Sabtu, 12 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Altantuya kembali menghantui Malaysia melalui dokumentari baru

Posted: 12 Sep 2015 07:37 AM PDT



Oleh V Shuman


Model Mongolia Altantuya Shaaribuu terus menghantui Malaysia, hampir 10 tahun selepas dia di bunuh kejam oleh dua orang komando polis.Al-Jazeera kini mengeluarkan dokumentari eksklusif selama 26 minit, berjudul "Murder in Malaysia", membangkitkan kembali kes wanita berusia 28 tahun itu.

Video tersebut menimbulkan beberapa perkara yang penting, termasuklah pembunuh- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bertindak mengikut arahan dan menjadi "kambing hitam"  orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu. 

Anda sedar yang pembunuhan kejam itu masih lagi merupakan isu yang sensitif di sini,  kerana walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, apabila wartawan penyiaran yang mengacarakan dokumentari itu- warga Australia Mary Ann Jolley, diusir keluar dari Malaysia apabila dia berada di sini untuk melakukan siasatan lanjut. 

Ia menampilkan temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setey, yang bersumpah akan mencari keadilan untuk anaknya, tanpa mempedulikan apa kesannya. 

Ia bermula dengan menunjukan bahagian lain kehidupan Altantuya- seorang wanita berdikari, ibu dan anak penyayang, yang akhirnya menemui ajal di negara asing, kerana hubungan sulit dengan lelaki yang sangat berpengaruh. 

Dokumentari berani itu juga menimbulkan kembali kemungkinan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang juga ditahan kerana pembunuhan itu walaupun selepas itu dibebaskan tanpa perlu dibicarakan. 

Juga terdapat temubual dengan Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), bercakap selaku bekas aktivis badan pemantau hak asasi manusia Suaram, yang mengekalkan dakwaannya bahawa pembunuhan itu berkait rapat dengan pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari Perancis.

Dokumentari itu juga menyentuh misteri pengakuan yang bertukar-tukar oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang juga merupakan pegawai keselamatan Abdul Razak. 

Pertama kali Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah mengaitkan Abdul Razak dengan Altantuya, tetapi menariknya dua hari kemudian, dikatakan kerana akuan bersumpah itu dibuat di bawah tekanan. 

Isterinya A Santamil Selvi mengisahkan hari-hari penarikan akuan bersumpahnya dan akhirnya kembara mereka menghilangkan diri ke India selama hampir lima tahun. 

Selepas di usir, Jolley kemudian memulakan siasatan di Australia, di mana dia bercakap dengan seorang lelaki warga Australia dikenali sebagai Frank- saudara jauh Sirul. 

Lelaki tersebut, yang enggan menunjukan mukanya ke kamera kerana bimbangkan tindak balas pihak tertentu, mengambil Sirul kali pertama dia sampai di Australia hujung tahun lepas, dan berkata dia tidak mengetahui yang Sirul sedang melarikan diri selepas membunuh.

Hanya sewaktu dia meminta passport Sirul untuk memperbaharui visa barulah bekas komando polis itu menceritakan semuanya.

Awal tahun ini Sirul ditahan oleh polis Australia dan kini sedang berada dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.

Saudara Sirul "mendedahkan" senarai nombor perhubungan yang ditinggalkan Sirul, termasuklah beberapa individu berkuasa di Malaysia.

Ia juga menunjukan teks mesej Sirul dengan seorang lelaki berpengaruh di sini, meminta jutaan dolar Australia untuk terus tinggal di sana dan tidak kembali ke negara ini untuk mendedahkan semua pekung.

Dokumentari itu juga cuba menjalankan temubual dengan Perdana Menteri Najib Razak, yang menolak permintaan itu.

Bagaimanapun, sebuah kenyataan media di hantar ke Al-Jazeera daripada pejabatnya memberikan alasan yang banyak kali di ulang yang "PM tidak mengenali, atau pernah bertemu si mati," dan " dua penjenayah telah dihukum melalui proses perundangan yang teliti".

Tidak dilupakan bahawa dakwaan Najib terlibat dalam kes itu adalah "niat jahat pembangkang untuk mencemarkan nama PM."

Satu perkara yang pasti malah dapat difahami oleh kanak-kanak- Sirul dan Azilah tidak melakukan pembunuhan itu untuk diri mereka sendiri.

Mereka tidak mengenali Altantuya sebelum pembunuhan, dan mereka tidak mempunyai motif untuk memastikan dia tidak lagi bernyawa.

Mereka bertindak mengikut arahan- tetapi siapa yang memberikan arahan adalah soalan yang masih tidak punya jawapan.

Sehingga semua persoalan itu terjawab, semangat Altantuya dan mereka yang hilang nyawa kerana cuba mendedahkan kebenaran ( baca PI Bala) akan terus menghantui Malaysia.

Tonton video di sini.- See more at: http://bm.theantdaily.com/ 


PAS "boleh terima" tindakan wakil rakyat yang lompat ke parti yang mesra PAS

Posted: 12 Sep 2015 07:20 AM PDT

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic

 
SHAH ALAM: Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu kini tidak lagi akan menentang pemimpinnya yang lompat parti selagi parti itu mempunyai jalinan kerjasama dengan PAS. 
 
Justeru, beliau berkata PAS akur dengan  tindakan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR kerana mereka masih berada di 'padang' politik yang sama.
 
"Saya rasa (mereka) kini bermain atas padang yang sama sekarang, Kalau dulu kita mungkin agak keberatan ambil wakil rakyat yang lain, suasana sudah berubah, wakil rakyat PAS boleh pergi ke parti-parti lain yang punyai hubungan dengan PAS, " kata beliau. 
 
Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Tumpat yang menyertai PAS pada tahun 2008 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat daripada Umno dan kerajaan.  Muhammad adalah mantan Menteri Besar Selangor yang menyertai PAS sebelum pilihan raya umum ke 13. 
 
Kedua-dua mereka lompat daripada PAS secara rasmi semalam untuk menyertai PKR di bawah pimpinan Anwar, walaupun sebelum ini dijangka menyertai Parti Amanah Negara. 
 
Amanah  diterajui oleh bekas pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Meskpun sudah memutuskan hubungan dengan DAP,  PAS terus menjalin hubungan dengan PKR menerusi kerajaan negeri Selangor pimpinan Mohamad Azmin Ali manakala PKR juga memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan PAS di Kelantan. 
 
Azmin, selaku Timbalan Presiden PKR, juga menegaskan keperluan DAP menerima PAS dalam pembentukan sebarang gagasan pembangkang baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14. 
 
Takiyuddin berkata  beliau bersetuju dengan Naib Presiden PAS Iskandar Samad bahawa lebih baik bekas ahli PAS menyertai PKR dan bukan Amanah,  namun tetap  "bersedih" kerana  wakil rakyat PAS semakin berkurangan. 
 
"Saya boleh bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden tapi apapun, parti mana pun mereka sertai, pokoknya mereka keluar daripada PAS. Ini satu peristiwa yang kita tidak suka tapi kena terima kenyataan. Boleh jadi betul apa yang dikatakan itu,  sebab PKR masih ada hubungan dengan kita," kata Takiyuddin. 
 
"Tapi mereka memang keluar daripada PAS (maka) bilangan ahli Parlimen PAS di Parlimen berkurangan," kata beliau. 
 
Setakat ini 13 Ahli Parlimen dan ADUN PAS menzahirkan hasrat keluar daripada PAS setelah hilang keyakinan terhadap presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Hanya Kamaruddin dan Muhammad menyertai PKR manakala selebihnya akan menerajui Amanah yang akan dilancarkan pada 16 September depan.  
 
Bagaimanapun Pendaftar Pertubuhan masih belum memberi keluluasan untuk parti itu didaftarkan. 
 
Takiyuddin berkata PAS berharap dengan perkembangan baru yang sedang berlaku, pihak berkenaan akan tu akur dengan hak PAS untuk menerima mana-mana pemimpin daripada parti lain. 
 
"Maka saya rasa untuk berlaku adil kepada PAS, kami boleh menerima menerima mana-mana wakil parti (lain)  untuk sertai PAS", kata beliau. 
 
 

UMNO hantar ahli ke Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 12 Sep 2015 05:44 AM PDT

 
139 UMNO Bahagian telah bersetuju untuk turut serta dengan menghantar wakil mereka 16 September ini.


umno,wakil


PETALING JAYA:Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh mengesahkan surat yang ditanda tangannya berhubung Mesyuarat Khas Perhimpunan Rakyat Bersatu, adalah tulen.

unnamed (3)

Ia bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini yang menafikan pembabitan parti itu dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 16 September ini.

Ketika dihubungi FMT, Ab Rauf berkata mesyuarat yang telah diadakan minggu lalu bagi membincangkan persediaan.

"Ia benar. Mesyuarat telah diadakan sebagai persiapan sekiranya penganjur menjemput kita," katanya.
Dalam memo yang bertarikh 4 September 2015, ia menyertakan 139 UMNO Bahagian telah bersetuju untuk turut serta.

Berikut senarai bahagian berkenaan:

PERAK 19/24
1. Bkt Gantang 1000
2. Gopeng 2000
3. Bg Serai 1000
4. Tg Malim 2000
5. Tapah 1000
6. Taiping 1000
7. Kampar 1000
8. Lumut 1000
9. Ipoh Timor 600
10. Parit 500
11. Telok Intan 1000
12. K Kangsar 1000
13. Sg Siput 1000
14. Lenggong 500
15. Batu Gajah 500
16. Gerik 500
17. Ipoh Barat 500
18. Larut 1000
19. Bagan Datok 1000

W.PERSEKUTUAN 9/13
1. Batu 2000
2. Segambut 2000
3. Bkt Bintang 1000
4. Kepong 1000
5. Seputih 1000
6. Titiwangsa 1000
7. BTR 1500
8. Lembah Pantai 2000
9. Cheras 500

TGANU 7/8
1. K.Trg 1000
2. Marang 1000
3. Dungun 1000
4. Kuala Nerus 1000
5. Besut 1000
6. Hulu Tganu 1000
7. Setiu 1000

MELAKA 5/6
1. Jasin 1000
2. Bukit Katil 1000
3. Alor Gajah 1000
4. Tangga Batu 1000
5. Kota Melaka 1000

PERLIS 3/3
1. Arau 2000
2. Pdg Besar 1000
3. Kangar 1000

SABAH 3/25
1. Kinabatangan 200
2. Keningau 11
3. Tawau 50

N. SEMBILAN 4/8
1. Jempol 1000
2. K Pilah 1000
3. Jelebu 1500
4. Rasah 1000

PAHANG 12/14
1. Bera 2000
2. Kuantan 2000
3. Temerloh 1000
4. Raub 1000
5. IndraMahkota 1000
6. Rompin 2000
7. K Krau 1000
8. Bentong 1000
9. Lipis 1000
10. C Highlands 500
11. Paya Besar 1000
12. Jerantut 1000

SELANGOR 21/22
1. Hulu Langat 2000
2. PJS 2000
3. Kapar 2000
4. Puchong 2000
5. Shah Alam 1000
6. Subang 2000
7. Ampang 1000
8. Kuala Sgor 1000
9. Pandan 2500
10. Klang 500
11. Gombak 1000
12. Sepang 1000
13. Kuala Langat 1000
14. Selayang 3000
15. Serdang 1000
16. Kota Raja 1000
17. Kelana Jaya 1300
18. Sabak Bernam 500
19. PJU 400
20. Hulu Selangor 1000
21. Tg Karang 2000

JOHOR 20/26
1. Ledang 1000
2. Sekijang 500
3. Tg Piai 1000
4. Sri Gading 1000
5. Muar 1000
6. JB 200
7. Bakri 500
8. Batu Pahat 1000
9. Spg Renggam 1000
10. Segamat 400
11. Labis 200
12. Pasir Gudang 500
13. Gelang Patah 400
14. Tebrau 400
15. Pontian 400
16. Ayer Hitam 400
17. Pengerang 500
18. Kota Tinggi 500
19. Tenggara 200
20. Kulai 250

P. PINANG 12/13
1. Kepala Batas 1000
2. Nibong Tebal 1000
3. Bukit Gelugor 1000
4. Bkt Mertajam 500
5. Bagan 500
6. Bukit Bendera 1000
7. Bt Kawan 500
8. Tanjong 500
9. Tasik Gelugor 1000
10. Jelutong 500
11. Bayan Baru 500
12. Balik Pulau 500

KELANTAN 12/14
1. Ketereh 1000
2. Rantau Pnjg 2000
3. Tnh Merah 3000
4. Kbg Kerian 1000
5. Pasir Putih 2000
6. Peng Chepa 1000
7. Kuala Krai 1000
8. Pasir Mas 1000
9. Bachok 1000
10. Tumpat 1000
11. Kota Bharu 1000
12. Machang 1500

KEDAH 12/15
1. Pdg Terap 1000
2. Baling 1000
3. Langkawi 400
4. Sg Petani 1000
5. Jerai 1000
6. Pendang 800
7. Alor Setar 500
8. Kubang Pasu 1000
9. Sik 200
10. Merbok 1000
11. Pokok Sena 300
12. Padang Serai 500

NGOs
1. Felda 30,000
2. Ngo Terengganu 2000

Pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 9 September lalu, Najib menekankan parti itu tidak terbabit menyediakan dana dalam bantahan minggu depan.

Katanya, beliau menerima pemimpin UMNO yang menyertainya atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakilinya dan memberikan sokongan kepada mereka yang ingin menyertainya selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Perhimpunan Baju Merah haram, tidak dapat permit

Posted: 12 Sep 2015 05:33 AM PDT

 
Kerajaan sedia menimbang untuk memberi kebenaran sekiranya ia dibuat di luar Dataran Merdeka atau di kawasan tertutup


kunan,merah


PETALING JAYA: Penganjuran Perhimpunan Baju Merah pada 16 September ini di Dataran Merdeka tidak mendapat permit daripada kerajaan.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya sedia menimbang untuk memberi kebenaran sekiranya ia dibuat di kawasan tertutup.

"Jika penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau mana-mana stadium, mereka perlu kemukakan permohonan, tetapi kami tidak akan benarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka," katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Selain itu katanya, penganjur juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan iaitu demonstrasi tidak dibenarkan di Bukit Bintang atau Chow Kit.



Sejajar dengan keputusan itu, beliau juga telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan demonstrasi jalanan.

Anina saman penjahat dalam UMNO, bukan parti

Posted: 12 Sep 2015 05:29 AM PDT

 
Dia tampil memberi penjelasan susulan bahawa pemecatannya disebabkan samannya ke ataas UMNO


Tengku-Adnan-Tengku-Mansor,-Anina-Saadudin


PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.

Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya 'penjahat'  dalam UMNO.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Anina tampil memberi penjelasan susulan dakwaanSetiausaha Agung UMNO itu bahawa pemecatannya disebabkan dia menyaman UMNO.

Dalam tulisan yang lebih sinis dia mempertikai kewibawaan Tengku Adnan.

"Saya hairan bagaimana Setiausaha Agung UMNO bertaraf menteri telah gagal memahami kandungan saman saya di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Jika perkara mudah sebegini juga gagal Ku Nan fahami, bagaimana lah agaknya selama ini Ku Nan mentadbir negara sebagai menteri kabinet," katanya.

Sehubungan itu beliau, bertegas tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Tengku Adnan dan sedia bersemuka dengannya di mahkamah.

"Saya cukup kagum dengan keberanian Ku Nan untuk mengapi-apikan saya supaya meneruskan saman saya terhadapnya berkaitan salah laku beliau memecat keahlian saya secara salah dalam UMNO.

"….Sudah pasti saya tidak akan menggugurkan saman saya terhadap Ku Nan.  Kita akan berjumpa di mahkamah yang mulia," katanya.

"Nak Buat Kacau, Jangan Hadir" - Pesaka

Posted: 12 Sep 2015 03:43 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Ali Rustam pada sidang media penganjuran Perhimpunan Rakyat Bersatu di Stadium Tertutup Titiwangsa, Sabtu.
 
 
Dikemaskini  KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menasihatkan pihak yang berniat mencetuskan isu perkauman pada Himpunan Rakyat Bersatu, 16 September ini supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.

"Bagi yang nak buat kacau, jangan hadir. Kita mahu perhimpunan ini berlangsung secara aman," katanya pada sidang media di Stadium Titiwangsa di sini, Sabtu.

Menurut beliau, Pesaka terpanggil untuk mengadakan perhimpunan aman itu kerana tercabar dengan tindakan penyokong Bersih 4 yang menggunakan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan.

"Dah buat empat kali, tapi kita tak nak bergaduh, kita biarkan sahaja, yang kedua dan ketiga serta terbaharu keempat, mana pergi maruah kita.

"Mereka terus cabar maruah kita, tak boleh tahan. Sebab itu kita nak buat (himpunan) secara aman ikut undang-undang," katanya.

Justeru, beliau berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan  permohonan permit badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk berhimpun di Padang Merbok.

"Saya dah hantar permohonan (permit) pada 8 September lalu, tetapi sehingga hari ini masih belum dapat persetujuan DBKL.

"Saya minta bagilah kita permit, kita bukan nak gaduh, nak jalan-jalan. Kita nak duduk secara aman di Padang Merbok," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menasihatkan perhimpunan tersebut diadakan di tempat tertutup, Mohd Ali berkata Pesaka tiada masalah untuk berhimpun di Stadium Merdeka.

"Kita dah tengok keadaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara ada banyak kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan. Tapi kalau Stadium Merdeka boleh digunakan, kita tiada masalah kerana itu lokasi pilihan utama kita sebelum ini," katanya.

Pada masa sama, beliau menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Kita terbuka kepada rakyat Malaysia, semua boleh menyertai perhimpunan ini," katanya.

PAS Layak Ganti Umno - Presiden Ikatan

Posted: 12 Sep 2015 03:40 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Abdul Kadir Sheikh Fadzir
 
 
SHAH ALAM: Jika bukan Umno, PAS adalah parti yang paling layak memikul tanggungjawab bagi mengambil alih pentadbiran negara, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu membidas DAP kerana menolak dan menidakkan pengaruh PAS dalam pakatan pembangkang.

"Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Mereka ini mewakili 70 peratus penduduk Malaysia.

"Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera.

"(Sekarang) siapa hendak jadi kerajaan? Ada parti tunjang (PAS) ditendang keluar. Tinggal apa?," katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat di sini, Sabtu.

Kongres yang pertama kali dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut bekas menteri Umno itu lagi, PAS bagaimanapun perlu melakukan beberapa perubahan dalaman bagi memastikan mereka terus relevan dengan perkembangan politik semasa.

"PAS perlu ingat kamu adalah parti tunjang. Tapi adakah PAS sanggup memikul tanggunjawab ini bagi menyelamatkan negara kita?

"PAS harus buat penyesuaian yang perlu dengan melihat gambaran yang lebih besar," katanya.

Khalid Samad tidak layak kritik Hadi

Posted: 12 Sep 2015 03:36 AM PDT

 
Pandangan Khalid Samad terhadap kerjasama GHB dan Pas dianggap tidak layak kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu


pas,-ghb,-Khalid-Samad,-Takiyuddin-Hassan


SHAH ALAM: Pas tidak memerlukan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung cadangan pembentukan kerjasamanya dengan Pakatan 2.0.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain tidak layak dia juga tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi dalam GHB.

"Siapa dia untuk minta Presiden berubah? Apa jawatan dia dalam GHB (Gerakan Harapan Baru)?" soalnya ketika ditemui selepas sidang media Kongres Rakyat di Shah Alam, pada Sabtu.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, meskipun rundingan dan perbincangan diadakan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, namun perbincangan untuk bekerjasama dalam Pakatan 2.0 masuh belum diadakan.

"Kita anggap Pakatan 2.0 itu adalah kerjasama baharu di antara DAP, GHB, dan PKR yang memerlukan PAS.

"Kita akan bincangkan kata putus hala tuju kerjasama ini kerana PAS mempunyai agenda sendiri yang menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang," katanya.

Terdahulu, Khalid berkata GHB boleh menerima kerjasama dengan Pas dalam Pakatan 2.0, namun dengan syarat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya yang sebelum ini membelakangkan keputusan pakatan seperti yang berlaku dalam isu Hudud.

Katanya, jika Hadi berdegil dengan sikapnya itu, beliau tidak menolak sejarah dalam PR mungkin akan berulang dalam Pakatan 2.0.

Siapa sebenarnya katak?-Ibrahim Ali

Posted: 12 Sep 2015 03:33 AM PDT

 
Ia merujuk kepada tindakan anggota pembangkang yang melompat parti sampai empat, lebih banyak daripada yang pernah dibuatnya.


ibrahim-ali,perkasa


PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk menjadi perunding kepada sesiapa yang ingin melompat parti.

Tawaran itu dibuat kerana beliau mempunyai pengalaman kerana pernah melakukan benda yang sama.
Katanya keputusan lompat parti bukannya sesuka hati sebaliknya ia mungkin dilakukan secara sukarela atau juga menjadi mangsa keadaan.

Jelas Ibrahim lagi adalah tidak adil tindakan sesetengah pihak melabel mana-mana ahli politik yang lompat parti sebagaimana yang berlaku ke atasnya sehingga dipanggil 'katak'.

"Lompatan mereka adalah lompat galah, ertinya sukarela. Dulu ada dalam kalangan mereka yang mempersenda, mengejek dan menghina saya sebagai katak," katanya kepada FMT

Wal hal ramai lagi ahli politik yang berbuat demikian dari dahulu sehingga sekarang, ia sentiasa berlaku.

"Di Semenanjung Malaysia, ramai juga tokoh-tokoh politik yang hebat bertukar atau melompak parti sejak Merdeka. Arwah Datuk Asri Muda, bekas Presiden PAS menubuhkan Hamim tetapi akhirnya masuk UMNO.

Begitu juga dengan Kasim Ahmad dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) melompat ke UMNO dan terbaru, Aziz Bahri dari Pas masuk DAP," jelas Ibrahim.

Kata beliau lagi, jika disenaraikan, pasti ramai yang boleh dinamakan termasuk, Datuk Saifuddin Nasution yang kini bersama PKR.

"Tapi yang anehnya, apabila disebut katak, ia dirujuk dengan nama saya, Ibrahim Ali. Hanya saya sahaja yang menjadi fokus dan sebutan khususnya dalam kalangan media portal lagi," tulisnya di Whatsapp.

Apa yang mencuit hati katanya, orang yang dulu memanggil dan mengutuknya sebagai katak turut lompat parti.

Kepada yang berkenaan, Ibrahim meminta supaya jangan menghina orang lain.

"Sekarang, siapa bapa katak? Meludah jatuh ke muka sendiri. Malu sungguh. Oleh itu saya nasihatkan supaya jangan menuduh dan menghina orang lain," sindirnya.

Tun Mahathir: Dia macam boleh teka...

Posted: 12 Sep 2015 03:19 AM PDT


Tun Mahathir: Dia macam boleh teka...
Dr Mahathir pada sidang media selepas tayangan perdana filem Kapsul, malam tadi.
 
 
SKRIP filem Kapsul yang telah dihasilkan pada tahun 2009 oleh‎ penulisnya, Allahyarham Martias Ali seolah-olah 'kena' dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, melihat suasana politik semasa dan filem itu malam tadi, Martias seakan-akan boleh menekanya sejak enam tahun lalu.

"Ketika dapat tahu filem ini, saya tanya produksi bila skrip ini dibuat dan adakah skrip ini diubah? Jawapan diberi kepada saya, skrip ini dibuat pada tahun 2009 dan tiada sebarang perubahan dibuat (sehingga hari penggambaran).

"Ini seolah-olah Allahyarham Martias Ali (penulis skrip) boleh meneka apa yang akan terjadi di kemudian (hari)," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Tayangan Perdana Filem Kapsul, malam tadi.

Kapsul merupakan filem cereka yang diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Dr Mahathir suatu ketika dahulu di mana isi kandungannya masih menjadi rahsia sehingga 1 Januari 2020 kelak.

Ia mengisahkan perjalanan Zohri Ibrahim lakonan Faizal Hussien secara tidak sengaja dibawa mengembara ke zaman silam di mana dia dapat menyelami sendiri perubahan zaman daripada sebelum merdeka sebelum kembali ke zamannya.

Idea filem ini adalah hasil interpretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menggambarkan bahawa Wawasan 2020 yang menjadi sasaran negara ini kurang lima tahun daripada sekarang, sukar untuk dicapai.

"Cerita ini juga mengalir kepada apa yang…politiklah…apa yang sedang berlaku sama ada Wawasan 2020 akan tercapai ataupun tidak.

"Nampak seolah-olah…nampak ia (Wawasan 2020) kurang yakin (untuk dicapai)," katanya.

Kapsul adalah filem pertama Martias Ali namun beliau hanya sempat terlibat dalam proses penggambaran serta suntingan awal sebelum menghembuskan nafasnya yang terahir pada 29 Mei 2014 akibat kanser darah.

Filem Kapsul bakal ditayang di pawagam seluruh Malaysia pada 17 September ini dengan penampilan khas Dr Mahathir.

Filem terbitan sulung Two Tones Sdn Bhd itu mengandungi 60 peratus elemen CGI yang direka dan dibangunkan sendiri oleh kakitangan syarikat itu.

Berlatarkan lokasi sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, sayong, Ipoh, Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Klang, rakaman filem Kapsul mengambil masa selama 25 hari.

Selain Faizal Hussien, filem yang menelan belanja RM2.3 juta itu turut menampilkan 30 pelakon tanah air serta 200 pelakon tambahan.

Antaranya, Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Shahruddin Tambi, Aman Graseka, Adam Corrie Lee, Haeriyanto Hassan, Jue Aziz, Zamarulhisham, Fadilah Mansor dan Elly Mazlien.


Pas sedia terima wakil rakyat lain

Posted: 12 Sep 2015 03:11 AM PDT

Takiyuddin Hassan


SHAH ALAM - Pas sedia menerima wakil rakyat dari parti lain yang beralih arah kepada parti Islam itu meskipun datang daripada parti pembangkang, PKR yang masih mempunyai kerjasama politik.

Setiausahanya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu "adil" kepada Pas susulan keluar masuk pemimpin itu bagaikan pertukaran pasukan bola sepak.

"Apabila wakil rakyat Pas boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan Pas, maka saya rasa adalah adil kepada Pas, mana-mana wakil rakyat parti lain pun bebas sertai Pas.

"Kita terbuka dan bersedia menerima ahli-ahli Parlimen parti lain, belum ada lagi, kalau bola ada pindah pemain dari satu pasukan ke pasukan lain, politik pun sama," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang meninggalkan Pas dan menyertai PKR pada Jumaat.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Takiyuddin juga berkata, walaupun pihaknya agak keberatan selepas kehilangan dua ahli Parlimennya sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan peranannya dalam Parlimen Malaysia.

"Apa pun parti, mana pun mereka sertai, pokoknya mereka keluar dari Pas, satu peristiwa yang kita tak suka, tapi kena terima hakikat itu.

"Kita masih boleh berperanan dengan sebaiknya walaupun bilngan Ahli Parlimen Pas berkurangan, tapi kita tidak akan berhenti di situ saja, akan ada pertambahan selepas ini," ujarnya.

Ditanya tentang tindakan ahli Parlimen Tumpat itu menyebabkan Pas akan mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR, beliau berkata tiada keperluan pada masa ini.

"Saya rasa tidak timbul benda (kaji semula tahaluf siyasi) itu," katanya lagi.


200,000 pelajar asing lanjut pelajaran di Malaysia

Posted: 12 Sep 2015 03:09 AM PDT

SINAR HARIAN


Idris Jusoh
Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan Tinggi menyasarkan untuk menarik 200,000 pelajar asing melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta negara ini menjelang tahun 2020, kata Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh.
 
Beliau berkata, ketika ini jumlah pelajar asing yang melanjutkan pelajaran di Malaysia dalam pelbagai bidang ialah seramai 150,000 orang termasuk 27,000 yang mengambil ijazah lanjutan, serta menyumbang RM4.5 bilion setahun kepada pendapatan negara.
 
"Pada 2020, sumbangan pelajar asing kepada negara kita dijangkakan mencecah RM10 bilion," katanya.
 
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: "Soaring Upwards" di sini hari ini. 
 
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang.
 
Sempena program itu, pelbagai data dan maklumat mengenai pencapaian sistem pendidikan tinggi dan kecemerlangan universiti awam dan swasta Malaysia di peringkat antarabangsa dikongsikan dengan hadirin. 
 
Turut diselitkan penampilan kejayaan bekas pelajar universiti, Kolej Komuniti dan Politeknik di Sabah yang sedang mencipta nama dalam pelbagai bidang kerjaya.
 
Menurut Idris, minat pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini didorong keupayaan universiti di Malaysia berada antara universiti terbaik di dunia seperti dalam penyelidikan termasuk bidang tenaga, kejuruteraan dan sistem kewangan Islam.
 
Sebagai contoh, katanya, daripada segi subjek, QS World University Rankings meletakkan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM), masing-masing pada kedudukan 31 dan 32 dunia dalam subjek Pengajian Pembangunan dan Sains Persekitaran manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berada di kedudukan 54 dunia dalam subjek Sains Pertanian.
 
Katanya, USM, UM, Universiti Teknologi Malaysia dan UPM juga berada pada kedudukan 100 terbaik dunia daripada segi subjek bagi lebih daripada 10 bidang pengajian lain.
 
Mengenai program jelajah itu, Idris berkata program itu akan diteruskan ke  bandar utama di seluruh negara bagi menjelaskan dan berkongsi maklumat dengan rakyat mengenai pencapaian pendidikan tinggi Malaysia di dalam dan luar negara. - Bernama
 
 

10 jemaah cedera, enam lagi masih hilang

Posted: 12 Sep 2015 03:05 AM PDT

Jamil Khir
Jamil Khir


KELANA JAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 10 jemaah haji dari Malaysia terlibat dalam kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram petang semalam, manakala enam jemaah lagi iaitu dua lelaki dan empat perempuan dilaporkan masih belum dapat dikesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka yang cedera ringan terdiri daripada tujuh jemaah haji lelaki dan tiga perempuan yang kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, tiga jemaah haji yang cedera menerima rawatan di Hospital Arab Saudi, enam orang di Pusat Rawatan Tabung Haji dan seorang lagi telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

"Mereka yang terlibat mengalami kecederaan antaranya patah tulang kaki, bahu dan pergelangan kaki, lebam serta luka kecil di anggota badan," katanya pada sidang media di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, hari ini.

Jemaah haji Malaysia yang cedera ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.

Yang lain ialah Mat Deris Mohd Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.

Jamil Khir berkata, semua waris jemaah haji yang cedera telah dihubung oleh Tabung Haji semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, aktiviti Sa'ie kembali seperti biasa selepas pihak Masjidil Haram membersihkan kawasan itu dalam tempoh dua jam.

"Pergerakan Sa'ie tidak tergendala, ini kerana Sa'ie ada empat tingkat dan kejadian itu berlaku di tingkat atas.  Dalam dua jam, tempat itu boleh digunakan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Tabung Haji telah melaksanakan segala yang terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji dari Malaysia selepas itu.


Senarai nama jemaah Malaysia cedera, belum dikesan

Posted: 12 Sep 2015 03:03 AM PDT

SINAR HARIAN



Kren tumbang: Sekurang-kurangnya 107 maut
Salah sebuah kren di Masjidil Haram tumbang dipercayai akibat kejadian angin kuat dan hujan.
 
 
PETALING JAYA - Berikut senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan enam lagi yang masih belum dapat dikesan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, semalam.
 
Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.
 
Jemaah Malaysia yang cedera:
 
1. Zainul Arifin Zulkifli (36 tahun) - Batu Caves, Selangor
 
2. Ahmad Muzafar Mamat@ Adam (39) - Bangi, Selangor
 
3. Mohd Nor Azman Hassan (44) - Cheras, Selangor
 
4. Noordin Wahab (59) - Kuala Terengganu
 
5. Abdul Razak Mahmood (61) - Tanah Merah, Kelantan
 
6. Mat Deris Mohd Noor (62) - Bachok, Kelantan
 
7. Mohd Sharif Meon (64) - Klang, Selangor
 
8. Faridah Mat Yacob (46) - Bachok, Kelantan
 
9. Rusiah Baba (50) - Cheras, Kuala Lumpur
 
10. Faridah Mansor (63) - Dungun, Terengganu
 
Jemaah yang masih belum dapat dikesan:
 
1. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37) - Tanah Merah, Kelantan
 
2. Shahidan Saad (52) - Kodiang, Kedah
 
3. Rohana Ismail (54) - Kuala Krai, Kelantan
 
4. Abdul Habib Lahman (68) - Sik, Kedah
 
5. Zainun Taha (69) - Ampang, Selangor
 
6. Munah Jusoh (73) - Cherang Ruku, Kelantan
 
- Bernama
 
 

Sikap Hadi bukan ukuran sertai PR 2.0

Posted: 12 Sep 2015 02:57 AM PDT

Takiyuddin Hassan


SHAH ALAM - Penyertaan Pas dalam PR 2.0 bukan atas dasar peribadi sebaliknya ia adalah urusan antara parti pembangkang sebagai rakan kongsi dalam kerjasama politik itu.

Demikian kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sambil menegaskan perkongsian politik itu tidak wajar dinilai berdasarkan sikap pemimpin utama Pas semata-mata.

"Siapa dia suruh Presiden yang mempunyai sejuta ahli ubah sikap? Apa jawatan dia (Khalid Samad) dalam Harapan Baharu? Khalid ni dah cakap lama, dari dulu lagi. Dia keluar (Pas) pun, lagi ramai lagi masuk parti," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, Harapan Baharu boleh bekerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, namun dengan syarat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya.

Khalid berkata, Abdul Hadi sebelum ini banyak kali membelakangkan keputusan PR khususnya dalam isu hudud.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, sebelum menubuhkan PR 2.0, semua rakan kongsi terlibat perlu berbincang untuk mendapat satu kata putus tentang hala tuju kerjasama politik itu.

"Pas mempunyai pendirian sendiri, mempunyai agenda sendiri, punyai program kita sendiri, pandangan sendiri.

"Kalau kita dipanggil (bincang penubuhan PR2.0) inilah kita jadikan sebagai terma rujukan kita," ujarnya.

Sehingga kini, katanya lagi, Pas masih belum menerima sebarang jemputan untuk berbincang mengenai penubuhan PR 2.0 daripada PKR atau mana-mana pihak terbabit.

"Setakat ini, belum dipanggil apa perjumpaan ke arah itu," katanya lagi.


Isu bai’ah: Urusan individu dengan ALLAH

Posted: 12 Sep 2015 02:54 AM PDT

Isu bai'ah: Urusan individu dengan ALLAH
Takiyuddin Hassan semasa sidang media pada Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, hari ini.‎ Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas mahu tutup buku berhubung isu bai'ah yang telah menjadi perdebatan secara terbuka oleh bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan perkara tersebut sambil menyerahkannya kepada mereka terbabit untuk menilai kesannya.

"Kita nak tutup buku (isu bai'ah), tiada tekanan lagi, kalau mereka merasakan bai'ah itu tak ada apa-apa kesan kepada mereka, kita serahkan kepada ALLAH, itu antara mereka dan ALLAH.

"(dan) mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan perjanjian itu (kerana) sumpah bai'ah kita anggap satu perjanjian antara individu ini dengan Allah, dan disaksikan oleh manusia," katanya pada sidang media pada Kongres Rakyat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata status perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, bai'ah hanyalah satu akujanji yang mengikat wakil rakyat atau pemimpinnya jika tidak menjalankan tanggungjawab, mereka terbabit perlu meletak jawatan.

"Kalau mereka tak letak jawatan, apa saja pendapatan dari kedudukan itu (ahli Parlimen Pas) itu adalah haram.

"Itu satu akujanji kepada orang yang membuat itu, sekarang ini kalau akujanji itu tak terpakai kepada dia, terserah kepada dia," ujarnya.

Takiyuddin berkata lagi, meskipun bai'ah tidak mempunyai kesan dari sudut perundangan, namun ia memberi kesan dari segi moral kepada mereka terbabit.

"Kesan perundangan memang tiada, dia tak letak jawatan pun tak apa, dari segi undang-undang negara walaupun ada bai'ah atau akujanji, dia tak nak letak jawatan, tiada siapa yang boleh paksa.

"Tapi dari sudut moralnya, memang ada, kita serah kepada dia, tiada kuatkuasa undang ke atas bai'ah," katanya lagi.


Anak mangsa sempat hubungi ibu

Posted: 12 Sep 2015 02:41 AM PDT

kren runtuh


BACHOK – Anak sulung mangsa tragedi kren tumbang di Masjidil Haram sempat menghubungi ibunya awal pagi semalam untuk mengetahui keadaan mereka.

Mohd Mubassyir Mat Deris,30, berkata, dia mengetahui tragedi itu melalui berita televisyen jam 1 pagi tadi.

Namun dia hanya mengetahui ibu bapanya, Mat Deris Mohd Noor,62, dan Faridah Mat Yakcob,46, terlibat dalam tragedi itu pada jam 3 pagi selepas dimaklumkan melalui rakan kumpulan WhatsApps.‎

Menurutnya, selepas mengetahui kes itu dia segera menghubungi pihak Tabung Haji (TH) namun dia dimaklumkan pihak TH sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenainya.

"TH suruh saya sabar dulu sebab maklumat lanjut belum diperolehi. Saya cuba hubungi rakan yang bekerja TH dan alhamdulillah saya dapat bercakap dengan mak sekejap. Mak kata dia dah terpisah dengan ayah yang mungkin dirujuk ke hospital lain.

"Mak kata ketika kejadian dia selesai solat Asar dan mengajak ayah balik ke maktab, tetapi ayah kata tunggu dulu. Tak berapa lama lepas tu lah kejadian itu berlaku yang menyebabkan ayah cedera di kepala dan kaki," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cherang Sepulai, Melawi tengahari tadi.

Katanya, sebelum bertolak ke Makkah, bapanya pernah menyatakan hasrat untuk lebih menumpukan beramal di masjid dan mengurangkan waktu berehat di dalam bilik.

Mohd Mubassyir yang masih terkejut dengan kejadian itu berharap agar semua dapat mendoakan ibu bapanya dan mereka yang terlibat akan selamat dan pulang ke tanah air seperti yang dijadualkan.

Mat Deris yang kali pertama mengerjakan haji bersama isterinya bertolak dari Kuala Terengganu untuk ke Makkah pada 5 September lalu.

Difahamkan, Mat Deris adalah seorang guru dan mempunyai lapan anak. Beliau kini dikatakan sedang dirawat di Hospital King Abdul Aziz, manakala isterinya hanya cedera ringan.


Mengapa dokumentari Altantuya sensitif?'

Posted: 11 Sep 2015 05:48 PM PDT


Lim Kit Siang
Lim Kit Siang


SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menimbulkan persoalan mengenai tindakan Malaysia terhadap laporan stesen televisyen Al Jazeera berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kit Siang berkata, wartawan dari Al Jazeera, Marry Ann Jolley yang membuat liputan berkaitan dokumentari bertajuk 101 East di Malaysia telah diarahkan pulang.

"Mengapa kes pembunuhan Altantuya yang dilaporkan sensitif dan wartawan Al Jazeera itu terpaksa dihantar pulang ketika melakukan penyiasatan pembunuhan kejam itu?.

"Adakah laporan berkaitan pembunuhan Altantuya oleh wartawan, media massa dan media cetak tempatan mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali?" soal Kit Siang dalam satu kenyataan menerusi blognya, semalam.

Beliau turut mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas Al Jazeera menyiarkan laporan mereka berkaitan pembunuhan Altantuya.

"Sebagai tindak balas terhadap laporan Al Jazeera semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah bertemu dan tidak pernah mempunyai sebarang hubungan  dengan Altantuya.

"Memandangkan Najib menafikan sekeras-kerasnya pernah bertemu dengan Altantuya, kenyataan beliau sepatutnya membuktikan laporan daripada Al Jazeera dan Suruhanjaya Diraja tidak benar," katanya.

Menurut Kit Siang, laporan yang dilakukan oleh Al Jazeera telah menghasilkan bukti yang boleh membawa kepada motif pembunuhan kejam Altantuya sekali gus membawa kepada dalang terhadap pembunuhan tersebut.

"Adakah siasatan semula akan dibuka pihak polis untuk menyelidik motif sebenar dalang pembunuhan Altantuya?," katanya.


Enam jemaah Malaysia sah cedera‎

Posted: 11 Sep 2015 05:39 PM PDT

SINAR HARIAN



Kren tumbang: Sekurang-kurangnya 107 maut
Salah sebuah kren di Masjidil Haram tumbang dipercayai akibat kejadian angin kuat dan hujan.
MAKKAH - ARAB SAUDI. Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.
 

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata, keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kren jatuh: Jemaah mauh cecah 107 orang ]

Syed Saleh berkata, kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata, ketika ini kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata,pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - Bernama


FAM punca penonton 'kecoh'

Posted: 11 Sep 2015 05:36 PM PDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 
 
PENAUNG Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah punca utama menyebabkan penyokong bola sepak Malaysia mengambil tindakan drastik seperti yang berlaku di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Walaupun tidak bersetuju tindakan penyokong membakar suar, membaling bom asap dan mercun semasa perlawanan bertemu Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, beliau faham sebab mereka mengambil jalan itu untuk meraih perhatian, berikutan kegagalan pentadbiran FAM selama 31 tahun.

Dalam entri terbaru Johor Southern Tigers di laman sosial Facebook, untuk mengangkat  semula bola sepak Malaysia, beliau menggariskan enam panduan seandainya beliau memegang tampuk pimpinan FAM.

Ikuti temu bual dibuat yang dipetik di laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Berkenaan isu berkaitan FAM dan penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam baru-baru ini, kami mempunyai beberapa soalan untuk diajukan kepada Tunku. Yang pertamanya, ramai yang mengatakan bahawa penyokong  mencemarkan imej bola sepak negara ini. Apakah pandangan Tunku berkenaan hal tersebut?

TMJ: Pertama sekali, saya ingin menegaskan FAM mencemarkan imej negara selama 31 tahun, sejak di bawah pentadbiran presiden yang sebelumnya lagi.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan tindakan penyokong tetapi saya faham ketidakpuasan hati mereka kerana badan induk pentadbir bola sepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

Masalah utama FAM adalah ianya ditadbir mereka yang tidak berpengetahuan berkenaan bola sepak, dan hanya memegang jawatan untuk kepentingan peribadi.

Berkenaan laporan media terhadap penyokong, saya ada sedikit ingatan kepada sesetengah wartawan. Saya tahu FAM menggunakan khidmat beberapa wartawan untuk membuat liputan berkenaan pasukan kebangsaan di luar negara.

Saya juga tahu apabila mereka mengiring pasukan, mereka diberikan tambang penerbangan percuma, selain wang saku untuk perbelanjaan masing-masing. Jadi kepada wartawan yang dimaksudkan, cukup-cukuplah mengampu FAM dan melabelkan penyokong sebagai perosak bola sepak tanah air. FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak.

Sekiranya Tunku menjadi presiden FAM, apakah tindakan awal yang akan diambil Tunku?

TMJ: Tugas pertama saya adalah untuk membersihkan segala kecelaruan dalam FAM. Setelah 31 tahun ditadbir sebagaimana sekarang, proses pembersihan ini sahaja mungkin boleh mengambil masa sehingga setahun.

Keduanya, saya perlu menarik minat orang yang benar berpengetahuan dan bersemangat positif untuk berkhidmat dengan baik bukan sekadar dalam organisasi FAM, tetapi juga kepada ahli gabungan yang lain. Mereka secara majoritinya hendaklah mempunyai latar belakang dalam bola sepak.

Kita juga perlu memantapkan pasukan kebangsaan. Kita tidak boleh menunggu NFDP, tetapi pada masa yang sama mengabaikan pasukan kebangsaan sekarang, sementara menunggu NFDP membuahkan hasil pada masa depan. Kita mesti menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.

Ingatlah, 50 peratus daripada sesuatu adalah lebih baik daripada 100 peratus tanpa hasil. Jadi, dapatkan khidmat jurulatih luar untuk pasukan kebangsaan sekarang, sementara kita menunggu pembangunan akar umbi membuahkan hasil pada masa depan.

Yang ketiganya, untuk memantapkan pasukan kebangsaan, kita perlu berusaha memartabatkan pertandingan dalam bola sepak Malaysia di semua peringkat. Apabila kita menambahbaikkan pertandingan yang diadakan, liga kita akan menjadi lebih kompetitif, dan ini secara tidak langsung meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan.

Sejauh mana pentingnya pembangunan akar umbi dan pembangunan infrastruktur berkaitan bola sepak pada pandangan Tunku?

TMJ: Pendidikan dan pembentukan dalam bola sepak adalah amat penting. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pasukan yang bertanding untuk melabur dengan lebih giat lagi ke arah pembangunan akar umbi dan infrastruktur bola sepak mereka.

Saya boleh membantu dengan memberikan 80 peratus hasil hak penyiaran kepada pasukan-pasukan yang terlibat. Apa yang mereka peroleh dari penajaan adalah bonus kepada mereka. Pada masa kini, FAM mengaut 100 peratus hasil penyiaran. Di Jerman dan tempat lain di dunia, pasukan yang bertanding menerima 80 peratus hasil hak penyiaran dan badan pentadbir hanya menerima 10 peratus hingga 20 peratus sahaja.

Saya berharap, dalam keadaan sekarang, pihak yang membuat keputusan dalam FAM dan Kevin Ramalingam dapat membantu pasukan yang bertanding dengan menyalurkan 80 peratus hasil penyiaran, dan tidak mengaut keuntungan besar untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Saya juga akan menyeru agar pasukan yang bertanding untuk berbelanja secara berhemah dan keutamaan hendaklah diberikan kepada pemain tempatan kita. Hari ini kita dapat melihat beberapa pasukan berdepan masalah membayar gaji pemain mereka kerana mereka mengutamakan kebajikan pemain import.

Diharapkan setelah mengambil langkah-langkah tersebut, pertandingan bola sepak kita semakin kompetitif dan diurus secara lebih profesional, serta secara tidak langsung memantapkan pasukan kebangsaan. Kelima, para pengadil seharusnya di bawah naungan badan bebas dan bukannya di bawah FAM, untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

Keenam, saya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM untuk mencegah korupsi di kalangan pegawai, pemain dan juga pengadil di seluruh negara. Ianya kerja yang sukar, tetapi kita mesti laksanakan jua.

Ramai yang mengatakan, baik dari para penyokong, ahli-ahli gabungan, dan juga ahli jawatankuasa FAM, yang Tunku merupakan calon pilihan untuk menggantikan Tengku Abdullah sebagai Presiden FAM pada tahun 2018. Boleh Tunku jelaskan berkenaan hal ini?

TMJ: Saya pernah membuat kenyataan sebelum ini bahawa saya tidak berminat menjadi Presiden FAM. Sekiranya saya berada di sana, saya harap mereka boleh meminda perlembagaan FAM. Anda perlu faham bahawa mereka yang berada dalam FAM adalah mereka yang diundi oleh ahli-ahli lain.

Kebanyakan daripada mereka berada di sana demi sebab-sebab tertentu, dan bukannya untuk memartabatkan bola sepak. Macam mana saya hendak bekerja dalam keadaan begitu? Di Johor, contohnya, saya mempunyai kawalan sepenuhnya dari peringkat tertinggi sehingga bawahan. Di FAM, saya mungkin duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama, dan saya tidak boleh menggugurkan mereka kerana mereka dipilih melalui undian.

Seluruh negara tahu saya selalu berterus terang. Saya lebih suka berterus terang daripada cuba untuk berdiplomasi. Saya lebih cenderung sekiranya orang yang menguruskan FAM itu adalah adil, neutral dan tidak pilih kasih kepada mana-mana pasukan tertentu, dan yang penting sekali, dia hendaklah bersih dan tidak korup.

Kepada rakyat Johor dan Malaysia sekalian. Bukan seperti sesetengah orang, saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab sahaja. Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor. Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan tersebut.

Kepada penyokong Johor Darul Ta'zim sekalian, saya mohon maaf, tetapi nampaknya anda kenalah menghadap wajah saya ini beberapa lama lagi. Saya minta maaf. Semoga ALLAH merahmati anda sekalian.


Kren jatuh: Jemaah mauh cecah 107 orang

Posted: 11 Sep 2015 05:32 PM PDT

SINAR HARIAN


Kren tumbang: Sekurang-kurangnya 107 maut
Salah sebuah kren di Masjidil Haram tumbang dipercayai akibat kejadian angin kuat dan hujan.
 


RIYADH - ARAB SAUDI. [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya 107 jemaah haji maut apabila salah satu kren yang terlibat dengan pembangunan Masjidil Haram jatuh dipercayai kerana angin kuat dan hujan kira-kira jam 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Keselamatan Arab Saudi, Jeneral Suleiman al-Amr berkata, seramai 238 orang dilaporkan cedera.

"Kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut," katanya menerusi stesen televisyen al-Ikhbariya awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut kenyataan jurucakap pengurusan Masjidil Haram berkata, kejadian berlaku ketika jemaah sedang melakukan ibadat di dalam masjid itu.

Selepas kejadian berlaku, beberapa gambar yang menjadi viral menunjukkan kren jatuh terkena bahagian siling pada salah satu sudut Masjidil Haram sebelum menghempap jemaah.


Isu DEIG: Tiada kesalahan rasuah ditemui, kata SPRM

Posted: 11 Sep 2015 05:28 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini tidak menemui sebarang kesalahan rasuah berhubung isu membabitkan Darul Ehsan Investment (DEIG).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu status penubuhan DEIG yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

SPRM, katanya, telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG itu dilaporkan media pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, SPRM telah menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.

"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Firma baru itu yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2, akan mengambil alih pengurusan aset, yang diletakkan di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI), yang memiliki sepenuhnya DEIG.

Ini menimbulkan kebimbangan pihak pembangkang di Selangor, kerana mereka khuatir ia boleh terdedah kepada penyalahgunaan dana.


Anina heret Ku Nan ke mahkamah pula

Posted: 11 Sep 2015 05:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas presiden Umno, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula diheret ke mahkamah oleh bekas anggotanya yang dipecat Anina Saadudin.

Anina memfailkan tindakan kepada Tengku Adnan dan setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh itu hari ini melalui tetuan Haniff Khatri.

Anina memohon mahkamah supaya mengisytiharkan surat yang dikeluarkan dan pemecatannya tidak sah dan terbatal.

"Saya mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan bagaimana Umno itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang kuasa tertinggi," katanya.

Anina sebelum ini dipecat selepas menyaman presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

NGO rayu Agong hentikan perhimpunan baju merah

Posted: 11 Sep 2015 05:13 PM PDT

Geraldine Tong


 


Sebuah gabungan 20 NGO meminta Yang di-Pertuan Agong, melalui satu memorandum, supaya cuba menghentikan perhimpunan baju merah yang dirancang diadakan pada 16 September ini.

Presiden ProRakyat, Khairul Anuar Osman berkata sesiapa sahaja dibenarkan untuk berhimpun secara aman kerana hak itu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, protes balas itu mungkin tidak akan aman, katanya kepada pemberita di luar Istana Negara hari ini.
Khairul Anuar berkata, daripada iklan dan poster pihak penganjur, perhimpunan itu kelihatan seperti ia akan ada unsur kekerasan.

ProRakyat adalah antara NGO dalam gabungan itu, bersama-sama dengan Otai Reformasi 1998, National Interlock Action Team (Niat), Jingga13 serta yang lain-lain.

Setiausaha kerja Otai Reformasi 1998, Abdul Razak Ismail berkata, memorandum mereka itu telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohamad Husni Yusuf.

Salah satu sebab mengapa mereka menghantar memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong ialah kerana kebimbangan mereka terhadap keberkesanan polis dalam menangani perhimpunan tersebut.

Beliau mendakwa pihak polis berada dalam kedudukan yang sukar kerana dari satu segi, mereka perlu menguatkuasakan undang-undang, dan di satu segi lagi mereka perlu taat kepada tuan politik mereka.

Ahad lalu, Timbalan Ketua Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, perhimpunan baju merah akan dilarang atas sebab-sebab keselamatan.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menghalang ahli Umno menyertai perhimpunan tersebut, sentimen yang turut disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Rabu.

Keadaan itu, kata Razak, membuat mereka kurang keyakinan terhadap keupayaan pasukan polis untuk mengawal perhimpunan tersebut.

Untuk memastikan perhimpunan itu tidak menjadi ganas, katanya, Otai Reformasi dan ProRakyat akan menghantar 2,500 sukarelawan untuk memantau perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di Jalan Bukit Bintang, kemudian menuju ke arah Jalan Petaling (gambar di atas) sebelum akhirnya berakhir di Padang Merbok, berhampiran Bangunan Parlimen.

"Adakah anda yakin tidak akan berlaku pergaduhan atau kekecohan di Plaza Low Yat atau Petaling Street?" soalnya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak NGO lain tetapi ini adalah janji kami: Kami akan tempatkan orang kami di jalan-jalan dari pagi hingga tengah malam pada 16 September bagi memastikan keadaan adalah terkawal dan rakan-rakan Cina kita tidak diapa-apakan," katanya Razak Razak.

Satu lagi sebab penyerahan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Khairul, ialah kerana objektif dan agenda penganjur perhimpunan baju merah tidak jelas.

Katanya, (sebagai contoh) BERSIH mempunyai lima tuntutan yang sangat jelas tetapi penganjur perhimpunan baju merah, menurutnya, tidak ada arah haluan.

"Apakah objektif mereka? Mereka ingin bagitahu orang Cina supaya tidak mencabar orang Melayu?

"Siapakah orang Melayu? Kami (dirinya dan wakil-wakil NGO yang lain) adalah semuanya orang Melayu. Tidak semua orang Melayu di pihak mereka.

"Kami mahu sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan tanpa sebarang pergaduhan kaum," kata Razak.

87 terkorban nahas kren runtuh di Masjidil Haram

Posted: 11 Sep 2015 05:11 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di Makkah.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabitdalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umatIslam selesai mengerjakan solat berkenaan.

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.- Bernama


Tiada ulasan: