Khamis, 12 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Haji Hadi lontar idea terbaru tapi merapu

Posted: 12 Nov 2015 04:00 AM PST

 Pernah dengar  Negara Teknokrat ??Ha! Ha! Ha! Korang kliklah link tu.

Sebelum dibuat diperingkat negara, suruh dia buat diperingkat pentadbiran parti PAS terlebih dahulu.

Sekiranya istem teknorasi, dimana hanya kalangan profesional sahaja layak dilantik sebagai pentadbir dibuat diperingkat pentadbiran PAS, maka kita semua akan bergembira  untuk melambaikan tangan ucap selamat jalan kepada toklebai-toklebai yang mentadbir PAS sekarang ini!

Kita akan ucapkan selamat bersara kepada Hj Hadi, Harun Din , Nasarudin Velfire, Nik Abduh....moga PAS akan kembali ke landasan perjuangannya yg asal dengan ketiadaan mereka....

Siapakah lagi profesional yang tinggal dalam PAS setelah kumpulan profesional dicantas setandan sewaktu muktamar yang baru lalu?

Nampak merapu bila baca ayat nih : Sebelum ini pemimpin parti politiklah yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihanraya.

Agaknya apalah yang Hj Hadi maksudkan dengan 'kelulusan akademik tertentu' itu? 

Lazimnya dinegara kita, kalau nak jadi guru, kita masuklah kolej atau universiti perguruan. Kalau mahu jadi doktor prubatan, kita kena masuk universiti perubatan....

Tapi kalau nak jadi Perdana Menteri atau Tim Perdana Menteri, kita belum ada lagi tempat pengajian untuk itu. Maka kita minta Hj Hadi sila buat universitinya boleh?? Kah!Kah! Kah!

Pendidikan bukanlah penentu segalanya. 
Kita memerlukan seorang pemimpin yang arif dan bijaksana yang dapat mententeramkan suasana, bukan pemimpin yang justru memperkeruh suasana. 

Seorang pemimpin seperti Hj Hadi sendiri terbukti gagal mententeramkan keadaan dalaman PAS sehingga berlaku kegawatan dalam parti hingga membawa kepada perpecahan. 

Kita lawan Umno dan Barua Umno!

Posted: 12 Nov 2015 12:51 AM PST

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.

 "Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS. ~  baca lagi di sini

Gak mung nok wat guano? Paku dulang paku serpih, mu ngoyak kat ore tapi mung yang lebih!

Perlu dijelaskan bahawa AMANAH memang mahu jatuhkan Umno.Bukan Umno sahaja, malah mana-mana barua yang berbaik-baik dengan Umno!

PAS sekarang ini menganggap AMANAH sebagai musuh nombor satu. Presiden PAS, Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan. Menurut Hj Hadi, Islam tidak membenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan. Pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan

Setelah AMANAH menghulurkan tangan perdamaian dan ajak berbincang supaya Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno, tapi PAS tolak mentah-mentah.

Malah diugut untuk dihapuskan! Kini dia mahu supaya AMANAH ikut telunjuknya supaya jangan bertanding melawan PAS di Kelantan....banyak cantik lu punya muka? Kita lawan Umno dan Barua Umno!

Mohd Amar in adalah jenis manusia yang sanggup memfitnah menggunakan nama almarhum TGNA hanya semata-mata mahu membawa PAS berbaik-baik dengan Umno.


Mohd Amar ini mendakwa kononnya almarhum TGNA meninggalkan amanat terakhir yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno. 

 Kononnya, bahawa  bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. baca lagi di sini

Kemudian mangkuk ni cuba menafikannya . Hodoh sungguh kelaku timbalan MB Kelantan nih! Dia tuduh berita tu berunsur fitnah dan berniat jahat. Kenapa tak samman? Dia suruh dengar ucapan asalnya.

 Tidak ada masalah untuk mendengar apa yang dia kata sebenarnya.Saya ada rakamannya di sini

Memang itulah butir katanya sebagaimana yang akhbar laporkan. 

Inilah pembohong besar. Kemaruk sangat nak cium bontot Umno sampai sanggup jual nama almarhum TGNA.

Tiada ulasan: