Ahad, 25 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TMB Kelantan Tidak Bercakap Benar - Husam

Posted: 25 Oct 2015 12:45 AM PDT

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'

Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?
Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.



Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank
1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)

2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)

3. Bank Rakyat RM 435,426.62
(Tertunggak sejak 8/15)

4. Public Bank RM 382,134.00
(Tertunggak sejak 7/15)

5. Perumahan Perbendaharaan RM 1,357,150.40
(Tertunggak Sejak 2014)

6. Tabung Haji RM 600,956.00
(Tertunggak Sejak Feb 2015)

7. Etiqa Insurance RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

8) Takaful RM 42, 806.12
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

9) KWAP RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)

10) KWSP RM 166, 273.00
(Tertunggak sejak September 2015)

Jumlah Tunggakan A: RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi

1) Koperasi Maik Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)

2) Koperasi YIK RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)

3) Koperasi Tarbiah Kelantan RM 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)

4) Koperasi MGU RM 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)

5) Koperasi Pegawai Melayu RM 3,805.00

Jumlah Tunggakan B : RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan

1) Pinjaman Komputer RM 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)

2) Pinjaman Kenderaan RM 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)

3) Pinjaman YAKIN RM 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)

4) JPA RM 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

5) Zakat MAIK RM 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

6) Pelbagai Potongan RM 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

Jumlah Tunggakan C : RM 67,962.11

Jumlah Besar Tunggakan A+B+C: RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?

Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.
Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.
Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.
Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.
Tunggakan makin hari makin besar.
61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.
Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.
2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.
3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?
Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

Al-Kisah Mempelam Harummanis, Luar Hijau Dalamnya Oren!

Posted: 24 Oct 2015 10:20 PM PDT

Harum Manis, kelapa muda – PAS dan Amanah perang psikologi

Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.

"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam,
" kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan.

Semalam di Dewan Rakyat, ketika ramai pemegang jawatan utama PAS tidak mengangkat sepanduk "Mana 2.6 bilion" sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan pembentangan Bajet 2016, Mahfuz sebaliknya turut mengangkat sepanduk.

Bukan sahaja di dalam Dewan, beliau turut membawa sepanduk itu ketika di lobi Parlimen bersama wakil rakyat Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, bekas ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR.

Turut mengangkat sepanduk bersama ialah Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, walaupun masih kekal dalam PAS.

Ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan ketika itu, tetapi tidak mengangkat sepanduk ialah setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan Nasarudin Hassan (Temerloh) dan ketua pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas).

Ketika Mahfuz sibuk dengan Harum Manis, seorang pemimpin PAS lain berkata: "Saya kelapa muda, hijau di luar putih di dalam," membayangkan warna hijau dan putih selaras warna rasmi PAS.

Namun, seorang ahli PAS yang pro Amanah pula berkata: "Buat apa kelapa muda, isinya sikit takda santan. Baik kelapa tua, warna perang dekat oren, isinya tebal, tahan bila jatuh, isinya boleh keluar banyak santan." –TMI

ULASAN GB

Dalam kelucuan bab mempelam harum manis, terselit beberapa hal yang menarik.

Seorang AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali di dalam satu statusnya di laman sosial menyatakan:

"Ada orang kata jangan jadi macam mempelam harummanis, hijau di luar oren di dalam".


Kita pun tak tahu "orang mana" yang berkata demikian kecuali kata-kata itu dari beliau sendiri. Dan kita nak tahu juga apa pasal "jangan jadi mempelam harummanis". Sedangkan namanya pun nama yang baik - harummanis - dan buahnya pun sedap, lazat dan berkhasiat. Meleleh air liru dibuatnya jika ada di depan mata. Hanya orang tak berakal atau yang mereng otaknya akan memakan kulitnya yang hijau dan membuang isinya yang oren itu dan menjadikan ia satu perumpamaan untuk hal yang tidak baik.

Sebenarnya beliau kecewa, sebab masih ramai lagi orang PAS yang hanya kulitnya hijau iaitu PAS, tapi hatinya sudah oren, AMANAH.

Mungkin juga beliau menyindir orang-orang seperti Mahfuz, Husam, Siti Zailah dan ribuan lagi yang jasadnya masih berada di dalam PAS, sedangkan hatinya sudah bersama AMANAH.

Oleh itu tidak logik dan tiada justifikasi untuk menyatakan "jangan jadi mempelam harummanis". Kata-kata itu semacam menjadi mempelam harummanis sebah buah yang "berdosa" dan tidak bagus sedangkan hakikatnya adalah disebaliknya.

Dan perumpamaan sedemikian itu memang janggal dan tidak betul, menyalahi hukum kebenaran dan keadilan. Kecualilah jika mengambil objek-objek lain yang memang tidak bagus untuk dijadikan perumpamaan seperti buah-buah beracun.

Demikianlah tahap pemikiran seorang AJK PAS Pusat. Sudah tidak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Kesian pun ada terhadap golongan seperti ini. Setaraf dengan hal seorang menteri UMNO ... x payah disebut namanya... yang kononnya CGPA 3.85 sedangkan kata-katanya sentiasa merapu sepanjang masa.

Tiada ulasan: