, wanita berpakaian jingga itu bertanya kepada Presiden 1MDB berkenaan:
"Saya hanya nak tanya encik ni, can I have coffee with you (boleh saya minum kopi dengan anda)?"
Soalan itu menyebabkan suasana dalam dewan yang diisi kira-kira 1,200 orang itu menjadi riuh.

Arul Kanda kemudian menjawab soalan berkenaan dengan berkata: "Saya kena tanya isteri saya terlebih dulu."

Beliau kemudian meneruskan ucapannya dengan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dibangkitkan mengenai 1MDB.

Program Majlis Penerangan Perdana itu diadakan untuk membolehkan Arul Kanda memberi taklimat mengenai 1MDB yang kini mengalami beban hutang yang besar dan mendapat kritikan pelbagai pihak, selain Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tiada ulasan: