Kelab Greenboc |
[GAMBAR] Kereta Milik Bekas Pendakwa SPRM Yang Hilang Ditemui Rentung Posted: 06 Sep 2015 01:22 AM PDT Kereta dipercayai milik Kevin ditemui terbakar Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi. "Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus. "Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang, hari ini. Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan. Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya. Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya. Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.-Bernama
|
AJK PAS Kawasan Segamat, Sekijang & Labis Letak Jawatan Beramai-ramai Sertai Parti AMANAH Posted: 05 Sep 2015 11:50 PM PDT Perletakan Jawatan & Kemasukan Ke Parti Amanah Negara (AMANAH) Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak kerja di masa hadapan, kami seperti penama di bawah bersetuju untuk meletakkan jawatan daripada saf kepimpinan PAS kawasan Segamat Sekijang Labis dan memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara - AMANAH): 1) Shazni Munir Bin Mohd Ithnin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang 2) Tuan Haji Md. Zin Bin Johar, Timbalan YDP PAS Kawasan Labis 3) Hj Sairi Bin Saleh – Naib YDP PAS Kawasan Labis 4) Mohd Hasbi Bin Nordin, Naib YDP PAS Kawasan Segamat 5) Abd Hanis Bin Abd Hamid , Ketua Pemuda PAS Kawasan Segamat 6) Mohd Hanaszreen Bin Jali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang 7) Fahmi Bin Ahmad – Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis 8) Norhafezah Binti Arif. Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Segamat 9) Hj Adam Bin Mohamad, Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat 10) Haji Firdaus Bin Masod, Timbalan Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat * Nama nama AJK kawasan dan cawangan lain di sertakan bersama lampiran ini. Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada dalam PAS memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin PAS kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan Presiden PAS. Kami benar-benar berharap agar ukhuwah kami dengan sahabat-sahabat dalam PAS akan berkekalan sampai bila-bila dan sesekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara kami. Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam PAS hanyalah platform perjuangan. Lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif dan akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Sekian. Hj.Md Zin Bin Johar 5 September 2015 Lampiran: Senarai nama AJK yang melepaskan jawatan yang disandang dalam PAS bagi Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis PAS Kawasan Segamat AJK Kawasan: 11 orang AJK Cawangan: 11 orang AJK PAS Kawasan Segamat: Saudara Hasbi Nordin - NYDP Saudara Wahab Hasan- AJK Tn. Hj. Firdaus Masod- Timb Pengerusi Tetap Abd Hanis Bin Abd Hamid , Ketua Dewan Pemuda PAS Segamat Puan Norafizah binti Mohamed Ariff - Ketua DMPK / AJK PAS Kawasan Puan Azizah binti A.Bakar – AJK PAS Kawasan / AJK DMPK Puan Ruhana binti Abu Bakar – AJK DMPK Tn. Haji Adam Mohamad Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh Saudara Raub bin Kamin - SU Caw Gemereh & AJK Kawasan Saudara Zahari Kadir- AJK Saudara Mohd Afif Abd Hamid - Komander Amal Kawasan / KP cawangan Gemereh. AJK Dewan Pemuda PAS Segamat Abd Hanis Bin Abd Hamid Mohd Afif Bin Abd hamid Muhd Zulfadhli Bin Rahim Mohd Shahir Bin Mohamad Zulkifli Bin Ab Razak 1.1 Cawangan: Jementah Senarai Ajk Cawangan Jementah yg keluar PAS Rozaidi bin Mohd Sohot Mohd Rizal bin Mohd Sohot. Hj Khairudin bin Sagap Lokman bin Sembol Ismail bin Sembol Zulkifli bin Sana Noorhayati binti Sulaiman Senarai Ahli Abu Bakar bin Ibrahim Zahari bin Osman Mohammed bin Ahmad Zainudin bin Paiman Ahmad Rasib bin Awang Nordin bin Bidin Selamat bin Kadiyan Zabidah bt hussien Osman bin Masran Siti Mahanom bt Omar Abd Eala bin Ibrahim Mohamad Nasharudin bin Abd Eala Kamaruzaman bin Suparjo Nazri bin Abdullah Yaziz bin Abd Hamid Zamri bin Mohamed Safar bin Musa Hairi bin Hashim Noh bin Mohammad Sulaimi bin Sharino Saatdan bin Shahrulizat bin Muzaffar Budin bin Mohd Dom Tumin bin Unos Arbain bin Asral Baharum bin Pit Jumaah bt Atan Norana bt Atan Mohamad Zamri bin Abu Bakar Rosli bin Arshad Rahmat bin Karim 1.2 Cawangan: Gemereh Tn. Haji Adam Mohamad, Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh Saudara Raub bin Kamin - Setiausaha Cawangan Gemereh Saudara Mohd Afif Abd Hamid – Ketua Pemuda Cawangan Gemereh dan Seluruh AJK Cawangan Gemereh 1.3 Cawangan Bandar Segamat: Saudara Abd hanis bin abd hamid - Setiausaha PAS Cawangan Bandar Segamat 2. PAS Kawasan Labis. AJK Kawasan: 6 orang AJK Cawangan: 9 orang AJK PAS KAWASAN LABIS Tn. Hj Md. Zin Bin Johar – Timbalan YDP PAS Kawasan Labis Hj Sairi Bin Saleh – Naib YDP PAS Kawasan Labis Ahmad Kamal Bin Hj. Hussin – Ketua Luj Perpaduan Nasional Ayub Bin Said – AJK PAS Kawasan Labis Pemuda PAS Kawasan Labis yg melepaskan jawatan dalam parti. Fahmi Bin Ahmad – Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis Muslimat PAS Labis yg melepaskan jawatan dalam parti. Pn Mastura Binti Mohd Yusof – AJK Muslimat PAS Kawasan Labis AJK Cawangan Tn Hj Md Zin Bin Johor – Ketua PAS Cawangan Bandar Labis Ayub Bin Said – Naib Ketua Cawangan Kampung Tenang Ahmad Kamal bin Hj Hussin – AJK PAS Cawanga Bandar Labis Pn Mastura Binti Mohd Yudof – Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Tenang Abd. Rahman Bin Md Deli – Bendahari PAS Cawangan Kampung Tenang Kharuddin Bin Ali – AJK PAS Cawangan Kampung Tenang Abd. Hatta Bin Abd. Rahman - AJK PAS Cawangan Kampung Tenang Ahmad Faiul Bin Abd. Aziz – AJK PAS Cawangan Kampung Tenang 3. PAS Kawasan Sekijang AJK Kawasan: 3 orang AJK Cawangan: 7 orang Shazni Munir Mohd Ithnin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang Mohd Norsalim Bin Mohd Ali: Ketua Penerangan PAS Kawasan Sekijang / AJK PAS Cawangan Kg Medoi Mohd Hanaszreen bin Jali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang Kholid bin Hj Kemeran : setiausaha PAS Cawangan Kg Jawa Hj Ishak bin Hj Taib : Pengerusi PAS Cawangan Kg jawa Hj Hasbullah bin Jamhor : Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Kg Jawa Dhamam Shah Bin Tamyis: Timbalan Ketua Cawangan Kg Medoi Solihin bin Rimat : AJK PAS cawangan Kg Jawa Md Zani bin Korib : AJK PAS cawangan Kg Jawa Pn Intoiyah binti Misbah : AJK muslimah kawasan Sekijang dan cawangan Kg Jawa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan