DIALOG RAKYAT |
- MALU WEHHH...SAMPAI LIONG SIK SENDIRI MINTA DIRINYA CEPAT DISAMAN!!
- Nazri tak tau sebab dia tak bergaul – Jamal
- Najib sembunyi kos jet RM40.8 juta
- Nur Amalina Che Bakri. Double Degree, Master di Universiti Cambrige dan Terkini PHD Kanser Payudara di Kolej Imperial
- Peluang singkir Najib hampir sifar, kata Pua
- Zikir menari: Mufti tuduh golongan Syiah
- 'Sokong siapa saja PM asal bukan Pekan'
- Era Anwar berlalu? BN jangan takbur, kata PKR
- Menantu Hadi Awang lancar perang terhadap Husam Musa
- Dr Mahathir Bertanggungjawab Terhadap Situasi Politik Semasa Negara Ini - NGO
- Kenapa perlu takut dengan Pas?
- Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?
- Keluarga bekas penasihat undang-undang kerabat Johor tuntut hak ikat jamin
- 607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
- Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin
- Jangan lengahkan siasatan MARA dengan birokrasi - Annuar Musa
- Ada kamera tersembunyi di rumah Emma Maembong?
- MT UMNO maksudnya 'Muhyiddin Totok UMNO'
- Kes fitnah selesai, PM terima permohonan maaf Nizar Jamaluddin
- Lebih 20.1 juta pengguna internet aktif di Malaysia
- Putrajaya tetap tegas haramkan ‘vape’, kata menteri kesihatan
- Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan Najib di Pekan
- Mengapa Abdul Aziz Bari sertai DAP
- Suri rumah kena cabul ‘pak haji’
- Pakatan Harapan: Kenyataan Azmin tepat, kata Pas
MALU WEHHH...SAMPAI LIONG SIK SENDIRI MINTA DIRINYA CEPAT DISAMAN!! Posted: 28 Oct 2015 07:38 AM PDT shahbudindotcomBaru beberapa hari yang lalu, Ahli Parlimen Mersing, Abdul Latif Ahmad memuji Najib Razak yang disifatkannya umpama "roti canai bertelur" kerana keberaniannya melaksanakan cukai GST dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu. Menurut beliau, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini pun tidak cukup keberanian untuk melaksanakan sistem cukai itu. Dengan ini Najib adalah seorang yang berani. Ini bukan nasib, tapi ini adalah kepandaian dan kebijaksanaan yang terancang, kata beliau melontarkan pujiannya. Abdul Latif berkata demikian sebagai menolak andaian pelbagai pihak yang menyifatkan Najib sebagai pemimpin penakut berikutan sikapnya yang tidak cukup tegas, lambat dan terlalu berhati-hati dalam banyak perkara sehingga label yang sering dikaitkan dengannya ialah umpama "roti canai kosong" atau "roti canai tanpa telur". Antaranya sikap penakutnya ialah tentang tindakannya mahu menyaman akhbar The Wall Street Journal atau WSJ yang masih tertangguh sehingga kini walaupun berpuluh-puluh hari Selasa telah berlalu sebagaimana yang dijanjikannya sebelum ini. Setelah surat tuntutan penjelasan yang dihantar kepada WSJ dijawab dengan mereka tetap mempertahankan laporan yang dibuat mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, Najib kini menjadikan kepastian mengenai Akta Speech pula sebagai alasan menangguhkan samannya itu. Kemudian apabila bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik membuat dakwaan bahawa Najib "mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke poketnya" sambil bersetuju dengan gesaan Tun Mahathir tentang perlunya beliau berundur daripada jawatannya, Perdana Menteri juga menghantar notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh masa tujuh hari sekiranya tidak mahu berdepan dengan saman di mahkamah. Bagaimanapun Ling Liong Sik hanya memerlukan tempoh masa kira-kira tiga hari saja untuk menjawab tuntutan itu dengan bertegas tidak akan menarik balik atau memohon maaf, sebaliknya sedia berdepan di mahkamah bersama keinginan mahu melihat Najib berdiri di kandang saksi mempertahankan dirinya. Namun demikian, sehingga ke hari tidak diketahui sama ada saman itu akan menjadi kenyaaan atau sebaliknya. Peguamnya, Hafarizam Harum semalam hanya berkata, beliau akan menemui Najib dalam waktu terdekat ini untuk mendapatkan kata putus mengenainya. Soalnya, bila lagi mahu disaman bekas Presiden MCA itu? Kenapa terlalu lambat dan terhegeh-hegeh dalam bertindak? Jika benar berani melaksanakan GST sebagai tanda "roti bertelur", kenapakah dalam melakukan tindakan saman seperti tidak cukup keberanian sedangkan ia telah dilafazkan sebelum ini? Di ketika rakyat hampir seluruhnya bersetuju mengenai "roti canai kosong" yang selalu dikaitkan dengan Najib itu dan menjadikannya sebagai gurauan sama ada di media sosial dan juga dalam kehidupan seharian, hari ini Ling Liong Sik sendiri melahirkan kehairanan tentang kelambatan itu. Saya juga kehairanan mengapa beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyaman, tetapi saya akan terus bersabar, kata Ling lagi. Dengan kenyataan ini bermakna Ling sendiri mahu dirinya cepat disaman oleh Najib. Beliau jelas tidak sabar mahu berdepan dengan Perdana Menteri di mahkamah. Tidak ramai orang sebenarnya di dunia ini yang mahu atau suka kena saman, lebih-lebih lagi oleh seseorang yang berjawatan Perdana Menteri. | ||||||||||
Nazri tak tau sebab dia tak bergaul – Jamal Posted: 28 Oct 2015 07:30 AM PDT Jamal Yunos mengaku wujud gerakan menjatuhkan Muhyiddin Yassin oleh ahli UMNO dan Nazri Aziz tidak tahu kerana tidak sertai 'group telegram' kumpulan UMNO terbabit. PETALING JAYA : Datuk Jamal Md Yunos mempertahankan dakwaan yang dibuat olehnya bahawa wujud gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, Datuk Seri Nazri Aziz sememangnya tidak tahu gerakan menjatuhkan Muhyiddin kerana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tidak ada dalam 'group telegram' ahli UMNO yang terlibat dalam gerakan itu. "Soal dia (Nazri) tak tahu tu sebab dia tidak ada dalam group telegram kerana dia tak mahu bercampur dengan kami. Sebab dia (Nazri) merasakan dirinya sangat hebat," katanya kepada FMT pada Rabu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nazri bahawa Jamal bukan individu penting sehingga mampu untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mengulas lanjut, Jamal mengaku dirinya bukan individu penting seperti dikatakan Nazri itu. "Memang saya tidak penting dalam parti. Tetapi jika saya sebagai Ketua UMNO Bahagian yang menyuarakan pendapat dikatakan oleh Nazri tak penting, maksudnya ahli-ahli UMNO dalam Malaysia ini semua tak penting. "Jadi Nazri ini dapat jawatan daripada mana? Dari sokongan orang bulan? Adakah daripada sokongan orang bunian? Daripada jin mana dia dapat sokongan? Kalau saya sebagai Ketua UMNO Bahagian tak penting, jadi ahli-ahli lain?," soalnya. Jamal berkata, Nazri mengeluarkan kenyataan seperti itu disebabkan beliau tidak pernah bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. "Nazri ini seorang yang mendapat jawatan yang tidak pernah bertanding. Dalam MT pun tak pernah bertanding, dia hanya dipilih dan dilantik untuk penuhi kuota," katanya. Jamal juga mengambil peluang membidas Nazri yang lebih rela merasmikan program DAP daripada menghadiri program anjuran UMNO. "Dia datang kat Bahagian saya pun dia rasmikan program DAP bukan program UMNO. UMNO jemput dia tak datang tapi DAP jemput dia datang," katanya yang merujuk kepada program pelancongan di Sekinchan. | ||||||||||
Najib sembunyi kos jet RM40.8 juta Posted: 28 Oct 2015 07:25 AM PDT Oleh: Nadia Hanafi KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menyembunyikan kos sebenar penggunaan pesawat yang digunakannya dalam tempoh enam bulan. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan enggan mendedahkan butiran kos berkenaan ketika ditanya di parlimen pada 22 Oktober lalu. Berikutan itu, beliau membuat anggaran penerbangan pesawat itu menelan belanja sebanyak RM40.8 juta antara April dan September 2015 Dalam tempoh itu, katanya, pesawat ACJ320 milik kerajaan itu telah membuat penerbangan sebanyak 42 kali. Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, beliau menganggarkan kos sewa jet berkenaan sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM13.3 juta. Manakala kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan melibatkan jumlah RM23 juta. Bagi kos perjalanan luar negara pula, ia dianggarkan berjumlah RM4.5 juta. "Kalau jumlah ini tidak betul, menteri perlu kehadapan dan beritahu jumlah yang sebenar. Kalau tidak, maknanya jumlah itu betul," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sekadar mendedahkan bahawa pesawat itu membuat 42 penerbangan membawa Yang di-Pertuan Agong, Najib dan timbalannya ke majlis rasmi. Menurut Rafizi, ia bermakna jet tersebut membuat purata 7 perjalanan setiap bulan antara April dan September. "Keengganan perdana menteri mendedahkan butiran perjalanan serta kos perjalanan menunjukkan beliau tahu maklumat ini akan menimbulkan kemarahan rakyat. "Apabila kerajaan enggan mendedahkan maklumat berkepentingan awam kerana melibatkan dana rakyat, ia menggambarkan perdana menteri sendiri mengakui bahawa perbelanjaan itu tidak berhemah sehingga perlu disembunyikan," katanya. | ||||||||||
Posted: 28 Oct 2015 07:20 AM PDT Nur Amalina Che Bakri. Double Degree, Sarjana di Universiti Cambrige dan Terkini PHD Kanser Payudara di Kolej Imperial KLIK SINI : Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!! (564 komen) Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu. Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada "hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), dan buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial). Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?
Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her. Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah. Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36. Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak. P/S : Ada orang dapat gelaran doktor turun langit mana entah, tiba-tiba mahu digelarkan pakar dan jadi pakar motivasi untuk membuat rakyat Malaysia takjub. Ermmm…. P/S : Kita sebagai seorang rakyat Malaysia haruskan raikan bersama kejayaan sesama kita dalam apa bentuk bidang dan lapangan sekalipun. Doakan kesejateraan pelajar-pelajar kita baik dalam dan luar negara. PP/S : Kurangkan suruh orang suruh tutup sana-sini tetapi kita terlupa untuk tutup mulut kita. PPP/S ; Malaysia needs you baik Amanalina Che Bakri mahupun Siti Fatimah ataupun yang lain-lain lagi di luar sana. Di bawah ini Berita Semasa suka ingin kongsikan surat Dr Amalina dan rakan sekerjanya Dr Adler kepada akhbar berpengaruh di UK di atas ketidakadilan kerjaan UK terhadap kontrak kerja doktor junior. Isu kontrak doktor junior menjadi isu hangat di UK sekarang ini | ||||||||||
Peluang singkir Najib hampir sifar, kata Pua Posted: 28 Oct 2015 07:16 AM PDT Lu Wei Hoong Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menjangkakan adalah sukar bagi menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menolak Bajet 2016 kerana jumlah yang menentangnya tidak mencukupi. "Bolehkah kita berjaya undi tolak bajet? Saya boleh katakan, peluangnya hampir sifar," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu. "Tiada ahli parlimen BN yang sanggup ambil risiko. Jika mahu berjaya, kita memerlukan (sokongan) 30 atau 35 ahli parlimen BN, "katanya dalam satu forum di Kuala Lumpur, malam semalam. Katanya, wakil rakyat BN bimbang mereka akan dihukum sekiranya tindakan mereka tidak berjaya menjatuhkan Najib. Pua yang juga adalah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin mengenai kemungkinan menyingkirkan Najib dengan mengundi menolak bajet yang dibentangkannya, Jumaat lalu. Buat masa ini, gabungan pembangkang - Pakatan Harapan - yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH mempunyai 72 ahli parlimen. Walaupun sekiranya semua 14 ahli parlimen PAS bersama-sama dengan wakil PSM Dr Jeyakumar Devaraj dan ahli parlimen bebas Tan Sri Khalid Ibrahim bersama menolak bajet, kumpulan itu masih kekurangan 24 ahli parlimen untuk mencapai majoriti mudah iaitu 112 undi. Namun Pua berkata, pembangkang masih komited dengan matlamatnya untuk membentangkan usul undi tidak percaya ke atas Najib dan menolak bajet. | ||||||||||
Zikir menari: Mufti tuduh golongan Syiah Posted: 28 Oct 2015 07:08 AM PDT MALAYSIAKINI Jika semalam Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenakan larangan menari untuk berzikir, hari ini beliau memuat naik pula satu video memperlihatkan aktiviti itu yang dikaitkan dengan Syiah. Mohd Asri memuat naik video sepanjang 7.23 saat itu ke Facebook kerana yakin ada pihak yang tidak senang akan larangan yang dibuatnya. "Unit propaganda Syiah pasti tidak bersetuju dengan larangan 'menari untuk berzikir'. "Mereka suka ajaran-ajaran yang pelik ini masuk ke masyarakat Malaysia supaya apabila aktiviti pelik tarian zikir Syiah dikembangkan nanti masyarakat sudah terbiasa dan tidak akan membantah lagi," kata Asri. Menulis di Facebook, Asri mendakwa berdasarkan video 'Syiah berbaju Sunni' akan berjuang mempertahankan amalan yang pelik. Video yang dimuat naik Asri itu turut memaparkan sekumpulan orang berpakaian putih melompat-lompat sambil berzikir. Berdasarkan video, tidak jelas kejadian berlaku bila dan di mana. Asri semalam dilaporkan berkata tarian bagi tujuan berzikir bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir. Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan perbuatan itu dilarang setelah diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa itu pada 24 dan 25 Ogos lalu. LIHAT VIDEO DI SINI | ||||||||||
'Sokong siapa saja PM asal bukan Pekan' Posted: 28 Oct 2015 07:02 AM PDT Abdul Rahim Sabri Pembangkang sedia menyokong beberapa anggota parlimen Umno, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) sebagai perdana menteri. Anggota parlimen PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun berkata langkah itu akan diambil asalkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Johari berkata demikian ketika mengulas isu berkaitan pembahagian kekayaan dengan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya sebanyak 40 peratus. Wakil Sungai Petani itu berkata sehingga kini, Sabah cuma mendapat RM26.7 juta setahun sejak menyertai Malaysia pada 1963. Beliau mempersoalkan faktor penghalang untuk kerajaan persekutuan menyerahkan 40 peratus hasil kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah bayu itu. "Berkali-kali (saya sebut), Sabah bukan (sahaja) salah satu daripada negeri di Malaysia, Sabah ialah sebahagian dan wilayah yang menyertai Malaya untuk menjadikan Malaysia. "Sebab itu, saya amat meminta teman-teman daripada Sabah, Sarawak, ini masanya terbaik untuk teman-taman di sebelah sana, untuk minta daripada kerajaan persekutuan. Kita nak jatuhkan BN, tak apalah, kita tunggu pilihan raya umum. "Tetapi teman-teman daripada Sabah dan Sarawak untuk kita tuntut, kita minta Pekan (Najib) letak jawatan. Kita boleh naikkan Pagoh (Muhyiddin), kita boleh naikkan Bagan Datoh (Datuk Seri Zahid Hamidi), atau naikkan Gua Musang (Tengku Razalegh Hamzah), boleh, tak ada masalah. "Kita di sini adakan sokong... Tanjong Karang (Datuk Noh Omar) pun boleh, tak apa. Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Rahma) pun tak ada, tak ada masalah asalkan Pekan letak jawatan. "Sebagai penutup, bersama-samalah (dengan) rakyat, jangan bersama kami. Malaysia untuk mendesak Pekan letak jawatan," katanya disambut sorakan dan tepukan. Jinjing kasut Johari berkata demikian dalam Dewan Rakyat sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2016 petang ini. Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu turut berkata sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawabnya membangkitkan isu peruntukan itu demi kebaikan rakyat negeri itu. "Kalau kita tengok di Tenom, saya pergi sendiri pergi ke Tenom, YB Tenom ada sini. Budak pergi sekolah menjinjing kasut (kalau hujan). "Kita di sini, kalau hari hujan, budak kalau bas sekolah tak datang, bapa nak hantar dengan motosikal pun tak mahu naik, di Sabah, mereka jinjing kasut sejauh dua kilometer. "Kita minta anak-anak Sabah bangun sebagai orang pintar. Tidak mungkin, tidak (mungkin) itu akan berlaku," katanya. | ||||||||||
Era Anwar berlalu? BN jangan takbur, kata PKR Posted: 28 Oct 2015 07:00 AM PDT Abdul Rahim Sabri PKR hari ini bidas membidas pemimpin BN khususnya pengarah komunikasi strategik BN Datuk Rahman Dahlan kerana mengeluarkan kenyataan "sombong dan takbur" mendakwa era Datuk Seri Anwar Ibrahim "sudah berlalu". Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) berkata pemimpin BN tidak seharusnya lupa bahawa sewaktu Anwar menjadi menteri kewangan, beliau membentangkan belanjawan lebihan tahun demi tahun. "Yang Berhormat Kota Belud, beliau tidak ada dalam Dewan, tapi saya baca twitternya, mengatakan bahawa Datauk Seri Anwar Ibrahim adalah masa lalu. "Tapi saya ingin mengingatkan Dewan bahawa selaku menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan belanjawan lebihan tahun demi tahun. "Ini tidak pernah diulangi oleh tiga perdana menteri yang menjadi menteri kewangan selepas beliau. Janji demi janji untuk membentangkan belanjawan berimbang dilakukan tetapi sudah 18 tahun janji tidak ditepati. "Justeru, saya mengingatkan MP sebelah sana, jangan sombong dan takbur. Ambil pengajaran dariada sejarah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merangka belanjawan lebihan, mengambil iktibar daripada sejarah untuk berjimat cermat ketika senang sebagai persiapan menghadapi masa depan yang sukar," katanya. Shamsul berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 atau Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini. Beliau mengulas kenyataan Rahman (BN-Kota Belud) yang menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa isu suaminya adalah perkara yang sudah berlalu dan beliau perlu menumpukan kepada masa sekarang. "Wan Azizah menyampaikan perbahasan belanjawan dengan menambah perisa di ucapannya menggunakan nama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Ia telah berlalu puan. Anda adalah sekarang," kata Rahman dalam twitternya. Pengurusan ekonomi Nabi Shamsul berkata Anwar turut mengambil iktibar pengurusan ekonomi Nabi Yusuf seperti yang termaktub dalam Al-Quran, sewaktu membentangkan bajet negara. "Bukankah beliau melihat kepada sejarah untuk membuat keputusan semasa perancangan masa depan? "Justeru kita jangan buta sejarah kerana seharusnya dijadikan panduan untuk masa hadapan," katanya. Dalam ucapannya juga, Shamsul optimis jika Anwar menjadi menteri kewangan, ketua umum PKR itu tidak akan membiarkan 1MDB menanggung hutang sejumlah RM42 bilion dan mengheret ekonomi kepada kegawatan. "Saya percaya sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan ekonomi Malaysia sekali lagi, pendekatan berprinsip dan terbuka beliau akan mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi akibat kerakusan 1MDB," katanya. Shamsul turut mendakwa Najib yang mengambil pendekatan berbeza untuk menyelesaikan masalah itu termasuk belum mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal dan Tun Dr Ling Liong Sik. "Kegagalan untuk membuat keputusan ini adalah kelemahan yang menyebabkan beliau tidak sesuai menjadi perdana menteri. "Oleh kerana itu, saya menggesa disegerakan usul yang berhormat ketua pembangkang agar dilakukan undi tidak percaya untuk menguji sama ada Pekan mendapat sokongan majoriti Dewan yang mulia untuk terus menjadi perdana menteri," kata Shamsul. | ||||||||||
Menantu Hadi Awang lancar perang terhadap Husam Musa Posted: 28 Oct 2015 03:01 AM PDT IKHWAN HAZWANAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharudin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan perang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa. - Foto Bernama KUALA LUMPUR , Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharudin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan perang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa. Yang Dipertua Pas Subang itu melancarkan perang tersebut sebagai tindak balas ke atas Husam yang dikatakan berterusan menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob. "Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. "Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Pahrol (Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi) dengan fitnahnya dan saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan," katanya menerusi laman Facebooknya di sini. Dalam pada itu, Husam menjelaskan beliau bersedia mengemukakan hujahnya mengapa Pas kalah di Kedah dalam mana-mana seminar. Jelasnya, sebahagian darinya pernah dikemukakannya kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai. "Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu. "Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004, jika Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih," katanya menerusi laman Facebooknya di sini. Zaharudin kemudiannya menjemput Husam untuk hadir ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad pada 21 November depan pada jam 10 pagi di bagi berdialog mengenai isu 'post mortem' kekalahan Pas di Kedah dan Terengganu. "Bersama saya ada peguam-peguam dan lebih penting kebenaran juga bersama-sama saya kalau Husam nak bawa ke mahkamah. Silakan," tegasnya. | ||||||||||
Dr Mahathir Bertanggungjawab Terhadap Situasi Politik Semasa Negara Ini - NGO Posted: 28 Oct 2015 02:57 AM PDT Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata beliau masih ingat semasa era pentadbiran Dr Mahathir dan penindasan yang dilakukan bekas perdana menteri itu semasa kepimpinannya. "Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan fitnah sivil. Dia dan Lee Kuan Yew (bekas perdana menteri Singapura) memutuskan bahawa cara terbaik untuk menghalang musuh politik adalah dengan membuatkan mereka muflis, mengheret mereka ke dalam prosiding jenayah supaya mereka sibuk mempertahankan diri dan tidak boleh melibatkan diri dalam politik," katanya pada majlis mengumumkan laporan HRW bertajuk "Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia" di Hotel Park Royal di sini Selasa. Adams berkata Dr Mahathir terus mengambil risiko terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dia hanya perlu berdiam diri dan meminta maaf atas apa yang dilakukannya," kata Adams. Adams berkata HRW sedang cuba untuk mengatur mesyuarat dengan pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri. "Ia seharusnya menjadi perbualan sebenar dengan mereka. Saya pasti Kementerian Luar akan menasihati kami supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara tetapi kami hanya percaya kepada hak asasi manusia sejagat. "Apabila Perdana Menteri mengambil alih jawatan pada April 2009, beliau berjanji untuk menegakkan kebebasan awam dan menghormati hak-hak asasi manusia. "Namun, keadaan berubah apabila parti pemerintah hilang undi popular pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13)," katanya. Dokumen setebal 143 muka surat itu melaporkan penggunaan kerajaan ke atas pelbagai undang-undang untuk mengawal kebebasan bersuara termasuk pertikaian mengenai kepentingan awam. | ||||||||||
Kenapa perlu takut dengan Pas? Posted: 28 Oct 2015 02:45 AM PDT DETIK DAILY PETALING JAYA: Parti Amanah Rakyat (Amanah) mula melatah selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan akan sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Dalam reaksinya, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyifatkan ia berbahaya kepada masa depan parti pembangkang kerana ia boleh menggelirukan rakyat. Mengulas mengenainya, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kebimbangan itu bukan setakat menyentap Amanah malah sekutunya, DAP. "DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama PAS dengan BN kerana kacamata cauvanis nya nampak kerjasama ini sebagai PAS UMNO yang akan memberi kesan buruk kepada Pakatan Rakyat yang sedang berada dalam keadaan terumbang ambing. "Bagi DAP perkembangan ini adalah kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan," tulisnya di zamkata.blogspot.com. Jelasnya lagi, rakyat sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN dalam pilihan raya akan datang dengan sikap positif pimpinan tertinggi parti itu termasuk Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan. Selaku Anggota Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) beliau bersedia untuk merashsiakan siasatan terhadap 1MDB sejajar dengan syor Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Terdahulu Abdul Hadi sendiri tidak setuju dengan perbuatan pembangkang mengangkat Plakad " Mana RM 2.6 B" di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab. Dari sudut yang lain, Zainuddin atau Zam melihat senario yang berlaku akan melegakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan bermakna ia sesuatu yang positif buat dirinya. Apapun beliau mengingatkan, bagi mencapai kemenangan cemerlang Najib perlu berundur sebelum pilihanraya umum akan datang kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan UMNO yang telah tercalar. "Insya Allah akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan Insya Allah Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang. "UMNO ada strateginya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat.Sejarah telah membuktikannya," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu sebelum mengakhiri entrinya.-FMT | ||||||||||
Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN? Posted: 28 Oct 2015 02:39 AM PDT Oleh Adam Abu Bakar KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain. Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR. "Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa. "Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN," ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa. Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat. "Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN. "Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. 'Let it be clear', kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN," tegasnya.-FMT | ||||||||||
Keluarga bekas penasihat undang-undang kerabat Johor tuntut hak ikat jamin Posted: 28 Oct 2015 02:36 AM PDT Adik Kamal, Norlizan mempersoalkan penafian hak tersebut dan mendakwa tindakan pihak berkuasa ke atas abangnya itu jelas melampaui hak asasi manusia. "Abang saya ditahan pada 2 September di Singapura oleh pihak berkuasa yang mendakwa mereka Interpol. "Dan semenjak 2 September, dihadapkan di Mahkamah Seksyen Johor Baru dan sepanjang proses itu, ditahan 5 kali dengan wang ikat jamin terkumpul sebanyak RM700,000. Norlizan berkata, kali ke-5 abangnya ditahan ialah pada 15 September lalu, mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA). Katanya, kesemua tuduhan ke atas Kamal adalah berhubung kes pecah amanah melibatkan syarikat Southern Ads Sdn Bhd. Kamal didakwa dengan 2 pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Jenayah dan 4 Pertuduhan mengikut Seksyen 131 dan 132 Akta Syarikat 1965. Kamal, seorang peguam yang memiliki firma guamannya sendiri, dikenali antara yang paling lantang mengkritik Istana Johor. Pada masa sama, Norlizan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa Johor yang menggari tangan abangnya meskipun belum dibuktikan bersalah. Malah, pengurus syarikat itu mendakwa abangnya juga dibotakkan oleh pihak penjara tanpa diberi alasan kukuh. "Saya rasa, seperti ada campur tangan ghaib dalam kes abang saya. Beliau belum dibuktikan bersalah tapi kenapa tangan mesti digari, rambutnya dibotakkan menampakkan beliau ini seorang banduan. "Apabila kita tanya, mereka memberitahu kita, ada arahan daripada pihak tertinggi. Malah, sebelum ini abang saya menghidap demam denggi, tapi rawatannya dinafikan. Kita minta laporan kesihatan tidak ada," kata Norlizan. Katanya, pihak berkuasa juga memberi alasan penolakan ikat jamin Kamal atas faktor "melarikan diri" tetapi menegaskan abangnya tidak ada niat berbuat demikian. "Abang saya langsung tidak mempunyai potensi 'flight risk', pasportnya ditarik pihak berkuasa. "Apabila kita tanya, mereka menyamakan kes abang saya dengan (bekas ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim," beliau mendakwa. Norlizan berkata, selain menyerahkan memorandum kepada Parlimen, keluarganya juga menghantar laporan tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana jelas penahanan abangnya melanggari hak asasi manusia. | ||||||||||
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN Posted: 28 Oct 2015 02:29 AM PDT Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani KUALA LUMPUR: Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut. Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata keengganan bayaran balik pinjaman itu melibatkan pinjaman kira-kira RM4.9 bilion. "Jumlah peminjam keseluruhan adalah 2.37 juta orang dengan jumlah keseluruhan RM53.66 bilion sehingga tamat tempoh pembelajaran. Lebih 1.8 juta peminjam sepatutnya sudah mula membuat bayaran balik dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14.65 bilion. "Kita telah berjaya mengutip sebanyak RM6.71 bilion iaitu 45.8 peratus daripada hampir 1.2 juta iaitu 66 peratus peminjam," katanya di lobi Parlimen, di sini hari ini. Shamsul menyuarakan kekecewaanya dengan tindakan sesetengah individu yang bersikap mementingkan diri dalam memberikan sokongan padu kepada PTPTN dalam kempen mengutip semula pinjaman terutama peminjam tegar yang tidak pernah membuat sebarang pembayaran semula sehingga hari ini. "Oleh itu, tunjuk sokongan terhadap PTPTN untuk membuat penguatkuasaan, mengambil tindakan-tindakan yang telah termaktub dalam Akta PTPTN kerana kita tidak akan melakukan apa-apa kalau ia adalah di luar daripada undang-undang yang ada. "Jadi bila kita sudah buat penguatkuasaan, alhamdulillah kita berjaya mendapat semula kutipan yang agak tinggi," katanya. Beliau pada masa sama menafikan dakwaan kononnya pemotongan peruntukan pada Bajet 2016 akan mengurangkan jumlah peminjam dan pinjaman yang diterima. "Peruntukan dalam bajet tiada kaitan dengan pinjaman yang akan kita bagi. Kita ada peruntukan terutama menerusi kutipan semula pinjaman. Sebab itu saya kata, peminjam perlu membayar semula supaya kita boleh bagi kepada bakal peminjam," katanya. Justeru, beliau berharap peminjam PTPTN tegar supaya membuat bayaran demi kelangsungan bakal peminjam yang lain | ||||||||||
Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin Posted: 28 Oct 2015 02:26 AM PDT Hafiz Marzukhi dan Harits Asyraf Hasnan, Astro AwaniMenteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata majikan patut lebih bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut. "Saya harap majikan yang menggajikan pekerja warga asing mengambil serius hal ini kerana jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Dr Subramaniam. Tambahnya, selain vaksin, amalan kebersihan yang baik perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit itu daripada merebak. "Jajaran bakteria ini sentiasa wujud di negara kita tetapi yang paling utama adalah menjaga kebersihan. "Ini penting supaya kita dapat mengawal penyakit ini," jelas beliau ketika ditemui di luar lobi Parlimen pada Rabu. Apabila ditanya tentang operasi pemeriksaan kedai makanan, beliau berkata lebih 1,000 premis di kawasan sekitar Kuala Lumpur sudah diperiksa. "Kita beri peluang kepada mereka untuk mengikut prosedur yang betul dan sekiranya tidak, tindakan akan diambil," kata Dr Subramaniam. Sebelum ini, beliau sudahpun memberi amaran kepada pengusaha dan peniaga makanan yang menggaji pekerja asing supaya memberikan suntikan tifoid kepada pekerja mereka dalam usaha mengekang penyebaran wabak penyakit berkenaan. Kementerian Wilayah Persekutuan pula sedia mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik semula lesen perniagaan jika ada pengusaha premis yang masih berdegil menggunakan pekerja asing dalam penyediaan makanan. Pada 18 Oktober lalu, sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL), menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. | ||||||||||
Jangan lengahkan siasatan MARA dengan birokrasi - Annuar Musa Posted: 28 Oct 2015 02:24 AM PDT Harits Asyraf Hasnan, Astro AwaniKatanya, isu yang melibatkan wang rakyat perlu dilakukan dengan telus kerana ia berkaitan soal integriti, pengurusan dan tatakelola MARA sebagai sebuah agensi yang ulung. "Saya sudah memberi arahan minggu lepas, semuanya mesti dipercepatkan. Jangan lengahkan dengan birokrasi pelantikan kerana kita perlu mendapatkan maklumat lanjut dan lebih terperinci. "Ini adalah satu perkara yang akan menentukan cara MARA bekerja akan datang. Kalau kita ada kesilapan, kita tidak mahu kesalahan berulang, kalau kita temui sebarang salah laku, tindakan hendaklah diambil dengan tegas, kerana kita menguruskan wang orang awam," tegas Annuar Musa selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal dan Tayangan Perdana Jejak Warrious di sini pada Ahad. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli Kabinet yang lain. Mengulas berkenaan pengauditan kewangan MARA oleh syarikat audit, Pricewaterhouse Coopers (PWC), Annuar berkata MARA telah melantik syarikat itu bulan lalu, namun pengauditan tidak dapat dilakukan kerana terma rujukan (ToR) pengauditan masih disediakan. "Sepatutnya bulan lepas, tetapi kerana dia (PWC) ingin menyiapkan ToR, sebab ToR melibatkan kos dan kita (MARA) mesti mendapatkan kelulusan, (perlu) mengikut peraturan kewangan tertentu. "Proses pelantikan baru selesai kerana kita kena menggariskan ToR, apa keperluan-keperluan yang kita mahu mereka kaji dan sebahagian penyiasatan ini melibatkan juruaudit terpaksa ke luar negara. Jadi kosnya agak tinggi dan saya perlu dapatkan kelulusan. "Kita lulus secara prinsip, cuma tinggal peraturan kewangan sahaja yang harus kita ikuti," ujar Annuar. Berkenaan siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Annuar berkata SPRM belum memberi sebarang maklum balas kepada MARA. Annuar berpendirian MARA tidak seharusnya mengganggu siasatan yang sedang dilakukan SPRM, malah pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM jika memerlukan sebarang maklumat. Isu pembelian hartanah oleh oleh sayap pelaburan MARA Inc menjadi tumpuan selepas akhbar Australia The Age melaporkan pembelian satu blok pangsapuri di Melbourne yang turut melibatkan pegawai agensi itu pada harga yang menjangkaui harga pasaran. Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk blok pangsapuri itu pada 2013. Laporan The Age menyebut bahawa ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), yang didakwa sebagai wang sogokan. Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield merupakan asrama pelajar yang menempatkan 115 penuntut tajaan MARA di Monash University. Susulan pendedahan ini, MARA mengambil keputusan untuk merehatkan sementara dua pegawai kanan Mara Inc iaitu Pengerusinya, Datuk Muhamad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Halim A. Rahim. | ||||||||||
Ada kamera tersembunyi di rumah Emma Maembong? Posted: 28 Oct 2015 02:22 AM PDT Kohilah Sekaran, Astro AwanKUALA LUMPUR : Adik-beradik Maembong iaitu Chacha, Yaya dan Emma yang sering dilihat seperti 'Kadarshians' Malaysia merupakan antara selebriti tanah air yang sering menarik perhatian peminatnya dengan berita-berita sensasi. Seperti adik-beradik Kardashian, Chacha, Yaya dan Emma juga memiliki hubungan kekeluargaan yang agak akrab. Malah, mereka merupakan antara selebriti yang memiliki jumlah pengikut yang ramai di laman sosial mereka. Menurut laporan Astro Gempak, kesibukan kerjaya telah menyebabkan tiga adik-beradik itu jarang meluangkan masa bersama. Apa pun, ikatan persaudaraan masih tetap utuh. Baru- baru ini, Astro telah melancarkan satu program realiti 'The House' untuk memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk mengetahui bagaimana akrabnya ikatan persaudaraan di antara Chacha, Yaya dan Emma. Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro kepada Astr Gempak, dengan populariti yang dimiliki oleh tiga adik-beradik itu, mereka yakin program The House bakal memikat hati para peminat yang pastinya berasa teruja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat sekaligus mencipta fenomena baru dalam industri kandungan hiburan digital tanah air. Difahamkan, The House mempunyai 10 buah episod keseluruhannya akan disiarkan menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my bermula 28 Oktober ini pada jam 4 petang. Program realiti 'The House' juga akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) pada 2 November ini pada pukul 9.30 malam. Difahamkan, keluarganya, yang terdiri daripada ibu bapa dan 11 adik beradik yang lain akan muncul untuk satu adegan dalam program realiti tersebut. | ||||||||||
MT UMNO maksudnya 'Muhyiddin Totok UMNO' Posted: 28 Oct 2015 02:19 AM PDT Wan Syamsul Amly, Astro AwaniPELBAGAI cerita pejuang Melayu dalam UMNO sejak ia ditubuhkan sehingga kini. Ia seumpama satu tangkal atau jampi yang menjamin sokongan berterusan semua ahli UMNO sekali gus memastikan tampuk pemerintahan negara tetap didominasi parti Melayu terbesar negara ini. Namun, kisah pemimpin Melayu yang berselisih dengan pemimpin Melayu dalam satu parti juga tidak kurang jumlahnya. Jika disenaraikan dari dahulu juga sehingga sekarang, mungkin berjela-jela panjangnya. Apapun yang terjadi, tradisi di dalam UMNO akan tetap cuba menyembunyikan sebarang krisis atau pergolakan dalaman walaupun ia semakin hari menjadi barah yang bakal membunuh parti sedikit demi sedikit. Itu diakui ramai pemimpin UMNO sendiri. Sedar atau tidak, peredaran zaman serta kecanggihan teknologi menjadikan banyak rahsia dalaman parti tidak lagi dapat diperam dan disembunyikan. Sistem pesanan ringkas WhatsApp, perkongsian di Facebook, Twitter dan segala jenis media sosial di dunia ini menjadikan apa sahaja rahsia termasuk UMNO kini menjadi perbincangan terbuka di kedai kopi. Apa yang menariknya, tokok tambah serta ramalan pakar politik kedai kopi yang dimuat naik semula di laman sosial menjadi viral serta mempengaruhi pembaca sekunder yang akan berkongsi berita itu dengan orang ketiga serta seterusnya. Isu panas UMNO minggu ini tidak lain tidak bukan teka-teki hasil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang. Rentetan kejadian 12 Oktober lepas yang membariskan beberapa pemimpin 'heavyweight' Barisan Nasional (BN) bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media menentang penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang mungkin memberi impak kepada hasil mesyuarat MT UMNO kelak. Pastinya kehadiran antaranya Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid menjadi salah satu isu yang tidak boleh dipandang enteng barisan MT UMNO sendiri. Walaupun pada Mesyuarat MT UMNO 9 September lepas, spekulasi Muhyiddin akan ditendang keluar dari UMNO hanya spekulasi, khabar angin itu mula panas semula di dalam sistem WhatsApp kumpulan MT UMNO. Rata-rata, topik perbincangan tertumpu kepada masa depan Muhyiddin dalam UMNO. Isu Muhyiddin mula dibincangkan sejak minggu lepas dengan pelbagai andaian nasib Timbalan Presiden itu terutama menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada Disember depan. Sumber berkata, Muhyiddin tidak akan dibuang dari parti kerana semangat totoknya kepada UMNO tidak boleh dipertikai lagi namun tindak tanduknya akhir-akhir ini dikatakan mengguris hati Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika Muhyiddin digugur keahlian, pasti penyokongnya yang menunjukkan solidariti pada mesyuarat MT UMNO 9 September lepas akan mengulang tindakan berhimpun atau mungkin bertindak lebih jauh termasuk meninggalkan parti. Kesannya pasti akan lebih buruk kepada UMNO dan sukar dirawat lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak. Jadi sumber memberitahu, Muhyiddin berkemungkinan akan menjadi mangsa penyimpanan sejuk (cold storage) UMNO dan kuasanya akan dihadkan. Muhyiddin dikatakan tidak akan diberi peluang untuk merasmikan persidangan sayap parti semasa Perhimpunan Agung UMNO kelak selain dinafikan menjadi pengerusi beberapa mesyuarat yang sebelum ini di bawah portfolio Timbalan Presiden itu sendiri. Bagaimanapun, beberapa hari kebelakangan ini, isu itu dikatakan hanya spekulasi yang sengaja dibuat untuk memanaskan situasi dan landskap politik negara. Muhyiddin sendiri mengakui ada mendengar khabar angin yang mengatakan wujudnya rancangan untuk menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO Disember depan. Namun, nadanya seolah-olah memberi sindiran psikologi apabila menyebut dirinya bukan perogol atau peliwat dan mahu Najib segera mengaku kesilapan walaupun tidak mahu mendengar nasihatnya. Apa-apa juga Muhyiddin tetap mengulangi penegasan dia bukanlah gunting dalam lipatan di dalam UMNO dan selain mempertahankan tindakannya yang berterusan lantang menyuarakan apa yang tidak kena di dalam UMNO sebagai manifestasi sayangkan parti. Kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk implikasi terhadap kedudukannya dalam UMNO sebenarnya mengundang kepada panasnya spekulasi itu kembali. Ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberi bayangan terdapat tujuh pemimpin UMNO akan diambil tindakan menjadikan spekulasi asal di dalam WhatsApp MT UMNO itu mungkin menjadi kenyataan. Kata Ku Nan, terdapat tujuh pemimpin UMNO yang terlibat berkemungkinan menerima hukuman masing-masing dalam waktu terdekat. Ku Nan yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan turut menyamakan tujuh individu itu sebagai anai-anai atau duri di dalam daging yang harus dibuang selain mengakui sudah 'letih' dengan golongan yang dikatakan selama ini hanya menjatuhkan kredibiliti parti. Apakah Muhyiddin juga termasuk di dalam kumpulan tujuh anai-anai atau duri dalam daging parti dan akan diambil tindakan dalam masa terdekat? Jika ya, politik UMNO akan menjadi semakin rancak, bergoncang, bergegar dan ada kemungkinan boleh meletup. Jika tidak, ia tetap menarik dengan jangkaan pelbagai lagi plot perselisihan dalaman serta teguran terbuka dari dalam UMNO sendiri kepada pemimpin tertinggi parti. Pasti kumpulan WhatsApp MT UMNO akan kembali panas dengan ahli-ahli politik tertinggi parti merangkap ahli Kabinet memberi pelbagai spekulasi dengan versi masing-masing. Tetapi umum jangan lupa, Muhyiddin itu seorang pejuang Melayu, bukan gunting dalam lipatan selain mengakui seorang totok UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Andai kata Muhyiddin terkeluar dari senarai, siapa pula tujuh 'anai-anai' dalam parti yang menjadi sasaran untuk menerima hukuman UMNO selepas ini? | ||||||||||
Kes fitnah selesai, PM terima permohonan maaf Nizar Jamaluddin Posted: 28 Oct 2015 02:16 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah. Ikmal Hishan memerintahkan anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut. Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan adalah tidak berasas. "yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi," katanya. Terdahulu, Yusaini berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Nizar pada 22 Oktober lepas. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu," katanya. Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di Ipoh didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012. Bekas timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib. Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu. | ||||||||||
Lebih 20.1 juta pengguna internet aktif di Malaysia Posted: 28 Oct 2015 02:14 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata perkembangan itu berdasar kadar penembusan jalur lebar yang mencapai 72.2%, menunjukkan masyarakat di negara ini menuju ke arah gaya hidup digital. "Dirumuskan rakyat menggunakan internet untuk melayari media sosial, menonton video, bermain permainan dalam talian, aplikasi berasaskan lokasi, enjin pencari dan perbankan internet," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan berkaitan isu media sosial termasuk dari Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) mengenai dasar dan langkah yang diambil kementerian bagi memantau dan menangani masalah media sosial yang sangat melampau terhadap kerajaan dan individu atau ahli politik di negara ini. "Apabila media sosial timbul, masyarakat akan mengatakan suatu kelebihan tetapi pada masa sama ramai pihak ambil kesempatan termasuk menyebarkan fahaman dan kandungan berbentuk fitnah, perkauman, keganasan dan sebagainya," katanya. Menyedari hakikat undang-undang yang lebih ketat tidak menjamin penyelesaian menyeluruh kepada masalah penyalahgunaan media sosial, Johari berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil langkah proaktif menggalakkan pengguna internet mengamalkan kawalan kendiri bagi menangani penyalahgunaan media sosial. "Bagi mencapai objektif tersebut, SKMM mengambil inisiatif mendidik para pengguna mengenai penggunaan internet secara positif dengan memfokuskan kepada 4 isu utama bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran masyarakat awam mengenai tanggungjawab ketika menggunakan internet di era serba digital ini," katanya. Beliau berkata pendidikan kepada pengguna internet mengenai 4 isu berkenaan – penyebaran maklumat palsu, buli siber, tabiat terlebih kongsi maklumat, penipuan kewangan internet mendapat bantuan dan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Malaysia. Katanya tanggungjawab mengawal penggunaan internet tidak seharusnya diserahkan kepada kerajaan, sebaliknya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti anak mereka di internet terutamanya media sosial. Berhubung kes buli siber pula, Jailani berkata masalah itu antaranya berpunca daripada sikap pengguna yang suka mendedahkan maklumat peribadi mereka terutamanya di laman rangkaian sosial memberi peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan maklumat itu untuk tujuan negatif. Mengulas mengenai 10 kes didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk platform media sosial, katanya kes itu membabitkan 4 blog lucah, 3 emel jelik dan selebihnya masing-masing satu Facebook palsu, laman sesawang lucah dan jelik. Selain itu, Jailani berkata sebanyak 1,263 laman sesawang disekat akses atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada. Katanya, daripada jumlah itu, 631 laman sesawang disekat berdasarkan permohonan agensi penguatkuasaan manakala 632 laman disekat bagi kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan hanya satu laman berita asing disekat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dari Januari hingga September lepas. – Bernama | ||||||||||
Putrajaya tetap tegas haramkan ‘vape’, kata menteri kesihatan Posted: 28 Oct 2015 02:06 AM PDT Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan. "Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya. "Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Industri rokok elektronik bermula di negara ini sekitar 2009, apabila rokok elektronik pertama diperkenalkan, namun ia tidak mempunyai sebarang perisa. Evolusi vape kemudian semakin rancak apabila ia mempunyai pelbagai perisa dan kos penyelenggaraannya murah, dan Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai pengguna paling ramai. Kebimbangan mula timbul apabila kanak-kanak dan pelajar sekolah di bawah umur juga turut terjebak dalam kegilaan 'vape', sementara pelbagai perisa yang tidak diketahui asal-usul dan tahap keselamatannya, mula muncul di pasaran. | ||||||||||
Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan Najib di Pekan Posted: 28 Oct 2015 01:59 AM PDT Malah menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, bekas perdana menteri itu juga dialu-alukan bertanding merebut kerusi beliau di Padang Rengas, Perak. "Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan. Jangan cakap banyak. Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib). Lawan beliau di Pekan. "Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dr Mahathir sering mengkritik Najib dan meminta beliau meletak jawatan berhubung skandal yang didakwa melibatkan salah urus dalam syarikat yang diilhamkan beliau, dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga mula menuduh Najib bertindak sebagai diktator dan tidak demokratik dalam penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 terhadap pengkritik 1MDB. Nazri sebelum ini pernah mencabar Dr Mahathir menentang Najib dalam kedua-dua pilihan raya umum dan pemilihan parti. | ||||||||||
Mengapa Abdul Aziz Bari sertai DAP Posted: 27 Oct 2015 10:54 PM PDT MSO Lama saya tidak berjumpa dengan bekas pensyarah Kuliyah Undang-undang UIAM, Dr Abdul Aziz Bari untuk berbincang dan berbual fasal politik. Kali terakhir saya bersamanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur di mana kami menjadi ahli pena.
Apabila beliau menyertai DAP, hampir serentak dengan penyertaan Pak Samad (A Samad Said), teringin juga saya menemuinya untuk bertanya sebab dan musababnya. Aziz bukan boleh bercakap dengan telefon sebab beliau seorang yang tidak mesra telefon. Beliau berhubung dengan sesiapa sahaja menerusi e-mail sahaja. Kemisterian masih belum terjawab kenapa pakar perlembagaan ini tidak gemar kepada telefon.Hal-hal yang perlu segera atau urgent dengannya boleh hubungi di nombor isterinya. Pun begitu Aziz seorang yang cepat memberi respon menerusi emailnya. Tidak ada masalah. Bahkan kalau interview rengkas dengannya boleh sahaja menerusi email. Kebetulan apabila kelmarin dahulu beliau mengemailkan saya untuk berjumpa, ia bagaikan orang mengantuk diletakkan bantal atau si dahaga di hulurkan "orange". Jangan salah faham bila saya tulis orange, saya seorang yang payah untuk mempercayai kepada politik warna ini. Jadi cepat-cepat saya sambut pelawaanya dan kami berjumpa di sebuah cafe di Seri Gombak. Pertemuan cukup lumayan kerana lebih tiga jam. Pertemuan itu menjadi ralik lagi apabila dihampir separuh perbicaraan ia diselit dengan kemunculan Yaakub Safari Adun Anggerik dan sdr Zulqarnain Lukman, seorang peguam muda daripada Amanah. Berbicara dan mengawani Aziz walaupun beliau seorang dianggap pakar perlembagaan negara, seorang Profesor tetapi menyenangkan. Dia seorang yang selamba dan tidak ada protokol. Dirinya sangat rengkas. Saya memerhatikan ini sejak pertama kali menemuinya ketika beliau masih berkhidmat di UIAM pada tahun 2006. Saya berjumpa untuk menemuramahnya berhubung beberapa perkara semasa bagi dimuatkan dalam arwah akhbar saya, Siasah. Bermula disitu saya mengenal dan berkawan dan berkonsultasi dengan Aziz. Dia seorang yang berterus terang dan bercakap menggunakan fakta. Dia tidak berhujah secar kering jauh menggunakan keng. Kerana sifat terus terang dan berfakta inilah sesetengah orang kurang senang dengannya. Aziz juga out spoken. Apa yang diucapkan dari hatinya berdasasarkan fakta. Apa yang dikatakan diperhatikan dan dialami sendiri. Orang-orang parti agama (Pas) yang kuat agama kurang senang dengannya. Kritikan terbuka Aziz kepada sikap dan pembawaan pemimpin Pas yang dikira merugi atau menjejaskan perfomance parti itu menyebabkan beliau tidak disenanginya. Beliau pernah di serang dalam sebuah forum yang diadakan di Taman Melawar dianjurkan oleh parti itu. Tetapi serangan itu tidak mengajakkan Aziz sebab dia bercakap atau mengatakan berdasarkan kepada fakta dan prinsip. Sebenarnya bukan sahaja dengan Pas, tetapi dengan pihak-pihak lain juga. Institusi raja yang dianggap institusi tertinggi dan mulia yang tidak boleh atau berani dikritik, pun dikirik oleh Aziz mengikut lurah pemikiran dan ilmu yang ada kepadanya. Gara-gara dia menyentuh kedudukan Raja dari segi perlembagaan yang benar itulah dia bermasalah di UIAM akhirnya terkeluar dari pusat pengajian itu. Tindakan UIAM ke atasnya bukan berdasarkan semangat universiti itu tetapi kerana sebab lain diluar perkara yang patut diambil kira. Saya yakin Aziz tidak kesal atas apa yang berlaku sebab dia berpegang kepada prinsip, dan SOP kehidupnya sendiri. Dia bukan akademis munafik. Justeru apabila dia memilih untuk aktif dalam politik PKR dan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam saya kira dia membuat keputusan itu dengan intelektualnya bukan emosi. Saya ada melarang (sebenarnya lebih mengingatkan) beliau tentang rencah dan asam garam dalam politik. Dunia politik yang rencam dan penuh dengan kemabukan tidak sesuai bagi golongan akademis sepertinya yang tidak munafik, bercakap, berhujah dan hidup dengan fakta-fakta rasionalis. Sebagai akademis beliau lebih baik tegak berdiri dengan profesyennya itu. Perkara ini juga pernah saya anjurkan kepada Mufti Perlis kini, Dr. Mohd Asri Zainul Abdin (Maza) semasa beliau "berkelana" sekejap agar terus kekal sebagai pendakwah bebas kerana cara itu akan lebih dihormati. Bagaimana pun ingatan dan pandangan saya itu tidak mudah diikuti oleh Aziz. Mungkin keadaan meletakkan dia pada saat itu perlu untuk menerjunkan diri dalam politik. Kononnya dengan menjadi ahli Parlimen beliau lebih berpeluang memberi sumbangan pemikiran kepada parti dan kerajaan yang dikhayalkan oleh banyak orang yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia. Dengan kepakaran yang beliau miliki saya percaya kalau beliau memenangi kerusi Sabak Bernam dan kebetulan pula Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan beliau akan menjadi salah seorang penting dalam kerajaan kalaupun tidak sampai dilantik menjadi menteri. Kekalahan dalam pilihan raya dan peluang untuk Aziz mengenali politik dari dekat dan dari dalam serta ikut sama bermain dengan pelbagai kerenahnya, mengenalkan Aziz apa itu politik. Politik bukan sesenang kita mengulas dan memberi pandangan apabila ditanya wartawan atau kawan-kawan berhubung sesuatu isu atau pergolakan. Politik perlu memiliki kepintaran termasuk yang tidak munasabah dan bertentangan dengan naluri dan jiwa asal kita. Dalam politik kita bukan saja perlu melawan arus dengan tabiat kita tetapi melawan prinsip diri. Sebab itu saya tidak berada dalam kancah politik. Pengalaman itu memberi pengajaran kepadanya dan mengenalkannya dengan politik. Aziz mengenali warna dan bau politik parti yang disertainya. Hati budi politik parti itu dihayati dengan baik. Dalam percakapan malam kelmarin apa yang dapat saya tangkap kenapa beliau menyertai DAP ialah kerana kecewa dengan parti yang disertai sebelum ini. Dia seakan terperangkap dan tertipu oleh bayangan yang diciptanya sendiri. Menurutnya dua kali dia melalui lorong pahit sepanjang berada dalam parti itu, petama ketika bertanding dalam pilihan raya, kedua semasa parti itu mengadakan proses pemilihan. Aziz tidak menyebut apa dan kenapa, tetapi saya dapat memahaminya apabila dia memilih DAP sebagai penyambung kerjaya barunya itu. Dalam pengamatannya, DAP sebuah parti yang profesional dan berintegriti. Sifat itulah yang menariknya untuk bersama DAP. Misal katanya dalam DAP tidak ada batas atau pun pemisahan kedudukan dan pangkat. Dalam DAP semua orang dipanggil "saudara" tidak ada Tan Sri, Datuk ataupun kedudukan dalam parti itu dipisahkan oleh darjat dan pangkat. Semua orang dalam parti itu berkedudukan sama rata, hanya jawatan yang membezakan mereka. Perkara lain yang menarik hatinya ialah DAP sebuah parti yang kuat berpegang kepada disiplin, di mana kekuatan itu menjadikan parti itu berjaya dan diyakini umum. Saya bersetuju dengan padangan Aziz itu bahawa DAP kini memiliki segala kelebihan berbanding parti lain, cuma yang sedikit masalahnya kata saya, ia Cina. Apakah ada masalah dengan Cina? Selain bercakap mengenai dirinya malam itu, kami juga bercakap mengenai parti Pas dan Amanah. Menurut Aziz daripada kaji selidik rakan-rakannya Pas sudah ditolak oleh pengundi Cina. Penolakan ini ialah kerana pembawaan sesetengah pemimpin Pas yang tidak mencerminkan sikap keterbukaan dan resional dalam politik ala Malayisa. Kata Aziz, kenapa DAP menjauhi Pas kemudian berpisah adalah bertolak daripada situasi itu. Bagaimana Aziz percaya Pas boleh survive di negeri-negeri pantai Timur tetapi tidak lagi untuk di negeri pantai Barat. Di Selangor kalau mengikut perkiraanya, Pas akan bungkus. Hujah beliau sama seperti diperkatakan pemerhati politik, kekuataan atau kemenangan Pas di Selangor adalah disebabkan undi Cina. Apabila Cina sudah menarik sokongan maka Pas tidak ada upaya untuk menang. Saya ingin tambah Pas boleh menang sekiranya undi Cina yang lari itu diganti dengan undi Melayu Umno. Tentang Amanah pula Aziz berpendapat kewujudan parti itu hanya untuk memunggut undi orang Cina yang dahulu diberikan kepada Pas. Dalam kata lain kehadiran Amanah adalah untuk memastikan undi Cina tidak akan terlepas kepada parti lain, dan terus kekal kepada Pakatan Harapan. Pandangan Aziz ini hampir sama dengan pandangan Prof Mohammad Redhuan Othman, dari UM yang berpendapat Amanah perlu memberi tumpuan kepada pengundi bandar kerana potensinya ada di situ. Dalam kata lain Amanah sukar untuk mendapat sokongan pengundi konservetif di kawasan luar bandar, Melayu ortodok. Mengenai PKR pula Aziz berkata parti itu sedang berhadapan dengan risiko akan juga ditolak oleh Cina akibat sikap flip-flopnya dan pernyataan pro kepada Pas. Tanpa memberi saranan Aziz kurang bersetuju dengan sikap tidak tegas PKR dalam melayani Pas. Walaupun PKR khasnya Mohamed Azmin Ali memerlukan sokongan Pas bagi mestabilkan kerajaan Selangor tetapi permainan play safe PKR itu membahayakan dirinya. Dalam analisanya undi Cina sangat penting untuk survive Pakatan Harapan dan membawa kemenangannya, Berpandukan kepada apa yang berlaku di Sabak Bernam kekalahan beliau lalu kerana hanya 12% sahaja undi Cina disitu berbanding dengan undi Cina di Pandan dan di Batu Pahat 40% dimana membawa kemenangan kepada Rafizi Ramli dan Idris Jausi. Ertinya mana-mana kawasan yang undi Cina agak tinggi, sukar untuk Pas menang disitu kerana undi Cina akan berpindah. Dalam situasi inilah Amanah hadir untuk menyalamatkan undi Cina. Jadi ada kuliyanya Amanah yang beriya mahu Pas bersama mereka kerana bagi menyelamatkan undi Cina. Aziz sependapat dengan pandangan banyak pihak yang Pas berhasrat untuk bergabung dengan Umno. Proses ke arah itu sedang dirintis. Kalau ini berlaku baginya ada kemungkian Pas akan tertipu dengan Umno dikedua-dua negeri, Terengganu dan Kelantan. Kerjasama Pas dengan Umno dikedua-dua negeri itu juga memberi kesan kepada calon Pas di negeri lain yang akan ditolak oleh Cina. Natijah daripada itu menyebabkan semua calon Pas di negeri-negeri luar Kelantan dan Terengganu, khasnya di kawasan yang peratus pengundinya Cina agak banyak, akan kalah. Hal ini juga akan turut berlaku kepada PKR sekiranya mereka tidak mengambil sikap tegas menentukan hubungan mereka dengan Pas. Orang-orang Cina dan pengundi yang cerdik sedang memerhati permainan dalam selimut di antara Pas dengan PKR pada waktu ini. Menutup perbicaraan malam itu Aziz bertanya mengenai Najib Razak yang sedang dikeronyok oleh Dr. Mahathir sekarang ini. Saya hanya menjawab Najib tetap bertahan hingga menjelang pilihan raya dan undi tidak percaya yang akan dikemukakan di parlimen tidak memberi apa-apa bekas kepadanya. Sebagai seorang yang tidak ada air muka dan maruah Najib akan terus berlalu begitu sahaja bagaikan burung bayam yang dicabut bulu belakangnya tetapi ia tetap juga terbang dalam keadaan "dogel". | ||||||||||
Suri rumah kena cabul ‘pak haji’ Posted: 27 Oct 2015 10:51 PM PDT JEMPOL - Seorang ibu anak tiga dipercayai dicabul seorang lelaki yang bergelar haji dalam kejadian minggu lalu, di sini. Mangsa yang berumur 32 tahun itu dikatakan dipukau oleh suspek sehingga menyebabkan dirinya dicabul. Ketua Polis Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, pengadu iaitu abang dan ayah mangsa membawanya berjumpa suspek berusia 58 tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam. Menurutnya, rawatan berkenaan dilakukan selepas mangsa sukar tidur malam akibat gangguan selepas melahirkan anak ketiga. "Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dibawa ke surau sekitar jam 11.30 pagi bagi tujuan rawatan dan sebelum ini mangsa telah membuat rawatan sebanyak empat kali. "Bagaimanapun pada sesi rawatan kelima, suspek telah melakukan rawatan cuci rahim dengan mencabul bahagian alat sulit mangsa, dan mengambil gambar mangsa dengan alasan bagi tujuan rawatan," katanya. Hamzah berkata, akibat kejadian itu mangsa memaklumkan kepada ibunya kerana berasa sakit di bahagian alat sulit. "Suspek juga didakwa menghantar gambar dan mesej berbaur lucah menerusi aplikasi whatsapp kepada mangsa," katanya. Kata beliau, tidak tahan dengan tindakan lelaki itu mangsa kemudiannya buat laporan polis pada Khamis lalu pada jam 8.27 malam. "Berdasarkan siasatan lanjut, suspek dikenalkan kepada abang mangsa melalui rakannya sejak sebulan yang lalu dan pernah mendapatkan rawatan daripadanya," katanya. Suspek berjaya ditahan jam 10.23 pagi semalam dekat Batu Kikir dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. | ||||||||||
Pakatan Harapan: Kenyataan Azmin tepat, kata Pas Posted: 27 Oct 2015 10:50 PM PDT KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang tidak bersetuju dengan pembentukan Pakatan Harapan di Selangor adalah sebagai tepat. Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, tindakan Mohamed Azmin itu boleh mengekalkan kerjasama dalam pasukan sedia ada khususnya yang dibentuk sejak awal melalui gabungan PR. "Kerajaan Selangor yang ada sekarang ini adalah gabungan antara tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP yang dahulunya adalah PR sedangkan Pakatan Harapan tidak melibatkan tiga parti ini," katanya di sini. Sebelum ini, Mohamed Azmin menyatakan tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza. Timbalan Presiden PKR itu berkata, mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telah pun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak. [ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu bentuk Pakatan Harapan di Sgor] Sehubungan itu, Abu Bakar berpandangan, tiada keperluan untuk membentuk Pakatan Harapan dan melihat Mohamed Azmin mengambil kira pakatan lama bagi melicinkan urusan pentadbiran di peringkat negeri. Dalam masa sama, beliau memberitahu walaupun Kerajaan Selangor melibatkan kerjasama PAS, PKR dan DAP, namun secara dasarnya Pas tetap konsisten meneruskan kerjasama politik hanya dengan PKR sahaja. "Kita menyokong Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang ini kerana ia dibentuk atas nama kerajaan pakatan dahulu walaupun bagi Pas pakatan yang ada sekarang ini hanya melibatkan Pas dan PKR," katanya. Melihat kepada perkembangan di Selangor, beliau menjelaskan bahawa dasar Pas yang telah memutuskan hubungan dengan DAP tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap kerjasama antara ahli-ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) Selangor itu dan berharap ia berkekalan sehingga penggal ini berakhir. Dalam masa sama, beliau turut berharap pakatan pembangkang masih mampu mengekalkan kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan