Rabu, 9 September 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

Posted: 09 Sep 2015 07:38 PM PDT

PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri
PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

"Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

"Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya," kata Dzulkefly.
Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang.

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata semalam, mereka bersedia menerima PAS jika parti Islam itu mahu bersama PR2.0.

"Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah terbuka untuk berunding, termasuk dengan PAS atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

"Bagi Amanah, jiwa besar kami adalah mahu menggembleng semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN," katanya.

Sebelum ini, ahli Parlimen Sepang yang juga ahli jawatankuasa parti baharu itu Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam PR2.0.

Hanipa mengulas kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk bersama PAS di samping Amanah dan DAP bagi membentuk pakatan baharu yang dinamakan PR2.0 selepas gabungan sebelum ini terbatal.

Dalam responsnya kepada kesediaan Amanah dan PKR itu, Hadi berkata, PAS sudah cukup kuat untuk bergerak bersendirian.

Katanya, PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan itu.

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

"Sehingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.

Sebelum ini, Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudiannya disahkan Majlis Syura Ulama parti itu.


Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September

Posted: 09 Sep 2015 07:38 PM PDT



Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September

Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September

Parti Pekerja-pekerja Malaysia semalam meluluskan pertukaran namanya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di samping menukar logo dan benderanya pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini.

EGM semalam adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu.

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya.
Anuar yang sebelum ini terlibat membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN), menceritakan bagaimana pihaknya boleh mengambil alih parti itu.

"Apabila kami berusaha mencari satu wadah baharu untuk bergerak, kami temui nama parti pekerja ini yang ditubuhkan sejak 1978 dan pernah bertanding di Sungai Besi dalam pilihan raya umum selepas itu.

"Kami jumpa setiausaha agungnya, Gopalan K Papachan. Beliau seorang yang sangat dinamik.

"Apabila mendengar hasrat kami itu, beliau sendiri sedia serahkannya kerana percaya kami akan meneruskan perjuangan untuk memberikan hak kepada rakyat dengan sewajarnya," kata Anuar.

Selepas beberapa siri perbincangan, Gopalan menyatakan persetujuan rakan-rakannya yang lain dan beliau sendiri akan turut serta dalam parti ini bagi meneruskan kesinambungannya, kata Anuar.

Sebelum ini, beliau berpengalaman menguruskan pembentukan PKN yang ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR sekarang, daripada parti asalnya iaitu Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia pimpinan Abdul Wahad Yunos.

Parti Pekerja, kata Anuar diambil alih tanpa sebarang syarat daripada pemilik asalnya serta tanpa sebarang bayaran satu sen pun.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Oleh itu, katanya, GHB tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Berdasarkan nasihat Nur Jazla kata Anuar, EGM pertama itu diadakan bagi menukar struktur parti itu.
"Permohonan pertukaran ini akan diserahkan kepada RoS yang akan berjalan serentak dengan pelancarannya," katanya.

Beliau yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Perlis dan bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai dan kakitangan RoS dan ia adalah satu amalan biasa di negara ini.

"Harap mereka terima permohonan kami dengan baik dan kami percaya pegawai RoS adalah penjawat awam yang akan menjalankan tugas mengikut peruntukan dan menjaga hak rakyat untuk berpersatuan dengan baik," katanya.

Anuar berkata, negara akan mencatatkan sejarahnya tersendiri pada 16 September ini apabila Amanah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

"Kami jangka kira-kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara dan pemerhati akan menyertai perhimpunan yang akan diadakan di Shah Alam itu," katanya mengenai pelancaran parti baharu itu.

SURAT YB SYED HAMID MENYERTAI PAN DAN KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI PAN PAHANG (KLIK UNTUK BESARKAN)

Posted: 09 Sep 2015 06:25 AM PDT


ADUN SEMANTAN SERTAI PARTI PEKERJA

Posted: 09 Sep 2015 04:41 AM PDT


YB Syed Hamid (kiri) menyerahkan borang Parti Pekerja ( Parti Amanah Negara) kepada  Dr Hamzah Jaafar Pengerusi Amanah Negara Negeri Pahang



OLEH: Amiruddin Ahmad


TEMERLOH- ADUN Semantan 2 Penggal dari PAS hari ini dengan secara rasminya menyertai Parti Pekerja (Amanah ) Beliau menjelaskan bahawa penyertaannya mungkin menggembirakan sesetengah pihak yang mahu beliau keluar dari PAS dan beliau menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menerima perselisihan faham antara kaum dan menguntungkan Umno.

"Sejak dulu peristiwa 13 Mei di mainkan Umno dengan tujuan memecah belahkan , dan kini kita cuba pula bermusuhan dengan kaum cina.Kenapa kita memberi keuntungan kepada Umno yang memecah belahkan."Beliau merupakan ADUN pertama PAS Pahang yang keluar PAS secara automatik hari ini dan di adakan di ruang rumah rehat Temerloh sebentar tadi.


BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.

Tiada ulasan: