Sabtu, 24 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ADA DUIT DALAM BANK

Posted: 24 Oct 2015 06:30 PM PDT










ADA DUiT

DALAM BANK









'Api dalam sekam' cuba musnahkan negara, kata Najib

Tanpa menamakan individu berkenaan, Najib berkata tidak tersangka orang itu tergamak berbuat demikian.


KAH KAH KAH
woit
rupa rupanya
ada api dalam sekam
bakar bontot sapa
kah kah kah
napa tak cakap
ada duit dalam ambank
kah kah kah
kalau sebut baru betul
kah kah kah

TiPU LAGi

--------------

MATI MENUNGGU

Posted: 24 Oct 2015 06:00 AM PDT






KERAJAAN

TELAH GAGAL

MANA NGO

ALAM SEKITAR
 

Kesan asap beracun Indonesia atasi manfaat pertanian, kata saintis


Asap yang disebabkan kebakaran hutan di Indonesia merupakan campuran gas yang mengandungi beberapa jenis racun, terdiri daripada sianida dan juga ammonia, menurut ahli sains yang membuat kajian terhadap jerebu itu di Palangka Raya, Indonesia.
Begitu juga, kesan daripada kebakaran itu, dahulunya berfungsi membersihkan tanah untuk tujuan pertanian, terhadap kesihatan dan biodiversiti, mengatasi manfaat membuka lebih banyak tanah untuk kerja penanaman, kata seorang saintis dengan Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (Cifor).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kesan-asap-beracun-indonesa-atasi-manfaat-pertanian-kata-saintis#sthash.km4JHJXT.dpuf



RAMAI WARGA

MULA ALAMI

GELISAH

RESAH BATUK

DEMAN

MENUNGGU

UDARA BERSIH





-------------

BERITA GEMPAR

Posted: 23 Oct 2015 11:00 PM PDT




13 ketua cawangan Umno 

Negeri Sembilan

 gesa Najib letak jawatan parti



13 Negri Sembilan Umno 

branch chiefs

 urge Najib to step down


----------

ADA SOTONG DI PORT DICKSON

Posted: 23 Oct 2015 09:50 PM PDT






SEMUA MULA

DTELOK


KEMANG


DPORT

DiCKSON 

13 ketua cawangan Umno Negeri Sembilan gesa Najib letak jawatan parti


Tiga belas ketua cawangan Umno dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletak jawatan sebagai presiden parti bagi memulihkan kredibiliti Umno sebelum pilihan raya umum akan datang.
Di bawah pimpinan ketua cawangan Umno dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu menerima perubahan dan ia perlu bermula dari presiden, Najib yang juga perdana menteri.
"Kami berpendapat, lebih baik presiden meletak jawatan supaya Umno tidak akan menjadi mangsa dan dihukum oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami tidak yakin keadaan hari ini akan membawa sebarang kesan positif pada PRU14," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson hari ini.
Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018. – 24 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/13-ketua-cawangan-umno-negeri-sembilan-gesa-najib-letak-jawatan-parti#sthash.2mWGl29s.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ini sejarah
ini betul betul sejarah
sejarah telok kemang
sejarah port dickson

LU TAK TAHU

LU GI MATILAH


-------------

CARI DERMA LAGI

Posted: 23 Oct 2015 09:18 PM PDT








CARi DERMA

TOK ARAB



Universiti awam tersepit lepas belanjawan?


Kementerian Pengajian Tinggi menyaksikan pemotongan peruntukan besar bawah belanjawan 2016.
Menurut Jangkaan Perbelanjaan Persekutuan, peruntukan untuk kementerian itu akan dipotong sebanyak RM2.4 bilion.

KAH KAH KAH
bujet kurang 2.4 bilion
najib dpt derma 2.6 bilion
pelik melik
macam di susun susun
macam diatur atur
kah kah kah

REMBAT LAGI



-------------

MANA HILANG NGO ALAM SEKITAR?

Posted: 23 Oct 2015 08:34 PM PDT






MANA NGO


ALAM SEKITAR

NGO SAHABAT

ALAM

MANA DiA

GREENPEACE

KOMENTAR
ketika ini  kemana
hilangnya ngo alam sekitar
inilah masa untuk bangun
inilah masa  berjuang
masa untuk beri khidmat
pada orang ramai

nama selalu didengar
tapi kenapa sekarang
senyap?


Jerebu: 27 kawasan 'tidak sihat'

Sebanyak 27 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang merekodkan bacaan tertinggi ialah Pasir Gudang (154), diikuti Kota Tinggi (147); Pelabuhan Klang (140); Larkin Lama dan Shah Alam (masing-masing 137); Kuala Selangor (127); Putrajaya (126); Banting dan Bandaraya Melaka (masing-masing 125); Bukit Rambai (124); dan Petaling Jaya (123).
Kawasan lain yang terlibat ialah Seremban (122); Nilai dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 117); Port Dickson (116); Tanjung Malim (115); USM (113); Kangar, Muar dan Bakar Arang, Alor Setar (masing-masing 111); Langkawi dan Seberang Jaya (masing-masing 110); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (108); Alor Setar (105); SK Jalan Pegoh, Ipoh (102); dan Seri Manjung (101).

Perai pula kini berada pada paras sederhana (IPU 100) berbanding tidak sihat (120) malam tadi.
Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Samarahan (100); Jalan Tasek, Ipoh dan Kuching (masing-masing 96); Sri Aman (94); Kg Air Putih, Taiping (89); Kuala Terengganu (88); Balok Baru, Kuantan (84); Jerantut (83); Tawau (82); Kemaman (79); Sibu (78); Sarikei (72); Kapit (71); Bintulu (69); Indera Mahkota dan Paka(masing-masing 68); Miri (64); Sandakan (61); Keningau (58); ILP Miri (56) dan Kota Kinabalu (53).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

WARGA TELAH

LET
iH KECEWA

H
iDUP DALAM

BAHAYA
!


----------------

TPPA - BANI MELAYU TIDAK TAHU

Posted: 23 Oct 2015 07:00 PM PDT







BANI MELAYU TIDAK TAHU


Minggu lalu saya mengakhiri tulisan dengan mengatakan bahawa dalam perjanjian TPPA ini tidak ada sesiapa yang tahu isi kandungan secara teperinci. Saya juga mengatakan  bahawa Najib Razak, Tok Pa, Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin juga tidak tahu buah butir  perjanjian ini. Perbincangan TPPA ini dijalankan secara rahsia . Jika  semua rahsia siapa yang tahu?
Kita wajib berterima kaseh kepada Julian Assange. Anak lelaki kelahiran Australia ini  yang pada ketika ini sedang  menyelamatkan diri ' menyorok ' dalam kedutaan Ecuador di London  samenjak tahun 2012. Julian dikhendaki oleh kuasa Amerika  kerana membocorkan banyak rahsia-rahsia jahat  Amerika.

Sebagai Ketua Pengarang Wikileaks - Julian telah membocorkan banyak  maklumat Amerika  dan maklumat kerajaan yang jahat termasuk kerajaaan Malaysia kepada rakyat dunia. Sosok saperti  Chelsea Manning dan Edward Snowdon  bertanggung jawab menjadi pembocor. Mereka bekerjasama dengan Julian. 

Chelsea Manning bekas soldadu Amerika yang bertugas di Iraq kini dipenjara 35 tahun kerana membocorkan rahsia jahat Amerika dalam Perang Iraq. Edward Snowdon pakar IT di  Jabatan Keselamatan Negara Amerika  lari ke Hong Kong kemudian mendapat suaka politik di Rusia. 

Satu contoh terbaik pembocoran Wikileaks ialah  draft penjanjian Anti-Couterfeiting Trade Agreement - ACTA. Perjanjian ACTA ini adalah percubaan Amerika untuk mengkontrol dan mengawal semua hak milik intelektual. Rancangan Amerika ini telah digagalkan apabila  YB ahli Parlimen Eropah mendapat maklumat rahsia perjanjian dari Wikileaks. Hasilnya: ACTA telah  ditolak dan  digagalkan.
Kes yang sama juga telah terjadi dengan TTPA. Orang ramai, aktivis dan Ngo  tahu sadikit tentang penjanjian TPPA ini kerana Wikileaks telah membocorkan empat bab pejanjian ini. 

Empat bab perjanjian TPPA yang dibocorkan oleh Wikileaks ini memang TIDAK mencukupi untuk mengetahui kesemua butir perjanjian tetapi maklumat ini telah memadai untuk orang ramai sedar dan memahami bahawa Amerika akan menggunakan TPPA ini sebagai  jala untuk menangkap semua negara agar  tunduk kepada kepentingan kaum pemodal Amerika.

Antara empat pekara yang telah bocor dalam penjanjian TPPA ialah:

1- TPPA akan memansuhkan semua rintangan untuk membolehkan syarikat gergasi internasional  masuk melabur dimana-mana negara yang menandatangai TPPA

2- TPPA akan memastikan hak milik intelektual  dimiliki oleh syarikat Amerika untuk menjadikan harga ubatan  melambung tinggi

3- TPPA mengkontrol hak milik intelektual yang akan menghalang inovasi digital dan mengkuburkan hak asasi

4- TPPA akan membenarkan syarikat multinational menyaman kerajaan

Adalah fakta -  TPPA telah mengadakan banyak perbincangan. Tetapi semuanya tertutup. Semuanya rahsia.  Semua butir maklumat dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai yang memiliki kepentingan dalam perjanjian ini. Semua dirahsiakan kerana imperialis Amerika tahu  jika butir maklumat ini diketahui umum maka saperti  ACTA - perjanjian TPPA ini juga akan ditolak.

Tok Pa yang menjadi wakil Malaysia ke perbincangan TPPA  telah berbohong kepada kita semua. Tok Pa atau Mustapha Muhamad anak Kelantan keturunan  Bani Melayu ini telah  berbohong.  Tok Pa dari Parti Politik Ketuanan Melayu yang memanggil parti mereka  United Malays National Organisation telah menipu semua Bani Melayu di Tanah Melayu ini. 

Pembohongan dan penipuan ini  boleh dibuktikan dengan senang dan tuntas. Buktinya : Bani Melayu dan rakyat Malaysia TIDAk tahu apa isi perjanjian TPPA ini. Bani Melayu dan rakyat  Malaysia ada kepentingan dengan TPPA. Sebagai warga negara - kita semua adalah  ' stake holder' atau pemegang  saham. Justeru orang ramai wajib tahu apa tertulis dalam Perjanjian TPPA. 

Ketika perbincangan TPPA berjalan orang ramai  TIDAK diberitahu bahawa dibelakang TPPA ini  ialah syarikat gergasi multinasional. Syarikat besar inilah yang merancang dan menyusun agenda TPPA. Syarikat ini memainkan peranan yang lebih besar dari kerajaan, dari Ngo atau dari kumpulan yang berkepentingan.  

Syarikat ini memastikan kepentingan perniagaan mereka diutamakan. Keuntungan maksima menjadi pedoman Perjanjian TPPA ini

Dalam kes Malaysia - parti Ketuanan Melayu ini telah digunakan untuk menipu Bani Melayu. Ini kerana jika Bani Melayu diberi  tahu dan disedarkan  bahawa Tanah Melayu akan dijual kepada syarikat gergasi antarabanga  pasti bani Melayu akan membantah.
Dalam tulisan ini saya buktikan bagaimana Tanah Melayu ini sedang dijual kepada  syarikat multinasional.

Melalui maklumat yang dibocorkan oleh Wikileaks kita tahu bahawa syarikat  antarabangsa  ini telah melakar perjanjian TPPA ini  untuk memastikan semua rintangan perniagaan  yang wujud hari ini dilupuskan.

Tidak akan ada lagi sekatan kepada syarikat multinasional untuk beroperasi di Tanah Melayu.  Contohnya - mungkin orang ramai TIDAK sedar  bank HSBC - bank multinasional ini dihadkan  dari membuka cawangan dari apa yang ada sekarang. Tetapi apabila TTPA ditandatangai maka rintangan dan peraturan bentuk ini akan lupus. HSBC boleh membuka cawagan dimana sahaja untuk menjadi persaingan hebat kepada MayBank.

Malah perjanjian ini juga akan memesongkan dasar luar negara parti Bani Ketuanan Melayu yang mengakui sebagai pejuang Islam. Segala bentuk syarikat  Zionis Yahudi yang memberi dana kepada Israel  untuk 'menggasak' warga Arab Palestin boleh membuka perniagaan di Tanah Melayu tanpa halangan.

Dalam perjanjian TPPA ini  Meh Esah & Lebai Jusuh Guaman Pasir Mas  yang  lulus  Undang-Undang Shariah dari UIA - yang Bahasa Inggeris lorat Kelantanya  tunggang langgang -  boleh membuka firma guaman di  Fifth Avenue New York. Dalam masa yang sama Baker & MCKenzie New York boleh juga membuka pejabat guaman di KLCC . Ini kesamarataan dalam konsep TPPA. 

Tidak akan ada lagi apa halangan. Peguam, doktor, jurukira, arkitek dan dan dan... Para profesional dari Amerika atau dari mana sahaja boleh datang masuk dan membuat apa saja bentuk profesion mereka di Tanah Melayu. Tidak ada lagi benteng yang mengaweal hal anak tempatan.

Ini maknanya kedaulatan Tanah Melayu telah lupus. Semua terbuka luas. Hakikatnya -  dalam kata yang kasar - hak keistemewaan  Bumiputera akan lupus  dalam perjanjian TPPA ini. Hak Raja-Raja Melayu pun akan lupus dan Raja Raja Melayu akan jatuh dibawah naungan syarikat  multinasional.

Yang istemewa dalam TPPA bukan Bumiputera tetapi bahawa syarikat gergasi multinasional.

Perjanjian TPPA ini juga membolehkan Kerajaan Malaysia di saman oleh syarikat multinasional. Kerajaan boleh disaman jika syarikat multinasional ini mengalami  kerugian. Sila ulang baca - mengalami kerugian - ini bukan saya silap tulis tapi ini adalah  maklumat rahsia yang dibocorkan oleh Wikileaks.

Apa yang saya tulis ini mungkin susah hendak dipercayai. Mustahil Kerajaan Ketuanan Melayu ini akan disman oleh Syarikat  Zionis Yahudi. Dalam Perjanjian TPPA kerajaan disman bukan mustahil.
Menyaman kerjaaan ini termaktub dalam  fasal yang disebut ISDS - Investor-State Dispute Settlement. Fasal ini membenarkan syarikat yang mendapati mereka rugi kerana dasar kerajaan tempatan. Bunyi fasal ISDS ini macam gila tetapi ini adalah fasal yang dilakar oleh  syarikat multinasional dalam TPPA. 

Jika kurang yakin biar saya buktikan bahawa pada ketika ini telah ada kerajaan yang telah disaman oleh syarikat gergasi multinasional melalui ISDS.
Mengikut data yang tidak diumumkan oleh Bangsa Bangsa Bersatu - semenjak  15  tahun kebelakangn ini terdapat 127 kes dimana kerajaan telah disaman oleh syarikat multinasional.

Kerajaan Ecuador telah disaman  1.b bilion dolar oleh syarikat minyak  Occidental Petroleum. Kerajaan Ecuador telah kalah.

Pada ketika ini secara senyap-senyap secara berahsia kerajaan Australia dan Uruguay telah disman oleh syarikat tembakau Philip Moris. Syarikat Philip Moris membantah langkah kerajaan Australia dan Ecuador mengurangkan iklan rokok dan meletakkan tanda amaran - rokok bahaya -  pada rokok keluaran Philip Morris.

Poland dan  Slovakia telah juga disaman oleh syarikat Insuran Multinasional  kerana dua kerajaan ini membatalkan projek penswastaan hospital mereka.

Paling memeranjatkan  kepada rakyat dunia ialah bagaimana kerajaan Mesir telah disaman oleh syarikat multinasional Veolia Peranchis kerana kerajaan Mesir mahu tangga gaji menima untuk kaum buruh Mesir dinaikkan.

Saman-saman ini berlaku kerana negara ini telah menanda tangani ISDS. Syarikat multanasional merasakan bahawa jika syarikat mereka mengalami kerugian maka merekan akan menyaman. Fasal ISDS ini ada dalam Perjanjian TPPA.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Semua ini adalah fakta. Tetapi fakta dan berita-berita  ini tidak diberitahu kepada Bani Melayu. Malah ahli parti United Malays National Organisation sendiri tidak tahu pekara ini.

Minggu lalu Tok Pa membuat lawak seram. Dia berkata bahawa Malaysia boleh keluar dari perjanjian TPPA ini jika TIDAK menguntungkan Malaysia. Ini lawak seram kerana  butiran fasal-fasal yang termaktub dalam perjanjin TPPA ini tidak diketahui. Apa yang kita ketahui hanya maklumat yang telah dibocorkan oleh Wikileaks. 

Jika isi kandungan perjanjian ini tidak  diketahui bagaimana  hendak dikenali  sama ada kita untung atau rugi.

Lawak paling bodoh ialah cadangan untuk membincangkan TPPA ini di sidang Parlimen. Saya ingin bertanya berbincang apa? Hendak membincangkan apa?  Kita berbincang jika kita tahu apa yang hendak dibincangkan. Jika isi Perjanjian TPPA ini rahsia - apa yang boleh kita bincanghkan? 

Pada hemat saya kita hanya ada dua pilihan bila berhadapan dengan TPPA. Kita terima atau kita tolak TPPA. Jika kita terima Perjanjian TPPA bermakna Tanah Melayu terjual. Jika kita tolak  Perjanjian TPPA kedaulatan Tanah Melayu tidak tergugat. Ini sahaja pilihan yang kita ada. (TT


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------------

Tiada ulasan: