Jumaat, 16 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ada Sebab AMANAH Melaka Tangguh Penubuhan Pakatan Harapan..

Posted: 16 Oct 2015 01:37 AM PDT

Parti AMANAH Negara negeri Melaka (Amanah Melaka) telah mengambil ketetapan untuk menangguhkan dahulu penuhuhan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Melaka susulan perkembangan politik terkini yang berlaku di dalam negara.

Penangguhan tersebut dilakukan sementara mendapatkan jawapan dan kepastian dari AMANAH peringkat nasional berkenaan dengan kedudukan parti komponen PH yang ada menjalinkan hubungan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama PAS telah dilihat sebagai parti yang mesra PERKASA, sebuah ngo yang bersifat perkauman dan menodokong aspirasi UMNO.



Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, AMANAH Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia dan juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan (PH) di negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan AMANAH Melaka yang bermesyuarat pada malam semalam telah mengambil pendirian untuk :

1. Memohon untuk menangguhkan penubuhan PH di peringkat Negeri Melaka

2. Penangguhan ini dipohon sebab Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti komponen PH yang mengadakan kerjasama dengan PAS: dalam masa yang sama PAS turut mengadakan kerjasama dengan Perkasa.

3. AMANAH Melaka merasakan bahawa keputusan mana-mana parti komponen PH untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu bahawa Perkasa adalah NGO yang bersifat perkauman dan mendokong aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.

4. Sayugia diingatkan bahawa Perkasa telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping seringkali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.

5. Oleh hal yang demikian, AMANAH Melaka mengharapkan kepimpinan AMANAH Negara di peringkat Pusat dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.




Timb Menteri Ajak PAS & UMNO Bersatu, PAS Usah Segan Silu...

Posted: 15 Oct 2015 09:00 PM PDT

'PAS tiada maruah ke? Tak malu?' - Tajuddin Rahman

KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.




"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.

"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau berpandangan PAS tidak perlu menjalinkan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

Katanya, persamaan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO dan PAS dilihat sebagai sinergi untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

"Saya menyeru kepada pihak PAS, lebih baik kita bekerjasama, kita bersatu, matlamat perjuangan kita sama dan kita akan lebih berjaya lagi.

"Lebih berkesan lagi perjuangan kita kalau kita bersama daripad dia (PAS) masih lagi nak bergantung harap pada PKR ataupun puak pakatan yang secara terang-terang menolak mereka," katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS tidak bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya rasa UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Bukan kata UMNO ini terdesak.

"Kita tidak terdesak, tapi kalau PAS mahu bekerjasama alangkah cantiknya, kerana ia akan wujudkan kesatuan orang Melayu, kesatuan orang Islam yang boleh menjayakan agenda perjuangan kedua-dua belah pihak," ujar Tajuddin.

Katanya, Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dilihat semakin bercelaru tatkala PAS pula terpinga-pinga mencari rakan sinergi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS kini hanya menjalin kerjasama politik dengan PKR dan tiada keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Amanah dan DAP.

Kerjasama politik dengan PKR itu termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

"Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi, (tetapi) DAP dan Amanah kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru," kata Mohd Amar.

ULASAN GB

Itu, timbalan menteri UMNO sudah mengajak PAS untuk bekerjasama.

PAS sepatutnya tidak tersipu-sipu malu untuk menyahut ajakannya. UMNO dilihat jujur dengan pelawaannya terhadap PAS.

Jika PAS sudah boleh bekerjasama (oops.. silap.. bersetuju... oooops silap lagi... dah tak ada di lamanweb PAS) dengan PERKASA yang selama ini terkenal dengan sikap rasis dan perkaumannya, maka tiada sebab untuk PAS menolak pelawaan UMNO itu. Tak tahu malu ker bekerjasama/bersetuju dengan "anak" UMNO, tapi tak bekerjasama/bersetuju dengan "bapak"nya?

Lagi pun sebelum ini PAS memang ada menjalinkan hubungan dengan UMNO, jika tidak masakan Presiden PAS sendiri membuat kenyataan kononnya ada pihak yang cemburu hubungan PAS-UMNO... INI BUKAN FITNAH, JIKA FITNAH PRESIDEN PAS DAH LAMA NAFI ATAU SAMAN AKHBAR INI...



Sebenarnya,

Tiada ulasan: