Rabu, 14 Oktober 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Intifada al-Quds: Panggilan kebangkitan dunia Islam?

Posted: 14 Oct 2015 06:34 AM PDT



SEMBOYAN Intifada Ketiga dengan nama Intifada Al-Quds telah ditiupkan oleh Ismail Haniyeh dan jurucakap Hamas, Mushir Al-Masri, di satu perhimpunan kebangkitan rakyat Palestin[1].

Intifadha ini adalah siri Intifada terbaru semenjak Intifada Kedua yang berakhir pada tahun 2005. Namun, Intifada kali ini menjanjikan kebangkitan umat Islam yang lebih hebat dan holistik.

Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.

Perkataan Intifada berasal daripada bahasa Arab yang bererti "kebangkitan" dan di sini dapat dilihat sebagai kebangkitan umat Islam Palestin menentang penjajahan Israel.

Intifada Pertama bermula pada tahun 1987 dan kemudian diikuti Intifada Kedua pada tahun 2000 kini Intifada memasuki fasa terbaru dengan kebangkitan hebat Hamas dan rakyat Palestin.

Peningkatan drastik kekuatan Hamas dan tentera sayap mereka, Briged Izz Ad-Din Al-Qassam didikan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin mendatangkan kegerunan di dalam hati tentera Zionis. Tebing Barat dan Gaza menjadi medan pertempuran antara rakyat Palestin dan Israel.

Pembunuhan demi pembunuhan insan yang tidak berdosa oleh tentera Israel semakin menjadi-jadi[2], tanpa mengenal umur atau jantina[3]. Kebelakangan ini kematian rakyat Palestin meningkat dengan kelulusan pengunaan peluru hidup oleh Benjamin Netanyahu bagi menyekat kemaraan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.[4]

Sepanjang Intifada yang pertama angka kematian rakyat Palestin seramai 2,044 orang dan ribuan lagi ditahan dan diseksa dengan kejam. Ketika Intifada Kedua pula angka kematian mencecah 3,354 orang rakyat Palestin manakala ribuan lagi ditahan.

Pada Intifada Al-Quds kali ini bagi bulan Oktober ini sahaja, seramai 27 orang rakyat Palestin telah dibunuh secara kejam oleh tentera Israel, seramai 1,400 orang cedera manakala lebih 400 yang ditahan. 7 daripada yang terbunuh adalah golongan kanak-kanak.[5]

Kekejaman Israel ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan namun masih disenyapkan media Barat dan prorejim Israel.

Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami sebaiknya oleh umat Islam:

1. Retorika Rusia-Israel-AS-Iran yang membantut kebangkitan Islam

Penglibatan Rusia dan AS (yang juga sekutu rapat Israel) di Syria adalah satu retorika permainan kedua-dua belah pihak sedangkan medan utama mereka adalah bagi mengekang sebarang kemaraan atau kekuatan umat Islam di bumi Syam dan Timur Tengah.

ISIS pula boneka AS dalam peperangan ini bagi membolehkan Rusia terlibat di Timur Tengah.

Penglibatan Rusia juga sebagai helah bagi mengaut kekayaan minyak serta meningkatkan harga minyak global.[6]

Kekuatan Rusia dan Amerika menyebabkan kebanyakan negara Islam tidak mampu bertindak kerana risau akan serangan daripada kedua-dua blok besar dunia itu. Kedatangan Rusia ke Timur Tengah menutup jalan bantuan bagi mana-mana negara Islam untuk menghantar bantuan.

2. Realiti kuasa besar Islam hari ini

Turki pula masih dilanda kemelut politik dalaman yang masih tidak selesai dan gangguan oleh pihak Kurdi sekular di Turki yang sedikit sebanyak semakin memburukkan keadaan. Puak Kurdi ini mendapat sokongan kuat daripada puak Kurdi yang lain di sempadan Syria sekaligus membuatkan Turki sentiasa berjaga-jaga di dalam negara sendiri.

Semenjak kejatuhan Presiden Morsi, Al-Sisi mengambil langkah menjalinkan kembali hubungan rapat dengan Israel dan Amerika dan kini menjadi boneka mereka. Beliau juga telah menutup dan membanjirkan terowong Rafah yang menjadi pintu utama rakyat Palestin melintasi sempadan Gaza-Mesir.

Umat Islam tidak boleh tertipu dengan permainan Iran-Israel-AS kerana mereka mempunyai pakatan bagi memegang kuasa Timur Tengah dan menguasai umat Islam di seluruh dunia.[7] Iran juga boneka Israel bagi mengukuhkan kedudukan Israel di rantau Timur Tengah. Umat Islam tidak boleh tertipu dengan usaha-usaha sekutu Israel ini.

Laungan Iran bahawa mereka akan memerangi Israel hanyalah laungan penipuan oleh Iran bagi mendapatkan kepercayaan umat Islam di serata dunia dan mengaburi pakatan mereka bersama Israel.

3. Peranan Umat Islam di Malaysia

Pengunaan media sosial sepatutnya digunakan bagi manfaat umat Islam seperti menyebarkan keburukan Israel dan Amerika Syarikat di serata dunia serta mencelikkan isu akidah ini yang masih samar-samar di mata umat Islam seluruh dunia.

Perang siber adalah antara teknik perang baru yang dapat mendatangkan kerosakan kepada imej serta mendatangkan 'colateral damage' kepada sekutu Israel serta Amerika Syarikat.

Permainan propaganda serta social network unconventional warfare bakal memainkan peranan penting kejayaan kebangkitan umat Islam di serata dunia.

Malaysia adalah antara negara yang masih tidak berhenti memberi bantuan serta lantang menentang penjajahan Israel. Pelbagai jenis bantuan terus disalurkan kepada rakyat Palestin melalui badan NGO seperti Aman Palestin dan sebagainya.

Sokongan tidak henti rakyat Malaysia seharusnya tidak disunyikan malah sepatutnya bertambah kuat. Masyarakat Palestin memandang tinggi Malaysia dan rakyatnya dan mengharapkan Malaysia sebagai tunjang utama membantu rakyat Palestin. Rakyat Malaysia dan kerajaan perlu lebih agresif membantu rakyat Palestin.

Ayuh bersatu cakna Palestin!

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi
Unit Kajian Timur Tengah Quds,
Penganalisis IRIS

Artikel ini telah disiarkan di laman web focuss.my

Sumber:

[1]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21554-al-quds-intifada-has-started-and-flames-will-not-be-quenched

[2]https://electronicintifada.net/blogs/ali-abunimah/palestinian-youth-was-unarmed-when-killed-israel-new-video-confirms

[3]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21609-israel-arrested-560-palestinians-since-start-of-october

[4] http://www.theguardian.com/world/2015/sep/25/israel-live-ammunition-measures

[5]http://thepeninsulaqatar.com/news/middle-east/354888/27-palestinians-killed-1400-injured-and-400-arrested-in-october

[6] http://www.businessinsider.com/what-russian-intervention-in-syria-means-for-oil-2015-10

[7] http://www.informationclearinghouse.info/article18476.htm

Pakar komputer Russia, ulama Islam kerjasama tubuh ‘bot’ internet buru IS di media sosial

Posted: 14 Oct 2015 03:59 AM PDT

MOSCOW, Rabu – Sekumpulan pakar komputer Russia telah bekerjasama dengan barisan ulama Islam membangunkan satu program komputer yang berupaya mengesan akaun media sosial yang digunakan untuk merekrut ahli baru militan IS.

Projek yang dikendalikan oleh Pusat Kajian Undang-Undang dan Politik ini menggunakan program bernama 'Laplace's Demon' yang dibangunkan oleh pakar IT di pusat kajian itu baru-baru ini.

Pengarah pusat kajian, Yevgeny Venediktov berkata, 'demon' itu akan mengesan akaun-akaun yang berkemungkinan ada kaitan dengan IS.

Data itu kemudiannya akan dipindahkan kepada pusat kajian Islam dan bahasa Arab.

"Petikan ayat al-Quran, kenyataan dan komen berkaitan ektrem dalam bahasa Arab akan dikumpul dan ditapis oleh program ini," kata Yevgeny.

Kumpulan penyelidik juga boleh menghantar mesej berbahasa Arab kepada akaun terpilih dan jawapan yang diterima akan dianalisis untuk memastikan pemilik akaun itu pengganas atau tidak.

Selain itu, kumpulan penyelidik ini membuat porgram khas yang mampu mengumpul maklumat yang disimpan dalam komputer pemilik akaun itu.

Timbalan Ketua Kumpulan Veteran Antipengganas, Aleksei Filatov mengalu-alukan inisiatif ini namun berharap pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi membanteras rekrutmen oleh IS.

Penyelidik Pusat Kajian Negara Asia dan Timur Tengah, Arsen Khizayev berkata, pemburuan melalui program ini amat penting dalam mengesan pengganas.

"IS telah menggunakan Internet sebagai alat propaganda dan mereka berjaya mengumpul kira-kira 3,000 penyokong sejak 2014 melalui Internet," katanya.

Awal minggu ini, pemerhati ekonomi Russia Rosfinmonitoring melaporkan seramai 4,407 rakyat negara itu mempunyai hubungan dengan individu yang terbabit dalam aktiviti keganasan.

Jumlah ini bertambah sekali ganda berbanding 2,826 orang pada tahun 2014.

"Mereka ini terbabit dalam serangan pengganas dan menjadi pemberi sumbangan kepada kumpulan-kumpulan pengganas termasuk IS," katanya.

Russia telah mengisytiharkan bahawa militan IS dan sekutunya Gerakan Al-Nusra sebagai pertubuhan pengganas pada tahun lepas.

Semua rakyat diharamkan menyertai pertubuhan militan itu dan boleh didakwa jika didapati menyokong kumpulan itu.

Sementara itu, dua pertubuhan Islam Russia telah mengeluarkan fatwa bahawa IS adalah musuh Islam dan semua ahli IS perlu dihukum.

Awal bulan ini, Tentera Udara Russia telah menjalankan operasinya ke atas militan IS di Syria atas permintaan Presiden Bashar Assad.

Serangan yang dilakukan telah memusnahkan puluhan pusat gerakan pengganas, rumah dan pusat pengumpulan bekalan IS. – Agensi

Tiada ulasan: