Jumaat, 2 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


RoS lulus penubuhan Amanah semalam

Posted: 02 Oct 2015 07:00 PM PDT


Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.

Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan itu diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.

"Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Amanah, pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui kongres luar biasa itu parti berkenaan melantik jawatankuasa baharu iaitu Mohamad Sabu sebagai pengerusi dan Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi.

Ahli jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (naib pengerusi 1), Hasanuddin Mohd Yunus (naib pengerusi 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (setiausaha agung), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penolong setiausaha), Asmuni Awi (bendahari agung) dan Suhaizan Kaiat (setiausaha organisasi).

Razin berkata parti itu turut melantik 13 ahli jawatankuasa lain dan 2 juruaudit.

Pada 31 Ogos lepas, Mohamad yang merupakan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Amanah, yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.

Bagaimanapun, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan.

GHB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas. – Bernama, 2 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

RoS lulus penubuhan Amanah semalam

Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan itu diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.
"Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Amanah, pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui kongres luar biasa itu parti berkenaan melantik jawatankuasa baharu iaitu Mohamad Sabu sebagai pengerusi dan Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi. Ahli jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (naib pengerusi 1), Hasanuddin Mohd Yunus (naib pengerusi 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (setiausaha agung), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penolong setiausaha), Asmuni Awi (bendahari agung) dan Suhaizan Kaiat (setiausaha organisasi).
Razin berkata parti itu turut melantik 13 ahli jawatankuasa lain dan 2 juruaudit.
Pada 31 Ogos lepas, Mohamad yang merupakan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Amanah, yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.
Bagaimanapun, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan.
GHB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas. – Bernama, 2 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ros-lulus-penubuhan-amanah-semalam#sthash.jFVRHHDT.dpuf

PERINGATAN BUAT PM NAJIB & SAIFUL BULKHAIRI !!

Posted: 02 Oct 2015 06:30 PM PDT


Selagi kamu dan Saiful zalim terhadap DSAI, selagi itu lah HIDUP KAMU BERDUA tidak akan "AMAN DAN TENTERAM" -


Oleh itu....sudah tiba masanya DSAI dibebaskan - dan jadikan lah beliau sebagai "TAHANAN DIRUMAH" - memandangkan usia beliau sudah menjangkau 68 tahun.... 

Bertindak segera sebelum terlambat.... 

 
AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBAT MU, NAJIB DAN SAIFUL...

 

Patah tangan dibelasah gara-gara hina ibu orang

Posted: 02 Oct 2015 06:00 PM PDT


 
KAMPAR – Seorang cedera di tangan dan kepala selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan enam lelaki, termasuk tiga beradik di tepi jalan masuk Labu Kuchi, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, anggotanya segera ke lokasi kejadian dan menahan enam lelaki berusia antara 17 sehingga 32 tahun dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, pergaduhan tercetus apabila suspek berusia 20 tahun bertindak menghina ibu seorang lagi suspek berusia 17 tahun.

"Akibat tidak puas hati, mereka bertemu semula pada waktu petang dan berlaku pergaduhan antara satu sama lain sehingga menyebabkan suspek berusia 20 tahun itu mengalami patah tangan dan luka di kepala.

"Suspek yang cedera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Difahamkan, polis turut merampas beberapa senjata iaitu kayu panjang dan sebilah parang dipercayai digunakan suspek dalam insiden tersebut.

Kong Soon berkata, semua suspek terbabit telah direman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.



BLM


BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Posted: 02 Oct 2015 05:15 PM PDT


(sertai facebook DrMAZA.com)

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. 

Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. 

Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. 

Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. 


Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. 


Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:


"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 


"Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.


Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). 


Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. 

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: 

http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.


5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:


"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. 


Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. 

Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?


6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. 


Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
 
 
 
DrMAZA.com

Cina Bergabung Dengan Rusia Bantu Basyar Untuk Memerangi Muslim Sunni Syria

Posted: 02 Oct 2015 04:45 PM PDT



Laman berita intelejen Zionis Israel "Debka" melaporkan bahwa pemerintah Cina akan ikut bergabung dengan Rusia dalam operasi tentera bersama mendukung rejim Bashar Al Assad di Syria.

Seperti disiar Debka dari sumber intelejen yang tidak mahu diperkenalkan identitinya mengatakan, "Cina telah mengirimkan kapal induk Liaoning beserta kapal rudal penjelajah menuju pelabuhan Tartus, Syria, sehari setelah pertemuan Presiden Putin dan PM Netanyahu pada 21 September lalu."

Sumber menambahkan, "Dalam pertemuan di ibukota Moskow, Putin sengaja tidak memberitahu Netanyahu mengenai pergerakan arah kapal induk China ke laut Mediterania timur, dan dijadualkan akan tiba di pelabuhan Syria pada 6 minggu mendatang."

Menurut informasi yang didapat sumber menunjukan bahawa Cina berencana akan menempatkan satu skuadron jet tempur G 15 Cina, serta helikopter Z -18F dan Z-18J, selain 1.000 Marinir Cina.

"Jelas bahawa kedatagan Cina dalam perang di Syria akan dapat mengubah jalannya revolusi rakyat Syria yang berjalan sejak tahun 2011 lalu," ujar sumber tersebut.

Tajuddin nafi beri amaran mahu lempang Cina M'sia Kow Gah Chie

Posted: 02 Oct 2015 09:15 AM PDT


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menafikan memberi amaran untuk "melempang" golongan Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

Justeru, katanya, tiada keperluan untuk beliau memohon maaf, walaupun didesak banyak pihak, termasuk ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

"You cakap sama dia (Chong), jangan cakap banyak. Apa mahu cakap banyak.

"Dia ada situ bila saya buat sidang media? Dia hanya ambil dari Malaysiakini. Dan apa dilapor tak sepenuhnya benar," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mendakwa laporan itu disalah petik oleh portal berita ini.
 
Tajuddin juga berkata Chong yang sepatutnya memohon maaf kepada dia kerana membuat desakan itu.

"Dia yang patut minta maaf kerana minta saya minta maaf," kata Tajuddin sambil mempersoalkan sama ada Chong hadir dalam sidang medianya berkaitan perkara itu.

"Saya tidak bimbang. Saya tidak buat apa-apa salah," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.

Malaysiakini semalam melaporkan Tajuddin, yang juga timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu melibatkan kenyataan Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia ketika lawatannya ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Malaysiakini

YB Nik Abduh setuju larangan pembesar suara

Posted: 02 Oct 2015 08:30 AM PDT


Nik Abduh setuju larangan pembesar suaraKUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah disokong Pemuda Pas berdasarkan sunnah Rasullullah.

Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.

"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," katanya.

Menurutnya, Pas telah membuat pendirian itu sejak dahulu lagi.

"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah," katanya.

Beliau berkata, perkara ini timbul apabila masyarakat bukan Islam menjadi majoriti negeri itu.

"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," katanya.-SH


DAP mahu mufti Perak nasihat timbalan menteri mahu ‘lempang Cina’

Posted: 02 Oct 2015 07:45 AM PDT


DAP mahu mufti Perak nasihat timbalan menteri mahu 'lempang Cina'Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria perlu menasihati Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina, kata Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Tajuddin yang merupakan peminpin Umno dari Perak sebelum ini dilaporkan media memberi amaran kepada kaum Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada negara luar.

"Kita kena tengok dulu, dia dari Pasir Salakkan? Mufti Perak kena bagi nasihat pada dialah," kata Tangku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab itu pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, ahli DAP Sheikh Omar Ali menyifatkan kenyataan Tajuddin menggambarkan kegagalan seorang pemimpin negara berhadapan dengan kepelbagaian rakyat yang ada di Malaysia.



"Beliau (Tajuddin) adalah seorang timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, timbalan menteri dalam Kabinet kerajaan. Pemimpin kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ini ada pelbagai bangsa.

"Selalunya, apa yang keluar secara spontan daripada mulut seseorang adalah jujur dan mencerminkan apa yang ada dalam fikiran mereka," kata Sheikh yang juga pegawai khas kepada Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

dd

Pada sama, Sheikh turut mengaitkan ucapan anggota Majlis Tertinggi Umno itu pada perhimpunan "baju merah" 16 September lalu yang membuktikan Tajuddin bersikap perkauman.

"Selepas kenyataan seperti 'apa lagi Cina mahu?', sikap acuh tak acuh terhadap himpunan baju merah yang dilatari sentimen perkauman, tindakan Tajuddin hanyalah mengukuhkan lagi wajah sebenar mereka (Umno) yang tidak boleh dipisahkan dengan sentimen perkauman sempit," kata Sheikh kepada The Malaysian Insider.

Media sebelum ini melaporkan Tajuddin membuat kenyataan kontroversi mahu melempang rakyat Cina di Malaysia.  

Namun, beliau hari ini menafikan perkara tersebut dan enggan memohon maaf kerana tidak membuat kenyataan sebegitu.-TMI


NGO wanita tolak kenyataan Rosmah di luar negara

Posted: 02 Oct 2015 07:00 AM PDT


NGO wanita tolak kenyataan Rosmah di luar negaraKumpulan-kumpulan wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.

"Malangnya perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang digambarkan," kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG).

"Perkahwinan kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti disebut Rosmah."Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun berkahwin pada tahun itu.

Empat tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin sebelum umur 19.Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.

Berhubung resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan usaha menamatkannya.

dd

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women's Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

Bernama kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.

Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.-Mkini


Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadi

Posted: 02 Oct 2015 06:15 AM PDT


Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadiYang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.

Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya.

Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai.Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi.

"Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malasian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu.


ee
Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri.

"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah.

Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi.Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya.-TMI


Mahkamah kembalikan tuntutan balu PI Bala

Posted: 02 Oct 2015 05:30 AM PDT


Mahkamah kembalikan tuntutan balu PI BalaMahkamah Rayuan hari ini mengembalikan tuntutan saman RM2 juta dipohon balu kepada saksi utama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, iaitu penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, sebagai ganti rugi sepanjang 5 tahun mereka sekeluarga tinggal dalam buangan di India.

Panel 3 hakim dipengerusikan Vernon Ong Lam Kiat membenarkan rayuan A Santamil Selvi itu selepas responden, pengusaha permaidani Deepak Jaikishan, tidak membantah permohonan itu.

Deepak, yang mewakili dirinya, memberitahu panel hakim beliau berhasrat untuk mengalah dalam pendiriannya berhubung kes itu."Saya bersetuju dengan tuntutan plaintif (Santamil dan anak-anaknya), saya tidak akan mencabar rayuan itu," katanya kepada hakim.Ong: Adakah kamu sedar akibatnya?

Deepak: Saya ada membuat kenyataan di media sebelum ini. Saya tidak boleh menafikan kenyataan berkenaan, kalau tidak akan dikatakan menghina mahkamah.

Mahkamah tidak memerintahkan kos kepada Santamil, dan mengarahkan perkara itu dibawa ke Mahkamah Tinggi.Pengurusan kes ditetapkan pada 23 Oktober.

 
Peguam Americk Sidhu yang mewakili Santamil memberitahu The Malaysian Insider, Mahkamah Tinggi perlu mengadakan perbicaraan."Mahkamah Tinggi akan mendengar tuntutan Santamil terhadap Deepak saja," kata peguam.

Tuntutan itu difailkan pada Julai tahun lalu mungkin akan mendedahkan peranan beberapa individu yang menghantar Santamil dan keluarganya hidup dalam buangan susulan kontroversi menyelubungi 2 akuan berkanun (SD) dibuat Balasubramaniam membabitkan Altantuya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini juga termasuk mengapa Balasubramaniam dipaksa menarik semula SD pertamanya yang membangkitkan mengenai pembabitan Najib dengan Altantuya, dan mengapa mendiang dan keluarga dipaksa meninggalkan negara pada 2008 untuk selama 5 tahun. 

Balasubramaniam meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac, 2013, seminggu selepas beliau dan keluarga kembali dari India.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim pada Disember membenarkan permohonan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik perdana menteri Datuk Johari dan Datuk Nazim Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M Arulampalam untuk membatalkan tuntutan balu berkenaan.

Hasnah berkata Santamil kekurangan kapasiti untuk memfailkan tindakan bagi pihak mendiang suaminya.Mahkamah Rayuan pada April mengekalkan perintah membatalkan permohonan itu oleh Mahkamah Tinggi dengan alasan notis rayuan Santamil cacat.

Bagaimanapun, Deepak bukan responden dalam rayuan Santamil ke Mahkamah Rayuan.Pada 6 Mei, Deepak memecat peguamnya Gabriel Daniel dan firma M/s Paul Ong dan Associates daripada mewakilinya dalam tuntutan itu.

Deepak berkata beliau akan memfailkan usul untuk mengemukakan bukti lanjut beliau bukan pihak sukarela yang menolak tuntutan Santamil di Mahkamah Tinggi.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu "menarik kembali keseluruhan kandungan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008.

"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa," katanya.SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Mahkamah Persekutuan awal tahun ini menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 bekas polis komando, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Sirul, yang melarikan diri ke Australia sebelum hukuman dijatuhkan, kini ditahan di pusat tahanan imigresen susulan notis merah yang dikeluarkan Interpol terhadap penahanannya. – TMI


Peguam sarankan Raja Muda Selangor saman Rahim Thamby Chik

Posted: 02 Oct 2015 04:45 AM PDT


Peguam sarankan Raja Muda Selangor saman Rahim Thamby ChikRaja Muda Selangor yang dituduh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memeluk agama Kristian perlu memfailkan saman terhadap bekas ketua menteri Melaka itu, kata peguam.Peguam Syahredzan Johan berkata, Rahim jelas melakukan kesalahan secara peribadi terhadap kerabat diraja Selangor.

"Raja Muda perlu memfailkan saman di mahkamah," katanya, kepada The Malaysian Insider.Syahredzan, yang juga anggota Majlis Peguam berkata, pihaknya menentang penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk menghukum pesalah.

"Akta itu tidak harus digunakan terhadap Rahim kerana saya merupakan salah seorang yang mahukan akta itu dimansuhkan. Biarkan mereka selesaikannya secara peribadi," katanya.

 


Akta Hasutan katanya hanya boleh digunakan jika seseorang itu menimbulkan kebencian terhadap pemerintah.Sebaliknya, Rahim sudah berulang kali membuat permohonan maaf kepada Istana Selangor.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata, walaupun Rahim berulang kali memohon maaf kepada istana, perbuatannya yang melanggar tatasusila itu tidak bertanggungjawab dan mengandungi unsur fitnah.

"Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan Rahim, Dewan Diraja Selangor berpendapat dan merumuskan kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-­unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor," katanya.

Syahredzan berkata, permohonan maaf itu hanyalah faktor kelegaan yang digunakan Rahim sekiranya beliau disaman.Laporan The Star menyebut Rahim sudah membuat permohonan maaf sebanyak 3 kali selepas posting di laman sosial miliknya sejak 4 hari lalu.-TMI


Sekarang, Tajuddin kata 'lempang, tampar tidak sesuai dengan kedudukan saya sebagai ahli politik'

Posted: 02 Oct 2015 04:00 AM PDT


Sekarang, Tajuddin kata 'lempang, tampar tidak sesuai dengan kedudukan saya sebagai ahli politik'PETALING JAYA: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang terkenal dengan membuat kenyataan kontroversi menafikan beliau menggunakan perkataan seperti 'lempang' dan 'tampar' terhadap orang Cina yang mengadu masalah di luar negara.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, penggunaan perkataan seumpama itu tidak sesuai dengan kedudukannya yang telah lama menjadi ahli politik. 

"Macam mana saya boleh guna perkataan 'lempang' dan lain-lain? Ini bahasa budak-budak sekolah. Wartawan ini, saya tidak faham dengan dia. Itu tafsiran dia.

"Saya bukannya budak-budak lagi. Macam mana saya boleh guna perkataan seperti itu! Jika saya mahu berkata sesuatu, ia seharusnya bersesuaian dengan kedudukan saya sebagai ahli politik veteran," katanya kepada The Star Online."Cina Malaysia adalah warga Malaysia. Jika ada sebarang masalah di negara ini, selesaikannya secara dalaman," tambahnya.

Tajuddin pada sidang media sempena pelancaran Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 dilaporkan memberi amaran kepada orang Cina Malaysia supaya tidak mengadu mengenai kerajaan negara ini kepada pihak luar dengan harapan akan mendapat pembelaan daripada kerajaan asing. 

Beliau berkata, golongan seperti itu sepatutnya dikenakan 'lempang'.

Tajuddin memberitahu The Star Online bahawa beliau "hanya mengingatkan" kaum Cina yang berharap untuk meraih perhatian dengan mengadu masalah di luar negara.

"Masih terdapat segelintir orang Cina yang fikir mereka ada 'godfather' untuk bela dan bantu mereka. Saya ulang, hanya segelintir.

"Ia hanya sebagai peringatan. Dia (wartawan) menggunakan perkataan 'amaran' dalam laporan dia," katanya.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han menyelar kenyataan Tajuddin dan menuntut supaya membuat permohonan maaf. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan di laman web parti itu pada Khamis, Kohd berkata, 
perkataan tersebut jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia dan hanya mengundang ketegangan yang berlaku dalam kontroversi berkaitan dengan Duta China ke Malaysia.

"Kami terkejut dengan kenyataan yang tidak logik dan bersifat rasis itu datang dari seorang timbalan menteri dan pemimpin Barisan Nasional.

ss

"Kami menggesa Tajuddin untuk menyatakan dengan jelas bilakah orang Cina Malaysia mengadu kepada kerajaan asing mengenai kerajaan Malaysia, dan bila orang Cina Malaysia berkata bahawa mereka berhasrat untuk 'kembali' ke China?" kata Koh.

Beliau berkata, tanpa sebarang bukti mengenai rakyat Malaysia membuat aduan kepada pihak luar, Tajuddin dilihat menyalahgunakan peluang untuk memulakan sentimen perkauman dengan memfitnah orang Cina Malaysia. 

"Kenyataan keterlaluan seumpama itu hanya dikeluarkan daripada pihak esktremis. Semua orang Cina Malaysia dilahirkan dan dibesarkan di sini.

"Tiada sesiapa berhak untuk memfitnah mana-mana kaum, sama ada Melayu, Cina, India atau kaum lain kerana tindakan seperti itu boleh ditafsirkan sebagai menghina Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak semua kaum, dan tindakan itu boleh dikenakan hukuman."Koh menggesa Tajuddin supaya segera menarik balik kenyataannya.

"Jika beliau berani untuk menampar mana-mana orang Cina, MCA tidak akan duduk diam. Orang Cina Malaysia bangga dengan Malaysia.

"Kenyataan Tajuddin boleh dijadikan sebagai lawak antarabangsa dan hanya merosakan imej Malaysia yang telah lama dipelihara dengan baik sejak dulu," katanya.

Dalam satu taklimat khas pada 29 September lalu, Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang telah mengulangi bahawa beliau tidak pernah berniat untuk mengganggu hal ehwal domestik Malaysia menerusi kenyataan yang dibuatnya di Petaling Street pada 25 September lalu apabila beliau mengatakan China mengecam terhadap mereka yang melakukan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.

Dr Huang memberi amaran bahawa negaranya tidak takut menyuarakan terhadap insiden yang mengancam kepentingan negara, melanggar hak-hak rakyat dalam menjalankan perniagaan, atau mengganggu hubungan antara Malaysia dan China.-Mstar


Umno BN Menggelupur Dengar Berita Ini?

Posted: 02 Oct 2015 03:15 AM PDT

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya.

Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden.

Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif.

Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu.

Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 10,000 menjelang Disember.

"Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan," katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS.


Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP.
ADDIN

Mesyuarat dalaman, Zahid akan gantikan Muhyiddin...???

Posted: 02 Oct 2015 02:36 AM PDT




Di atas kertas Tan Sri Muhyiddin Yassin memang masih timbalan presiden Umno, tetapi di peringkat dalaman parti kedudukannya dipercayai semakin dipencilkan.

Sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menguatkan lagi spekulasi itu.

Melalui surat berkenaan, anggota bahagian perancangan strategi parti - dikenali sebagai Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) - dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad ini.

Apa yang menarik perhatian, mesyuarat itu sepatutnya dipengerusikan Muhyiddin atas kapasitinya sebagai pemimpin nombor dua Umno.

Bagaimanapun mesyuarat di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur itu kali ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid kini naib presiden Umno.


Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada penggantian itu untuk mesyuarat terkini itu sahaja atau berterusan.

Perubahan mengejutkan

Menurut sumber, perubahan tugas mempengerusikan mesyuarat itu mengejutkan ketika Muhyiddin terus menyatakan kesetiaannya kepada Umno, walaupun diketepikan Datuk Seri Najib Razak daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

"Bagaimana Ahmad Zahid sebagai naib presiden boleh menggantikan Muhyiddin yang kini masih timbalan presiden?" katanya kepada Malaysiakini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri oleh Najib selepas lantang menyuarakan kritikan terhadap cara perdana menteri menguruskan isu 1MDB.

Turut digugurkan dari kabinet, seorang lagi tokoh kanan Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu juga sering membangkitkan keresahan rakyat terhadap pelbagai isu negara, terutama 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib.

Di sebalik pemecatan itu kedua-dua tokoh berkenaan tetap menyatakan ikrar untuk kekal bersama Umno.

Ubah pramesyurat MT

Sumber berkata, satu lagi perubahan dibuat Najib mutakhir ini ialah mengubah proses pramesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Biasanya sebelum mesyuarat MT, akan ada mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan ia juga dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno," katanya.

Kini, kata sumber itu, mesyuarat itu tidak lagi diadakan sebaliknya ia dikenali sebagai "biro khas politik".



"Ia dipengerusikan oleh presiden Umno sendiri," katanya.

Sumber menjelaskan, keadaan itu menunjukkan seolah-olah Najib memang tidak lagi yakin pada timbalannya dalam parti dan terus mengetepikan bekas menteri besar Johor itu daripada tugas penting dalam Umno.

Sementara itu sumber lain menyatakan, tugas mempengerusikan kedua-dua mesyuarat itu bukan hak eksklusif timbalan presiden.

Katanya, tugas berkenaan boleh digantikan oleh tokoh lain yang dirasakan sesuai oleh pemimpin parti.

"Memang Muhyiddin masih timbalan presiden tetapi beliau dilihat enggan mendengar cakap presiden. Pada masa sama, ada pemimpin lain yang mahu mendengar cakap presiden," katanya.

Difahamkan Muhyiddin ada membangkitkan isu itu dalam mesyuarat MT baru-baru ini tetapi Najib dikatakan tidak menjawab pertanyaan berkenaan.


Bloglist Malaysia.

Razlan: Kalau ada harga diri, keluarlah, Saifuddin

Posted: 02 Oct 2015 12:30 AM PDT


Lebih ramai pihak tampil mendesak bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah keluar Umno selepas hadir dalam pertemuan pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan baru-baru ini.

"Kalau ada harga diri yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia," kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kepada Malaysiakini.

Beliau mengibaratkan dengan keadaan di tempat kerja yang mana seseorang pekerja harus meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk berkhidmat di tempat itu.

"Jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi," katanya.

Razlan juga berkata, berdasarkan ulasan Saifuddin jelas dia berpendapat formula Umno menyelesaikan masalah Melayu tidak seiring dengan idea "politik baru" yang diketengahkannya.

"Jadi kalau beliau percaya kepada politik baru ini boleh diterima rakyat, pergilah buka parti baru atau pergi masuk pembangkang," katanya.

Walaupun sering mengeluarkan pandangan melawan arus, tindakan Saifuddin hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.

Ke mana hilang bijaksana, keikhlasan Hadi?

Posted: 01 Oct 2015 11:45 PM PDT


Khalid Samad     

ULASAN Apabila mendengar mukadimah ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam rakaman video Mukhayyam Tarbawi PAS Kawasan Machang pada 3 September di Rusila, saya sebenarnya merasa lega.

Terdetik dalam hati saya bahawa kebijaksanaan dan keikhlasan mungkin sudah kembali kepada pimpinan bekas parti saya yang telah saya sertai sekian lama.

Malangnya kenyataan di penghujung video itu tidak sebijak atau seikhlas permulaannya.

Malang sekali apabila kebijaksanaan dan keikhlasan yang diceduk dari kisah para sahabat hanya diceritakan tetapi tidak dicontohi.

Apabila beliau berhadapan dengan suasana yang sama – walaupun jauh tidak mencabar – tidak pula dimanfaatkan kebijaksanaan yang diceritakan. Sepatutnya kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan Saidina Ali dijadikan pedoman dan panduan, bukan sekadar untuk diceritakan.

Perang saudara

Ucapan Ustaz Hadi Awang bermula dengan mengisahkan perang antara Saidatina Aisyah dan Saidina Ali, iaitu perang Jamal. Ianya peperangan yang tercetus selepas sahaja Ali dilantik sebagai khalifah keempat setelah Saidina Uthman dibunuh.

Maka di atas rasa kewajipan membela Saidina Uthman, Aisyah telah mengepalai bala tentera yang terdiri dari para sahabat, termasuk Talhah dan Az-Zubair. Akhirnya mereka bertempur dengan tentera di bawah pimpinan Ali yang juga terdiri dari para sahabat.

Dalam persoalan ini, di mana Aisyah mengangkat senjata menentang Ali yang merupakan Khalifah yang sah, Ustaz Hadi tegaskan, ianya hasil kejahilan dan ketidakmampuan memahami keadaan politik dengan tepat oleh pihak Aisyah.

Ianya perbezaan pandangan dan pendekatan dan oleh itu, mereka tetap rakan dan saudara seislam dan Aisyah serta Talhah dan Zubair adalah tetap ahli syurga.

Ustaz Hadi meneruskan lagi dengan menjelaskan bahawa begitu juga dengan pihak Khawarij. Pihak Khawarij ini adalah golongan yang mengkafirkan Saidina Ali dan mencaci dan memaki-hamun Saidina Ali secara terbuka di khalayak ramai.

Mereka pernah mengugut untuk membunuh Ali. Namun apabila Ali ditanya oleh para sahabat "siapa mereka ini?"

Ustaz Hadi menjelaskan bahawa Ali menjawab, "mereka adalah saudara kita, kalau mereka hadap kita, kita lawan, mereka lari kita biarkan mereka lari, jangan kejar, buat tak tahu".

Golongan Khawarij ini terdiri dari golongan muda, kuat beribadat, semangat tinggi tetapi semangat mereka mengatasi ilmu mereka.

Kisah pengajaran

Semasa peristiwa ini berlaku, Saidina Ali merupakan khalifah yang sah. Namun apabila ditentang sehingga ke peringkat mengangkat senjata sekalipun, beliau tetap bertindak secara bijaksana, adil dan penuh keikhlasan.

Saidina Ali tidak mengkafirkan golongan yang menentangnya sewenang-wenangnya sambil menuduh mereka sebagai "terkeluar dari jemaah Muslimin" atau menghalalkan darah mereka. Beliau juga tidak menuduh dan memfitnah mereka dengan tuduhan liar seperti "ingin meruntuhkan binaan Islam", "gadai prinsip Islam" dan "gila jawatan" atau pun yang sebagainya.

Sebaliknya beliau menyatakan keadaan sebenar, secara adil dan ikhlas tanpa berusaha memburukkan keadaan dengan fitnah dan tohmahan demi kepentingan dirinya.

Saidina Ali mengakui dan memahami, kesemua itu berlaku dalam keadaan masing-masing inginkan keadilan dan kebenaran, berniat baik walaupun ada yang jahil dan tersilap pendekatan. 

Beliau berusaha mendamaikan dan di mana pendamaian tidak mungkin, beliau tidak sama sekali mengeruhkan lagi suasana dengan tuduhan liar terhadap pihak yang satu lagi walaupun mereka angkat senjata menentangnya!

Di atas sifat adilnya Ali, maka perperangan dengan Aisyah berakhir dengan baik dan Aisyah sendiri mengakui kesilapan beliau kemudiannya. 

Adakah itu mungkin sekiranya Saidina Ali bertindak secara sewenang-wenangnya terhadap Aisyah dengan menuduhnya dengan tuduhan yang direka-rekanya?


Sudah pasti tidak.

Walaupun Saidina Ali terbunuh dan tidak berjaya masalah golongan Khawarij, sejarah menjadi saksi akan ketelusan dan kejujuran Ali dalam menangani perbalahan ini.

Seperti dengan kes Aisyah, Saidina Ali berkata benar terhadap golongan Khawarij dan tidak mengkafirkan mereka sewenang-wenangnya atau menuduh mereka dengan tuduhan yang direka-reka.

Dan sebenarnya itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang bijak lagi adil dan ikhlas. 
Sejarah menjadi saksi akan keadilan dan keikhlasan Ali walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan sangat mencabar.

Peristiwa perang Jamal dan kemunculan Khawarij itu berlaku supaya ianya menjadi pengajaran, contoh dan tauladan untuk diikuti, bukan sekadar sebagai bahan cerita.

Mari kita lihat pada keadaan perbalahan yang telah berlaku di dalam PAS sehingga terhasilnya suasana sekarang. Cuba kita aplikasikan pengajaran dari peristiwa yang berlaku pada zaman Saidina Ali yang dijelaskan sebentar tadi.

Perlu ditanya, adakah jawatan presiden sebuah jemaah Islam, seperti PAS, boleh disamakan dengan jawatan Amirul Mukminin? Adakah perbalahan yang berlaku dalam PAS tempoh hari dan antara Parti Amanah Negara dan PAS dewasa ini sehingga ke tahap mengangkat senjata? Sudah pasti jawapan untuk kedua-dua soalan tersebut adalah "tidak".

Walaupun kedudukan dan hak dirinya untuk ditaati tidak seperti Saidina Ali dan penentangan yang dihadapinya tidak sekeras penentangan yang dihadapi Ali, namun reaksi presiden PAS terhadap keadaan sekarang jauh lebih keras berbanding respon dari Saidina Ali.

Adakah sikap ini wajar?

Di sisi presiden PAS, tindakan kami seolah-olah lagi teruk dari tindakan Aisyah dan Khawarij dan oleh itu kumpulan kami mengikut beliau mesti dihapuskan. PAS boleh bertahalluf dengan lawan sekalipun tetapi tidak dengan AMANAH yang digelar pengkhianat.

Siapa yang dikhianati? Kalau sekadar tidak mahu mengikut kepimpinannya atas sebab-sebab telah bertukar wajah, adakah bererti kami sudah khianati Islam? Adakah semestinya Islam itu hanya berlegar di sekeliling PAS?

Dan demi membenarkan sikap beliau maka terpaksa direka tuduhan dan fitnah.

Pembohongan

Ustaz Hadi cuba menjustifikasi sikap dan tindakan beliau terhadap kami yang tidak lagi bersetuju dengan kaedah yang dipilih beliau, sehingga kami keluar dan menyertai AMANAH.

Maka beliau mereka pula tuduhan yang langsung tidak masuk akal. Antara yang disebut dalam video tersebut adalah: "Ingin meresapkan Pakatan Rakyat dalam PAS sehingga PAS tiada lagi"

Sekiranya tuduhan itu benar, bahawa kami tidak ingin wujudnya parti politik Islam secara tersendiri dan ingin ianya larut hilang dalam Pakatan Rakyat, mengapa kami bersusah payah menubuhkan sebuah parti baharu yang berasaskan Islam?

Tidakkah lebih mudah kami masuk sahaja PKR atau DAP dan dengan itu soal meresapkan parti Islam dalam Pakatan Rakyat sehingga hilangnya identiti dan perjuangan parti Islam tersebut akan terus tercapai?

Hakikat bahawa kami berusaha mewujudkan parti Islam baru yang tersendiri dengan identiti tersendiri adalah bukti bahawa tuduhan tersebut adalah satu pembohongan yang jelas dan nyata.

Kedua, Ustaz Hadi mendakwa: "Peguam mereka ingin pinda perlembagaan sehingga hilang kuasa Al-Quran, sunnah, ijma dan qiyas dalam PAS"

Ini malangnya satu lagi pembohongan yang jelas dan nyata. Budaya membohong dan memfitnah merupakan budaya baru dalam PAS. Hakikat bahawa ia diteruskan adalah bukti bahawa tiada kekesalan terhadap wujudnya budaya fitnah dan label-melabel oleh golongan asatizah muda dalam PAS. Malahan ianya disambut dan dikembangkan pula oleh presiden PAS sendiri.

Cubalah fikirkan, jika kami tidak ingin Al-Quran, sunnah, ijma dan qiyas sebagai panduan, apa guna dinyatakan Islam adalah dasar perjuangan Parti Amanah Negara?

Sebenarnya pindaan perlembagaan yang diusahakan oleh golongan peguam adalah di atas arahan AJK PAS Pusat. Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Asmuni Awi dan jawatankuasa ini belum lagi selesaikan tugasnya.

Sekiranya selesai, cadangan pindaan itu perlu dikemukakan ke AJK PAS Pusat terlebih dahulu untuk diluluskan. Sekiranya diluluskan di peringkat AJK PAS Pusat maka perlu pula ianya dikemukakan kepada muktamar untuk kelulusan sebelum menjadi muktamad.

Oleh itu amat besarlah pembohongannya apabila dituduh golongan peguam yang selama ini berkhidmat untuk kepentingan PAS, secara ikhlas dan percuma, mempunyai niat jahat seperti itu. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertindak atas arahan AJK PAS Pusat yang juga termasuk presiden sendiri.

Saya akan tulis penjelasan berhubung tuduhan ini secara khusus dan lebih terperinci di dalam artikel seterusnya, lengkap dengan cadangan pindaan yang ingin dibawa.

Tuduhan ketiga: "Mereka mahu jadikan PAS Sekular"

Pembohongan bahawa kami ingin jadikan PAS sekular tidak perlukan penjelasan panjang. Kalau kami inginkan sebuah parti sekular maka kenapa pula kami menyertai PAS? 

Kenapa pula disebut Islam sebagai dasar Parti Amanah Negara? Tidakkah sekular itu bererti memisahkan agama dari politik? Semesti orang yang sekular tidak akan bersama atau mewujudkan parti politik Islam.
Tuduhan keempat: "Perancangan antarabangsa"

Tidak cukup dengan pembohongan di atas, maka dijaja pula "Perancangan Antarabangsa". Kalau diulang dengan beberapa kali boleh kedengaran semakin mirip Umno. Sama seperti tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen kuasa asing, kuasa antarabangsa. 

Atau alasan untuk membela Datuk Seri Najib Razak yang kononnya ingin dijatuhkan hasil perancangan antarabangsa.

Kalau ada sebarang "perancangan antarabangsa", sekalipun maka ianya semestinya inginkan supaya PAS kembali ke zaman 60-an. Berseorangan, terpencil dan kurang sokongan. Dan inilah yang sedang dilakukan secara sedar atau tidak oleh pimpinan PAS sekarang.

Pada masa yang sama PAS pula memainkan peranan tradisi Umno iaitu menguar-uarkan ancaman kaum Cina dan bahayanya DAP, yang sudah pasti hanya menyebabkan Melayu terus bersama Umno/BN.

Mungkin itulah sebenarnya perancangan antarabangsanya. Supaya Umno/BN kekal berkuasa dengan bantuan PAS.

Ya benar, DAP memang menyebut mereka lebih selesa berurusan dengan kumpulan kami dan mereka mengharapkan kami kekal sebagai pimpinan PAS dalam muktamar yang lepas. Itu adalah kerana mereka telah banyak berurusan dengan kami dalam usaha membina kekuatan Pakata sejak 2008 dan melalui Barisan Alternatif sebelum dari itu.

Pihak lain dalam PAS hanya menikmati hasil usaha bersama ini sehingga menang 15 kerusi di Selangor dan sebagainya. Mereka tidak pernah turun bertemu dan berbincang dengan pimpinan bukan Islam seperti yang dari DAP.

Oleh itu apabila pimpinan DAP melihat kami diserang teruk sebelum muktamar, maka DAP khuatir wajah PAS akan berubah dan kemenangan bersama yang diperolehi selama ini akan hancur berderai. 

Tetapi apakah salah untuk mereka berpendirian begitu? Ia bukan persoalan ingin menguasai PAS tetapi ingin PAS kekal atas pendekatan yang sama.

Hakikatnya kekhuatiran mereka terbukti berasas. PAS sekarang tidak seperti PAS dahulu dan kekuatan yang sekian lama dibina hancur berderai.

Adakah wajar usaha DAP untuk menyatakan sokongan mereka terhadap golongan yang bersama membina Pakatan Rakyat tempoh hari diselar sebagai usaha campur tangan kuasa asing dan perancangan antarabangsa?

Apa bukti yang dikemukakan untuk menyokong tuduhan ini? Adakah rakyat boleh yakin dengan corak kepimpinan yang suka menuduh dan memfitnah tanpa asas dan bukti? Sudah pasti rakyat tertanya-tanya, bolehkah kepimpinan sebegini menjamin keadilan sekiranya diberikan kuasa?

Pokoknya, PAS perlu contohi pendekatan Saidina Ali apabila menangani suasana perbezaan pendapat dan pendekatan. Akui kebenaran yang wujud pada pihak lain, walaupun sekiranya hanya dianggap sebahagian sahaja yang benar dan kebenaran itu pula tidak begitu tepat.

Fahami niat dan tujuan mereka dan perakui kewajaran niat dan tujuan itu walaupun tidak bersetuju dengan kaedah pendekatannya. Maka barulah akan terzahir keadilan dan keikhlasan kepimpinan dalam Islam.

Tidak perlu memfitnah dan mereka-reka cerita serta menuduh tanpa bukti. Untuk terus berbohong dan mereka-reka cerita serta melemparkan fitnah, itu bukan kaedah pimpinan Islam. Itu, bagi pandangan saya yang bukan ulama ini, mungkin boleh digambarkan seakan-akan kaedah pendekatan yang selalu dimainkan oleh Umno.


KHALID SAMAD ahli jawatankuasa pusat Parti Amanah Negara dan MP Shah Alam. Tulisan ini pertama kali disiarkan di blognya, khalidsamad.com.

Tiada ulasan: