Jumaat, 11 September 2015

dollah yankee

dollah yankee


Macam2 dah hilang

Posted: 11 Sep 2015 07:29 AM PDT


Terbaru yang hilang ialah seorang yang pakar dalam pendakwaan rasuah ...

Pulau Langkawi dulu-dulu kononnya disumpah tidak akan aman sehingga 7 keturunan akibat sumpahan Mahsuri. Banyak perkara pelik terjadi di Langkawi. Kononnya akibat daripada Mahsuri difitnah dan dizalimi pemerintah. Itu cerita dulu-dulu. Cerita lagenda. Entahkan betul entahkan tidak.

Cerita realiti sekarang pun dah banyak yang pelik-pelik terjadi. Bermula Sabah diserang tentera Sulu, kapal terbang sebijik hilang, sebijik lagi ditembak. Orang hilang pun tak pelik sekarang ni. Duit berbelion-belion hilang pun tak pelik lagi dah. Semua orang tahu cerita ni. Bukan cerita tahyul atau lagenda. "Ini betul-betul, bukan cobaannnn"..macam kata Pendekar Mustar, Kg Pinang Sebatang.

Bila difikir-fikirkan balik mungkin negara kita sekarang pun semacam disumpah. Dah tak aman lagi. Rakyat makin sengsara. Siapa yang dianaiya? Adakah yang teranaiya tersebut telah menyumpah bumi ini? Entah la.. yang pasti terlalu pelik kerana terlalu banyak to hide..

Hanya Allah swt yang lebih mengetahui. Berdoalah kita semoga diberi keampunan atas kesilapan dan kelalaian kita. Dan semoga negara tercinta ini terus dirahmatiNYA


dollah yankee -
Bangsa melayu sahaja yang boleh binasakan petualang mereka sendiri ini. Bangsa melayu patut bangkit melawan kedayusan bangsa sendiri. Lihat dan tengok lah dengan matahati...

Tiada ulasan: