Ahad, 25 Oktober 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Perkasa Pakatan Rakyat

Posted: 25 Oct 2015 11:11 AM PDT



PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan. Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini.

Pakatan Rakyat masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.

Realitinya di Malaysia, paksi politik dan perubahan total negara hanya akan berlaku bila paksi politik Melayu / Bumiputera membuat perubahan. Tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dilihat sebagai satu anjakan besar perubahan di kalangan pengundi Melayu, apabila 'bebanan' PAS dituduh sebagai alat DAP tercabut dari pundak politik PAS.

Anjakan besar juga dijangka berlaku di kalangan pengundi Melayu apabila kos dan kualiti kehidupan mereka terus dihimpit oleh polisi-polisi dan penyelewengan pentadbiran Umno-BN seperti peningkatan kadar GST yang dijangkakan akan berlaku dalam masa setahun dua jika negara terus kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada GST untuk menampung perbelanjaannya.

Kegagalan Umno/BN dalam mengurus tadbir negara dan kontroversi tidak henti mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dana derma RM2.6 bilion dan 1MDB, kini sudah memberi petanda bahawa masa sudah tiba untuk anjakan paradigma politik di kalangan pengundi Melayu / Bumiputera demi kesejahteraan ekonomi dan masa depan negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Oktober 2015

PAS Representative Council (PRC) UK Eire telah berjaya mengadakan Majlis Dialog & Ramah Mesra bersama warga Malaysia di Manchester

Posted: 25 Oct 2015 10:31 AM PDT



[Review Program]

Alhamdulillah, pada 24 Oct 2015 bersamaan 11 Muharram 1437H, PAS Representative Council (PRC) UK Eire telah berjaya mengadakan Majlis Dialog & Ramah Mesra bersama warga Malaysia di Manchester. Pimpinan PAS yang dibawakan khas dari Malaysia dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, al-Fadhil Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato' Dr Fadzli Hassan (Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan), dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS). Program ini adalah Program yang julung julung kalinya diadakan oleh PRC pasca Muktamar PAS Kali Ke-61 yang turut menyaksikan PAS kini berada di tahap kekuatannya yang tersendiri. Program semalam berjaya mengundang kira-kira 70 hadirin dari pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa, professional & sarjana PhD, yang tidak putus-putus memberikan pandangan & merungkaikan persoalan isu-isu semasa yang diterajui PAS.

Dato' Tuan Ibrahim dalam dialognya semalam menyentuh isu ketirisan pengurusan hasil Negara dan memberikan contoh Bajet 2016 yang tidak telus dan meletakkan Negara di ambang krisis ekonomi terburuk dalam sejarah. Beliau juga mengulas peranan PAS sebagai Parti yang kini terus maju bagi meruntuhkan sekaligus menggantikan rejim BN pimpinan Dato' Seri Najib Razak. Antara langkah progresif PAS ketika ini adalah bersama-sama ratusan NGO & individiu-individu negarawan dalam Kongres Rakyat untuk membawa idea-idea baru bagi menyelamatkan Negara daripada kerakusan UMNO BN. Beliau juga menyeru para hadirin untuk memberikan keyakinan kepada PAS untuk memerintah Malaysia dengan mengambil contoh 25 tahun kecemerlangan kepimpinan PAS di negeri Kelantan.

Dato' Dr Fadzli Hassan turut memberikan keyakinan kepada hadirin betapa PAS di Kelantan selama 25 tahun pemerintahannya berteraskan "Membangun Bersama Islam" tidak pernah walau sekalipun disabit dengan kesalahan rasuah & salah guna kuasa. Kata beliau, kecemerlangan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana Kerajaan Dunia dan ini telah menjadikan PAS sebuah Parti yang diyakini rakyat Malaysia setelah putus asa dengan kezaliman Kerajaan UMNO BN. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima asih kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya di UK yang secara langsung ataupun tidak, telah turut bersama-sama membantu rakyat Kelantan dalam peristiwa banjir tahun lalu. Beliau turut memberikan penjelasan tentang isu bai'ah yang sebelum ini hangat dimainkan media. Jelas beliau dengan memberikan contoh apa yang berlaku pd ayah beliau sendiri selaku bekas wakil rakyat DUN Kelantan yang telah ditawarkan jutaan ringgit oleh UMNO bagi membolehkan mereka mengambil alih Kerajaan PAS Kelantan. Disebabkan tunjang perjuangan PAS adalah Islam, dan PAS mewajibkan semua wakil rakyatnya berbai'ah, UMNO BN yang sejak dulu sentiasa cuba memberikan rasuah kepada wakil rakyat PAS kini sudah berputus asa. Hasilnya, Kerajaan PAS tetap utuh walaupun kita menyaksikan Wakil Rakyat Parti rakan-rakan Tahalluf PAS sebelum ini spt PKR & DAP Berjaya dipujuk UMNO BN untuk melompat sekaligus menumbangkan Kerajaan PR Negeri Perak pada tahun 2009.

DI Majlis itu juga, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengingatkan hadirin agar tidak termakan dengan isu yang dimainkan media massa termasuk Berita Harian, Utusan, Malaysia Kini & Malaysian Insider. Beliau selaku Setiausaha Politik PAS terpaksa berkali-kali memberikan amaran kepada mereka yag sentiasa mencari ruang untuk mensensasikan berita walaupun membentangkan laporan yang tidak benar. Ujarnya, selain Harakah cetak, kenyataan-kenyataan rasmi pimpinan PAS boleh dirujuk di laman web rasmi www.pas.org.my & portal harakahdaily. Beliau juga menjelaskan usaha PAS kini untuk menyapu bersih semua undi umat Islam di Malaysia yang membentuk 60% demografi rakyat Malaysia hari ini, selain menambah peratusan undi masyarakat bukan Islam yang semakin hari semakin bertambah. Katanya, rakyat kini sudah berputus asa dengan UMNO BN, dan melihat PAS sebagai satu-satunya Parti selain BN yang telah lama memerintah sesebuah Kerajaan Negeri, mampu untuk mengambil alih Kerajaan Malaysia di PRU 14 akan datang.

#BeristiqamahHinggaKemenangan
#MovingForward

1MDB Dan Najib: Madah Berhelah

Posted: 25 Oct 2015 05:26 AM PDT

1MDB di tubuhkan pada tahun 2009. Di beri dua bidang tanah untuk di bangunkan. Tanah TRX dan Sg Besi di bawah harga pasaran. Berbekal wang pinjaman dari agensi kerajaan. Dua bandar canggih yang bakal mengatasi pencapaian segala mantan. Pengumuman di buat secara besar besaran. Pelabur asing akan melabur wang ber tan tan. Namun hajat tak kesampaian. Oleh Petrosaudi di tipu sakan. Pelaburan bertukar menjadi pinjaman. Berbillion hilang di Pulau Cayman. Tunai dan unit dah tak tahu di bezakan.

Namun cita cita Najib harus di terusi. Maruah PM di pertahan mesti. Berbillion ringgit perlu segera di cari. Mengantikan berbillion yang di curi Petrosaudi. Satu persatu jaanakuasa kemudian beli. Sebagai cagaran bagi pinjaman yang di beri. Dengan harga pasaran jauh melebihi. Alasan pembelian harus di beri. Konon nya kesilapan lampau Tun M harus di betuli. Maruah Melayu perlu di kembali. Tarif letrik tak akan membebankan lagi.

Dengan hutang RM42 billion yang harus di tanggung. Namun projek KLIFD dan Bandar Malaysia masih tergantung. Tanah yang di beli kekal kosong. Hanya tampak pagar yang mengepong. Angan angan Najib kini kekal terapong. Untuk menjadi PM yang teragong. Negarawan ulung yang di junjung dan di sanjung. Impian kosong yang membebankan kantong. Kini 1MDB memerlukan pelampong. Seluruh rakyat terus lena di kelentong. Konon suatu hari nanti 1MDB pasti akan untung. Ibarat tin kosong. Menang sorak tergadai kampong.

1MDB apa manfaat pada rakyat?. Wang RM2.6 billion dari mana dan siapa yang dapat?. Suatu soalan tepat. Padat dan nekad. Yang membuat Najib melompat pucat. TSMY dan DSSA di pecat. Perkhidmatan AG di tamat. Di ganti dengan yang sependapat. Kuasa SPRM di sekat. Gabenor Bank Negara di tekan rapat. Habis di bongkar segala rahsia yang tersirat. Yang berani bertanya di tangkap dan di soal siasat. Segala siasatan kini terencat. Suatu kezaliman yang dasyat. Najib kini menarik nafas selamat. Selamat di dunia dan peduli apa dengan akhirat. Kini yang di nanti hanya lah hukuman rakyat. Dan ianya pasti berat.

Kini kepada Tun M rakyat bergantung harap. Untuk mengekang Najib dari terus menyamun dan melahap. Supaya tidur Najib mata nya tak lelap. Agar masa depan negara tidak malap. Perjuangan harus mantap. Hati harus cekal dan tetap. Solat perlu kerap. Cari lah petunjuk dalam Al Quran Al Kitab. Penyuluh jalan yang gelap.

Nukilan Bluee Oocean.
Ahad, 25 October 2015.

Tiada ulasan: