Rabu, 23 September 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kisah artis nak beli kereta, tapi terbeli Orang Utan!

Posted: 23 Sep 2015 09:00 AM PDT

Wow. Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini. Mungkin tak tahan melihat kecantikan Eina Azman, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk telah melakukan gangguan seksual ke atas Eina ketika bertemu di sebuah hotel baru-baru ini. Keji kan?

Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.

Untuk makluman, Eina telah pun membayar RM175,500 untuk membeli sebuah kereta Mercedes yang berharga RM220,000. Oleh kerana masih gagal untuk mendapatkan kereta yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dilakukan, Eina telah pun berjumpa dengan Datuk tersebut. Kata Eina lagi:-

 Apabila dia berkata mahu mebela saya selama 3 tahun dan memberikan saya apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima.

 Fuh ~~ Susah juga jadi pelakon yang cantik menawan macam Eina ini. Macam-macam dugaan yang ada. Mungkin Eina boleh mengambil pengajaran daripada tragedi ini. Lain kali nak berbincang, pergilah kedai mamak atau tempat yang ramai orang. Jangan pergi ke hotel-hotel dan tempat yang ada orang 2,3 kerat je. Bahaya untuk diri sendiri.sumber

Berita diatas tak ada pun sebut nama Datuk mana pun...tapi ada seorang ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos  telah membuat laporan polis hari ini di balai polis Ampang Jaya mengenai tuduhan keatasnya cuba memperkosa seorang selebriti, Eina Azman.... Hahahahha!  Baca beritanya di sini

Apakah Haron Din teguh dengan kata-katanya?

Posted: 23 Sep 2015 06:00 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din pernah memberi amaran  di sini bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

 Sekarang telah pun terjadi apa yang Harun Din harap-
harapkan tidak akan berlaku. Pakatan Harapan yang merangkumi PKR, DAP dan AMANAH, iaitu gabungan tahaluf siyasi tiga parti pembangkang telah pun muncul kelmarin tanpa penyertaan PAS!

Apa cerita sekarang wahai Haron Din?  Berani tak Haron Din mengkotakan kata-katanya itu ? 

Jemaah juri persekutuan AS siasat Najib, keluarga

Posted: 23 Sep 2015 03:00 AM PDT

PDRM dah tangkap pegawai-pegawai SPRM yang siasat 1MDB. PDRM dah tangkap bekas penasihat SPRM. SPRM dah tangkap pegawai pejabat peguam negara. PDRM dah tangkap orang yang buat laporan berkaitan 1MDB di luar negara.

Ramai yang dah kena tangkap tuh! Bagus! Bagus! Bravo Khalid!!

Tapi bila lagi PDRM nak soal-siasat Najib dan keluarganya? Tanya siapa Pak Arab yang baik hati sangat tu?? Abu Jahal atau Ahmad Albab?? Hahahaha!

Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT).

  Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya.

 Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.

NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia.

 NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low.

 Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza.

 Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT.

 Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang setimpal.

 Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT.

 Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan.

 Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar.

Pemuda AMANAH usul 4 dasar utama Pakatan Harapan

Posted: 23 Sep 2015 12:00 AM PDT

Pemuda AMANAH Nasional mengusulkan empat dasar utama yang menurutnya perlu dijadikan asas kepada polisi bersama Pakatan Harapan.

 Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata empat dasar utama itu ialah:

 # Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosio ekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.

# Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.

 "Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini - Pemuda AMANAH, DAPSY dan AMK - hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 "Sistem pemerintahan dan demokrasi yang korup ini hendaklah diubah dengan digantikan sistem yang amanah, adil, inklusif dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang," katanya. 

 Faiz berkata, kepercayaan rakyat kepada pembangkang lebih 52 peratus bukan sahaja tidak boleh dikhianati, tetapi hendaklah ditingkatkan bagi meneruskan perjuangan suci untuk menguasai Putrajaya.

 "Pemuda AMANAH Nasional bersama sayap pemuda parti koalisi lain daripada DAPSY dan AMK mempunyai tugas berat dalam mengembleng tenaga dan fikiran bagi mendapatkan kepercayaan pengundi muda yang dianggarkan melebihi tujuh juta orang.

 "Konsultansi, penyusunan strategi dan gerak kerja bersama amat penting untuk kita meneruskan agenda perubahan ini.

 "Sebagai anak muda yang merupakan mata rantai perjuangan, kita adalah ejen perubahan yang diharapkan rakyat," tambahnya. ~ sumber

Jamal jangan kebudak-budakan, kata penjaja

Posted: 22 Sep 2015 09:00 PM PDT

Sebuah persatuan penjaja menyelar Datuk Jamal Md Yunos yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan berkelakuan kebudak-budakan, selepas pemimpin 'perhimpunan baju merah' itu menuntut Jalan Petaling dibuka kepada peniaga Melayu. 

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee akhirnya bersuara semalam, beberapa hari selepas 'perhimpunan baju merah' dianjurkan 16 September lalu, memberitahu Jamal yang orang Melayu turut mentertawakannya. 


 "Apa yang akan orang fikirkan? Anda tidak boleh hanya sekadar mengatakan yang anda mahu, dan kami serahkan kepada anda. Orang Melayu juga mentertawakan cadangan beliau.

 "Dia berlagak seperti kanak-kanak, mahukan sesuatu dari ibunya selepas diberitahu tidak," Ang memberitahu The Malaysian Insider.

 Beliau juga berkata Jamal tidak dapat membuat kenyataan semborono tentang "imuniti" yang dikatakan dinikmati oleh peniaga-peniaga di tempat pelancongan yang popular dikenali sebagai Chinatown itu, menuduh mereka menerima nikmat daripada pihak berkuasa walaupun menjalankan perniagaan haram.

 Ang berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan itu dari  masa ke semasa, terbaru minggu lepas.

 "Kami tidak boleh membiarkan penjualan produk palsu, dan jika peniaga berkeras untuk melakukan ini dan ditangkap, mereka akan perlu berurusan dengan pihak berkuasa sendiri."

 Perhimpunan minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Petaling Street, memaksa polis menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan.

 Chinatown sebelum ini telah diisytiharkan kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan telah ditutup hari itu kerana takut kejadian tidak diingini.

 Jamal berkata, peserta himpunan kecewa atas "imuniti" yang peniaga Petaling Street nikmati, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka yang menjalankan perniagaan haram. Beliau juga menuduh mereka menjual produk palsu dan video lucah. 

 Beliau juga telah mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan beroperasi di Petaling Street dan bukan dijadikan kawasan itu dimonopoli oleh orang Cina. 

 Jamal berkata, dia cuba untuk memohon tempat di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

 Dalam mempertikaikan dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu, bahawa perniagaan di Petaling Street telah dimonopoli oleh orang Cina, Ang berkata terdapat peniaga Melayu dan India di sana, kebanyakannya berjalan gerai-gerai makanan dan minuman serta menjual surat khabar.

 Beliau berkata sesiapa yang ingin membuka perniagaan di regangan popular di pusat bandar Kuala Lumpur  itu perlu  mengemukakan permohonan kepada Datuk Bandar tetapi tidak ada jaminan bahawa permohonan itu akan diluluskan kerana kesemua 700 gerai telah diambil.

 "Anda juga perlu mengambil kira bahawa terlalu banyak perniagaan baru di kawasan itu akan memberi kesan kepada mata pencarian peniaga sedia ada yang telah berada di sana selama bertahun-tahun." - September 23, 2015.   - See more at: sumber 

Komen al-Husseyn:

Sikap orang Melayu ni memang tidak dapat dipisahkan dari hasad dengki walaupun sesama bangsa sendiri.

Bila perniagaan sendiri tidak maju, mereka salahkan orang lain.Bila tengok perniagaan Cina lebih maju, mereka salahkan Cina sebab jual barang lebih murah dari mereka. Lalu dituduhnya  barangan Cina tu tiruan, Cina penipu...bagai-bagailah.. Melayu tak tipu ker?

Selepas berlaku insiden pergaduhan yang digembar-gembur kononnya pergaduhan kaum di Internet, orang Melayu pun berkempen memulaukan Low Yat.Sampai bila nak boikot?? Adakah Low Yat tu dah tutup sebab Melayu boikot?

Kemudian Menteri Umno Ismail Sabri Yaakob pula mengumumkan cadangan menubuhkan pusat jualan barangan elektronik Low Yat 2 khusus bagi peniaga Melayu. Dicadangkan dibuka di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, di ibu negara.

 "Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

Itulah cakap-cakap pak menteri.Lebih laju bercakap dari bertindak. Apa perkembangannya sekarang??

 Apakah Melayu juga akan memboikot Petaling Street ? Dan Menteri Umno akan cadangkan Petaling Street 2?

Tempat peniaga2-peniaga Melayu berniaga seperti Danau Kota, Jalan TAR, Masjid India sudah sedia ada sebagai mengimbangi Petaling Street. 

Eloklah kalau Jamal memajukan lagi tempat-tempat perniagaan Melayu dengan menganjurkan konsert tarian Pungkok bersama kumpulan Ali Tinju....

PDRM ambil alih tugas SPRM ?

Posted: 22 Sep 2015 06:00 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.

 Dalam satu kenyataan media, SPRM berkata pihaknya mengulangi penjelasan ini memandangkan masih ada pertanyaan daripada pemberita dan kenyataan yang mengaitkan siasatan 1MDB dengan SPRM.

 "Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

 "Perkara ini diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM pada 5 Ogos lalu," kata SPRM di Kuala Lumpur. – Bernama, 22 September, 2015.~ sumber


Pelik bukan? Pasal apa pula PDRM ambil alih tugas SPRM? Sebab itulah wartawan masih bertanya kepada SPRM; kerana tugas SPRM adalah menyiasat salah laku rasuah, tapi PDRM pula yang menyiasatnya. 

Patutlah lembab sangat sehingga kini rakyat tidak tahu apa yang PDRM lakukan hinggakan Khairuddin Abu Hasan terpaksa melaporkannya kepada Pejabat Peguam Negara (Switzerland) di luar negara. 

PDRM tangkap Khairuddin, bukan gi tangkap yang terima rasuah.....

Tiada ulasan: