Sabtu, 24 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perdana Menteri Najib Razak semakin ditolak oleh Umno

Posted: 24 Oct 2015 03:00 AM PDT

Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presidennya mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

 Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

 "Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

 "Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

 "Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.

Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan. Baca lagi di sini

 Perdana Menteri Najib Razak semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana :

1) Sewaktu mesyuarat perwakilan UMNO di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

2) Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

 Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

3) Pergerakan Pemuda UMNO Labis juga mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

4) Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin pada 16 Ogos lalu sebulat suara meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. 

Berapa lamakah lagi Najib mampu bertahan?

Harum Manis, Kelapa Muda, Kelapa Tua

Posted: 23 Oct 2015 11:39 PM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA 

 Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

 Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

 "Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

 Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.

 "Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

 Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

 Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan.

 Semalam di Dewan Rakyat, ketika ramai pemegang jawatan utama PAS tidak mengangkat sepanduk "Mana 2.6 bilion" sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan pembentangan Bajet 2016, Mahfuz sebaliknya turut mengangkat sepanduk. Bukan sahaja di dalam Dewan, beliau turut membawa sepanduk itu ketika di lobi Parlimen bersama wakil rakyat Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, bekas ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR.

 Turut mengangkat sepanduk bersama ialah Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, walaupun masih kekal dalam PAS.

 Ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan ketika itu, tetapi tidak mengangkat sepanduk ialah setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan Nasarudin Hassan (Temerloh) dan ketua pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas). Ketika Mahfuz sibuk dengan Harum Manis, seorang pemimpin PAS lain berkata: "Saya kelapa muda, hijau di luar putih di dalam," membayangkan warna hijau dan putih selaras warna rasmi PAS.

 Namun, seorang ahli PAS yang pro Amanah pula berkata: "Buat apa kelapa muda, isinya sikit takda santan. Baik kelapa tua, warna perang dekat oren, isinya tebal, tahan bila jatuh, isinya boleh keluar banyak santan." – 24 Oktober, 2015. ~ sumber

Nak Jadikan PAS parti Sekular : Khalid Samad Cabar Hj Hadi buktikan tuduhannya

Posted: 23 Oct 2015 07:00 PM PDT

 Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara, YB Khalid Samad melalui tulisannya di sini telah mencabar Presiden PAS Hj Hadi supaya membuktikan tuduhannya bahawa cadangan pindaan perlembagaan yang diusahakan untuk PAS tempohari bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular.

 Menurut Khalid, Presiden PAS telah menuduh JK Pindaan Perlembagaan "ingin pinda perlembagaan sehingga hilang kuasa Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas dalam PAS". Sedangkan apabila dilihat kepada cadangan pindaan berhubung 'Hukum dan Kekuasaan' iaitu Fasal 7, kedudukan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas kekal sebagai hukum tertinggi.

 Menurut Khalid, JK Pindaan Perlembagaan dan perlantikan Saudara Asmuni sebagai Pengerusinya adalah keputusan AJK PAS Pusat. 

 Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang ingin dipinda telah dibincang secara umum dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. 

 Beliau dengan tegas menafikan pindaan perlembagaan tersebut sebagai satu konspirasi bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama.

 Antara perkara yang ingin dilakukan mengenai keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8), adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan 'conflict of interest' atau pertembungan kepentingan.

 "Cadangan pindaan itu apabila siap hendaklah dikemukakan kepada AJK PAS Pusat untuk persetujuan. Selepas dipersetujui AJK PAS Pusat, ianya hendaklah dibawa ke muktamar untuk kelulusan. Oleh itu pindaan perlembagaan ini akan dibincangkan oleh muktamar untuk mendapat persetujuan, " jelas Khalid.

 Beliau turut menyatakan, perbezaan antara AMANAH dan PAS adalah soal pendekatan bukan aqeedah. Beliau menyelar pendekatan fitnah dan berbohong digunapakai oleh Presiden PAS dan kumpulannya kerana tidak mampu menangkis melalui perbahasan dan penghujahan.

  Khalid menganggap tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan mereka yang setandan tersingkir, supaya tindakan penyingkiran itu dapat diterima ahli PAS.

Tiada ulasan: