Ahad, 18 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


Perniagaan Al'marhum ...

Posted: 18 Oct 2015 03:29 AM PDT


AR Tompel dalam satu filim P.Ramlee ada  kata "..ini semua berniaga almarhum..!"...ini lah juga model dan konsep perniagaan yang 1MDB buat. Membeli harta/aset dengan cara berhutang. Mereka beli semua sekali... daripada syarikat, kakitangan dan juga dengan hutang-hutang  yang sedang ditanggung olih syarikat yang 1MDB beli itu.

Yang kedua, cara 1MDB berniaga ialah dengan membeli harta-harta kerajaan dengan harga yang murah. Kemudian dibangunkan harta-harta tersebut dan akhir sekali dijualnya harta-harta tersebut.

Gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat berniaga yang sebegini adalah ada lah dinamakan 'berniaga buloh kasap'.

Sekarang ini setelah terjerat, setelah tercekik pada bulan Ogos hari itu 1MDB telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sedang berusaha untuk menjual kembali harta-harta yang dibeli demi untuk membayar hutang-hutang yang mereka hutang sebelum ini secara hutang. Tempoh yang telah diberikan olih 1MDB ialah selama 6 bulan. Sekarang dah nak habis bulan 10. Tinggal lagi 3 bulan setengah saja lagi. Hasil jualan harta-harta yang dimiliki secara hutang itu akan digunakan untuk membayar hutang-hutang yang mereka hutang yang telah menimbun, termasuk 'bunga' atau faedah hutang tersebut.

Ini lah M.Nasir kata "Hutang bayar hutang!". Kah..Kah..Kah..

Yang kelakar ialah hasil jualan harta-harta tersebut akan digunakan untuk membayar hutang harta yang mereka hutang itu. Sebagai contoh ialah, kita beli rumah dengan 'loan bank', kemudian kita jual rumah tersebut untuk bayar hutang 'loan bank' tadi.

Yang membuatkan hati gurkah-gurkah ini risau ialah pembeli harta-harta tersebut dibuka kepada sesiapa saja, yang penting siapa yang boleh bayar harga tinggi. Dalam hal ini tidak ada halangan kepada sesiapa yang berniat tidak baik kepada negara untuk membeli harta-harta tersebut kerana harta-harta tersebut adalah harta-harta strategik yang sangat-sangat boleh menyusah dan menyulikan rakyat dan kita semua.

dollah yankee -
Betul lah ini berniaga al'marhum ...





Tiada ulasan: