Khamis, 10 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


HIMPUNAN SOKONG NAJIB 16 SEPT WAJIB DIHADIRI LEBIH 500 RIBU PESERTA...

Posted: 10 Sep 2015 06:01 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Tidak ada sebab lain perhimpunan baju merah yang akan diadakan pada 16 September ini selain untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin bergoyang kedudukannya.

Walaupun ia turut dinamakan "Himpunan Maruah Melayu", "Himpunan Melayu Bersatu", "Himpunan Rakyat Bersatu" dan sebagainya, satu-satunya tema paling logik dan dapat diterima akal ialah untuk menyokong dan mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lebih logik jika slogan perhimpunan baju merah itu ialah "Sokong Najib Dapat RM2,600 Juta", "RM2,600 Juta Bukti Najib PM Paling Wibawa" dan lain-lain ungkapan yang semaksud dengannya.

Ini kerana perhimpunan baju merah ini tidak lain adalah reaksi kepada himpunan baju kuning Bersih 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu yang antara gegarannya ialah mendesak pengunduran Najib daripada singgahsana Seri Perdana kerana isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya.

Oleh sebab baju kuning menolak Najib, himpunan baju merah mestilah untuk terus menyokong dan mempertahankan Najib.

Tema-tema lain, kata orang Pahang "tak boleh pakai lalu."

Untuk mengaitkan perhimpunan baju merah ini dengan kedudukan  atau maruah Melayu langsung tidak ada kaitannya kerana tidak terlihat di mana-mana mereka sedang terancam dan tergugat ketika ini. 

Orang Melayu masih kekal seperti selalu, yang kaya terus bergembira, yang miskin tetap papa kedana dan yang lupa diri, tetap juga tidak ke mana-mana.

Mereka yang bekerja dengan syarikat Cina tidak terlihat apa-apa perbezaannya, malah di mana-mana dapat dilihat Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain bergaul mesra tanpa ada rasa curiga sama ada dalam berkawan atau berkongsi niaga.

Pemimpin Melayu yang gemar menghabiskan wang dengan cigar dan berpoya-poya di hotel-hotel berjenama tidak pula terlihat mengurangkan aktiviti mereka demi membela bangsa sendiri yang kononnya sedang terancam dan tergugat itu.

Pemimpin Melayu, adik beradik dan saudara mara mereka yang dibelakangnya ada tauke Cina juga terus dengan aktiviti mengumpul kekayaan mereka atas konsep sama-sama merasa.

Maka, di mana benarnya Melayu sedang tergugat dan terancam serta maruah mereka dalam bahaya?
 
 
 
 
Tidak seperti Bersih 4 yang berlangsung dengan jayanya, ia tidak sesekali melibatkan kaum.  Bersih 4 adalah perjuangan rakyat. Kehadiran kaum Cina yang agak ramai hanyalah kebetulan saja, sama seperti  orang Melayu yang mendominasi dalam Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Tuntutan Bersih 4 ialah mengenai pilihanraya dan kerajaan yang bersih dan oleh kerana Najib sedang diselubungi isu wang RM2,600 juta yang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat sebagai derma, lantas menjadikan desakan kepada pengunduran Perdana Menteri turut bergema.

Laungan, sorakan dan air muka mereka yang hadir dalam Bersih 4, jelas tergambar keinginan untuk menunjukkan suara bantahan   serta desakan kepada pengunduran Najib, sementara isu-isu lain sudah kelihatan makin mengecil lantaran derma yang diterimanya agak luar biasa.

Walaupun sehingga ini pihak polis tidak membenarkan perhimpunan baju merah ini kerana ia berunsur perkauman dan diadakan pula di kawasan orang-orang Cina seperti Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Najib dan Zahid Hamidi nampak terbuka sekiranya ahli-ahli UMNO ingin menghadirinya.

Kedua-dua mereka tidak menghalang kehadiran ahli UMNO dan ini secara langsung mengesahkan tujuannya lebih untuk menyatakan sokongan kepada Najib.

Selain pelbagai poster dan jualan baju T sedang galak dijalankan untuk merangsang kehadiran orangramai, terdapat juga maklumat mengatakan arahan turut dikeluarkan kepada UMNO bahagian-bahagian seluruh negara bagi memastikan masing-masing ada peranannya dalam himpunan itu nanti.

Setelah disorak dengan pelbagai lauangan dan jeritan mendesak berundur oleh kira-kira 500 ribu peserta Bersih 4 yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad dan kemudian dimalukan pula dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa atau IACC yang dihadiri oleh peserta daripada 130 buah negara, Najib memang memerlukan sokongan yang lebih gegak gempita bagi memadamkan jerebu dalam kepimpinannya.

Lantaran itu, penganjur himpunan baju merah ini perlu mengumpulkan sekurang-kurang atau lebih daripada 500 ribu peserta  memenuhi sekitar Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Meskipun sasaran kehadiran yang ditetapkan nampak tidak sekata dalam himpunan baju merah ini di mana ada yang mengatakan 100 ribu, 300 ribu dan ada yang meletakkan angka 1 juta, namun jangan sesekali kurang daripada 500 ribu.

Mereka harus menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk membawa seramai mungkin menghadiri himpunan tersebut bagi memenuh matlamat kehadiran melebihi 500 ribu itu.
 
 
 
 
Penganjur jangan malu-malu meminta bantuan daripada Najib yang tentunya masih mempunyai lebihan daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya. Yang penting, sama ada dibayar atau sukarela, pesertanya tidak boleh kurang daripada 500 ribu.

Jika kurang daripada 500 ribu yang hadir, bermakna Najib terbukti semakin tidak mendapat sokongan berbanding himpunan Bersih 4 yang mahukannya berundur itu. 

Lagi pula, bukankah Najib kerap mendakwa 3 juta ahli UMNO tetap menyokongnya, lalu tentulah tidak mustahil untuk membawa antara 500 ribu hingga 1 juta orang bagi tujuan itu.

Dari segi moralnya, kalau kurang daripada 500 ribu yang hadir pada 16 September ini, Najib semestinya harus berundur dan meletakkan jawatannya kerana terbukti  lebih ramai yang mahukannya berundur berbanding mereka yang menyokong dan mempertahankannya.

Jangan bagi malu Pahlawan Bugis kali ini!! 
 
 

Pembentangan Bajet 2016 Malaysia Pada 23 Oktober 2015. Anda Ada Cadangan Dan Idea?

Posted: 10 Sep 2015 05:45 AM PDT


-



Pembentangan Bajet 2016 Malaysia Pada 23 Oktober 2015. Anda Ada Cadangan Dan Idea?

Pembentangan Bajet 2016 Malaysia akan dibentangkan kepada rakyat Malaysia pada 23 Oktober 2015 ini bersamaan hari Jumaat.

Dan sekarang ini Perdana Menteri Najib Razak mahukan anda semua rakyat Malaysia berkongsi idea dan cadangan supaya ia dapat dinilai dalam rangkaan untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2016 Malaysia kelak.

Bersama-sama ini Berita Semasa suka untuk berkongsi beberapa cadangan yang boleh ditambahbaik untuk negara Malaysia dan diharapkan diambil ia diambil pandangannya dalam pembentangan Bajet 2016 Malaysia ini nanti.

Mungkin anda boleh tambah senaraianya seperti di bawah ini nanti.

Antaranya ialah :

bajet 2016

 

Cadangan Berita Semasa Dalam pembentangan bajet 2016 Malaysia?

  1. Berita Semasa berharap agar Kementerian Belia dan Sukan campur tangan agar gaji pemain bola sepak yang terlalu tinggi tidak sepadan dengan prestasi semasanya dinilai semula, dan dalam pada masa yang sama lebihkan program melahirkan bakat bola sepak tempatan. Yang paling pentingnya sudah tiba masanya FAM dirombak semula
  2. Setiap penama individu hanya dibenarkan memiliki maksimum 3 buah rumah sahaja. Setiap pertambahan milikan rumah selepas itu dikenakan cukai khas demi untuk menghalang monopoli
  3. Warga asing sama sekali tidak dibenarkan beli hartanah freehold (pegangan kekal).
  4. Untuk tempoh masa sekarang tidak dibenarkan sama sekali warga asing ada hak membeli hartanah landed, hanya dibenarkan kondominium sahaja. Hakikatnya sekarang ini polisi pengawalan pegangan hartanah dari warga asing di Thailand dan Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia.
  5. Kerajaan perlu turunkan lagi cukai pendapatan di Malaysia. Cukai pendapatan tinggi, GST juga tinggi. Tidak adil kepada rakyat marhaen. Singapura sendiri memperkenalkan GST pada 3% sahaja dan sekarang ini pada kadar 7%. Malaysia negara membangun 6%. Ermmmm…
  6. Kurangkan kos jalur lebar di Malaysia. KLIK SINI : Caj Harga Langganan Pakej Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam! Respon Anda?
  7. KPDNKK boleh membuka booth untuk di pasaraya dan pasar besar yang sering jadi tumpuan rakyat di seluruh Malaysia untuk rakyat menghantar aduan secara mudah untuk diambil tindakan segera. Bagi Berita Semasa rakyat malaysia tidak akan melatah apabila lebih ramai kakitangan KPDNKK diperluaskan selagi ia mampu membanteraskan tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara keterlaluan.
  8. Zakat yang perlu diperkemaskan lagi, bukan ditumpukan untuk diniagakan dan dilaburkan. Tumpukan kepada pengagihan kepada penerimanya yang layak. Permudahkan urusan mereka. Ini amanah umat Islam terhadap anda.
  9. Perluaskan penggunaan kad pengenalan untuk mendapatkan harga bersubsidi ketika melakukan pembelian kepada kedai dan pasaraya yang berdaftar termasuklah pembelian petrol dan juga barang-barang keperluan harian. Yang pentingnya cip kad pengenalan mestilah tahan lasak.
  10. Hapuskan BR1M.
  11. Berita Semasa tetap bersetuju yang mana pinjaman tetap perlu dibayar semula. Tetapi….tetapi Berita Semasa tidak perlu dikenakan kadar afedah ke atas pinjaman tersebut.
  12. Berita Semasa berharap pembangunan masjid selepas ini mestilah disertakan sekali dengan tapak permainan dan sukan yang menjadi tempat anak muda berkumpul.
  13. Akhir sekali, tunaikan janji-janii dalam manifesto dan Bajet Malaysia sebelum ini.
  14. Ada yang anda mahu tambah?
P/S : Mungkin anda juga ada cadangan untuk pembentangan Bajet 2016 Malaysia kali ini? Ada?

PP/S : Sertai undian Berita Semasa yang terbaru, "Apakah Yang Anda Mahu Dalam Pembentangan Bajet 2016 Malaysia Kali ini?"


Wan Azizah: Himpunan Baju Merah perkauman, perlu dihentikan

Posted: 10 Sep 2015 05:41 AM PDT

 
PKR tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai himpunan yang akan diadakan pada 16 September di Kuala Lumpur. 


Wan-Azizah_antinbersih_600


PETALING JAYA: Perhimpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini bermotifkan perkauman dan perlu dihentikan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, sekiranya himpunan itu diteruskan, ia boleh membawa kejatuhan kepada nilai masyarakat dan kewarasan.

Katanya, walaupun penganjuran perhimpunan aman dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Perhimpunan Aman 2012, tetapi tujuan dan motif perhimpunan atas dasar perkauman tidak wajar dilakukan.

"Ia boleh mengakibatkan kebejatan keharmonian dan kaum, apatah lagi dicadang untuk dilakukan di kawasan majoriti kumpulan etnik Cina iaitu Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

"Lebih malang lagi, dilaporkan ada pimpinan UMNO yang menggesa ahli-ahlinya untuk turut serta perhimpunan berkenaan.

"Atas dasar itu, Keadilan tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai himpunan berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Wan Azizah menggesa Polis Diraja Malaysia bertindak menghentikan sebarang tindakan provokasi perkauman seperti yang dipaparkan menerusi poster-poster berkenaan di ibu negara yang berkait dengan himpunan itu.

"Hari ini, Keadilan turun ke Bukit Bintang menghulurkan mesej keamanan kami kepada semua kumpulan etnik untuk kita sama-sama menyelamatkan negara sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," katanya.

Ketua Pembangkang itu mencadangkan kepada pihak penganjur himpunan menumpukan kepada penyelesaian kemelut ekonomi dan politik negara yang dihadapi oleh rakyat.

NGO India lapor polis Himpunan Baju Merah

Posted: 10 Sep 2015 05:39 AM PDT

 
Laporan polis itu dibuat kerana bimbang akan berlakunya kekecohan dan perkara yang tidak dingini pada hari berkenaan susulan penyebaran poster di sekitar ibu negara.


ngo,laporan,merah


PETALING JAYA : Persatuan Kebajikan Suara India Malaysia membuat laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini kerana bimbang ia mengancam keselamatan orang ramai.

Laporan polis itu dibuat oleh Penasihat persatuan itu, Papparaidu Veraman di Balai Polis Dang Wangi pada Khamis.

Dalam laporan itu, Papparaidu mendakwa dia telah melihat sebuah poster di ibu negara yang mengandungi perkataaan 'Cina turun bersih sedialah bermandi darah pada 5 September.

"Dan juga ada satu lukisan yang menunjukkan seorang Melayu (berdasarkan pakaian) hendak menyerang seorang yang memakai baju Bersih.

"Saya juga mendapat maklum melalui surat khabar bahawa satu perhimpunan dengan tajuk Himpunan Rakyat Bersatu akan diadakan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 16 September mulai dari jam 12 tengah hari sehingga 12 malam," tulisnya dalam laporan polis yang salinannya diemelkan kepada FMT.

Papparaidu mendakwa, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan berlakunya kekecohan dan perkara yang tidak dingini.

"Mengikut laporan akhbar, salah seorang (Datuk Jamal Yunos) yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini telah menyuarakan bahawa ada kemungkinan akan berlaku kekecohan.

"Saya membuat laporan ini dengan tujuan hendak meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan ini dan juga terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini," katanya.

Menempat Hakikat Tawakkal

Posted: 10 Sep 2015 05:37 AM PDT

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Jika kita sentiasa memohon pertolongan dan pilihan Allah dalam tindakan kita, Allah tidak akan meninggalkan kita. Dengan bertawakkal kepada Allah, peristiwa-peristiwa yang kita lalui dalam hidup akan dapat kita lihat satu susunan yang indah dan penuh hikmah.

Ada peristiwa yang mungkin kita kehairanan apakah rahsia di sebaliknya, namun apabila kita sedar bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita jika kita sentiasa bergantungan kepadaNYA, maka kita yakin di sana ada kurniaan dan kebaikan.

Hidup ini menjadi pemandangan yang indah apabila kita menggabungkan segala anasir kehidupan. Indahnya sungai dengan ada pohon-pohon yang melambai. Indahnya air dengan dikelilingi oleh tebing yang cantik.

Awan, angin, air, kemanusiaan, hijauan, haiwan akan menjadi indah dan permai apabila digabungkan. Ia mungkin hodoh apabila dipisahkan sendirian. Maka lihatlah episod-episod kehidupan secara gabungan bukan secara terpisah.

Pagi-pagi, dengan zikir dan tawakkal kita memulakan kehidupan. Kita tahu bahawa tiada daya dan upaya dalam kehidupan ini melainkan dengan pertolongan Allah.

Tawakkal menjadikan kita yakin dengan penyudahan jalan cerita bagi setiap episod yang kita lalui. Lantas kita merasai lazatnya tawakkal dan manisnya hidup.

Cumanya, apa yang insan sering gagal bukan menyebut perkataan tawakkal, tetapi bagaimanakah menempatkan hakikat tawakkal itu dalam jiwa yang melayakkan datangnya pertolongan Allah.

Zahid nasihat wartawan maya jangan putar belit isu

Posted: 10 Sep 2015 05:35 AM PDT

 
Setiap laporan yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan orang ramai dan kesannya kepada negara bukan semata-mata untuk sensasi.


Zahid-Hamidi,-Journalists


KUALA LUMPUR: Wartawan di negara ini terutamanya media bukan arus perdana diingatkan supaya tidak memutarbelit sesuatu isu yang boleh menghuru-harakan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang wartawan di Malaysia, mereka tidak boleh menulis sesuatu berita itu menggunakan kaedah barat.

Katanya, pengamal media juga perlu bertindak dengan pendekatan kefahaman untuk membina, positif serta bermaruah berdasarkan panduan dan kebijaksanaan tempatan serta berjiwa negara.
"Kebebasan mesti diiringi dengan tanggungjawab.

"…. Saya berharap para wartawan di Malaysia sentiasa melihat sesuatu isu kebebasan ini secara komprehensif, adil dan mengambil kira kepentingan umum dan bukan dari sudut sensasi semata-mata," ketikanya berucap pada majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysoa MPI-Petronas 2014 pada Khamis.

Katanya, walaupun media mempunyai matlamat yang berbeza, isu yang boleh membuka aib orang seharusnya dielakkan

"Kalau seseorang itu sangup mengaibkan orang lain, mereka juga perlu bersedia untuk diaibkan," katanya.
Katanya wartawan media maya juga diingatkan agar mencontohi media arus perdana dari segi tertib menjaga etika kewartawanan dalam membuat liputan dan menerbitkan laporan.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan wartawan agar tidak menjadi kering jiwa dan tidak nasionalistik dalam penghasilan kerja mereka.

Penganjur Baju Merah jamin tiada pergaduhan tetapi mahu DAP jangan biadap

Posted: 10 Sep 2015 05:26 AM PDT

 
Perhimpunan Bersih 4.0 yang dicemari perlakuan biadap peserta telah membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.


Jamal-Md-Yunos


KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Baju Merah memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pergaduhan sepanjang perhimpunan itu berlangsung pada 16 September ini.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, perhimpunan itu tidak melibatkan unsur-unsur keganasan kerana ia hanya perhimpunan perpaduan Melayu.

"Ini bukan perhimpunan untuk melakukan jenayah, ini perhimpunan perpaduan untuk orang Melayu," katanya dalam sidang media di Kampung Baru pada Khamis.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menjelaskan, himpunan Baju Merah diadakan susulan Bersih 4.0 yang beliau dakwa telah membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur Bersih 4.0 yang telah diharamkan oleh kerajaan.

"Dengan adanya perhimpunan lepas, menyebabkan kami NGO Melayu dan orang Melayu bersatu hati, kerana melihat kebiadapan peserta Bersih 4.0 dengan slogan yang menghina Melayu dan pemimpin Melayu," tegasnya.

Jamal mengingatkan pemimpin dan penyokong DAP tidak bersikap kurang ajar sebaliknya perlu menghormati pemimpin negara yang kebanyakkannya orang Melayu.

"Mereka yang hadir Bersih 4.0 dijajah pemikiran oleh DAP. Bahkan, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan melepaskan tidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Himpunan Baju Merah atau Maruah Melayu merupakan sebuah perhimpunan yang diketuai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan 250 NGO lain, dan dijangka seramai 30,000 peserta akan hadir dalam himpunan itu.

Ia bakal dianjurkan pada 16 September ini dan peserta-peserta yang hadir diminta berkumpul di Bukit Bintang pada jam 11 pagi kemudiannya berarak ke Padang Merbok.

Peserta juga diminta untuk memakai pakaian berwarna merah bagi menunjukkan semangat bangsa Melayu.

KJ restu Pemuda UMNO sertai Himpunan Baju Merah

Posted: 10 Sep 2015 05:24 AM PDT

 
Beliau berpegang kepada kenyataan Presiden parti yang tidak menghalang ahli UMNO menyertai perhimpunan dan menganggap kenyataan itu mewakili parti.


khairy


KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO tidak dihalang daripada menyertai perhimpunan Baju Merah pada 16 Septemer ini, kata Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, dia bepegang kepada kenyataan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO tidak menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan itu tetapi perlu mematuhi undang-undang.

"Biarlah itu (kenyataan yang dibuat oleh Najib) menjadi perwakilan parti," katanya dalam sebuah majlis yang diadakan di Parlimen pada Khamis

Perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan NGO Melayu itu akan diadakan di Kuala Lumpur sebagai serangan balas Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu dan didominasi kaum Cina.

Kalau gigi saya tak berona..

Posted: 10 Sep 2015 05:09 AM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar


Kalau gigi saya tak berona (sakit) teringin juga untuk saya hadir sama dalam dua program besar yang akan diadakan minggu depan. Pertama ialah Kongres Rakyat, anjuran Pas yang akan diadakan di Shah Alam Selangor tanggal 12 September. Program kedua ialah, himpunan rakyat Baju Merah, yang bakal diadakan di Bukit Bintang Kuala Lumpur tanggal 16 September.

Masalahnya juga waktu ini saya belum ada baju berwarna merah? Dahulu ada dua helai tetapi kedua-duanya sudah lusuh warna. Dah nak jadi macam oren sikit-sikit.

Tidak pasti siapa yang menganjurkan himpunan baju merah itu, tetapi dipercayai ia adalah mereka yang pro Umno, tepatnya yang bersimpati dan mengharapkan garam dan gula daripada Najib. Himpunan itu dinamakan untuk membela maruah Melayu, tetapi hakikatnya untuk membela maruah Najib yang terzahir oleh perbuatannya sendiri kemudian ia diecerkan oleh himpunan Bersih 4 minggu lepas.

Kehadiran begitu ramai dalam himpunan Bersih, termasuk Dr Mahathir Mohamad juga terpanggil, memaksa satu himpuan sebagai counter attack kepada pembangkang diadakan. Himpunan sejuta rakyat itu juga untuk membuktikan yang Najib masih ada penyokong ramai. Himpunan itu mensasarkan 3 juta ini berpadanan dengan keahlian parti itu.

Harap-harap gigi saya tidak terus berona. Gigi ni pun satu hal juga kalau dah sakit ia meragam tidak tentu fasal. Menghadiri ke perhimpunan sebegitu menambahkan lagi kesakitan gigi. Apa pun saya nak nyatakan kedukacitaan awal disini kerana pada tarikh himpunan itu diadakan saya tidak berada dalam negara, hingga 17 September.

Sebenarnya himpunan rakyat si baju merah itu kena hormat. Jangan ada sesiapa menghalangnya. Polis juga jangan menyekatnya. Jangan pula kerana risikan menunjukkan himpunan itu tidak sampai 10,000 orang yang bakal hadir lepas itu polis buat arahan keras melarang ia dilangsungkan untuk menyelamatkan air muka penganjur dan Najib. Menusuk masalah dengan cara itu tidak bagus.

Pihak pembangkang khususnya pro Bersih perlu mengalu-alukan himpunan itu. Jangan ganggu dan kucar. Sama-sama kita tengok dan lihat nanti himpunan siapa yang berjaya dan gagal. Himpunan boleh dijadikan petunjuk dari kalangan rakyat himpunan mana yang mereka suka.

Kita tengok juga siapakah ikon kepada himpunan itu kelak. Apakah Tengku Razaleigh Hamzah akan hadir sebagai mengimbangi kehadiran Dr Mahathir dalam Bersih? Kalau Tengku Razaleigh hadir ini bermakna dunia akan kiamat. Kita intai juga Inchek Ibrahim Ali sedang minum di warung mana waktu itu.

Perhimpunan di Shah Alam pula, yang dinamakan Kongres Rakyat itu adalah himpunan terbesar anjuran Pas selepas parti itu selesai mengadakan muktamar. Kongres itu juga sebagai kemuncak kepada program apa dinamakan PIHAK. Sedap bunyi himpunan itu "kongres" sudah tentu satu keputusan besar akan dibuat.

Kita tunggu apakah resolusi yang akan dicapai dalam kongres berkenaan. Kerana ia dihadiri oleh NGO, katanya sampai 200 buah NGO semuanya (adakah), tentu keputusannya bersifat universal. Ada sesuatu yang diharapkan Pas dari suara ramai, rakyat. Apakah ia berlandaskan kepada Islam atau bangsa? Atau dua-dua sekali? Atau apa? Jangan-jangan kongres itu dijadikan medan untuk mengkultuskan seseorang.

Mengenai sejauh mana benar ada 200 buah NGO saya tidak mahu pertikaikan. Di negara ini sesebuah NGO boleh wujud dengan hanya tiga orang ahli sahaja. Pengerusi, timbalan dan settiausaha. Ada kalanya sesebuah NGO itu suami jadi ketua, bini jadi timbalan dan anak jadi setiuasaha. Bendahari tidak perlu wujud kerana NGO mana ada duit.

Saya tidak mahu membuat apa-apa komen dan predection kepada program itu. Pihak GHB juga tidak perlu membuat ulasan yang senget dan bersifat judis. Semua pihak perlu melihat dan menanti hasilnya. Sebaik-baik membaca apa yang ada di sebalik kongres itu, termasuk yang membiayainya. Siapakah sponsornya?

Pihak Pas sudah pasti ada motif tersendiri dengan kongres itu. Apa yang saya fikir salah satu resolusi ialah agar orang Melayu bersatu menghadapi ancaman dalam politik. Maksud daripada seruan kesatuan ini, resolusi itu akan memutuskan supaya Pas dan Umno mengkaji untuk untuk duduk bersama menghadapi cabaran ini. Dalam pada itu mesej akan disampaikan agar orang Melayu supaya tolak parti-parti lain. Yang menjadi fokus untuk ditolak ialah PAN, kerana parti itu sudah menampakkan ia bakal memberi ancaman kepada Pas.

Dalam apa-apa kongres resolusi ataupun kesimpulan dan matlamatnya sudah disediakan. Sudah ada intipati untuk perwakilan dan individu membangkitkannya. Perwakilan akan diarah memfokus apa yang menjadi mauduknya. Salah satunya, dalam saat ini Pas yang diancam tindakan ahli meninggal parti itu, sudah tentu parti agama itu memerlukan kepada suntikan semangat baharu.

Pemergian golongan profesional yang secara berkumpulan sangat dirasakan. Parti itu sudah tidak ada aktivis yang menggerakkan parti dan mendekatinya dengan masyarakat pelbagai lapisan. Yang ramai waktu ini ialah pembaca doa atau pun pemalu duf dan pelontar peluru dalam gelap. Maka, eloklah kalau kongres itu akan membukan dimensi baharu kepada Pas bagi memenuhi kekosongan ditinggalkan oleh profesional itu.

Adalah diharap sempenna kongres itu akan ada tokoh-koh profesional baharu, ahli budaya dan sasterawan baharu, ahli korporat baharu, artis, atlet dan sebagainya mengumumkan diri menyertai Pas. Katanya ribuan sebulan yang menyertai Pas, masakan tidak ada yang masam kepala dalam ramai-ramai itu untuk diangkat sebagai pemangkin baharu kepada Pas.

Manakala kongres rakyat itu akan menjadi paling bermakna jika diakhirnya diputuskan satu resolusi rakyat agar Pas dan Umno menyegerakan rangka ke arah penyatuannya. Cadangan dari kongres ini dikira agak resional kerana ia kononnya datang daripada rakyat. Apakah maksud kepada matlamat ini akan tercapai?

Jika perkara ini tidak akan tercapai, bererti kongres itu tidak membawa apa-apa maksud melainkan ia hanya menunjukkan yang Pas masih mampu mengadakan program seperti itu-http://msomelayu.blogspot.my/ 

PR 2.0: Pas tak perlu tergesa-gesa

Posted: 10 Sep 2015 05:07 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - Pas menyifatkan parti itu tidak perlu tergesa-gesa dalam hal hubungan kerjasama politik parti pembangkang yang didakwa untuk membentuk PR siri kedua.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan mengkaji semula keperluan hubungan kerjasama tersebut.

"Dalam konteks hubungan  atau pembentukan PR 2.0, Pas akan mengkaji  semula.  Pengalaman lalu banyak mengajar kita.

"Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat parti dan kita tidak perlu tergesa gesa," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas soal kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menegaskan tetap mahukan Pas dalam PR 2.0.

Semalam, Azmin berkata, Menurut Tuan Ibrahim, pendirian PKR itu selaras dengan keputusan parti dan keputusan Muktamar Pas yang lalu.

"Pendirian PKR selaras dengan keputusan muktamar dan pendirian parti di Selangor.  Hubungan Pas dengan  PKR berjalan biasa.

"Pas tetap dengan keputusan memutuskan hubungan dengan  DAP," katanya.

Tuan Ibrahim turut menyatakan kini Pas sedang bekerja keras memperkukuhkan jentera parti dan memperkemaskan tarbiah  di kalangan ahli serta memberi fokus kepada isu rakyat.

Kelmarin, DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah bertemu dengan pemimpin Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam satu mesyuarat tertutup bagi membincangkan pembentukan pakatan baharu.

PKR juga bakal bertemu Pas dan DAP untuk membincangkan perkara sama.


Terus menduda lebih baik!

Posted: 10 Sep 2015 04:29 AM PDT

Azmin Ali
Azmin Ali
 

DI gelanggang WWE,  seorang penggusti setengah mati dibelasah lawannya. Dia menjerit melolong minta tolong. Kemudian datang seseorang yang diketahui adalah sekutu rapatnya. Anehnya, penggusti yang baru datang itu bukan membantu sebaliknya turut sama membelasah 'rakannya' itu. Suasana menjadi gamat susulan adegan yang tidak terduga oleh sesiapa. Adrenalin merembes deras dalam tubuh setiap orang yang berada di dalam arena.

Itulah suasana yang dahulu dianggap luar biasa tetapi sekarang sudah jadi kebiasaan di gelanggang gusti pada era WWE.

Tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal. Apa yang akan sentiasa kekal ialah kepentingan. Seperti ahli gusti, ahli politik juga harus berpegang pada kenyataan ini!

Azmin Ali kelmarin dengan penuh yakin menegaskan bahawa PKR tetap mahu menjalin kerjasama dengan Pas – kenyataan yang pasti menggetarkan gegendang telinga Mat Sabu, juga Lim Guan Eng.

"Ini bukan pendirian peribadi saya, tetapi pendirian parti (PKR) mengikut apa yang diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin di Kuala Selangor, tengah hari kelmarin.

"Kita sudah pun berbincang mengenai perkara ini termasuk mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima (Anwar sebagai) ketua umum," ujarnya lagi.

Kopi

Azmin bukan budak kopi – seperti Saiful Bukhari - dalam PKR. Beliau timbalan presiden parti. Lebih daripada itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor meletakkannya pada posisi yang sangat berpengaruh, lebih berpengaruh daripada Wan Azizah sendiri. Kata-katanya boleh diterima sebagai suara rasmi parti.

Petang kelmarin juga,  Mat Sabu dilaporkan telah menemui Wan Azizah - mungkin untuk mendapatkan penjelasan Kak Wan mengenai kenyataan timbalannya itu. Siapa yang tidak bergundah gulana jika ketika masih berbulan madu, suami sudah menyebut mahu berkahwin lagi. Itulah yang seharusnya dirasai oleh Abang Mat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Azmin sekadar respons terhadap kenyataan Guan Eng bahawa partinya tidak akan berbaik semula dengan Pas dalam masa yang terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika diminta mengulas kemahuan PKR untuk terus bekerjasama dengan parti itu, tidak menyatakan kesimpulan secara tuntas.  "Pas perlu belajar daripada pengalaman," katanya, membayangkan parti itu selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membentuk atau menyertai sebarang pakatan politik.

Bagaimanapun seperti kenyataan yang dibuat oleh bosnya, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada hari yang sama – kelmarin – Pas dibayangkan sebagai tidak kisah jika perlu bergerak sendirian.

"Pas ada kekuatan yang tersendiri," kata Abdul Hadi ketika ditanya oleh pemberita, dan itulah juga kata-kata Takiyuddin ketika dihubungi wartawan Sinar Harian dari Shah Alam.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin Pas itu bukan cakap kosong. Tahun ini, usia Pas sudah masuk 64 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut sudah melalui bermacam-macam pengalaman. Seperti yang disebut oleh Abdul Hadi, Pas pernah bekerjasama dengan parti komunis sebelum merdeka, dengan sosialis, dengan Perikatan dan kemudian BN, selepas itu bergerak sendiri semula sebelum bersama dengan Gagasan Rakyat (1990) dan Pakatan Rakyat bermula PRU12.

Maka, Pas memangnya tidak kisah untuk terus menduda selagi tidak bertemu dengan pasangan yang benar-benar sehati sejiwa.

Apa yang menjadi teras kekuatan Pas untuk bergerak sendiri ialah parti itu lebih mengutamakan perjuangan agama dan dakwah menerusi politik, bukan meletakkan kemenangan atau kerusi pilihan raya sebagai target wahid. Sebab itu dalam sejarahnya, Pas pada 1982 dan 1986 hingga 1990 pernah memenangi hanya satu kerusi Parlimen iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad.

Hanya dalam beberapa dekad kebelakangan, setelah bergabung dengan kem Anwar bermula era reformasi dan berpeluang merasa empuknya kerusi wakil rakyat, sebilangan pemimpin dan ahli Pas mula kabur akan matlamat asal mereka.

Slogan 'Menuju Putrajaya' sudah menusuk dan merasuk minda. Pelbagai alasan dicungkil, dirungkas dan digembar-gemburkan untuk membenarkan bahawa perjuangan Islam harus bersifat kontemporari, realistik dan berpijak di bumi nyata, bukan siang malam menelaah kitab-kitab lama mencari keredaan ALLAH semata-mata.

Kini, kumpulan itu yang dinyahkan daripada kepimpinan Pas pada pemilihan lalu, kemudian menyahkan diri mereka sendiri dari parti itu, ghairah memposisikan diri sebagai ahli politik Islam yang progresif, yang sedia mengambil alih tempat tok-tok lebai konservatif, bernaung di bawah label sementara – Parti Pekerja Malaysia – untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Pas dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Selain pendirian parti – yang patuh pada keputusan Anwar sebagaimana yang disebutnya – Azmin juga mempunyai sebab yang tersendiri untuk mempertahankan Pas. Ketika kemuncak krisis politik Selangor setelah pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar ditolak secara tersirat oleh istana, Pas yang menyokong kuat pelantikan beliau kerana pada masa itu, partinya sendiri (baca: Anwar) lebih berkehendakkan Wan Azizah, demikian juga DAP.

Meskipun Pas sebelum itu bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid Ibrahim, namun sebagai orang agama, parti itu harus lebih cenderung menyokong lelaki sebagai ketua berbanding wanita. Dengan pilihan yang ada, Azminlah orangnya walaupun Pas sebenarnya boleh juga menampilkan calon sendiri.

Haram

Menariknya di sebalik kenyataan Azmin kelmarin, apa mungkin satu senario politik yang pernah berlaku pada musim 1990-1995 akan berulang?

Perpecahan Umno pasca pemilihan 1987  telah melahirkan Semangat 46. Untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya 1990 – setelah Umno dihalalkan semula selepas diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Feb 1988 – Semangat 46 yang diketuai Ku Li bergabung dengan Pas dan parti-parti Islam yang lain iaitu Berjasa, Hamim (Hizbul Muslimin) dan Kimma (Kongres India Muslim Malaysia) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Oleh sebab Pas – yang ketika itu diketuai oleh Fadzil Noor – enggan sebumbung dengan DAP, Semangat 46 terpaksa membina khemah baharu untuk duduk bersama parti-parti bukan Islam atau yang tidak berteraskan Islam iaitu DAP, PBS (Parti Bersatu Sabah), PRM (Parti Rakyat Malaysia - sosialis) dan IPF (Indian Progressive Front) untuk mendapat sokongan bukan Melayu/ bukan Islam.

Pas pada masa itu mungkin sudah mengesan masalah jika DAP diterima untuk sebumbung kerana dasar yang bertentangan (Langkah mayat saya dahulu jika mahu tubuh negara Islam: Karpal Singh) akan sentiasa mengganggu kerjasama politik yang diusahakan untuk menumbangkan BN.

Duduk sebumbung, DAP yang agresif dan bernafsu besar seakan tidak ada pembatas untuk mencampuri urusan dalaman Pas  bagi memastikan parti itu menerima perjuangannya ataupun sekurang-kurangnya mempunyai pengaruh di dalam badan Pas sendiri untuk bersetuju dengannya. Itulah yang didakwa oleh pemimpin Pas bahawa DAP ada 'cai' yang tersendiri pada pemilihan parti itu yang lalu.

Meskipun dalam politik 'tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal, yang ada hanya kepentingan yang kekal' dan politik adalah seni serba mungkin (the art of possible) atau tidak ada yang mustahil dalam politik, bergabung semula dengan DAP adalah sesuatu yang tidak mungkin kita akan dapat lihat dalam masa yang terdekat.

Kata-kata Takiyuddin - "Pas perlu belajar daripada pengalaman, terutama sewaktu bersama PR" – boleh dianggap manifestasi kekesalan yang sekali gus menunjukkan, untuk mengatur lagi kerjasama seumpama itu, Pas perlu lebih, lebih dan lebih berhati-hati.

Memang benar, ketika menyertai APU, dua daripada lima parti yang membentuk koalisi itu adalah serpihan Pas sendiri iaitu Berjasa dan Hamim namun untuk Pas sebumbung semula dengan bekas orangnya yang kini bernaung di bawah payung Parti Pekerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksana. Pas sendiri mengambil masa berdekad untuk terima semula Berjasa dan Hamim, itupun setelah kedua-dua parti itu tidak lagi dipimpin oleh bekas pemimpin Pas yang mengasaskannya.

Apa pun, seperti ahli gusti, ahli politik juga boleh berubah pendirian mengikut kepentingan. Dan ketika itu, orang yang berada di sekitar gelanggang yang ghairah melayan rasa sensasi menonton drama dimainkan mereka, pasti akan terpinga-pinga. Pas perlu lebih berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali. Parti itu juga akan lebih mendapat sokongan - yang asli - jika terus menyendiri.

Hasrat PKR mahu Pas hanya mainan politik

Posted: 10 Sep 2015 04:21 AM PDT

PR


ALOR SETAR – Hasrat PKR mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas dilihat sebagai mainan politik atas konsep 'siapa makan siapa'.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ia kerana PKR perlu bergantung kepada Pas untuk kekal berkuasa di Selangor.

"Jika Pas Selangor diketepikan buat masa ini, maka ia akan menyebabkan rombakan Exco. PKR perlu berhadapan bukan sahaja dengan BN dan bekas menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi Pas.

"Ini adalah satu sikap kepimpinan PKR yang tidak konsisten. Dari satu sudut mereka dilihat bersahabat baik dengan DAP dan menyokong kumpulan anti Pas, tetapi sudut lain pula, cuba meneruskan hubungan dengan parti itu," katanya.

Menurutnya, situasi itu mungkin pada pandangan orang ramai Pas digula-gulakan dengan kuasa dan juga peruntukan yang boleh disalurkan Kerajaan Selangor kepada wakil rakyat Pas.

"Jadi buat masa ini walaupun PR dikatakan hancur, roh Pas sama macam Harapan Baru yang mahukan gula-gula politik ekonomi," katanya.

Md Shukri yakin permusuhan Pas dan Harapan Baru reda menjelang PRU14 yang dijadualkan pada 2018.

"Saya percaya Pas akan bersama kelompok Harapan Baru bergandingan dengan DAP dan PKR sebagai landasan mendapatkan kepuasan untuk menumbangkan BN," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa Pas tidak akan selesa jika bersama Umno dan BN dengan sikap serta nilai politik parti itu sendiri.

"Senario politik semasa menjelang PRU14 tidak akan menjadikan Pas bersendirian, sekurang-kurangnya Pas akan kembali bersama sekutu mereka dalam PR 2.0.

"Jika ini berlaku, DAP adalah sebenarnya ketua pembangkang dan Pas parti penambah perisa sahaja," katanya.

Jelasnya, kesemua langkah tersebut dibuat bagi menjamin survival politik PKR terutamanya di Selangor.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas dan menerima mana-mana pihak yang terikat dengan pendirian sama untuk melakukan perubahan serta reformasi secara total.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai pandangan terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini.


Hubaya-Hubaya Meremeh Bai’ah

Posted: 10 Sep 2015 04:15 AM PDT



Oleh : Subky Latif


AMAT memilukan betapa antara orang yang ditarbiyah bertahun-tahun meremehkan bai'ah yang setiap calon PAS amal selama ini. Ia sudah diadakan sebelum era kepimpinan ulama dan diteruskan setelah konsep kepimpinan ulama diwujudkan. Tiada siapa dalam PAS mempertikainya dan tidak ada calon yang menolaknya.

Tidak ramai yang masih hidup tahu bagaimana ia bermula. Tetapi PAS ada pengalaman apabila kerajaannya yang pertama di Terengganu ditumbangkan awal 1960-an apabila beberapa Adunnya menyokong undi tidak percaya kepada Menteri Besar Mohd Daud Abdul Samad yang diusulkan oleh Adun Perikatan, Ibrahim Fikri. Jemaah Islam itu mengira ia satu pengkhianatan. Ahli dan penyokong bertungkus lumus, berhabis menegakkan kerajaan yang pertama itu, ia tumbang oleh wakil rakyat yang tidak setia.

Mengutuk orang meninggalkan parti tidak berguna. Yang penting ialah membendung perbuatan yang tidak bermaruah itu. Cara terbaik ialah memperkenalkan bai'ah kepada calonnya. Antara kandungan bai'ah ialah mereka akan dilaknat Allah jika khianat. Kebelakangan ini ada yang menambah tertalak tiga isterinya. Ia tidak sekadar calon biasa, bahkan pemimpin dan tok guru melafazkan bia'ah itu.

Yang dikira khianat itu bukan calon yang menang saja, malah ada calon lari semasa kempen menyebabkan masuk pilihan raya dengan calonnya hilang. Mungkin yang meninggalkan PAS itu kerana marahkan ketua parti, tetapi ketika kerajaan PAS Terengganu tumbang itu ketua parti ialah Dr Burhanuddin alHelmy dan Prof Zulkifli Muhammad yang tidak pernah dicela oleh ahli PAS dulu dan sekarang.

Tiada calon yang membantah. Setengah calon masa dulu dipaksa jadi calon, tetapi tiada paksa berbai'ah. Mereka diberi pilihan berbai'ah untuk menjadi calon. Jika mereka kira ia dipaksa, mereka boleh tarik diri dari bertanding. PAS boleh gantikan dengan calon lain. Tidak ada yang menolak bai'ah.

Ada mufti dari Perlis dan Pulau Pinang mengira bai'ah hingga tertalak tiga isteri tidak laku di sisi agama. Maka pandangan mufti dijadikan sandaran bagi wakil rakyat dan setengah pemimpin untuk berpisah dengan PAS. MP dan Adun tidak merasa perlu meletak jawatan setelah meninggalkan parti. Ia dirasakaan tidak khianat, tidak tertakluk dengan laknat yang pernah dilafazkan dan tidak tercerai isterinya.

Bagus dan bertuahlah kiranya ia tiada apa atau tidak laku. Tetapi kalau laku seperti yang hakim syariah
Kelantan kata, macam mana. Saya teringat tentang perli seorang mahasiswa terhadap rakannya yang tak tinggal solat dan puasa. Bagaimana dengan solat tunggang-tonggeng setiap hari, bila mati, tiada neraka dan tiada syurga. Jawab kawan itu, jika tiada syurga dan neraka, dia tidak apa-apa. Bagaimana kalau ada? Ia tidak rugi, sebaliknya yang tidak solat dan tidak puasa akan rugi. Terdiam orang yang meremehkan syurga dan neraka itu.

Jika bai'ah itu laku orang yang dikira khianat itu akan berdepan dengan laknat dan isterinya tercerai. Jika dia tidak percaya bai'ah itu laku, dia akan bersekedudukan dengan jandanya secara tidak sah, justeru perkahwinannya sudah terbubar.

Cerai itu pula talak tiga. Untuk berbalik semula, janda itu kena kahwin lain dulu. Kalau suami isteri itu tidak mahu bercerai, maka Waibi akan kehilangan isterinya terus. Ada sistem yang menggunakan Cina buta. Yang jantan mengambil upah. Lepas nikah dicerainya. Tetapi pandangan masyhur ulama, Cina buta itu tidak laku. Macam nikah mutaah yang diamalkan oleh Syiah dulu.

Ada yang mengira pelanggaran bai'ah itu dapat ditebus dengan memberi makan sejumlah orang miskin.

Adakah terhapus pantang itu dengan memberi makan saja sedang kerusi yang dibawa lari tidak dipulangkan? Atau tidak gugur talak? Jika menjamu makan dibolehkan, maka ini ertinya dia mengakui pelanggaran telah dilakukan. Jika pelanggaran itu diakui, tidak memadai sekadar menjamu makan, tetapi dia mesti menyatakan penyesalan dan minta maaf kepada sekalian yang terlibat, pulangkan balik kerusi dan mengaku tidak akan mengulanginya lagi. Atau kembali semula ke pangkuan PAS, taubat dan kemudian berjamu. Tetapi sekadar mengaku taubat, tidak minta maaf, tidak menyesal, sama seperti orang mengaku taubat, lepas itu dia terus langgar taubatnya.

Mungkin juga pendapat dua mufti itu laku. Tetapi mufti yang lain diam. Majlis mufti tidak pula membincangkannya. Mufti itu juga ulama. Maka mereka boleh berbeza panangan dengan ulama yang lain. Kemudian orang boleh menimbang pandangan ulama mana lebih kuat. Kita kena tanya mufti yang dua tu dulu. Cara mana pandangan itu mereka buat. Adakah sekadar ilmu yang ada dan kitab fekah yang dibaca dan ada kajian yang luas?

Terutama mufti Perlis yang diketahui seorang warga universiti. Orang universiti biasanya dia ada kajian termasuklah menemui pihak yang ada hubungan berkaitan. Ilmu dan pengetahuan saja tidak cukup. Dia mesti jumpa Majlis Syura Ulama PAS, tanya mengapa mereka buat begitu dan begini? Apa yang medorongkan Dr Burhanuddin dan Prof Zulkifli dulu buat begitu? Dan bagaimana ulama zaman Dato' Asri Muda putuskan bai'ah itu?

Macam mana Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Dr Haron Din dan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang luluskan bai'ah sedemikian. Mufti adalah atas dari kadi dan hakim syariah. Hakim tidak jatuhkan hukum sebelum mendengar kesaksian yang dituduh, peguam bela dan pendakwa. Dalam sejarah ulama rasmi atau ulama yang mendekati umarak tidaklah sama bisanya dengan ulama bebas dan yang tidak makan gaji. Ulama bebas itu menjauhkan diri dari umarak kerana celakalah ulama yang mendekati umarak. Bahagialah umarak yang mendekati ulama tetapi kurang bahagiannya bila umarak itu mendekati ulama yang mendekatinya siang dan malam.

Mufti yang makan gaji luas pengalamannya dengan semua hukum hakam dan pentadbiran yang berkaitan bidang kuasanya. Tetapi mereka tidak ada pengalaman menjaga orang politik. Ulama PAS kaya dengan pengalaman politik dan kerenah orang politik bersamanya. Antaranya ialah menghadapi rakannya yang lari dari jemaah.

Abu Hurairah, Imam Bukhari, Imam Muslim kaya dengan ilmu hadis tetapi tidak sama dengan Sayidina Umar al-Khatab, Ali Abu Talib dan Umar Abdul Aziz yang tidak sekadar mahir dengan ilmunya tetapi mentadbir dengan ilmunya. Para khalifah dan gabenornya tidak sekadar memanfaatkan ilmunya tetapi berijtihad dalam perkara yang tidak ada dalam al-Quran dan hadis.

Itulah lebih ulama yang berpolitik. Apapun pandangan mufti tentang bai'ah itu menjadi rujukan kepada setengah orang PAS yang hendak lari dari bai'ahnya. Jika 50,000 orang tidak menghargai bai'ahnya, besar jasa mereka pada perkembangan politik umat. Mungkin bai'ah itu tidak wajib, tapi samalah ia tidak wajib taklik bagi setiap pengantin laki-laki. Mengapa taklik yang mungkin dikira bidaah oleh setengah orang disyaratkan oleh pentadbiran syarak? Tentu ada muslihatnya.

Hubaya-hubaya meremehkan bai'ah, takut tertipu diri sendiri. Elakkan berloyar buruk. Bukan orang lain yang binasa. Takut kita sendiri binasa

PKR gesa polis halang himpunan baju merah

Posted: 10 Sep 2015 03:58 AM PDT

PKR gesa polis halang himpunan baju merah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi bunga kepada pekerja di gerai Oppo Plaza Low Yat sempena program walkabout.


KUALA LUMPUR - PKR menggesa Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) segera bertindak bagi menghalang 'perhimpunan baju merah' diadakan pada 16 September ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,  himpunan yang dianjurkan itu bermotifkan perkauman, dan  jika ia dibiarkan boleh membawa kejatuhan kepada nilai masyarakat dan kewarasan.

"Polis wajib bertindak untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi perkauman seperti yang dipaparkan di poster-poster di Kuala Lumpur yang berkaitan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita ketika turun di Plaza Low Yat dalam program 'Walkabout Muhibbah' hari ini.

Menurut Presiden PKR itu, pihak penganjur himpunan yang dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu itu sepatutnya menumpukan isu berkaitan masalah ekonomi dan politik negara bukannya bermotifkan perkauman.

Katanya,  perkara itu jelas apabila pihak penganjur memilih Bukit Bintang dan Jalan Petaling sebagai lokasi untuk berhimpun.

"Penganjuran perhimpunan aman dibenarkan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012,  namun tujuan dan motif perhimpunan atas dasar perkauman tidak wajar dilakukan.

"Jika (diteruskan) boleh mengganggu gugat keharmonian kaum apatah lagi lokasi yang dipilih majoritinya dari kaun Cina," katanya.

Tambah beliau,  lebih malang lagi apabila ada pemimpin Umno yang menggesa ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Ditanya apakah tindakan sekiranya ada ahli PKR menyertai perhimpunan itu.

Wan Azizah berkata, PKR sama sekali tidak membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan itu

"Kita yakin tiada ahlinya yang akan turun menyertai perhimpunan itu," katanya.

Menurut Wan Azizah kehadiran beliau bersama pemimpin-pemimpin PKR memberi bunga kepada pekerja di Plaza Low Yat adalah bertujuan menghulur mesej keamanan kepada semua etnik untuk bersama-sama menyelamatkan negara.

Antara pemimpin PKR yang hadir, Ketua Wanita PKR,  Zuraida Kamarudin, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad,  Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.


Baju merah ada hak berhimpun

Posted: 10 Sep 2015 03:57 AM PDT

Maria Chin
 
 
KUALA LUMPUR - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Bersih 2.0 tidak akan menghalang kumpulan baju merah yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan minggu depan.
 
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu mempunyai kebebasan untuk berkumpul.
 
"Saya rasa mereka ada hak berkumpul dan juga ada hak kebebasan berekspresi kerana ini ada dalam Perlembagaan kita. Kami tidak akan hentikan mereka.
 
"Salah satu tuntutan kami adalah hak untuk berdemonstrasi, jadi, kami terima ini semua. Terpulang kepada mereka nak cakap apa yang mereka mahu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
 
 
Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah dikatakan akan diadakan pada 16 September ini sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
 
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu.
 
Beberapa parti politik turut memberikan reaksi yang berbeza berhubung perhimpunan yang akan berlangsung pada sambutan Hari Malaysia itu. 
 
 
 
 

Penyokong Umno ‘boo’ Ahmad Maslan kerana kecewa

Posted: 09 Sep 2015 05:22 PM PDT




Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' ketika keluar daripada bangunan Umno, petang tadi dipercayai oleh kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' ketika keluar daripada bangunan Umno, petang tadi dipercayai oleh kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti. 
 
Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.
 
Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan 'boo' itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir. "Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata ahli Umno Johor itu kepada The Malaysian Insider.
 
Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.
 
"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di'boo' dan ada yang jerit 'menteri GST'," katanya.
 
Ini bukan kali pertama Ahmad menerima sorakan sebegitu kerana Ogos lalu, beliau yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi pernah di'boo' perwakilan kawasannya sendiri pada mesyuarat perwakilan Bahagian Pontian.

Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian Pontian di'boo' hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka, sebaliknya menegur secara baik.


Najib enggan dedah sumbangan politik, kecam ‘double standard’ pembangkang

Posted: 09 Sep 2015 05:17 PM PDT



Presiden parti Umno Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan ketidakengganan pihak penganjur himpunan Bersih 4 untuk mendedah sumber dana mereka yang melebihi RM2 juta. – Gambar The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Presiden parti Umno Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan ketidakengganan pihak penganjur himpunan Bersih 4 untuk mendedah sumber dana mereka yang melebihi RM2 juta. – Gambar The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mendedahkan mengenai sumbangan politik yang diterima Umno, walaupun terpalit dengan skandal derma RM2.6 bilion, kerana katanya, parti pembangkang juga tidak mendedahkan dana yang diterima mereka.

Presiden Umno itu berkata, beliau sudah menjelaskan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini yang tidak ada keperluan mendedahkan sumbangan politik itu.
 
Ini kerana, kata perdana menteri, tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan mengenai keperluan mendedahkan dana yang diterima sesebuah parti politik.

"MT ambil maklum tidak ada undang-undang guna pakai berhubung dengan sumbangan politik dan tidak ada keperluan untuk buat pendedahan dari segi undang-undang. 
 
"MT juga ambil maklum semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan derma, termasuk pembangkang," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato' Onn, Pusat Perdagangan Antarabangsa Putra di Kuala Lumpur petang ini.
 
Najib dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion, yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai derma politik, susulan pendedahan mengenai wang itu dibuat The Wall Street Journal (WSJ) awal Julai lalu.
 
Bagaimanapun, pemimpin Umno sendiri dilaporkan tidak mengetahui kewujudan wang tersebut dan timbul perbalahan pendapat di kalangan ahli parti sendiri sama ada ia sewajarnya dimasukkan ke akaun peribadi beliau.
 
Najib hari ini turut mempersoalkan desakan pembangkang yang mahu sumbangan politik itu didedahkan walhal katanya, penganjur perhimpunan Bersih 4 juga tidak mendedahkan sumbangan yang mereka perolehi.
 
"Mereka enggan dedahkan sumber dana. Bila sampai kepada mereka, mereka tuntut ditunaikan, tetapi bila kepada kita, macam-macam dipersoalkan.
 
"Kita tidak boleh 'double standard'," kata Najib mengulas mengenai sumbangan untuk perhimpunan pada hujung Ogos anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 itu, berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
 
Pengumuman itu dibuat ketika perdebatan sedang hangat diperkatakan mengenai amalan pembiayaan politik di Malaysia, di mana tidak ada undang-undang untuk mengawal derma kepada parti politik, atau mendedahkan identiti penderma.


Saman Tony Pua, permohonan PM akan didengar 2 Nov

Posted: 09 Sep 2015 05:11 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dalam saman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke 2 Nov ini.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut dalam kamar hari ini.
 
Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua memberitahu pemberita bahawa pada tarikh yang sama mahkamah juga akan mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman tersebut.
 
Katanya, Hakim Vazeer turut menetapkan 1 Dis untuk mendengar permohonan Najib bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Chan Chee Kong, pemilik Mediarakyat.net portal.
 
Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan Chan, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata pada 13 Nov tahun lepas, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.
 
Beliau berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.
 
Najib berkata rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya dan individu dikenali sebagai 'perdana menteri' dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).
 
Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.
 
Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.
 
Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejen mereka daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.
 
 

PAS akan bincang hasrat PKR mahu parti itu sertai PR 2.0 [TONTON VIDEO]

Posted: 09 Sep 2015 05:10 PM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengadakan perbincangan di peringkat parti terlebih dahulu berhubung hasrat PKR yang mahu membawa masuk parti itu di dalam pakatan pembangkang baharu bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
 
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata, keputusan berhubung perkara itu hanya akan diputuskan melalui mesyuarat parti kerana ia membabitkan soal polisi. 
 
"Pertamanya, ini membabitkan polisi dan saya tak boleh beri komen (sendirian). Nanti kita akan putuskan di dalam mesyuarat dahulu, kita akan bincang," katanya kepada Antarapos.
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS dan DAP bagi membincangkan perkara berkenaan dalam jangka masa terdekat. 
 
Azizah semalam juga terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti serpihan PAS, iaitu Parti Amanah Negara bagi membincangkan hala tuju dan prinsip kedua-dua pihak.
 
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam masa yang sama menekankan perlunya pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu semasa dan dalam pilihan raya umum yang akan datang.  
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali sebelum ini menegaskan parti itu mahu PAS turut serta dalam pakatan pembangkang baru meskipun DAP tidak bersetuju. 
 
Azmin berkata sebagai parti bersifat inklusif, pihaknya menerima PAS sebagai sebuah parti yang mampu memperkukuhkan barisan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14. 
 
Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika ditanya mengenai kesediaan Amanah untuk bersama PAS dalam gabungan pembangkang baharu, enggan mengulas lanjut.  
 
"Ini pun melibatkan polisi. Nanti dah rasmi (ada keputusan) kita akan beritahu," ujarnya ringkas.
 
Beberapa pemimpin Amanah yang dipetik sebuah portal berita dilaporkan menyatakan kesediaan untuk bersama PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi tujuan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Bagaimanapun, mereka akur sekiranya PAS lebih selesa bergerak sendirian, merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan parti Islam itu ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan Amanah.
 
 
 

[KEMASKINI] PAS Selangor belum ada ketetapan sertai Pakatan Rakyat 2.0

Posted: 09 Sep 2015 05:06 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
KAJANG: PAS Selangor masih lagi belum membuat ketetapan untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 walaupun dipelawa bagi memperkukuhkan gabungan baru pakatan pembangkang.
 
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad berkata, setakat ini PAS negeri hanya mengambil maklum arahan daripada pihak berautoriti sahaja.
 
"Sekarang ini ada banyak spekulasi, kita pun sudah dengar banyak kenyataan daripada Datuk Menteri Besar, Presiden PKR pun sudah buat pengumuman, Ketua Umum PKR pun sudah buat pengumuman-pengumuman.
 
"Tetapi saya hanya ambil pengumuman yang ada autoriti contohnya Datuk Menteri Besar selaku ketua pentadbiran Selangor," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Majlis Pelancaran Program Jejak Wira, di sini.
 
Beliau mengulas mengenai sama ada PAS sudah bersedia untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat 2.0 tambahan pakatan baru itu akan mula beraksi pada sesi Parlimen yang akan diadakan pada bulan Oktober ini.
 
PKR sebelum ini menegaskan akan mengadakan perbincangan dengan PAS untuk membawa masuk parti itu dalam pakatan pembangkang bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP meskipun cadangan itu ditolak oleh DAP.
 
Walaubagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi membayangkan parti itu tidak menolak kemungkinan akan bergerak sendiri berdasarkan senario dalaman semasa.
 
Dalam pada itu, Iskandar menegaskan hubungan PAS Selangor dengan rakan komponennya DAP dan PKR di Selangor masih berjalan seperti biasa.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan hubungan kerjasama itu hanya berdasarkan atas urusan kerajaan negeri sahaja.
 
"Kita tetap bersama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama masih berjalan di negeri Selangor di antara PKR dengan PAS dan juga DAP. Tadi pun kita ada mesyuarat Exco, dan ia berjalan seperti biasa.
 
"Ingin saya tegaskan di sini, dari segi kerajaan, PAS atau pun PAS Pusat telah pun megarahkan kepada PAS Selangor bahawa hubungan di antara kerajaan diteruskan, bermakna kita dengan DAP dalam kerajaan contohnya dalam Exco, dalam ADUN, ahli Majlis atau pun semua peringkat termasuk ketua kampung, melibatkan kerajaan, semuanya berjalan seperti biasa. Cuma dalam kerjasama politik sahaja yang putus," katanya.
 
 

PKR perlu jelaskan kepada penyokong hasrat mahu PAS sertai PR 2.0 - Guan Eng

Posted: 09 Sep 2015 05:04 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: DAP meminta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan kepada penyokong pembangkang berhubung pendirian parti itu yang masih mahu meneruskan kerjasama bersama PAS, dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk kelak.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun Azmin dan PKR mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian, namun para penyokong mereka harus diberikan penjelasan apatah lagi dakwanya PAS yang bertindak memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini.
 
"Azmin mempunyai sebabnya sendiri, tetapi walau apa pun sebabnya, beliau perlu menjelaskan kepada penyokong mengapa membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS," kata Lim pada satu sidang media di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini.
 
"DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS kerana mereka sudah putuskan hubungan dengan DAP. Selepas itu, mereka juga berkata akan bertanding di kawasan yang dipegang DAP," katan Guan Eng yang dipetik sebuah portal.
 
Azmin sebelum ini menegaskan parti itu mahu PAS turut serta dalam pakatan pembangkang baru meskipun DAP tidak bersetuju. 
 
Azmin berkata sebagai parti bersifat inklusif, pihaknya menerima PAS sebagai sebuah parti yang mampu memperkukuhkan barisan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14. 
 
Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS dan DAP bagi membincangkan hasrat mereka yang mahu membawa masuk parti Islam itu di dalam pakatan pembangkang baharu bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
 
Azizah semalam juga terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti serpihan PAS, iaitu Parti Amanah Negara bagi membincangkan hala tuju dan prinsip kedua-dua pihak.
 
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam masa yang sama menekankan perlunya pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu semasa dan dalam pilihan raya umum yang akan datang.  


‘Seorang beradik Morais saksi dalam kes bunuh Pengasas Ambank’

Posted: 09 Sep 2015 05:02 PM PDT

ZALINAH NOORDIN

 

FLY_9897
Khalid berkata, petunjuk baru itu menunjukkan Morais telah diculik, bukannya hilang. - Foto TRP/ Adib Hakim


GEORGE TOWN, Polis mendapat petunjuk baru berhubung kes kehilangan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.


Kini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan untuk penculikan.

Menurut Khalid, petunjuk baru itu menunjukkan Morais telah diculik, bukannya hilang.

Beliau memberi jaminan polis akan berusaha sedaya upaya untuk menyiasat dari semua aspek dan tidak akan mengetepikan sebarang kemungkinan.

"Ada beberapa tuduhan mengatakan kes Hussain Ahmad Najadi (ada kaitan), tetapi apa yang boleh saya beritahu ialah salah seorang beradiknya merupakan saksi dalam pembunuhan Hussain," katanya selepas menghadiri istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di Dewan Sri Pinang, hari ini.

Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, polis tidak menolak kemungkinan kes kehilangan Morais dan pembunuhan Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian yang kini dikenali sebagai Ambank itu, ada kaitan.

"Kita masih belum dapat pastikan sama ada terdapat kaitan, tetapi kami pasti akan melihat sebarang kemungkinan dari semua sudut dalam penyiasatan.

"Apa sahaja yang kita lakukan, perlu berdasarkan fakta dan saya berharap orang ramai tidak mudah percaya kepada khabar angin, biarlah kami menyiasat kes ini dahulu," katanya.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya di pangsapuri Menara Duta, untuk pergi ke tempat kerjanya di Putrajaya, pada pagi Jumaat lalu, dengan menaiki kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WA6264Q.

Penemuan sebuah kereta terbakar di Hutan Melintang, Perak, pada Sabtu lalu, turut menimbulkan kebimbangan saudara-mara dan rakan-rakan Morais.

Pada Julai 2013, Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad ditembak mati, manakala isterinya cedera parah, apabila mereka keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon.
 
Seorang lelaki bersenjata menembak Hussain Ahmad, 75, dan isterinya yang berusia 49 tahun, dari jarak dekat, menyebabkan lelaki itu mati di tempat kejadian.

FAM disaran dapat bantuan Bersih 2.0 untuk kawal penyokong

Posted: 09 Sep 2015 04:58 PM PDT

QURNISHA HAMKA

 

FAM
Ultras Malaysia membuat kekecohan dengan membaling suar, ketika Aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mendapatkan bantuan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berhubung cara mengawal penyokong, kata bekas Pengerusi bersama gabungan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap insiden membaling suar dan bom asap, ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi, di Stadium Shah Alam, semalam.

"Mungkin FAM perlu tanya @mariachin dan @bersih2 untuk bantu kawal penyokong dalam perlawanan akan datang," kata Ambiga di laman Twitter miliknya.

ambiga
Catatan yang dimuat naik Ambiga ke laman Twitternya, pada Rabu malam.

Saranan yang dimuat naik ke laman Twitternya pada jam 10.18 malam ini, jelas sekali ditujukan kepada insiden di Stadium Shah Alam, pada Selasa malam.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan serta-merta, selepas penyokong Malaysia bertindak membaling suar dan bom asap ke padang, pada minit ke-88, ketika Arab Saudi mendahului permainan dengan 2-1.

Setakat hari ini, seramai 11 suspek, termasuk lima pelajar universiti awam dan swasta, ditahan kerana disyaki terbabit dalam mencetuskan kekecohan tersebut.

Mengesahkan perkara berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat yang berkata, kesemua lelaki berusia 19 hingga 36 tahun itu, direman sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Agensi pelancongan haram didakwa tipu lebih RM10 juta

Posted: 09 Sep 2015 04:55 PM PDT

BEN TAN

 

MCAJohorL
Teoh (dua dari kiri, duduk) bercadang mengemukakan aduan kepada Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, sebelum membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - Foto TRP/ Ben Tan


JOHOR BHARU, Sebuah agensi pelancongan tidak berlesen dipercayai telah melarikan lebih RM10 juta, selepas menipu lebih 20,000 mangsa di seluruh negara melalui media sosial.


Sindiket tersebut dikatakan menawarkan pakej pelancongan tidak sepadan dengan harganya serta memberi hadiah berupa sebuah telefon bimbit iPhone 6.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Jason Teah berkata, sindiket berkenaan didakwa turut menggunakan taktik menawarkan pakej makanan dan penginapan serendah RM2,600 setiap seorang.

"Dalam masa sama, sesiapa yang membeli empat pakej serentak, akan menerima sebuah iPhone 6 secara percuma dan boleh berlepas dari Singapura ke destinasi pilihan mereka," katanya pada sidang media di Kelab Wartawan Cina Selatan di Jalan Maju, pada Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengerusi Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (Johor), Alvin Ho.

Teoh mendedahkan, tawaran pakej itu bermula serendah RM1,000 untuk destinasi melibatkan Asia Timur, termasuk China dan Jepun, manakala pakej berjumlah RM2,000 untuk destinasi ke Eropah.

Beliau berkata, sindiket tersebut mendakwa ia menawarkan pakej pada harga lebih rendah, dengan memotong komisen kepada orang tengah bagi tujuan penjimatan.

"Secara jujurnya, harga yang ditawarkan sindiket berpangkalan di Selangor itu boleh dikatakan sebagai mustahil," katanya sambil menambah, tawaran pakej itu termasuk pemberian telefon bimbit percuma adalah satu penipuan.

Beliau turut menambah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta persatuan ejen pelancongan telah dimaklumkan berhubung sindiket terbabit yang menjalankan operasi melalui laman sosial Facebook dan WeChat.

Teoh menjelaskan, beliau bercadang mengemukakan aduan kepada Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, sebelum membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

"Saya gesa orang awam yang sudah tertipu dengan agensi ini supaya membuat aduan kepada biro kami, bagi membolehkan bantuan diberikan melibatkan kes ini.

"Setakat ini, kita telah kumpulkan 20,000 kes berdasarkan invois yang dikeluarkan agensi terbabit dan 
kami percaya ada lagi banyak kes seperti ini di seluruh negara," katanya.

Semakan bersama polis Johor mendapati, ada beberapa laporan dibuat individu di negeri berkenaan yang ditipu sindiket tersebut.

Kes berkenaan kini dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor.

Najib berterima kasih kepada Muhyiddin, Shafie kerana setia kepada UMNO

Posted: 09 Sep 2015 04:40 PM PDT

 
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal telah menyatakan akan terus setia dan berkhidmat untuk kemenangan UMNO pada PRU14.


Shafie-Apdal,-Najib,-Muhyiddin-Yassin


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini yang tertangguh hampir dua bulan tidak menyaksikan sebarang pemecatan ahli seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya apa yang berlaku, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang kononnya akan dipecat telah menyatakan kesetiaan kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya ucapkan terima kasih kerana Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan kesetiaan kepada UMNO, terus berjuang untuk parti dan kekalkan kekuatan UMNO untuk kejayaan dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada Selasa.

Katanya, pendirian sama juga disuarakan Shafie Apdal yang menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi kepentingan parti.

Mengulas lanjut, antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah perkembangan isu semasa yang perlu ditangani, isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), proses rasionalisasi serta dana politik.

"Isu 1MDB saya dah beri penjelasan dengan Datuk Seri Husni Hanadzlah tentang kedudukan semasa dalam tempoh 6 bulan, memohon untuk meletakkan 1MDB dari segi kurangkan dam dan kita ada mendapat tawaran yang mengalakkan, tapi saya tak boleh maklumkan sekarang, bila dah selesai semua proses, kita akan buat pengumuman secara rasmi," katanya.

Tiada ulasan: