WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PAKSA PI BALA KELUAR NEGARA: PIHAK TERLIBAT AKAN DIDEDAHKAN
- MASTER PLANNING UG???
- APA YANG USTAZ NI MELALUT?????... BANTUAN SAR DAN KES AZAN
- FITNAH TERHADAP KERAJAAN DAP P.PINANG KETERLALUAN
- PERGOLAKAN PKR: DR WAN AZIZAH DAPAT MANDAT ISYTIHAR PAKATAN HARAPAN
- FATWA LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA P. PINANG WAJAR DICONTOHI
PAKSA PI BALA KELUAR NEGARA: PIHAK TERLIBAT AKAN DIDEDAHKAN Posted: 02 Oct 2015 09:12 PM PDT Paksa PI Bala keluar negara: Pihak terlibat akan didedahkanPosted By: PentadbirPersonaliti yang terlibat dalam perbalahan akuan berkanun (SD) penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan didedahkan tidak lama lagi dengan kemasukan semula saman RM2 juta terhadap peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kata peguam Americk Sidhu. Americk yang mewakili A. Santamil Selvi, memberitahu The Malaysian Insider perbicaraan dijadualkan pada awal tahun depan juga akan mendedahkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembuangan secara paksa Balasubramaniam dan keluarganya ke luar negara. Balasubramaniam, yang juga dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2013, tidak lama selepas keluarga itu pulang dari India. Balasubramaniam juga merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya. Semalam, Deepak yang mewakili dirinya sendiri, memberitahu 3 hakim Mahkamah Rayuan yang beliau bersetuju dengan dakwaan Santamil dan 3 anaknya serta mengakui rayuan itu. "Saya melakukan perkara yang betul (di mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas itu, tetapi enggan mengulas lanjut. Americk berkata, tidak akan ada rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Deepak tidak mencabar rayuan Santamil untuk mengembalikan saman beliau kerana konspirasi. "Kita akan tahu urutan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 yang mengaitkan beberapa orang yang mempunyai peranan penting menyebabkan pemergian Balasubramaniam dan keluarganya," kata Americk kepada The Malaysian Insider. Dalam SD pertama Balasubramaniam pada 3 Julai 2008, beliau melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya. Bagaimanapun pada keesokan harinya, beliau menarik balik SD pertama dengan kenyataan bersumpah kedua. Balasubramaniam dan keluarganya meninggalkan Malaysia selepas menandatangani SD kedua. Deepak dikatakan menguruskan perjalanan mereka sekeluarga meninggalkan negara melalui Singapura. Peguam itu berkata Santamil akan memberi keterangan bersumpah kerana terlibat dengan apa yang berlaku. Deepak juga dijangka memberitahu versi beliau. Pada 14 Jun tahun lepas, Santamil dan anak-anaknya, Kishen, Menaga dan Reeshi, memfailkan saman, mendakwa kerugian dan kerosakan akibat secara paksa keluar dari Malaysia. Plaintif menuntut ganti rugi perbelanjaan yang dilakukan semasa berada di Chennai, India termasuk kos penginapan, pengangkutan, yuran sekolah, kehilangan gaji Balasubramaniam dan Santamil. Mereka juga menuntut bayaran bagi penderitaan mental yang dialami. Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik perdana menteri Datuk Johari dan Datuk Nazim, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arulampalam dinamakan sebagai defendan. Bagaimanapun pada Disember, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman Santamil dengan alasan balu itu tidak mempunyai keupayaan memfailkan tindakan bagi pihak harta suaminya. Mahkamah Rayuan pada bulan April mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan notis rayuan Santamil adalah cacat. Bagaimanapun, Deepak bukanlah responden dalam rayuan Santamil di Mahkamah Rayuan. Pada 6 Mei, Deepak memecat peguamnya Gabriel Daniel dan firma guaman M/s Paul Ong dan Associates daripada mewakilinya dalam saman itu. Deepak berkata akan memfailkan usul untuk mengemukakan keterangan selanjutnya yang beliau tidak terlibat secara sukarela dalam pembatalan saman Santamil di Mahkamah Tinggi. |
Posted: 02 Oct 2015 09:09 PM PDT Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua... OLEH GREENBOC PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-AqsaNampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan. Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok. Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE), sebuah poster juga telah turut dikeluarkan. Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek. Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan. Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. (sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini) Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua. Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek. Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa? Whatever....hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... niat sebenar PAS akan terus terdedah akhirnya nanti.... TAMBAHAN GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan. Alasan Presiden PAS kali ini: Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua... |
APA YANG USTAZ NI MELALUT?????... BANTUAN SAR DAN KES AZAN Posted: 02 Oct 2015 05:42 AM PDT |
FITNAH TERHADAP KERAJAAN DAP P.PINANG KETERLALUAN Posted: 02 Oct 2015 04:52 AM PDT Semakin hebat fitnah ke atas Dap. Atas mimbar tuduh Dap anti Islam. Ada juga tok2 lebai yg kuat finah hanya sekadar dengar berita dari puak2 amno....Kesian mereka dibodohkan.Kat Tv3 suku pun burukkan Dap sebagai rasis. Larangan guna pembesar suara di masjid/surau selain dari Azan yg disebut oleh Tok Peti P.Pinang pun disalahkan Dap... Tuduh Dap P.Pinang hentikan bantuan pulak.... |
PERGOLAKAN PKR: DR WAN AZIZAH DAPAT MANDAT ISYTIHAR PAKATAN HARAPAN Posted: 02 Oct 2015 04:19 AM PDT Pergolakan PKR: Dr Wan Azizah dapat mandat isytihar Pakatan Harapan0Hanya dua minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, terdapat pihak dalam parti itu mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu. Perbincangan awal Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat. "Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September). "Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut. "Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu. Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal". Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu. Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen. "Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider. Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu. Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu. Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan. Wan Azizah dapat mandat Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya Pas perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang. Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP. "Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'. "Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan. Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila situasi sebenar dijelaskan kepada mereka, katanya. Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana Pas tidak akan mahu menyertainya. "Malah presiden Pas tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami. "Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah. "Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan Pas. "Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu. Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad. Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan Pas. Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Pas, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu. |
FATWA LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA P. PINANG WAJAR DICONTOHI Posted: 02 Oct 2015 04:17 AM PDT Fatwa larangan guna pembesar suara P. Pinang wajar dicontohiLarangan menggunakan pembesar suara kecuali sewaktu azan di masjid dan surau yang dikeluarkan jabatan mufti Pulau Pinang wajar dicontohi negeri-negeri lain, kata ahli Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan Pusat Wan Ji Wan Hussin. "Ditegaskan tokoh-tokoh maqasid syariah, seperti Al-Syatibi dan al-Izz bin al-Salam, bahawa syariah diturunkan untuk memberi kebaikan kepada manusia, dan berusaha menolak sebarang kerosakan dari tertimpa kepada manusia. Ekoran itu, tiada hairan kita dapati tindakan yang mengganggu orang ramai berbentuk berbuat bising tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. "Laungan yang kuat yang dibenarkan dalam Islam, semestinya wujud dalam agama secara nas yang saheh dan sareh (jelas, tanpa takwilan). Ekoran itu, yang diketahui secara nas yang saheh dalam Islam, tiada laungan yang kuat dari dalam masjid sehingga kedengaran di luar masjid seperti bacaan al-Quran, syarahan agama dan sebagainya. Yang wujud hanya melaungkan azan sahaja. Ia bertujuan untuk mempamerkan syiar agama, menyeru manusia untuk menunaikan solat dan memberi tahu tentang masuknya waktu solat. "Memandangkan Malaysia punyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan. Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid pada selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong. Malahan, ia perlu dijadikan contoh dan tauladan di semua negeri -negeri di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. Tambah Wan Ji, pihak BIPPA AMK menganggap bahawa disebalik fatwa Mufti Pulau Pinang itu, terkandung maksud mahu menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara penganut agama dan bangsa. Budaya ini tidak sewajarnya dilihat dari sudut orang Islam sahaja, malahan amat wajar diambil tauladan sama oleh kalangan penganut agama selain Islam. "Justeru, orang bukan Islam juga wajar turut sama tidak melakukan gangguan suara kecuali dalam perkara yang sememangnya wujud dalam agama atau budaya mereka. Jika di pihak muslim wajib meraikan pengamalan yang berbentuk bunyian yang kuat dalam agama non muslim, maka non muslim di negara ini juga wajar turut sama menghormati dan meraikan laungan azan yang dilakukan oleh pihak orang islam. "Pihak BIPPA AMK berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa agar budaya saling hormat menghormati dan saling rai-meraikan antara agama dan kaum di negara ini kekal berbudaya secara sihat. Ia bagi memastikan terjamin masa depan negara dengan jayanya," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan