Khamis, 15 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Beli sahaja syarikat konsesi untuk elak kenaikan tol

Posted: 15 Oct 2015 11:00 PM PDT


Daripada membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi mengekalkan kadar tol yang rendah, kerajaan sebaliknya harus mempertimbangkan untuk membeli syarikat-syarikat tertentu.

Mengulas mengenai kenaikan kadar tol yang diumumkan minggu ini, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata sebagai contohnya, kenaikan itu boleh dielakkan di Lebuh Raya 11.5km Cheras-Kajang.

"Daripada membenarkan kenaikan kadar tol, kerajaan kita hanya perlu memperoleh Cerah Sama Sdn Bhd, yang memiliki Grand Saga Sdn Bhd, pemegang konsesi itu," kata Teo dalam satu kenyataan hari ini.

Kerana kerajaan sudah memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu, katanya, maka ia hanya perlu membeli baki 51 peratus pada sekitar RM120 juta.

Katanya, RM120 juta bukan satu jumlah yang kecil, namum jumlah itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan BN kepada pemegang konsesi.

Ekoran bantahan terhadap kenaikan kadar tol itu, kerajaan menjelaskan ia tidak dapat dielakkan kerana kos pampasan kepada syarikat konsesi.



Disergah Ketika Asyik Berasmara..

Posted: 15 Oct 2015 10:19 PM PDT



Kereta yang dipandu pasangan kekasih tersebut.


SEGAMAT - Akibat panik disergah anggota polis, pasangan kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta dekat Kilometer 5 Lebuhraya Kuantan-Segamat, di sini, bertindak memandu kira-kira 20 kilometer dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pada kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, pihaknya menerima panggilan orang awam yang melihat sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas menerima panggilan, dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menuju ke kawasan berkenaan dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan enjin dihidupkan diletakkan berhampiran kawasan semak.

"Anggota polis kemudian menghampiri kereta berkenaan dan melihat sepasang kekasih sedang memadu asmara dengan kedua-kedua kerusi pemandu dan penumpang hadapan direbahkan," katanya.

Menurutnya, anggota URB tersebut kemudian mengetuk cermin kereta beberapa kali dan mereka yang terkejut cuba melarikan diri dengan memandu pergi, namun sempat diekori anggotanya.

Katanya, kereta pasangan kekasih tersebut menuju ke arah Buloh Kasap sebelum memasuki Jalan Tasek Alai untuk ke arah Jementah sebelum berjaya dipintas serta ditahan di Kilometer 8 Segamat-Jementah.

"Kereta pasangan kekasih tersebut yang dipandu secara berbahaya turut menyebabkan sebuah motosikal ditunggang anggota URB mengalami sedikit kerosakan apabila bergeser dengan kereta suspek.

"Pasangan kekasih tersebut kemudian memberhentikan kereta kerana dipercayai hampir kehabisan minyak sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat," katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih berusia 17 dan 22 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut selain merujuk kes tersebut ke Jabatan Agama Islam Segamat.


Sebagai Ikon Belia Sepatutnya Beliau Tidak Hisap Dan Promote Vape

Posted: 15 Oct 2015 08:30 AM PDT

PANAS - Ikon Belia Negara Promosi Hisap Vape


Tabiat menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka.

Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok tembakau selain baunya tidak busuk jika dihidsap ditempat awam.

Namun keburukan vape ini ialah apabila ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan remaja bawah umur.

Jika dari segi masalah moral, sama juga seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah.

Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.

Jadi, untuk menggalakkan hal ini perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau orang yang diangkat sebagai ikon.

Tetapi yang sedikit panas ketika ini ialah seorang yang dianggkat sebagai 'Ikon Belia' yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.

Kerana tindakannya menghisap dan mempromosi vape ini di dalam laman Istagramnya, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Hamidi yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,



Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. 


Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. 


Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". 



Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.



Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. 

Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Salam sihat tanpa asap rokok. - Firdaavinci Azmi

- Siakapkeli.my


DAH LUPA KER SEJARAH SILAM... KIANAT TOK GURU NIK AZIZ

Posted: 15 Oct 2015 07:45 AM PDT

VIDEO - BERPELUKAN DENGAN NAZRI NAK DI SAMAKAN DENGAN BERPELUKAN DENGAN IBRAHIM ALI?

Posted: 15 Oct 2015 07:00 AM PDT






 


Teuku Zacharyah Iskandar with Wan Suhaijie Aupn.

Zar Ali's photo.

Kalau aku kata PAS BODOH nanti Marah pulak..

Gambar ini dirakamkan oleh Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan bagi mempromosi Pulau Mutiara sebagai salah satu pusat Perlancongan yg utama dalam negara kita.. 

Dan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang secara Professionalnya sudi bergambar bersama Menteri Pelancongan bagi mengisi Pamplet Pelancongan Malaysia untuk disebarkan ke seluruh dunia..

Tiada hubungan tersembunyi dan apa2 agenda Parti melainkan ianya adalah bagi membantu industri Pelancongan dalam Negara..


Kalau tak silap aku kesemua gambar2 ini diambil oleh Juru Gambar Professional dari luar negara..
Note:

Sesebuah parti Politik tidak akan maju ke hadapan jika ramai ahli dan pendukung parti terdiri daripada manusia yg Bebal lagi Dungu


Teuku Zacharyah Iskandar.

Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI.

PAS tidak rancang bawa usul hudud di Parlimen, kata Takiyuddin

Posted: 15 Oct 2015 06:15 AM PDT





PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam usahanya melaksanakan hudud di Kelantan. — Foto oleh Yusof Mat Isa


PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

"Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.

Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/

Mana Lapuran Kewangan GST ? Senyap saja tanpa berita......

Posted: 15 Oct 2015 05:45 AM PDT

Presiden Gerakan ikrar halang hudud atau letak jawatan

Posted: 15 Oct 2015 05:00 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan menghalang rang undang-undang hudud diluluskan di parlimen dan berikrar untuk meletak jawatan jika gagal melakukan dalam misinya itu.

"Jika hudud diluluskan di parlimen, saya rasa saya sudah gagal dalam melaksanakan tugas. Justeru saya akan meletak jawatan daripada kabinet," katanya.


Mah ketika ini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan pada 31 Mei 2014.


Mah ditemui media sempena persidangan tahunan parti itu hujung minggu ini.


Katanya, Gerakan juga membantah jika PAS berhasrat menyertai BN kecuali parti berkenaan - yang selama ini komited memperjuangkan pelaksanaan hudud - bersedia mengetepikan agenda berkenaan.


Bagaimanapun, kata Mah yang dipetik laporan Kwong Wah Yit Poh, dia yakin PAS tidak akan bersedia melupakan hudud dan hanya segelintir pihak yang percaya ia boleh berlaku.


Katanya, isu hudud tidak begitu hangat diperkatakan ketika ini namun beliau tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mengemukakan rang undang-undang itu sekali lagi dalam sidang parlimen yang akan bermula minggu depan.


Ketika ia cuba dibawa dalam sidang lalu, Mah berkata, kemungkinan untuk ia diluluskan adalah rendah namun dengan perubahan iklim politik negara ketika ini serta peningkatan sentimen perkauman, pelbagai perkara boleh berlaku.


"Kami berhubung denngan ahli parlimen Muslim dalam BN dan kesediaan mereka menyokong hudud tidak kuat. Situasi sekarang berubah dan mungkin sukar untuk memujuk mereka (supaya tidak menyokong hudud," katanya.


Jika rang undang-undang hudud dibentangkan di parlimen untuk diundi, kata Mah, ahli parlimen Muslim mungkin didesak untuk menyokongnya.

Ketika ini ada 136 orang ahli parlimen beragama Islam dan jika semuanya memberi sokongan kepada rang undang-undang itu, ia boleh diluluskan dengan majoriti mudah.

PRU-14 : PKR MAKIN BERWIBAWA ( tetapi kawasan muslim kena kerja keras)

Posted: 15 Oct 2015 04:15 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

SEJARAHnya election, PKR memang terus bertambah kerusinya dan PRU-13 boleh dijadikan bukti.
Keseluruhan PRU13, PR mendapat undi 52% sementara BN hanya 47% dan ini satu perkembangan yang cukup baik.

Anwar Ibrahim pernah meramal PRU yang akan datang PR akan mendapat sekitar 60% itu bermakna kerusi bakal diraih lebih dari 112 kerusi MP yang membolehkan PKR/DAP dan Amanah memerintah Malaysia.
Bagaimana pula di Sabah?

Saya melihat dan memerhatikan PKR boleh menawan kawasan2 tertentu yang majoritinya KDM seperti Sook, Nabawan, Penampang, Inanam, Kota Marudu dan lain2 sementara kawasan Keningau dan Tenom KDM kena kerja keras serta lipat gandakan usaha.

Sementara di kawasan bandar tidak ada masalah DAP akan tampil muncul sebagai juara dan parti yang mirip Cina tidak akan dapat menandingi kekuatan DAP di bandar.

Yang menjadi masalah sekarang ialah kawasan2 Melayu yang UMNO duduki di sekiar 30 kerusi.

Kerusi2 yang dimaksudkan antaranya Membakut, Bongawan, Papar, Labuan, Kawang, Kota Belud, Semporna termasuk yang di sekitar Lahad datu. Kawasan2 Sipitang, Beaufort, Lumadan rasanya boleh selamat dan dimenangi oleh PKR.

PKR terutama kawasan Bongawan, sepanggar, Silam dan sebagainya kena usaha lebih untuk menambat hati sebab di situ agak sukar sedikit ditembusil kecuali kerja keras.

KDM di kawasan Tenom, Kemabong kena gerak keras termasuk di Ranau sebab macam asyik diam dan juga kawasan Keningau dan kelihatannya DUN Liwan mudah ditawan kali ini tetapi meski terus usaha lebih.

Saya faham masalah PKR untuk menggerakkan parti tetapi itu bukan alasan kalau ahli2 di Cabang siap berkerjasama dan memahami keadaan semasa sebagai parti pembangkang.

Apa yang diharapkan ialah penyatuan sesama parti dan siapa saja dipilih nanti, semua ahli kena menyokong dan bersatu padu/hati untuk menumbangkan BN untuk membolehkan memerintah Sabah nanti demi kepentingan rakyat Sabah.

UMNO dalam keadaan yang tidak menentu inilah PKR ambil peluang dan peluang ini mudah digapai lagi bila UMNO dilawan satu sama satu.


Selamat perjuang

NURLIYANA ABDULLAH
15 OKT, 2015
5:40PM.

VIDEO - [TERKINI] Kenapa Aku Tinggalkan UMNO - Datuk Saifudin Abdullah

Posted: 15 Oct 2015 03:39 AM PDT


Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.

Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.



Saifuddin menyatakan beliau kecewa dengan cara Putrajaya menangani isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Beliau turut menyatakan bahawa beliau keluar dari UMNO kerana ketiadaan sebarang keinginan parti berkenaan untuk melaksanakan perubahan politik dan pembaikan parti.

"Namun begitu saya telah sekian lama dalam UMNO dan Barisan Nasional, saya tidak dapat ia dilakukan secara konklusif dan subtansif menyebabkan saya tidak serasi dengan UMNO," katanya.

Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini menyatakan PKR gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan.

"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Wan Azizah.


Tiada ulasan: