Isnin, 7 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lebih ramai sokong PAS lepas ditendang DAP, kata Hadi

Posted: 07 Sep 2015 04:24 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang 'dicantas', 'tunas' baharu yang tumbuh untuk PAS kini juga lebih banyak dan subur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang 'dicantas', 'tunas' baharu yang tumbuh untuk PAS kini juga lebih banyak dan subur. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa lebih ramai yang menyokong PAS selepas ditendang DAP susulan pertelagahan membabitkan isu hudud meskipun parti itu hanya memenangi Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Presiden PAS itu berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang "dicantas", "tunas" baharu yang tumbuh untuk parti Islam itu kini juga lebih banyak dan subur.

"Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur," kata ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pihak turut menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, namun Hadi mendakwa, gesaan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini turut dilakukan oleh mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan.  
 
"Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

"Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya," katanya.

"Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah."

Hadi turut berkata, sejarah perpisahan PAS bersama barisan pembangkang juga menjadi pengajaran untuk parti Islam itu tidak mengulangi tindakan yang sama.

"Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

"PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan.

"Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya," katanya.

Beliau turut menyeru agar ahli PAS bersama-sama dengan perjuangan mereka dan tidak menuruti tindakan beberapa pemimpin dan ahli mereka yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara.

Parti yang dikenali sebagai Amanah itu kini dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu selepas tewas dalam pemilihan parti itu.

Turut serta bersama beliau adalah pemimpin-pemimpin dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS yang didomonasi kumpulan konservatif daripada golongan ulama.

"Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam  di masa lemah dan kuat.

"Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas," katanya.

Hadi berkata, perjuangan bersama PAS juga tidak layak untuk individu yang gopoh dan tidak istiqamah serta malu dalam perjuangan mereka.

"Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah  di atas  aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

"Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar," katanya.


Jamal: Mengapa Rafidah Aziz suka hentam kerajaan?

Posted: 07 Sep 2015 04:12 AM PDT

 
Jamal Md Yunos mempersoalkan sikap Rafidah Aziz yang gemar mengkritik kerajaan tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan pembangkang.


jamal.rafidah


PETALING JAYA: Kelantangan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah untuk mengadakan demonstrasi aman pada 16 September ini dipersoal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mempersoal sebab Rafidah tidak mengecam perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu di sebalik ia diisytiharkan haram.

"Penganjur tetap meneruskan demonstrasi jalanan itu, tiada pula suara-suara sumbang dari mulut beliau (Rafidah)," katanya ketika dihubungi FMT.

Rafidah turut didakwa hanya gemar memberi komen-komen berhubung kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan pembangkang.

"Antaranya beliau (Rafidah) mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jawab isu RM2.6 bilion. Walhal Najib sudah jawab isu itu berpuluh kali. Kenapa beliau tak faham?

"Apakah faktor tua menyebabkannya tidak faham ataupun kecewa kerana tidak dilantik sebagai menteri?" tanyanya lagi.

Jamal menasihatkan agar Rafidah berhenti menghentam kerajaan dan sebaliknya memberikan pandangan yang berguna.

Rafidah mendesak penganjur Perhimpunan Rakyat Bersatu membatalkan rancangan itu kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4 kerana ia tidak mempunyai tuntutan yang jelas.

Pada masa yang sama, Jamal menegaskan 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' akan tetap diteruskan meskipun tidak mendapat kebenaran polis.

Tambahnya, pihak penganjur perhimpunan itu akan berusaha memohon permit daripada polis ataupun memohon kelulusan mengikut saluran undang-undang yang ada.

"Kita hormati pihak polis sekiranya himpunan ini tidak dapat kebenaran.

"Namun, himpunan ini adalah produk yang lahir daripda himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang menerusi perhimpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 4.0," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan sebagai langkah keselamatan.

GST: 50% peniaga belum guna perisian Sistem Jualan Runcit

Posted: 07 Sep 2015 03:56 AM PDT

BERNAMA

 

GST-M-600x360
Perniagaan seperti kedai runcit dan serbaneka, farmasi dan kedai perkakas, didapati belum memiliki sistem yang turut merekodkan kutipan GST, walaupun tarikh penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober ini.


PUTRAJAYA, Lebih 35,000 peniaga didapati belum memiliki perisian Sistem Jualan Runcit yang dilengkapi sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di premis masing-masing.


Memetik maklumat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, perniagaan seperti kedai runcit dan serbaneka, farmasi dan kedai perkakas, didapati belum ada sistem yang turut merekodkan kutipan GST, walaupun tarikh penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober ini.

"Kita dapati 50 peratus daripada 70,000 perniagaan masih menggunakan sistem manual, iaitu menerusi catatan dalam buku.

"Agak mustahil untuk mereka mengingati kesemua barang dikenakan GST atau tidak sehinggakan barang dikecualikan turut dikenakan cukai enam peratus berkenaan," katanya.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat bersama vendor Sistem Jualan Runcit, hari ini, Johari turut mengingatkan peniaga bahawa penggunaan sistem itu dapat mempermudahkan proses dokumentasi GST.

"Ia akan mengurangkan aduan pengguna terhadap sesetengah kedai yang mengenakan GST, walaupun barangan itu sebenarnya tiada GST," katanya.

Terdahulu, Johari berkata, ada sejumlah 40 wakil vendor dipilih Kastam untuk menyediakan sistem tersebut untuk peniaga pada harga serendah RM2,000.

"Jenis sistem dan kos agak berbeza-beza dan ia berdasarkan jenis perniagaan mereka," katanya.

Johari berkata, kerajaan juga sedang menimbang tindakan yang boleh diambil terhadap peniaga yang gagal menggunakan sistem itu.

"Buat masa ini, tanggungjawab kerajaan adalah memastikan pelaksanaan GST lancar, manakala perniagaan dalam negara berjalan baik dan bukannya semata-mata untuk mendenda peniaga," katanya.

Kehilangan Kevin Morais, polis siasat fail pendakwaan

Posted: 07 Sep 2015 03:54 AM PDT

THE RAKYAT POST


police_L32
Hasil semakan mendedahkan bahawa antara kes berprofil tinggi termasuklah kes rasuah dan satu lagi kes fitnah dan dua kes ini masih belum diselesaikan. 


KUALA LUMPUR, Pencarian dan siasatan berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais memasuki hari ketiga hari ini dan pihak polis kini menjalankan siasatan ke atas fail kes yang telah didakwanya.


Selain itu, siasatan turut tertumpu kepada kes yang masih belum dibuat pendakwaan dan tertangguh.

Ada di antara kes terbabit yang dilupuskan dan belum dilupuskan, merupakan kes berprofil tinggi membabitkan personaliti daripada dalam dan luar dunia korporat.

Hasil semakan mendedahkan bahawa antara kes berprofil tinggi termasuklah kes rasuah dan satu lagi kes fitnah dan dua kes ini masih belum diselesaikan.

"Ia masih pramatang, namun pada tahap siasatan ini tiada apa yang boleh didedahkan," kata sumber kepada The Rakyat Post.

Dan siasatan juga turut menjurus kepada rekod sama ada Morais memiliki senjata api atau sebaliknya.

"Bagi seorang yang berjawatan itu dan dengan skop tugasnya, ada kemungkinan dia mungkin memiliki senjata api kerana polis juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa pegawai Jabatan Peguam Negara yang memilikinya untuk keselamatan," jelasnya.

Kebanyakan mereka, menurut sumber itu, membawa senjata api mereka sendiri iaitu revolver yang mudah dilindungi dari pandangan.

Jika terbukti positif, polis dijangka akan menggeledah apartmen Morais untuk mendapatkan bukti sama ada senjata terbabit ditinggalkan atau dia keluar dengan membawa senjata apinya.

Penyiasat juga kini sedang menunggu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di apartmen Morais bagi mengesan sama ada wujud aktiviti meragukan.

Pada ketika ini, ia merupakan perkara penting dalam siasatan polis yang mana ia membolehkan mereka boleh menyimpulkan setiap peristiwa yang berlaku sebelum laporan terhadap kehilangan Morais dibuat.

Penyiasat juga masih menunggu laporan forensik terhadap sebuah kereta yang ditemui terbakar di Hutan Melintang, Perak, semalam.

Berita kehilangan Morais mendapat perhatian media cetak dan elektronik dan penyiasat juga risau akan keraguan pelbagai laporan yang diterima yang disifatkan sebagai spekulasi.

Buat masa ini, pihak polis enggan mendedahkan status siasatan mereka dan hanya akan berbuat demikian sekiranya ia wajar untuk pengetahuan umum.

Morais dilaporkan meninggalkan apartmennya, Menara Duta pada Jumaat dipercayai untuk ke tempat kerja.

Sama ada beliau benar ke tempat kerja atau sebaliknya masih belum dapat dipastikan memandangkan tidak diketahui sama ada polis telah menyoal siasat rakan sekerja Morais di Jabatan Peguam Negara atau sebaliknya.

Tidak diketahui juga sama ada penyiasat berjaya meneliti diari temu janji Morais, selepas laporan kehilangan hanya dibuat pada jam 6 petang Sabtu lalu berhubung kehilangan beliau.

Selepas The Rakyat Post menyiarkan berita kehilangan Morais, dipercayai beliau dijadualkan untuk menghadiri satu mesyuarat penting di Jabatan Peguam Negara pada Jumaat.

Dia bagaimanapun gagal hadir, banyak panggilan dibuat ke telefon bimbitnya namun gagal. Dia juga sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan rakan sekerjanya pada petang Jumaat namun tidak hadir.

Sekali lagi, panggilan di buat ke telefon bimbit beliau namun ia tidak dijawab sebelum pertanyaan dibuat sama ada sesiapa tahu di mana beliau berada.

Secara kebetulannya, seorang kawan kepada Morais cuba menghubunginya pada pagi Jumaat, namun ia sia-sia.

Pada tengah hari, kawannya itu menghubungi setiausaha kepada Moaris dan mendapati, Moaris tidak hadir ke pejabatnya di Putrajaya.

Laporan kehilangannya dibuat oleh adiknya, Datuk Richard Morais di Balai Polis Jinjang setelah diberitahu kehilangan abangnya sejak Jumaat.

Anggota polis dibelasah pekerja asing, pistol dirampas

Posted: 07 Sep 2015 03:51 AM PDT

ZALINAH NOORDIN

 

Kpl Moksim dipukul-Penang Kini
Mangsa, Koperal Khosim Hat yang sempat menghubungi rakannya di Balai Polis Bukit Tengah ditemui terbaring berlumuran darah oleh sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian. - Foto Penang Kini


BUKIT MERTAJAM, Seorang anggota polis yang sedang merisik maklumat di sebuah kilang memproses makanan ayam di Bukit Tengah di sini semalam parah dipukul sekumpulan warga asing, manakala pistolnya pula dirampas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Ahad itu, anggota polis berkenaan, Koperal Khosim Hat, 56, sedang melakukan siasatan setelah mendapat maklumat mengenai aktiviti perjudian haram di Jalan Besar, Bukit Tengah, di sini.

Bagaimanapun, sekumpulan lelaki dipercayai pekerja asing di sekitar kilang tersebut dikatakan menyerangnya dari belakang dan membelasah mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, kumpulan terbabit kemudian merampas pistol jenis Walther P99 yang dibawa Khosim sebelum melarikan diri.

"Walaupun teruk mengalami kecederaan mangsa sempat menghubungi rakannya di Balai Polis Bukit Tengah.

"Sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian menemui mangsa terbaring berlumuran darah dan mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dengan ambulan," kata Zakaria ketika dihubungi The Rakyat Post.

Mangsa yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat dalam pasukan polis mengalami kecederaan di muka, patah tulang rusuk kanannya serta menerima lima jahitan di dahi.

"Siasatan pantas polis seterusnya membawa kepada penahanan 23 pekerja asing dari Vietnam, Myanmar dan Nepal dan 18 daripada mereka yang bekerja di kilang di Bukit Tengah diberkas pada malam itu juga.
"Daripada 23 yang ditahan itu, lima adalah wanita.

"Pistol milik mangsa juga berjaya ditemui semula," kata Zakaria.

Senjata api milik anggota polis berkenaan ditemui semula di kawasan semak berhampiran kilang berkenaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Beberapa lagi warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan kini sedang dikesan

‘Man Solo’ diberkas selepas terbabit 45 kes pecah rumah di Putrajaya

Posted: 07 Sep 2015 03:48 AM PDT

BERNAMA

 

pecah rumah


PUTRAJAYA, Seorang individu digelar 'Man Solo' yang giat dalam aktiviti pecah rumah di sekitar Putrajaya secara berseorangan sejak dua tahun lalu akhirnya menemui noktah apabila dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas polis di Jalan Ipoh Kecil, Kuala Lumpur 28 Ogos lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan, suspek ditahan setelah polis berjaya mengesannya ekoran kes pecah rumah yang dilakukan di Presint 14 Putrajaya pada 14 Ogos yang melibatkan kehilangan barang kemas dan gajet bernilai kira-kira RM18,000.

Beberapa peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, gergaji besi, pemutar skru dan kerambit dirampas dari beg sandangnya ketika ditahan, katanya.

Setelah disiasat 'Man Solo' mengaku terlibat dalam 45 kes pecah rumah di Putrajaya, kata Rosly.
"Empat cap jarinya ditemui dalam dua kes di Putrajaya pada 2013, satu kes pada 2014 dan satu kes tahun ini.

"Cap jarinya turut ditemui dalam satu kejadian pecah rumah di Ampang, Selangor," jelas Rosly lagi.
Sehari sebelum 'Man Solo' diberkas iaitu pada 27 Ogos, seorang lelaki yang juga berumur 43 tahun disyaki bertindak sebagai penjual barangan yang dicuri oleh 'Man Solo' ditahan di Jalan Batu Bata off Jalan Ipoh, juga di ibu negara.

PKR pertahan hak berhimpun kumpulan anti-BERSIH

Posted: 07 Sep 2015 03:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dalam perkembangan mengejutkan, PKR hari ini menggesa polis supaya tidak menghalang perhimpunan kumpulan anti-BERSIH pada 16 September ini.

Naib presidennya Tian Chua berkata walaupun "jijik" dengan propaganda kumpulan "Baju Merah" itu, mereka juga mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biarkan Baju Merah teruskan perhimpunan mereka, mereka juga ada hak yang digariskan oleh undang-undang dan perlembagaan," katanya dalam siri tweet beliau hari ini.

Anggota parlimen Batu itu juga berkata orang ramai tidak patut ditakut-takutkan dalam hal itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini melarang perhimpunan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling pada Hari Malaysia 6 September ini atas alasan implikasi keselamatan.

Perhimpunan oleh kumpulan aktivis pendesak Melayu itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu yang dikaitkan dengan dominasi Cina serta DAP.

Ia digerakkan oleh pemimpin Umno akar Umno Jamal Md Yunos yang menggunakan platform "Gabungan NGO-NGO Malaysia".

Bekas penasihat 1MDB: Tunggu 6 bulan, saya letak jawatan

Posted: 07 Sep 2015 03:29 AM PDT

Kow Gah Chie

 


Bekas anggota lembaga penasihat 1MDB berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.

Dakwa Tan Sri Abdul Samad Alias, beliau mengambil tindakan itu setelah membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan antarabangsa hari ini.

Abdul Samad dilantik sebagai panel penasihat 1MDB pada 25 Januari 2012.

Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan berkaitan hal ehwal syarikat, terutamanya berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu.

"Saya tunggu enam bulan.

"Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa," katanya yang juga penceramah dalam persidangan itu.

"Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan," katanya lagi dalam sesi soal jawab, yang kemudian mengundang ketawa dan tepukan orang ramai.

Himpunan maruah Melayu pasti akan gagal

Posted: 07 Sep 2015 03:23 AM PDT




Oleh Zainuddin Maidin 


Seorang ketua Bahagian Umno beritahu saya dari pengalamannya, tidak mudah untuk menghimpunkan ratusan ribu orang Melayu dari seluruh negara di Kuala Lumpur tanpa wang yang banyak, sebab yang besar, semangat yang tinggi dan tenaga penganjur yang cekap.

Sekarang nak panggil mesyuarat cawangan Umno pun susah jika tak ada wang poket, tak ada bihun, tak ada bekal untuk bawa pulang tambahlah nak datang ke KL, nak sediakan bas, hotel makan minum dan lain-lain, katanya.

Beliau memberikan reaksi terhadap sebaran berita (palsu?) menerusi media sosial mengenai rancangan perhimpunan baju merah di Low Yat Bukit Bintang pada 16 September sebagai tindak balas terhadap himpunan 500,000 Bersih China 4 di Dataran Merdeka menjelang hari kemerdekaan baru lalu.

Gempak ini diikuti "gempak" yang sama dari Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang juga mahu mengadakan himpunan atas tujuan yang sama.

Rancangan perhimpunan ini mendapat bantahan dari kumpulan yang mendakwa diri mereka "Otai Reformasi" kerana meanggap slogannya "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku" berbau perkauman dan merbahaya dan mereka pun membuat laporan polis.

Melihat senarai bahagian Umno dari seluruh negara yang setiap bahagian akan menghantar beribu-ribu wakil maka saya tidak mahu percaya sebaliknya membuat kesimpulan ini adalah berita palsu, ini "Gempak Keling2" setelah "Gempak Keling1" dengan silat, taekwondo, orang kebal dan sebagainya yang tak nampak muka pada hari perhimpunan Bersih baju kuning tempoh hari.

Sukar untuk orang Melayu hadir secara sukarela tanpa suatu sebab yang selari dengan semangat mereka selain dari untuk menunjuk reaksi balas terhadap perhimpunan Bersih Cina4 berbanding dengan orang Cina yang didorongkan sebab yang besar.

Maka itu sekiranya demonstrasi itu bertujuan untuk mengangkat "Maruah Melayu" ia akan menjatuhkan Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini.

Kaum Cina mudah untuk menghimpunkan suatu jumlah yang besar kerana dibangkitkan kesatuan perasaan dan semangat yang tinggi atas matlamat besar untuk merampas kuasa, menjatuhkan kerajaan Umno atau Melayu dan untuk persamaan hak.

Semangat tinggi ini terlihat dalam barisan pengundi Cina di Pilihan Raya 13. Mereka sanggup pulang dari jauh, dari luar negara dan dari lain-lain untuk pergi ke mana juga mereka terdafar sebagai pengundi walaupun terpaksa menutup kedai dan meninggalkan perniagaan dan pekerjaan mereka.

Mereka berbaris panjang dalam kebangkitkan semangat "Kali inilah untuk Malaysian Malaysia."

Perhimpunan yang didakwa kehadirannya 500,000 orang Cina di Kuala lumpur pada 30 Ogos lalu adalah perang sarap untuk meyakinkan orang Cina, mereka tetap mempunyai kekuatan untuk melakukan satu lagi Tsunami Cina pada pilihan raya ke 14.

"Kali ini kita betul-betul boleh bersihkan kuasa Melayu sekalipun tanpa PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim." Inilah mesej Himpunan Bersih China4.

Orang Melayu tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti ini kerana mereka merasakan berada dalam keadaan selamat di bawah lindungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu yang dibelakangnya adalah polis dan tentera Melayu.

Cuma dalam keadaan sekarang orang Melayu merasa cemas, gelisah, bengong bimbang dan takut kerana berada di bawah tangan kepimpinan negara yang lemah dan tidak bersih tetapi mereka tetap percaya kekuatan akan dapat dipulihkan, Umno akan kembali kukuh sekiranya pemimpin ditukar.

Sentimen ini menyeluruh dari segenap lapisan umat Melayu, dari rakyat di akar umbi di kampong-kampong, petani, nelayan, orang kampong, pelajar-pelajar, peniaga-peniaga hingga kepada pegawai tinggi kerajaan yang terasa mereka didemoralisekan dengan cara yang amat hina. Bagaimanapun mereka tetap nampak hanya Umno penyelamat Melayu.

Sekiranya dalam keadaan krisis keyakinan ini, Pemuda Umno atau lain-lain pihak mengambil kesempatan di atas sentimen rakyat untuk menghimpunkan mereka maka pastinya akan mendapat sokongan yang besar dari semata-mata untuk menentang Bersih 4.

Dalam hal ini pembunuhan Mahsuri Kedua Umno Langkawi Anina Saaduddin boleh digunakan sebagai bantahan untuk mengembalikan maruah Umno dan Melayu yang pastinya akan mendapat sokongan dan dokongan dari anasir revolusi senyap dalam Umno sekarang.

Anina sekarang dilihat sebagai wanita yang teraniaya kerana dibuang dari Umno semata-mata kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan Umno yang melarang ahli membawa kes parti ke Mahkamah sedangkan banyak kes penyelewengan yang lebih besar dalam Umno yang tidak diambil tindakan segera.

Revolusi Senyap yang sedang berlaku dalam Umno sekarang hanya menunggu tangan yang berani meledakkannya.

Anina terlihat sebagai seorang wanita Umno yang mewakili perasaan terpendam semua rakyat, bukan hanya ahli Umno dan bukannya hanya suara Melayu tetapi melampaui batas kaum.

Anina sekarang menjadi Mahsuri Kedua Langkawi kerana dibunuh karier politiknya dengan gopoh-gapah dan kejam seorang yang bergelar Tunku tanpa perbicaraan yang adil demi untuk menyelamatkan maharaja Umno. Beliau tidak dipanggil untuk membela diri.

Jika Himpunan Maruah Melayu mahu mendapat sokongan Aninalah yang boleh menjadi pulling crowd dan jika perhimpunan membantah pembunuhannya diadakan atas thema Menebus Maruah Melayu kemungkinan besar ia akan disertai juga peserta-peserta himpunan Bersih 4 dan pastinya akan dihadhiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – zamkata.blogspot.my

'Jangan kacau rumah kami’

Posted: 07 Sep 2015 03:16 AM PDT



'Jangan kacau rumah kami'
Ahmad Fakhruddin (tiga, kiri) pada sidang media, Jumaat lalu.
 
 
ALOR SETAR - Pas Kedah yakin kembali mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum melalui tagline, 'Pas untuk semua' (Pas for all).
 
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong Pas, lebih bersifat propaganda politik untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu.
 
"Kewujudan parti baharu itu konon menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang," katanya, pada sidang media, di Kompleks Pas Kedah, kelmarin.
 
Menurutnya, Pas Kedah akan terus istiqamah bersama Pas pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, terutama dalam usaha pembentukan kerajaan.
 
"Komitmen kita menolak Umno/BN telah dibuktikan menerusi Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, yang berjaya menghimpunkan lebih 30,000 ahli dan penyokong Pas," katanya.
 
"Sesiapa yang dakwa Pas kini bukan lagi untuk semua, uruslah rumah (parti) baharu yang mereka sertai itu, jangan kacau rumah kami (Pas). Nak korek kolam guna cangkul atau Kubota, itu tanah dia terpulang, hak kami jangan kacau," katanya, sinis.
 
Mengulas mengenai kehadiran Parti Pekerja Malaysia pada saat PR dan BN berdepan pergolakan, Ahmad Fakhruddin menyifatkan ia belum menjadi kenyataan selagi belum didaftar secara sah bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
"Sukar nak cakap, parti itu dah lama ditinggalkan, entah ROS luluskan atau tidak. Masih belum jelas lagi struktur, pentadbiran dan keahliannya. Jika dakwa mereka mendokong gerakan Islam, sama seperti Pas, tidak pula nampak perkataan Islam pada parti itu, macam mana kata ia gerakan Islam," katanya.
 
Ditanya jumlah ahli Pas Kedah yang disahkan menyertai parti baharu itu, Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat daripada Pas kawasan mengenai keahlian yang gugur secara automatik.
 
 

Tidak wujud paksaan, keluarlah

Posted: 07 Sep 2015 03:11 AM PDT

Tidak wujud paksaan, keluarlah
Johari (tengah) selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, Kota Bharu.


KOTA BHARU - "Tidak perlu takut, takut pada apa? Kalau rasa berani, pergi (keluar) sahajalah," kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Senator Datuk Dr Johari Mat secara ringkas menjawab dakwaan wujud wakil rakyat Pas yang takut untuk berhijrah kerana bai'ah yang dilafazkan.

Menurutnya, tidak wujud sebarang paksaan atau untuk menakut-nakutkan mana-mana wakil rakyat dan pemimpin Pas sehingga memaksa mereka terus berada di dalam parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau turut berpendapat, jika langkah perjuangan baharu yang dipilih itu lebih diyakini betul, maka buatlah keputusan sebaik mungkin tanpa sebarang paksaan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, namun terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana masih 'takut' dengan bai'ah talak tiga yang dilafazkan.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli juga menegaskan beliau telah merujuk soal bai'ah itu dengan beberapa ulama termasuklah di luar negara bagi mendapat pencerahan dan pendapat lebih jelas.


Namun, Johari ketika diminta mengulas isu tersebut hanya memberi jawapan ringkas bahawa Mohd Hatta telah mendapatkan pendapat ulama sebagaimana sepatutnya.

"Sudah tanya semua ulama dunia kan, saya tidak mahu komen. Cuma pendapat saya, kalau benar, tidak perlu takut, kalau tak benar, patutlah kalau nak takut pun," katanya.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Mohd Hatta dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai'ah Pas negeri itu.


Hasrat Pas lawan DAP dalam PRU14 sudah dijangka

Posted: 07 Sep 2015 03:07 AM PDT

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng


GEORGETOWN - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP pada PRU14 sudah dijangka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak terkejut dengan keinginan Pas kerana ia selari dengan dasar baru parti Islam itu.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia selari dengan dasar baru Pas iaitu menjadikan DAP musuh utama dan bukannya BN atau Umno. Ini memang dalam jangkaan DAP.

"Dalam pilihanraya yang bersistemkan demokrasi, mana-mana parti politik berhak untuk bertanding dan sekiranya Pas berasa yakin,maka DAP akan terima cabaran dengan rendah diri," katanya kepada media.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, pihaknya meminta agar rakyat memberi sokongan kepada parti yang berkredibiliti.

"Kita harap sokongan rakyat biarlah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan DAP iaitu berjaya menjalankan urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih dengan mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun.

"Pulau Pinang bukan negeri bankrap seperti negeri-negeri tertentu. Perkara-perkara inilah yang akan dinilai oleh rakyat. Sekiranya Pas mahu bertanding, mereka mungkin ada percaturan untuk menang, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Guan Eng turut mempelawa Pas untuk bertanding di kawasannya iaitu Dun Air Putih sebagai permulaan dalam merealisasikan hasrat parti berkenaan.

"Saya tidak pasti sama ada mereka benar-benar nak lawan atau sekadar nak kacau daun sahaja bagi memberikan kelebihan kepada BN. Saya rasa rakyat akan dapat menilai dan membuat keputusan sendiri. DAP sentiasa berusaha untuk memenangi setiap undi.

"Sekiranya Pas benar-benar mahu bertanding di kawasan DAP, saya menjemput mereka bermula dengan bertanding di kawasan saya, di Dun Air Putih. Pelawaan  ini bukan bermakna kita ada jaminan akan menang tetapi ia bukti kita terima cabaran Pas dengan rendah diri," katanya.

Menurutnya, DAP tidak mempunyai niat yang sama dengan Pas iaitu meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi Pas.

"DAP tidak akan ambil pendekatan yang sama, kita tidak akan bertanding di kawasan Pas. Kita tidak ada cita-cita yang begitu besar (untuk bertanding di kawasan Pas) kerana musuh utama adalah BN dan Umno serta rasuah.

"Nampaknya perjuangan Pas sudah jauh terpesong, musuh mereka bukan BN atau Umno tetapi nampaknya untuk memberi kelebihan kepada Umno dan BN dengan bertanding di kawasan DAP. Sekiranya itu dasar baru Pas, DAP terima cabaran itu," katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mengesahkan pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan meletakkan calonnya di kawasan DAP termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.

Abdul Hadi berkata, pihaknya juga akan meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti untuk kerusi berkenaan.


Najib Letak Jawatan? Profesor James Chin dedah 6 Faktor Betapa Sukarnya Singkirkan Najib Sekarang Ini!

Posted: 07 Sep 2015 01:46 AM PDT

-

Najib Letak Jawatan? Profesor James Chin dedah 6 Faktor Betapa Sukarnya Singkirkan Najib Sekarang Ini!

Terkejut juga apabila seorang yang digelar Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kata-kata seorang kesat seperti bangsat kepada umum dengan mengatakan mengelaurkan kata-kata berbaur ugutan kepada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu jikalau tiada UMNO, habislah bangsat nasib anda semua terutamanya orang melayu andaikata UMNo kalah pada Pilihanraya UMum ke 14 kelak.

Melihatkan kenyataan Najib Razak, Tun Dr Mahathir tampil membalas dengan kenyataan yang cukup sinis tetapi tajam ibarat petir memanah kepada sasarannya yang dirasakan membawa kerosakan kepada bumi Malaysia apabila mengatakan :
"Jikalau bangsat itu tiada, UMNO dan rakyat Malaysia akan selamat"
Mahathir tetap pendiriannya mahu Najib Letak jawatan sebagai Perdana menteri Malaysia.
  • Tak cukup dengan itu, Mahathir mahu rakyat Pekan tolak Najib dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak
  • Ahli parlimen kemukan undi tidak percaya kepada Najib
Najib Letak jawatan 

Tetapi empunya diri masih lagi tegas dengan keputusannya tidak mahu berunsur.

Dan ketika Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, Najib Razak terus jadi sasaran delegasi berhubung skandal RM2.6 bilion yang terus membelengunya sekarang ini yang mana mereka sarankan dan memberikan tekanan supaya Najib Razak letak jawatan segera. Antaranya :
  • Pengerusi gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) Manzoor Hassan mahukan Najib letak jawatan
  • Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz mahu Najib Razak tampil jawab segala isu berbangkit mengenai skandal RM2.6 bilion
Dan baru-baru ini semakan Berita Semasa terhadap kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh Profesor James Chin daripada Universiti Tasmania, Amerika Syarikat selepas ditemuramah oleh wartawan CNBC News, beliau mengatakan :

 

6 Faktor dan Sebab Najib Letak Jawatan Adalah Mustahil Sekarang Ini?

  1. Sangat sukar untuk singkirkan Najib sekarang ini. Ada 6 sebabnya berdasarkan pemerhatiannya…
  2. Satu cara yang boleh hanyalah, Najib sendiri yang tampil untuk meletakkan jawatannya ataupun undian sebulat suara daripada kepimpinan tertinggi UMNO yang mahukan Najib Razak disingkirkan
  3. Pertama, hakikatnya sekarang ini, majoriti pemimpin UMNO masih lagi dibelakang Najib
  4. Kedua, taikun-taikun kaya di Malaysia, hampir separuhnya masih lagi menyokong Najib Razak
  5. Ketiga, kelompok konservatif yang tinggal di pinggir bandar dan pedalaman masih lagi sokong Najib Razak
  6. Keempat, dan kata Profesor James Chin lagi, masalah dalam poltik UMNO didorong oleh kontrak dan wang
  7. Kelima, majoriti parlimen di Malaysia adalah datangnya daripada kawasan pinggir bandar dan pedalaman
  8. Akhir sekali, katanya sejarah sudah membuktikannya yang menentukan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum adalah kawasan pinggir bandar dan pedalaman bukannya penduduk di kawasan bandar

2. Siapa Dia Profesor James Chin Kaji Isu Najib Razak?

Tips: Gunakan butang "Next" dan "Previous" untuk melihat koleksi gambar di bawah ini:

BERSIH tanda pagar untuk menteri salah alamat

Posted: 07 Sep 2015 01:27 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Entah serius atau tidak, BERSIH hari ini meletakkan kain rentang di pagar pejabatnya bagi memudahkan seorang menteri kabinet mengecamnya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengerusinya Maria Chin Abdullah, pagar pejabat mereka di Petaling Jaya ditandakan dengan tulisan "BERSIH 4".

Malah, diletakkan juga anak panah merah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.

"(Datuk) Rahman Dahlan – kalau-kalau kamu tak jumpa pejabat BERSIH lagi. Maaf, tiada permaidani merah," katanya dengan nada menyindir.

Sabtu lepas, hasrat Rahman, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, untuk menempelak BERSIH bertukar jenaka luar jangka.

Ia berlaku apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghantar notis tuntutan kos pembersihan RM65,000 ketika perhimpunan BERSIH 4 ke alamat salah.

Rahman pada mulanya menulis Tweet menyebut premis itu sebagai berkunci, terbiar dan "tak nampak bersih langsung" sambil memuat naik gambar itu ke Internet.

Kesilapan itu bagaimanapun cepat disedari aktivis BERSIH 2.0.

Salah seorang daripada mereka, Zoe Randhawa membalas tweet Abdul Rahman: "Salah rumahlah!"

Abdul Rahman sebelum ini menuntut penganjur BERSIH 4 membayar kos pembersihan sekitar tapak perhimpunan yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu

Bil berkenaan, kata Abdul Rahman, tidak termasuk kerugian akibat kerosakan harta awam sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagaimanapun Pengerusi BERSIH 2.0 Maria berkata mereka tidak akan membayarnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.


Umno: Zahid pangku jawatan Muhyiddin?

Posted: 07 Sep 2015 01:24 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
 
SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat orang nombor dua negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin jadi pemangku jawatan timbalan presiden Umno sekiranya khabar angin yang berlegar tentang pemecatan penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini menjadi kenyataan.
 
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, bagaimanapun beliau sangsi dengan perkara itu akan berlaku kerana ia hanya akan merugikan BN di Parlimen.
 
"Jika beliau (Muhyiddin) dipecat, sudah tentu semua jawatan yang disandangnya akan terlucut tapi saya tidak jangka itu yang akan berlaku.
 
"Kerana ia hanya akan menambahkan suasana kritikal kepada BN. Di mana ahli Parlimen (MP) bebas akan bertambah di Parlimen dan mengurangkan bilangan MP BN. MP bebas ini boleh memihak kepada sesiapa sahaja," katanya kepada Sinar Online.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Pecat sekarang memang bukan tindakan bijak]
 
Beberapa hari lalu, tersebar khabar angin melalui aplikasi sosial WhatsApp kononnya, pada Rabu ini akan berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) yang akan memutuskan nasib Muhyiddin.
 
‎Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga turut dikhabarkan akan dipecat daripada jawatan mereka dalam parti.
 
Menurut Abdul Halim, jika Muhyiddin dipecat, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersidang bersama ahli MT Umno yang lain untuk melantik pemangku timbalannya.
 
"Presiden Umno akan bersidang untuk melantik pemangku timbalan presiden Umno dalam kalangan tiga naib presiden Umno.
 
"Besar kemungkinan Ahmad Zahid akan dilantik kerana beliau timbalan perdana menteri dan mendapat undi tertinggi ketika pemilihan Umno," katanya.
 
Akui kemungkinan suasana itu akan menimbulkan suasana tidak selesa dalam kalangan ahli yang menyokong Muhyiddin, namun Abdul Halim berkata, ahli Umno perlu menerima keputusan itu.
 
"Ahli terpaksa terima. Ini keputusan MT Umno bukan presiden...bukan kuasa veto presiden. Memang akan ada yang sedih (atas pemecatan ) tapi kena terima. Perkara itu ikut Perlembagaan.
 
"Jika nak suarakan apa-apa kena tunggu pemilihan nanti atau bercakap ketika Perhimpunan Agong Umno minta penjelasan pemimpin," katanya.
 
Sementara itu, peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menegaskan bahawa hanya ahli MT Umno yang boleh memutuskan taraf keahlian mana-mana ahli Umno termasuk menggantung atau memecat.

"Mengikut Perlembagaan Umno salah satu tanggungjawab MT Umno adalah menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.
 
"Sebagai contoh Anina telah dipecat kerana membawa perkara parti ke mahkamah. Sudah semestinya ada prosedur yang perlu dipatuhi. Anina telah memaklumkan bahawa beliau telah memfailkan kes itu di mahkamah. Maka Perlembagaan Umno jelas, keahlian akan gugur sendiri," katanya.

Ahli Umno Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin dipecat berkuat kuasa 2 September lalu susulan memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
 
Dalam pada itu, Mohd Hafarizam mengakui tidak mengetahui apa-apa soal khabar angin pemecat Muhyiddin.
 
"Saya tidak tahu tentang ura-ura timbalan presiden Umno nak diturunkan atau sebagainya. Saya tidak mahu komen apa kerana saya tidak dengar atau tidak tahu pun tentang itu," katanya.
 
 

Edge berhujah untuk batal perintah penggantungan

Posted: 07 Sep 2015 01:17 AM PDT

Hafiz Yatim 






Keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan untuk menggantung penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd selama tiga bulan adalah tidak rasional dan tidak munasabah, demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Peguam utama The Edge, Darryl Goon, ketika berhujah supaya perintah itu dibatalkan, berkata terdapat 300 artikel di mana penerbitannya, The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly telah diterbitkan tentang 1MDB. Bagaimanapun mereka tidak diberitahu yang mana yang ofensif.

Tambahan pula, beliau berkata tidak ada larangan ke atas perkataan 1MDB atau ia diwartakan oleh menteri untuk mengharamkannya dan penerbitan lain terus menggunakannya, atau melaporkan mengenainya.

"Penggantungan itu didakwa dibuat berdasarkan Seksyen 7 (1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak kerana penerbitannya didakwa memudaratkan keselamatan awam. Tetapi di bawah Seksyen 7 (1) kata-kata yang digunakan mesti diwartakan, dengan perintah menteri.

"Tidak ada pewartaan perintah secara langsung atau tidak langsung terhadap 1MDB, dan oleh itu tidak berlaku pelanggaran Seksyen 7 (1)," tambahnya.

Oleh itu, katanya, The Edge tidak mungkin melakukan pelanggaran itu kerana tidak ada perintah tersebut.

Oleh itu, penggantungan itu adalah tidak sah dan melanggar kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, hujah Goon.

The Edge telah diarahkan digantung penerbitannya dari 27 Julai hingga 27 Oktober oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad mendengar hujahan hari ini dan akan menyampaikan keputusannya pada 21 September. Mkini English


'Apa lainnya mesyuarat pertama Muhyiddin? Tiada'

Posted: 07 Sep 2015 01:10 AM PDT

Al-Abror Mohd Yusuf





Ketika banyak pihak menjangkakan suasana panas, mesyuarat pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas digugurkan daripada kabinet, bersama Umno hari ini sebaliknya berlangsung seperti biasa.

"Tiada yang khusus dan tiada yang luar biasa," kata sumber Umno kepada Malaysiakini.

Mesyuarat biro politik Umno yang berlangsung pada pagi ini juga berlangsung ringkas kira-kira sejam sahaja.

"Ahli biro politik Umno mengadakan perbincangan dengan memfokuskan kepada kelangsungan perjuangan parti, keadaan politik semasa dan perkembangan berkaitan mengenainya.

"Mesyuarat hari ini adalah platform biasa untuk biro itu bertemu dan berbincang," menurut sumber lagi.
Selain Muhyiddin, naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang turut disingkirkan daripada kabinet sebelum ini turut hadir.

Sebelum ini, mesyuarat hari ini dijangka panas memandangkan tersebar khabar angin sejak beberapa hari yang mendakwa beberapa pemimpin Umno akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Rabu ini.

Sumber berkata perkara itu sekadar spekulasi semata-mata.

Mesyuarat biro politik Umno dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri.
 


 

Pas mahu letak calon kerusi ditandingi DAP

Posted: 07 Sep 2015 01:09 AM PDT

 Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi (tengah) pada sidang media Himpunan Istiqamah Pas di Kuala Pilah.
 
 
KUALA PILAH - Pas mahu meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini pada PRU14.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan tersebut, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.
 
Menurutnya, pihaknya juga akan meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti untuk kerusi berkenaan.
 
"Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti PRU akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu. 
 
"Pas tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon kita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihanaraya Pas dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili Pas.
 
"Saya yakin ada ramai wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas yang layak serta boleh diketengahkan menjadi calon kepada Pas nanti," katanya.
 
Menurutnya, tidak salah jika calon bukan Islam mewakili Pas, selagi mereka mendukung serta menyokong konsep perjuangan parti.
 
Bahkan katanya, mengikut hukum syariat Islam berbeza dengan ideologi lain, Islam boleh melantik orang bukan Islam sebagai menteri, bagaimanapun dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.
 
"Ini berlaku pada awal Islam, di mana ada di kalangan orang bukan Islam yang mendukung pemerintahan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam," katanya ketika ditemui pada program Himpunan Istiqamah Pas di Melang Inn di sini, semalam.
 
Turut serta, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun. 
 
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu kenyataan adil dan telus bagi memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan isu RM2.6 bilion yang kini hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa.
 
"Saya mahu supaya satu penyiasatan dan kenyataan yang adil dan telus dapat dilaksanakan. 
 
"Sebagai tanggungjawab moral, Najib mesti menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya berlaku," katanya.
 
 

Tengku Abdullah sedia undur Presiden FAM

Posted: 07 Sep 2015 12:55 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
 
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan persediaannya untuk berundur sebagai presiden Persatuan itu namun secara berperingkat-peringkat.
 
Menurutnya,beliau akan berbincang dengan pengurusan badan induk bola sepak negara itu secepat mungkin bagi membolehkan jawatan itu dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.
 
Dalam pada itu baginda mengakui amat kecewa ekoran kekalahan memalukan skuad bola sepak negara 0-10 di tangan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).
 
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memberi amaran kepada FAM "lakukan perubahan segera kepada skuad negara atau hadapi kemungkinan digantung."
 
"Kita ada banyak tindakan yang boleh diambil. Walaupun saya tak nak tapi di bawah Akta Pembangunan Sukan, menteri mempunyai kuasa untuk ambil langkah drastik seperti di Indonesia iaitu menggantung FAM," katanya.
 
 

Muhyiddin hadir mesyuarat khas Biro Politik Umno

Posted: 07 Sep 2015 12:54 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin.
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimaklum hadir ke mesyuarat khas Biro Politik Umno yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini .
 
"Yes (ya), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir, masih di PMO," menurut sumber dalaman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengesahkan kehadiran Muhyiddin kepada Sinar Online, hari ini.  
 
Menurut sumber itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih lagi berada di PMO, ketika ini. 
 
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilapor mengadakan satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno sebagai persediaan menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.
 
 
Dalam satu surat jemputan bertarikh 2 September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyuarat tersebut dijadual berlangsung jam 9.30 pagi ini.
 
Mesyuarat kali ini dilihat diadakan ketika spekulasi pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut dalaman Umno yang semakin meruncing.
 
Selain nama Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.
 
Portal The Malaysian Insiden yang memetik sumbernya dalam laporan sebelum ini menyebut, mesyuarat pada 1 September lalu tidak memanggil Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. 
 
Namun kali ini, kedua-dua pemimpin itu dilapor menerima surat jemputan menghadiri mesyuarat hari ini.

Saifuddin perli Rahman Dahlan cuba cari kesalahan penganjur Bersih 4

Posted: 07 Sep 2015 12:51 AM PDT

 
Saifuddin Abdullah berkata Rahman Dahlan cuba menegakkan benang yang basah dengan mencari apa saja kesalahan penganjur Bersih 4.0 walaupun melibatkan kesalahan kecil.


saifuddin-rahman


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyindir tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sengaja mencari kesalahan penganjur Bersih 4.0.

Menerusi Facebooknya, Saifuddin memuatnaik status yang mendakwa Abdul Rahman dan kerajaan seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah.

Beliau mengaitkan tindakan Rahman memuatnaik gambar pejabat yang bukan pejabat penganjur Bersih 4.0.

Katanya, walaupun menyedari gambar rumah yang dimuatnaik di akaun Twitter itu bukan pejabat Bersih, namun Rahman tetap mahu mencari apa sahaja kesalahan terhadap penganjur Bersih biarpun kesalahan itu kecil dan remeh.

"Setelah kantoi kerana Bersih 4.0 aman/tak kecoh seperti yang diharapkannya, maka kini mereka (kerajaan) cari/gali (cipta?) apa saja kesalahan walau paling kecil/remeh sekalipun.

"Pokoknya, Bersih 4.0 mesti dipersalahkan/dihukum. Eg, dikenakan caj kebersihan.

"Siap ambil gambar pejabat Bersih dan kutuk pejabat tu kononnya kotor. Tahu-tahu bil dihantar ke alamat yang salah!," katanya.

Sebelum ini, Rahman berkata pegawainya akan cuba menghantar sekali lagi bil pembersihan kepada penganjur Bersih 4.0 pada minggu hadapan selepas percubaannya yang pertama gagal kerana dihantar ke alamat salah.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dilaman Twitter, Rahman Dahlan menyiarkan gambar rumah usang dan mendakwa ia sebagai pejabat penganjur Bersih.

Status itu kemudian dibalas Aktivis Bersih, Mandeep Singh yang menafikan rumah itu bukan pejabat Bersih

"@mpkotabelud untuk makluman anda, ini bukan @pejabat bersih2. Tertanya-tanya, siapa yang pilih anda jadi menteri?" sindirnya.

Dalam perkembangan terkini, Mandeep Singh memberitahu penganjur Bersih 4 telah menaikkan kain rentang di hadapan pejabat mereka untuk membantu pegawai Rahman Dahlan menghantar bil pembersihan itu.
 
"untuk membantu pegawai-pegawai Rahman Dahlan, kami telah menaikan banner di hadapan pejabat kami," tulisnya di Facebook.
 
 

Lelaki kurang siuman panjat kereta peronda polis

Posted: 07 Sep 2015 12:46 AM PDT

 
Lelaki berbadan gempal itu telah menunjukkan aksi seperti berdoa dan berpeluk tubuh sebelum dia menanggalkan baju 


panjat-kereta-polis_600


PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman telah bertindak memanjat sebuah kereta peronda polis dalam kejadian di Kuala Terengganu pada Ahad.

Aksi lelaki berkenaan yang memakai seluar pendek berbelang merah serta berbaju T warna hitam telah dirakam dan videonya yang berdurasi 55 saat dimuat naik di laman sosial.

Menerusi visual yang dikongsi di Facebook Friends Of PDRM, lelaki berbadan gempal yang berumur lingkungan 20an itu telah memanjat kereta peronda polis berkenaan dan memijak lampu siren.

Kejadian yang berlaku pada pagi Ahad di Jalan Budiman, Kuala Terengganu itu telah menarik perhatian orang ramai terutama ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Lelaki itu pada mulanya telah menyepak kon yang diletakkan di bahu jalan hingga mengenai penunggang motosikal.

Penunggang yang tidak tahu tentang status lelaki itu cuba mengejar dan mahu membelasahnya.

Bagaimanapun, anggota peronda polis yang kebetulan melalui jalan itu telah memberhentikan kenderaan sebelum lelaki berkenaan tiba-tiba memanjat kereta polis itu.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan aksi seperti berdoa dan berpeluk tubuh.

Anggota polis peronda yang melihat aksi lelaki itu memujuk supaya dia turun namun arahan itu tidak diendahkan sebaliknya, lelaki itu bertindak menanggalkan bajunya pula.

Speaker: Najib pun tak boleh tolak usul di Parlimen

Posted: 07 Sep 2015 12:34 AM PDT

 
Speaker Dewan Rakyat berkuasa penuh menolak atau menerima usul yang dibawa ke Parlimen.


pandikar-amin


KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkuasa untuk menolak atau menerima apa-apa usul tanpa kebenaran daripada Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Tan Sri Pandikar Amin Mulia, setiap usul yang hendak dibawa ke Parlimen haruslah ditapis oleh beliau sendiri.

"Tidak ada menteri boleh menolak apa-apa…. yang berkuasa mengenai hal usul adalah Speaker.

"Tidak ada termasuk Perdana Menteri. Jadi harus difahamkan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), pada Isnin.

Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata beliau akan memastikan usul undi tidak percaya terhadap Najib tidak berlaku di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, juga menyatakan usul itu tidak perlu dilakukan memandangkan majoriti Ahli Parlimen masih lagi menyokong Najib.

Bagaimanapun, Azalina tampil menafikan membuat kenyataan itu dan mendakwa ia telah diputar belit.

`Perhimpunan Rakyat Bersatu’ tidak dibenarkan untuk keselamatan

Posted: 07 Sep 2015 12:27 AM PDT

 
Ia menjadi perhimpunan haram jika diteruskan dan polis boleh menangkap individu yang menganjurkan perhimpunan itu.


rashid


PETALING JAYA:Polis tidak akan membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 16 Sept ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, perkara itu adalah sebagai langkah kawalan keselamatan awam.

Beliau berkata, setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, polis akan mengawal dan memastikan bahawa mereka tidak mengganggu dan merosakkan harta benda atau orang-orang yang menjalankan aktiviti harian mereka di tempat tersebut," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pada Isnin.

Noor Rashid menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Menurut Noor Rashid, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan seharusnya mendapat keizinan pemilik premis kawasan berkenaan dan kebenaran pihak polis.

Sekiranya perhimpunan itu gagal mendapat kebenaran polis, maka perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang mengambil bahagian, katanya.

"Kita akan mengawal perhimpunan tersebut dan selepas perhimpunan, kita akan menjalankan siasatan dan  mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Tambah beliau, seramai 2,000 anggota polis akan dikerahkan untuk mengawal perhimpunan berkenaan.
Media melaporkan 'Himpunan Rakyat Bersatu' dijadual berlangsung pada 16 Sept dan 10 Okt di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Tiada ulasan: