Sabtu, 5 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


"Kan Matu Usul Nya"

Posted: 05 Sep 2015 07:30 PM PDT

'Kalau Anina nak saman, samanlah'

'Kalau Anina nak saman, samanlah'PUTRAJAYA - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata, sebagai Setiausaha Agung Umno beliau mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana anggota yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi Umno atau Lembaga Disiplin parti.

Beliau berkata, kuasa itu boleh digunakan atas ahli anggota yang melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan Umno iaitu membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persidangan Percambahan Minda Pengerusi, Pentadbiran dan Pegawai Syarak Masjid dan Surau Parlimen Putrajaya di sini.

Beliau mengulas mengenai pemecatan ahli Umno cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin berkuat kuasa 2 September lalu.

Tengku Adnan berkata, beliau bersedia untuk disaman oleh Anina kerana yakin tidak bersalah dan tindakan yang dibuat adalah mengikut peraturan serta perlembagaan Umno.

"Kalau dia (Anina) nak saman saya samanlah, saya terima," katanya. - Bernama

AJK PAS Kawasan Segamat, Sekijang & Labis Letak Jawatan Beramai-ramai Sertai Parti AMANAH

Posted: 05 Sep 2015 07:00 PM PDT


Perletakan Jawatan & Kemasukan Ke Parti Amanah Negara (AMANAH)

Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak kerja di masa hadapan, kami seperti penama di bawah bersetuju untuk meletakkan jawatan daripada saf kepimpinan PAS kawasan Segamat Sekijang Labis dan memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara - AMANAH):

1) Shazni Munir Bin Mohd Ithnin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang
2) Tuan Haji Md. Zin Bin Johar, Timbalan YDP PAS Kawasan Labis
3) Hj Sairi Bin Saleh – Naib YDP PAS Kawasan Labis
4) Mohd Hasbi Bin Nordin, Naib YDP PAS Kawasan Segamat
5) Abd Hanis Bin Abd Hamid , Ketua Pemuda PAS Kawasan Segamat
6) Mohd Hanaszreen Bin Jali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang
7) Fahmi Bin Ahmad – Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis
8) Norhafezah Binti Arif. Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Segamat
9) Hj Adam Bin Mohamad, Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat
10) Haji Firdaus Bin Masod, Timbalan Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat

* Nama nama AJK kawasan dan cawangan lain di sertakan bersama lampiran ini.

Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada dalam PAS memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin PAS kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan Presiden PAS.

Kami benar-benar berharap agar ukhuwah kami dengan sahabat-sahabat dalam PAS akan berkekalan sampai bila-bila dan sesekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara kami.

Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam PAS hanyalah platform perjuangan. Lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif dan akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Sekian.

Hj.Md Zin Bin Johar
5 September 2015

Lampiran:

Senarai nama AJK yang melepaskan jawatan yang disandang dalam PAS bagi Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis

PAS Kawasan Segamat

AJK Kawasan: 11 orang
AJK Cawangan: 11 orang

AJK PAS Kawasan Segamat:

Saudara Hasbi Nordin - NYDP
Saudara Wahab Hasan- AJK
Tn. Hj. Firdaus Masod- Timb Pengerusi Tetap
Abd Hanis Bin Abd Hamid , Ketua Dewan Pemuda PAS Segamat
Puan Norafizah binti Mohamed Ariff - Ketua DMPK / AJK PAS Kawasan
Puan Azizah binti A.Bakar – AJK PAS Kawasan / AJK DMPK
Puan Ruhana binti Abu Bakar – AJK DMPK
Tn. Haji Adam Mohamad Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh
Saudara Raub bin Kamin - SU Caw Gemereh & AJK Kawasan
Saudara Zahari Kadir- AJK
Saudara Mohd Afif Abd Hamid - Komander Amal Kawasan / KP cawangan Gemereh.

AJK Dewan Pemuda PAS Segamat
Abd Hanis Bin Abd Hamid
Mohd Afif Bin Abd hamid
Muhd Zulfadhli Bin Rahim
Mohd Shahir Bin Mohamad
Zulkifli Bin Ab Razak

1.1 Cawangan: Jementah

Senarai Ajk Cawangan Jementah yg keluar PAS

Rozaidi bin Mohd Sohot
Mohd Rizal bin Mohd Sohot.
Hj Khairudin bin Sagap
Lokman bin Sembol
Ismail bin Sembol
Zulkifli bin Sana
Noorhayati binti Sulaiman

Senarai Ahli

Abu Bakar bin Ibrahim
Zahari bin Osman
Mohammed bin Ahmad
Zainudin bin Paiman
Ahmad Rasib bin Awang
Nordin bin Bidin
Selamat bin Kadiyan
Zabidah bt hussien
Osman bin Masran
Siti Mahanom bt Omar
Abd Eala bin Ibrahim
Mohamad Nasharudin bin Abd Eala
Kamaruzaman bin Suparjo
Nazri bin Abdullah
Yaziz bin Abd Hamid
Zamri bin Mohamed
Safar bin Musa
Hairi bin Hashim
Noh bin Mohammad
Sulaimi bin Sharino
Saatdan bin
Shahrulizat bin Muzaffar
Budin bin Mohd Dom
Tumin bin Unos
Arbain bin Asral
Baharum bin Pit
Jumaah bt Atan
Norana bt Atan
Mohamad Zamri bin Abu Bakar
Rosli bin Arshad
Rahmat bin Karim

1.2 Cawangan: Gemereh

Tn. Haji Adam Mohamad, Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh
Saudara Raub bin Kamin - Setiausaha Cawangan Gemereh
Saudara Mohd Afif Abd Hamid – Ketua Pemuda Cawangan Gemereh dan
Seluruh AJK Cawangan Gemereh

1.3 Cawangan Bandar Segamat:

Saudara Abd hanis bin abd hamid - Setiausaha PAS Cawangan Bandar Segamat

2. PAS Kawasan Labis.

AJK Kawasan: 6 orang
AJK Cawangan: 9 orang

AJK PAS KAWASAN LABIS

Tn. Hj Md. Zin Bin Johar – Timbalan YDP PAS Kawasan Labis
Hj Sairi Bin Saleh – Naib YDP PAS Kawasan Labis
Ahmad Kamal Bin Hj. Hussin – Ketua Luj Perpaduan Nasional
Ayub Bin Said – AJK PAS Kawasan Labis

Pemuda PAS Kawasan Labis yg melepaskan jawatan dalam parti.

Fahmi Bin Ahmad – Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis

Muslimat PAS Labis yg melepaskan jawatan dalam parti.

Pn Mastura Binti Mohd Yusof – AJK Muslimat PAS Kawasan Labis

AJK Cawangan

Tn Hj Md Zin Bin Johor – Ketua PAS Cawangan Bandar Labis
Ayub Bin Said – Naib Ketua Cawangan Kampung Tenang
Ahmad Kamal bin Hj Hussin – AJK PAS Cawanga Bandar Labis
Pn Mastura Binti Mohd Yudof – Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Tenang
Abd. Rahman Bin Md Deli – Bendahari PAS Cawangan Kampung Tenang
Kharuddin Bin Ali – AJK PAS Cawangan Kampung Tenang
Abd. Hatta Bin Abd. Rahman - AJK PAS Cawangan Kampung Tenang
Ahmad Faiul Bin Abd. Aziz – AJK PAS Cawangan Kampung Tenang

3. PAS Kawasan Sekijang

AJK Kawasan: 3 orang
AJK Cawangan: 7 orang

Shazni Munir Mohd Ithnin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang
Mohd Norsalim Bin Mohd Ali: Ketua Penerangan PAS Kawasan Sekijang / AJK PAS Cawangan Kg Medoi
Mohd Hanaszreen bin Jali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang
Kholid bin Hj Kemeran : setiausaha PAS Cawangan Kg Jawa
Hj Ishak bin Hj Taib : Pengerusi PAS Cawangan Kg jawa
Hj Hasbullah bin Jamhor : Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Kg Jawa
Dhamam Shah Bin Tamyis: Timbalan Ketua Cawangan Kg Medoi
Solihin bin Rimat : AJK PAS cawangan Kg Jawa
Md Zani bin Korib : AJK PAS cawangan Kg Jawa
Pn Intoiyah binti Misbah : AJK muslimah kawasan Sekijang dan cawangan Kg Jawa.







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

Pasir Salak di belakang Zahid

Posted: 05 Sep 2015 06:30 PM PDT

Pasir Salak Sokong Zahid Dilantik Timbalan Presiden Umno


Ketua Umno Pasir Salak Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menyatakan sokongannya serta bahagian itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden Umno.

Kenyataan itu dibuat ketika khabar angin mengenai 'pemecatan' penyandang jawatan itu ketika ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Datuk Seri Zahid jadi bakal timbalan presiden, setuju tak?" tanya beliau kepada perwakilan dan pemerhati mesyuarat agung Umno Pasir Salak hari ini.

Sialan itu kemudian disambut kira-kira 1,000 hadirin yang berkata serentak: "Setuju!"

"Dah dapat jadi timbalan perdana menteri, (dapat pula) jadi timbalan presiden barulah sedap," katanya.

Ahmad Zahid yang hadir untuk merasmikan mesyuarat itu kemudian tersenyum lebar.

Tajuddin adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malaysiakini difahamkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempersiapkan diri menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Rabu ini.

Ia adalah mesyuarat MT pertama diadakan sejak Datuk Seri Najib Razak memecat Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada kabinet.

Sejak beberapa hari lalu tersebar khabar angin mendakwa kedua-dua bekas menteri itu - serta sejumlah pemimpin lain dalam Umno - akan dipecat.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kawasan Pasir Salah adalah istimewa kepadanya kerana ia adalah kampung neneknya.

Dalam ucapannya pula Ahmad Zahid juga mengumumkan kerajaan pusat bersetuju meluluskan peruntukan RM400 juta bagi membina jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dengan Bagan Datoh - kawasan parlimen diwakili beliau sendiri.

"Doa orang Pasir Salah dan Bagan Datoh dan termakbul," katanya.

- mkini

Hanya Kabinet bubar jika Najib tewas undi tidak percaya, kata peguam

Posted: 05 Sep 2015 06:00 PM PDT

Sidang Dewan: Mungkinkah PM Najib 'Bungkus' 

Kali Ini ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu disingkirkan melalui usul undi tidak percaya sekiranya Bajet tidak diluluskan dan boleh memohon Dewan dibubarkan , mengadakan pilihan raya baharu atau menghantar notis peletakan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Hanya Kabinet, dan bukannya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jatuh sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tewas usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, kata peguam.

Anggota Kabinet perlu mengosongkan kerusi mereka bersama-sama perdana menteri sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan atau enggan membubarkan Dewan.

Ia juga akan berlaku sekiranya wakil rakyat gagal meluluskan Bajet.

Peguam Philip Koh Tong Ngee berkata, perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri boleh disingkirkan melalui usul undi tidak percaya, atau sekiranya Bajet tidak diluluskan.

"Dalam senario seperti itu, perdana menteri, menteri besar, atau ketua menteri perlu melaporkan kepada ketua negara. Beliau boleh memohon Dewan dibubarkan atau mengadakan pilihan raya baharu, atau menghantar notis peletakan jawatan," katanya.

Koh menambah, sekiranya permohonan itu ditolak, beliau perlu menghantar surat peletakan jawatan kepada ketua negara untuk melantik calon lain.

Anggota Kabinet akan bersama-sama keluar dengan perdana menteri, tambahnya.

Koh juga merupakan peguam dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertikaian dengan BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung menteri besar Perak yang sah susulan gabungan pemerintah mengambil alih negeri itu pada 2009 daripada pembangkang.

Koh bercakap kepada The Malaysian Insider berhubung percanggahan pendapat kedudukan BN sekiranya Najib tewas dalam usul undi tidak percaya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kritikal terhadap kepimpinan Najib pada Isnin menggesa ahli Parlimen BN turut serta dengan pembangkang bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib.

Dr Mahathir berkata, BN akan masih berkuasa kerana majoriti di Dewan Rakyat.

BN memiliki 134 kerusi Dewan Rakyat berbanding pembangkang yang memiliki 87 kerusi dan 1 kerusi Bebas daripada keseluruhan 222 kerusi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, bagaimanapun berkata, sekiranya Najib jatuh, kerajaan BN akan turut jatuh bersama-samanya.

Beliau berkata, cadangan Dr Mahathir itu hanya akan memenuhi impian pembangkang.

"Penelitian terhadap Perlembagaan akan menentukan pelantikan selari dengan garisan parti, meskipun ahli Parlimen bertanding atas tiket pakatan atau parti politik," katanya.

Beliau berkata, sebaik sahaja perdana menteri baharu dilantik, beliau akan membentuk Kabinet membantunya menjalankan pentadbiran sehingga tamat tempoh Dewan.

Koh berkata, terdapat kebarangkalian kerajaan perpaduan jika blok pembangkang membantu dalam usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sedia ada.

Perdana menteri baharu akan dilantik daripada anggota Parlimen BN.

Bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, Dr Mahathir tepat mengatakan BN tidak akan hilang kuasa kerana tanpa undi Najib, parti itu memiliki majoriti dengan 133 ahli Parlimen.

"Hanya 133 atau majoriti mudah campur 1 diperlukan untuk menyingkirkan perdana menteri dan BN sendiri mempunyai angka itu," katanya.

BN masih akan membentuk kerajaan sehingga Dewan Rakyat dibubarkan pada 2018 jika angka mereka tidak berpecah.

sumber...TMI

Jom Tengok Cara Menteri Umno Buat Kerja

Posted: 05 Sep 2015 05:30 PM PDT

Menteri: Letaklah papan tanda besar



Kesilapan pegawai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghantar notis tuntutan kepada BERSIH 2.0 berlaku kerana premis sasaran tidak mempunyai papan tanda jelas.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penghantaran dibuat selepas pegawai terbabit merujuk alamat pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengikut laman web BERSIH 2.0.

"Alamat itu betul, cuma rumah sebelah yang dia (silap) ambil gambar.

"Alamat nombor 13 sebelah rumah itu, tapi bila dia tengok yang nombor 13 memang tak ada papan tanda," katanya di sidang media selepas melawat Pangsapuri Wangsa Sari, Wangsa Maju, hari ini.

Semalam Abdul Rahman bagaikan menempelak BERSIH 2.0 kerana premis mereka kelihatan terbiar dan "tidak bersih" seperti nama gerakan berkenaan.

Gambar itu dirakamkan selepas pegawai terbabit mahu menghantar bil tuntutan kepada kumpulan pendesak reformasi pilihan raya berkenaan - bernilai RM65,000 - kerana perhimpunan BERSIH 4 lalu.

Bagaimanapun kenyataan itu diketawakan apabila didapati kemudiannya, bangunan terpapar pada gambar mengiringi tweet Abdul Rahman bukanlah pejabat BERSIH 2.0.

Sebaliknya, ia adalah sebuah kediaman yang terletak bersebelahan pejabat BERSIH 2.0.

Abdul Rahman berkata, perkara itu berlaku akibat kekeliruan.

"(Sebagai) sebuah NGO yang menganggap mereka tersohor‎ di Malaysia, letaklah papan tanda besar supaya orang tahu.

"Saya tetap tak puas hati, ‎kita akan beri juga bil kepada Maria (Chin Abdullah). Walaupun dia lari apabila dituduh di mahkamah (nanti) saya akan minta pegawai tunggu di luar mahkamah," katanya.


- mkini

Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan RAZIATUL HANUM A RAJAK

Posted: 05 Sep 2015 05:00 PM PDT


Dr Jeniri Amir SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Putrajaya itu datang daripada pakar bukan tuduhan melulu. Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial,

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata apa yang lahir dari mulut pengkritik adalah berdasarkan perspektif mereka melalui maklumat yang diterima.

"Mereka ini orang pakar yang berwibawa dalam bidang dan tugas masing-masing. Saya percaya mereka mengkritik dengan asas, penuh tanggungjawab bukan secara melulu.

"Itu sudut pandangan dan perspektif mereka berdasarkan perkembangan dan maklumat yang mereka tahu tentang perkembangan melibatkan perdana menteri dengan 1MDB," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas mengenai IACC yang menjadi pentas mengkritik pemimpin nombor satu negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah]

Najib menjadi sasaran perwakilan-perwakilan asing dan tempatan sepanjang persidangan itu berlangsung sejak Rabu hingga semalam berkaitan dengan skandal 1MDB. Menurutnya, apa yang berlaku di pentas IACC adalah bersesuaian dengan tujuan persidangan itu dianjurkan.

"Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberi pandangan sesuai dengan platform yang ada. Persidangan itu adalah platform untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina...yang konstruktif tentang bagaimana untuk menangani isu dan masalah rasuah, itu sesuai dengan objektif persidangan itu.

"Mereka ambil inisiatif itu dan kebetulan IACC itu diadakan di Malaysia maka mereka ambil contoh Malaysia. Mungkin ada yang menyifatkannya sebagai campur tangan tapi platform apa lagi mereka nak gunakan selain persidangan itu yang sesuai dengan tujuan asal diadakan majlis itu?," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat pemimpin negara berhak menangkis segala kritikan yang dilemparkan namun ia mesti berasaskan fakta yang konkrit bukan sekadar penafian. "Bagaimana kita memberi reaksi itu terpulang kepada kita.

Tapi pemimpin negara berhak untuk menangkis balik. Cuma tangkisan itu hendaklah berdasarkan data dan fakta yang konkrit bukan sekadar membuat sesuatu kenyataan umum atau penafian dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disampaikan sebagai tidak adil atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.

"Sebagai rakyat kena lihat (kritikan) itu dengan pemikiran terbuka walaupun mungkin kritikan itu agak pedas tetapi saya lihat mereka mengeluarkan kenyataan itu 'without fear or favour'. Mereka juga mempunyai integriti, bercakap berdasarkan fakta, bukannya dengan emosi dan kenyataan melulu," katan

Posted by mountdweller
Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan RAZIATUL HANUM A RAJAK 5 SEPTEMBER 2015 Dr Jeniri Amir SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Putrajaya itu datang daripada pakar bukan tuduhan melulu. Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata apa yang lahir dari mulut pengkritik adalah berdasarkan perspektif mereka melalui maklumat yang diterima. "Mereka ini orang pakar yang berwibawa dalam bidang dan tugas masing-masing. Saya percaya mereka mengkritik dengan asas, penuh tanggungjawab bukan secara melulu. "Itu sudut pandangan dan perspektif mereka berdasarkan perkembangan dan maklumat yang mereka tahu tentang perkembangan melibatkan perdana menteri dengan 1MDB," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas mengenai IACC yang menjadi pentas mengkritik pemimpin nombor satu negara. [ARTIKEL BERKAITAN: Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah] Najib menjadi sasaran perwakilan-perwakilan asing dan tempatan sepanjang persidangan itu berlangsung sejak Rabu hingga semalam berkaitan dengan skandal 1MDB. Menurutnya, apa yang berlaku di pentas IACC adalah bersesuaian dengan tujuan persidangan itu dianjurkan. "Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberi pandangan sesuai dengan platform yang ada. Persidangan itu adalah platform untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina...yang konstruktif tentang bagaimana untuk menangani isu dan masalah rasuah, itu sesuai dengan objektif persidangan itu. "Mereka ambil inisiatif itu dan kebetulan IACC itu diadakan di Malaysia maka mereka ambil contoh Malaysia. Mungkin ada yang menyifatkannya sebagai campur tangan tapi platform apa lagi mereka nak gunakan selain persidangan itu yang sesuai dengan tujuan asal diadakan majlis itu?," katanya. Mengulas lanjut, beliau berpendapat pemimpin negara berhak menangkis segala kritikan yang dilemparkan namun ia mesti berasaskan fakta yang konkrit bukan sekadar penafian. "Bagaimana kita memberi reaksi itu terpulang kepada kita. Tapi pemimpin negara berhak untuk menangkis balik. Cuma tangkisan itu hendaklah berdasarkan data dan fakta yang konkrit bukan sekadar membuat sesuatu kenyataan umum atau penafian dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disampaikan sebagai tidak adil atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. "Sebagai rakyat kena lihat (kritikan) itu dengan pemikiran terbuka walaupun mungkin kritikan itu agak pedas tetapi saya lihat mereka mengeluarkan kenyataan itu 'without fear or favour'. Mereka juga mempunyai integriti, bercakap berdasarkan fakta, bukannya dengan emosi dan kenyataan melulu," katanya. Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Nakhoda Bangang, Nakhoda Tolol?

Posted: 05 Sep 2015 09:02 AM PDT


Kisah 2 Orang Nakhoda, satu Bangang, satu Tolol SATURDAY, SEPTEMBER 05, 2015 Ini adalah kisah dua orang Nakhoda Bahtera yang masing-masing sedang dilambung ombak .....

Seorang bergelar Nakhoda Bangang, mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya. Seorang lagi bergelar Nakhoda Tolol, juga mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya.

Rupa-rupanya Nakhoda Bangang dan Nakhoda Tolol sememangnya sehati dan sejiwa. Patutlah mereka saling puji memuji antara mereka. Malah hobi mereka juga sama - suka menggelar orang dengan kata-kata yang kesat dan biadab!

Nakhoda Bangang Ramai yang berasa keciwa bila Nakhoda Bangang ini menggelar kaum Melayu "bangsat" jika Umno hilang kuasa. Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam.

Bahtera Umno hanya akan selamat jika terus dibawah kemudi Nakhoda Bangang! Lalu berkatalah Nakhoda Bangang ini kepada anak-anak kapalnya -

"Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan Kata-kata tersebut menjadi viral dan mengundang pelbagai reaksi mengecamnya. Hinggakan seorang bekas ketua pengarang Kumpulan News Strait Times Sdn.Bhd,

A Kadir Jasin dalam entri diblognya menempelak dan menggelarnya sebagai 'Nakhoda Fenin'!

Nakhoda Tolol Secara kebetulan, ada lagi seorang Nakhoda bahtera yang lebih 'fenin' dari yang sibangang ini. Orang ini jenis yang gemar membawa bahteranya berbalik haluan hingga menyebabkan ada anak kapal yang bila membantah arahannya dimaki hamun dengan kata-kata nista 'broker' dan 'barua'

"Tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal!" amuknya apabila kedudukannya terancam. Tugas seorang Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Tapi Nakhoda ini hanya menganggap dia saja yang betul. Dia buat u-turn ketika masa laut bergelora ikut sesuka mahunya!

Anak kapal di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Tolol ini yang sering flip-flop! Hinggakan sebahagian anak kapal yang setia kepadanya mencerca dan melabel pelbagai penghinaan sesama rakan sendiri malah sanggup mentakfir. Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah tanggung jawab Nakhoda.

Kalau tindakan Nakhoda lemah dan gagal hingga membahayakan keadaan bahtera, maka perlulah ditukar Nakhodanya. Apabila gagal untuk menukar Nakhoda Tolol, maka jalan yang terbaik adalah berpindah ke bahtera yang lain....Lagi pula dia pernah berkata: "Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain,

DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO. sumber Mengulas kenyataan diatas,

jelas yang Nakhoda Tolol ini lupa bahawa kesemua bahtera PKR, DAP dan PAS belayar menuju destinasi sebagai satu kelompok armada dalam gabungan tahaluf siyasi.

Nakhoda Tolol menganggap bahtera PAS itu seolah-olah miliknya sendiri dan dengan sombong dan bongkak, menghambat keluar anak kapal yang sering bertelagah pandangan dengannya. Anak kapal menyertai sebuah NGO PasMa pun dituduh mahu bocor dan merosakan bahtera...

Kini akhirnya, maka ramailah anak-anak kapalnya telah keluar untuk menyertai bahtera lain yang baru ...

Apakah anak kapal dan penumpang yang berasa tidak selamat itu terlalu bangang (tumpang kata-kata .....), atau tolol (tumpang istilah ....), untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain dan baru?

Dua Nakhoda ini beranggapan bahtera mereka selamat ditumpangi, waima bahtera masing-masing diamuk ombak menyebabkan ramai anak kapal dan penumpang berasa tidak selamat untuk terus berada didalamnya lalu berantakan.

Dua Nakhoda ini sepatutnya mengakui bahawa mereka berhadapan dengan imej sebagai nakhoda yang buruk. Tidak hairanlah kenapa ada yang berani memijak gambar mereka berdua.... -


Posted by mountdweller

BREAKING NEWS - Seorang Timbalan Pendakwaraya Dilaporkan Hilang

Posted: 05 Sep 2015 08:36 AM PDT




Kehilangan Kevin menjadi viral di kalangan ahli keluarganya yang meminta kerjasama semua pihak untuk memaklumkan sebarang berita mengenainya.


KUALA LUMPUR, 5 September:

Timbalan Pendakwaraya terkenal, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara dilaporkan hilang.

Beliau yang juga bekas orang kanan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan, dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi beliau pada hari itu, bagaimanapun, tidak dijawab.

Sumber memberitahu The Rakyat Post, pemeriksaan di pejabatnya mendapati, beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat lalu.

Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya, Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjan pada jam 6 petang tadi.

Kehilangan Kevin menjadi viral apabila ahli keluarganya merayu untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai kehilangannya.

Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Pada masa sama, sumber SPRM mendedahkan bahawa Kevin kebali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM.

"Dia sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai pendakwaraya di SPRM," menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul Assistant Komisioner R Munusamy mengesahkan ada laporan dibuat di balai polis daerah.

"Saya hanya boleh mengesahkan ada laporan dibuat," katanya ketika dihubungi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/timbalan-pendakwaraya-kevin-morais-dilaporkan-hilang/#ixzz3ksUUF1AD.

Tiada ulasan: