Ahad, 6 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bantahan Baju Merah boleh cetus ketegangan kaum-Rafidah

Posted: 06 Sep 2015 08:13 AM PDT

 
Demonstrasi yang dirancang pada 16 September depan berbeza dengan Bersih 4.0 kerana tidak mempunyai tuntutan yang jelas


rafidah-zaiz,merah


PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.

Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.

"Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan," katanya di Facebook.

Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan 'Himpunan Rakyat Bersatu' kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.

Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

"Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan 'kekuatan' sokongan yang mereka perolehi.

"Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?," katanya.

Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.

"Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat," tulisnya.

Negara terus dalam bahaya selagi Najib ada

Posted: 06 Sep 2015 08:08 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin 


Persidangan anti rasuah antarabangsa (IACC) yang berakhir Jumaat lalu secara langsung telah mencemarkan nama Malaysia. Ia bukan saja kerana isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib Razak menjadi fokus utama peserta daripada 130 buah negara, tetapi tentunya juga kerana mereka akan pulang ke negara masing-masing dengan tanggapan yang buruk mengenai negara kita.

Memang benar negara kita belum sampai ke tahap mengalami krisis rasuah tetapi sebagaimana kesimpulan IACC yang menyebut bahawa wang RM2,600 juta itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut tafsiran antarabangsa, kegagalan memberi penjelasan kukuh mengenainya seolah-olah kita sedang terjebak dengannya.

Dengan itu, selagi tiada penjelasan atau Najib terus berdiam diri saja, penerimaan wang sebanyak itu boleh bertukar menjadi "ibu segala rasuah" yang akan menenggelamkan segala kebaikan dan nama baik negara dalam aspek yang lain.

Selain IACC tahun ini telah memalukan Malaysia melalui hujah-hujah peserta daripada 130 buah negara berikutan angka RM2,600 juta itu dianggap terlalu luar biasa, ketidakhadiran Najib dalam persidangan di mana Malaysia menjadi tuan rumahnya setelah dinasihatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low seakan turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri memang dalam keadaan bersalah dan tidak mampu berhujah jika diajukan persoalan mengenai wang tersebut.

Jika Najib benar-benar yakin wang tersebut adalah derma yang suci sifatnya, beliau tentu boleh berkeras mahu menghadiri persidangan itu. Begitu juga dengan Paul Low, menteri yang bertanggungjawab terhadap intergriti, kiranya beliau sendiri yakin dengan sepenuh hati wang RM2,600 juta itu bukan rasuah, pasti tidak dinasihatkannya agar Najib jangan menghadirinya.

Tetapi semuanya sudah berlalu. Dengan imej buruk negara melalui persidangan dan ketidakhadiran Najib itu, pandangan dunia terhadap negara kita turut dibayangi lebih banyak warna kehitam-hitaman selepas ini.

Kesan buruknya akan menjalar kepada kehidupan rakyat yang meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, pertukaran ringgit, iklim perniagaan, penurunan pasaran saham, kesejahteraan, keamanan dan sebagainya.

Lebih buruk lagi kerana rakyat dalam negara sendiri tidak dapat menerima kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib itu sekadar derma semata-mata. Semua segmen masyarakat sedang memperkatakannya dan rata-rata tidak melihatnya sebagai derma.

Luahan rasa rakyat paling mudah dapat difahami melalui kehadiran dalam himpunan Bersih 4 yang diadakan selama 34 jam baru-baru ini. Jika sekadar menuntut pilihanraya yang bersih, tidak mungkin 500 ribu orang sanggup turun ke jalanraya dan sebahagiannya rela mengorbankan keselesaan dengan tidur di atas jalanraya dan dalam khemah kecil hanya dengan berselimutkan angin malam semata-mata.

Tidak lain keghairahan rakyat turun ke perhimpunan itu ialah untuk memberi lebih tekanan kepada Najib agar berundur dan meletakkan jawatan dengan segera. Daripada jeritan semangat rakyat berbaju kuning itu dan apa yang terpancar di wajah ribuan yang hadir itu, jelas mereka tidak dapat menerima lagi kepimpinan Najib.

Tidak dinafikan Najib berhak untuk bertahan sehingga pilihanraya umum akan datang dan tidak memperdulikan isyarat yang dihantar rakyat ini. Tetapi dengan kesanggupan rakyat berhimpun dan bermalam dalam Bersih 4 ini ia seperti memberi bayangan bahawa Arab Spring dan kebangkitan rakyat seperti di Filipina, Indonesia dan Thailand turut tidak mustahil akan menjelma bersama kedegilan itu.

Rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat kali ini sebenarnya berbeza dengan yang berlaku ketika era Tun Mahathir Mohamad dulu. Ketika itu ia hanya berkaitan politik dan kepimpinan tetapi kini ia terangkum mengenai politik, kepimpinan, masa depan negara dan perlakuan tidak wajar oleh seorang pemimpin yang sukar diterima.

Sebab itu Tun Mahathir dapat menangani segala cabaran dan tentangan terhadapnya hanya dengan kecekalan. Najib pula, sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir ketika turut sama turun dalam Bersih 4, telah merosakkan sistem undang-undang negara melalui campurtangannya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Di samping memecat anggota kabinet yang menegurnya, menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, menukar dan mengganggu pegawai-pegawai SPRM dan menggantung permit akhbar, Tun Mahathir juga berkata, beliau tidak akan turun menyertai Bersih 4 untuk bersama-sama rakyat menyatakan bantahan kiranya pasukan petugas khas yang menyiasat mengenai wang tersebut tidak dibubarkan sebelum hasil siasatannya dikeluarkan.

Tidak diragui lagi, Najib sedang melakukan ancaman dan meletakkan negara di jurang yang bahaya. Pandangan dunia dan rakyat sendiri kepada negara ini menjadi semakin buruk selagi beliau menjadi Perdana Menterinya.

Najib akan terus menghadapi kesukaran untuk menjelaskan atau berterus terang mengenai wang tersebut lantaran hampir tiada kebenaran ia sekadar derma, kecuali melencongkan perhatian rakyat kepada aspek lain. Hanya itu yang mampu dilakukan, sebab itu jawapan dan penjelasan sentiasa berbeza-beza di kalangan pemimpin UMNO sendiri.

Bayangkan apa akan berlaku kepada negara dan kehidupan rakyat jika Najib terus berdegil untuk bertahan sehingga PRU 14 yang bakal diadakan tahun 2018 nanti?

Sanggupkah kita membayangkannya?- bm.theantdaily.com

Tindakan keras hanya menambahkan sokongan terhadap Bersih

Posted: 06 Sep 2015 08:05 AM PDT



Oleh Hazlan Zakaria 


Seperti yang telah diingatkan ramai, apa-apa pujian terhadap 'anggota beruniform biru' atas tindak profesional mereka ketika perhimpunan (yang tidak boleh dinamakan) hujung minggu lalu tidak akan bertahan lama, selagi mereka kekal di bawah naugan kerajaan hari ini.

Ini boleh dibuktikan dengan campur tangan pihak eksekutif dalam perjalanan kakitangan Cawangan Khas (SB) dan sebuah lagi badan penguatkuasaan dalam siasatan mereka terhadap individu berprofil tinggi baru-baru ini.

Memang, apa-apa merit yang diberikan atas tindakan cemerlang polis dalam mengendalikan perhimpunan itu hilang tidak lama kemudian, melalui penggunaan Kanun Keseksaan untuk memanggil penganjur Bersih 2.0 untuk soalsiasat.

Tujuh pemimpin Bersih 2.0, termasuk pengerusi Maria Chin, telah dipanggil ke Bukit Aman untuk merakamkan kenyataan bagi siasatan di bawah Seksyen 124C dan Seksyen 141 yang dibaca bersama Seksyen 120 Kanun Keseksaan.

Seksyen 124C atas dakwaan menjalankan kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen atau membuat persediaan bagi kegiatan yang menyebabkannya.

Seksyen 141 pula atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 120 kerana merancang menyembunyikan kegiatan yang salah.

Perkembangan hal ini akan bergantung kepada sama ada polis akan turut bersikap profesional dalam siasatan, sama seperti apa yang ditunjukkan ketika perhimpunan.

Jika mereka kembali kepada taktik kekerasan seperti dulu, kita boleh mengandaikan bahawa polis kekal sebagai alat penguasa.

Namun jika mereka melayan pimpinan Bersih 2.0 sama seperti layanan lembut mereka kepada penganjur himpunan pro-kerajaan sebelumnya, kita boleh mengatakan yang polis hanya menjalankan tugas seperti biasa.

Namun pujian tetap perlu diberikan kali ini kerana mereka tidak lagi membuat serbuan untuk menahan aktivis dan politikus pembangkang seperti sebelum ini.

Namun kita masih tidak tahu sama ada polis akan menahan mereka yang terlibat dan mereman pimpinan Bersih 2.0, seperti apa yang mereka dilakukan sebelum ini kepada penganjur acara yang mengkritik kerajaan.

Apa-apa pun, penganjur perhimpunan perlu tahu apabila mereka bertukar daripada kumpulan pro-reformasi pilihanraya kepada kumpulan pendesak, tindakan dan sikap penguasa terhadap mereka juga turut akan berubah.

Kini parti pemerintah akan melihat mereka sebagai ancaman yang lebih besar. Ini kerana berbanding menggesa reformasi pilihanraya, mereka kini bergerak untuk tindakan politik. Walaupun ia di bawah ruang lingkup demokrasi, ia akan dilihat sebagai ancaman oleh kerajaan yang memang sudah terdesak.

Apatah lagi apabila penganjur membenarkan slogan politik, tindakan memburukkan tokoh politik (yang kebal daripada kritikan) serta laungan kombatif sepanjang perhimpunan aman 34-jam itu.

Maka logiklah jika penguasa akan menjadi bertambah keras kerana mereka dikenali sebagai takut untuk kehilangan kuasa.

Apa-apa langkah untuk mengenakan tindakan keras terhadap Bersih 2.0 mungkin akan memberikan kesan yang berlawanan.

Selepas anti-klimaks perhimpunan aman tersebut, apa-apa langkah menindas hanya akan menambahkan sokongan kepada gerakan itu yang sudah terbukti aman.

Malah jika penguasa hanya menyentuh rambut pemimpin gerakan itu sahaja pun, mereka akan menyaksikan laungan sokongan yang mungkin akan melangkaui sempadan bandar yang sebelum ini di luar jangkauan Bersih.

Bukankah baru minggu lalu Merdeka Centre menyiarkan hasil pungutan suara mereka yang menunjukkan walaupun ramai rakyat Malaysia masih percaya yang kerajaan "paling tahu" dalam soal keharmonian, mereka tetap mahu kerajaan turut patuh kepada undang-undang.

Dalam kes ini, jika penguasa bertindak, atau kelihatan bertindak, seperti sebuah regim kukubesi tanpa mempedulikan undang-undang, tindakbalasnya mungkin lebih hebat daripada sokongan moral yang diterima Bersih 2.0.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis hazlan@hckmedia.com - bm.theantdaily.com

Najib mesti jawab dakwaan terhadapnya sekali gus, kata timbalan menteri

Posted: 06 Sep 2015 08:02 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberikan jawapan terhadap dakwaan di sekelilingnya, termasuk berhubung wang derma AS$700 juta (RM2.6 bilion), secara sekali gus, bukannya "sedikit demi sedikit", kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

"Saya tidak tahu jika PM sedar atau tidak. Tetapi beliau perlu menjawab segala-galanya sekali gus dan bukannya bertindak balas dengan sedikit-demi sedikit," kata Nur Jazlan.

Beliau memberi contoh RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, dan bagaimana Najib hanya menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan perkara itu pada awal Julai. 
 
Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dana itu merupakan "derma politik" daripada sumber Timur Tengah.

"Ia wang yang masuk ke dalam akaun peribadi, kemudian ia menjadi satu derma, kemudian ia datang dari Arab Saudi, dan kemudian, siapa dari Arab Saudi itu?

"Ia hanya mengundang lebih banyak soalan," beliau memberitahu The Star.

Beliau berkata, tanggapan yang Malaysia menghadapi krisis rasuah tidak akan wujud jika "semua isu ini boleh dikenal pasti dan dijawab sekali gus".

Tetapi, jawapan yang diberikan setakat ini mungkin tidak memuaskan, dan diburukkan lagi dengan hakikat yang ia melibatkan dakwaan salah laku, kata Nur Jazlan.

Katanya, jika isu itu masih tidak dapat diselesaikan, ahli Parlimen Barisan Nasional seperti dirinya akan sengsara pada pilihan raya umum akan datang.

"Majoriti di kawasan Parlimen saya sangat kecil dan saya mewakili kawasan bandar jadi saya sebenarnya boleh hilang kerusi.

"Bukan kerana prestasi saya sendiri, tetapi kerana isu ini masih tergantung dan kesannya boleh meluas.
"Pada mulanya ia terbatas kepada penduduk bandar, kemudian ia akan turun kepada penduduk luar bandar terutama di Semenanjung dan kemudian Sabah dan Sarawak. Kita tidak tahu."

Beliau berkata jika orang Melayu terus kekal berpecah dan jika mereka mengundi dalam keadaan marah, pilihan raya akan datang akan menyaksikan "satu senario yang berbeza".


PAS Terengganu desak Raja Bahrin letak jawatan sebagai ahli Parlimen

Posted: 06 Sep 2015 07:59 AM PDT



Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan meletak jawatan perlu dilakukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan meletak jawatan perlu dilakukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
PAS Negeri Terengganu hari ini mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Ahli Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

"Beliau secara sukarela melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini. 
 
 "Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.

"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.

Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak 3 bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Beliau berkata desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu ahli PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen yang lain menyertai parti politik baharu itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme ahli Parlimen itu.

PAN dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun. – Bernama


Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Dikritik

Posted: 06 Sep 2015 07:44 AM PDT

Oleh: ZAZALI MUSA
 
 
Gambar dua wanita bersama anjing mereka menjadi viral di media sosial.
 
 
JOHOR BARU: Tindakan dua wanita yang membawa bersama anjing mereka di dalam troli kosong di sebuah pasar raya di sini disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar kedua-dua wanita tersebut bersama anjing mereka dimuat naik ke dalam laman Facebook dan menjadi viral.

Ia dipercayai dirakam oleh seorang pelanggan di pasar raya tersebut di Plentong, Masai pada Sabtu.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Annie Belinda Han dalam entrinya menulis kedua-dua wanita tersebut tidak sepatutnya membawa anjing mereka di kawasan tempat terbuka terutamanya pasar raya.

"Pihak pengurusan premis tersebut juga perlu meletakkan papan tanda besar "zon larangan membawa binatang" dalam empat bahasa untuk makluman pelanggan," katanya.

Menurut Annie, pengawal keselamatan bertugas perlu lebih berwaspada dan pelanggan yang membawa bersama haiwan peliharaan mereka patut dihalang daripada memasuki pasar raya itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Zaberi Che Mat berkata pengurusan pasar raya terbabit juga harus lebih bertanggungjawab dan memastikan insiden tersebut tidak berlaku lagi.

"Dimana pengawal keselamatan bertugas ketika dua wanita membawa bersama anjing mereka ke dalam pasar raya? Tindakan perlu diambil terhadap mereka kerana gagal menghalang kedua-dua wanita itu," katanya.

Seorang jurucakap pasar raya tersebut yang enggan dikenali memberitahu pemberita pada Ahad bahawa kira-kira 500 troli sudah dibersihkan susulan insiden pada Sabtu itu.

Troli tersebut sudah dibersihkan (samak) mengikut prinsip Islam dan dengan bantuan sukarelawan dari sebuah masjid berdekatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut.

Beliau turut menasihati pihak pengurusan pasar raya itu supaya tidak membenarkan pelanggan membawa bersama haiwan peliharaan mereka memasuki premis berkenaan.

"Sekiranya kami menerima laporan, kami akan merujuk kes itu kepada Majlis Agama Islam Johor untuk tindakan susulan," katanya.
 
 

Penstrukturan Semula Air Selangor Dimuktamad Selasa Ini

Posted: 06 Sep 2015 07:40 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Perjanjian air di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan dimuktamadkan Selasa ini dengan pemetraian empat perjanjian, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Ahad.

Menurutnya, majlis itu akan diadakan di Shah Alam di antara Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi memetrai empat perjanjian di bawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor.

Empat perjanjian terbabit ialah Perjanjian Kemudahan, Perjanjian Pajakan, Perjanjian Hak Untuk Guna dan Perjanjian Penyelesaian, yang menjadi syarat duluan kepada Perjanjian Induk bagi penstrukturan semula itu, kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Pada majlis yang sama Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili akan menyerahkan Lesen Kemudahan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan kepada Air Selangor kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Menurut kenyataan itu, ia adalah syarat duluan terakhir kepada Perjanjian Induk yang perlu dipenuhi Kerajaan Persekutuan.

"Dengan pemetraian perjanjian dan penyerahan lesen terbabit, syarat duluan yang penting itu sudah pun selesai serta dipenuhi. Ini bermakna Perjanjian Induk akan berkuatkuasa mulai 9 September 2015," katanya.

Apabila Perjanjian Induk dikuatkuasa, Air Selangor boleh menyerahkan hak milik tanah yang diperlukan dengan nilai sehingga RM2 bilion kepada PAAB bagi membolehkan PAAB menyediakan dana yang diperlukan untuk Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi air Selangor. - BERNAMA

KAFA janji gaji pemain akan diselesaikan

Posted: 06 Sep 2015 07:37 AM PDT

MOHD ZULHAIRIE

 

annuar_musa_L-600x360
Annuar berkata, perbelanjaan bagi gaji pemain saja lebih RM 1 juta sebulan dan itulah yang terpaksa ditanggung KAFA walaupun prestasi yang dipamerkan para pemain tidak memuaskan. Foto fail TRP 


KOTA BHARU, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan menyelesaikan isu gaji tertunggak para pemain Kelantan dalam masa terdekat walaupun dana yang dimiliki tidak mencukupi.


Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun menghadapi masalah kewangan pihaknya akan memikirkan cara lain bagi menyelesaikan masalah itu,

Katanya, pihaknya sudah berjumpa dengan pemain dan menjelaskan perkara sebenar yang dihadapi oleh persatuan itu.

"Sehingga Ogos lalu, pihak pengurusan sudah membelanjakan sebanyak RM11.6 juta berbanding RM8 juta musim lalu. Perbelanjaan kita musim ini 'lari' apabila terpaksa menukar tiga pemain import dan jurulatih selepas didesak pemain dan penyokong.

"Setiap pertukaran KAFA terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang agak besar dan perancangan bajet KAFA tersasar sebanyak RM5 juta pada musim ini. Ekoran daripada itu juga kantung kewangan KAFA mencecah kosong pada Mei lalu," katanya kepada media selepas mesyuarat khas barisan jawatankuasa KAFA dan pemain di Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan, di sini, sebentar tadi.

Annuar berkata, prestasi buruk pemain Kelantan, menyebabkan penonton tidak turun ke stadium dan menyebabkan hasil kutipan tiket yang tidak memberangsangkan.

Katanya, disebabkan itu, beliau terpaksa memohon dana daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM 2 Juta bagi menyelesaikan masalah gaji bulan Mei dan Jun.

"Perbelanjaan bagi gaji pemain saja lebih RM 1 juta sebulan dan itulah yang terpaksa ditanggung KAFA walaupun prestasi yang dipamerkan para pemain tidak memuaskan.

"Penyokong mungkin tidak tahu masalah dihadapi KAFA tetapi itulah hakikat terpaksa ditanggung oleh pihak kami, berbeza dengan persatuan negeri lain yang mendapat sokongan kewangan pelbagai pihak, sedangkan pihaknya terpaksa berdikari mencari duit," katanya.

Annuar berkata, pihaknya memberikan pilihan kepada pemain iaitu bercuti rehat daripada bermain dalam saingan Piala Malaysia, kedua tidak terlalu fikirkan soal kewangan dan fokus pada saingan, serta menarik diri.

Katanya disebabkan pemain memilih pilihan kedua iaitu untuk bermain tanpa memikirkan kewangan, pihaknya akan berusaha mencari dana menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

"Saya sudah melakukan pinjaman dengan bank dalam jumlah tertentu bagi menyelesaikan gaji pemain dan jika mereka menyatakan kesungguhan dan komited, saya rela bergolok gadai termasuk menjual aset yang ada bagi menyelesaikan masalah itu jika tidak ada jalan lain," katanya.

Menurutnya, beliau juga menggesa penyokong supaya terus memberi sokongan kepada pasukan Kelantan kerana itulah cara untuk memulihkan sumber kewangan KAFA.

"Saya ingin tegaskan, tidak pernah berlaku penyelewangan atau pihak pengurusan mengambil duit daripada akaun KAFA, sebaliknya, segala wang itu termasuk penajaan digunakan untuk membayar gaji pemain.

"Jika ada penyokong yang ragu-ragu serta mahu melihat penyata akaun KAFA, kami bersedia untuk menunjukkannya pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Saya ingin jawapan kenapa saya ‘ditendang’

Posted: 06 Sep 2015 07:22 AM PDT

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


SHAH ALAM - "Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

"Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

"Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh  lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai 'sore loser' sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi  khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri  (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau," katanya kepada Sinar Online hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Putrajaya: Bekas bos SB sedia hadapi risiko ]

Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

"Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang 'career officer' dalam PDRM  dan bukannya macai politik?

"Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?" katanya lagi.

Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam.

"Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

"Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya.


Tegas pertahan PDRM, kata anak bekas IGP

Posted: 06 Sep 2015 07:19 AM PDT

Norman Goh dan Al-Abror Mohd Yusuf


 


Berpengalaman sebagai wartawan jenayah dan bapanya dibunuh penjenayah, Najib Abdul Rahman mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya bertegas mempertahankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gesaan itu dibuat Najib ketika situasi politik negara berdepan ketidaktentuan.

"Saya tahu sebab bapa saya bekas IGP (ketua polis negara).
Dalam keadaan apa pun dia (Khalid) berasa dia perlu patuh kepada perdana menteri.

"Perdana menteri adalah bos dia, manakala menteri dalam negeri adalah orang atasannya. Salah atau betul, menjadi tugasnya untuk melindungi PM. Itu adalah tatacara operasi standard beliau.

"Tapi ia berbeza apabila anda bercakap mengenai prinsip peribadi," katanya kepada Malaysiakini dalam pertemuan baru-baru ini.

Najib adalah anak kepada Ketua Polis Negara ketiga, Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Lahir di Yan, Kedah, Abdul Rahman memulakan tugasnya dalam pasukan polis pada Oktober 1941 dan menjawat pelbagai jawatan sebelum dilantik menjadi IGP.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat menjadi Timbalan IGP pada 1972 sebelum menjadi ketua pasukan itu pada 1 Februari 1973.

Bagaimanapun Abdul Rahman ditembak mati di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Kerajaan menuding jari kepada komunis sebagai pembunuh Abdul Rahman.

Lantang kritik

Najib lantang mengkritik Khalid dan menganggapnya "kekurangan prinsip peribadi sebagai pemimpin".

Sering menyatakan pandangannya melalui Facebook, Najib berkata, Khalid perlu mengambil masa bercermin sambil bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan.

Pertama, katanya, adalah dia akan menjadi pejuang Islam dan mempertahankan prinsip seorang pemimpin mengikut perspektif Islam.

"Kedua adakah dia akan menjadi pemimpin sejati kepada anggotanya dengan menunjukkan jalan yang benar.

"Ketiga, adalah beliau akan menjadi pelindung rakyat dan keadilan, atau hanya jadi pengampu kepada tuan politiknya.

"Hanya Khalid boleh menjawab tiga soalan ini," katanya.

Menceritakan mengenai bapanya, Najib memberitahu Abdul Rahman adalah tokoh yang tidak boleh dipengaruhi atau dibeli.

Kata Najib, Abdul Rahman sangat dihormati ahli politik dan menteri walaupun ketika itu belum menjadi IGP, sebaliknya Pengarah Cawangan Khas.

"Apabila mereka nampak kereta arwah ayah saya, mereka akan berhenti daripada apa saja yang mereka lakukan dan menyambutnya. Itu penghormatan yang beliau dapat pada masa itu.

'Ayah saya bersih'

"Ayah saya pernah bertanya mengapa menteri begitu hormat kepadanya. Dia kemudian memberitahu sebabnya - kerana dia tahu semua yang menteri lakukan atau ke mana mereka pergi. Semuanya.

"Ayah saya sendiri bersih. Tak ada sesiapa boleh membeli dia," katanya.

Paling utama, kata Najib, Abdul Rahman adalah tokoh yang pintar dan dikenai sebagai seorang "pemimpin" kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas kenyataan itu, Najib berkata beliau tidak memandang rendah kepada PDRM sekarang.
Cuma katanya, anggota pasukan itu berhak mendapat pemimpin yang lebih baik.

"Anggota polis kita antara yang terbaik di dunia tetapi malangnya mereka kecewa dengan kepimpinan yang ada.

"Melihat peranan dimainkan IGP sekarang, saya berharap bapa saya masih ada," katanya.

Najib juga menyatakan rasa kesalnya terhadap kualiti kepimpinan Khalid ketika ini.

"Dia (Khalid) kena buat keputusan mahu jadi apa," katanya.

Liow: MCA tolak perhimpunan 'anti-Low Yat'

Posted: 06 Sep 2015 05:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MCA hari ini sekeras-kerasnya menolak "Himpunan Rakyat Bersatu" yang dikatakan bersifat 'anti Low Yat', dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perhimpunan itu, yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin, katanya.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata, "Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh".

"Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan," kata Liow selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini.

Media melaporkan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.-Bernama


Jazlan: 'Baju merah' boleh demo, tapi tempat lain

Posted: 06 Sep 2015 05:31 AM PDT

SINAR HARIAN


 


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata kumpulan "baju merah" boleh mengadakan perhimpunan namun beliau menyarankan supaya diadakan di lokasi lain pada 10 Oktober ini.

Beliau berkata lokasi perhimpunan itu - Bukit Bintang - perlu diubah bagi mengelakkan persepsi bahawa perhimpunan itu dilakukan disebabkan unsur perkauman, lapor The Star Online.

"Secara peribadi saya rasa mereka patut buat di tempat lain bagi membuang persepsi bahawa mereka melakukan perhimpunan itu atas sebab-sebab perkauman.

"Mereka boleh melakukannya tetapi mereka perlu mengelakkan sebarang tuduhan yang mengatakan mereka perkauman," katanya dalam temubual yang dipetik dari portal berita itu.

"Jika ia adalah sebagai reaksi kepada BERSIH 4, biarkan ia. Tetapi jika bertujuan untuk menyuntik sentimen bahawa BERSIH 4 lebih ramai Cina dan kita memerlukan kaum Melayu untuk membalas balik dan menunjukkan orang Melayu tidak suka dengan apa yang kaum Cina lakukan - ia akan mengundang masalah," katanya.

Dalam temubual itu juga, Nur Jazlan juga meminta kumpulan baju merah yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos supaya melakukan perhimpunan yang lebih baik daripada BERSIH 4.

Laporan itu juga menyebut, MP Pulai itu menjelaskan, pihak tersebut perlu meminta kebenaran kepada pihak berkuasa sekiranya ingin melakukan perhimpunan di Dataran Merdeka.

"Kumpulan baju merah perlu lakukan lebih baik daripada kumpulan baju kuning. Mereka perlu meminta kebenaran dan melakukannya di sekitar Dataran.

"Tetapi tetap ada sekatan. Mereka tidak boleh lakukan di sekitar kawasan keagamaan. Sebab itu pihak polis mencadangkan untuk buat di stadium," katanya lagi.


Ahli Umno lapor polis gesa siasat PM, menteri

Posted: 06 Sep 2015 05:18 AM PDT

Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Seorang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang hari ini dilapor membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan polis itu di Balai Polis Pasir Gudang semalam.

Dalam laporannya, Abdul Rashed meminta pihak polis menyiasat Najib, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau juga meminta siasatan dijalankan terhadap menteri yang memberi komen berhubung isu derma berkenaan antaranya Datuk Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman.

"Saya merayu kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terperinci keatas kenyataan menteri-menteri ini kerana takut jika terdapat beberapa pembohongan, sama ada di Dewan Rakyat atau melalui kenyataan yang dibuat kepada media," Abdul Rashed dipetik sebagai berkata.

Sehingga kini, kontroversi berkaitan derma RM2.6 bilion dan 1MDB masih belum terjawab.


Ahmad Bashah enggan ulas isu ganti MB Kedah

Posted: 06 Sep 2015 05:16 AM PDT

Ahmad Bashah enggan ulas isu ganti MB Kedah
Ahmad Bashah (tengah) merasmikan Karnival Pengguna Pulau Pinang 2015 hari ini.


GEORGETOWN - Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah enggan mengulas mengenai desas desus yang mengaitkan namanya turut disebut sebagai pengganti Menteri Besar Kedah yang baharu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, tidak tahu menahu tentang perkara itu dan menyifatkannya sebagai hanya cakap-cakap orang.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jika nak disebut-sebut, macam-macam orang sebut. Itu hanya cakap-cakap orang.

"Apa yang saya tahu, jawatan saya hanya Timbalan Menteri KPDNKK. Saya datang sini pun atas jawatan itu," katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Pengguna Pulau Pinang 2015 hari ini.

Difahamkan, nama Ahmad Bashah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam rombakan yang kononnya akan diadakan pada 1 Oktober ini.

Sebelum ini, timbul desas desus di laman sosial menyebut Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz dalam rombakan dalam masa terdekat.

Selain Ahmad Bashah, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin juga disebut-sebut untuk menggantikan Mukhriz.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata, dari Januari hingga bulan ini, KPDNKK menjalankan 1.5 juta pemeriksaan premis di seluruh negara dan  5,724 kes diambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Kami menyita lebih sejuta barangan dan jumlah kompaun sepanjang tempoh itu ialah RM782,000," katanya.


Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam

Posted: 06 Sep 2015 05:14 AM PDT

Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam
Zainuddin Ahmad
 
 
SHAH ALAM - Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis dan nombor enjinnya telah dipadamkan.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.
 
"Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.
 
"Dua nombor berkenaan telah dikikis," katanya.
 
Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu. 
 
 
Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
 
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
 
Berita kehilangan Kelvin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.
 
 

Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?

Posted: 05 Sep 2015 11:32 PM PDT



 
 

Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?
Nampaknya bahagian PR 1MDB sekarang terpaksa bekerja keras untuk menangkis pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap 1MDB. Terbaru laporan berita Reuters mengatakan yang mana akaun bank 1MDB di Switzerland kena beku.

Seperti biasa, kebanyakan dakwaan terhadap 1MDB semuanya dinafikan. Jikalau disemak laporan berita Astro Awani dan The Rakyat Post seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini :
  • kejap nafi akaun kena beku
  • kejap kata tidak tahu ada yang akaun di Switzerland itu sudah kena beku
  • Ermmmm…..
akaun bank 1mdb 

Kebanyakan yang simpan di Switzerland kerana kelebihan yang ada di bank di Switzerland iaitu apa yang dipanggil "privacy protection".

Nampaknya negara luar yang perlu mengambil tugas-tugas yang sepatutnya boleh diselesaikan pihak-pihak yang berkuasa di Malaysia. Ermmmm…

Dan dakwaan terhadap 1MDB ini cukup berat atas sebab pembekuan akaun bank mereka:
  1. penggubahan wang haram
  2. juga rasuah.
P/S : Berita Reuters fitnah…..berita WSJ fitnah….Sarawak Report fitnah….persepsi apa semualah. Carilah jawapan yang bijak sikit. Dah ada pasukan penyiasatan 1MDB dibubarkan. Ada peluang untuk bela diri di hadapan delegasi, tidak mengambil kesempatan yang ada untuk memeprtahankan diri. Grow up please…

PP/S : Sebelum ini berminat juga mendengar kenyataan daripada Arul Kanda. Tetapi selepas beliau pernah mengatakan dahulu yang mana dana dalam bentuk tunai yang akhirnya terbongkar yang kononnya duit dalam bank tiada terus tukar kepada unit. Unit apa Berita Semasa tidak tahu. Tetapi yang pastinya selepas daripada itu, Berita Semasa sudah mula berkira-kira untuk menelan bulat-bulat apa yang diperkatakannya.

6. Isu Akaun Bank 1MDB di Switzerland :Lagi Butiran Dakwaan Terhadap 1MDB


Berikut di bawah ada ini ada laporan berita Reuters termasuk kenyataan 1MDB
Laporan Berita Reuters
 
 

Hanya mahu komen jika benar dipecat

Posted: 05 Sep 2015 11:27 PM PDT

KHALED NORDIN
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin


KUALA LUMPUR - Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang tersebar mengenai tujuh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno akan dipecat termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, perkara itu masih tidak berlaku dan hanya akan mengeluarkan kenyataan sekiranya benar.

"Saya lebih suka ulas (perkara itu), kalau sudah berlaku, baru saya akan komen," katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Prospektus Al-Salam Reit.

Beberapa hari lalu, tersebar khabar angin melalui aplikasi sosial WhatApps kononnya, pada 9 September depan akan berlangsung mesyuarat MT yang akan memutuskan nasib tujuh ahli Umno ini.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada jawatannya dalam parti.

Kelmarin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan perkara itu dan menyifatkan berita itu sebagai khabar angin.

Manakala, Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamed Aziz mengingatkan MT Umno agar tidak menggugurkan Muhyiddin dan Shafie jika tidak mahu parti berpecah belah.

Mengulas mengenai viral berita palsu berhubung kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Khaled berkata pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada penasihat undang-undang negeri Johor.

"Kerajaan negeri sudah buat pendirian kita sangat jelas bahawa tuanku tidak menyatakan sebegitu dan kita rujuk penasihat undang-undang negeri apa tindakan yang boleh diambil.

"Dalam pengetahuan saya, perkara itu sedang dikaji untuk mengesan siapa yang terlibat," katanya.

Sebelum ini, lapor sebuah portal bahawa Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan Umno berhenti memperdaya rakyat, walaupun sudah dinafikan, tetapi masih ada yang viralkan berita itu.


Tatu ALLAH: Segera ekstradisi Alvin ke M'sia

Posted: 05 Sep 2015 11:24 PM PDT

SINAR HARIAN


Alvin Tan
Alvin Tan
 
 
KUANTAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera mengekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.
 
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata, Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger berkenaan, yang baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan memuat naik gambarnya dengan tatu bertulis kalimah ALLAH di paha kirinya.
 
"Kementerian sebelum ini, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB) agar memadamkan imej berkenaan yang dimuat turun oleh Alvin di FB miliknya.
 
"Kini kita mohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar, kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk ekstradisi Alvin supaya blogger berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.
 
"Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas dari tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya," kata Jailani.
 
Jailani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhir  Pertandingan Peringkat Akhir Juara Bertemu Juara Bintang Klasik yang diadakan di Auditorium Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah, RTM Pahang, di sini malam tadi.
 
Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
 
Beberapa hari lepas, Alvin didapati memuat turun gambar tatu bertulis kalimah ALLAH di paha kirinya, dan juga kata-kata yang menghina agama dan umat Islam di FB miliknya.  
 
Sementara itu, peserta dari Kluang, Johor, Rasyidah Abd Rahim, 24, dinobatkan juara keseluruhan serta memenangi persembahan terbaik pada pertandingan itu.
 
Rasyidah yang kini mengandung anak pertama, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM65,000 dan piala iringan. - Bernama
 
 

Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbul

Posted: 05 Sep 2015 11:20 PM PDT

Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbul
Kereta rentung yang ditemui di Hutan Melintang, Perak hari ini. - Foto ihsan Astro Awani


HUTAN MELINTANG - [DIKEMASKINI] Polis menemui sebuah kereta dipercayai digunakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kelvin Anthony Morais yang hilang sejak Jumaat lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, ‎di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

Katanya, kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan terletak jauh dari rumah penduduk.

Menurutnya, tiada mangsa yang ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menunggu pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.

"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya yang ditemui di Jeti Ladang Sungai Bernam di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis: Timbalan Pendakwa Raya dilapor hilang]

Difahamkan, kali terakhir Kevin dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Berita kehilangan Kevin juga menjadi 'viral'di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.

Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.
 
 

'Mengapa Najib masih membisu isu dana RM2.6b?'

Posted: 05 Sep 2015 11:15 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man


 


Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?

Meskipun Malaysia dan beliau sendiri dimalukan di Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih enggan tampil menjelaskan misteri-misteri di sebalik derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi mengapa Najib memilih untuk membisu daripada menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion. Berikut ialah lima teori yang paling hangat diperkatakan.

Teori 1: Apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno?

Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihan raya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.

Teori 2: Apakah duit itu sebenarnya bukan derma?

Persoalan ini timbul kerana sehingga hari ini penderma yang berbesar hati ini masih misteri kepada rakyat Malaysia. Spekulasi ini lebih hangat apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berani menjawab cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan nama penderma tersebut setelah Zahid mengaku telah berjumpa dengan wakil keluarga dari asia barat yang mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib.

Jika penderma itu sanggup menderma RM2.6 bilion kepada Najib, mengapa beliau tidak sanggup tampil membersihkan nama Najib? Tidakkah penderma itu takut duit derma itu akan dibazirkan jika Najib jatuh nanti sedangkan derma itu untuk Umno bukan untuk Najib? Apakah betul dakwaan Tun Mahathir bahawa duit itu sebenarnya duit 1MDB?

Teori 3: Apakah ia satu kesilapan taktikal untuk mengelarkan RM2.6 bilion itu sebagai derma?

Dana RM2.6 bilion di akaun Najib didedahkan oleh WSJ (Wall Street Journal) pada 3 Julai 2015 yang disyaki duit 1MDB. Sebulan kemudian, barulah SPRM berkata duit itu ialah duit derma.

Sehingga kini, tidak kedengaran Najib menyaman WSJ meskipun derma cerita RM2.6 bilion ini sudah menjadi perbualan dan lawak antarabangsa.

Apakah ini satu kesilapan taktikal yang teruk? Oleh kerana itu, sehingga Najib tidak berani menjawab isu RM2.6 bilion ini secara berdepan meskipun menerima kritikan hebat di IACC di negara sendiri.

Teori 4: Apakah memang ada bukti salahlaku yang dijumpai mengenai RM2.6 bilion?

Spekulasi ini juga antara terhangat diperkatakan ekoran terbubarnya pasukan siasatan khas isu 1MDB, pemecatan Muhyiddin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara mengejut, terbantutnya persidangan PAC, pemindahan pegawai Peguam Negara dan SPRM yang dilakukan secara mendadak, penahanan pegawai SPRM seperti penjenayah untuk disoalsiasat dan kebisuan Bank Negara dalam isu dana RM2.6 bilion.

Jika derma itu bersih dari segi tatatertib kewangan, mengapa Najib tidak menggalakkan siasatan diteruskan?

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Teori 5: Apakah antara orang yang dapat menikmati dana RM2.6 bilion itu ialah pemilik akaun atau warisnya?

Persoalan ini juga hangat diperkatakan berdasarkan gaya hidup pasangan ini, yang digelar mewah oleh Tun Dr Mahathir. Apakah disebabkan ini, Najib memilih untuk membisu kerana beliau tahu rakyat dan Umno akan lebih marah?

Tanpa jawapan yang memuaskan, lebih banyak spekulasi mengenai RM2.6 bilion di akaun Najib akan timbul dan hangat diperkatakan.

Bukan sahaja Najib yang kena pukul, Malaysia dan nilai ringgit turut dilanyak bersama kerana hilangnya integriti daripada pemimpin tertinggi dan kabinetnya.

Jika nilai ringgit terus turun, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi secara mendadak di suku ke keempat 2015 kerana semua barangan import telah menjadi mahal.

Situasi dijangka akan diburukkan melalui risiko yang perlu diambil untuk mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) untuk tidak membebankan rakyat Malaysia yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi (melebihi 80% daripada KDNK) dan tekanan daripada GST apabila barang-barangan yang dikecualikan turut dikenakan GST bermula 2016.


DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.


Jangan jadikan masalah negara isu perkauman, kata Rafidah Aziz

Posted: 05 Sep 2015 11:11 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dakwa pemimpin 'memainkan isu perkauman' elak tangani isu dibangkitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dakwa pemimpin 'memainkan isu perkauman' elak tangani isu dibangkitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas pemimpin didakwanya "memainkan isu perkauman" dalam usaha mengelak daripada menangani isu dibangkitkan rakyat Malaysia yang prihatin.
 
Dalam posting Facebook terbaru beliau, bekas ketua Wanita Umno itu berkata, keadaan "kucar-kacir" yang dihadapi negara ketika ini tidak ada kena mengena dengan bangsa, tetapi berkenaan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

"Sekarang waktu yang sangat tidak menyenangkan," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.

"Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri... Mainkan isu perkauman... Tuding jari dan salahkan orang lain... Mainkan angka bagi menggambarkan 'kekuatan' sokongan yang mereka perolehi. 
 
 "Dalam proses ini, isu yang menjadi kerisauan rakyat, dan mahu dilihat satu penyelesaian segera, dipinggirkan begitu saja... dan dielakkan," katanya.


Ahli Umno Pasir Gudang buat laporan polis terhadap Najib isu RM2.6 bilion

Posted: 05 Sep 2015 10:58 PM PDT




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Satu laporan polis dibuat ahli Umno Bahagian Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengadu, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang, Johor Baru pada Jumaat, menggesa polis menyiasat beberapa nama termasuk perdana menteri dan pegawai kanan 1MDB.

Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider itu mendesak satu siasatan rapi dilakukan terhadap Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB dan Arul Kanda Kandasamy, presiden 1MDB.

Laporan polis dibuat ahli Umno Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion. – Gambar The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Laporan polis dibuat ahli Umno Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion. – Gambar The Malaysian Insider.Dalam laporan tersebut, Rashed juga menyertakan kronologi wang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion), yang menurut pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib. 
 
Turut disertakan ialah beberapa kenyataan menteri berhubung wang yang dikatakan derma dari Timur Tengah tersebut.
 
Rashed mahu kenyataan beberapa menteri mengenai skandal wang derma tersebut disiasat kerana dikhuatiri mempunyai unsur penipuan di dalam Dewan Rakyat dan menerusi media.

Pengadu menamakan 5 individu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman, sebagai mereka yang pernah mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion tersebut.

"Saya ingin melaporkan dan memohon pihak polis membuat siasatan rapi ke atas kenyataan menteri-menteri di atas yang dikhuatiri mempunyai unsur penipuan sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun kenyataan laporan media," kata pengadu dalam laporan tersebut.

Laporan tersebut juga mahu pihak polis menyiasat dakwaan dibuat oleh Bank BSI Singapura yang menyatakan 1MDB memberi dokumen palsu mengenai simpanan syarikat pelaburan negara tersebut bernilai AS$1.103 bilion.

Kontroversi bermula selepas WSJ mendedahkan pembabitan Najib berhubung wang AS$700 juta itu yang dikatakan disalurkan daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Susulan kontroversi tersebut, pemimpin utama Umno menggesa penjelasan Najib, antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mengatakan tidak mengetahui mengenai wang derma tersebut.

Pada Mac, Najib mengarahkan siasatan oleh ketua audit negara ke atas 1MDB dan hutangnya sebanyak RM42 bilion itu dan dapatannya perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Bagaimanapun, siasatan itu terhenti buat sementara waktu selepas 4 ahlinya, termasuk pengerusi PAC, dinaikkan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai.

Rombakan itu juga menyaksikan Najib menggugurkan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dan Shafie sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Pada masa sama, peguam negara juga digantikan ketika siasatan sedang berjalan ke atas 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion itu.

Najib juga berdepan tindakan mahkamah berhubung skandal tersebut selepas seorang Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman ke atas presiden Umno itu mengenai perkara sama.

Beliau kemudiannya dipecat kerana membawa hal parti ke mahkamah, tetapi beliau berkata akan mencabar penamatan keahliannya itu.

Seorang lagi ahli Umno, Datuk Khairuddin Abu Hassan dipecat daripada jawatannya sebagai naib ketua bahagian Batu Kawan selepas beliau membuat laporan polis terhadap Najib dan 1MDB pada Disember lalu.

Beliau selepas itu membuat lebih banyak laporan dengan polis di UK dan Perancis, dan dilaporkan turut menyerahkan dokumen kepada pihak berkuasa Switzerland.


Ahli Umno tawar ‘Cina buta’ selamatkan perkahwinan bekas pemimpin PAS

Posted: 05 Sep 2015 10:33 PM PDT



PAS baru-baru ini berkata yakin perkahwinan Ahli Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli antara yang terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai Amanah tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.PAS baru-baru ini berkata yakin perkahwinan Ahli Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli antara yang terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai Amanah tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Seorang pemimpin Umno tampil menawarkan khidmat pernikahan 'Cina buta' dengan upah hanya dua gantang beras - dianggarkan bernilai RM7.30 - kepada bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) susulan dikatakan perkahwinan mereka terbubar kerana melanggar sumpah yang dibuat sebelum ini.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos memberitahu The Malaysian Insider, tawaran itu dibuat bagi pihak 35 rakannya yang berusia bawah 35 tahun yang sanggup melakukan perkara tersebut.

Katanya, ia bertujuan menghalalkan semula perkahwinan pemimpin parti Islam itu yang menjadi pertikaian beberapa pihak berikutan baiah atau akujanji yang dipercayai dibuat mereka sewaktu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

"Kami tawarkan perkhidmatan ini kerana risau rakan sebangsa dan seagama daripada terus bersekedudukan dan berzina. 
 
 "Jadi, patutlah kita bantu dengan cara sebegini," katanya yang menghubungi The Malaysian Insider sendiri bagi memaklumkan tawaran itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam PRU13 atas tiket parti itu supaya mengosongkan kerusi jika menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah), yang diumumkan pada 31 Ogos lalu, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.

Baiah itu didakwa mengakibatkan jatuhnya talak tiga kepada isteri wakil rakyat itu sekiranya mereka bertindak keluar parti selepas menang pilihan raya atas tiket PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkata, PAS yakin perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli antara yang terbubar dengan talak 3 secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya apabila menyertai Amanah tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Kenyataan itu bagaimanapun ditolak Hatta yang berpegang kepada pendapat berbeza ulama lain.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud pula dikatakan menjamu nasi beriani kambing kepada 100 fakir miskin di Shah Alam pada 4 September lalu bagi tujuan membayar kifarah baiah itu.

Nikah secara 'Cina buta' atau istilah sebenarnya 'nikah muhallil' bertujuan menghalalkan suami pertama berkahwin semula dengan bekas isterinya yang sudah ditalak tiga.

Ia dilakukan dengan memenuhi 3 syarat - bekas isteri yang ditalak 3 bernikah dengan lelaki lain selepas tamat tempoh edahnya, melakukan hubungan badan sempurna dengan suami barunya dan kemudian diceraikan suami barunya itu.

Wanita tersebut kemudiannya akan halal bernikah semula dengan suami yang menceraikannya dengan talak 3 selepas ketiga-tiga syarat itu dipenuhi.

Istilah 'Cina buta' dipercayai wujud kerana amalan masyarakat Melayu pada masa dulu yang kebiasaannya mengupah seorang berbangsa Cina bagi membantu seorang wanita memenuhi syarat itu.

Bagaimanapun, hukum amalan itu terus menjadi pertikaian ekoran taraf perempuan yang seolah-olah menjadi barang dagangan dalam sesebuah perkahwinan.

Jamal berkata, beliau akan memperincikan profil 35 orang tersebut dalam masa terdekat menerusi sidang media atau menerusi akaun Facebook miliknya.

Ditanya tentang jaminan yang "perkhidmatan" itu akan dilaksanakan dengan sempurna, Jamal memberikan jawapan berikut:

"Kalau isteri dah suka dengan suami yang baru, itu di luar jaminan sayalah, tetapi mungkin ada perjanjian yang diwajibkan dalam Islam," katanya. 
 
 

Azmin gesa polis tumpu kes jenayah, bukan buang masa dengan Bersih

Posted: 05 Sep 2015 10:09 PM PDT



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media ketika menghadiri program PJ Half Marathon di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 6 September, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media ketika menghadiri program PJ Half Marathon di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa polis supaya menumpukan kepada masalah jenayah yang lebih serius berbanding memanggil individu yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. 
 
Azmin berkata tindakan polis itu membuang masa dan membazir wang rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan supaya pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga kepentingan dan keselamatan awam.

"Tidak harus wang rakyat seperti ini digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Itu gesaan saya pada polis.

"Polis perlu tumpu masalah jenayah yang semakin serius hari ini dan tidak menekan rakyat yang sebenarnya berhimpun secara aman, menurut perlembagaan dan peruntukan sedia ada," katanya selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya, pagi ini. 
 
 Beliau yang juga timbalan presiden PKR itu menyeru kepada pihak polis agar melihat kembali perkara itu dengan serius supaya keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi itu dapat dikembalikan.
 
"Institusi PDRM adalah satu sistem demokrasi yang harus memelihara ketenteraman dan keselamatan rakyat, bukan individu," kata Azmin.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan memanggil lebih ramai lagi individu dan peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Katanya, polis sedang mengkaji klip video dan gambar semasa perhimpunan 34 jam tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan dipanggil dan disiasat mengikut Kanun Keseksaan berhubung ucapannya pada perhimpunan tersebut.

Bersih 4 menyaksikan ribuan rakyat Malaysia tidur di jalanan dalam satu perhimpunan bermalam yang pertama seumpamanya di negara ini.

Polis sebelum itu mengisytiharkan perhimpunan itu tidak sah dan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan sebarang penggunaan warna kuning dengan perkataan "Bersih 4".

Tetapi polis tidak bertindak ke atas peserta perhimpunan sepanjang ia berlangsung dengan aman, berakhir pada tengah malam 30 Ogos dengan ribuan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan melaungkan Merdeka.

Peguam bagaimanapun berkata, pihak polis bertindak salah apabila mengisytiharkan perhimpunan itu haram kerana berhimpun secara aman tidak menyalahi sebarang undang-undang dan ia diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Perhimpunan itu diadakan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak bertanggungjawab terhadap dakwaan skandal kewangan melibatkan syarikat milik negara 1Malaysia Development Bhd dan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.


28 Jam Bertarung Nyawa Di Laut Sebelum Diselamatkan

Posted: 05 Sep 2015 10:05 PM PDT

Oleh: IVAN LOH & AUSTIN CAMOENS
 
 
Anggota pasukan penyelamat membawa seorang mangsa yang terselamat ke Markas Utama Mencari dan Menyelamat (SAR) di UP Berhad, Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam, Hutam Melintang, Jumaat. -fotoBERNAMA
 
 
HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki warga Indonesia terpaksa bertarung nyawa di laut selama 28 jam sebelum diselamatkan.

Lelaki itu sedang menaiki bot sesak menuju ke Tanjung Balai di Sumatera, Indonesia, apabila ia karam pada Khamis.

Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan berkata sebuah kapal nelayan ternampak lelaki itu terapung kira-kira pukul 12.15 tengahari Jumaat, kira-kira lima batu nautika dari lokasi bot itu terbalik.

"Kita telah memberikan pertolongan cemas kepadanya di atas kapal nelayan sebelum membawanya ke jeti di sini.

"Ketika membawanya ke daratan, kapal nelayan yang sama menemui dua lagi mayat, kedua-duanya lelaki," katanya kepada pemberita di Jeti Melintang Hutan, Jumaat.

Beliau berkata mangsa yang terselamat itu berada dalam keadaan sangat lemah dan telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan.

Katanya, mereka juga menerima laporan bahawa tujuh lagi mayat telah ditemui dan usaha sedang dilakukan untuk membawanya ke darat.

"Ketujuh-tujuh mayat itu terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki.

"Ini menjadikan jumlah yang ditemui sekarang adalah 44 orang dan 24 telah terkorban," kata Mohd Aliyas.

Mayat-mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainon di Ipoh untuk bedah siasat.

Di Klang, 19 mangsa yang terselamat sebelum itu telah dikeluarkan perintah reman oleh Mahkamah Majistret di Kuala Selangor.

Mereka akan berada di bawah tahanan polis selama 14 hari sementara menunggu siasatan.

Sumber berkata, siasatan juga sedang dijalankan untuk menentukan sama ada tekong kapal adalah di kalangan 19 yang ditahan.

Mohd Aliyas berkata, tujuh buah kapal, empat bot dan empat pesawat termasuk satu dari Tentera Udara terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Agensi-agensi lain yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat termasuklah Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela.
 
 

Tiada ulasan: