Isnin, 7 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tindakan polis melarang himpunan Baju Merah adalah tepat

Posted: 07 Sep 2015 04:17 AM PDT

Tahniah diatas tindakan Polis yang tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan.

Polis juga sepatutnya bertindak terhadap mereka yang membangkitkan perhimpunan Bersih 4.0 yang lalu sebagai isu perkauman. 

Mereka marah dan menganggap perhimpuan Bersih 4.0 didominasi oleh kaum Cina yang menyokong DAP?


  Tidakkah mereka terfikir kemunculan kaum Cina yang ramai berbanding dengan perhimpunan Bersih yang sebelumnya ini mungkin kerana mereka terasa dicabar lantaran ugutan-ugutan oleh oleh gerombolan Melayu dengan melakukan lagak ganas dengan membelasah rakan sendiri dengan batang kayu dan memecahkan atap genting ditengah-tengah bandaraya di hadapan Sogo.

 Betapa orang-orang Cina diugut supaya tidak keluar berhimpun yang kononnya mereka bakal bermandikan darah. Poster-poster yang bertulis " Cina Turun Bersih Sedia Bermandi Darah" terpampang di merata tempat. Polis hanya menanggalkannya dari tembok atau dinding tanpa membuat sebarang tangkapan atau siasatan lanjut. 

Adanya kejadian pijak gambar Hj Hadi dan Najib adalah perkara yg remeh tetapi sengaja mahu diperbesarkan oleh pihak tertentu dan beberapa laporan polis telah turut dibuat. 

Polis pula bersungguh memburu pelaku hingga sanggup menawarkan ganjaran untuk sebarang maklumat hingga tertangkapnya sipelaku. Apakah memijak gambar satu jenayah?

Berbalik kepada persoalan ugutan itu tadi, ternyata tiada siapa yang mengindahkannya. Malah sebaliknya, mungkin dijadikan dorongan dan semangat untuk mereka turun secara beramai-ramai kerana mereka mahu menuntut keadilan dan kesaksamaan sebagai rakyat negara yang demokrasi ini. 

Mereka mempunyai hak untuk bersuara. Mereka menyokong perhimpunan Bersih 4.0 yang menuntut antaranya, Bersihkan Pilihanraya, Bersihkan Kerajaan, Hak Membantah, Kukuhkan Demokrasi Parlimen dan Selamatkan Ekonomi Malaysia.

 Apa tujuan tujuan sebenar Gerombolan Melayu Baju Merah itu  mahu berhimpun di Bukit Bintang dan Jalan Petaling?  

 Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

Ya! DAP!- parti Cina yang sangat anti dengan Melayu! Mereka mengaum !

 Itulah isu yg dimanipulasi oleh akhbar Utusan Meloya edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia dengan tajuk besar "DAP KUASAI BERSIH 4.0" serta tajuk kecil "Didominasi oleh kaum Cina" dan "Peniaga alami kerugian" –untuk menghasut rakyat, khususnya orang Melayu, untuk membenci rakan sewarganegara mereka, iaitu kaum Cina.

Ini adalah fitnah yang bersifat menghasut serta boleh mencetuskan huru-hara, semata-mata kerana pembohongan Utusan. 

Polis sepatutnya bertindak keatas segala hasutan dan ugutan terhadap kaum Cina oleh gerombolan Melayu yang extremis ini.
Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibuat diperbolehkan untuk perhimpunan itu berlangsung dengan syarat ia dilakukan secara aman dan tanpa kekerasan.
 "Ia dilihat sebagai aman, dan kini ia telah berakhir. Kita sudah ada undang-undang yang mengawal demonstrasi secara aman, dan ini telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen," ~ Kata menteri Nazri Aziz
  Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang berjanji akan membawa 30,000 oarangnya ke Bukit Bintang berkataperhimpunan haram Bersih 4 telah melanggar undang-undang dan menentang polis selain membuat perhimpunan di kawasan Dataran Merdeka, mereka membuatkan Melayu dari parti politik dan NGO marah.

Namun ianya disangkal melalui kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang memuji peserta BERSIH 4 berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.

Malah, beberapa keputusan mahkamah sebelum ini dengan jelas menegaskan berkali-kali perhimpunan Bersih adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ternyata segala dakwaan gerombolan Melayu yang diketuai Ketua Umno Besar itu adalah tidak berasas sama sekali. Larangan polis tidak membenarkan mereka berhimpun pada 16 September itu adalah tepat.

PAS hanya mahu jadikan DHPP sebagai kambing korban mereka

Posted: 07 Sep 2015 01:33 AM PDT

Terbukti bahawa Hj Hadi semakin mengarut kebelakangan ini. Kalau ada wala'un yang nak marah sebab saya kata gitu, marahlah. Tidak ada orang yang waras pemikiran dan perkiraannya akan berkata seperti apa yang diucapkan : 
 Pas mahu meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini pada PRU14.
 Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan tersebut, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan. Baca lagi di sin.
 Nampaknya kini Hj Hadi meletakan DAP sebagai musuh utamanya.Bukan lagi Umno sebagaimna lazimnya. Inilah perubahan ketara perjuangan PAS. 

 Sememangnya PAS sudah banyak berubah sejak pemergian almarhum Tuan Guru Nik Aziz.Almarhum adalah satu-satunya tokoh yang sangat kuat menentang Hj Hadi yang kemaruk sangat mahu bersama Umno.

 TGNA menolak cadangan kerajaan campuran dengan BN Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar 2008 di Ipoh.
Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti. 
 "Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya di sini
 Kalau benar-benar Hj Hadi ingin mencabar DAP sebagaimana katanya itu, beranikah Hj Hadi sendiri bertanding melawan mana-mana tokoh DAP dimana-mana?

Apakah Hj Hadi hanya berani mengupah mereka yang bukan ahli PAS sepenuhnya untuk memcabar DAP?

Hj Hadi hanya berani berkokok dalam rebannya sendiri. Beliau tidak berani bertanding selain di Dun Marang sahaja.Berikut merupakan kerusi dun dan parlimen yang beliau pernah tandingi: 

1978 : Dun Marang (kalah)
1982 : Dun Marang (menang) Parlimen Dungun (kalah)
1986 : Dun Rhu Rendang (nama baru Dun Marang - menang) 
           Parlimen Marang (kalah)
1990 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
1995 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
1999 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
2004 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (kalah)
2008 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
2013 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang) ~sumber 

 Jauh berbeza kalau mahu dibandingkan dengan DAP Lim Kit Siang. Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding di beberapa kerusi parlimen dan juga pernah tewas beberapa kali dalam pilihan raya. Berikut merupakan kerusi parlimen yang beliau pernah memenangi: 

Bandar Melaka (1969–1974) 
Kota Melaka (1974–1978) 
Petaling Jaya, Selangor (1978–1982) 
Kota Melaka (1982–1986) 
Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999) 
Ipoh Timur, Perak (2004–2013) 
Gelang Patah, Johor (sejak 2013)  ~ sumber

 Saya mencabar PAS supaya meletakan calon ahli penuh mereka sendiri untuk mencabar kedudukan DAP kalau benar mereka berani untuk hilang wang deposit!

 Jangan jadikan DHPP sebagai kambing korban PAS dalam PRU-14 nanti. 

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 7hb SEPTEMBER 2015

Posted: 06 Sep 2015 10:37 PM PDT

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

 Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

 Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

 Kekeliruan yang timbul akibat laporan media seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

 Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami. 

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

Isu Bai'ah Taklik : Pandangan Ulama Pakistan

Posted: 06 Sep 2015 09:30 PM PDT

Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadith Pakistan. Menghafal Sahih 

 Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Muwattha' Imam Malik.

 Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 thdp isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :

 1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika si isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sbgmana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm Sahih Bukhari.

 Dlm kes wakil rakyat Pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti Pas bukan dgn si isteri. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn si isteri. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

 2. Bai'ah yg dibuat oleh Pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.

 3. Di zaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

 4. Di zaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg memerintah daulah islam. Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin.

 5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh Pas.

 6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsbt ditebus dgn membayar kafarah. Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti ke arah melawan gerakan Islam dan menyokong kezaliman, maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan Islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan insya Allah tiada laknat Allah terhadap mereka kerana memperjuangkan Islam itu tidak semestinya melalui parti Pas semata-mata. 

 7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

 8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan Islam khususnya ahli-ahli Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita yahudi, di mana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran.

Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri. Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran.

 -maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini di Pakistan berhubung dgn isu ini semalam..  ~ SUMBER

Isu Baiah: Apa niat presiden PAS sebenarnya?

Posted: 06 Sep 2015 07:30 PM PDT

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Saya mendengar dan menonton rakaman video ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Had Awang mengenai isu baiah yang melibatkan Dr Mohd Hatta Ramli.

 Selepas mendengar dan mengamati beberapa kali ucapan beliau tersebut nampaknya wujud jalan keluar bagi isu kesan baiah tersebut yang mengandungi satu hukuman (Iqab) yang amat keras iaitu penceraian talak 3 ke atas pihak yang berbaiah sekali gus menghukum juga pihak ke-3 yang bukan menjadi pihak dalam baiah tersebut iaitu isteri ahli Parlimen dan sudah tentu juga dirasai kesannya oleh anak-anak beliau.

 Ada 2 perkara menarik daripada kenyataan presiden PAS tersebut yang menimbulkan tanda tanya.

 Pertamanya, beliau menukilkan pendapat ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang mengatakan jatuhnya talak 3 kesan daripada baiah tersebut dan berkemungkinan Mahkamah Syariah Kelantan akan "'ligan"(kejar ) Dr Hatta untuk dibawa ke Mahkamah Syariah Kelantan. Walaupun presiden PAS tidak secara jelas menyatakan sokongan atas apa yang dikatakan oleh ketua hakim tersebut, namun sikap Hadi yang tidak sama sekali mengkritik tindakan seorang hakim yang mendahului menjatuhkan hukum sebelum pihak yang dihukum itu dibawa ke mahkamah menimbulkan persoalan adakah presiden PAS merestui kaedah dan bentuk keadilan sebegitu?

 Bukankah prinsip sub judice (tidak mendahului menjatuhkan hukum) adalah satu prinsip asas dan fundamental dalam sistem keadilan Islam yang sudah tentu presiden sebuah parti Islam yang berstatus ulama sepatutnya ke depan mempertahankan prinsip keadilan Islam itu?

 Keduanya, presiden PAS juga nampaknya bersetuju di sana wujudnya jalan keluar bagi mengelakkan kesan baiah yang keras itu iaitu dengan pihak PAS boleh membuat keputusan memecat Dr Hatta sekali gus kesan baiah tersebut tidak lagi wujud dan terpakai.

 Sudah tentu ini kaedah terbaik yang PAS patut lakukan demi menyelamatkan satu rumah tangga yang dibina sekian lama, dengan andaian baiah itu sendiri bukan baiah yang laghah.

 Sudah tentu jika baiah itu sendiri diputuskan laghah, saranan presiden Pas itu tidak lagi relevan. Mengambil kira wujudnya pelbagai pendapat tentang kesahihan baiah itu, sudah tentu mencari jalan keluar daripada masalah pertikaian tersebut (al-khuruj min khilaf ) adalah satu cara yang baik yang ulama anjurkan dalam situasi sebegitu.

 Persoalannya mengapa PAS atau presidennya enggan mengambil atau memilih jalan keluar itu demi menyelamatkan satu rumah tangga seseorang?

 Keengganan PAS atau presidennya menawarkan formula jalan keluar itu dengan memecat Dr Hatta mengundang spekulasi liar bahawa dendam menjadi asas kepada keengganan parti Islam tersebut. Di manakah Islam sebagai Rahmat yang PAS selalu canangkan selama ini?

 Bukankah Allamah Ibnu Al Qayyim menyatakan: "Syariah itu adil keseluruhannya, Rahmat keseluruhannya, hikmah ( wisdom ) keseluruhannya, maslahah keseluruhannya dan mana-mana perkara yang keluar daripada prinsip keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada sebaliknya, dari maslahah kepada kerosakan dan daripada hikmah kepada sia-sia ia bukanlah syariah meskipun kita cuba masukkan ia dalam kategori syariah."

 Saya tertanya, adakah ketika mana isu baiah ini dihebohkan serata dunia , adakah kita sedang tonjolkan syariah yang sebenarnya atau bagaimana?

 * Mohamed Hanipa Maidin ialah ahli Parti Amanah Negara. ~ sumber

Bekas Timb Pengarah Cawangan Khas tanya Zahid Hamidi, Kenapa saya ditukar?

Posted: 06 Sep 2015 05:30 PM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador malam ini mendedahkan, bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail mengadakan perundingan dengan unit risikan polis itu berhubung pelbagai perkara yang memberi kesan kepada keselamatan negara. 

 Sambil mengakui beliau dan Gani ada bertemu di rumahnya 2 hari sebelum pendakwa raya itu dipecat daripada jawatannya, Hamid mempersoalkan adakah itu menjadi sebab kepada pertukaran beliau dari Cawangan Khas ke "tempat simpanan sejuk beku" di sebuah unit keselamatan baru di Jabatan Perdana Menteri. 

 Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Hamid berkata, soalannya itu ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini memaklumkan beliau mengenai pertukarannya itu. 

 Hamid bertanya adakah pertukarannya itu kerana keceluparannya dalam membangkitkan betapa perlahannya proses siasatan terhadap firma pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Hamid berkata beliau berasa terhina dengan cara pertukaran itu dibuat.

 "Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah seperti najis mughallazah dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM (Polis Diraja Malaysia) itu lagi. 

"Adakah 'pertukaran' ini dibuat kerana saya berada bersama Gani di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempo lembab proses siasatan ke atas kes 1MDB?" soalnya tanpa menyatakan dengan jelas perkara yang dibincangkan dengan Gani.

 "Sebelum ini Gani sering meminta pandangan cawangan khas dalam banyak isu atau kes tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara," katanya. 

 Beliau mengakui mengadakan pertemuan selama hampir sejam setengah dengan Gani di rumah bekas peguam negara itu 2 hari sebelum penyingkiran beliau pada 28 Julai lalu.

 Gani sebelum ini menganggotai pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan.

 Hamid berkata jika pertukarannya adalah satu "hukuman" kerana bertemu dengan Gani, ia sangat "kejam".

 Menyalahkan Zahid, yang juga menteri dalam negeri serta penyelia kepada pasukan polis, Hamid bertanya: "Tidakkah beliau sedar saya ini seorang 'career officer' dalam PDRM dan bukannya macai politik?"

 "Saya ingin jawapan dari Zahid sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari PDRM. 

 "Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang 'pertukaran' tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," katanya.

 Beliau juga mempersoalkan jika keputusan mengenai pertukaran itu dibuat pada mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut dihadiri Zahid. 

 "Ramai yang menuduh saya sebagai 'sore loser' sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang 'normal' di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi khusus. 

 "Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa," katanya.

 Beliau berkata, kesnya amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang timbalan perdana menteri. Hamid berkata, sebagai menteri dalam negeri, Zahid sepatutnya membela beliau.

 Katanya, sehingga kini, beliau masih belum ditetapkan tugas yang sebenar walaupun sudah melapor diri pada 1 September lalu.

 Beliau dipindahkan keluar dari Cawangan Khas pertengahan Ogos lalu ke bahagian jenayah merentas sempadan yang baru ditubuhkan yang akan melapor terus kepada perdana menteri. – 6 September, 2015.~ themalaysianinsider

Tiada ulasan: