Khamis, 1 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Dua Orang Tokoh Ternama Sertai AMANAH

Posted: 01 Oct 2015 12:32 AM PDT

Dua orang tokoh terkenal di dalam negara telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara malam kelmarin.

Dua orang tokoh berkenaan ialah seorang penyair, dramatis dan pengarah filem yang pernah mendapat pelbagai anugerah dalam Festival Filem Malaysia melalui dua arahan filemnya ‪#‎Dia_Ibu_Ku‬ dan ‪#‎Potret_Maria‬ iaitu Sdra Yassin Salleh sementara seorang lagi ialah bekas Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Dato' Sabtu Awab.



Kedua-dua mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Saudara Salahuddin Ayub dan kedua-duanya mengisytiharkan menyertai Parti Amanah di hadapan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ceramah Pelancaran Amanah Kawasan Batu malam kelmarin di Padang Bola, Kg Padang Balang, Kuala Lumpur.

Meraikan penyertaannya, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan YB Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi DAP yang juga MP Seputih YB Teresa Kok, MP PKR Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Pusat YB Dr Mariah Mahmud serta Ketua Awan Batu Aishah Ariffin.

Yassin Salleh selain terkenal dengan puisinya "ikan-ikan di kaca", dan juga melalui filem arahannya – Dia Ibuku, Potret Maria dan Ali Setan 2.

 Sdra Yassin Salleh juga turut menghadiahkan buku antologi puisinya ‪#‎Simfoni_Sepi‬ kepada def-def yang hadir.

Sementara Dato Sabtu Awab pula ialah seorang pesara kerajaan dan merupakan bekas Penolong Setiausaha Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kini lebih dari 35,000 orang yang teridiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyerahkan borang sebagai ahli Parti Amanah Negara dan AMANAH mensasarkan untuk mencapai 100,000 menjelang hujung tahun ini.

AMANAH Ditubuhkan Di Atas Kehendak Rakyat.

Posted: 30 Sep 2015 06:40 PM PDT

Amanah wujud sebab rakyat mahu

PARIT BUNTAR - Parti Amanah Negara (Amanah) wujud atas kehendak rakyat yang menyokong gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat, tegas Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Berucap dalam majlis penerangan dan dialog anjuran Amanah Parit Buntar di sini, beliau berkata, Amanah ditubuhkan bukan atas dasar rasa kecewa dan tamak jawatan, tetapi memenuhi kehendak rakyat yang mahu gabungan parti pembangkang yang kuat menghadapi BN.



"Tiada parti yang dapat menghadapi BN secara bersendirian tanpa bergabung antara satu sama lain. Amanah memenuhi harapan rakyat yang yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebelum ini," katanya.

Majlis penerangan dan dialog yang diadakan di Parit Buntar buat kali kedua ini turut dihadiri oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Anak Muda Amanah (Aman) Perak , Mohd Fakhrurrazi Mokhtar.

Sementara itu, Mohd Fakhrurrazi menjelaskan keperluan wujudnya Amanah untuk menumbangkan BN kerana mustahil untuk parti pembangkang boleh menang secara bersendirian.

"Sejarah sudah membuktikan BN kehilangan banyak kerusi semasa pilihan raya umum apabila parti-parti pembangkang bersatu

"Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat berjaya menghilangkan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen," katanya.

Mohd Fakhrurazi turut menolak dakwaan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menuduh sesiapa yang menyertai Amanah akan terjejas akidah.

"Ini tiada kaitan akidah malah Amanah komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam," katanya.

Fakhrurrazi berkata, Amanah diterima bukan sahaja oleh orang Islam malah bukan Islam yang mahukan perubahan politik atas dasar kerjasama jujur dan komited dalam Pakatan Harapan.

ULASAN GB

Keputusan untuk menubuhkan parti baharu adalah keputusan rakyat. Pada satu perhimpunan 16 Jun lalu di Muar, Johor, kumpulan progresif yang telah dirancang oleh pimpinan ulamak PAS untuk diketepikan melalui "cai' di dalam Muktamar PAS, telah membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha.

Pembentukan jawatankuasa itu dilakukan apabila rakyat yang hadir diperhimpunan tersebut telah menyuarakan secara beramai-ramai bahawa sebuah parti politik Islam yang baharu ditubuhkan... apabila mereka melihat PAS telah kesasar dari perjuangan Islam dengan mengambil sikap melabel, memberi gelaran-gelaran buruk seperti BROKER, BARUA, TOLOL, ANWARINAS, PENCACAI DAP, SYAITAN dan sebagainya terhadap golongan progresif.

Presiden PAS sendiri, pada telah menghalau kumpulan progresif keluar dari parti. Malah melalui kempen untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS, beliau telah menuduh dan mengecop lawannya sebagai "calon yang ditunjukkan oleh DAP".

Diperburukkan lagi, pada muktamar yang lalu, resolusi muktamar telah menerima usul Dewan Ulamak PAS supaya memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudian diterima oleh Majlis Syura dan berakhirlah apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat selama ini.

Apabila cabaran Presiden PAS disambut oleh kumpulan progresif dengan pembentukan Gerakan Harapan Baharu, sebuah NGO yang dibentuk sebelum tertubuhnya Parti AMANAH sebagai sebuah parti politik, tiba-tiba Presiden PAS menempelak mereka sebagai pengkhianat yang perlu dihapuskan. Apatah lagi penubuhan AMANAH disambut dengan jumlah bilangan ahli yang luarbiasa, termasuk sokongan dan dokongan beberapa NGO Islam yang terbesar di dalam negara seperti ABIM, IKRAM dan WADAH.

Timbullah pelbagai isu yang kesemuanya merupakan backfire kepada PAS sendiri, misalnya isu baiah talak dan seumpamanya, yang mendedahkan pekung PAS sendiri sebagai sebuah parti yang telah menghodohkan Islam selama ini.

Malah disuruhnya dan ditekan mereka yang meninggalkan parti untuk mengosongkan kerusi yang dimenanginya, tetapi aneh, di Selangor mereka beriya-iya memepertahankan kedudukan PAS di dalam kerajaan negeri dengan alasan mereka menang kerusi di Selangor di atas nama Pakatan Rakyat, walhal mereka sendirilah yang bertanggungjawab membunuh Pakatan Rakyat tersebut.

Demikian keserabutan PAS. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... biarlah mereka menyalak di kiri-kanan jalan, kabilah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan terus berjalan...

PAS, Kau Ini Bagaimana?

Kau ini bagaimana?

Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol

Kau ini bagaimana?

Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar

Kau ini bagaimana?

Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis

Kau ini bagaimana?

Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP

Kau ini bagaimana?

Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?

Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...

Kau ini bagaimana?

Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu

Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan

Kau ini bagaimana?

Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?

Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?

Kau ini bagaimana?

Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...

Kau ini bagaimana?

Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina

Kau ini bagaimana?

Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana...

Greenboc
8 Sept 2015

Tiada ulasan: