Rabu, 14 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"Saya Tak Setuju Penyalahgunaan Sosma"

Posted: 14 Oct 2015 04:58 AM PDT

Oleh: MSTAR
 
 
Muhyiddin Yassin
 
 
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pihak yang mendakwa beliau berdolak-dalik mengenai pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) sambil menegaskan pendiriannya berhubung perundangan itu tidak pernah berubah.

"Pendirian saya tidak pernah berubah.

"Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

"Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan ketika rombakan Kabinet pada Julai lalu itu merujuk kepada kenyataan bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran Barisan Nasional lain pada 12 Oktober lalu.

Kata Muhyiddin lagi, pendiriannya selari dengan jaminan kerajaan ketika akta ini digubal bahawa ia tidak akan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik, termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara serta memberikan pandangan.

"Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.

"Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?" katanya merujuk kepada tindakan Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan dan peguamnya, Chang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno juga mempersoalkan apakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah.

"Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

"Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?

"Apakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?" katanya lagi.

Beliau menambah, Umno akan hanya dihormati rakyat jika pemimpinnya berani bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.

Pada Selasa, Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose mendakwa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdolak-dalik berhubung isu Sosma.

Harga minyak boleh diturunkan, rakyat bayar mahal angkara k’jaan

Posted: 14 Oct 2015 04:50 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA : Beberapa kesilapan dan kelemahan dalam pengurusan ekonomi kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan rakyat terus menanggung beban sara hidup.

Satu dari kesan tersebut adalah harga minyak yang mahal walaupun harga minyak mentah dan minyak siap proses sebenarnya kekal murah di pasaran antarabangsa.

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan (PH) berkata, harga minyak mahal yang terpaksa ditanggung rakyat berpunca dari kesilapan kerajaan menetapkan formula bagi harga bahan api itu.

R3

"Kesilapan pertama ialah apabila formula menetapkan harga bulanan untuk RON95, Diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan di dalam mata wang Dollar Amerika (USD)," jelas anggota jawatankuasa tersebut, Rafizi Ramli.

Tambahnya, kerajaan Umno BN sejak tahun 1980-an telah menggunakan harga rujukan dari Singapura dalam menentukan kos minyak mentah.

Sedangkan maklumat lebih tepat bagi menentukan harga minyak untuk dijual boleh ditentukan berdasarkan maklumat dari beberapa syarikat minyak yang memproses minyak di Malaysia sendiri.

"Kita ada empat loji penapisan minyak di Malaysia, harga sebenarnya boleh ditentukan berdasarkan maklumat dari kilang penapisan ini," kata Rafizi.

Kelemahan kerajaan mentadbir mata wang sehingga menyebabkan nilainya jatuh teruk berbanding Dollar Amerika turut disifatkan menjadi punca rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk bahan api itu.

"Walaupun harga minyak dalam USD sebenarnya kekal murah, tetapi apabila diterjemahkan ke dalam ringgit menggunakan formula itu ia menjadi mahal akibat faktor mata wang dan bukannya kerana harga minyak di pasaran mahal.

"Justeru Pakatan Harapan menyeru Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak menggunakan harga rujukan dalam mata wang Amerika.

"Ini bagi melindungi rakyat Malaysia dari kesan kejatuhan mata wang ringgit akibat kelemahan kerajaan Umno BN sendiri," tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

KEADILAN desak undang-undang pembaharuan parlimen dibentang

Posted: 14 Oct 2015 04:10 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak kerajaan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman membentangkan undang-undang untuk melaksanakan pembaharuan Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Pengarah Strateginya, Sim Tze Tzin berkata, KEADILAN mengulangi sokongan penuh atas usaha speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu perkara itu dilaksanakan.

Menurut Sim, isu pembaharuan parlimen bukan perkara baru dan sejak 2011, satu Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Parlimen telah dibentuk dan bersidang sebanyak 5 kali.

Namun katanya, tiada tindakan diambil meskipun laporan dan cadangan jawatankuasa tersebut diserah kepada kerajaan pada tahun 2012.

"Tetapi kini, keadaan politik telah berubah, memandangkan sekarang Speaker, Perdana Menteri, Menteri dan juga ahli-ahli parlimen pembangkang semuanya menyokong penuh agenda pembaharuan parlimen.

"Maka tibalah masanya, kerajaan melaksanakan janji-janji perubahan yang dijanjikan kepada Speaker untuk mengangkat kewibawaan dan kebebasan institusi Parlimen," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Pandikar pada Mei lalu dilapor mahu meletak jawatan kerana menganggap parlimen seolah-olah hanya menjadi 'Rubber Stamp', namun menarik semula perletakan jawatannya.

Antara pembaharuan dicadangkan Pandikar adalah memansuhkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal-ehwal parlimen, mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan menggubal Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa).

Pandikar juga turut mencadangkan Jawatankuasa tetap parlimen ditubuhkan, meningkatkan infrastruktur parlimen ke tahap seperti bangunan di Putrajaya dan mengadakan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman juga berkata kerajaan komited kepada agenda pembaharuan parlimen dan mahu membawa isu tersebut ke kabinet

Naik tol: Kerajaan jangan perlekeh rakyat

Posted: 14 Oct 2015 04:09 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Kerajaan Umno BN memperlekehkan rakyat apabila menyatakan tol dinaikkan bagi memberi kemudahan termasuk membina sekolah dan hospital, kata Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, alasan itu tidak munasabah kerana kemudahan seumpama itu masih kurang khususnya di kawasan pedalaman, meskipun kerajaan seringkali menaikkan kadar tol . Sebaliknya beliau percaya kenaikan terbaharu ini bertujuan untuk menampung hutang syarikat pelaburan, 1MDB yang semakin tenat.

"Itu cuma penipuan dan alasan kerajaan untuk kutip lagi lebih banyak duit rakyat bagi membayar kadar faedah dan hutang-hutang 1MDB.

"Sedangkan kalau betul nak sediakan kebajikan kepada rakyat, kenapa masih banyak lagi kemudahan yang sehingga kini tidak tersedia dengan baiknya kepada rakyat?

"Mereka yang duduk di kawasan pinggir bandar masih memerlukan banyak lagi kemudahan seperti sekolah, klinik dan lain-lain lagi," katanya ketika dihubungi.

Lebih mengecewakan katanya, terlalu banyak projek-projek rakyat gagal disiapkan sepertimana dijanjikan pada Pilihan raya umum lalu.

"Mana hasil daripada bebanan yang kerajaan letak di bahu rakyat hasil daripada pengenalan cukai-cukai GST, penarikan subsidi dan harga tol yang naik itu?" soalnya.

Kementerian Kerja Raya sebelum ini menyatakan kenaikan drastik yang bermula Khamis ini dibuat selepas kerajaan menghentikan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi. Keuntungan daripada kenaikan itu juga akan disalurkan kepada rakyat melalui pembinaan-pembinaan projek infrastruktur.

Bagaimanapun Adun Seri Andalas itu berkata, kenaikan tol tidak selaras dengan manifesto pilihan raya BN kononnya tiada sebarang kenaikan harga tol antara bandar.

"Inilah penipuan yang langsung tidak boleh diterima. Tetapi yang lebih jelas lagi kadar kenaikan ini akan terus membebankan berjuta-juta pengguna plaza tol di Malaysia," jelasnya.

Pakatan Harapan, usah terima kunjungan Perkasa

Posted: 14 Oct 2015 04:07 AM PDT



Oleh Zainulfaqar Yaacob 


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hanya membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja.

Itu yang Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri tegaskan, sambil menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan pertubuhan pelampau Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Walaupun begitu, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.


Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri.

Rakyat pasti akan bertanya, takkan Pakatan Harapan tidak boleh menerima kunjungan hormat daripada Perkasa suatu hari nanti, selepas PAS sendiri menerima kunjungan hormat pertubuhan pelampau itu sekarang.

Barangkali selepas ini, pemimpin Amanah sendiri pun akan ditanya, bila lagi hendak terima kunjungan hormat Umno seperti  Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini lantang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jangan ingat rakyat tuli dalam menilai Pakatan Harapan, khususnya Amanah.

Kalau hendak mementingkan "politik kekuasaan" macam Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita.

Sempena sambutan 1 Muharam 1437H ini, saya menyeru Amanah memperkasa "politik nilai" seperti integriti, anti kezaliman, telus dengan rakyat.

Saya berharap Pakatan Harapan fokus pada agenda mengukuhkan sokongan rakyat, termasuk mengikat perjanjian politik dengan parti-parti anti kezaliman Umno BN dari Sabah dan Sarawak.

Pada masa yang sama, jangan lupa agenda membebaskan bakal perdana menteri daripada Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seterusnya ke arah usaha menyelamatkan ekonomi negara.

Semarakkan kefahaman rakyat, Najib adalah pemimpin yang menindas semua rakyat, dan terbaru adalah isu kenaikan tol yang nyata membebankan rakyat terbanyak.

Saya yakin Pakatan Harapan lebih berwibawa tanpa anasir politik kepuakan melampau tajaan Umno serta Perkasa.

Amanah perlu terus mempertahankan "politik nilai" yang rakyat harapkan ini.

Semoga Amanah, khususnya di Pulau Pinang boleh menggarap lagi sokongan  rakyat terbanyak kepada Pakatan Harapan atas amalan "politik nilai", bersama-sama PKR dan DAP.

Amanah perlu menggandakan usaha saling bekerjasama dengan PKR dan DAP atas nama kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ke arah memupuk sokongan rakyat terbanyak, dari peringkat negeri sehinggalah peringkat Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan komuniti setempat.

* Zainulfaqar Yaacob ialah pengarah komunikasi Amanah Pulau Pinang.

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Posted: 14 Oct 2015 04:03 AM PDT


Oleh  Datuk Iskandar A Samad

 
PAS Selangor menerima penjelasan daripada PAS Pusat di mana PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman.

Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembelingkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN.

* Datuk Iskandar A Samad ialah pesuruhjaya PAS Selangor.

Tolak kerjasama Perkasa, tindakan tepat dan bijaksana PAS Selangor

Posted: 14 Oct 2015 03:59 AM PDT



Oleh Mahfuz Omar


Pertama saya ucapkan tahniah atas pendirian yang diambil oleh PAS Selangor melalui kenyataan Datuk Iskandar Samad Pesuruhjaya PAS Selangor yang menolak sebarang kerjasama dengan kumpulan Perkasa yang membawa sentimen perkauman.

Saya percaya penolakan kerjasama dengan Perkasa oleh PAS Selangor setelah mengambil kira sentimen penolakan rakyat Selangor daripada pelbagai kaum terhadap Perkasa yang dilihat terlalu membawa sentimen politik perkauman sempit yang boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang ada dinegeri Selangor.

Saya percaya PAS Selangor melihat sebarang bentuk kerjasama mahu pun apa apa ketetapan atas apa jua isu bersama Perkasa tidak ubah seperti pepatah Melayu yang menyatakan "untung secupak, rugi segantang".


Kepada semua pihak khususnya parti-parti politik berhati hati dengan agenda politik sempit yang cuba dibawa oleh pihak tertentu untuk mengujudkan pemikiran kononnya kerajaan pemerintahan Melayu dan pembangkang Cina di Malaysia.

Pemikiran ini sangat merbahaya kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Pemikiran ini hanya sekadar untuk menyambung hayat politik Umno yang berada dalam keadaan Nazak. Kepada umat Islam marilah kita pamerkan Islam Rahmat untuk semua.

Saya menyeru pada semua parti-parti politik khususnya parti pembangkang untuk bersatu dalam satu pasukan untuk melakar landskap politik baru Malaysia tanpa politik perkauman sempit demi masa depan anak cucu dan Malaysia tercinta.

* Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tol: Dasar penswastaan BN gagal, kroni untung rakyat rugi

Posted: 14 Oct 2015 03:53 AM PDT

pix for hentikan saja kutipan tol

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol membuktikan kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan dasar penswastaan berikutan hanya kroni tertentu mendapat manfaat langsung melalui amalam pemberian projek tanpa tender terbuka.

Menyifatkan ia hanya janji kosong, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pentadbiran BN berselindung di sebalik kadar tol rendah pada awal projek bagi mendorong pengguna menerima skim konsesi tol.

"Janji Datuk Seri Najib Razak pada manifesto pilihan raya BN 2013 betapa kadar tol akan berkurangan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hanya janji kosong untuk meraih undi.

"Bahlkan, Kementerian Kerja Raya tidak peduli untuk memberi alasan lebih meyakinkan, selain menyatakan jumlah yang dijimat boleh digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang memberi kesan berganda kepada ekonomi.

"Alasan itu tidak masuk akan kerana perbelanjaan rakyat terhadap pembelian selain dari bayaran tol juga memberi kesan sama kepada ekonomi," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Pua berkata, kenaikan kadar tol juga membuktikan BN tidak berupaya mengurus ekonomi negara sebaliknya, rasuah, pembaziran, ketidakcekapan dan penyelewengan dana kerajaan, berleluasa.

Di sebalik pertambahan hasil melalui kenaikan harga minyak sejak dua dekad lalu, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar mahal untuk menggunakan lebuh raya, bahkan kerajaan menjadi miskin hingga melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katannya.


Orang Asli akan ketuai Jakoa

Posted: 14 Oct 2015 03:47 AM PDT

BERNAMA

 

jakoa
Ismail Sabri berkata, pelantikan mereka bagaimanapun tertakluk kepada gred perkhidmatan, seperti ditetapkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.


PUTRAJAYA,  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sememangnya mempunyai perancangan melantik Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam kalangan Orang Asli, kata menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Pelantikan mereka bagaimanapun tertakluk kepada gred perkhidmatan, seperti ditetapkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), katanya mengulas saranan agar Ketua Pengarah Jakoa dilantik dalam kalangan Orang Asli yang dirasakan lebih memahami kehendak masyarakat itu.

"Mengikut amalan normal, ketua pengarah adalah Jusa C, tetapi jika KPPA rasakan perlu untuk melantik ketua pengarah daripada Orang Asli dan naikkan gred daripada 48 ke Jusa C, kementerian tiada halangan," katanya selepas majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke-12, semalam.

Ismail Sabri berkata, pegawai Orang Asli di Jakoa yang mempunyai gred tertinggi, iaitu Gred 48 telah dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara, atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bagi mempercepatkan proses kenaikan pangkat.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut dimahsyurkan sebagai Pro-Canselor UniKL oleh Tuanku Canselor, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam ucapannya pada pemahsyuran itu, beliau berkata, UniKL akan membangunkan lebih banyak kampus cawangan bagi mencapai sasaran pengambilan 50,000 pelajar di universiti itu menjelang 2020.

‘Tengok tapak dahulu, sebelum beli selipar tertera kalimah Allah’

Posted: 14 Oct 2015 03:35 AM PDT

HAZAWANI ARIFFIN

 

selipar
Tapak selipar yang tertera kalimah Allah. - Foto ihsan MJMM


KUALA LUMPUR, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mengutuk tindakan memasarkan selipar mengandungi tulisan kalimah Allah secara berleluasa.


Menurutnya, kalimah Allah itu dicetak pada tapak selipar, sekaligus mengakibatkan orang ramai memakai dan memijaknya, tanpa menyedari kalimah suci itu berada di tapak selipar.

"Ini tindakan celaka yang dibuat orang tidak bertanggungjawab.

"Kepada pengguna, tolong tengok tapak selipar ini dahulu, sebelum sewenang-wenangnya membeli dan memakainya," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan menyiasat pengeluaran selipar terbabit yang dilihat adalah satu bentuk penghinaan terhadap kalimah suci Allah.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang perniagaan ini," katanya.

Terdahulu, gambar selipar yang tertera kalimah Allah pada tapaknya, mula tersebar di beberapa laman sosial sehingga mencetuskan kemarahan warga maya.

Peguam Negara sendiri keliru antara SOSMA dan Seksyen 124L – Mahfuz

Posted: 14 Oct 2015 03:29 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

MAHFUZ
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau hairan bagaimana Peguam Negara seperti Apandi tidak menyedari bahawa Seksyen 124L tu adalah Kesalahan Keselamatan yang tertakluk di bawah SOSMA. - Foto TRP/Arif Kartono


KUALA LUMPUR,  Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengatakan penahanan dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Khairudin Abu Hasan dan Matthias Chang bukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebaliknya di bawah Seksyen 124L menunjukkan beliau keliru dengan bidang kuasa kedua-dua undang-undang berkenaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau hairan bagaimana Peguam Negara seperti Apandi tidak menyedari bahawa Seksyen 124L tu adalah Kesalahan Keselamatan yang tertakluk di bawah SOSMA.

Jelasnya, memang benar kedua-dua invidu berkenaan tidak didakwa di bawah SOSMA tetapi kesalahan yang didakwa itu adalah kesalahan yang berkaitan dengan SOSMA.

"SOSMA adalah akta prosedur bagaimana untuk menyiasat dan mendakwa apa apa kesalahan yang melibatkan kesalahan keselamatan. Mengikut Seksyen 3 SOSMA, 'kesalahan keselamatan' ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

"Jadual Pertama SOSMA menyatakan bahawa kesalahan keselamatan ialah kesalahan yang terkandung di dalam Bahagian VI dan Bahagian VIA Kanun Keseksaan dan bahagian VI Kanun Keseksaan bermula dari Seksyen 121 sehingga Seksyen 130A. Seksyen 124L yang dituduh terhadap Khairuddin dan Matthias berada di Bahagian VI Kanun Keseksaan justeru ianya tertakluk kepada SOSMA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah bekas Naib Presiden Pas itu lagi, SOSMA ialah suatu Akta berkaitan prosedur bagaimana hendak menangkap, menyiasat dan membicarakan kesalahan orang-orang yang disyaki melakukan kesalahan kegiatan keganasan. SOSMA bukan Akta Kesalahan.

Ujarnya, ia merupakan sebuah Akta Prosedur yang mana kesalahan melibatkan SOSMA diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan di Bahagian VI dan VIA.

"Justeru, saya minta Peguam Negara mohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekeliruan beliau dan percubaan bodoh beliau untuk mengelirukan rakyat Malaysia atas isu ini.

"Saya juga meminta Peguam Negara membetulkan kembali kenyataan beliau dan membuat perakuan yang Khairudin dan Matthias didakwa di bawah Kanun Keseksaan yang membabitkan kesalahan di bawah SOSMA atas tuduhan kononnya cuba sabotaj Perbankan Malaysia dan sistem kewangan negara, dan memperakui yang Kerajaan telah menyalah guna kuasa di bawah SOSMA bagi melindungi Perdana Menteri," tegasnya.

Semalam, Apandi memperjelaskan bahawa Khairuddin dan Chang didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, SOSMA adalah prosedur undang-undang yang memperuntukkan langkah khas bagi mempermudahkan siasatan dan pendakwaan berhubung 'kesalahan-kesalahan keselamatan.'

"Definisi 'kesalahan-kesalahan keselamatan' adalah jelas bahawa SOSMA tidak terhad kepada keganasan atau pengganas," katanya.

Mohamed Apandi berkata 'kesalahan-kesalahan keselamatan' yang terpakai dalam Akta itu adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama SOSMA.

Siasatan ke atas geng culik temui rangka manusia

Posted: 14 Oct 2015 03:26 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

polis
Difahamkan, polis yang dibantu unit anjing pengesan telah kembali ke lokasi berasingan itu untuk meneruskan penyiasatan mereka, pagi tadi.


KUALA LUMPUR, Rangka-rangka manusia ditemui di dua lokasi yang jaraknya kira-kira 100 kilometer jauh antara satu sama lain di Selangor dan Negeri Sembilan dalam tempoh 24 jam lalu, ketika sebuah pasukan petugas khas Bukit Aman menyiasat aktiviti sebuah geng penculikan yang didalangi anggota polis.


Namun begitu, pegawai tertinggi polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan itu.
Tetapi, menurut sumber yang rapat dengan keluarga mangsa hilang memberitahu The Rakyat Post, waris telah dihubungi sejurus sebelum tengah hari tadi untuk mendapatkan sampel DNA.

Difahamkan, polis yang dibantu unit anjing pengesan telah kembali ke lokasi berasingan itu untuk meneruskan penyiasatan mereka, pagi tadi.

Lokasi kejadian di Dengkil, Selangor dan Kuala Klawang, Negeri Sembilan itu telah ditutup, bagi meneruskan siasatan di kawasan sekitar.

Penemuan itu adalah hasil siasatan polis yang mengesyaki wujudnya elemen-elemen kongsi gelap di pekan kecil Jempol, Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber itu mendedahkan, pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap telah ditahan polis, berhubung  kaitan dengan penculikan dan kemungkinan pembunuhan mangsa culik.

"Setakat ini, sekurang-kurangnya dua rangka telah dijumpai dan polis belum mendedahkan punca kematian mereka.

"Keluarga mangsa dihubungi semata-mata untuk mendapatkan sampel untuk melakukan ujian DNA. Nampaknya, polis sedang tunggu laporan pemeriksaan forensik untuk mengenal pasti punca kematian," demikian menurut sumber itu.

Sejak 2009, sekurang-kurangnya 10 kes ahli perniagaan dilaporkan hilang dan sehingga kini, tidak ada sebarang permintaan wang tebusan, sekaligus menyebabkan nasib dan lokasi mereka kekal misteri.

Semalam, keluarga mangsa-mangsa culik itu hadir ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kerana tiada sebarang perkembangan ke atas laporan yang dibuat ke atas penculikan ahli keluarga mereka selama ini.

Ahli keluarga turut mengharapkan kehadiran Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan peguam aktivis hak asasi manusia, P Uthayakumar dapat menamatkan penderitaan mereka, sejak penculikan tersebut berlaku pada Ogos 2009.

Kedua-dua peguam itu memberitahu, walaupun polis enggan mendedahkan perkembangan siasatan berkenaan, keluarga mangsa diberitahu bahawa empat anggota polis adalah antara beberapa orang yang ditahan polis.

Mereka kemudiannya mengemukakan rayuan kepada wakil pegawai tinggi polis, Superintenden Afzan Ahmad bagi meminta sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan sekurang-kurangnya 10 individu berkenaan.

Disebabkan tiada permintaan wang tebusan bagi setiap penculikan itu, keluarga mangsa bimbang mangsa-mangsa tersebut telah dibunuh.

Ahli keluarga berkenaan bagaimanapun tidak menyedari sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan, susulan penahanan lebih 10 individu sejak sebulan lalu.

Antara yang ditahan termasuk seorang inspektor dan tiga konstabel, manakala individu lain adalah beberapa peniaga kecil-kecilan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah 'Tiga Line'.

Walaupun sebahagian daripada mereka yang ditahan, telah dibebaskan dengan jaminan disebabkan kekurangan bukti, anggota polis yang disyaki itu masih berada dalam tahanan polis untuk membantu siasatan.

Sabtu lalu, lebih 50 anggota polis yang diketuai Ketua Unit Kumpulan Jenayah Terancang Bukit Aman, DSP Shan Gopal melancarkan Ops Cantas Khas di Jempol, Negeri Sembilan.

Operasi berkenaan telah mengejutkan penduduk setempat, kerana mereka tidak pernah melihat begitu banyak sekatan jalan raya, pemeriksaan di premis-premis, kenderaan dan tempat persembunyian yang disyaki, didijalankan serentak.

Lebih 100 individu disaring untuk disoal siasat dan sekurang-kurangnya 30 orang ditahan, selepas mereka dikesan mempunyai tatu-tatu yang ada kaitan dengan geng.

Serbuan itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata.

Seorang daripada mereka yang ditahan adalah warga asing yang mempunyai rekod berkaitan aktiviti narkotik, sementara yang lain didapati mempunyai rekod-rekod jenayah dan diburu polis selama ini.

Dakwa pengkritik 1MDB dorong siasatan antarabangsa, kata wartawan veteran

Posted: 13 Oct 2015 11:21 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, didakwa pada Isnin kerana mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara selepas membuat laporan mengenai 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, didakwa pada Isnin kerana mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara selepas membuat laporan mengenai 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider. 
 
 
Menganiaya seorang bekas anggota Umno dan peguamnya kerana kempen mereka menentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh merangsang agensi antarabangsa dalam siasatan yang mereka sendiri sedang jalankan ke atas firma bermasalah itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang akhbar pro Umno The New Straits Times itu berkata, ini boleh membuatkan lebih banyak akaun bank dan aset, termasuk rumah kediaman, dibekukan di negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat.

Sesetengah agensi di negara-negara ini sudah pun memulakan siasatannya sendiri terhadap 1MDB, manakala bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, juga sebelum ini membuat laporan dengan pihak berkuasa asing itu.

"Negara-negara seperti Singapura dan Switzerland serta Hong Kong amat tegas mengenai jenayah rasuah dan pembersihan wang haram manakala Amerika Syarikat sangat tegas terhadap pakatan untuk menipu (conspiracy to defraud)," kata beliau dalam posting terbaru di blognya The Scribe. 
 
Khairuddin, 53, dan peguamnya Matthias Chang, 65, didakwa pada Isnin di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara.

Namun, bagi ramai rakyat jelata, Khairuddin dan Chang adalah syuhada politik, kata Kadir.

Beliau yakin tindakan terbaru peguam negara akan memberi keberanian kepada pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai integriti untuk tidak tunduk kepada ugutan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menolak cadangan pakar BNM untuk memulakan prosiding jenayah terhadap 1MDB dan pada masa sama meluluskan pendakwaan Khairuddin dan Chang.

"Alhamdulillah, kita mula melihat makin ramai petugas awam kanan seperti Gabenor BNM (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bersara, (Datuk Seri) Zakaria Jaffar mula bercakap dan bertindak kerana mereka tidak mahu dituduh bersubahat melakukan kemungkaran.

"Kita berdoa tiada bala menimpa penjawat awam yang berani seperti Zeti," kata Kadir.

Katanya, kesan pendakwaan yang tidak wajar ini juga akan melihat Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa dan akan terus menghakis keyakinan mereka terhadap pentadbiran dan ekonomi negara.

"Agensi nasional dan internasional sudah pun menampakkan sikap tidak ambil hirau (disdain) dan tidak yakin dengan tindak-tanduk agensi Malaysia.

"Ini terbukti apabila pihak berkuasa mata wang mereka membekukan akaun berkaitan 1MDB dan Polis Antarabangsa (Interpol) menolak permintaan PDRM agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

"Polis Thailand pula tidak membenarkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menemu bual bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo," katanya.

Justo dipenjarakan di Thailand kerana memeras ugut bekas majikannya.

Khalid sebelum ini berkata beliau berminat dengan dakwaan Justo yang beliau memalsukan emel daripada majikannya mengenai perjanjian perniagaan 1MDB.

Justo berkata emel palsu itu diserahkan kepada pemimpin parti pembangkang Malaysia, Sarawak Report dan akhbar mingguan The Edge


Pemimpin Umno tidak boleh terima kritikan, kata penganalisis

Posted: 13 Oct 2015 10:57 PM PDT






Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Tindakan menyekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang menuntut ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis.

Menurut pemerhatian mereka, politik diamalkan Umno bercirikan budaya orang Melayu yang menuntut seorang pemimpin dilihat kuat di kaca mata masyarakat, oleh sebab itu tidak hairan jika pemimpinnya bersikap autokratik dalam parti.

Ketika dilanda krisis, tindakan mendiamkan ahli menerusi tindakan disiplin atau pemecatan adalah perkara biasa dalam Umno sejak memerintah negara, kata penganalisis politik Prof James Chin.

"Budaya politik orang Melayu menyukai seorang pemimpin yang kuat, jadi tindakan Datuk Seri Najib Razak yang tegas akan menyebabkan kedudukannya masih kuat," katanya. Chin berkata, ia lebih terserlah apabila Umno menutup ruang bersuara untuk ahlinya apabila kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan terhadap pemimpin mereka.

"Tidak semestinya parti politik memerlukan satu tahap kesetiaan. Tetapi, masalah dengan Umno ialah, kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan," katanya.

Najib selaku presiden Umno ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak memegang tampuk pemerintahan negara, terpalit dengan skandal kewangan dan berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat kejatuhan mata wang yang semakin teruk dan faktor luaran lain.

Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Umno terkena tempias, bermula dengan krisis dalaman selepas dua pemimpin tertinggi parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik syarikat dinaungi Najib tersebut.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah senada dengan Chin, mengatakan di kalangan pemimpin Umno masih terdapat unsur feudal yang tidak dapat menerima kritikan ahli.

"Dalam Umno masih ada saki baki feudal. Justeru, mana-mana ahli yang lantang bersuara atau memberi pendapat berbeza, lazimnya dikenakan tindakan sama ada dalam bentuk disiplin atau dibalun ahli lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin yang juga berdepan tindakan disiplin kerana menghadiri program pembangkang berkata tindakan tegas ke atas ahli akan lebih kerap dilakukan jika di kalangan akar umbi tidak puas hati dengan pemimpin atasan.

"Hari ini, keadaan bertambah rumit kerana presiden parti berdepan dengan rasa tidak puas hati sesetengah ahli, berhubung skandal yang dihadapinya.

"Maka, tindakan disiplin kelihatan makin kerap dan keras," katanya.

Sementara itu, ahli Wanita Umno Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin berkata Umno masih mengamalkan kepimpinan yang lapuk kerana tidak menyelesaikan isu dalaman secara demokratik.

"Begitulah lapuknya kepimpinan Umno yang tidak cuba mengatasi isu dalamannya secara demokratik.

"Umno sudah dilihat sebagai parti tua yang ketinggalan zaman oleh gen-Y hanya kerana sifatnya yang tidak terbuka terhadap kritikan," kata Anina yang mula dikenali selepas videonya mengkritik Najib dengan keras pada mesyuarat Umno bahagian yang lalu menjadi viral.

Masalah besar yang perlu dihadapi Umno ketika ini ialah untuk menyelesaikan kemelut parti, terutamanya selepas kenyataan Majlis Raja-raja Melayu mengenai 1MDB, kata Chin.

"Sekarang Sultan sudah mengatakan perkara sama, bolehkah Umno ambil tindakan?" kata Chin merujuk kepada kenyataan Majlis Raja-raja berkenaan 1MDB yang mendesak kes itu diselesaikan segera.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan tegas mula diambil terhadap pengkritik 1MDB yang dinaungi Najib, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) atas dakwaan mensabotaj ekonomi susulan tindakan Khairuddin membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB.

Sementara itu, Saifuddin menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang sambil Anina pula dipecat daripada parti kerana tindakannya menyaman Najib membabitkan wang derma RM2.6 bilion.
 
 


Hamzah Zainuddin menteri angkuh – ADUN DAP

Posted: 13 Oct 2015 10:53 PM PDT

 
Peniaga pasti akan menaikkan harga barang ekoran penggunaan lori yang menggunakan tol untuk mengangkut barang-barang


Ng-Tien-Chee-,Datuk-Hamzah-Zainuddin


PETALING JAYA:Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin dituduh seorang yang angkuh kerana mengeluarkaan kenyataan meminta peniaga tidak menaikkan harga barang berikutan penyelarasan kadar tol.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee berkata, Zainuddin telah menunjukkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional dalam mengurus ekonomi negara.

Beliau berkata, alasan Zainuddin bahawa penyelarasan itu tidak melibatkan semua tol selain mempertikai jumlah lori yang menggunakan lebuh raya adalah sesuatu yang tidak wajar.

"Saya ingin bertanya kepada Menteri adakah lori-lori yang menggunakan lebuh raya ini tidak perlu membayar ataupun tidak berdepan kenaikan harga?

"Sekiranya mereka terkesan, apakah rasional bagi menteri menghalang peniaga menaikkan harga barangan dengan kadar yang munasabah memandangkan kos pengangkutan terpaksa naik berikutan kenaikan tol yang dibenarkan oleh kerajaan pusat?

"Walaupun bukan semua lebuh raya terlibat, apa yang nyata adalah lebuh raya yang menaikkan harga merupakan lebuh raya yang utama di sekitar Lembah Klang. Kenyataan beliau seperti pepatah Cina yang membawa maksud Rakyat tidak dibenarkan untuk menyalakan lampu ketika kerajaan sedang membakar," katanya menerusi kenyataan kepada FMT.

Tien Chee berkata, kerajaan tidak sepatutnya memberikan tekanan kepada rakyat selepas gagal mengurus ekonomi negara dengan baik.

Katanya, penjelasan yang pelbagai untuk dijadikan alasan bagi menaikkan kadar tol merupakan satu kelaziman apabila setiap kali kerajaan mengumumkan sesuatu yang akan meningkatkaan beban rakyat jelata.

"Alasan yang sama diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Disember 2014 bagi menjelaskan sebab pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada 1 April lalu," katanya.

K’jaan kesan alkohol di sirap Paracetamol Royce Pharma

Posted: 13 Oct 2015 09:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak sepatutnya mengandungi alkohol, dan syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada kementerian itu telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerana syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat tersebut untuk membekalkan produk itu.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati produk paracetamol itu mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan," katanya.

Bagaimanapun, Eisah berkata produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

"Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya.

Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan.

"Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan," katanya.- Bernama


PAS Selangor tolak kerjasama dengan PERKASA

Posted: 13 Oct 2015 09:57 PM PDT

MALAYSIAKINI





PAS Selangor hari ini menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA meskipun presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dirakamkan berpelukan dengan Datuk Ibrahim Ali.

"Ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan PERKASA.

"Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang BN dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad dalam kenyataan medianya yang dimuat-naikkan di Facebook.

Menurut Iskandar yang juga adalah naib presiden PAS, beliau telah menerima penjelasan daripada PAS pusat bahawa parti itu hanya menerima kunjung hormat daripada PERKASA yang melawat ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada PERKASA.

"Mereka telah membincangkan tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA.

Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media," katanya.

Ini di sebalik kenyataan rasmi PAS di laman Facebook semalam yang mengumumkan parti itu dan PERKASA bersetuju bekerjasama dalam isu 1MDB, Sosma dan TPPA.

Bagaimanapun kenyataan itu kemudiaan disunting dengan perkataan 'kerjasama' ditukar kepada 'bersetuju' terhadap tiga isu berkenaan.

Tol naik: Ahli Umno tak selesa, soal mana dana GST

Posted: 13 Oct 2015 09:46 PM PDT

Shakira Buang





Anggota Umno akar umbi jelas tidak selesa dengan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya yang berkuatkuasa esok.

Malah, sebahagian besar mereka mahu kerajaan mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Menurut Ketua Umno bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman penangguhan perlu kerana rakyat kini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan dicengkam pula dengan kajatuhan ringgit.

Abdul Razak menyifatkan kenaikan kadar tol ini sangat tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Mereka memberikan alasan macam-macam berhubung perjanjian konsensi dan sebagainya tetapi saya secara peribadi memohon kerajaan mengkaji balik (kenaikan kadar tol).

"Dalam keadaan negara yang baru sahaja mengalami kejatuhan mata wang, dengan pelaksanaan GST serta masalah jerebunya lagi dan kini ditambah dengan kenaikan kadar tol, ini (kenaikan) tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Razak, sekiranya kerajaan mahu menaikkan kadar itu sekali pun biarlah ia dilakukan selepas pembentangan bajet akan datang.

"Mungkin lepas pembentangan bajet (umum kenaikan), apabila kerajaan konon-kononnya memberikan rebat, bila rakyat dah seronok dan yakin dengan janji kerajaan barulah boleh kenakan kenaikan dengan kadar yang berpatutan.

PLUS boleh, kenapa konsesi lain tak boleh?

Dalam pada itu, ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin mempersoalkan sekiranya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) boleh menangguhkan kenaikan sejak 10 tahun lalu kenapa tidak bagi syarikat konsensi yang lain.

Kali terakhir PLUS menaikkan kadar tol mereka adalah pada tahun 2005.

"Tak sepatutnya naik, kalau PLUS boleh tangguh kenaikan kenapa konsensi lain boleh naikkan?

"Rakyat sudahlah kena GST, kena satu bebanan lagi. Dulu GST dia kata harga barang akan turun 4 peratus tetapi sebaliknya naik berganda-ganda.

"Hari ini rakyat pun rasa susah dengan GST malah ramai yang merungut fasal GST," keluh Mohd Shariff.

Mana duit GST?

Justeru, Mohd Shariff berkata eloklah kenaikan tol sedia ada dikekalkan namun berpendapat adalah lebih baik ia diturunkan.

"Elok kekallah dengan kadar sedia ada. Kereta bertambah banyak, pengguna jalan raya juga bertambah, duit bertambah tapi kenapa mesti naik lagi?

"Kekalkan kadar sebelum ini atau turunkan lagi baik sebab duit (kutipan cukai) GST banyak, kerajaan tak boleh tampung ke? Mana pergi duit GST itu? Macam mana ia dibelanjakan? Rakyat pun nak tahu juga," kata Mohd Shariff lagi.

Turut berkongsi pandangan adalah ketua pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abd Halim yang mahu kenaikan tol ini dikaji semula.

"Kena kaji semula tindakan tersebut sebab ia membebankan rakyat," kata Mohd Amir ringkas kepada Malaysiakini.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang semalam mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa esok.

Ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).


 
 
 

MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK

Posted: 13 Oct 2015 09:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

"MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.


‘Enam jahanam pimpinan Mahathir cuba pecahkan Umno’

Posted: 13 Oct 2015 09:35 PM PDT

Shakira Buang





Tindakan sekumpulan pemimpin veteran Umno yang tampil pada sidang media di Putrajaya Isnin lalu dan membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk pengunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi 'menutup' mulut ahli parti daripada mengkritik kepimpinan parti mengundang rasa tidak senang beberapa pemimpin akar umbi.

Bagi Ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin, tindakan yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta lima pemimpin Umno serta seorang pimpinan MCA hanyalah untuk memecah belahkan parti Melayu terbesar itu.

"Saya lihat mereka semua itu sebagai "enam jahanam" yang mahu pecah belahkan Umno. Saya tak setuju dengan apa yang mereka buat ini," kata Mohd Shariff kepada Malaysiakini.

"Masa ada jawatan dulu buat lain, bila dah tak ada jawatan buat lain pula. Kalau nak jadi pembangkang yang menyokong tak apa. Saya tak nak ikut sangat cakap dia orang itu," katanya.

Malah, beliau menegaskan anggota akar umbi bahagian itu tidak memandang serius apa yang diperkatakan pemimpin veteran Umno berkenaan.

Menurutnya anggota akar umbi tetap setia dengan pentadbiran Najib yang juga adalah presiden parti.
"Di peringkat (bahagian Seputeh) kami anggap ia tidak betul sahaja. Kami masih setia dengan pemimpin yang ada hari ini," kata Mohd Shariff.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan seteru politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang berhubung beberapa isu termasuk penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang.

Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung isu 1MDB. Peguamnya Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, pada sidang media di Putrajaya itu, turut disertrai oleh bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet kerana lantang mempersoalkan cara Najib menangani skandal 1MDB.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat juga hadir.

Akar umbi Umno kini meluat

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Kepong Abdul Razak Abdul Rahman berkata anggota akar umbi hari ini semakin meluat dengan kontroversi dan masalah dalaman yang membelit perikatan itu.

"Saya sebagai orang yang dekat dengan akar umbi rasa semakin hari semakin meluat dan pening kepala," kata Abdul Razak dengan nada kesal.

Menurutnya, meskipun anggota akar umbi rata-ratanya masih menyokong kepimpinan Najib, namun mereka tetap menggesa agar isu syarikat sarat hutang 1MDB itu diselesaikan dengan kadar segera.

"Rata-rata masih menyokong Datuk Seri Najib tapi dalam masa yang sama mereka mahu kerajaan selesaikan segera isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Sudah terlampau banyak kenyataan bercanggah daripada kepimpinan parti, agensi kerajaan dan sebagainya.

"Perkara ini (isu 1MDB) ini sudah semakin memeningkan untuk kita faham dan terima perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak Mohd Amir Abd Halim ketika dihubungi berkata tindakan ketujuh-tujuh kepimpinan BN itu hanyalah agenda politik mereka.

"Kita tetap bersama dengan perdana menteri.

"Ia lebih kepada kenyataan yang kita tahu ada agenda politik yang mana kesemua mereka yang terlibat ada agenda politik. Ia bukan satu pandangan daripada professional atau pakar perundangan mahu pun peguam negara," katanya.

'Bukan takut, tapi tak jumpa jalan pulang'

Posted: 13 Oct 2015 09:30 PM PDT

Missudiar Aluj
Missudiar bersama ibunya.


KOTA BHARU – Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu.

Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10.

"Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

"Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka," katanya kepada media ketika ditemui di Wad 5 Pedriatik  Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

Terdahulu Missudiar dan Noreen yang ditemani ibu masing-masing menerima kunjungan daripada Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tengku Abdul Rahman.

Sementara itu, ibu Missudiar, Rosita Bahir berkata, anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas empat hari berada di HRPZII di bawah pengawasan doktor pakar.


"Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia  lebih ceria sebab dapat banyak hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung," katanya.

Dalam pada itu, Missudiar mendakwa ada mendengar bunyi helikopter tentera dan pernah menjerit kepada anggota pasukan penyelamat di kawasan berhampiran mereka.

Namun peliknya, jeritannya itu tidak didengari pasukan penyelamat walaupun jarak antara mereka dengan kumpulan tujuh kanak-kanak hilang itu tidak jauh.

Pengakuan itu diceritakan Akek Bahir, 46, bapa saudara Missudiar ketika ditemui di HRPZII, semalam.
Katanya, Mussudiar dapat mendengar bunyi helikopter yang melintasi mereka yang ketika itu dianggarkan berada kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.

"Malah,  ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

"Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan," katanya.

Akek yang juga Penghulu Kampung Gawen itu percaya pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang 'dijaga' oleh Tenrog (orang bunian).

"Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

"Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan," katanya.


Pas bersedia lawan tiga penjuru

Posted: 13 Oct 2015 09:28 PM PDT

Pas bersedia lawan tiga penjuru


KOTA BHARU - Pas bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk bertembung dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu akan berlaku sekiranya dua parti itu meletakkan calon mereka di kawasan Pas.

"Pembahagian kerusi Pas dan PKR masih lagi status quo, adapun parti PKR dan Amanah sekiranya mereka datang kita akan berdepan walaupun tiga penjuru, kita terpaksa hadapi perkara itu," katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Menurutnya, pendirian parti masih tetap, iaitu tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi mana keanggotaannya disertai oleh DAP dan Amanah.

Ditanya kesanggupan DAP dan PKR menawarkan kerusi kepada Amanah, Mohd Amar berkata, kedua-dua parti itu berhak membuat percaturan, tetapi ia nampak seperti sukar untuk direalisasikan.

"Kalau DAP bagi kerusi, maka tidak bertembung dengan Pas, tetapi saya tidak merasakan itu berlaku, PKR juga sukar melepaskan kerusinya, apa yang berlaku kini setiap parti masing-masing mahu menambah kerusi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Perkasa yang menyatakan sokongan kepada Pas dalam PRU14, Mohd Amar berkata, Pas membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan sokongan.

"Kalau nak sokong Pas tidak masalah, kita terima, tetapi jangan ada yang boleh paksa Pas, kita tetap dengan identiti kita, tak kira sapa orang nak sokong, orang Umno pun boleh undi Pas," katanya.


PKR: Perhalusi usul tidak lulus Bajet 2016

Posted: 13 Oct 2015 09:25 PM PDT

Johari Abdul
Johari Abdul


SHAH ALAM - Ketua-ketua Whip Parlimen dari parti pembangkang digesa memperhalusi usul untuk tidak meluluskan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, cadangan tersebut boleh digunakan untuk mendesak Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri jika usul tidak percaya ditolak Speaker pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktober ini.

"Itu satu pilihan (usul tak percaya) dan sudah tentu kita (pembangkang) tidak mempunyai jumlah ahli yang besar, (tanpa) bantuan daripada BN.

"Tetapi itu pilihan yang ada, dan saya harap pilihan itu akan diperhalusi oleh ketua-ketua whip," katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎DAP ada cara lain selain undi tak percaya?]

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak memutuskan sama ada usul undi tidak percaya boleh dilakukan atau tidak.

Razaleigh berkata, Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul sekiranya ia tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

Dalam pada itu, Johari juga mengakui belum ada sebarang perbincangan antara parti-parti pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib ke Parlimen.

"Kita belum mesyuarat lagi, kita pun tak tahu sama ada Speaker akan tolak atau tidak, sesiapa saja boleh bawa usul itu sama ada BN atau Pakatan.

"Usul itu boleh mengikut arahan tetap atau peraturan tetap boleh dimasukkan, kita merasakan ia peluang terbaik," ujarnya.

Johari berkata lagi, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan ketua whip setiap parti pembangkang dalam masa terdekat.

"Saya akan bincang dengan ketua Whip yang lain iaitu dari DAP, Amanah dan juga Pas, bilakah kita boleh masukkan (usul tak percaya) seperti yang kita janjikan sebelum ini.

Ditanya cara alternatif jika usul tidak percaya itu tidak membuahkan hasil, beliau turut bersedia berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk mencari kaedah lain.

"Saya pun tak berpeluang bertemu dengan Tengku Razaleigh, bila sesi Parlimen bermula, kita akan bincang apakah cara-cara lain itu," katanya lagi.


Restoran guna penyapu cuci kuali diarah tutup

Posted: 13 Oct 2015 06:14 PM PDT

Restoran cuci kuali guna penyapu viral di Facebook
Sedutan video yang dimuatnaik seorang pelayar laman Facebook
 
 
KUALA LUMPUR - Restoran India Muslim yang pekerjanya dilihat membersihkan kuali menggunakan penyapu diarahkan tutup esok kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.

Jurucakap jabatan itu yang dipetik Harian Metro berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

Menurut laporan itu, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok.

"Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih," katanya.

Video salah seorang pekerja restoran berkenaan yang menggunakan penyapu untuk membersihkan kuali menjadi viral semalam selepas salah seorang pelayar Facebook memuatnaik video itu.

Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Restoran cuci kuali guna penyapu viral di Facebook]

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO: Rujuk tuan kedai, bukan muatnaik di Facebook]



DAP ada cara lain selain undi tak percaya?

Posted: 13 Oct 2015 06:12 PM PDT

Anthony Loke


SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang belum mencapai sebarang keputusan dalam rundingan untuk 'sabotaj' undi bagi meluluskan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya masih meneruskan rundingan antara parti pembangkang lain sebagai satu alternatif jika undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu gagal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat minggu depan.

"Sebenarnya selain usul undi tak percaya itu, undian Bajet 2016 pun boleh dilakukan. Kalau tidak dapat diluluskan bajet itu, bermakna Najib akan hilang kepercayaan.

"Ada, tapi perbincangan akan diteruskan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menegaskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak memutuskan sama ada usul undi tidak percaya boleh dilakukan atau tidak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gugur Najib: Tidak boleh buat undi tidak percaya]

Razaleigh berkata, Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul sekiranya ia tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

Dalam pada itu, Anthony juga berkata, undi tidak percaya kepada Bajet 2016 adalah salah satu usaha terbaik untuk menurunkan Najib dari pentadbiran Putrajaya.

"Ya (cadangan itu boleh dipertimbangkan) ia salah satu cara, tetapi kita belum lagi capai membuat keputusan.

"Kita akan teruskan perbincangan sehingga hari yang betul untuk buat keputusan itu," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, usul tidak percaya terhadap kerajaan kini menjadi persoalan politik dalam mendapatkan majoriti undi termasuk daripada Ahli Parlimen BN yang menentang Najib.

"Usul tidak percaya, sesiapa pun boleh kemukakan, bila-bila masa boleh dikemukakan, cuma sekarang ini persoalannya ialah bilangan Ahli Parlimen untuk meluluskan usul tersebut.

"Sekarang ini bukan soal teknikal lagi, sekarang ini soal politik, sama ada ada tak ahli Parlimen dari BN yang berani tampil ke depan," katanya lagi.


Tiada ulasan: