Khamis, 15 Oktober 2015

Biaqpila

Biaqpila


Saifuddin Abdullah isytihar keluar Umno, masuk KEADILAN

Posted: 14 Oct 2015 11:28 PM PDT


PETALING JAYA 15 OKT: Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai KEADILAN.

Perkara itu diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media di ibu pejabat parti.

Penyertaan Saifuddin disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan parti yang lain.

Ketua Umum, saudara Anwar Ibrahim yang hadir ke mahkamah berhubung kes qazaf hari ini menyambut baik kemasukan Saifuddin ke dalam parti itu.

"Alhamdulillah, Anwar menyambut baik kemasukan beliau. Malah kita harapkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin dari parti lawan menyertai kita demi menyelamatkan Malaysia," kata Wan Azizah mewakili suaminya, ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah, pagi ini.

Saifuddin sebelum ini tewas menentang calon PAS, Nasruddin Hasan di Temerloh.

Umno dilaporkan memberi surat tunjuk sebab kepada Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global selepas hadir pelancaran Pakatan Harapan baru-baru ini.

Tindakan itu ekoran kehadirannya ke persidangan meja bulat pembentukan gabungan pembangkang di Subang jaya pada 23 September lalu.


Tiada ulasan: