Selasa, 20 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


APA KEPUTUSAN HAKIM

Posted: 20 Oct 2015 07:12 PM PDT








JAM 10.12 PAGi

MAHKAMAH

SUDAH BUAT

KEPUTUSAN

LU PIKiRLAH

APA HAKiM

ROYAK GAWA

MAHA TAHU

GWA DALAM

KANDANG

KAH KAH KAH










-------------

RASUAH BERTERUSAN

Posted: 20 Oct 2015 06:39 PM PDT








PEGAWAI TINGGI MARA YANG DINAMAKAN DI AUSTRALIA MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN SEJAK SKANDAL MARA DIDEDAHKAN


Skandal pembelian hartanah oleh MARA yang melibatkan MARA terlebih bayar sehingga RM129 juta pada kala biasiswa dan pinjaman pendidikan MARA dipotong telah didedahkan dalam bulan Jun 2015. Selain dari beberapa pengumuman pendek mengenai perlantikan juru audit bebas untuk menyemak urusniaga-urusniaga itu, sehingga kini rakyat masih belum mendapat maklumat mengenai tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pegawai-pegawai tinggi MARA yang terbabit/disyaki terbabit di dalam skandal ini.

Walaupun jumlah RM129 juta yang disyaki diselewengkan dalam bentuk bayaran melebihi harga pasaran tidaklah setinggi skandal 1MDB yang mencecah dana sehingga RM50 bilion, nilainya tetap besar kerana itu jumlah yang boleh dilaburkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan pinjaman pendidikan seperti mandat asal MARA.

Rakan saya di National Oversight & Whistleblowers (NOW), Saudara Akmal Nasir telah ke Melbourne dalam bulan Julai 2015 untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai urusniaga dan siapa yang terbabit. Selain dari nama-nama yang telah diketahui umum, saya terkejut kerana nampaknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap seorang pegawai tinggi MARA yang pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang memiliki syarikat-syarikat yang terbabit dengan pembelian hartanah ini.

Semakan saya di laman Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelaburan induk yang menguruskan pelaburan dan aset MARA dan dimiliki sepenuhnya oleh MARA masih menunjukkan seorang yang bernama sebagai Nazim Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.

Jika siasatan dalaman oleh MARA di bawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dibuat dengan teliti, siasatan itu sudah tentu akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama di dalam syarikat yang terbabit di dalam urusniaga hartanah MARA di Australia. Malah, siasatan ringkas juga akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman kenal rapat dan mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang lain dalam syarikat-syarikat lain selain dari syarikat yang terbabit dalam urusniaga hartanah MARA.

Ini menimbulkan satu percanggahan kepentingan ("conflict of interest") apabila Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA yang menguruskan pelaburan aset MARA mempunyai kepentingan perniagaan di dalam syarikat yang berurusan dengan MARA dalam pembelian hartanah di Australia.

Malangnya, skandal ini nampaknya cuba didiamkan begitu sahaja dan sehingga kini tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke mahkamah atau diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa baik MARA sendiri atau SPRM.
 
Oleh yang demikian, saya akan mendedahkan dokumen-dokumen yang diperolehi dari Australia termasuklah dokumen mahkamah di sana yang secara jelas menamakan individu-individu yang terbabit . Saya berharap tindakan diambil terhadap mereka ini termasuklah seorang EXCO Pemuda Umno yang dinamakan secara jelas di dalam dokumen-dokumen tersebut. 
  

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



------

ORANG ASAL DIHALAU

Posted: 20 Oct 2015 06:00 PM PDT








20 Oktober 2015
ISU PEROBOHAN PENEMPATAN ORANG ASAL KAMPUNG DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN, KLUANG

Perkampungan orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin Kluang telah bertapak sejak lebih kurang 45 tahun yang lalu. Ia telah mula diterokai oleh Ajon Bin Bakar.
Namun, merujuk kepada surat yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), nombor rujukan JAKOA/KLG A1.95/526 Jld 3 (72) bertarikh 15 Jun 2012, tanah penempatan tersebut merupakan kawasan milik individu dan tanah Hutan Simpan Renggam.

Sehingga tarikh surat tersebut dikeluarkan, penduduk di kawasan berkenaan berjumlah 23 keluarga (sumber JAKOA Kluang) melibatkan orang asli yang berhijrah dari Rompin dan Kluang sendiri.

Dalam surat tersebut turut menyatakan JAKOA Johor, daerah dan JAKOA Pahang telah bertemu orang asli disitu dan mengarahkan supaya mereka keluar dari kawasan berkenaan.

Pada 15 Oktober 2015, satu notis peringatan terakhir dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Kluang agar penduduk orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin mengosongkan tanah Kerajaan/rizab parit yang merujuk kepada penempatan mereka tersebut.

Notis tersebut turut merujuk notis awal bertarikh 9 September 2014 dan notis pengosongan bertarikh 3 September 2014.
Menurut notis juga, orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 (1)(a) K.T.N yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak lebih dari 1 tahun penjara ATAU kedua-duanya sekali.
Menurut notis, untuk berlaku adil, Pejabat Tanah menyarankan agar penduduk orang asal disitu merobohkan binaan/bangunan mereka sendiri secara serta-merta dari tarikh notis dikeluarkan.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak Pejabat Tanah mengambil tindakan merobohkan binaan/bangunan berkenaan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang amaran lagi.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Oktober 2015 memetik kenyataan Pegawai Daerah Kluang - Muhamad Fuad Radzuan sebagai berkata, anggota daripada Pejabat Tanah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang dan pasukan polis akan melaksanakan penguatkuasaan dengan merobohkan kediaman mereka yang telah dikosongkan. Tempoh selama 3 hari diberikan (sehingga Rabu ini-esok).

PERSOALAN :
1. Apakah status sebenar dan milik siapakah tanah tersebut?
Menurut surat dikeluarkan JAKOA, tanah tersebut merupakan kawasan milik peribadi dan kawasan Hutan Simpan Renggam. Mengikut surat dari Pejabat Tanah Kluang, tanah tersebut adalah tanah Kerajaan.

2. Apakah faktor sebenar penduduk orang asal diminta keluar dari penempatan tersebut dan rumah ingin dirobohkan?
Apakah rancangan yang ingin dilaksanakan di atas tanah ini?

3. Mengapakah hanya selepas sekian lama (45 tahun), baru sekarang timbul isu penduduk disitu ingin dihalau keluar dan rumah-rumah mereka ingin dirobohkan?
Mengapa ia tidak berlaku sejak dari awal dahulu lagi? Mengapa baru sekarang tergesa-gesa sedangkan kesannya akan merumitkan orang asal disini?

4. Siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab mengendalikan hal ini dan siapakah paling berkuasa untuk memberikan kata pemutus sebagai penyelesaian?
Maklumat dari beberapa agensi yang berlainan menyebabkan konflik dan maklumat bercelaru dikalangan penduduk orang asal.

PERMINTAAN :
1. Perbincanagan yang lebih mendalam dan terperinci mestilah dilakukan sehingga mencapai persetujuan kesemua pihak yang telibat khususnya antara pihak berautoriti dan penduduk orang asal disitu dalam mencari jalan keluar terbaik untuk isu ini.

2. Keengganan penduduk orang asal di Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin daripada mengosongkan penempatan mereka ini menggambarkan bahawa terdapat keraguan dan kerisauan menyelubungi mereka yang masih belum diselesaikan oleh pihak berautoriti dalam isu ini.

Kenyataan media oleh ;
SHEIKH OMAR ALI
(Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor)






-------------

ESOK PAGI GWA KE MAHKAMAH

Posted: 20 Oct 2015 07:00 AM PDT








ESOK PAGi

GWA KE 

MAHKAMAH

PUTARJAYA

PAK DIN
PAK ABU 
USTAZ BADRUL
TIAN CHUA
APA KEPUTUSAN
GWA TAK TAHU
LU PIKIR SENDIRILAH

KAH KAH KAH







--------------

BANI MELAYU KENA TIPU LAGI

Posted: 20 Oct 2015 06:18 AM PDT






Butiran TPPA dalam tempoh tujuh hari

 | October 20, 2015
Butiran perjanjian ini berunsur teknikal dan akan mengakibatkan salah faham jika diterangkan dalam keadaan kelam kabut.



KUALA LUMPUR: Butiran Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
Jaminan itu diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa, Mustapha Mohamed.
Beliau menjelaskan, terdapat beberapa perkara yang masih belum selesai sehingga ke hari ini dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hari lagi.


KAH KAH KAH

BANI MELAYU

KENA TiPU 

LAGi



KAH KAH KAH


---------------


CARA SELAMATKAN RINGGIT

Posted: 20 Oct 2015 05:30 AM PDT






SAHEH

RINGGIT

MURAH





Singapore Dollar equals

3.07 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time




Malaysian Ringgit equals

8.33 Thai Baht
Chart of exchange rate values over time



CARA

SELAMATKAN

RiNGGiT


----------------

APA BANK NEGARA KATA

Posted: 20 Oct 2015 02:35 AM PDT






















------------

TERDUHUD DUHUD

Posted: 20 Oct 2015 02:26 AM PDT









PARTi PAS

TERDUHUD

DUHUD



PAS belum dapat bentang undang-undang hudud, kata setiausaha agung 

PAS tidak akan membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Kelantan walaupun Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran 3 ahli Gerakan untuk mencabar Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) itu.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ada 1 kes lagi yang belum selesai di Mahkamah Kuala Lumpur difailkan 4 individu menghalang Presiden PAS  Abdul Hadi Awang daripada membentangkan rang undang-undang itu.
"Rang undang-undang itu tidak boleh dibawa ke Parlimen sehingga kes di Mahkamah Tinggi diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar kes itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-belum-dapat-bentang-undang-undang-hudud-kata-setiausaha-agung#sthash.huUg1Fiw.dpuf


i rest my 

case me lord

kah kah kah

KAH KAH KAH





--------

APA ITU POLIS PENCEN

Posted: 19 Oct 2015 11:30 PM PDT






APA JADI DENGAN
ZAKARIAN DARI SPRM

APA JADI DENGAN
HAMID BADOR PDRM

ORANG RAMAI
 MENUNGGU DENGAN
PENUH HORMAT

JUMPA KAWAN POLIS
Tak tau kenapa kerap aku jumpa kawan2 polis ini tidak bahagia hidupnya selepas pencen. Namun ada juga aku jumpa yang betul2 warak dan dihormati masyarakat. Golongan ini sangat sedikit. Tak usahlah kita salahkan mereka. Kita kena paham betapa payahnya mereka hendak menyesuaikan diri semasa bertugas dulu. Semua kerja hari2 macam sandiwara sahaja.

 Kalau nak kekal berkawan dan duduk gelak2, terpaksalah pejam mata. Kalau tidak, macam2 boleh jadi. Kita ni hanya penjawat awam. Bila2 boleh jadi susah kalau tidak pandai menari. Betullah kata Allah. Hidup ini sandiwara dan pura2 saja. Kalau Dia sayang kita, selamatlah kita walau kerja di kandang buaya. Kalau tidak, hanyutlah kita. 

Tambah2 pulak ada spetol dan sikit kuasa. Maka janganlah salahkan polis pencen ni. Dia tidak bersalah. Rakyat yang bersalah kerana memilih sistem pentadbiran macam ini selama berpuluh2 tahun. Ingatkah. Polis2 ini adalah manusia paling hebat di dunia lagi paling dikasihi Allah Taala kerana mereka melawan on SINDROM POLIS PENCEN
Anonymous
on 10/13/15
BAKAS
Dalam bahasa daerah di kota belud...BEKAS atau BAKAS memberi maksud BABI HUTAN dalam dua bahasa..dusun dan bajau...jadi bolehlah disimpul kan ..kesemua bekas bekas ni perlulah disamak dan ditampar ramai ramai......kakkakakaka...BAKAS BANA tauuuu.....kimbet. on SINDROM POLIS PENCEN
DIDI KOTA BELUD
on 10/13/15
KEHORMAT
Kena bagi Darjah Kehormat LOL jugak macam tu..... Mentedarah cukai rakyat tapi tak buat kerja Bijak betul si LOL nih...... Melayu Islam pulak tu. Ambo pening doh !!!!!!!!! on SINDROM POLIS PENCEN
Anonymous
on 10/13/15
ZAKAR RIA
Zakaria buat kenyataan satu(1) sebelum nak pencen. Kenyataan tu dibuat bg pihak semua warga SPRM. Zakaraia kata: 1. SPRM siasat najib. 2. AG Apandi tak guna dan baruah Najib. Kalau SPRM hantar kertas pendakwaan dgn sokongan dakwa Najib, Apandi jagan cakap tak de kes. OK lah tu..macam Hamid Bador juga. on SINDROM POLIS PENCEN
Anonymous
on 10/13/15


GENG STER
Nak mampuih kau jika dia bersuara semasa dalam jawatan tengok saja dua oghang kuat dia kena tendang keluaq baru nak siasat najib dah kena tehan reman oleh polis najib yang jilat pungkoq la nie dia dah pencen beranilah dia cakap macamlah juga musa hassan lepaih dia pencen dia cakpa macamlah dia tu tak tau yang genster dalam negara menguasai semau kegiatan maksiat negara inilah hakikat dalam penguatkuasa negara, yang berkuasa boleh buat apa saja,kita tunggu ketua pilis negara sekrang bila dia pencen apa pula dia nakj cakap. on SINDROM POLIS PENCEN
Anonymous
on 10/13/15
RESIKO
Diateta memberi subangan semangat kepada rakan seperjuangan. Orag ini boleh berada dalam NGOu utuk terus aktf dan memberi maklumat dan sumbangan. Dia boleh membuat pilihan untuk diam dan tidak campurtangan di usia persaraan tetapi masih mahu bercakap atas nama kebenaran tanpa gentar risiko. Tidak ramai org sebegini. on SINDROM POLIS PENCEN
kluangman
on 10/13/15
GLC
Nak harap apa lagi. SPRM ni sapa?.. kalau orang melayu dan pembangkang, depa la lebih laju pi tangkap, dakwa dan jatuh hukum. Lebih laju drpd malaikat naik buraq. Silap2, saksi pun boleh mati. Siap gebang pong pang pong pang, undang2 tak kenal siapa.. kaplavutolla.. 

Berhentilah mempercayai jabatan2 kerajaan. Kesemuanya mereka dibina untuk menjaga kepentingan ahli2 politik parti pemerintah, raja2 kaum bangsawan dan menteri2 UMNO supaya terus mengebas duit orang ramai sewenang mungkin. Siap konon2 buat GLC dan GLIC lagi.. untuk apa? Bagaimana duit orang ramai dikutip dgn pelbagai alasan cukai, simpanan, masa depan negara dan agama Islam. 

Mmg jelas untuk merembat duit orang ramai.. perhatikan kesemua GLC dibina dibawah kementerian2 yg dikontrol menteri2 dan anak beranak bangsawan UMNO..yg audit pun diri sendiri juga barua2 melayu haprak yg dilantiknya sendiri.. Sekolah2 dan prasarana dibina hasil kutipan duit cukai dari rakyat. Bukan sedikit duit cukai dan lain2 perolehan dlm negara on SINDROM POLIS PENCEN
Anonymous
on 10/13/15

tin kosong jer...tuan tt on SINDROM POLIS PENCEN
Usop Ali
on 10/13/15




--------------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 19 Oct 2015 09:00 PM PDT







SEMALAM 4.21

HARI IN4.25

JATUH LAGi


US Dollar equals

4.25 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time




Kejatuhan ringgit 'seksa' perniagaan kecil dan sederhana


Pengusaha industri kecil sederhana (IKS) merasakan kesan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan sesetengah daripada mereka mengalami peningkatan kos sebanyak 10% hingga 30%.
Tinjauan The Malaysian Insider menyaksikan kebanyakannya menghadapi peningkatan kos barang terutamanya pengusaha yang menggunakan barang diimport dari luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Mirage Resources Sdn Bhd Kamarul Ariff Abd Karim berkata disebabkan kejatuhan nilai ringgit, kos barang produk busana muslimah Zawara meningkat hampir 30%.
Kamarul berkata, syarikat yang mempunyai lebih 10 francais di seluruh negara itu terpaksa mengurangkan margin keuntungan demi kelangsungan jualan.
"Apabila ringgit jatuh, kos barang produk kami akan meningkat. Ia disebabkan kesemuanya kami import dari luar negara.
"Franchisor akan cuba serap sebanyak mungkin dan kita juga terpaksa naik harga jualan namun tidak boleh terlalu mendadak," katanya kepada The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kejatuhan-ringgit-seksa-perniagaan-kecil-dan-sederhana#sthash.L4USEJoV.dpuf

MAHATHiR

KATA KALAU

NAJiB BLAH

RiNGGIT NAiK



-------------

NAK TIPU LAGI

Posted: 19 Oct 2015 08:39 PM PDT








KEADILAN desak Kerajaan jelaskan mekanisme GST Kad Prabayar.

20 Oktober 2015

Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan  Johari Abdul Ghani berkenaan GST kad prabayar menimbulkan pelbagai persoalan. KEADILAN mendesak kerajaan menerangkan mekanisme yang terbaru untuk menangani masalah ini. Sejak bulan April sehingga sekarang, 7 bulan telah berlalu, 3 menteri yang bertanggungjawab datang dan pergi, tetapi penyelesaian masalah masih belum ditemui. Ini membuktikan kegagalan pihak kerajaan UMNO/BN.

Dalam satu laporan media semalam, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan harga tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai GST pada 1 November 2015. "Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10" Beliau berkata. Kenyataan beliau memberi lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Kenyataan beliau penuh dengan pelbagai kontradiksi (contradictions).

Pertama sekali, dalam zaman SST, syarikat Telco menerap SST kad prabayar 6%, tetapi, sekarang dalam zaman GST, syarikat telco enggan menerap 6% GST. Pada bulan Jun yang lepas bekas Menteri KKMM  Shabery Cheek berkata kerajaan tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6%. Dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

Keduanya, kerajaan enggan menyenaraikan kad prabayar sebagai barangan kadar sifar (zero rated), sebab GST kad prabayar akan membawa RM850 juta pendapatan kepada kerajaan setiap tahun. Shabery Cheek juga berkata pengecualian cukai tidak harus diberi kerana akan menjejaskan keyakinan pelabur dalam isu GST.

Ketiga, dengan pengumuman yang terbaru bahawa pengguna beli RM10 dapat RM10 nilai, ini bermaksud pengguna juga tidak akan dikenakan cukai GST.

Jadi, persoalannya adalah siapa akan membiayai cukai GST RM850 juta? Ini soalan RM850 juta (This is a RM850 million question). Adakah duit akan turun dari langit? Adakah kerajaan akan dapat derma dari kawan-kawan Arab?

KEADILAN tidak yakin ada penyelesaian daripada kerajaan. Keyakinan rakyat terhadap janji-janji kerajaan telah terjejas kerana banyak pengumuman telah dibuat tapi rakyat masih kena GST. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan.

Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut.

Dari pihak kerajaan pula, beberapa menteri yang terdahulu telah cuba menyelesaikan masalah ini tetapi tidak berjaya. Pada bulan April, timbalan menteri kewangan yang terdahulu  Ahmad Maslan menjanjikan bahawa kad prabayar tidak akan dikenakan GST, tetapi sebaliknya yang berlaku. Pada bulan Mei, Perdana Menteri pula mengarahkan Menteri KKMM pada masa itu  Shabery Cheek untuk menangani masalah tersebut. Tetapi pada bulan Jun, GST tetap dikenakan. Selepas semua usaha gagal, apakah keyakinan rakyat terhadap pengumuman yang baru?

Walau bagaimanapun, KEADILAN mengalu-alukan usaha Timbalan Menteri Kewangan  Johari Abdul Ghani mengambil initiatif menangani masalah GST dan kami mengucapkan selamat mencuba.


Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi Parti KEADILAN




-------------

TAKUT NEGARA ISLAM

Posted: 19 Oct 2015 07:58 PM PDT






FACE BOOK

Di negara Islam ISIS, orang tak puasa di bulan Ramadan dikenakan hukuman setahap ini. Atas alasan hukuman takzir. Bentuk ini menjadikan manusia takut dengan Negara islam.
























CABUT

KAH KAH KAH


--------------

Tiada ulasan: