Selasa, 20 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jerebu: 2,528 sekolah diarah tutup esok

Posted: 20 Oct 2015 05:51 AM PDT

Bernama

 


Sejumlah 2,528 sekolah di kawasan terjejas jerebu ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat diarahkan tutup esok.

Sekolah terlibat ialah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu (Sarawak); Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim (Perak) serta Kuala Muda dan Yan (Kedah).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini berkata penutupan itu melibatkan 1.73 juta murid.
Sementara itu, sekolah di Melaka; Negeri Sembilan; Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak (Sabah); Muar, Ledang, Segamat (Johor) yang ditutup hari ini dibuka seperti biasa esok.

Setakat pukul 5 petang tadi, 25 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu Pelabuhan Klang (178), Shah Alam (160), Kuala Selangor (140) serta Banting dan Petaling Jaya (134).

Kawasan lain ialah Sek Keb Jalan Pegoh, Ipoh dan Batu Muda, Kuala Lumpur (127), Seri Manjung (124), Jalan Tasek, Ipoh (120), Sungai Petani (119), Tanjung Malim dan Putrajaya (118), Tawau, Port Dickson dan Jerantut (114), Perai (113), Bukit Rambai dan Kuala Terengganu (112), Seremban (111), Cheras, Kuala Lumpur (109), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (108) dan Alor Setar, Nilai (107), Taiping (103) dan Bandaraya Melaka (102).- Bernama


Misi padam kebakaran di Indonesia berjaya, satu lagi pesawat diperlukan

Posted: 20 Oct 2015 05:48 AM PDT

MICHAEL MURTY

 

epi eng eng
Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu sesi fotografi pada Majlis Sambutan Kepulangan Pesawat Bombadier CL415 MP bersama kru-kru yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia. Foto TRP/ Siti Syahirah 


SUBANG,  Misi memadam kebakaran di Indonesia membabitkan pesawat Bombardier CL 415 MP mencapai objektif di Selatan Sumatera namun masih banyak yang perlu dilakukan.


Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, misi yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah satu kejayaan.

Pesawat terbabit tiba di Subang pada jam 1.10 petang untuk penyelenggaraan selepas lebih seminggu berada di Indonesia.

Katanya, satu lagi pesawat Bombardier diperlukan untuk kerja pemadaman yang lebih efisien.

"Saya telah cadangkan kepada kerajaan sejak bertahun lalu. Kita perlukan lagi satu.

"Kerajaan juga pernah membincangkan untuk pembelian helikopter bagi semua cuaca," katanya pada sidang media di Pangkalan Udara TUDM Subang Jaya, hari ini.

25 pegawai APMM terbabit dalam misi tersebut dan telah menjalankan 176 bom air ke atas kawasan seluas 157 kilometer persegi.

Misi terbabit memakan masa 36 jam dan 6 minit.

Shahidan berkata, pesawat berkenaan dibawa pulang untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

"Ia perlu diselenggara 100 jam sebelum boleh dihantar semula. Ini kerana pihak Indonesia masih memerlukan bantuan," katanya.

Katanya, penggunaan pesawat Bombardier adalah satu kejayaan dan banyak negara yang mengiktiraf kebolehannya.

"Pesawat itu boleh terbang 100 kaki dari permukaan darat yang membolehkannya mengangkut air dan melepaskannya ke kawasan yang terlibat.

"Kita merupakan yang paling efektif dalam menggunakan kaedah 'water scooping' untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Shahidan berkata, keberkesanan kaedah yang digunakan itu menarik minat negara lain.

Katanya, penghantaran pesawat ke Indonesia untuk membantu memadamkan kebakaran itu dibuat berikutan keadaan jerebu yang teruk melanda negara yang memberi kesan kepada rakyat di negara ini.

DAP setuju undi tak percaya terhadap PM akan gagal

Posted: 20 Oct 2015 05:37 AM PDT

MICHAEL MURTY

 

image
Kok berkata, mereka tiada rancangan lain, tetapi parti pembangkang akan berjuang sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, untuk mendapatkan Perdana Menteri baru. - Foto arkib TRP/ Azrol Ali


KUALA LUMPUR,  Pemimpin-pemimpin DAP hari ini bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli bahawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, tidak akan berjaya.


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berkata, ada sebab-sebab kenapa mereka percaya undi itu tidak akan berhasil.

"Bagaimana nak buat undi tidak percaya terhadap PM, jika Ahli Parlimen BN tidak menyokongnya, apabila mereka adalah majoriti?" soalnya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau berkata, pihak pembangkang juga tidak pasti dengan pendirian PAS.

"Kami tidak pasti dengan sokongan PAS terhadap undi tidak percaya itu juga.

"Hadi Awang pernah berkata, kita patut membiarkan Najib terus berkhidmat sehingga akhirnya, kerana beliau dipilih oleh rakyat," katanya.

Kok berkata, mereka tiada rancangan lain, tetapi parti pembangkang akan berjuang sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, untuk mendapatkan Perdana Menteri baru.

"Pembangkang menaruh harapan terhadap undi tidak percaya dan kami cuba memujuk Ahli-ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu, tetapi mereka enggan berbuat demikian," katanya.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming berkata, parti pembangkang akan memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat keputusan berhubung isu itu.

"Saya rasa Kak Wan yang akan membuat keputusan dalam isu ini.

"Rafizi betul dalam menyatakan Speaker mungkin tidak akan membenarkan undi itu berlaku.

"DAP akan menyokong Ketua Pembangkang dalam isu ini," katanya.

‘Penamatan biasiswa MARA tiada kaitan dengan himpunan Baju Merah’

Posted: 20 Oct 2015 05:33 AM PDT

NAWAR FIRDAWS

 

ismail sabri
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Yaakob menyatakan 'tidak' dengan bangga terhadap dakwaan itu. - Foto TRP


KUALA LUMPUR,  Penamatan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pelajar Universiti Taylor tiada kaitan dengan keputusan pihak universiti yang menamatkan kontrak dengan pengendali syarikat bas yang terlibat di dalam Perhimpunan Baju Merah yang lalu.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Yaakob menyatakan 'tidak' dengan bangga terhadap dakwaan itu.

"Untuk makluman YB, keputusan itu tiada kaitan dengan penamatan kontrak pengendali syarikat bas terbabit," katanya.

Ismail bagaimanapun menepis soalan-soalan lain yang diajukan oleh Kok berkenaan penamatan kontrak itu, dengan berkata biasiswa yang disediakan untuk pelajar sekolah swasta adalah berdasarkan keperluan semasa.

"Tajaan biasiswa yang sedia ada iaitu seramai 521 pelajar akan diteruskan. Ini adalah bagi mereka yang menjalani pengajian di dalam pelbagai bidang dan peringkat.

Pada 21 September lalu, Ismail telah mengumumkan penamatan tajaan di mana akan menjejaskan pelajar yang mendaftar dalam pengambilan yang seterusnya ke Universiti.

Ini menyebabkan khabar angin yang mengatakan bahawa tajaan biasiswa dihentikan kerana penamatan kontrak pengendali syarikat bas yang menggunakan logo universiti itu untuk membawa penyokong ke perhimpunan baju merah, 'Himpunan Rakyat Bersatu'.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis yang lain, Ismail berkata bahawa pada tahun 2012, MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) telah membayar sejumlah AUD64.4 juta bagi keseluruhan saham Trushcross.

Pembelian saham berkenaan dibuat bagi mendapatkan pemilikan penuh ke atas Dudley International House dan 746, Swanston Street.

"Pembelian ini telah dilakukan mengikut peraturan perolehan kerajaan di mana kelulusan diperolehi di pelbagai peringkat," katanya.

Dengar pandangan peniaga, kata Muhyiddin

Posted: 20 Oct 2015 05:29 AM PDT

AZIZI SUNIP

 

muhyiddin
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selama ini pemimpin dalam kerajaan hanya akan diceritakan dengan isu yang elok sahaja tetapi terlepas pandang keperluan sebenar mereka. - Foto TRP/Azrol Ali


KUALA LUMPUR,  Kerajaan perlu mengambil pandangan pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar kerajaan untuk mengetahui situasi sebenar dan keperluan peniaga serta kehendak rakyat.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selama ini pemimpin dalam kerajaan hanya akan diceritakan dengan isu yang elok sahaja tetapi terlepas pandang keperluan sebenar mereka.

"Kita perlu tahu perkara yang lebih tepat untuk mengukur dan mengetahui keadaan sebenar untuk membuat keputusan yang lebih baik.

"Hal ini penting bagi memastikan urusan perniagaan dan ekonomi dapat lebih berkembang dengan lebih maju di masa akan datang," katanya ketika memberi ucapan dalam majlis minum petang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini hari ini.

Jelas Muhyiddin lagi, dalam situasi ekonomi pada hari ini kerajaan perlu memberi penerangan mengenai keadaan semasa kerana banyak menimbulkan tanda tanya dan perlu diberi penjelasan terperinci.

"Situasi yang kita hadapi pada hari ini agak suram, kerana pelbagai perkembangan berlaku di peringkat antarabangsa.

"Situasi dunia tidak begitu menentu, keadaan pada mutakhir ini, di sesetengah negara menyebabkan harga minyak di tarif terendah dan menyebabkan Malaysia tidak terkecuali," katanya.

Muhyiddin memberi ucapan di hadapan 200 orang ahli DPMM yang turut dihadiri oleh Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas dan pimpinan perwakilan dari negeri-negeri.

Najib tak hormat prinsip pemisahan kuasa, kata Dr Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 05:21 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 
 
"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya www.chedet.cc hari ini.
 
Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti.  
Penggantian mereka jelas dengan kelulusan perdana menteri.
 
"Pegawai-pegawai SPRM juga menghadapi situasi sama dan sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Umno Pulau Pinang sedia kerjasama dengan PAS

Posted: 20 Oct 2015 05:15 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. – Bernama



Umno Pulau Pinang sedia kerjasama dengan PAS


Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.
"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. – Bernama
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-pulau-pinang-sedia-kerjasama-dengan-pas#sthash.0yjkRHLC.dpuf

Dr Mahathir anggap gesaan Raja Melayu segerakan siasatan 1MDB selaras Perlembagaan

Posted: 20 Oct 2015 05:12 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gesaan Raja Melayu agar Putrajaya menyegerakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selaras dengan Perlembagaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gesaan Raja Melayu agar Putrajaya menyegerakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selaras dengan Perlembagaan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gesaan Raja Melayu agar Putrajaya menyegerakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selaras dengan Perlembagaan.

Beliau berkata, gesaan berkenaan dibuat susulan kegagalan Putrajaya menyelesaikan rungutan orang ramai berhubung perkara itu.

"Raja-raja Melayu tidak melangkaui peruntukan Perlembagaan apabila mengeluarkan kenyataan itu.

"Malah, mereka sebenarnya mematuhi peruntukan Perlembagaan," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya www.chedet.cc. Beliau mengulas kenyataan Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober lalu yang menyeru kerajaan menyegerakan siasatan 1MDB.

Dr Mahathir berkata, ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam seolah-olah memberi peringatan kepada Raja-raja Melayu mengenai prinsip pemisahan kuasa.

Katanya, Seksyen 40 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik perdana menteri serta memohon maklumat berkaitan pentadbiran negara daripada kerajaan.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, Perlembagaan tidak menyebut tentang pengasingan kuasa di antara Raja Melayu dan pentadbiran kerajaan.

"Apa yang jelas, tiada apa-apa dalam Perlembagaan menyebut tentang pemisahan kuasa di antara kerajaan dan Agong.

"Malah dalam banyak perkara, Agong boleh bertindak berdasarkan budi bicaranya sendiri," katanya.


Sultan Johor terima trak 'Mack' termahal dunia

Posted: 20 Oct 2015 05:05 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Impian Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar memiliki trak 'Mack' termahal di dunia tercapai dengan majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, hari ini.

Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.

Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan, termasuk dilengkapi enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas.

"Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu.

Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 (lebih RM1.985 juta) kerana ditempah khas.

Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lalu.

"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda.

Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini.- Bernama


Jerebu kuning: Menteri nasihatkan rakyat guna topeng

Posted: 20 Oct 2015 04:59 AM PDT







Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah segera menggunakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan terkena habuk terampai yang dibawa menerusi jerebu berwarna kuning.

Katanya, jerebu itu dipercayai mengandungi pelbagai jenis partikel yang boleh menjejaskan kesihatan, sekali gus memberi kesan teruk kepada orang awam, khususnya warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

"Nasihat saya, elak keluar rumah atau pejabat. Kurangkan pendedahan udara kotor dan jika terpaksa, pakailah topeng hidung dan mulut.

"Mereka yang ada tanda sesak nafas, penyakit jantung dan asma diminta segera ke klinik atau hospital berhampiran secepat mungkin," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online sebelum merasmikan Konvensyen Khas Badan Perhubungan MIC negeri, di Melaka.

Subramaniam berkata, klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan terbaik kepada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan itu.

Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot pada petang ini dan beberapa kawasan menunjukkan perubahan warna jerebu menjadi kekuningan.

Beberapa gambar yang menjadi viral di media sosial menunjukkan keadaan jerebu yang bertukar warna sekali gus menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai.

Berita Harian Online juga memetik Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mastura Mahmud, berkata fenomena jerebu kuning ini disebabkan oleh tindak balas kimia yang bercampur dengan pencemaran udara yang sedia ada.

Katanya, kawasan yang menjadi tumpuan seperti Lembah Klang mempunyai peratusan pencemaran udara yang agak tinggi namun ia tidak dapat dilihat kerana ketiadaan jerebu.

"Bila jerebu melanda negara kita, keadaan ini bertambah teruk kerana tindak balas kimia itu tadi. Ia bercampur dengan asap kenderaan dan kilang.

"Ini kerana campuran debu, asid sulfurik, asid nitrik dan partikel jerebu yang lain, menyebabkan kepekatan itu bertambah dan akhirnya terjadi jerebu kuning. Bagaimanapun masih belum ada keputusan mengenai adakah ia sudah menjadi gas toksik.

"Jika di Indonesia sebagai contoh di Jambi, Riau memang jerebu di sana bertukar menjadi gas bertoksik dan berbahaya kepada kesihatan manusia, haiwan dan alam. Ia bercampur dengan pencemaran dan cuaca di sana yang ketika ini kemarau," katanya yang dipetik portal itu.

'Miss T' dakwa doktor klinik k'jaan cabulinya

Posted: 20 Oct 2015 04:38 AM PDT

Anne Muhammad

 




Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya.

Hanya mahu dikenali sebagai "Miss T", beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

"Doktor arahkan saya baring untuk periksa dan dia tutup langsir. Saya hanya ikut arahan. Dia sentuh dada saya dan dengar denyutan nadi (pakai stetoskop). Dia sentuh dada saya perlahan-lahan selama tiga minit.

"Selepas itu dia minta saya duduk di katil, dia minta saya angkat pakaian dan buka bra tapi saya tak mahu dan doktor guna tangan dia masukkan ke dalam bra saya, sentuh kedua-dua belah dada saya," katanya.

Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.

"Doktor tanya sama ada saya dah kahwin atau belum, ada anak atau tidak dan anak macam mana. Saya nak cepat-cepat pergi dari situ," katanya.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Dan esoknya saya ke klinik itu dan beritahu ketua jururawat apa yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

"Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain," kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.

Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi klinik terbabit.

Polis: Kes sedang siasat

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Namun Azman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.


Zunar dakwa kartun Rosmah disekat di Facebook

Posted: 20 Oct 2015 04:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kartunis kontroversi Zunar mendakwa kartunnya yang memaparkan watak isteri perdana menteri Rosmah Mansor disekat oleh laman sosial Facebook.

"Beberapa percubaan untuk memuat naik semula imej tersebut juga gagal," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.

Dalam kenyataannya, Zunar berkata karya satira bertajuk "Plan B (ini) terhadap Zeti & Bank Negara" disekat selepas setengah jam disiar dalam tiga Facebook beliau.

Laman-laman itu adalah "Zunar Kartunis Fan Club", "Zunar Kartunis" dan "Zunar Kartunis Dua."
Bagaimanapun, katanya, ia masih boleh dicapai di laman web beliau.

Dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, walaupun kartun itu tidak lagi terdapat di Facebook, teks yang menjadi keterangan gambar itu masih kekal.

"Saya sudah mengadu kepada Facebook tetapi tiada apa-apa," kata Zunar.

Kartun Najib tak disekat

Kartunis itu percaya ia bukan kebetulan memandangkan sekatan itu berlaku di tiga laman Facebook.

"Sebelum ini banyak kartun berkaitan Najib tidak disekat. Tetapi sekarang bila paparkan gambar Rosmah, kena sekat," katanya lagi.

Zunar terkenal sebagai kartunis yang kritikal terhadap isu semasa dan pemimpin negara.

Sejak beberapa tahun ini beliau sering menjadikan Najib dan Rosmah sebagai idea karya-karyanya.
Beberapa buku kartunnya diharamkan sebelum ini.

KEUTAMAAN PAC IALAH PANGGIL JHO LOW, BUKAN BUANG TONY PUA

Posted: 20 Oct 2015 01:46 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Ahli Parlimen Rompin, Hassan Ariffin akhirnya dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC bagi menggantikan Nur Jazlan Mohamed yang tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai lalu ketika jawatankuasa itu sedang menjalankan tugas menyiasat 1MDB.

Meskipun berdepan tugas berat untuk menyiasat 1MDB yang sudah agak lama tergendala, di bahu Hassan kini terletak harapan untuk merungkai segala kekusutan tentang syarikat pelaburan yang sarat dengan hutang itu.

Harapan ramai juga ialah untuk melihat PAC dibawah kepimpinan Hassan ini akan meneruskan tugasnya memanggil semula semua saksi-saksi yang sudah disenaraikan sebelum ini seperti Jho Low serta  CEOnya sekarang, Arul Kanda Kandasamy sendiri.

Tambahan lagi, ketika Nur Jazlan mengetuai PAC, beliau sudah mengumumkan akan memanggil Jho Low untuk memberikan keterangannya berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara yang dikeluarkan mengenai 1MDB.

Lain-lain saksi yang pernah disebut oleh Nur Jazlan akan turut dipanggil antaranya ialah Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Vincent Koh Beng Huat, Penasihat Undang-undang 1MDB, Ivan Cheng, Lembaga Pengarah 1MDB International Holding Limited, Shahrul Azral Ibrahim Helmi dan Jasme Loo Aiwan serta Pengarah Brazen Sky, Azmi Tahir.

Syarikat pengauditan 1MDB iaitu Deloitte, KPMG dan Ernst & Young juga dikatakan akan  dipanggil semula memberi keterangannya bagi menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam laporan awal Ketua Audit Negara itu.

Maka, sudah semestinya Hassan wajib meneruskan usaha dan kerja kerasnya untuk memastikan Jho Low serta semua yang sudah disenaraikan itu dapat memberi keterangannya di hadapan PAC.

Kegagalan Hassan bertegas mengenai keperluan  memanggil mereka, khususnya Jho Low  untuk memberi keterangan tentu saja akan meleburkan keyakinan orangramai, bukan saja terhadap PAC, tetapi juga kewibawaannya sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

Selain itu, dilaporkan juga kedudukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam PAC mungkin tergugat berikutan kelantangannya membuat kenyataan umum mengenai 1MDB sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.
 
 
 
 
 
Ramai pihak menyifatkan tindakan beliau itu melanggar etika dan menggesa beliau digugurkan daripada PAC.

Hassan turut mengesahkan mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan kedudukan Tony Pua dalam jawatankuasa itu dengan mengatakan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama yang akan dipengerusikannya nanti.

Jika dilihat daripada awalnya, tertangguhnya siasatan PAC terhadap 1MDB ialah kerana empat ahli jawatankuasanya daripada BN, termasuk Pengerusinya ketika itu, Nur Jazlan telah dilantik oleh Najib menganggotai pentadbiran kerajaan dalam rombakan kabinetnya yang bersekali dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana kelantangan mereka bersuara  mempertikaikan mengenai syarikat pelaburan tersebut.

Perlantikan itu secara langsung menjadikan PAC yang sudah mula berjalan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, lumpuh serta merta.

Maka itu, seharusnya agenda mesyuarat pertama Hassan hanyalah untuk memastikan perlantikan wakil-wakil daripada BN untuk mengisi kekosongan saja dan biarlah wakil-wakil  lama daripada pembangkang, termasuk Tony Pua, dikekalkan dalam jawatankuasa itu.

Perubahan wakil daripada pembangkang, kalau mahu dilakukan juga, hanya perlu melibatkan Pas dan Amanah saja, tetapi wakil daripada PKR dan DAP seharusnya tidak terjejas.

Jika Hassan cuba membincangkan agenda untuk menukar Tony Pua dengan orang lain, tentu saja yang pertama melintas di fikiran ramai ialah beliau seolah-olah cuba untuk "mengambil hati" Najib mengenainya.

Dengan itu, keyakinan orangramai terhadap PAC dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB juga tidak akan bermakna lagi.

Jika Tony Pua didapati melanggar mana-mana etika, beliau hanya perlu diberi peringatan atau amaran saja agar tidak mengulanginya lagi masa depan dengan memintanya menumpukan segala perhatian menyoal saksi-saksi yang bakal dipanggil PAC nanti secara tertutup dan profesional, tetapi bukan dengan menggugurkannya.

Dalam hal ini, Hassan perlu tahu keutamannya ialah mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB kepada rakyat dan pembayar cukai, sesuai dengan pertanggungjawabannya ialah kepada Parlimen.


Demam kepialu: Waspada ketika makan di luar - Subramaniam

Posted: 20 Oct 2015 01:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik berhubung 32 kes demam kepialu di Lembah Klang sejak minggu pertama Ogos lalu hingga kini.

Menteri, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya akan terus memantau situasi itu bagi menjamin kesihatan awam sentiasa diutamakan.

"Nasihat kementerian ialah orang ramai perlu sentiasa mengutamakan kesihatan khususnya ketika makan di luar.

"Kita mengesan wabak ini bermula di tapak pembinaan di Cheras membabitkan pekerja warga asing pada Ogos lalu, bagaimanapun mereka sudah mendapatkan rawatan dan kita mempunyai vaksin yang secukupnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen QA peringkat kebangsaan Ke-8 2015 di sini, pagi ini.

Tanya PAS apa pendirian usul undi tidak percaya pada PM - DAP

Posted: 20 Oct 2015 01:36 AM PDT

Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: PAS perlu menyatakan pendirian mereka samada menyokong atau tidak usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata usul tersebut adalah penting dan PAS tidak boleh terus berdolak dalih berhubung perkara itu. 
 
Tidak seperti PAS, DAP amat konsisten dan jelas menyokong usul yang bakal dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Parlimen kali ini.
 
"Ini kena tanya PAS. Saya bukan PAS. Jadi ini kena tanya PAS (mengenai pendirian usul undi tidak percaya). Perkara yang penting ialah apa pendirian PAS sekarang? Pendirian kami (DAP) jelas, kami akan sokong usul undi tidak percaya (yang akan dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). 
 
"PAS telah mengambil pendekatan berbelah bagi dan kabur setakat ini, kami tidak pasti dengan pendirian mereka setakat ini. Presiden (Hadi Awang) telah menyatakan bahawa beliau akan tunggu dan lihat, jadi kamu (wartawan) patut tanya beliua, apa pendirian mereka? Adakah mereka akan sokong atau tidak?", soal Guan Eng.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini memberitahu PAS secara dasarnya menyokong usul tersebut sementelah parti itu masih sebahagian daripada pakatan pembangkang.
 
Bagaimanapun, keputusan rasmi berhubung usul itu bergantung pada perbincangan di peringkat PAS Pusat.
 
Terdahulu, pada Julai tahun ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan bahawa parti itu tidak akan menyokong mana-mana usul undi tidak percaya terhadap Najib.
 
Hadi dipetik sebagai berkata, PAS lebih berminat mengubah landskap politik negara menggunakan cara yang lebih sihat dan bukannya melalui kaedah yang mendatangkan huru-hara.
 
"PAS tidak akan menyertai agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat kerana cara itu akan menghuru-harakan negara.
 
"Kita mahukan perubahan tetapi kita akan lakukan secara sihat iaitu melalui pilihan raya umum.
 
"Perubahan kepimpinan negara seperti dicadangkan Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh menghuru-harakan negara dan mengorbankan masa depan rakyat," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian.
 
 

Mana MC Gani, soal Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 01:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penamatan awal tugas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat ketika pasukan petugas khas empat badan berprofil tinggi menyiasat isu berkaitan 1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi perdana menteri.

Masalah kesihatan Gani dijadikan alasan rasmi.

Bagaimanapun perkara itu gagal meyakinkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang juga pengkritik lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.

"AG dikatakan sakit, tetapi dia nafikan sakit.

"Setakat yang diketahui, nampaknya tiada sijil sakit menyatakan beliau sakit dikeluarkan," kata Mahathir.

'Hentikan cukai eksais bagi kurangkan harga kereta'

Posted: 20 Oct 2015 01:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mahu kerajaan menghentikan dasarnya yang gagal mengurangkan harga kereta tetapi sebaliknya menyaksikan kenaikan harga kenderaan.

BN pada manifesto pilihan raya 2013 berjanji untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Menerusi satu kenyataan media, katanya, tidak seperti pembangkang yang mencadangkan pengurangan harga kereta dengan secara beransur-ansur dengan menghapuskan secara berperingkat cukai eksais yang terlalu tinggi, BN mencadangkan untuk berbuat demikian melalui "kuasa pasaran".

"Kerajaan Najib Razak harus mengaku sahaja bahawa dasar mereka telahpun gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami untuk mengurangkan harga kereta.

"Kegagalan kerajaan BN untuk melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada para pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat," kata Nik Nazmi.

Kerajaan mendakwa harga kereta jatuh sebanyak tujuh peratus tahun lalu dengan keputusan pembuat kereta jenama asing memasang kenderaan mereka di dalam negara.

Bagaimanapun, perkembangan itu terjejas selepas pengeluar kereta mengumumkan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga berikutan nilai ringgit yang lemah dan telah kehilangan kira-kira 30 peratus daripada nilainya sejak awal tahun ini.

Nik Nazmi berkata UMW Toyota Sdn Bhd mengumumkan peningkatan sebanyak empat peratus dan 16 peratus masing-masing untuk model Toyota dan Lexus.

Menurutnya, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran bahawa mereka juga mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25 hingga 30 peratus.

Beliau berkata kenaikan harga kereta akan membebankan golongan muda sekarang yang dicengkam dengan pinjaman pendidikan dan perumahan.


Agong bukan 'rubber stamp', kata Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 01:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui peranan yang di-pertuan agong dan raja-raja Melayu dalam sistem raja berperlembagaan.

Menjawab kenyataan timbalan perdana menteri berkaitan titah raja dalam isu 1MDB, beliau bagaimanapun berkata istana bukan 'rubber stamp' (pak turut) untuk mengesahkan tindakan kerajaan.

"Benar agong dan raja-raja Melayu adalah raja berperlembagaan.

"Tetapi ia tidak bermakna mereka hanya pak turut untuk mengesahkan semua tindakan kerajaan," katanya.

Mahathir mengulas kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menegaskan konsep pemisahan kuasa ketika menyentuh titah majlis raja-raja supaya siasatan 1MDB diselesaikan segera dan tindakan diambil kepada pesalah.

Najib selamat? Usul tak dibahas sesi ini, kata speaker

Posted: 20 Oct 2015 01:11 AM PDT

Kow Gah Chie  






Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

Ini kerana, katanya, apa-apa usul yang mahu dikemukakan memerlukan 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam.

"Jadi jika usul itu difailkan sekarang, ia mungkin hanya diterima masuk pada sesi mesyuarat akan datang, jadi jangan salahkan saya kalau usul itu tidak diterima pada mesyuarat kali ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Beliau turut menuntut kefahaman daripada pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan keputusan itu kelak.

Semalam, Wan Azizah berkata beliau akan membentangkan usul tidak percaya terhadap Najib di Parlimen selewat-lewatnya minggu ini.

Mengapa diam, menyepi pada 'PPSMI 2.0'?

Posted: 20 Oct 2015 01:09 AM PDT

Zulaikha Zulkifli 





Tiga tahun menyepi, Gerakan Mansuh (GMP) kembali dengan sidang media mengecam usaha mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) melalui program seumpamanya.

Gabungan yang menggerakkan protes awam membantah PPSMI pada 2012 itu mendakwa PPSMI cuba dikembalikan melalui pintu belakang melalui Program Dwi-Bahasa (DLP).

Pengerusinya Prof Dr Shaharir Mohamad Zain mendakwa program sama cuba dikembalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

"Dalam hal ini dan kali ini, nampaknya dasar pendidikan yang hendak diubah oleh sektor 'kuasawan' yang lain, PEMANDU.

"Tetapi pihak yang amat relevan, menteri pendidikan dan parlimen menyepi dan tidak menghayati dasar yang sedia ada.

"Padahal, menteri pendidikan dan wakil rakyat daripada parti pemerintah yang seharusnya memperjuangkan dan disokong oleh NGO. Tetapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya," katanya.
Bantahan besar 2012

GMP justeru mengusulkan semua anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara diberi taklimat berkaitan Dasar Pendidikan Negara yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Shaharir turut menyentuh keadaan di pusat pengajian tinggi yang didakwa mengetepikan bahasa Melayu.

Bagi Setiausaha Agung GMP, Hasni Abas pula berkata, perkara utama yang perlu dikaji oleh PEMANDU, mengapa pelajar mempelajari bahasa Inggeris daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah masih tidak menguasai bahasa itu.

"Kenapa PEMANDU tak kaji benda itu? 11 tahun belajar tetapi pelajar tak boleh kuasai bahasa Inggeris. Sepatutnya itu yang dikaji dan bukan bawa balik PPSMI melalui pintu belakang," katanya.
PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mengundang bantahan meluas sehingga mendorong perhimpunan besar (gambar) di Kuala Lumpur diketuai bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka allahyarham Datuk Hassan Ahmad.

Sidang media itu turut dihadiri oleh wakil NGO lain antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).


Ibu muda dakwa doktor cuai

Posted: 20 Oct 2015 01:06 AM PDT

Ibu muda dakwa doktor cuai
Pasangan muda ini tetap akan mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa pihak hospital melakukan kecuaian ketika kelahiran bayi sulung mereka.
 
 
SUNGAI PETANI – "Kami akan tetap mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital atas kecuaian yang berlaku agar ianya tidak berulang."

Demikian tegas Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, yang mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor sebuah hospital, di sini apabila kain pembalut luka (gauze) tertinggal di pintu rahimnya menyebabkan dia menanggung kesakitan.

Menurutnya, pihaknya akan meminta nasihat daripada beberapa pihak sebelum mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan.

Dakwanya, selepas melahirkan anak pada jam 2.10 pagi 29 September lalu, Norsyazwani berasa sakit di bahagian perut dan menyangka ia kesan akibat jahitan sehingga sukar untuk bergerak biarpun sudah dibenarkan pulang selepas dua hari kelahiran.

"Namun pada hari ketiga berpantang, saya yang berasa tak selesa di alat sulit terkejut apabila mendapati ada kain gauze keluar bersama darah nifas," katanya.

Norsyazwani berkata, keadaanya lebih teruk pada hari ke-17 berpantang apabila darah secara tiba-tiba keluar terlampau banyak sehingga membuatkan dirinya lemah dan hampir pitam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

"Apabila ujian imbasan dilakukan, doktor mengesahkan masih terdapat darah beku terkumpul di dalam susulan daripada kain gauze yang tertinggal semasa bersalin," katanya.

Akibat itu, mangsa sekali lagi ditahan di hospital 15 Oktober lalu bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang darah beku berkenaan.

Sementara itu, suami Norsyazwani, Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, 25, berkata, beliau kecewa atas kecuaian yang dilakukan pihak hospital sehingga menyebabkan isterinya terpaksa menanggung kesakitan.

"Selain tertekan dan risau, saya bimbang kesihatan isteri yang terpaksa kembali ke hospital.

"Keadaan ini (tertinggal gauze) membahayakan nyawa dan mengundang risiko terhadap isteri, dalam masa sama terpaksa menguruskan anak yang dibenarkan pulang sepanjang isteri berada di hospital," katanya.

Menurutnya, akibat kejadian berkenaan, kerjaya dan kewangannya terjejas kerana terpaksa berulang-alik setiap hari ke hospital di Sungai Petani yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer dari rumah.

"Saya berharap semuanya lancar selain bersyukur apabila isteri dijangka dibenarkan pulang petang ini (semalam)," katanya.

Beliau bagaimanapun telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani 16 Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan dalam kenyataannya berkata, pegawainya sedang menyiasat kejadian berkenaan dengan terperinci.


Orang main-main tak ada tempat dalam Pas

Posted: 20 Oct 2015 01:02 AM PDT

Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
 
 
PETIKAN ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, 17 Oktober lalu.

ALLAH menetapkan peraturan hidup manusia, bukan sahaja hubungan dengan ALLAH, termasuklah juga dengan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Semua perkara ditunjuk oleh ALLAH, kalau kita mengubah kejadian ALLAH, menonggeng kepala ke bawah ketika berjalan, begitulah juga politik yang tidak mengikut petunjuk ALLAH, tidak istiqamah namanya.

Maka politiknya akan jadi tunggang langgang. Begitulah ekonomi yang tidak istiqamah, macam membawa tabung duit menunggang ke bawah, sudah tentu banyak duit yang akan tumpah dan akan hilang. Begitulah juga dengan akhlak dan perangai manusia tidak mengikut petunjuk ALLAH bermakna bukan manusia yang sebenar. Akan memusnahkan kehidupan mereka.

ALLAH menyuruh seluruh umat pada zaman dahulu supaya istiqamah, bukan sahaja ketika beribadah, bukan berjuang di atas muka bumi, untuk menegakkan syariat ALLAH yang adil menentang kezaliman.

Niat yang betul, ikhlas kerana ALLAH, jangan tujuan yang lain, akidah kepercayaan kepada ALLAH, percaya pada janji ALLAH, beriman benar dengan adanya syariat ALLAH, matlamat bahagia dunia dan akhirat yang tidak boleh diubah sekali-kali.

Strategi, pendekatan boleh diubah, akidah perjuangan, akhlak perjuangan, matlamat perjuangan, tidak boleh diubah. Yang tidak mengerti ialah mereka yang mahu menang cepat. Mencari jalan yang dekat, melintas jalan, menjadikan tidak istiqamah, menjadikan tidak betul dalam perjuangan, macam kera yang menyambar ke arah mana pokok yang banyak buah. Bila melihat buah kita tidak banyak, melompat ke pokok yang lain yang lebih banyak buahnya. Ini tidak istiqamah.

Begitulah mereka yang berundur yang berhenti berjuang, kerana putus asa kerana menganggap Islam tidak akan menang. Ini tidak istiqamah, ALLAH menyuruh Nabi Muhammad juga beristiqamah, "Maka beristiqamahlah kamu wahai Muhammad, engkau beristiqamah dan pengikut-pengikut mu yang bertaubat meninggalkan jahiliah kepada Islam mestilah beristiqamah." Jangan melampaui batas, ikut akhlak Islam, perangai Islam, cara Islam dalam perjuangan.

Sesungguhnya ALLAH mengetahui dan melihat apa yang kamu kerjakan, "ALLAH melihat apa yang kamu buat", maka Nabi kita Muhammad mengajar pengikut-pengikutnya istiqamah, setelah percaya Islam ini akan menang. Islam akan berjaya, ALLAH berjanji... ALLAH berjanji kepada orang-orang beriman, kerjakanlah amal yang soleh di kalangan kamu, yang berjuang untuk memenangkan Islam, ALLAH berjanji kepada mereka untuk memerintah negeri, ALLAH berjanji Islam akan menang, seperti ALLAH tunaikan janji kepada umatnya pada zaman dahulu.

Bila Islam sudah menang, ALLAH jadikan Islam sebagai memerintah dan berkuasa. Bila Islam berkuasa, berlaku keamanan, ketakutan...jenayah yang banyak dan penipuan yang banyak  dan dilaksanakan hukum Islam itu, hudud, takzir dan akhlak Islam yang tegas. Berlakulah keamanan, ini makna kemenangan Islam, ALLAH menjanjikan kemenangan itu dan ALLAH menyebut, umat zaman dahulu dijanjikan. "Kami menghendaki, Kami akan jadikan orang ramai, rakyat yang lemah dan ditindas ini, Kami janjikan kepada mereka, kalangan mereka, dilahirkan pemimpin-pemimpin, Kami jadikan mereka golongan memerintah." ALLAH jadikan pemimpin itu dilahirkan memperjuangkan golongan yang lemah.

Ikhlas hadir jayakan himpunan

Saya memerhati mereka yang ada pada hari ini, yang berhimpun ini adalah rakyat, rakyat yang ikhlas, mereka datang beramai-ramai ke sini untuk memenangkan Islam, tidak ada kalangan yang ramai ini niat nak jadi calon, niat nak jadi perdana menteri, niat nak jadi ahli Kabinet, tak ada dalam kalangan yang ramai ini. Niat mereka adalah untuk memenangkan Islam, maka dilahirkan di kalangan mereka yang lemah ini, ALLAH lahirkan pemimpin-pemimpin yang mewarisi perjuangan Islam.
Maka nabi kita Muhammad SAW memanggil pemimpin-pemimpin yang dipilih sebelum berhijrah ke Madinah.

Sekarang kita mengingati peristiwa hijrah, hijrah adalah peristiwa tertubuhnya negara Islam, sehingga kita umat Islam jadikan tahun kita bukan macam tahun kaum lain, tarikh lahir pemimpin, tarikh lahir nabi, tarikh kemenangan di medan perang, kita orang Islam hijrah tahun kita. Hijrah adalah kemenangan mendirikan sebuah negara masyarakat madani, yang mengandungi masyarakat majmuk, nak mendirikan negara ini setelah berjuang 13 tahun di Makkah. Maka Nabi Muhammad memanggil pemimpin-pemimpin Ansar yang bersedia untuk menerima Islam, menyerahkan tanah air mereka. Nabi ajak mereka berbaiah, ini makna baiah. Nabi ajak mereka berbaiah. Apa makna bai'ah. Bai'ah ini maksudnya jual. Jual pada siapa, jual pada ALLAH.

ALLAH menawarkan kepada hamba-hambanya yang beriman yang berjuang untuk menegakkan Islam, ALLAH Taala nak beli daripada orang-orang yang beriman diri mereka, harta mereka, ALLAH nak bayar syurga pada hari kiamat,  siapa di kalangan kamu yang mahu beri hutang kepada ALLAH. ALLAH tidak berhajat kepada hutang, ALLAH maha kaya, tapi ALLAH kata nak berhutang daripada orang-orang yang beriman. ALLAH nak bayar pada hari kiamat.

Maka dilakukan bai'ah, bai'ah adalah menjual diri dan harta dalam perjuangan untuk menegakkan Islam. Maka berlakulah baiah di antara pemimpin-pemimpin Aus dan Khadrat, baiah yang diucapkan oleh Nabi SAW "...Aku mahu kamu berjanji kepada aku," kata Nabi Muhammad  kepada pemimpin-pemimpin yang ditentukan, berjanji untuk mematuhi arahan ku di masa rajin dan malas, berjanji untuk menyumbangkan harta. Bukan aku nak bagi harta, aku nak mintak harta daripada kamu. Menyumbang dengan harta untuk perjuangan ini, di masa senang dan susah. Berjanji untuk menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

"Berjanji untuk bangun menyatakan yang benar tanpa peduli celaan orang yang mencela, dan berjanji untuk menolong mempertahankan Islam dan mempertahankan nabi, agama yang dibawa, sebagaimana mempertahankan harta dan keluarga,
ALLAH menjanjikan syurga kepada kamu."

Maka berlakulah bai'ah, inilah maknanya bai'ah. Selepas wafatnya Nabi, para sahabat yang menyambung perjuangan ini mengadakan bai'ah. Abu Bakar yang dilantik sebagai khalifah, Saidina Umar yang dilantik menjadi khalifah, Osman dan
Ali dilantik menjadi khalifah, berbaiah: "Taat kepada aku selagi aku taat kepada ALLAH dan Rasul. Kalau kau tidak taat kepada ALLAH dan Rasul, maka jangan taatlah kepada aku." Jangan taat kepada aku kerana nama aku Abu Bakar. Nama aku Omar...
nama aku si anu bin si anu.. taat kerana mentaati ALLAH dan Rasul. Kalau tidak ada ini, tidak ada ketaatan lagi. Ini maknanya bai'ah selepas wafat Nabi yang mengambil alih perjuangan ini adalah kumpulan Islam.

Pas ditubuhkan pada tahun 1951, oleh ulama-ulama kita, dan pemikir-pemikir Islam walaupun mereka berpendidikan Barat. Ulama-ulama seperti Uthman Yunus, Tuan Guru Hashim Rohaimi, Ahmad Puad, kalangan ilmuwan, Dr Abas Ilias, Prof Ahmad Ibrahim, Aminuddin Baki dan lain-lain lagi bersama dalam perjuangan Pas mengasaskan perjuangan Islam sehingga kita masuk pilihan raya tahun 1955 masa penjajah, selepas kita merdeka, pilihan raya lagi, maka ulama kita membuat keputusan, diadakan bai'ah.

Setiap orang yang bertanding wakil rakyat, berbai'ah setia kepada perjuangan Islam, ditambah pula dengan sumpah, ini adalah siasah syariah untuk meneruskan bai'ah itu. Sekiranya melanggar bai'ah ini, khianat kepada perjuangan Islam yang telah dibawa oleh Pas, maka dilaknat oleh ALLAH, dilaknat oleh rasul, dilaknat oleh semua yang malaikat, ini adalah bai'ah yang mesti difahami oleh ahli-ahli dan pengikut Pas.

Langgar bai'ah bukti main-main dengan Islam

Orang yang melanggar bai'ah menganggap perjuangan ini hanya remeh-temeh, perjuangan ini hanya main-main, maka tidak ada tempat dalam Pas. Mereka yang main-main dengan perjuangan Islam.

Percayalah, inilah istiqamah kita, untuk meneguhkan istiqamah diadakan baiah, janji kesetiaan kepada perjuangan.

Alhamdulillah menunjukkan semangat ahli kita yang berkobar, yang bertambah meningkat, makin diuji, makin kuat keimanan kita, firman ALLAH Taala: "Tatkala orang-orang yang beriman, pada zaman Nabi SAW, begitukah orang yang beriman ikut contoh Nabi, dan sahabat Nabi, tatkala mereka melihat kedatangan musuh yang ramai mengelilingi mereka, untuk menentang perjuangan mereka, mereka berkata, inilah yang dijanjikan oleh ALLAH dan Rasul, ALLAH dan Rasul menjanjikan perjuangan ini tidak percuma, akan diuji, akan ditentang oleh musuh yang ramai, tidaklah menambah kepada mereka melainkan keimanan yang lebih kuat dan Islam yang lebih bersungguh, di kalangan orang-orang yang beriman itu, ramai lelaki-lelaki bahkan muslimat, ramai orang-orang dalam perjuangan Islam ini, itu yang berjanji dengan ALLAH, benar berjanji dengan ALLAH, ada kerana mereka sudah mati, ada di kalangan mereka yang menunggu giliran untuk mati menyambung perjuangan ini."

Inilah makna perjuangan Islam yang mesti kita faham. Himpunan pada malam ini (Sabtu lalu) adalah untuk meneguhkan ikatan kita dengan perjuangan Islam. Keakraban kita di antara satu sama lain, kita pilih negeri Kelantan bersempena dengan ulang tahun 25 tahun kemenangan kita.

Ini kali kedua, dalam sejarah perjuangan Islam moden, tidak ada parti Islam yang boleh memerintah selama ini. Parti Masyumi di Indonesia, pimpinan Dr Mohd Nasir memerintah setahun lebih sedikit, digulingkan Sukarno di zaman itu. Kemenangan Parti Ikhwan (Muslimin) di Mesir, tidak sampai setahun, digulingkan.

Kemenangan banyak parti Islam di dunia dilingkupkan. Kita berjaya mempertahankan parti kita di Kelantan selama 25 tahun, di mana kehebatan kita? (Kita) istiqamah!.

Pemimpin-pemimpin Kelantan (kukuh) dengan Islam, walaupun dalam keadaan menyusahkan, dikepung ekonomi dan dikepung pentadbiran, kita tidak jual menjual perjuangan ini.

Kita tidak anggap perjuangan ini sebagai satu perjuangan yang murah.

Dengan keadaan yang susah, mereka yang tidak tahan dengan kesusahan ini biar terjun dengan labu-labunya.

Tinggal mereka yang tahan sahaja. Percayalah rakyat yang berhimpun pada malam ini, rakyat yang hadir pada malam ini yang datang dari seluruh pelosok negara, yang disaksikan oleh ahli-ahli kita, kepimpinan kita.

Kesungguhan inilah tanda istiqamah kita dengan perjuangan Islam.

Percayalah, perjuangan ini adalah cahaya ALLAH yang tidak boleh dimatikan sekali-kali. Tiada siapa yang boleh memadamkan cahaya ALLAH, walaupun kita dikepung dan dibuat macam-macam, insya-ALLAH kita akan bertahan, marilah kita  bersama-sama terus beristiqamah, balik ke tempatmasing-masing, teruskan kerja dan yakin kepada dasar perjuangan dan matlamat perjuangan bersama dengan pemimpin-pemimpin yang setia dengan baiah perjuangan ini.

Yang terakhir ini, marilah sama-sama kita memanjatkan doa dan bermunajat kepada ALLAH memohon pertolongan dan kekuatan kepadaNya dalam menghadapi cabaran dari dalam dan luar yang sangat mencabar sehingga kita bertemu dengan ALLAH dengan mendapat keredaan dan bahagia dihimpunkan kita semua dalam keredaan dan syurga ALLAH.


Cabar Hudud: Mahkamah tolak permohonan Gerakan

Posted: 20 Oct 2015 12:58 AM PDT


Cabar Hudud: Mahkamah tolak permohonan Gerakan
Barisan peguam yang mewakili kerajaan Negeri Kelantan. – Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI


PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan tiga individu dari Parti Gerakan untuk memulakan petisyen bagi mencabar perlaksanaan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas yang mencukupi untuk pemohon memulakan tindakan itu.

Dalam penghakimannya, Zaharah berkata, enakmen undang-undang syariah terpakai terhadap mereka yang beragama Islam namun melalui afidavitnya, ketiga-tiga pemohon tidak menunjukkan  mereka beragama Islam.

Selain itu, Zaharah berkata, pemohon tidak menunjukkan mereka terkesan dengan perlaksanaan enakmen berkenaan.

Tiga individu itu adalah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.

Mereka selaku pemohon  memfailkan notis usul pada 8 Mei lalu bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan  Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan  1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud, di sisi Perlembagaan.

Mereka menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul itu.

Dalam notis usul itu, mereka mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah, yang boleh dihukum mengikut undang-undang Persekutuan.

Mereka mendakwa keputusan Dun meluluskan pindaan itu adalah tidak sah dan batal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 7 Mei, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula mereka untuk mencabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan di sisi perlembagaan, yang telah  dipinda dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac tahun ini untuk memasukkan undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah seperti curi, rompak dan rogol yang telahpun tersenarai dalam Senarai Undang-undang Persekutuan dan boleh dihukum di bawah undang-undang Persekutuan.


Pandikar tuntut Kit Siang mohon maaf

Posted: 20 Oct 2015 12:52 AM PDT

SINAR HARIAN


Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
 
KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menuntut Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat ekoran kenyataannya menuduh beliau menyalah guna kuasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat serta cuba mensabotaj siasatan mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Menurut Pandikar Amin, sekiranya Kit Siang tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan akan diambil terhadap beliau.
 
"Kalau Gelang Patah (Kit Siang) tidak minta maaf tanpa syarat pada saya, tak tarik balik (kenyataan), maka satu usul akan dibuat. Jadi minta disampaikan kepada Gelang Patah, bila tiba masanya nanti, tarik balik," katanya.
 
Pandikar Amin mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampaikan keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.
 
Semalam, Kit Siang ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.
 
"Tidak ada peruntukan beri kuasa kepada Tuan Yang Dipertua untuk berhentikan satu jawatankuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat. 
 
"Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa Tuan Yang Dipertua yang tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB," kata Lim.
 
Selain itu, Pandikar Amin turut memperjelaskan laporan media yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung cadangan untuk memfailkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat kali ini.
 
Dalam isu itu, Pandikar Amin mengingatkan bahawa sebarang usul sepatutnya dibuat 14 hari sebelum sidang mesyuarat bermula bagi membolehkannya dipertimbang dan diterima masuk pada sesuatu sesi mesyuarat.
 
"Jadi jika usul itu difailkan sekarang, ia mungkin hanya diterima masuk pada sesi mesyuarat akan datang, jadi jangan salahkan saya kalau usul itu tidak diterima pada mesyuarat kali ini," katanya yang turut menuntut kefahaman daripada pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan keputusan itu kelak. - Bernama
 
 

'BN hendak keluarkan saya dari PAC'

Posted: 20 Oct 2015 12:50 AM PDT

Tony Pua
Tony Pua
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua menegaskan beliau tidak pernah melanggar mana-mana peraturan PAC termasuk membocorkan maklumat siasatan jawatankuasa itu kepada umum.

Menurutnya, mana-mana maklumat yang disampaikan kepada umum hanyalah melibatkan maklumat yang telah disebut Pengerusi PAC sebelumnya.

"Saya tak tahu sama ada nak bimbang atau tidak. Jelas bahawa BN nak saya keluar dari PAC. Yang saya boleh katakan dikatakan di sini bahawa saya tidak pernah langgar mana-mana peraturan PAC, saya tidak pernah bocorkan maklumat yang dibincangkan dalam PAC yang belum didedahkan kepada umum.

"Jika Pengerusi PAC sebut tentangnya, saya akan sebut tentang apa yang pengerusi cakap. Jika maklumat itu tidak didedahkan kepada umum, saya akan tutup mulut," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PAC kena siasat 1MDB, bukan Tony Pua]

Sebelum ini, Pengerusi PAC yang baharu, Datuk Hasan Ariffin dilaporkan berkata, bahawa mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan nasib Tony Pua berhubung kedudukannya dalam jawatankuasa itu susulan kelantangannya mengkritik 1MDB.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga menjelaskan bahawa sebarang pendedahannya terhadap mana-mana dokumen dibuat bukan diambil dari mesyuarat PAC.

"Bekas Pengerusi, Datuk Nur Jazlan (Mohamed) sudah banyak kali dalam mesyuarat dan di luar mesyuarat menegaskan bahawa sebarang maklumat yang saya sentuh... contohnya kenyataan saya hari ini, berdasarkan kepada dokumen yang sumbernya di luar PAC.

"Jika esok Sarawak Report dedahkan perjanjian antara 1MDB dengan mana-mana syarikat, saya akan komen terhadap dokumen itu dan ia tidak kacau siasatan PAC kerana dokumen itu tidak diperoleh dari mesyuarat PAC," katanya.

Beliau turut menyatakan penerimaanya terhadap hasrat Hasan agar siasatan 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

"Saya menantikan saat untuk bekerja dengan pengerusi yang baharu dan saya terima kenyataan pengerusi baharu yang mahukan siasatan 1MDB siap secepat mungkin dengan tangan terbuka.

"Itu harapan yang kami kongsi bersama," katanya.

Hasan dilantik menggantikan Nur Jazlan untuk mengendalikan PAC semalam.

Tiada ulasan: