Rabu, 28 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib punya kawan kata, pegang plakad "Mana RM2.6 bilion" biadap

Posted: 27 Oct 2015 09:00 PM PDT

 Tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai pembentangan Bajet 2016 di Parlimen Jumaat lalu disanggah PAS.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keenganan parti Islam itu menuruti langkah parti pembangkang lain kerana menyifatkan ianya merupakan tindakan tidak sopan. ‎ Hadi berkata, ia tidak wajar dilakukan ahli Parlimen kerana perbuatan tersebut hanya dilakukan peserta demonstrasi.

 "Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini di sini

 Mengulas kenyataan Hj Hadi, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

 "Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.

"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

 "Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

 Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.

 Wakil rakyat DAP itu berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih berada dalam Pakatan Rakyat, bersama menyokong protes plakad anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 "Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.

 "Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

 Sebaliknya, Loke menyifatkan tindakan Pakatan Harapan memegang plakad itu sebagai satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej. Baca lagi di sini

Hj Hadi nampak Umno/BN itu semuanya baik, eloklah join Umno/BN sekali!

Posted: 27 Oct 2015 05:43 PM PDT

Hj Hadi semakin mendapat tempat di TV 3
KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pemerintah itu.

 "Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat.

 "Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran...masuk BN keluar BN.

 "PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

 Selain itu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS memilih untuk tidak bertindak secara agresif dalam berhadapan musuh politiknya.

 "PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN. PAS akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu pendekatan yang kita ambil," katanya.

 Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan kumpulan serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi bagaimanapun menolak sebarang usaha ke arah itu.

 "PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat. "Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis," katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Hj Hadi kata : "Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat....."

Tapi kenapa asyik ponteng bertemu kerajaan di parlimen? Rakyat nak tahu juga apa yang Hj Hadi akan cakap dengan kerajaan di parlimen secara terbuka dan teklus, bukan bertemu kerajaan dalam gelap dan rakyat tidak tahu apa agenda Hj Hadi yang sebenarnya.

Hj Hadi kata lagi, "PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik,"  Apakah songlap RM2.6 billion itu baik? GST itu baik? 

  Hj Hadi nampak Umno/BN itu semuanya baik, sebab itu tidak pernah serang Umno/BN.....eloklah Hj Hadi  join Umno/BN sekali!

Tiada ulasan: