Sabtu, 12 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dalam pada minta maaf pun dia sindir lagi Nizar...

Posted: 12 Sep 2015 09:00 AM PDT

Sebelum Writ saman dihantar, Nizar dah beri Razman temaoh masa 14 hari untuk  mohon maaf dan tarik semula kenyataan fitnahnya itu. 

 Tapi Razman buat endah tah endah saja...Mungkin dia ingat Nizar acah-acah saja...

 Rupa-rupanya Nizar saman betul! Yang buat Razman sentap tu kerana rakaman perbualan dengan wartawan tu dah ada kepadanya...- Loyar Nizar berpengalaman melalui kes Hj Hadi dahulu masa pil kuda, ingat tak?

Kali ni, depa dah pegang dulu saksi tu....mana Razman mahu lari??

Tapi dalam pada dia mohon maaf tu , Razman ni masih nampak keangkuhan dan kesombongannya bila menang saman Felcra. Dia dapat  ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah ibu bapanya....masih lagi menyindir Nizar walaupun tidak ada mana-mana wartawan yang bertanya kepadanya!

Dalam Mahkamah Lenggong. Felcra saman kes lama Alhamdulillah hari ni menang saman balas. Dapat duit saman balas daripada felcra nanti boleh buat belanja peguam lawan saman mempertahankan jamaah. Sessi lepas Timbalan PJ tanda tangan surat PR Perak tidak akan laksana hudud mewakili PAS. Saya sbg Pesuruhjaya tidak dimaklum. 
 Moga Allah memberkati jamaah. Apun tetap yakin Islam akan menang. Satu pertanyaan apakah kedudukan iman orang di negara Orang Islam yg ugama persekutuanya Islam tak mahu melaksanakan hukum Allah?????
 Biar senang di dunia senang di akhirat.

Harakah daily kantoi : Himpunan kanak-kanak sekolah rupanya....alahai PAS!

Posted: 12 Sep 2015 06:00 AM PDT

Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. 

 Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar. 

 Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan. Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan. Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu! 

Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. 

Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah! 

 Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO. Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala. Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan. 

 Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam! Baca lagi di sini



Oleh kerana program PAS sudah tidak dapat sambutan terpaksalah angkut budak2 sekolah naik bas ramai2. Bas PLKN telah digunakan untuk mengangkut para peserta ke program tersebut. PAS dan Umno berpisah tiada.....


HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu sebahagian
 besarnya adalah para pelajar sekolah! 

Najib berbohong lagi...Umno adalah dalang perhimpunan Baju Merah!

Posted: 12 Sep 2015 03:00 AM PDT

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu  menafikan parti itu menaja himpunan Baju Merah.

 Najib  mengatakan Umno tidak menaja himpunan kontroversi tersebut tapi tidak menghalang ahli parti untuk meyertainya.

 Penafian demi penafian, rupa-rupanya Najib hanya berbohong kepada rakyat Malaysia. Najib mungkin tidak mahu mengakui bahawa perhimpunan rasis Baju Merah itu memang kerja jahat Umno! Inilah kerja Najib dan Umno, lempar batu sembunyi tangan!

 Nampak sangat Najib ni jenis pembohong! Kalau Umno tidak terlibat, kenapa Umno mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

  Sepucuk surat mengenainya telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh (lihat sebelah) 

Jika apa-apa yang tidak diingini berlaku semasa dan selepas perhimpunan tersebut, Najib dan Umno mesti bertanggungjawab.


Himpunan itu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Tidak ada permit untuk protes Jalanan Baju Merah

Posted: 12 Sep 2015 12:00 AM PDT

Perhimpunan "baju merah" di Kuala Lumpur Rabu depan tidak akan mendapat apa-apa permit untuk demonstrasi jalanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

 The Star Online hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz tidak mengeluarkan permit kepada mereka yang mahu mengadakan protes jalanan.

 Portal itu juga melaporkan beliau sebagai berkata bahawa Dataran Merdeka adalah di luar had kepada penganjur perhimpunan tersebut dan peserta.

 "Bagi perhimpunan berkenaan, kita boleh mempertimbangkan jika ia diadakan di tempat yang terkawal.

 "Jika pihak penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau stadium lain, mereka perlu mengemukakan permohonan. Tetapi kita tidak akan membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka," beliau dipetik sebagai berkata.

 Tengku Adnan juga berkata demonstrasi di Bukit Bintang atau Chow Kit, di mana penganjur perhimpunan itu - sebuah kumpulan hak Melayu - telah merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan, juga tidak dibenarkan. Selanjutnya di sini

PKR jemput PAS sertai Pakatan baharu untuk kekalkan undi Melayu?

Posted: 11 Sep 2015 09:03 PM PDT

Sikap keterbukaan PKR terhadap penyertaan PAS dalam pakatan baharu pembangkang adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mengekalkan undi Melayu, kata penganalisis.

 Mereka berkata, pakatan pembangkang baharu mungkin mempunyai perjanjian dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang, untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang akan memberi manfaat kepada pesaing utama Barisan Nasional (BN).

 Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, gabungan kepentingan politik dan realisme politik memacu parti berbilang kaum PKR untuk menawarkan PAS kerusi dalam pakatan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, walaupun mendapat bantahan kuat DAP dan beberapa pemimpin kumpulan serpihan PAS – membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).

 "Dengan mengandaikan PAS tidak bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya akan datang, pembangkang perlu mengelakkan pertandingan 3 penjuru. 

"Kehadiran PAS dalam gabungan itu juga masuk akal kepada PKR kerana ia memerlukan sokongan Melayu bagi mengekalkan kuasa politik," kata Lim. 

Beliau berkata, PAS masih memegang sejumlah besar undi Melayu, dianggarkan kira-kira 30%, sekali gus menjelaskan mengapa PKR masih memerlukan parti Islam itu.- Baca seterusnya di sini  ~ Sila nyatakan melalui polling yg disediakan samada anda bersetuju atau tidak di sudut kanan blog ini. Terima kasih.

Batakan himpunan 'baju merah ' , kata pemimpin Amanah

Posted: 11 Sep 2015 07:37 PM PDT

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa penganjur perhimpunan "baju merah" membatalkan acara itu yang dijadualkan berlangsung pada Hari Malaysia Rabu depan.

 Naib Pengerusi Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun hak untuk berhimpun telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati, semua rakyat perlu memastikan ia tidak disalahgunakan untuk menghasut kebencian kaum dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

 Beliau melahirkan kebimbangan bahawa walaupun sebelum perhimpunan itu berlaku, sudah ada sentimen perkauman.

 "Dari awal, motif perhimpunan 'baju merah' ialah perkauman. Ancaman dan provokasi dibuat sebelum perhimpunan tersebut berpotensi untuk menjadikan acara itu ke dalam perhimpunan dengan mesej perkauman yang sangat berbahaya kepada perpaduan negara ini.

 "Saya menggesa pihak penganjur supaya membatalkan sahaja perhimpunan atas nama perpaduan negara, atau mengadakan perhimpunan di bawah soal yang lain selagi tidak ada agenda perkauman yang membahayakan hak untuk perhimpunan di bawah perlembagaan.

"Kebebasan untuk berhimpun bukan alasan untuk memusnahkan perpaduan di negara ini," kata Ahli Parlimen Parit Buntar dalam satu kenyataan hari ini.

 Sekumpulan hak Melayu merancang untuk mengadakan "Himpunan Melayu Bersatu" - digelar perhimpunan "baju merah" - Rabu depan pada Hari Malaysia.

Perhimpunan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur, di mana terdapat banyak perniagaan milik orang Cina , kononnya untuk menangani perhimpunan Bersih 4 bulan lepas yang menarik ratusan ribu penunjuk perasaan.

Poster acara itu menunjukkan seorang lelaki bersenjatakan parang, membangkitkan kenangan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

 Pihak polis telah pun mengisytiharkan perhimpunan "baju merah" sebagai haram, seperti yang berlaku dengan perhimpunan Bersih 4 .

 Walaupun begitu, Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada menghadiri perhimpunan tersebut walaupun parti itu tidak menyokong acara tersebut.

 Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti dan kerajaan Pulau Pinang membantah perhimpunan tersebut.

 Beliau berkata, jika apa-apa yang tidak diingini berlaku semasa dan selepas perhimpunan tersebut, parti-parti komponen Barisan Nasional mesti bertanggungjawab. - September 11, 2015. ~ sumber

Tiada ulasan: