Ahad, 25 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Belanjawan kosong untuk wanita

Posted: 25 Oct 2015 07:11 AM PDT

Zuraida Kamaruddin





Bajet menonjol RM256 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Najib Razak pada Jumaat semata-mata untuk menaikkan sokongan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan BN yang gagal.

Seperti kereta api yang terkeluar dari landasannya, begitulah keadaan BN sekarang yang ternyata tidak boleh diselamatkan lagi.

Bajet berlebih-lebihan yang dibentangkan PM semenjak pentadbirannya terbukti jauh tersasar daripada keperluan rakyat.

Wanita PKR terkejut bagaimana PM cuba untuk berdolak-dalih dengan membuat kenyataan bahawa bajet kali ini mesra rakyat sedangkan ia adalah percubaan untuk membeli rakyat.

Ini dilakukan demi kepentingan BN untuk memenangi pilihan raya Sarawak yang akan berlaku bila-bila masa sahaja lagi.

Bajet ini direka khas untuk memastikan undi kepada BN kononnya akan menggembirakan rakyat.

Bajet 2016 juga tidak menyentuh soal wanita khususnya. Tiada yang dapat dilihat membantu terutamanya dalam mengurangkan beban kewangan bagi wanita.

Walaupun Wanita PKR telah melancarkan menandatangani petisyen untuk meminta sekurang-kurangnya 50 peratus daripada BR1M patut disalurkan kepada wanita, tetapi cadangan ini diabaikan.

Bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang 52 peratus wanita di negara ini?

Daripada untuk menyelesaikan isu hutang negara yang semakin meningkat, bajet kali ini yang meningkat adalah kerana sebahagian besar telah diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bajet SPRM dipotong

Ia langsung tidak menunjukkan untuk menaikkan nilai ringgit yang semakin susut atau menarik minat pelabur asing.

Pastinya, lebih banyak subsidi rakyat yang akan ditarik untuk membayar tanggungan hutang yang tinggi oleh kerajaan sekarang.

Terbukti bajet yang dibentangkan telah menepikan wanita. Bagaimana kita sebagai sebuah negara yang ingin menuju status negara maju pada tahun 2020 apabila tiada penghargaan ditunjukkan terhadap wanita dalam belanjawan negara?

Contohnya, kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk memastikan perlaksanaan dasar-dasar bahawa belanjawan hanya akan diberikan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memenuhi kuota penyertaan 30 peratus wanita.

Wanita PKR percaya, seharusnya perlu ada jalan ke hadapan bagi mengiktiraf wanita dalam pembangunan sesebuah negara.

Ia adalah satu kerugian yang besar kepada negara, apabila tiada langsung bajet diperuntukkan untuk melaksanakan langkah-langkah memerangi dan mengekang rasuah.

Satu kekecewaan yang sangat besar apabila bajet bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipotong.

Wanita PKR merasakan wajar untuk memanggil semua anggota Parlimen untuk mengundi bagi menolak Bajet 2016.

Kami memerlukan pentadbir yang dan tahu bagaimana untuk memacu ekonomi negara dan bukannya kecenderungan untuk merampas kekayaan negara demi kepentingan golongan elit.


ZURAIDA KAMARUDDIN anggota parlimen Ampang dan ketua Wanita PKR.


Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

Posted: 25 Oct 2015 07:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad "mana 2.6 bilion?" selepas belanjawan 2016 dibentangkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan 'mini parlimen' pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

"Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak.

"Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi 'ahli parlimen' dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam," katanya melalui tulisan di Facebook.

Jumaat lalu, tulisan 'mana 2.6 bilion' itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).

Pendirian PAS jelas

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.

"Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.

"Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun," tulisnya di Facebook.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu.

 

'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin

Posted: 25 Oct 2015 06:58 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
 
 
Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik


JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang pemimpin luar biasa dan merupakan kebanggaan anak Bangsa Johor.

Moderator Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Maszlee Malik berkata, suara keberanian luar biasa Muhyiddin sebagai seorang pemimpin terpaksa dibayar dengan 'bayaran tinggi', termasuk kehilangan jawatan apabila digugurkan daripada Kabinet.

"Tan Sri Muhyiddin telah mempamerkan sikap seorang pemimpin yang berani bersuara dalam memperjuangkan kebenaran dan sudah tiba masanya untuk anak Johor terus bangkit dan mencontohinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Hotel Grand Bluewave, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?]

Maszlee, ketika mengendalikan program itu, sempat mengajukan soalan mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kelmarin, berkaitan perumpamaan 'gunting dalam lipatan' dan 'api dalam sekam' kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun, jawapan bersahaja bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenai perumpamaan tersebut menunjukkan itu bukan sifat dirinya, tetapi kelantangan Muhyiddin adalah disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan parti.

"Saya tertunggu-tunggu juga sekiranya ada penonton yang akan mengajukan soalan terbabit, namun selepas tiada yang bertanya mengenainya saya ambil peluang itu," katanya.

Maszlee turut memuji Sinar Harian kerana menganjurkan program itu dalam meneruskan budaya demokrasi melalui konsep telus dan tulus.


Sumbang RM6.5b cukai tapi bajet dapat apa?

Posted: 25 Oct 2015 06:55 AM PDT

Lim Guan Eng
 
Lim Guan Eng
 
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng kesal apabila Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan dalam  Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Menurutnya, Pulau Pinang tidak mendapat sebarang peruntukan meskipun sudah menyumbang RM6.5 bilion menerusi pembayaran cukai.

"Sebelum ini, sekurang-kurangnya kerajaan negeri menerima dua peratus bayaran balik daripada peruntukan keseluruhan.

"Namun untuk bajet kali ini, Pulau Pinang langsung tidak mendapat apa-apa pun berbanding negeri-negeri lain, sekurang-kurangnya mendapat satu atau dua peruntukan," katanya pada sidang media, di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, tindakan kerajaan pusat jelas mendiskriminasikan kerajaan negeri dan juga hak rakyat Pulau Pinang.

"Sekurang-kurangnya beri peruntukan tambah baik pengangkutan awam seperti bas. Perdana Menteri pernah janji sebanyak tiga kali untuk membina LRT di Pulau Pinang, pun masih tidak ditunaikan sehingga hari ini.

"Kerajaan negeri amat kesal, ini adalah satu diskriminasi yang tidak memberi keadilan dan menghormati perlembagaan kerana Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi pembangunannya dipinggirkan," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri Melaka mendapat pelaburan untuk memperbesarkan Lapang Terbang Melaka, sungguhpun hanya ada cuma lima hingga enam kapal terbang sahaja.

"Berbanding di Pulau Pinang lebih daripada kapasiti tetapi tidak ada rancangan pembangunan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Ini adalah sesuatu yang tidak adil," katanya.


Gesa PM letak jawatan, Isa Samad serah 5 nama

Posted: 25 Oct 2015 06:52 AM PDT

Gesa PM letak jawatan, Isa Samad serah 5 nama
Mohd Isa (dua dari kanan) bersama barisan kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Telok Kemang melaungkan sokongan kepada Najib. - Foto Sinar Harian


PORT DICKSON - Umno Bahagian Telok Kemang akan menghantar laporan lengkap kepada Lembaga Disiplin Umno berkenaan tindakan 13 Ketua Umno Cawangan dan ahli Umno Cawangan yang mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan jawatan.

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata, lima nama yang telah dikenalpasti akan dimasukkan ke dalam laporan berkenaan dan terpulang atas kebijaksanaan Lembaga Disiplin untuk menangani isu ini.

Walau bagaimanapun katanya, Umno Telok Kemang lebih bersetuju agar individu yang namanya dihantar nanti dikenakan tindakan disiplin supaya menjadi pengajaran serta memastikan perkara seperti itu tidak berleluasa.

"Dalam sidang media semalam hanya lima orang Ketua Cawangan yang hadir membabitkan cawangan Kampung Linggi, Kampung Sua Betong, Taman Selasih, Taman Intan Duyung dan Taman Datuk Haji Abdul Samad.

"Dua lagi Ketua Cawangan membabitkan cawangan Kampung Bukit Tembok dan Kampung Sungai Sekarang memberitahu mereka datang ke sidang media berkenaan kerana dimaklumkan oleh penganjur akan diadakan perjumpaan bagi persediaan menghadapi PRU akan datang.

"Dan selebihnya adalah Timbalan Ketua Cawangan yang mana ketua cawangannya masing-masing  tidak dimaklumkan atau tidak tahu dengan perkara itu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 13 Umno cawangan mahu Najib letak jawatan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tak hormati keputusan bersama]

Mohd Isa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Umno Bahagian Telok Kemang, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Abd Rahman Mohd Redza .

Tegasnya, Umno Bahagian Telok Kemang yang mempunyai 54 cawangan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Presiden Umno.

LIHAT VIDEO DI SINI


‘Tidak perlu bernostalgia sesuatu pernah berlaku’

Posted: 25 Oct 2015 06:43 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berhenti mengungkit kisah lama tentang kesetiaannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah fokus terhadap realiti yang akan berlaku.

"Saya hormati apa yang dilontarkan dan hormati perasaan beliau. Namun saya fikir, realiti yang harus dihadapi, kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tak jadi realiti," katanya yang dipetik Malaysia Kini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: 'Last-last' saya yang kena tendang]

Semalam, Muhyiddin mengimbau kesetiaannya sehingga memberi laluan kepada Najib menggantikan Abdullah walaupun mendapat sokongan Mahathir.

Muhyiddin berkata beliau terus membantu Najib sebagai orang nombor dua sebelum krisis 1MDB bermula.


PAS: Pakatan Rakyat masih ada, tanpa DAP

Posted: 25 Oct 2015 06:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS, parti itu hari ini tiba-tiba berkata Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Malah, kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP – kawan yang kemudian bertukar seteru politik PAS Islam itu.

"PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.

"Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini," kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September melibatkan DAP dan PKR serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Tuan Ibrahim berhujah, kewujudan Pakatan Rakyat dibuktikan melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

Beliau juga mendakwa keadaan itu menyebabkan ada pihak yang iri hati dan menimbulkan spekulasi seperti 'Langkah Rawang' sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.

Sebuah blog sebelum ini mendakwa terdapat agenda menggantikan Azmin dengan anggota terbaru berprofil tinggi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai menteri besar Selangor.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menegaskan, realiti di Malaysia, paksi politik dan perubahan keseluruhan akan berlaku bila paksi politik Melayu dan Bumiputera membuat perubahan.

Ke arah itu, beliau membayangkan tindakan pemutusan hubungan mereka dengan DAP memberi anjakan besar kerana tidak lagi perlu memikul bebal dituduh alat parti yang dituduh chauvinis Cina itu.

Dalam masa yang sama, kata Tuan Ibrahim, isu seperti peningkatan kos hidup dan dakwaan penyelewengan BN dijangka turut menyumbang ke arah perubahan sokongan Melayu.


Bateri vape terbakar dalam pesawat, paha cedera

Posted: 25 Oct 2015 06:35 AM PDT

Bernama

 


Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian pada kira-kira 6.45 petang semalam itu berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kebakaran tersebut berlaku semasa penumpang berkenaan sedang menonton tayangan video di paparan skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas paha lelaki itu terbakar.

"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di paha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat selamat mendarat di KLIA2 pada 8.44 malam.

Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.

Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu.- Bernama


MCA: Undang bos 1MDB bukan tanda restu

Posted: 25 Oct 2015 06:29 AM PDT

Yap Jia Hee


 


MCA menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong 1MDB dengan mengundang Arul Kanda Kandasamy, presiden dan pengarah eksekutif syarikat syarikat terbeban hutang itu dalam acaranya hari ini.

"Kita tahu akar umbi parti ada banyak soalan berkaitan 1MDB untuk dibangkitkan.

"Saya harap mereka dapat jawapan melalui taklimat (Arul)," kata Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong ketika merasmikan forum berkaitan ekonomi Malaysia hari ini.

Arul diundang memberi taklimat berkaitan dana kekayaan negara Kementerian Kewangan dalam acara dianjurkan oleh bahagian pengajian politik MCA.

Wee melibat undangan terhadap Arul itu sebuah langkah pragmatik kerana membenarkan anggota MCA bertanya soalan tanpa had.

Sementara itu, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun dalam ucapannya juga mempertahan undangan itu ketika berdepan kritikan media.

"Mereka tanya jika taklimat untuk anggota parti bersuara berkaitan 1MDB.

"Saya beritahu mereka, MCA bukan organ kerajaan, MCA bukan organ 1MDB, MCA adalah organ orang ramai.

"Usaha fahami masalah tidak bermaksud jadi jurucakap mereka," kata Chew dalam ucapannya.

Najib hadir penutup 'Umno Keris 2314' di Melaka

Posted: 25 Oct 2015 06:27 AM PDT

Bernama 





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis penutup program UMNO Keris 2314 di Kem Permata Resort, Ayer Pa'abas di Alor Gajah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; dan Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini disambut Idris dan Mohd Ali pukul 10.30 pagi tadi sebelum tiba di Kem Permata Resort sejam kemudian.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kemudian dilihat beredar meninggalkan kem tersebut pada pukul 3.10 petang.

Program UMNO Keris 2314 yang bertujuan mengukuhkan jentera parti itu diadakan di sini selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan dihadiri lebih 500 anggota UMNO seluruh negara.- Bernama


Jerebu: Kualiti udara bertambah baik, hanya lima kawasan catat IPU tidak sihat

Posted: 25 Oct 2015 06:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 1 tengah hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.
 
Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (125); Shah Alam (116); Banting (110); Pasir Gudang, Johor (108) dan Petaling Jaya (105). 
 
Dua kawasan kekal merekodkan bacaan tahap sihat iaitu ILP Miri (47) dan Limbang (45). Sementara 45 kawasan lain pula mencatatkan IPU sederhana. 
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

Ambil iktibar cara presiden tangani kritikan, istiqamah dengan perjuangan Islam - Khalil

Posted: 25 Oct 2015 06:11 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KOTA BHARU: Sebagai anak kepada pemimpin utama parti, Mohammad Khalil Abdul Hadi meminta semua pihak yang berada di dalam atau di luar PAS bijak dalam menilai dan menangani sesuatu keadaan.
 
Khalil berkata secara fitrahnya manusia tidak selesa dengan perasaan yang negatif, dan situasi itulah yang terpaksa beliau hadapi apabila bapanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicemuh atau dikritik sama ada dari pihak kawan atau lawan.
 
"Sudah tentu sebagai seorang manusia fitrahnya kita tidak suka apabila ada yang menuduh, mencemuh dan berkata macam-macam. 
 
"Tetapi apabila dididik dengan Islam, baca kisah nabi-nabi dan lihat mereka lalui ujian lebih dasyat daripada kita. Pentingnya kita nilai dengan betul dan istiqamah dengan perjuangan," katanya.
 
Ditemui dalam satu wawancara khas bersama Antarapos, Khalil menambah, beliau bagaimanapun sudah bersedia dengan jatuh bangun dalam politik, apatah lagi perjuangan Islam yang dibawa PAS sendiri tidak disenangi oleh sesetengah pihak. 
 
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu berkata adalah penting untuk ahli-ahli parti bersatu hati dan sentiasa berpegang kepada amalan Islam.
 
Malah sikap Hadi yang tenang dalam menghadapi tentangan daripada DAP suatu ketika dahulu perlu dijadikan iktibar ahli-ahli parti sebagai salah satu strategi dalam berpolitik.
 
"Apabila kita terlibat dengan politik, kena kena bersedia untuk dikritik, difitnah, diperlakukan dengan hal yang tidak elok. Itu asas dalam politik, khususnya dalam politik hari ini yang jauh dari nilai-nilai akhlak dan moral yang diajar oleh Islam. 
 
"Sudah tentu kita tidak mahu hal itu berlaku. Namun penting adalah bagaimana kita menilai dan rakyat sendiri menilainya. Bukan sekadar mendengar dan membaca, namun menilai sikap yang diambil oleh Presiden PAS dalam menangani tohmahan dan fitnah yang dilemparkan," tegasnya lagi.
 
Hadi sebelum ini dikecam hebat oleh DAP lantaran pendirian tegasnya untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.
 
Ia tidak disenangi oleh DAP, yang ketika itu merupakan sekutu PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR), sehingga mengambil keputusan memutuskan kerjasama bersama parti itu dan membawa kepada berakhirnya kerjasama gabungan parti-parti pembangkang.
 
Malah, kekalahan kumpulan progresif PAS di dalam pemilihan parti Jun lalu menjadi kemuncak kepada pertembungan pihak profesional dan ulama yang kemudiannya menyaksikan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Amanah yang dipimpin bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak henti-henti menyerang kepimpinan PAS yang dikatakan sudah tidak relevan dengan perkembangan politik semasa negara.
 
Pemimpin parti itu yang sebelum ini diketahui mesra-DAP akhirnya menyertai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP, meninggalkan PAS yang berjuang bersendirian. 


Pengebumian empat murid Orang Asli dijangka petang ini

Posted: 25 Oct 2015 06:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GUA MUSANG: Pengebumian empat murid Orang Asli yang meninggal dunia selepas hilang di dalam hutan di Kelantan, dijangka berlangsung petang ini di Kampung Penad.
 
Terdahulu keluarga keempat-empat mereka, Ika Ayel, 9; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7, tiba di Hospital Gua Musang pada 9 pagi bagi menuntut mayat anak masing-masing dari hospital.
 
Mereka memasuki rumah mayat itu untuk tujuan pengecaman terakhir sebelum menandatangani dokumen membawa keluar jenazah anak mereka.
 
Tidak lama kemudian, empat keranda putih dibawa keluar dan dimuatkan ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.
 
Ika, Haikal, Linda dan Juvina dilaporkan hilang bersama tiga lagi rakan mereka iaitu Mirsudiar Aluj, 11, Norieen Yaacob, 10 dan Sasa Sobrie, 8, pada 23 Ogos selepas lari dari asrama sekolah mereka di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.
 
Ketujuh-tujuh mereka berbuat demikian selepas dikatakan bimbang dikenakan hukuman oleh pihak sekolah ekoran mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
 
Dua daripada kumpulan murid itu, Mirsudiar dan Norieen akhirnya ditemui pada 9 Oktober dalam keadaan lemah dan kurus kering kerana kekurangan zat makanan.
 
Bagaimanapun, seorang lagi murid, Sasa, masih lagi belum ditemui sehingga kini.
 
Polis berkata, mereka menerima beberapa maklumat baru mengenai Sasa selepas menemu bual Norieen dan Mirsudiar yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
 
 

Hansard Parlimen bukti BN ‘twist’ perkataan Kit Siang

Posted: 25 Oct 2015 06:08 AM PDT


azalina-kit-siang

Oleh Muhamad Harris Nasri


KELMARIN, Lim Kit Siang mengamuk di Dewan Rakyat, beliau berang dengan usul penggantungan yang dicadangkan Datuk Azalina Othman​.

Untuk rekod, usul itu diluluskan selepas 107 menyokong dan 77 tidak menyokong. 9 ahli parlimen pembangkang tidak hadir sewaktu pengundian dilakukan, dan daripada 9 itu, 7 dari PAS dan 2 dari PKR.

Sewaktu Kit Siang berucap mempertahankan diri, beliau ada mengatakan Ahli Parlimen (BN) tidak pandai membaca hansard, kerana menuduh beliau melakukan tuduhan seperti yang dicadangkan Azalina.

Apa yang saya perhatikan, memang benar apa yang dipertahankan oleh Kit Siang. Tiada satu pun ayat yang menuduh speaker salah guna kuasa, sabotaj atau diktator.
hansard kit siang

Setelah saya membaca hansard Dewan Rakyat 19 Oktober, 2015, maka jelaslah Kit Siang bertanyakan soalan, bukan menuduh.

Beliau menjadi mangsa konspirasi ahli Parlimen BN untuk menggantung beliau. Sudah tentu, apabila didesak untuk meminta maaf, Kit Siang tidak berbuat demikian, kerana memang jelas beliau tidak melakukan tuduhan tersebut.

Mengapa perlu minta maaf kalau kita tidak membuat salah. Ahli Parlimen BN jelas menjadi pembuli di sini!
Sebagai Ahli Parlimen veteran yang sudah berada 40 tahun di dewan rakyat, sudah tentu Kit Siang tahu batas-batas ketika berhujah.

Episod ini menunjukkan kepada kita, Dewan Rakyat yang dikuasai BN berkuasa untuk menggantung sesiapa sahaja yang mereka mahu darinya, cuma perlu menunggu Ahli Parlimen pembangkang mengeluarkan perkataan yang boleh digunakan untuk mereka 'twist' sesuka hati.

Selain itu, ahli Parlimen pembangkang juga masih lagi dengan sikap acuh tak acuh, tidak bersungguh-sungguh dalam memastikan kehadiran penuh.

Malah, mereka tidak rasa bersalah sedikit pun untuk ponteng sidang! Bagaimana mungkin mereka boleh berjaya melakukan usul tak percaya terhadap perdana menteri?

* Dipetik dari The Malaysian Insider tanpa suntingan kecuali aspek bahasa dan tajuk. Muhamad Harris Nasril antara individu popular di dunia facebook sebagai 'kaki troll'. 


1MDB: Selepas Kit Siang jadi mangsa, Dr M sasaran seterusnya?

Posted: 25 Oct 2015 06:03 AM PDT

najib_mahathir_1mdb_new_600

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Bukan mustahil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi mangsa sasaran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mempertahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan, berkata semua rakyat harus menyedari akibat buruk dari kelewatan siasatan skandal itu.

Beliau berkata, kelewatan siasatan itu ketara sehinggakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lambat tiga bulan membuat siasaran 1MDB, malah Majlis Raja-raja terpaksa membuat kenyataan supaya menyegerakannya.

"Masih adakah cahaya di hujung terowong dalam siasatan skandal 1MDB kerana ia bukan sahaja membawa kehancuran kepada pentadbiran Najib tetapi turut merosakkan Malaysia seterusnya menjadi sebuah negara gagal," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu digantung enam bulan selepas pengundian 107 menyokong dan 77 membantah sekalipun prosedur penggantungannya mencurigakan, malah beliau dinafi hak pembelaan.

Ia berikutan Kit Siang tidak menarik balik perkataan yang digunakannya terhadap Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pada perbahasan Isnin lalu dalam skandal 1MDB.

Usul penggantungan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said jam 11.40 pagi ini selepas usul sama ditolak semalam.


Bajet 2016: Peruntukan rakyat dipotong, peruntukan ‘Najib’ ditambah

Posted: 25 Oct 2015 06:00 AM PDT

graf

Roketkini.com


KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Che Keong mengecam pemotongan peruntukan sektor penting kehidupan rakyat dalam Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Katanya, ia menjejaskan kehidupan rakyat kelas pertengahan dan rendah berikutan negara dilanda kelembapan ekonomi, lambakan hutang dan kadar pengangguran tinggi yang memberi kesan kepada pekerjaan, pasaran dan kebajikan semasa.

Beliau berkata, pemotongan yang bakal membebankan rakyat itu pula dibuat ketika Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula menerima tambahan besar peruntukan berjumlah RM1.1 bilion dari bajet berkenaan.

"Dalam kata lain, kerajaan membolot bahagian yang besar hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Juga bermakna tambahan berbilion ringgit untuk digunakan mengikut budi bicara Perdana Menteri.

"Ini menunjukkan sikap tidak peduli Najib terhadap kesusahan rakyat. Beliau memberikan dirinya bahagian yang lebih besar ketika peruntukan untuk kehidupan harian rakyat dipotong. Ini secara terang-terangan kejam," katanya.

steven simPada kenyataan media hari ini, Steven berkata, sektor yang terlibat dalam pemotongan antaranya pendidikan, pembangunan anak muda, sukan, kesihatan, pengangkutan awam dan kebajikan.

Memberi contoh, katanya, Kementerian Pendidikan berdepan pemotongan peruntukan RM2.4 bilion manakala dana untuk semua universiti awam dikurangkan secara drastik dikurangkan sebanyak RM1.4 bilion.

Beliau berkata, pemotongan lain termasuk sektor pembangunan anak muda dan melalui Kementerian Sukan dan Belia dipotong 28 peratus manakala peruntukan berkaitan kepentingan buruh dan pencarian kerja, dikurangkan 24 peratus.

Steven turut mendedahkan pemotongan bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Saya menyeru semua Ahli Parlimen menjalankan amanah dengan mengundi untuk menolak Bajet 2016 bagi menunjukkan ketidakyakinan rakyat terhadap pentadbiran Najib," katanya.


Gantung Kit Siang cipta imej Malaysia ditadbir ‘badut’

Posted: 25 Oct 2015 05:58 AM PDT

kit siang malaysia

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Penggantungan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan Ahli Parlimen lain termasuk dari Umno Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yakin tindakan zalim itu hanya menguatkan lagi semangat Ahli Parlimen pembangkang supaya melawan skandal itu habis-habisan.

"Ini (penggantungan) tidak adil. Kit Siang sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Beliau harus diberi peluang dan masa secukupnya untuk membela diri. Nyatalah, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mangsa terbaru 1MBD," katanya.

Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata pengantungan Kit Siang membuka lembaran baru dinamika politik tanah air, menjadi titik hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia, apatah lagi disaksikan dunia antarabangsa.

V Sivakumar"Seluruh dunia memerhatikan gelagat negara kita. Malaysia menjadi bahan ketawa negara luar kerana kita seolah-olah ditadbir sekumpulan badut. Negara lain turut memberi komen negatif berhubung skandal itu.

"Kita malu kerana ia menjatuhkan imej Malaysia di mata media antarabangsa. Lebih menyedihkan, institusi berdaulat seperti Parlimen turut dicemari untuk membela orang yang terlibat dalam skandal 1MDB.," katanya.

Sivakumar kesal kerana seluruh jentera kerajaan memberi perlindungan kepada seorang Perdana Menteri yang tidak berani membela diri dalam skandal 1MDB yang menjadi buah mulut seluruh rakyat.

Sekalipun Majlis Raja-raja Melayu membuat teguran, katanya, kerajaan BN dan Najib tidak peduli dan terus memerintah tanpa segan silu.

"Pemimpin BN pula berkulit tebal kerana tidak dapat berasa kehangatan skandal 1MDB walaupun ia menjadi tajuk perbualan di warung atau kedai kopi, sebaliknya wakil rakyat BN berpura-pura pekak dan tidak berani membela nasib rakyat.


1MDB punca krisis politik berlarutan, perselisihan etnik melebar, kata firma risikan

Posted: 24 Oct 2015 06:32 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad daripada segi etniknya, langkah yang berpotensi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad daripada segi etniknya, langkah yang berpotensi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha untuk mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada segi etniknya, satu langkah yang berpotensi "melebarkan pembahagian etnik," kata firma perisikan geopolitik Stratfor dalam analisis terbarunya mengenai perdana menteri yang dilanda masalah itu. 
 
 Menyedari kurangnya penjelasan Najib mengenai hutang syarikat pelaburan negara itu dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, Stratfor menganggap Najib mengambil petunjuk daripada pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kebangkitan Dr Mahathir sendiri, katanya, turut didorong tindakan mengeksploitasi rasa takut orang Melayu dan peribumi.

Najib dan Umno secara senyap-senyap menyokong pergerakan "baju merah" nasionalis Melayu, yang perhimpunannya pada September dihalang pihak polis daripada menyerang Jalan Petaling, sebuah kawasan perniagaan etnik Cina yang terkenal di Kuala Lumpur, Startfor menyatakan dalam analisisnya. 
 
Presiden Umno itu mempertahankan perhimpunan itu dan berkata, ia reaksi kepada perhimpunan Bersih 4 yang mencabar maruah orang Melayu dan kepimpinan negara.

Stratfor berkata, daripada segi strategi politik, ia mungkin kelihatan "sangat asas", tetapi ia juga mencerminkan pengiktirafan rupa bentuk demografi fundamental Malaysia kini berubah, terutama di kalangan orang Cina.

"Sejak 1983, kadar orang Cina berbanding keseluruhan jumlah penduduk Malaysia jatuh lebih 8%, dan kelahiran di kalangan kaum Cina paling rendah di antara kumpulan etnik utama di Malaysia.

"Oleh itu, bagi tujuan politik, daripada berusaha menarik kembali pengundi minoriti, Umno akan semakin berusaha menyelamatkan asasnya dan membiarkan pembangkang terbahagi mengikut garis etnik," katanya.

Ini akan mewujudkan "pembahagian etnik melebar" yang akan mencabar integriti teras negara ini, kata Stratfor dalam analisis bertajuk "Jatuhnya kehormatan Malaysia".

Ia juga memberi amaran, dengan adanya skandal 1MDB dan tekanan ekonomi yang membawa Umno ke dalam pertarungan berlarutan untuk meneruskan hidup, Malaysia berkemungkinan terus jatuh ke dalam suasana ketidaktentuan baru.

Sejak berita RM2.6 bilion itu timbul, Najib berada di bawah tekanan dan mungkin berdepan undi tidak percaya di Parlimen kerana isu ini, yang menyaksikan negara ini melalui pelbagai masalah ekonomi termasuk penurunan nilai ringgit.

Tetapi firma perisikan itu juga menyatakan, kedudukan perdana menteri sangat kukuh, sebahagiannya kerana kurangnya bilangan pembangkang di Parlimen bagi memastikan kejayaan undi tidak percaya itu, dan kerana pengkritiknya sendiri dalam Umno tidak mahu melihat parti itu jatuh.

Stratfor berkata, krisis politik berlarutan itu akan membahayakan "status quo yang diseimbangkan dengan berhati-hati, membolehkan ekonomi Malaysia berkembang tanpa gangguan isu perkauman".


Ibu bapa pilih sekolah agama swasta bina identiti Islam sejak kecil

Posted: 24 Oct 2015 06:29 PM PDT



Pengarah Iman Research Altaf Deviyati berkata ibu bapa Islam memilih hantar anak ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 25 Oktober, 2015.Pengarah Iman Research Altaf Deviyati berkata ibu bapa Islam memilih hantar anak ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kebimbangan mengenai standard yang merosot di sekolah kerajaan bukan saja membabitkan prestasi akademik tetapi juga pendidikan agama, menyebabkan ibu bapa Islam memilih menghantar anak mereka ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda, sebuah forum pendidikan dimaklumkan. 
 
 Pengarah Iman Research Altaf Deviyati membuat rumusan ini selepas menemuramah ibu bapa dari 2 sekolah di Lembah Klang iaitu Sekolah Rendah Islam (Seri) Abim di Sungai Ramal dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin di Gombak.

Seri Abim dikelolakan pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sementara SRI Al-Amin diuruskan badan bukan kerajaan Pertubuhan Ikram Malaysia.

"Mereka khuatir sekolah kerajaan tidak membina sebarang jenis identiti dan ini merupakan kebimbangan terbesar mereka. "Mereka benar-benar mahu anak mendapat pendidikan agama dari awal. Mereka merasakan sukatan pelajaran agama di sekolah kerajaan sangat terbatas kepada apa yang boleh dan apa yang tidak boleh saja.

"Mereka mahu lebih daripada itu. Mereka mahu anak berupaya meneroka konsep dan konteks pemikiran agama bagi membina identiti diri sebagai orang Islam," kata Altaf pada forum anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur itu semalam.

Forum itu bertajuk 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?'.

Altaf berkata, ibu bapa juga tertarik dengan hakikat sekolah ini dibina atas nama gerakan Islam tertentu, dan para pemimpin Abim dan Ikram mempunyai satu pandangan khusus mengenai Islam seperti yang mereka mahu.

"Orang cenderung untuk menganggap 'pendidikan berkualiti' sama saja maksudnya kepada semua orang.
"Pendidikan berkualiti lebih daripada mendapat semua A.

"Bagi sekolah ini sekurang-kurangnya, ia merupakan satu pandangan menyeluruh tentang jenis manusia yang bagaimana anak mereka harus jadi dan ini salah satu sebab utama mereka memilih sekolah ini," katanya.
Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia bercakap kepada hadirin di forum 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 25 Oktober, 2015.Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia bercakap kepada hadirin di forum 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
Seorang lagi ahli panel forum, Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia berkata, ibu bapa yang ditemuramah kebanyakannya bercakap tentang kurangnya keyakinan mereka terhadap sekolah kerajaan. 
 
Contohnya, ketika kerajaan memutuskan untuk menghentikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau yang membuat kajian mengenai sekolah persendirian Cina berkata, kaum Cina juga melihat pendidikan bahasa ibunda sebagai satu cara mengekalkan akar budaya mereka.

"Pencapaian akademik bukan satu-satunya perkara yang mereka lihat, mereka juga mahukan pembentukan peribadi dan merasakan nilai Confucius masih terpelihara di sekolah ini.

"Jadi, ia tempat yang baik untuk anak mereka membina watak," katanya.

Lee berkata, memandangkan sekolah ini tidak menerima sebarang pembiayaan kerajaan, pelajarnya terlibat secara aktif dalam mengumpul dana, dan ini turut membantu membina peribadi mereka.

"Mereka tahu betapa sukarnya mendapatkan wang sendiri untuk membiayai pendidikan, dan ini membantu mengukuhkan pemahaman mereka tentang tanggungjawab sosial dan membangunkan kemahiran untuk menjadi pemimpin beretika dan berintegriti serta dapat menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa tidak begitu bimbang walaupun peperiksaan United Examination Certificate yang diduduki anak mereka tidak diiktiraf untuk kemasukan ke universiti tempatan.

Ini kerana, katanya, lebih 400 universiti di seluruh dunia, termasuk di Perancis, Jerman dan United Kingdom, mengiktirafnya


13 cawangan Umno tuntut Najib undur

Posted: 24 Oct 2015 06:19 PM PDT

 Zulaikha Zulkifli


Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Berat mata memandang

Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.

"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.

Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.

"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.


Muhyiddin kata pemimpin Umno pengecut

Posted: 24 Oct 2015 06:10 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.

Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.

Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?

"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.

"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini.
Hanya berkata benar

Muhyiddin turut mengeluh terhadap wujudnya rasa ketakutan untuk mereka untuk bersuara.

"Saya bersuara bukan mahu menjatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya.

Menurut Timbalan Presiden Umno itu, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabilan dari aspek politik susulan skandal yang melanda Najib.

Sementara itu, Najib menghadapi cabaran supaya melepaskan jawatannya selepas dilanda isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi beliau dan mendakwa wang tersebut adalah dana politik dari Timur Tengah.

Sementara itu, Muhyiddin menggesa para pemimpin Umno tampil lebih berani dengan mencontohi Nabi Muhammad yang tidak berdiam diri sekiranya berlaku sesuatu kemudaratan.

"Ketika dalam kerajaan, saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat timbalan perdana menteri ni.

"Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi.

Muhyiddin akui Najib semakin tidak menghormatinya

Posted: 24 Oct 2015 06:06 PM PDT

 
Beliau mendakwa Najib Tun Razak tidak memberinya peluang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO.


muhyiddin-najib


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin hilang kepercayaan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak digugurkan daripada Kabinet.

Malah, Perdana Menteri juga dikatakan tidak lagi menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih oleh ahli parti.

Perkara itu itu diluahkan sendiri oleh Muhyiddin susulan Najib tidak lagi memberinya ruang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO yang sepatutnya dilakukan beliau sebagai Timbalan Presiden.

"Tugas sebagai Timbalan Presiden parti adalah untuk membantu Presiden dan mempengerusikan mesyuarat parti apabila ketiadaaan Presiden.

"Tetapi saya tidak faham apabila saya hadir mesyuarat biasa yang sepatutnya dipengerusikan oleh saya tetapi diambil alih oleh Presiden (Najib) dengan alasan mesyuarat itu dikatakan mesyuarat Khas.

"Tetapi apabila saya hadir dan saya lihat itu mesyuarat biasa… Jadi saya tidak tahu apa masalah saya…adakah saya tak ada keupayaan ke ataupun hanya kerana dia (Najib) tidak mempercayai saya lagi?," katanya dalam satu Forum Bicara Minda: Berani Kerana Benar di Sinar TV.

Muhyiddin juga mempersoalkan tindakan Najib itu yang dianggap tidak menghormati peranannya dan keputusan ahli parti yang telah memilihnya.

"Saya berpendapat ini seolah-oleh tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang telah memlih saya sebagai Timbalan Presiden," katanya yang mendapat tepukan daripada penonton.

Muhyiddin dedah rahsia 1MDB

Posted: 24 Oct 2015 06:03 PM PDT

 
Kerajaan pernah mohon suntikan dana RM3 bilion untuk 1MDB tetapi ditolak Jemaah Menteri dan hanya meluluskan RM950 juta.


muhyiddin_1mdb_2_600


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan kerajaan pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh Jemaah Menteri kerana 1MDB ketika itu baharu sahaja menerima pinjaman daripada jutawan T. Ananda Krishnan sebanyak RM2 bilion.

Katanya, Jemaah Menteri hanya bersetuju 1MDB diberikan suntikan modal berjumlah RM950 juta.

"Saya akui satu kertas kerja pernah dibuat kepada Kabinet bagi membuat permohonan untuk meminjam RM3 bilion untuk 1MDB…. Walhal baru membuat pinjaman RM2 bilion dari T Anandha Krishnan.

"Berapa bilion nak pinjam ini…. Ini satu masalah besar…nak pinjam mampu ke nak bayar balik?

"Jadi pinjam atas pinjam, berniaga apa ini?," katanya dalam satu Program Bicara Minda: Berani kerana benar di Johor Bahru yang disiarkan secara langsung di Sinar TV.

Muhyiddin berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dangenerasi akan datang.

"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan,

"Saya tidak pernah doakan 1MDB ini jatuh kerana kalau 1MDB jatuh..kita semua akan jatuh," jelasnya.
Muhyiddin turut mendedahkan bahawa beliau pernah menasihatkan supaya kerajaan memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas sehingga menyusahkan kerajaan.

"Saya cakap dengan Perdana Menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.

Muhyiddin mendakwa beliau turut menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak lagi menjadi Penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, Perdana Menteri akan turut menerima kesannya.

Bagaimanapun nasihat itu tidak diterima sebaliknya beliau yang ditendang kerana menegur 1MDB.
"Saya cakap dengan Perdana Menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.

Dengupan jantung saya seakan terhenti – Anina

Posted: 24 Oct 2015 05:59 PM PDT

 
Dia menyangkakan Perdana Menteri akan mengakui kesilapannya dalam mentadbir negara tetapi jangkaan itu meleset.


Anina-Saaduiddin,-najib


PETALING JAYA: Dengupan jantung Anina Saadudin seakan terhenti apabila dia mendengar Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'saya manusia biasa yang ada kekurangan' ketika membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat.

Sangka Anina, Perdana Menteri akan mengakui kesilapannya dalam mentadbir negara sehingga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat.

Bagaimanapun dia kecewa kerana sangkaan itu meleset sama sekali.

Baginya, sikap Najib yang enggan mengakui kesilapan itu seolah-olah mendabik dada dan menganggap beliau pemimpin terbaik yang pernah negara miliki.

"Jantung saya seakan berhenti berdegup disaat Najib mengucapkan beliau adalah manusia biasa yang ada kekurangan.

"Ketika itu saya fikir beliau akan mengakui kesilapannya dalam pentadbiran, namun saya kecewa kerana ia hanya sebaris ayat," katanya kepada FMT.

Dia yang dipecat UMNO kerana memfailkan saman terhadap Najib turut mengulas Bajet 2016 yang didakwanya mengulangi skrip yang sama tahun lalu.

Katanya, Najib masih mengutamakan prinsip "cash is king" sebagai gula-gula kepada rakyat tanpa menumpukan kepada kesejahteraan rakyat.

"BRIM diteruskan, angkanya ditingkatkan beberapa puluh sen sehari dan jumlah penerima dipertingkatkan dengan kumpulan pendapatan yang diperluaskan.

"Impaknya tidak mampu mengubah hidup rakyat untuk jangkamasa panjang. Hanya gula-gula yang cair sekelip mata dalam mulut. Ia hanya memberi kesan emosi sementara untuk penerima tetapi tidak mampu mengubah kehidupan," jelasnya.

Anina juga meluahkan kekecewaanya apabila isu 1MDB dan RM2.6 bilion tidak diperjelaskan oleh Najib.
Katanya, rakyat sudah tidak dapat menerima Bajet 2016 itu kerana mereka sememangnya masih diselubungi skandal berbilion-bilion yang dikaitkan dengan Najib.

"Ia isu besar dalam kesejahteraan ekonomi negara. Najib ada menyentuh tentang musuh-musuh yang kononnya cuba menjejaskan imej negara, tetapi beliau tidak langsung menyentuh tentang perkara pokok yang mendasari kritikan dari pihak yang kononnya dilabel sebagai musuh tersebut.

"Ia sepatutnya medan keemasan untuk melegakan hati rakyat…Rakyat tidak akan dapat menghadam bajet yang beliau bentangkan," katanya.

Cadangan naik cukai tindakan berani

Posted: 24 Oct 2015 05:54 PM PDT

SINAR HARIAN



Bajet 2016
Bajet 2016
 
 
KUALA LUMPUR -Cadangan kerajaan untuk meningkatkan cukai golongan berpendapatan tinggi disifatkan sebagai satu tindakan berani, kata Rakan Kongsi dan Ketua Pencukaian Ernst & Young Malaysia, Yeo Eng Ping.

Menurutnya, ini berikutan cadangan itu dibuat selepas kerajaan mengurangkan cukai pendapatan dalam Bajet 2015 serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kumpulan berpendapatan tinggi ini sudah lama digesa untuk membayar cukai lebih tinggi. Malah, kami turut melihat perkembangan sama di negara lain seperti Singapura dan Jepun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pembentangan semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan lingkungan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan sebanyak satu peratus kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.

Mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta pula dicadangkan berdepan kenaikan kadar cukai sebanyak tiga peratus iaitu sebanyak 28 peratus, bermula tahun depan.

Mengulas lanjut, Eng Ping berkata, Bajet 2016 itu turut menjaga kepentingan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, menerusi cadangan inisiatif seperti meningkatkan pelbagai pengecualian, penambahan senarai barangan sifar GST yang merangkumi makanan perlu, ubat yang dikawal serta langkah berkaitan kesejahteraan kumpulan isi rumah B40.

Bagaimanapun, bagi sektor korporat, Bajet 2016 itu tidak melibatkan banyak insentif.

"Sebaliknya, hanya beberapa pendekatan dalam bidang atau sektor khusus seperti inovasi dan pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (bagi merangsang pelaburan dan pelaburan semula bagi sektor swasta), pelancongan, pengeluaran makanan dan pembuatan," katanya.

Menurut Eng Ping, bajet kali ini turut mengutamakan beberapa langkah konsisten bagi memastikan pembangunan infrastruktur negara serta menggalakkan kesalinghubungan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. - Bernama


Tiada ulasan: